Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih pengacara majlis.

Yang Dihormati Encik


Yang diPertua PIBG SMK Alam Damai;

Yang dihormati
Pn. Maznah binti Muslim,
Penolong Kanan Pentadbiran

Tn. Haji Nazri bin Siweng,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En. Sham bin Abd Rahman,


Penolong Kanan Kokurikulum

En. Rosli bin Omar,


Penolong Kanan PPKI

Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran,

Ahli Jawatankuasa PIBG, guru-guru dan semua murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia,

1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan rahmat-Nya kita dapat bersama-
sama berkumpul sempena Majlis Sambutan RIMUP Raya dan Hari Guru 2022 Peringkat
SMK Alam Damai.

2. Kehadiran semua pihak pada hari ini sangat bermakna bagi warga SMK Alam Damai kerana
mencerminkan keprihatinan terhadap setiap program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah.

1
3. Ujian pandemik COVID-19 yang berlaku selama dua tahun ini menjadikan kita semakin
menginsafi diri. Namun, di sebalik setiap cabaran dan dugaan yang dilalui, Keluarga Malaysia
telah membuktikan kekuatan dan keutuhan mendepani cabaran.

Hadirin yang dihormati sekalian,

4. Sambutan Hari Raya dan Hari Guru yang bertemakan “Guru Tunjang Sekolah Sejahtera” di
bawah Program RIMUP yang diadakan pada hari ini bermatlamat untuk melahirkan generasi
Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat
muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.

5. Guru merupakan tunjang terpenting dalam sistem pendidikan negara. Peranan guru bukan
hanya tertumpu menyampaikan ilmu kepada murid, tetapi guru juga membimbing murid
untuk membentuk keperibadian unggul.

6. Dengan adanya program-program seperti ini, diharap perpaduan nasional dalam kalangan
Keluarga Malaysia khasnya warga SMK Alam Damai yang berbilang bangsa dan agama akan
menjadi kukuh, jauh daripada perasaan curiga dan prasangka buruk antara kaum.

Hadirin yang dihormati sekalian,


7. Sesungguhnya, sambutan yang diadakan pada hari ini amat bersesuaian untuk menggapai
matlamat program RIMUP serta hasrat kerajaan untuk menyemai semangat perpaduan dapat
direalisasikan di samping kita memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri serta penghargaan
kepada semua guru yang banyak berkorban masa dan tenaga dalam mendidik anak-anak
bangsa.

8. Sebelum mengakhiri ucapan, saya merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah serta terima
kasih kepada Jawatankuasa Sambutan Hari Raya dan Hari Guru peringkat SMK Alam Damai
kerana berjaya menjalankan amanah dan tanggungjawab untuk mengelolakan program ini.

9. Ambillah peluang ini dan manfaatkanlah Kelonggaran Prosedur Operasi Standard COVID-19,
untuk menyantuni para guru dan sahabat handai bagi mengeratkan ukhuwah dan silaturahim.

10. Dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri, pastikan kita terus mengamalkan kawalan kendiri
walaupun banyak kelonggaran telah diberikan demi keselamatan diri dan keluarga tercinta.

11. Akhir sekali, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan majlis


sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah SMK Alam Damai 2022.

Sekian,

Wabillahi Taufik Wal Hidayah


Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

2
3

Anda mungkin juga menyukai