Anda di halaman 1dari 17

JERAYAWARA

SEKOLAHKU SEJAHTERA BERSAMA – SAMA


KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
(27 JUN 2022)
Hari: ISNIN

TETAMU UTAMA:
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

Juruacara:

En. Muhammad Hazwan bin Kayun (JPN Selangor)


Nur Rabbihah binti Shahrudin (SMK Seksyen 9 Shah Alam)

1
CUE PENGUMUMAN EMCEE
Bismillahirrahmannirahhim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam


sejahtera.

Selamat datang ke JERAYAWARA - SEKOLAHKU SEJAHTERA


BERSAMA – SAMA KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Pengumuman
untuk para Tuan-tuan dan Puan-Puan,
hadirin.
Bagi melancarkan perjalanan majlis ini, mohon perhatian dan
kerjasama hadirin sekalian ke atas perkara-perkara berikut :

1. Majlis akan bermula sebaik sahaja tetamu utama


melangkah masuk ke dewan. Tuan-tuan dan puan-puan para
hadirin dipohon untuk berdiri ketika diumumkan ketibaan.

2
2. Tuan-tuan dan puan-puan dipohon untuk mematikan
telefon bimbit atau memilih tetapan mod senyap sepanjang
majlis ini berlangsung.

3. Para hadirin juga diminta mengurangkan pergerakan dan


komunikasi serta tidak meninggalkan majlis sebelum tetamu
utama beredar.

4. Untuk makluman para hadirin, Yang Berbahagia Ketua


Pengarah Pendidikan Malaysia akan memberikan penekanan
terhadap empat (4) perkara utama sewaktu sesi libat urus beliau.
Empat perkara keutamaan adalah seperti berikut:
a) Sekolahku Sejahtera
b) Menangani Isu Buli
c) PBS
d) Perpaduan dan karakter Murid

3
5. Sehubungan dengan itu, pihak majlis mohon perhatian dan
kerjasama tuan-tuan dan puan-puan yang ingin bertanyakan
soalan ketika sesi libat urus bersama YBhg. KPPM, soalan-soalan
yang ingin diutarakan haruslah berpaksikan dan berkaitan 4
perkara fokus utama yang dinyatakan sebentar tadi.

6. Warga dewan juga diingatkan untuk mengajukan soalan


yang ringkas dan padat sewaktu sesi libat urus nnti.

7. Sila pastikan tuan – tuan dan puan – puan mendaftar


kehadiran masing – masing dengan mengimbas kod QR yang
telah disediakan.

8. Para hadirin juga diperingatkan untuk tidak menghalang


laluan utama ketika YBhg. KPPM dan dif-dif kehormat ketika
mereka melangkah keluar daripada dewan.

4
9. Perhatian dan kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-
puan amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Datuk Hajah Nor
Zamani Binti Abdol Hamid, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Ketibaan VVIP diiringi Yang Berusaha Puan Rohayati Binti Abd. Hamed,
Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Perarakan
Que Perarakan masuk tetamu VVIP
masuk

Bismilahirrahman nirrahim

1. Yang Berbahagia Datuk Hajah Nor Zamani Binti Abdol Hamid,


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia,
Aluan Pengerusi

2. Yang Berusaha Dr Latip bin Muhammad


Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum & Kesenian,
Kementerian Pendidikan Malaysia

5
3. Yang Berusaha
Puan Rohayati binti Abd. Hamed,
Pengarah Pendidikan,
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

4. Yang Berusaha
Encik Mohd Fauzi bin Mahson
Timbalan Pengarah
Sektor Pengurusan Hal Ehwal Murid
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia

5. Yang Berusaha,
Puan Yasmin binti Kamarudin
Timbalan Pengarah
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

6
6. Yang Berusaha,
Timbalan - Timbalan Pengarah,
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

7. Yang berusaha,
Pegawai – pegawai Pendidikan
Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Selangor

8. Pegawai – pegawai dari Kementerian Pendidikan Malaysia,


Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah

Seterusnya Commented [1]: Optional salutation tak perlu baca


Baca yang 5 duduk di kerusi VIP and then para hadirin

8.Barisan Pengetua dan Guru Besar


Sekolah-Sekolah Negeri Selangor

9. Seterusnya hadirin yang dihormati sekalian.

7
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia.

Syukur Ke Hadrat Ilahi atas kesempatan menjayakan PROGRAM


LIBAT URUS JERAYAWARA - SEKOLAHKU SEJAHTERA BERSAMA
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2022.

Majlis amat berbesar hati atas kesudian Yang Berbahagia Datuk


Hajah Nor Zamani Binti Abdol Hamid, Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia bertandang menyerikan majlis pada pagi
ini.

8
Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memohon keberkatan dan keredhaan, majlis berbesar hati


mempersilakan Muhammad Azrul bin Cheremi / Muhammad
Farhan Asyeek bin Ahmad daripada Sekolah Agama Menengah
Tinggi Tengku Ampuan Jemaah Shah Alam untuk memimpin
bacaan doa.

Majlis mempersilakan.
Bacaan Doa

-Bacaan Doa-

Amin amin Ya Raball Alamin

Terima kasih diucapkan atas pimpinan bacaan doa sebentar


tadi. Semoga majlis yang direncanakan, diberkati dan
dirahmati.

9
Hadirin yang dimuliakan,

Seperti yang kita maklum, Kementerian Pendidikan Malaysia


telah memperkenalkan konsep Sekolahku Sejahtera yang telah
dilancarkan oleh Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi bin Jidin
pada 21 Februari 2022.

Konsep Sekolahku SEJAHTERA merupakan konsep yang


dilaksanakan menerusi penerapan 14 elemen nilai kehidupan
Filler 2
secara semulajadi kepada murid semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Tujuan konsep ini adalah ke arah pembentukan
budaya amalan baik di sekolah oleh guru dan murid.

Selain itu, konsep ini juga bertujuan untuk mewujudkan suasana


sekolah yang selamat, aman, selesa, menggembirakan,
membina dan inklusif ke arah mencapai kesejahteraan
masyarakat.

10
Hadirin yang dihormati,

Sesungguhnya penerapan 14 elemen konsep Sekolahku


Sejahtera memberi impak yang besar dan bermakna kepada
pembangunan murid secara holistik.

Sebagai seorang murid, penerapan konsep sekolah yang


selamat, seronok dan harmoni amatlah penting dan bermakna
kepada kami. Konsep Sekolahku Sejahtera yang dilaksanakan
Filler 2
secara holistik bersama dalam dan luar sekolah adalah demi
kesejahteraan murid.

Persekitaran sekolah yang sejahtera membolehkan para murid


meneroka pelbagai cabang ilmu, idea dan penemuan baharu
yang sentiasa berfikiran kreatif dan inovatif dalam penyelesaian
masalah serta mengembangkan potensi dan bakat secara
bersepadu dan menyeluruh kearah melahirkan insan yang
berilmu dan berketrampilan.

11
Maka dengan itu, Majlis dengan takzimnya mempersilakan
Yang Berbahagia Datuk Hajah Nor Zamani Binti Abdol Hamid,
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, untuk menyampaikan
ucap utama seterusnya mempengerusikan sesi libat urus
JERAYAWARA - SEKOLAHKU SEJAHTERA BERSAMA SAMA KETUA
PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI NEGERI SELANGOR
Ucap tama TAHUN 2022.

Warga dewan diperingatkan untuk mengajukan soalan yang


ringkas dan padat semasa sesi libat urus nanti.

Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Yang


Berbahagia Datuk Hajah Nor Zamani Binti Abdol Hamid, Ketua
Tamat Ucapan Pengarah Pendidikan Malaysia atas ucapan dan pengendalian
sesi libat urus itu tadi.

12
Hadirin sekalian,

Bagi memperincikan dan melihat penerapan elemen Sekolahku


Sejahtera di negeri Selangor, marilah kita sama-sama saksikan
tayangan video yang telah disediakan oleh pihak urus setia.

Tayangan - Tayangan video –


Video - Tarian –
‘Sekolahku
Sejahtera” Demikian tadi tayangan video dan persembahan guru yang
bertemakan pendidikan inklusif, nilai murni dan harmoni yang
menjadi tunjang kepada konsep Sekolahku Sejahtera.

13
Hadirin Yang Dihormati,

Majlis amat berbesar hati atas kesudian hadir Yang Berbahagia


Datuk Hajah Nor Zamani Binti Abdol Hamid, Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia menyempurnakan majlis yang begitu
bermakna pada pagi ini.

Sebagai tanda ingatan, tulus dari hati penuh pengharapan,


Penyampaian majlis mempersilakan Yang Berusaha, Puan Rohayati binti Abd.
cenderamata Hamed, Pengarah Pendidikan Negeri Selangor untuk
menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Datuk
Hajah Nor Zamani Binti Abdol Hamid, Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia sebagai tanda kenangan.

Terima kasih atas penyempurnaan penyampaian cenderamata


itu tadi.

14
Intai padi antara tampak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Sesi bergambar Majlis dengan ini mempersilakan Yang Berbahagia Datuk Hajah
Nor Zamani Binti Abdol Hamid, Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia, semua tetamu kehormat dan warga dewan untuk sesi
bergambar sebagai tanda kenang-kenangan.

- Sesi bergambar –
Dengan berakhirnya penyampaian itu tadi, maka berakhirlah
majlis kita pada hari ini.

Tamat Majlis Maljis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang


Berbahagia Datuk Hajah Nor Zamani Binti Abdol Hamid, Ketua
Pengarah Pendidikan Malaysia atas kesudian hadir dan
menyempurnakan upacara majlis sebentar tadi.

15
Terima kasih kepada seluruh ahli jawatankuasa kerja dan semua
pihak yang telah membantu merealisasikan majlis yang cukup
bermakna ini. Mohon maaf atas segala kekurangan dan
kepincangan.

Bunga dedap di atas para


Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta

Di atas dahan burung tempua


Melihat rusa tepi perigi
Salam perpisahan untuk semua
Dilain masa bersua lagi

Sekian saya sudahi dengan wabilahitaufik....wbt..

16
Warga dewan yang dihormati,

Dijemput Yang Berbahagia Datuk Hajah Nor Zamani Binti Abdol


Hamid, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan semua tetamu
Housekeeping kehormat untuk menjamu selera di ruang makan yang telah
disediakan.

Mohon kerjasama tuan-tuan dan puan-puan untuk kekal berada


ditempat masing-masing untuk sesi fotografi. Untuk itu, saya
serah sesi fotografi kepada ___________________________

17

Anda mungkin juga menyukai