Anda di halaman 1dari 3

IMBAKUP FOKUS LANGKAH (DiKeMaSeN+Mm)

Nota ini boleh digunakan untuk semua soalan. Kamu hanya perlu memasukkan
tema dan soalan dalam ruangan ….
Fokus langkah amat penting terutamanya dalam Ujian Bertutur Berkumpulan
sama ada pusingan 1 atau pusingan 2.

Di – Diri Sendiri (Jika sesuai dengan soalan)


Langkah yang paling efektif ialah diri sendiri perlu melakukan perubahan ke arah yang lebih
baik iaitu diri sendiri perlulah …………. (soalan). Hal ini dikatakan demikian kerana tiada
sesiapa yang boleh melakukan perubahan terhadap diri sendiri melainkan kita sendiri hendak
berubah untuk ……. . Contohnya, kita hendaklah ……….. Kesannya, kita akan mempunyai
kesedaran untuk …… dan mengamalkan ….. secara konsisten walaupun pada peringkat
awalnya agak sukar bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Jelaslah bahawa kita perlu
mendisiplinkan diri untuk …….

Ke – Keluarga / Ibu Bapa


Ibu bapa juga perlu mengambil inisiatif yang sewajarnya iaitu ibu bapa perlu menjadi suri
teladan kepada anak-anak dengan mengamalkan …….. . Hal ini disebabkan ibu bapa
merupakan guru pertama dan terbaik kepada anak-anak sejak dilahirkan. Misalnya, ibu bapa
hendaklah mengamalkan ……. bersama dengan anak-anak pada masa lapang. Implikasinya,
anak-anak akan mencontohi sikap dan tindakan ibu bapa mereka yang …… dalam kehidupan
mereka bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Tegasnya, contoh teladan
yang dipamerkan oleh ibu bapa dapat mendidik anak-anak untuk ……

Se - Sekolah
Pihak sekolah pula hendaklah mengadakan pelbagai program yang menarik untuk ……. Hal
ini dikatakan demikian kerana sekolah merupakan sebuah institusi alma mater yang
signifikan untuk mentarbiah / mendidik murid-murid agar mengamalkan ….. Biar kita ambil
contoh, pihak sekolah hendaklah mengadakan program seperti seminar, ceramah,
pertandingan melukis, dan tayangan filem yang bertemakan……. secara bersungguh-sungguh
dan bukan hanya melepaskan batuk di tangga. Melalui usaha ini, murid-murid akan tertarik
untuk ……. dan mempunyai kesedaran tentang kepentingan …… Usaha yang bermula dari
peringkat usia setahun jagung ini atau sejak kecil ini pastinya dapat melahirkan generasi yang
….. kerana jika hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ringkasnya, langkah pihak
sekolah dengan membekalkan program-program yang menarik jelaslah dapat menarik minat
dan mendidik murid-murid untuk ….

Ke – Kerajaan
Pihak kerajaan perlulah mengadakan kempen kesedaran tentang ….. . Hal ini disebabkan oleh
kempen merupakan wadah / wahana / platform yang amat vital untuk memberikan kesedaran
dan peringatan kepada masyarakat tentang kepentingan….. . Contohnya, pihak kerajaan
hendaklah mengadakan kempen seperti Cintailah….. / Jom …. menerusi media massa iaitu
media cetak dan media elektronik. Bukan itu sahaja, pihak kerajaan dengan kerjasama
daripada industri perfileman negara boleh menayangkan dokumentari atau filem pendek yang
bertemakan …. di kaca televisyen untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat kita.
Memetik kata peribahasa Melayu, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Pendek kata,
usaha padu daripada pihak Kerajaan dengan mengadakan kempen kesedaran dengan
bersungguh-sungguh dapat memberikan pendidikan yang efektif kepada masyarakat kita
untuk …..

Mm - Media Massa
Media massa juga hendaklah mengambil inisiatif iaitu menyebarkan informasi tentang …..
kepada masyarakat secara menyeluruh. Hal ini dikatakan demikian kerana pada era dunia
tanpa sempadan ini, penggunaan media massa amat penting dan digunakan secara meluas
oleh masyarakat kini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Media massa kini
terutamanya media sosial mempunyai kuasa atau pengaruh yang besar kepada masyarakat
seantero kini. Biar kita ambil contoh, media sosial seperti TikTok, Facebook, Instagram,
Whatsapp dan Twitter boleh menyebarkan informasi tentang ….. melalui sebaran ilustrasi dan
infografik yang menarik serta berkesan. Natijahnya, masyarakat akan mendapat maklumat
dengan pantas seperti kilat di hujung jari dan mengambil tindakan segera untuk …… Izharlah
bahawa media massa juga boleh menyebarkan informasi tentang ….. untuk menggalakkan
masyarakat …..

ISI-ISI UMUM
DIMENSI ISI-ISI PUNCA ISI-ISI KESAN ISI-ISI LANGKAH
1. Diri sendiri 1. Tidak mempunyai pegangan 1. Masa hadapannya terjejas 1. Mengamalkan ajaran agama
(Seseorang itu/ Setiap agama yang teguh 2. Akan dipandang rendah secara istiqamah (konsisten)
individu / Kita/ 2. Tidak bijak menggunakan oleh masyarakat 2. Bijak menggunakan masa dengan
Remaja/ Murid/ Pelajar masa secara berkualiti 3. Mudah terjebak dalam secara berkualiti kerana masa itu
dll) 3. Mudah dipengaruhi oleh kes jenayah / masalah sosial emas
rakan sebaya / media massa 3. Mempunyai jati diri yang teguh
yang negatif 4. Mendapatkan bimbingan dan
4. Tidak mempunyai jati diri yang nasihat daripada ibu bapa atau
mantap / hala tuju hidup yang guru kerana mereka lebih banyak
jelas makan garam

2. Ibu bapa 1. Tidak memberikan kasih 1. Anak-anak akan terjebak 1. Memberikan kasih sayang yang
sayang yang secukupnya / sibuk dalam kancah jenayah / secukupnya bagai menatang
bekerja / mementingkan diri masalah sosial minyak yang penuh
sendiri bagai enau dalam 2. Berlaku keruntuhan 2. Meluangkan masa secara
belukar melepaskan pucuk institusi kekeluargaan berkualiti dengan anak-anak untuk
masing-masing 3. Kehidupan anak-anak mengeratkan ikatan kekeluargaan
2. Tidak meluangkan masa akan terumbang-ambing bagai isi dengan kuku
secara berkualiti dengan anak- ibarat kapal tanpa nakhoda 3. Menjadi suri teladan kepada
anak anak-anak untuk dicontohi kerana
3. Gagal menjadi suri teladan bagaimana acuan, begitulah
seperti ketam mengajar kuihnya / bapa borek anak rintik /
anaknya berjalan lurus ke mana tumpahnya kuah kalau
sedangkan dirinya berjalan tidak ke nasi
senget

3. Masyarakat 1. Bersikap mementingkan diri 1. Masyarakat akan porak- 1. Bersikap mengambil berat atau
sendiri bagai enau dalam belukar peranda cakna dengan mengamalkan
melepaskan pucuk masing- 2. Masyarakat terdedah konsep menjaga tepi kain orang
masing kepada sebarang ancaman 2. Bersatu padu dalam menangani
2. Tidak bersatu padu dalam 3. Masyarakat tidak akan masalah bak kata pepatah bulat air
menangani sesuatu masalah bak maju / berjaya kerana pembetung, bulat manusia
kata pepatah, bersatu teguh, kerana muafakat
bercerai roboh 3. Menjadi mata dan telinga
3. Tidak menjadi mata dan kepada pihak berkuasa dengan
telinga kepada pihak berkuasa tidak berpeluk tubuh

4. Sekolah 1. Mengutamakan aspek 1. Masalah disiplin semakin 1. Hendaklah memastikan


akademik daripada kerohanian meningkat keseimbangan antara pencapaian
dan kemenjadian seorang murid 2. Reputasi sekolah terjejas akademik dengan aspek kerohanian
yang holistik 3. Pencapaian akademik dan disiplin kerana disiplin asas
2. Tidak menjalankan program / murid terjejas kejayaan
aktiviti dengan bersungguh- 2. Menjalankan program / aktiviti
sungguh umpama melepaskan dengan bersungguh-sungguh
batuk di tangga kerana di mana ada kemahuan, di
3. Hukuman yang dikenakan situ ada jalan
tidak tegas / peraturan sekolah 3. Mengenakan hukuman yang
yang longgar tegas / Mengetatkan peraturan
sekolah

5. Kerajaan 1. Kempen yang bermusim 1. Tidak mencapai status 1. Mengadakan kempen secara
seperti hangat-hangat tahi negara maju konsisten
ayam 2. Dipandang rendah oleh 2. Mengetatkan undang-undang
2. Kurang pemantauan daripada negara luar 3. Melakukan pemantauan dengan
pihak berkuasa 3. Keharmonian negara bersungguh-sungguh
3. Undang-undang yang longgar terjejas

6. Pihak media massa 1. Menyiarkan program yang 1. Masyarakat ketandusan / 1. Lebih banyak menyiarkan
tidak bermoral kehilangan nilai-nilai murni program yang bermoral
2. Mengutamakan keuntungan / 2. Masalah jenayah semakin 2. Mengetepikan soal keuntungan
bersikap mementingkan diri meningkat
sendiri bagai enau dalam
belukar melepaskan pucuk
masing-masing

Selamat menduduki Ujian Bertutur Berkumpulan. Semoga kamu dapat bertutur


dengan lancar.

[ DISEDIAKAN OLEH CIKGU ANELYZA. HANYA UNTUK TUJUAN


PEMBELAJARAN. ]

Anda mungkin juga menyukai