Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP

KEJOHANAN TERTUTUP FUTSAL


SK SG TELOR
29 OKT 2022 SABTU
GELANGGANG FUTSAL KG SG TELOR
1. Alhamdullillah, marilah kita bersama-sama mengucapkan
kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya jua
kita dapat berhimpun pada pagi ini dalam Majlis Penutup
Kejohanan Futsal Tertutup Sekolah Kebangsaan Sg Telor. Saya
merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada
pihak penganjur yang menjemput saya untuk bersamasama
dalam kejohanan ini.

Para hadirin sekalian ,

2. Anak-anak yang berada di hadapan saya pada hari ini


merupakan permata yang perlu digilap sehingga menyinari
persada futsal negara dan antarabangsa. Negara kita hari ini,
ketandusan atle futsal yang mampu membawa nama negara ke
pelosok dunia.

3. Kejohanan sebegini dapat memupuk nilai-nilai positif serta


meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan diri seterusnya
membentuk modal insan yang berkualiti. Di samping itu,
kejohanan ini juga akan mempamerkan semangat kesukanan dan
daya juang yang tinggi.

4. Tidak dapat dinafikan, kemenangan memanglah penting dalam


setiap pertandingan tetapi yang lebih utama ialah mengambil
bahagian dan mengutamakan semangat kesukanan.
5. Kepada yang menang, sekalung ucapan tahniah dirakamkan dan
kepada yang kalah jangan cepat berputus asa, tidak mengapa
kerana sesungguhnya jadikan kekalahan hari ini sebagai satu
titik permulaan ke arah kejayaan yang lebih gemilang pada masa
hadapan.

6. Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin mengambil kesempatan


sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan
tahniah kepada anak-anak sekalian. Syabas kepada semua pihak
kerana telah berjaya mengelolakan kejohanan ini.

7. Marilah kita sama-sama memanjatkan syukur dan doa mudah-


mudahan Allah SWT akan terus melimpahkan rahmat
perlindungan dan peliharaan-Nya kepada kita dan negara
Malaysia dengan naungan keselamatan, keamanan, dan
kemajuan.

Anak-anak ingatlah

“Kemenangan adalah bonus dari setiap pertandingan, namun proses


latihanlah yang akan membuat pasukan menjadi kuat dan hebat.”

Dengan lafaz Bismillah saya menyempurnakan Majlis Perasmian


Penutup Kejohanan Futsal Tertutup Sekolah Kebangsaan Sg Telor

Anda mungkin juga menyukai