Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN

PROGRAM AMBANg KEMERDEKAAN


SMK LAKSAMANA
28 OGOS 2022 AHAD

pg. 1
Bismillahir-Rahmanir-Rahim
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin,
Wassalatu wassalamu ‘ala saidina muhammadin asrafi
mursalin,
Wa ‘ala alihi wasahbihi ajma’in.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Maju Johor

1. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT serta dengan


Inayah-Nya dapat kita bersama-sama pada majlis ini.
Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua dan
pentadbiran sekolah yang menjemput saya ke Program
Ambang Kemerdekaan 2022.

2. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada dua


orang penceramah yang dijemput untuk berkongsi
ilmu dan pengalaman mereka. Mereka adalah antara
anak muda Parlimen Tenggara yang berjaya dalam
bidang masing-masing .

3. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada anak-anak


Tingakatan 5 dan 6 yang sama-sama menjayakan
program hari ini.

Hadirin dan anak-anak yang dikasihi ,

4. Tiga hari lagi kita akan meraikan Hari Kemerdekaan


Malaysia yang ke 65 yang bertemakan Keluarga
'Malaysia Teguh Bersama' ianya selari dengan konsep
keharmonian Keluarga Malaysia . Dimana masyarakat

pg. 2
yang hidup aman damai dan bersatu padu dalam
keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

5. Dengan nikmat kemerdekaan, rakyat di negara ini


hidup lebih selesa, harmoni dan makmur serta bertolak
ansur dalam menjalin hubungan sekali gus perpaduan
kaum. Perpaduan adalah suatu nikmat yang amat
berharga dan tidak ternilai harganya.

6. Oleh itu, ia perlu dibelai, dipupuk dan dipelihara dalam


diri kita semua agar kemerdekaan Malaysia dapat
dipertahankan sampai bila-bila walaupun jasad, nyawa
serta maruah menjadi taruhan.

Hadirin dan anak-anak yang dikasihi ,

7. Sebagai generasi muda, para pelajar juga perlu insaf


bahawa dalam ledakan era globalisasi ini, para pelajar
perlu mempunyai ketahanan mental bagi menghadapi
cabaran yang membabitkan penjajahan minda oleh
pengaruh asing. Semua pelajar perlu melengkapkan
diri dengan semangat patriotisme yang tinggi agar
menjadi lebih kompetitif dan dinamik .

8. Bagaimana untuk menjadi warganegara yang


mempunyai jati diri dan memupuk semangat
patriotisme di dalam diri ? Penceramah pertama kita
Saudara Manzri akan kongsikan ilmunya dan
penceramah kedua Dr Naqib akan berkongsi ilmu dari
segi membina kerjaya .

pg. 3
Hadirin dan anak-anak yang dikasihi ,

9. Sebelum mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya


mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih
yang tidak terhingga kepada semua yang telah
bertungkus lumus menjayakan program ini. Semoga
kita semua mendapat rahmat dan keberkatan
daripada-Nya.

10. Marilah kita sama-sama memanjatkan syukur dan


doa mudah-mudahan Allah SWT akan terus
melimpahkan rahmat perlindungan dan peliharaan-Nya
kepada kita dan negara Johor dengan naungan
keselamatan, keamanan, dan kemajuan.

Dengan Lafaz Bismillahirrahmanirrahim,


Saya Merasmikan Program Ambang Kemerdekaan SMK
Laksamana 2022 .

Amazing Laksamana I Sayang U tau !

Sekian, terima kasih.

pg. 4

Anda mungkin juga menyukai