Anda di halaman 1dari 5

Assalamualaikum warahmatullah , Salam Makmur Johor

1. Pertama sekali, marilah kita panjatkan rasa


kesyukuran ke hadarat Allah swt, dengan limpah
kurnianya dapat kita bersama-sama pada pagi yang
berbahagia ini .

2. Program Komuniti Bangkit Bersama : “Kami Pilih


Bijak” adalah satu inisitaif yang sangat baik.
Program yang saya lihat mempunyai mesej secara
kolektif bahawasanya warga Dun Pasir Raja
khususnya Felda Bukit Besar amat benci akan
dadah dan bersama-sama memerangi dadah habis-
habisan. Gejala penyalahgunaan dadah bukanlah
satu masalah baru tetapi telah lama berakar umbi .

3. Dadah adalah musuh nombor satu negara yang


perlu ditangani kerana ia boleh merosakkan masa
depan generasi muda sekali gus melumpuhkan
pembangunan fizikal dan rohani rakyat. Kita dapati
saban tahun, ada sahaja penagih baharu terutama
dalam kalangan remaja di bangku sekolah dan
lepasan sekolah. Paling menyedihkan, ada pelajar
di institusi pengajian tinggi yang turut terjebak.
4. Sebenarnya, usaha menangani masalah dadah ini
memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak
seperti agensi berkaitan dengan keluarga, belia,
agama dan perpaduan. Kerjasama bersepadu
dengan semua pihak ini dapat memberi kesan
menyeluruh, sekali gus menyelesaikan
permasalahan dadah di negara ini. 

5. Masyarakat harus faham, isu dadah ini tidak harus


dilihat secara berasingan. Ia tidak berlaku secara
spontan. Isu dadah adalah satu masalah yang lahir
hasil daripada pelbagai masalah lain dalam
sesebuah masyarakat. Ia adalah simptom terakhir
yang terhasil daripada keruntuhan sistem
kekeluargaan, masalah psikologi individu yang
terbabit dan pengaruh persekitaran yang tidak sihat.
Maka untuk menangani masalah dadah ini, setiap
isu-isu ini harus diselesaikan secara bersepadu dan
memerlukan kerjasama semua pihak bagi
menyembuhkan penyakit ketagihan ini. 
6. Kita harus menukar persepsi dan menerima hakikat
bahawa pengguna dadah adalah insan-insan yang
memerlukan bantuan rawatan dan sokongan
daripada kita semua dan bukannya harus
diasingkan dan dicemuh. Mereka harus dianggap
seperti pesakit kronik yang sentiasa memerlukan
sokongan moral dan perubatan bagi membolehkan
mereka mengatasi penyakit ketagihan ini.
Walaupun pengedar dadah kita patut hukum
sekeras-kerasnya tetapi pengguna-pengguna
dadah ini harus diberi peluang kedua untuk berubah
dan memulakan kehidupan baharu. Kesediaan kita
untuk menerima mereka semula ke pangkuan
masyarakat adalah faktor penyumbang utama yang
akan menentukan sama ada mereka akan menjadi
penagih berulang. Ibu bapa yang mempunyai anak-
anak yang terlibat dengan dadah pula harus faham,
apabila dijalankan aktiviti penguatkuasaan dan
anak-anak mereka ditangkap dan dihantar ke pusat
pemulihan, ini sebenarnya bukan satu tindakan
penganiayaan, sebaliknya ini adalah satu
pertolongan bagi memulihkan anak-anak mereka
agar mampu menjadi insan yang berguna kepada
masyarakat selepas keluar daripada pusat-pusat
pemulihan ini nanti. 

7. Tahniah saya ucapkan kepada AADK Daerah Kota


Tinggi atas pengajuran program ini dimana
pendekatan yang diambil adalah bersifat
pemerkasaan komuniti iaitu melalui JKKK dan NGO
setempat yang akan memastikan transformasi ini
akan lebih berkesan dan berpanjangan. Ini adalah
cabaran terbesar bagi kita semua untuk sama-
sama mengajak masyarakat menyertai kempen
perangi dadah habis-habisan sebagai satu gerakan
masyarakat sivil. Jika program ini mencapai
matlamatnya selepas satu jangkamasa tertentu, kita
akan menyaksikan satu transformasi masyarakat
Dun Pasir Raja bukan sekadar dalam bentuk fizikal
dan prasarananya sahaja malah akan meliputi
pembangunan dalam aspek kemajuan minda,
jalinan sistem sosial yang erat dan juga
kemantapan dari sudut mental dan kerohaniannya.

8. Saya juga mengambil peluang ini untuk


menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak
AADK Daerah Kota Tinggi di atas komitmen
melaksanakan pelbagai program perangi dadah.
Saya berharap aktivti penguatkuasaan AADK
berjalan dengan lancar dan berjaya menyelamatkan
ramai anak-anak muda daripada terus berada
dalam dunia khayalan. Fasa yang seterusnya
adalah peringkat membina persekitaran yang sihat
untuk generasi muda Dun Pasir Raja. Sokongan
yang kuat terutamanya daripada segenap lapisan
masyarajat dialu-alukan.
9. Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap untuk
sama-sama kita fikir-fikirkan
Indah baiduri dari kencana
Cantik di pakai ke sana sini
Pendidikan diberi kesedaran dijana
Terhapuskah dadah di dunia ini

Dengan lafaz Bismillah hirahmanirrahim, saya dengan


ini menutup rasmi Program Komuniti Bangkit Bersama :
“Kami Pilih Bijak”

Terima kasih

Wabillahit taufiq wal hidayah, wassalamu'alaikum


warahmatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai