Anda di halaman 1dari 4

TALKING POINT

HARI GRADUASI KANAK-KANAK


TABIKA PERPADUAN TAMAN SRI SAUJANA
11 FEBUARI 2023 ; SABTU

Bismillahir-Rahmanir-Rahim
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin,
Wassalatu wassalamu ‘ala saidina muhammadin asrafi mursalin,
Wa ‘ala alihi wasahbihi ajma’in.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Maju Johor

(kalau pengacara jemput YB guna pantun, ni pantun untuk jawab )

Beras kunyit saya taburi,


Air mawar direnjis wangi.
Berkembang kasih menabur budi,
Undangan tuan amat disanjungi.

Hadirin yang dihormati,

1. Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan keemasan


ini untuk megucapkan ribuan terima kasih kepada
jawatankuasa penganjur di atas jemputan untuk merasmikan
Hari Graduasi Tabika Perpaduan Taman Sri
Saujana. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah
kepada anak-anak Tabika yang diraikan hari ini.

1
Sememangnya hari ini merupakan hari yang tidak dapat
dilupakan bagi anak-anak kerana masing-masing telah
berjaya menamatkan sesi persekolahan bagi tahun 2022.

2. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-


tinggi penghargaan dan syabas kepada guru dan pembantu
murid yang telah berganding bahu tanpa mengira penat dan
lelah, mengasuh dan mendidik anak-anak dengan penuh
kesabaran dan kasih sayang.

3. Membantu anak-anak ini bersikap positif selaras dengan


matlamat pendidikan awal kanak-kanak bagi menyuburkan
potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai
kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebelum masuk
ke sekolah rendah.

4. Kita kadang kala tidak sedar dan mengambil mudah akan


usaha yang ditunjukkan oleh guru Tabika dan
pembantu murid. Tetapi tanpa mereka maka anak-anak ini
tidak akan dapat menguasai kemahiran
membaca, mengira, menulis dan menaakul.

5. Namun begitu, mereka bukanlah golongan yang


suka mendabik dada. Setiap pengorbanan yang mereka
lakukan tidak pernah mereka mengeluh dihadapan kita
apatah lagi berputus harap. Terimakasih cikgu.

2
6. Para ibu bapa haruslah sedar akan kepentingan Pendidikan
awal kanak-kanak bagi memastikan anak-anak bersedia
mengharungi suasana persekolahan sebenar. Ibubapa juga
perlu bersama-sama berganding bahu bagi mendorong anak-
anak berjaya dalam pelajaran di samping kegiatan luar lain
kerana masa depan negara bergantung kepada generasi
muda yang dibekalkan dengan ilmu pengetahuan yang cukup
selain sahsiah diri dan kekuatan iman.

7. Anak-anak merupakan aset negara yang paling bernilai yang


diharapkan dapat menjadi generasi pelapis yang boleh
memimpin negara. Pepatah Melayu mengatakan “jika hendak
melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Pepatah ini
bertepatan dengan anak-anak yang kita raikan hari ini.
Merekalah “rebung” yang mudah dilentur dan dibentuk.
Mereka jugalah “kain putih” yang mudah diwarna dan
dicorakkan. Semoga usaha murni ini akan berkekalan serta
mencapai objektif yang disasarkan.

8. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Setiap anak


dilahirkan dalam keadaan suci bersih. Ibu bapalah
bertanggungjawab mencorak anak itu menjadi Yahudi,
Nasrani atau Majusi” ( Riwayat Bukhari dan Muslim).

3
9. Sebelum mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya mengucapkan
setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga
kepada semua yang telah bertungkus lumus menjayakan
Majlis Hari Graduasi hari ini.

10. Akhir kata , Marilah kita sama-sama memanjatkan syukur


dan doa mudah-mudahan Allah SWT akan terus melimpahkan
rahmat perlindungan dan peliharaan-Nya kepada kita dan
negari Johor dengan naungan keselamatan, keamanan, dan
kemajuan.

Dengan lafaz

ِ‫ٱلر ِح ِيم‬
َِّ ِ‫ٱلر ْحمٰ ِِن‬
َّ ِ‫ٱّلل‬
ِِٰ ِ‫ِب ْس ِِم‬
saya dengan ini merasmikan HARI GRADUASI KANAK-KANAK
TABIKA PERPADUAN TAMAN SRI SAUJANA

Sekian Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalammualaikum


Warahmatullahi Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai