Anda di halaman 1dari 13

SKRIP PENGACARAAN PROGRAM SIARAN LANGSUNG

PERKONGSIAN PINTAR ANTARABANGSA


(MALAYSIA -INDONESIA)
KHAMIS / 5 OGOS 2021
MASA QUE PERKARA CATATA
N
2.30 STARTING
Pertunjukan Poster
COUNTDOWN UNTUK MULA
Poster Penaja
Iklan dari penaja
VIDEO YAYASAN PENYAYANG ISKANDAR PUTERI
MONTAJ PROGRAM
2.40 UCAPAN MODERATOR KELUAR
ALUAN UCAPAN ALUAN MODERATOR - OVERLAY LIVE
HEADER
Bismillahirahmanirrahim….
Dibacakan sedikit pengumuman penting

Untuk pengetahuan semua penonton maya, program perkongsian


pintar antarabangsa kita pada hari ini ada disediakan sijil digital
dan link kehadiran SPLKPM. Link akan diberikan sepanjang
program berlangsung. Semoga perkongsian kita pada hari ini
beroleh manfaatnya.

**********SPLKPM*************

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera,

Yang berusaha, Puan Roselawati binti Mohd Suhoot


Guru Besar SK Taman Tun Aminah, Johor Bahru merangkap
pengerusi program perkongsian pintar antarabangsa,

Yang dihormati Kepala sekolah, SLB Negeri 1 Sleman,


Yorkyakarta, Ibu Lestari Wuryani,S.Pd.M.Pd Binti Ngajio
Sosroharjono

Yang dihormati, Puan Norbiha binti Buang,


Ketua Penolong Pengarah Kanan,
Sektor Pendidikan Khas,
Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Malaysia,

selaku perasmi program pada hari ini,

Tuan Hj Abdul Rahman bin Ngah, Timbalan Pegawai Pendidikan


Daerah Johor Bahru,

Barisan pembentang dari SK Taman Tun Aminah, Johor Bahru,


Malaysia dan
Sekolah Luar Biasa Negeri 1 Sleman, Yorkyakarta, Indonesia,

Para pegawai dari Kementerian Pedidikan Malaysia,


Para pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri,
Para pegawai pendidikan daerah,

Guru-guru, pembantu pengurusan murid, ibu bapa dan hadirin


hadirat yang dihormati sekian.

Saya Cikgu Nur Halimah binti Hasan, selaku moderator anda pada
hari ini ingin mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih
kerana bersama-sama dalam Program Perkongsian Pintar
Antarabangsa Kemenjadian Murid Berkeperluan Khas pada petang
ini.

Masih berjalan kawalan pergerakan


Aturan dipatuhi diingkar jangan
Dalam talian kita dipertemukan
Bertaut silaturahim kekal berpanjangan
Panjang diikat pelita buluh
Di tepi kebun sinar terpancar
Tangan diangkat dijari sepuluh
Doa dipohon semoga lancar

Bacaan Doa Dengan ini saya mempersilakan Al Fadhil Ustaz Hazman bin
Man’aim untuk mengetuai bacaan doa. Majlis dengan segala
hormatnya dipersilakan.

MODERATOR MASUK
************DOA BERLANGSUNG***************
MODERATOR KELUAR

2.45 Moderater baca Amin, Amin ya Rabbal Al Lamin. Terima kasih Ustaz Hazman
objektif atas bacan doa itu tadi. Semoga majlis perkongsian kita pada hari
ini berjalan lancar dan diberkati oleh Allah SWT.

Untuk pengetahuan semua, objektif perkongsian pintar


antarabangsa ini bertujuan untuk menjalinkan silaturahim antara
dua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia, bagi meningkatkan
tahap kompetensi dan profesionalisme kita sebagai seorang guru
lebih-lebih lagi di era pendamik ini.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk berkongsi amalan


terbaik untuk membangunkan potensi kanak-kanak berkeperluan
khas. Program ini juga adalah platform dua buah negara berkongsi
pengalaman dan pengetahuan tentang kemenjadian murid
berkeperluan khas.

Untuk pengetahun semua program ini telah ditaja sepenuhnya oleh


Yayasan Penyayang Iskandar Puteri, Johor, Malaysia. Yayasan
Penyayang Iskandar Puteri sangat komited dalam menyokong
aktiviti-aktiviti dalam bidang pendidikan. Sekalung penghargaan
dan terima kasih diucapkan.
2.47 Ucapan Hadiran hadirat yang dihormati,
perasmian
Kalau tuan pukat kenari,
Jangan patahkan batang jerami
Kepada tuan kami hormati,
Bersama ucapan kata perasmi

Dengan ini, saya mempersilakan Puan Norbiha binti Buang,


ketua penolong pengarah kanan,
Sektor pendidikan Khas,
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
untuk menyampaikan ucapan perasmian.

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

MODERATOR MASUK
************UCAPAN
BERLANGSUNG*******************
MODERATOR KELUAR
Jutaan terima kasih kepada Puan Norbiha binti Buang atas
kesudian merasmikan program kita pada hari ini.
2.50 Pengenalan Hadirin sekalian,
sekolah Untuk pengetahuan semua, perkongsian pintar antarabangsa ini
Malaysia- telah melibatkan dua buah sekolah iaitu
Indonesia Sekolah Kebangsaan Taman Tun Aminah, Johor Bahru, Malaysia,
dan
Video sekolah Sekolah Luar Biasa Negeri 1 Sleman, Yorkyakarta, Indonesia
yang mana masing-masing memegang portfolio sebagai sekolah
yang memberi didikan kepada murid-murid berkeperluan khas.

Tak kenal makan tak cinta. Dengan ini majlis diteruskan dengan
persembahan video pengenalan bagi kedua-dua buah sekolah.
Majlis dengan ini mempersilakan.

MODERATOR MASUK
**************tayangan video berlangsung***********

MODERATOR KELUAR

Demikianlah tadi berakhirnya tayangan video pengenalan bagi


kedua-dua buah sekolah.
3.00 Pembentang Baiklah, tuan –tuan dan puan puan yang saya hormati sekalian,
1
Inovasi Murid Majlis beralih ke segmen perbentangan pertama iaitu Inovasi
Berkeperluan Murid Berkeperluan Khas.
Khas Untuk tujuan itu, izinkan saya membacakan sedikit latar belakang
pembentang kita pada hari ini.

Nama diberi En Mohd Firdaus bin Maskan merupakan guru


Pendidikan Islam Program Pendidikan Khas Integrasi SK Taman
Tun Aminah dari tahun 2014 hingga kini. Beliau merupakan anak
jati Johor yang mempunyai pendidikan tertinggi iaitu Sarjana atau
MASTER dalam bidang BIMBINGAN & KAUNSELING dari
Universiti Teknologi Malaysia.
Antara pencapaian dan anugerah yang diperolehi beliau adalah
1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pada Tahun 2016
2. Tempat Kedua Guru Teknikal Cemerlang Anugerah
Kecemerlangan Kokurikulum
Negeri Johor Pada Tahun 2016, 2018, dan 2019
3. Pada Tahun 2018, Beliau Telah Menerima Anugerah
Pesuruhjaya Pengakap Serba Boleh, Persekutuan Pengakap
Malaysia
4. Dan Pada Tahun 2019 Pula, Beliau Telah Dianugerahkan
Anugerah Guru Inovatif Pendidikan Khas Daerah Johor
Bahru.
5. **** ada tak yang paling latest 2020/2021

Berdasarkan pencapaian yang diterima oleh beliau, tidak salah


kiranya kita sama-sama mendengar perkongsian beliau mengenai
inovasi murid berkeperluan khas ini.

Dengan segalanya hormatnya saya mempersilakan En Mohd


Firdaus bin Maskan untuk meneruskan agenda.
Dipersilakan
MODERATOR MASUK
*********Pembentangan berlangsung***********
MODERATOR KELUAR
Terima kasih diucapkan kepada En Mohd Firdaus atas
perkongsiannya sebentar tadi.
3.30 Pembentang 2 Emas tempawan buatmu puteri,
Olahraga Busana indah buat rupawan,
Sudilah puan tampilkan diri,
Bersama madah berkongsi pengalaman

Hadirin sekalian,
Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan dengan
pembentangan kedua mengenai amalan terbaik bertajuk olahraga
murid berkeperluan khas yang dikongsikan oleh pembentang dari
negara jiran kita iaitu Indonesia.

Berikut dikongsikan sedikit latar belakang pembentang kedua kita.

Nama diberi, ibu Istiyaini SPD Slamet Purwanta atau lebih


dikenali sebagai Ibu Isti. Pendidikan tertinggi beliau adalah S1 di
Universitas Negeri Yogyakarta dalam jurusan Pendidikan Luar
Biasa pada tahun 2002.
Beliau merupakan seorang guru di SLB Negeri 1 Sleman dari
tahun 2009 hingga kini. Sebelum itu, beliau telah menjadi guru
dari tahun 2003 di SLB Khusus Autis Fajar Nugraha sehingga
tahun 2009. Dahulunya, beliau merupakan seorang terapis Autis di
Bandung, Jawa Barat, Indonesia. Antara pencapaian yang pernah
beliau rangkul iaitu
● Guru Berpartisipasi dan Berdedikasi bagi tahun 2018
● Pembicara dalam Seminar Pendidikan untuk semua dari
Kampus Guru Cikal pada tahun 2019
● Pembicara dalam Komunitas Media Pembelajaran tahun
2020
● Pembicara Podcast Pendidikan Inklusi di Komed tahun
bagi tahun 2021
Pengalaman beliau sebagai
 Pengurus OSIS SMP N Dlingo tahun 1992 - 1994
 Pengurus OSIS SMA Negeri 1 Patuk tahun 1995 - 1997
 Pengurus Hima PLB 1997 - 2000
 Pengurus Bem FIP UNY 1998 - 2000
 Pengurus KMIP FIPUNY 1997 - 2001
 KGB Yogyakarta 2019 - sekarang
 Pengurus Komed DIY_Jateng tahun 2019 - sekarang

Untuk itu, majlis mempersilakan.

MODERATOR MASUK
************Pembentangan berlangsung**********
MODERATOR KELUAR
Terima kasih diucapkan kepada Ibu Istiyani yang telah berkongsi
itu tadi.
Alhamdulillah, semoga perkongsian dari kedua-dua belah negara
dapat menjadi panduan dan idea untuk terus kita berusaha untuk
membangunkan potensi murid berkeperluan khas ini.
3.30- Sijil dan Sebelum saya meneruskan majlis, izinkan saya membuat peringat
3.35 SPLKPM mesra kepada hadirin yang hadir supaya dapat berkongsi pautan
program kita pada hari ini. Dan dimaklumkan bahawa sijil digital
dan link kehadiran SPLKPM akan diberikan sepanjang program
ini dijalankan.

Hadirin sekalian,
PERSEMBAHA Untuk menceriakan lagi program kita pada hari ini, saya
N MURID mempersilakan adik Mohd Hakim Zailiruddin bin Abd Hafiz,
MALAYSIA murid Pendidikan Khas dari SK Taman Tun Aminah untuk
membuat persembahan nyanyian lagu yang bertajuk
……………………..
Dipersilakan.

MODERATOR MASUK
**********Persembahan berlangsung**************
MODERATOR KELUAR
Terima kasih diucapkan kepada adik Hakim Zailiruddin atas
persembahan nyanyian yang merdu itu tadi.

3.35 Pembentang 3 Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan sesi pembentangan.


-4.05 Justeru majlis dengan ini menjemput
wakil guru dari SK Taman Tun Aminah, Malaysia yang akan
membentangkan tajuk elemen keusahawanan murid berkeperluan
khas.
Dibacakan sedikit pengenalan pembentang.
Nama diberi
Puan Zaliha Binti Lamim
Pendidikan tertinggi beliau adalah
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Dengan Kepujian dari Universiti
Utara Malaysia dan
Diploma Pendidikan dalam Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran dari Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan
Melayu, Melaka.
Beliau berkhidmat di SK TAMAN TUN AMINAH dari tahun
2010 sehingga kini.
Dengan pengalaman beliau, beliau diamanahkan sebagai
Jurulatih Utama Pendidikan Inklusif Holistik Daerah Johor Bahru
dan Penyelaras PPKI SK Taman Tun Aminah.
Beliau pernah dianugerahkan
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 dan
Anugerah Platinum
(International Summit Of Innovation & Design Exposition 2020)
Majlis dengan ini mempersilakan.
MODERATOR MASUK
*******Pembentangan berlangsung
MODERATOR KELUAR
Terima kasih diucapkan kepada Puan Zaliha binti Lamim atas
perkongsian itu tadi.
Pembentang 4 Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan pembentangan keempat berkenaan
canting batik yang dibawa khas dari negara jiran kita iaitu
Indonesia. Izikan saya membacakan sedikit biodata beliau, beliau
adalah
Pak Agus Widodo SPD bin Kundrat. Pernah mendapat pendidikan
di
Sekolah Dasar : SN PARAKSARI
Sekolah Menengah Pertama : SMP 4 PAKEM
Sekolah Menengah Atas : SMA 1 PAKEM dan pendidikan
tertinggi beliau ialah dari UNIVERSITAS NEGERI
YONGYAKARTA

Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.


MODERATOR MASUK
Pembentangan berlangsung
MODERATOR KELUAR
Terima kasih diucapkan
Diharapkan perkongsian dari kedua-dua pembentang tadi dapat
kita manfaatkan bersama.
4.10- Persembahan Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan dari negara
4.15 murid Indonesia Indonesia iaitu adik Wahyu Sejati dari Sekolah Luar Biasa Ngeri 1
Sleman yang merupakan murid ketidakupayaan penglihatan atau
di Indonesia lebih dikenali sebagai Anak hambatan sensori
Tunanetra.
Dengan judul lagunya Yakin Bisa, Karya daripada Ezra Yanuar
Hermawan.
Dipersilakan

MODERATOR MASUK
*********Persembahan berlangsung***********
MODERATOR KELUAR
Terima kasih diucapkan atas persembahan itu tadi. Sungguh
berbakat Murid Berkeperluan Khas kita. Tahniah diucapkan.
4.15- Pembentang 5 Hadirin sekalian,
4.45 Kini tibalah kita ke segmen terakhir iaitu pembentangan unit
kokurikulum.

Untuk pengetahuan semua hadirin sekalian, kedua-dua buah


sekolah berkongsi unit beruniform yang sama iaitu pengakap bagi
SK Taman Aminah , Johor Malaysia dan lebih dikenali sebagai
Pramuka bagi Sekolah Luar Biasa Negeri 1 Sleman, Yorkyakarta
Indonesia.

Dengan ini, saya mempersilakan pembentang kita seterusnya


untuk menyampaikan perkongsian beliau.
Izinkan saya membacakan sedikit latar belakang pembentang kita
ini.

Nama diberi Fatin Athirah binti Yusuf berasal dari Nilai, Negeri
Sembilan.
Merupakan guru di SK Taman Tun Aminah Johor Bahru,
Malaysia dan mula berkhidmat sebagai guru dari tahun 2014
hingga kini. Beliau telah mendapat pendidikan di Institut
Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka dalam
bidang Pendidikan Khas. Beliau pernah mendapat Anugerah
Platinum di International Summit Of Innovation & Design
Exposition 2020
Majlis dengan penuh hormat mempersilakan.

MODERATOR MASUK
Pembentangan berlangsung
MODERATOR KELUAR
Terima kasih diucapkan kepada Puan Fatin Athirah atas
perkongsian itu tadi.
Pembentang 6 Hadirin yang dihormati sekalian,

kita sangat bertuah kerana pembentangan keenam ini


dibentangkan oleh kepala sekolah, SLB Negeri 1 Sleman sendiri.
Beliau akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkenaan
Pramuka di sana.
Sebelum itu,saya kongsikan sedikit latar belakang beliau,
nama diberi Ibu Lestari Wuryani,S.Pd.M.Pd Binti Ngajio
Sosroharjono. Beliau dikurniakan 3 orang putera yang ganteng-
ganteng.
Beliau pernah mendapat pendidikan di SGPLB Negeri Yogyakarta
tahun 1988 cumlaude dan S1, IKIP PGRI Wates tahun 2008
cumlaude. Dan pendidikan tertinggi beliau adalah S2, Universitas
Taman Siswa pada tahun 2013 cumlaude.
Pengalaman beliau dalam dunia pendidikan ini sangat lama.
Beliau mula bekerja pada tahun 1994 menjadi guru di SLBC
Wiyata Dharma 2. Diangkat sebagai Kepala Sekolah dr tahun
2013 - 2018 DI SLB Wiyata Dharma dan kini beliau merupakan
Kepala sekolah Di SLB Negeri 1 Sleman dari tahun 2018.
Beliau pernah dianugerahkan dengan pencapaian yang sangat
cemerlang iaitu
 Tahun 2012 menjadi Guru Berprestasi tingkat Provinsi
dan Nasional
 Tahun 2018 menjadi Kepala Sekolah berdedikasi dan
berprestasi tingkat Kabupaten dan Provinsi
Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
MODERATOR MASUK
********Pembentangan berlangsung**********
MODERATOR KELUAR
Terima kasih diucapkan. Semoga dengan perkongsian itu tadi
dapat diaplikasikan kepada murid murid berkeperluan khas di
sekolah kita.

Tamatlah sudah sesi pembentangan kita pada hari ini. Banyak ilmu
yang telah yang dikongsikan dan diharap para hadirin dapat
mengaplikasikan bagi meningkatkan potensi dan kemenjadian
murid berkeperluan khas kita.
Tahniah atas pembentangan yang cemerlang itu tadi.
4.50 Tanda tangan Seterusnya tibalah kita ke acara kemuncak iaitu simbolik ikatan
MOU perkongsian dua buah negara khususnya antara sekolah SK Taman
Tun Aminah dan SLB Negeri 1 Sleman, Yorkyakarta.
Dengan ini marilah kita saksikan video yang telah disediakan.
Majlis mempersilakan.

MODERATOR MASUK
*************Video berlangsung********
MODERATOR KELUAR
Dengan tayangan video itu tadi, maka termeterailah ikatan
perkongsian antara dua buah sekolah. Diharapkan agar
perkongsian pintar ini dapat diteruskan lagi pada masa akan
datang.
5.00 Penutup Kita telah tiba ke penghujung acara.

Saya mewakili pihak urusetia mengucapkan jutaan kemaafan jika


ada salah dan silap dan sekalung penghargaan dan terima kasih
kepada

Guru-guru dari SLB Negeri 1 Sleman, Yogyakarta


Pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan Malaysia,
Jabatan Pendidikan Negeri, dan Pejabat Pendidikan Daerah,
Guru-guru dari SK Taman Tun Aminah,
Para guru, para penonton, hadirin dan hadirat sekalian. Terima
kasih juga kepada pihak penaja kita iaitu dari Yayasan Penyayang
Iskandar Puteri, Johor Malasyia.

Akhir kalam,

Orang Aceh sedang sembahyang,


Hari jumaat tengahari,
Pergilah kasih pergilah sayang,
Pandai-pandailah menjaga diri.

Pulai Pandan jauh ke tengah,


Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Sekian terima kasih. Assalamualaikum wbt.


Pengumuman,
diingatkan kepada semua hadirin link SPLKP masih dibuka.
Diingatkan para guru untuk mengisi SPLKPM bagi menerima sijil
digital yang telah disediakan.
Terima kasih. Majlis bersurai.

End LIVE

Anda mungkin juga menyukai