Anda di halaman 1dari 6

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh, Salam

Muafakat Johor, Salam Keluarga Pasir Raja Prihatin

Alhamdulillah, segala puji dan syukur hanya bagi Allah Tuhan


sekalian alam, selawat dan salam ke atas Nabi junjungan
besar Muhammad SAW serta ahli keluarganya, sahabat-
sahabat baginda, para tabi’in dan seterusnya pewaris-
pewaris perjuangannya. Syukur kehadrat ilahi, kerana dengan
limpah kurnianya dapat dapat kita bersama-sama lagi pada
hari yang penuh bermakna ini untuk meraikan majlis
perpisahan ‘Jasa Dikenang’ yang penuh bermakna dan penuh
erti pada hari ini.

Tuan-Tuan , Puan-Puan sekalian

1. Manusia secara nalurinya akan merasa bahagia dan


berbangga apabila mengenang kembali detik-detik
pengorbanan yang pernah disumbangkan. Di dalam
mengimbau kembali peranan dan penglibatannya itu dia aka
terasa sebuah kepuasan pada dirinya yang tidak ada tolok
bandingnya. Ini lebih-lebih lagi benar apabila mengingatkan
kerja-kerja yang dilakukannya itu ada kaitan dengan niat yang
tulus ikhlas untuk kepentingan organisasi, negeri dan
negaranya. Dia bukan hanya beroleh kepuasan hati yang
penuh, hasil dari ketekunan dan keikhlasan , malah mampu
menjadikan kenangan-kenangan yang paling manis sepanjang
hayatnya.
2. Saya amat yakin itulah yang dirasai oleh barisan mantan
ketua-ketua blok yang diraikan hari ini. Oleh itu, apa yang
tinggal hanyalah sebuah jasa yang menjadi ukuran orang
yang merasainya. Saya berharap kita tidak mengukur prestasi
seseorang itu dengan emosi untuk mengadili jasanya.

Seperti pepatah “Gajah Mati Meninggalkan Tulang Harimau


Mati Meninggalkan Belang Manusia Mati Meninggalkan
Nama”

3. Kepada barisan Ketua-Ketua Blok yang baru sesi 2022-


2023 yang telah dipilih, saya merakamkan ucapan tahniah
dan syabas. Harapan saya agar anda semua dapat
menjalankan tugas dan tanggungjwab dengan sebaik
mungkin dan berkesan bagi membantu memantapkan lagi
JKKR.

4. Setiap individu itu mempunyai peranan dan


tanggungjawab untuk mencorakkan hasil kerja yang
hendak dicapai. Jika usaha yang dicurahkan tidak seberapa
maka hasil atau keputusan yang dibuat juga tidak akan
membuahkan kecemerlangan. Dalam surah Al-Anfaal ayat
53 ada menyebut; “Allah tidak akan mengubah nasib
sesuatu bangsa itu jika mereka tidak berusaha
mengubahnya sendiri, sesungguhnya Allah itu Maha
Mengetahui”. Dalam ayat tersebut jelas mencerminkan
betapa setiap individu itu ada peranan, amanah serta
tanggungjawab yang perlu diutamakan untuk mengubah
nasib bukan hanya pada diri sendiri malah kepada
masyarakat dan negaranya. Ini adalah konsep penerapan
nilai yang amat baik untuk kita teladani.

5. Harapan saya amat tinggi untuk melihat tuan-tuan dan


puan-puan sentiasa dalam usaha dan kegigihan untuk
menjadi sebahagian daripada penyumbang kearah
kesejahteraan keluarga Felda Sg Sayong. Tidak kira sama
ada pemimpin masyarakat setempat atau anggota
masyarakat biasa, kuasa pada usaha dan semangat kita
adalah amat penting dan relevan dalam memastikan amanah
yang dipikul dapat dinikmati oleh seluruh keluarga Felda Sg
Sayong.

6. Budaya kerja berpasukan memberi penekanan kepada


sinergi , kesatuan matlamat , kepimpinan yang
mementingkan musyawarah dan tindakan yang
mengambilkira keupayaan semua ahli kumpulan bagi
menghasilkan transformasi. Untuk memantapkan daya
sinergi, kerjasama dan daya tahan perlulah kita bersatu
hati, berganding bahu, tolong-menolong dan saling
membantu antara satu sama lain.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.


Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat.
7. Bertindak secara berpasukan ialah satu tuntutan
dalam Islam dan menurut surah As - Saff Ayat 4 ada
menyebut ; ’Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang
berperang pada jalanNya dengan berbaris-baris, seolah -
olah mereka bangunan tembok yang sangat rapat” . Tembok
yang rapat yang digambarkan dalam surah tersebut
adalah satu andaian team work yang kukuh, mantap dan
kuat.

8. Team work atau Kerja berpasukan adalah satu budaya


dan nilai yang amat mementingkan kerjasama. Budaya
team work ini tidak ada individu yang mengatakan
bahawa kerja ini adalah hasil kerja saya. Ini adalah
kerana tidak ada sebarang kerja yang kita hasilkan
atau putuskan yang datang hanya dari kerja kita sendirian.
Ianya pasti terhasil dan haruslah dihasilkan melalui
perancangan dan buah fikiran secara berpasukan.

Tuan-tuan, Puan-puan sekalian.

9. Semakin hari semakin mencabar dan menguji sejauh


mana kekuatan dan perpaduan kita, oleh itu, saya amat
berharap dan amat yakin tuan -tuan dan puan-puan mampu
bergerak progresif sekiranya semangat berpasukan ini
dijadikan satu landasan atau kayu ukur terpenting dalam
organisasi . Insyallah.

10. Sehubungan itu, semasa menjalankan tugas kita harus


bekerja sebagai satu keluarga dan menjadikannya sebagai
satu amalan dan budaya yang sihat. Sebagai satu keluarga
kita tidak perlu malu atau segan untuk saling menasihati
antara satu sama lain dan juga meminta bantuan atau
memberi bantuan bila diperlukan. Dengan cara ini, kita
akan rasa lebih selesa untuk bekerja antara satu sama
lain. Persekitaran kerja yang sihat seperti ini pastinya
membuatkan kita lebih bersemangat untuk menyumbang
dalam penambahbaikan dalam organisasi yang kita sayangi .

11. Sebelum saya mengakhiri ucapan , izinkan saya


menghadiahkan sebuah pantun untuk tuan-tuan dan puan-
puan yang diraikan.

Anak haruan lima-lima,


Mati ditimpa punggur berdaun;
Budi tuan kami terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.
Kalau ada pauh didaik
Bawa sebiji ke tanah seberang
Kalau ada budi yang baik
Sampai mati dikenang orang.

Wabillahit taufiq wal hidayah, wassalamu'alaikum


warahmatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai