Anda di halaman 1dari 15

Slot 1

Speaker 1: Shahrul Izzuddin

Slide1
Terima Kasih saya ucapkan kepada saudara/saudari pengerusi majlis, Bismillahirrahmanirahim,
Assalamualaikum warahmatullahiwaharakatu, dan salam sejahtera. Sirih berlipat Sirih pinang
Sirih dari pulau Mutiara Pemanis kata, Selamat datang Awal Bismillah pembuka bicara. Sidang
dewan yang dihormati. Selamat bertemu dalam program bual bicara kita yang pertama pada pagi
ini yang bertajuk Peranan Ibu Bapa Membentuk Sahsiah Anak2. Bual bicara kita yang pertama
akan bermula sekarang.

Slide2
Izinkan saya memperkenalkan peserta pelajar kor JBHKR2213A yang akan menyampaikan bual
bicara pada slot 1 ini. Yang pertama ialah saya sendiri Shahrul Izzuddin, seterusnya saudari
Hairun Zulaiqha, Nurshuhaibah dan Siti Nuraisyah Umairah.

Slide3
Seterusnya mari kita mulakan bual bicara kita yang pertama. Adakah anda tahu peranan2 ibu
bapa dari aspek islam? Tahukah anda bahawa ISLAM menggalakkan umatnya supaya
memelihara hubungan kekeluargaan dan bantu-membantu antara satu sama lain sebagai ahli
keluarga sendiri. Ini merupakan konsep kehidupan yang perlu dilaksanakan oleh seluruh
masyarakat Islam. Rasulullah SAW memperingati umat Islam dengan sabdanya yang
bermaksud; “Aku berpesan kepada umatku baik yang hadir mahupun yang tidak hadir, mahupun
yang kini mereka masih berada dalam tulang sulbi ayah atau rahim ibu mereka hingga hari
kiamat, hendaklah mereka menjalin silaturahim dengan sanak-saudara dan kerabat mereka,
kerana silaturahim merupakan sebahagian dari agama.” Ia bermaksud supaya kita hendaklah
saling mengeratkan dan menjaga hubungan silaturahim yang ada pada keluarga kita sehingga
hari akhirat kerana silaturahim merupakan salah satu bahagian yang ditekankan dalam Agama
Islam.
Slide4
Para hadirin yang dihormati sekalian, pada akhir bual bicara ini anda akan dapat mempelajari
tentang peranan ibu bapa untuk membentuk peribadi anak-anak. Seterusnya juga dapat
memahami apakah yang dimaksudkan dengan ketua keluarga dan dapat mempelajari tentang
siapakah yang bertanggungjawab untuk mencorakkan sahsiah anak- anak.

Slide5
Seterusnya mari kita lihat apakah tanggungjawab2 ketua keluarga dan apakah peranannya.
Sebagai ketua keluarga, Peranan untuk membentuk peribadi isteri dan anak-anak, semuanya
tanggungjawab suami. Oleh itu, ilmu di dada mestilah penuh, daya tahan iman yang utuh, dan
stamina amal yang teguh selain menuntut kemahiran dan kesabaran dalam mendidik. Saudara2
sekalian, apakah kita tidak mengimpikan untuk menjadi suami mithali yang mengikuti acuan Nabi
Muhammad SAW? Menyedari hakikat ini, beberapa kewajipan perlu diambil berat dan
dilaksanakan oleh para ketua keluarga. Menginginkan sebuah keluarga yang bahagia dan
harmoni adalah impian semua manusia. Pertama, adalah dengan memberikan pendidikan dan
tarbiah Islam kepada anggota keluarga. Sesebuah keluarga tidak mungkin bahagia jika dibina
tanpa asas aqidah Islam. Suami adalah seperti imam yang bertanggungjawab untuk memimpin
keluarga ke mercu kejayaan. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang
beriman! Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan
bakarannya: manusia dan batu (berhala). (Surah at -Tahrim, ayat 6). Sebagai seorang ketua
keluarga kita perlulah mempamerkan contoh atau teladan yang baik dalam keluarga untuk didikuti
dan dicontohi oleh anak-anak dan isteri serta menjiwai dan mengamalkan sifat-sifat mahmudah.
Namun, pada hari ini, kita sering melihat gejala sosial dan keruntuhan akhlak dalam kalangan
anak-anak kian meruncing akibat daripada masyarakat yang kurang menjiwai dan menjaga
akhlak sepertimana yang dianjurkan oleh junjungan Baginda SAW. Oleh itu, dalam mendepani
situasi sedemikian tanggungjawab ketua keluarga tidak boleh dipandang enteng dan sangat
besar dalam menjadi Qudwah Hasanah atau contoh yang baik bagi menjamin kebahagiaan
dalam institusi keluarga.

Seterusnya, sebagai ketua keluarga, seseorang bapa atau suami tersebut mestilah berusaha
sedaya upaya untuk mencari rezeki yang halal untuk anak-anak dan isteri. Ini adalah kerana
setiap makanan dan minuman yang diberikan kepada anak-anak dan isteri akan menjadi darah
daging mereka dan mengalir didalam badan mereka. Jika makanan itu diperolehi daripada
sumber yang tidak halal sama ada makanan tersebut sendiri yang tidak halal atau dibeli dengan
cara yang tidak halal maka ia akan merosakkan jiwa kita, anak-anak dan isteri. Ia juga akan
memberi kesan kepada pembentukan akhlak anak-anak. Sehubungan itu, adalah amat penting
bagi ketua keluarga menjaga punca rezeki serta makanan mereka supaya cahaya keimanan
mudah masuk ke dalam hati sanubari dan terpelihara daripada azab neraka.

Para hadirin sekalian, tahukah anda bahawa anak-anak diibaratkan seperti kain putih, terpulang
kepada ibu bapa untuk mencorakkan anak-anak mereka. Ini bermakna ibu bapa harus bertindak
sebagai teraju utama dalam membentuk sahsiah anak-anak yang merupakan asas dalam
pembinaan masyarakat penyayang. Ketua keluarga juga harus memperuntukkan masa untuk
bersama ahli keluarga kerana ia adalah amat penting dalam institusi rumah tangga. Masa juga
dianggap sebagai penting untuk kita mengambil berat tentang anak-anak agar mereka tidak
merasa kesunyian ketika mereka mengahadapi masalah dalam perlajaran, persekitaran dan
sebagainya. Suami juga mesti meluangkan masa yang sebaiknya untuk isteri dengan berbincang
masalah yang timbul dalam rumahtangga agar masalah berkenaan mampu diselesaikan dengan
baik.

Pada pandangan saya, kasih sayang akan memberi semangat dan pendorong dalam
menghadapi kerenah dan perangai anak-anak. Bayangkan jika seorang ayah tiada rasa cInta
pada anak, mereka akan melihat anak tersebut umpama kayu dan batu. Bahkan mereka mungkin
akan menyifatkan anak sebagai beban yang menyusahkan. Dalam hal ini, sebagai ketua
keluarga, cubalah berkongsi pengalaman dan membina kasih sayang dengan memahami dan
membimbing kemahuan mereka. Bantulah mereka dengan mencari keyakinan diri dan sentiasa
menggalak serta mengasah potensi diri mereka.Marilah kita menanamkan azam dan
menguatkan tekad untuk menjadi ketua keluarga yang cemerlang yang sentiasa melaksanakan
kewajipan terhadap perintah Allah SWT. Kemuncak kebahagiaan dalam berkeluarga ialah
apabila setiap anggotanya membudayakan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian. Saya
tahu bukan mudah untuk mencapainya, namun yang dituntut itu adalah usaha kita. Jadi marilah
kita ambil masa dan marilah kita renung sejenak firman Allah SWT yang bermaksud “Dan orang-
orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami
hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam syurga), dan kami
(dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka, tiap-tiap seorang
manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya”. (Surah At- Tur, ayat 21). Tuan2 dan Puan2
bagi mendalami lagi topik kita pada pagi ini izinkan saya menyerahkan Bual bicara ini kepada
Saudari …
Speaker 2: Hairun Zulaiqha

Kata2 aluan: Assalamualaikum terima kasih kepada saudara shahrul yang menyampaikan idea
yang bernas sebentar tadi. Okay baiklah kita teruskan lagi dengan tanggungjawab bersama
dalam membesarkan anak anak. Dalam mendidik anak2, ibu dan bapa mempunyai peranan
masing2. Sbg cth, jika ibu sibuk dengan persiapan menguruskan anak2, bapa boleh membantu
dalam urusan kerja2 di rumah yang lain. Samalah spt pepatah mengatakan ringan sama dijinjing,
berat sama dipikul.

Slide 1: Menerapkan penghayatan ilmu agama

Pendidikan adalah sesuatu yang amat penting dan perlu diberikan perhatian oleh setiap ibu bapa
kerana ianya adalah kewajipan yang perlu dilaksanakan sebaiknya. Matlamat utama
pelaksanaan sistem pendidikan dalam Islam ialah untuk memberikan penekanan kepada aspek
penghayatan melalui daripada setiap penjuru ilmu pengetahuan serta kemahiran bagi
membangunkan insan yang bertakwa kepada Allah SWT. Apa yang menjadi matlamat utama
dalam pendidikan ialah melahirkan manusia yang menghayati ajaran Islam yang sebenar yang
hanya menyembah Allah SWT sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-An'am ayat 102:

"Yang demikian (sifat-sifat-Nya dan kekuasaan-Nya) ialah Allah Tuhan kamu, tiada Tuhan (yang
berhak disembah) melainkan Dia, yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, maka beribadahlah kamu
kepada-Nya. Dan (ingatlah) Dialah yang mentadbirkan segala-galanya"

realiti yang berlaku kini, peranan ibu bapa semakin berkurangan. Tugas ini nampaknya hampir
diserahkan sepenuhnya kepada guru-guru di sekolah-sekolah agama dan juga sekolah-sekolah
kebangsaan, khususnya guru-guru pendidikan Islam. Ini menjadikan tugas guru-guru pendidikan
Islam kini menjadi semakin lebih penting dalam usaha membangunkan generasi muda.
Persoalannya dimanakah peranan ibu bapa dan mampukah guru-guru pendidikan Islam ini
melaksanakan tugas yang amat besar ini? Apakah ibu bapa masa kini menyerahkan sepenuhnya
tugas mendidik anak-anak mereka kepada pihak sekolah?

Ibu bapa perlulah memastikan anak2 mempunyai keseimbangan dalam akademik serta sahsiah.
Ibu bapa harus berasa bimbang sekiranya anak2 tidak mempunyai penerapan ilmu agama yang
cukup dalam menjalani kehidupan sbg muslim.
Sebagai contoh, sekiranya ibu bapa yang sibuk dengan kerja masing2, ibu bapa boleh
meluangkan masa sekurang2nya sebanyak 20-30 minit sehari memberi pengisian agama kepada
anak2. Selain daripada itu, ibu bapa boleh meluangkan masa bersama dengan pengisian agama
bersama2 pada hujung minggu. Dengan ini sekaligus hubungan kekeluargaan akan lebih erat
terjalin. Anak2 akan lebih berasa lebih dekat dan lebih bersemangat utk menuntut ilmu agama
tanpa paksaan.

Slide 1: Menerima keunikan tersendiri anak2

Okay seterusnya, setiap individu mempunyai keunikan masing2, begitulah jua dgn anak2. Jadi
sebagai ibu bapa haruslah memainkan peranan penting dalam menilai kebolehan ank2. Ibu bapa
hendaklah memberi ruang kepada mereka utk memilih cara hidup ataupun bakat mereka. Ibu
bapa janganlah memaksa mengikut kehendak ibu bapa sahaja.

Setiap anak mempunyai perangai yang berbeza-beza. Sememangnya manusia termasuk ibu
bapa bukanlah sempurna sehingga tidak akan mengeluh tentang anak.

Oleh itu, ibu bapa hendaklah mengeratkan hubungan antara ibu bapa & anak. Sbg cth, anak2
menceritakan hari mereka dan sentiasa meluangkan masa bersama secara tidak langsung bu
bapa juga dapat mengenali anak-anak dengan lebih mendalam.

Selain itu, ibu bapa tidak seharusnya membandingkan setiap anak2. Tidak semua anak2
mempunyai level IQ yg sama tinggi. Setiap anak2 mempunyai kekurangn dan kelebihan masing2.
Sbg cth,terdapat anak yg bijak dalam pelajaran ataupun kerja tetapi dia tidak dapat meluangkan
lebih byk masa bersama. Begitu juga dgn sebaliknya.

Ajarkan anak untuk berasa cukup dan ibu bapa juga perlu belajar tentang konsep cukup. Konsep
ini adalah qanaah. Berasa cukup dengan rezeki yang dikurniakan. Anak kurang dari segi
akademik, tetapi masih anak yang soleh? Itu adalah rezeki. Anak tidak mendapat markah penuh
tetapi sudah berusaha sehabis baik? Itu sudah cukup baik. Berbelas ihsanlah sesama anak-anak
kerana anak adalah rezeki dan ujian dari Allah SWT.

Slide 2: Pentingnya menjaga emosi anak2

Masalah emosi tidak selalu dibincangkan apabila anak-anak semakin meningkat dewasa.
Seharusnya, ibu bapa perlu memantau emosi anak-anak supaya mereka membesar dengan
mental yang lebih sihat. Tidak banyak ibu bapa yg ambil cakna berkaitan dengan perkara ini, hal
ini kerana terdapat “stereotype” anak2 tidak boleh membantah ibu bapa. Jadi anak2 menjadi
tertekan.

Kebanyakan ibu bapa lebih mementingkan kesihatan fizikal kadang mereka terlupa untuk fokus
pada emosi anak-anak. Rajinlah bertanyakan adakah mereka berasa gembira dan selesa dengan
persekitaran mereka. Ibu bapa seharusnya menjadi ruang selesa & selamat agar anak2 dapat
meluahkan perasaan mereka.

Ibu bapa seharusnya menitikberatkan perasaan dan emosi anak2 dan tidak mengamalkan sifat
pentingkan diri sendiri ataupun sikap ibu bapa sentiasa betul. Sebagai ibu bapa hendaklah cuba
utk menerima pandangan anak2 & menerima kesalahan sendiri.

Dgn ini anak2 akan berasa lebih terbuka dgn ibu bapa. Kedua2 pihak haruslah memainkan
peranan yg penting agar terwujudnya harmoni dalam komunikasi kkeluargaan.

Tambahan pula, Ajari anak untuk mengakui kesalahan supaya anak pelajari membuat kesalahan
adalah salah satu cara untuk belajar. Suatu hari nanti anak akan belajar untuk menerima
kesalahan dan tidak menipu hanya untuk memenuhi harapan sebagai anak yang sempurna.
Speaker 3: NurShuhaibah
Slide 1
Kata-kata Aluan: Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum semua, terima kasih kepada
saudari Hairun sebentar tadi. Saya NurShuhaibah adalah panel ketiga bagi slot ini. Untuk
pengetahuan semua, zuriat cahaya mata ini adalah kurniaan dan anugerah Allah SWT yang amat
bermakna dalam sesebuah keluarga. Kelahirannya adalah suatu amanah yang akan
dipertanggungjawabkan bagi semua yang bergelar ibu dan bapa. Tajuk saya pada hari ini akan
menyentuh mengenai kebaikan jika ibu bapa memberi perhatian sepenuhnya kepada anak-
anak. Terdapat beberapa impak yang positif kepada anak- anak yang akan saya sampaikan
kepada semua.

Slide 2
Baiklah,
Yang Pertama, jika ibu bapa memberi perhatian sepenuhnya kepada anak-anak,
sesebuah keluarga itu dapat melahirkan keluarga yang bahagia. Secara tidak langsung
hubungan antara ibu bapa dan anak-anak menjadi lebih akrab kerana banyak meluangkan masa
bersama-sama. Antara aktiviti yang boleh ibu bapa lakukan bersama anak-anak di samping
hanya memberi perhatian kepada anak adalah makan bersama pada setiap hari sewaktu makan
pagi, tengahari mahupun malam. Namun, terdapat juga sesetengah ibu bapa yang sibuk dengan
kerja dan tidak dapat pulang ke rumah untuk makan bersama jadi, haruslah sebolehnya cuba
mencari masa bersama anak-anak walaupun pada hari yang sibuk bagi meluangkan masa
bersama seperti bertanya khabar dan sebagainya. Dengan itu anak-anak akan merasa gembira
dan dihargai kerana ibu bapa mereka sentiasa mencari waktu untuk mereka. Memandangkan
anak-anak adalah anugerah Allah SWT yang sangat berharga, mereka mestilah dihargai,
disayangi serta dikasihi sebaik mungkin. Ibu bapa yang sentiasa berusaha membesarkan anak-
anak sebaik mungkin menjadi anak yang soleh atau solehah, taat kepada perintah Allah SWT
dan berbakti kepada ibu bapa dijanjikan jaminan rezeki daripada Allah SWT. Oleh itu, tidak
dinafikan keakraban antara ibu bapa dan anak-anak salah satu sebab dapat melahirkan sebuah
keluarga yang bahagia.
Pada pandangan saya, ibu bapa ini adalah orang yang paling penting dalam hidup kita.
Merekalah nombor satu bagi segalanya. Kita sebagai anak-anak ingin rapat dan selesa dengan
ibu bapa seperti menganggap merekalah kawan kita. Ketika kita gembira,sedih mahupun marah
ibu bapa kitalah yang menjadi orang pertama kita cari bagi meluahkan segala-galanya. Anak-
anak tidak akan memendam perasaan sendiri kerana ada seseorang yang memahami mereka
iaitu ibu bapa.

Seterusnya, sesebuah keluarga itu turut dapat melahirkan anak-anak yang cemerlang.
Tidak kisahlah sama ada dari segi sahsiah mahupun akademik, anak-anak akan dapat menjadi
seorang anak yang cemerlang. Hal ini kerana mereka mendapat sokongan dan dorongan yang
sepenuhnya dari ibu bapa mengenai didikan agama dari usia yang muda. Dalam Surah al-Tahrim,
ayat 6, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri
kamu dan keluargamu daripada api neraka.” Ayat itu menjelaskan ibu bapa perlu menitikberatkan
hal berkaitan asuhan, bimbingan serta pendidikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Hadith
daripada Abu Bakrah R.A. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Jadikanlah
dirimu orang yang alim, atau orang yang menuntut ilmu, atau orang yang selalu mendengar
pelajaran agama atau pun orang yang mencintai tiga golongan tersebut. Dan janganlah engkau
menjadi golongan kelima yang sebabnya engkau akan binasa". (Riwayat al-Bazzar). Sebagai
contoh, ibu bapa seharusnya mengajar anak-anak mereka mendalami ilmu agama dan
mendekatkan diri kepada Tuhan seperti amalan yang mudah untuk diajari ketika masih kecil
adalah menunaikan solat fardhu, membaca Al-Quran dan berzikir. Sehubungan itu, amat wajar
kita menghayati pesanan Luqman al-Hakim kepada anaknya yang dirakamkan oleh Allah SWT
di dalam al-Quran yang boleh dijadikan panduan kepada ibu bapa untuk mendidik anak-anak
mereka dengan iman, ilmu dan akhlak. Amalan-amalan ini akan melembutkan hati dan
mententeramkan jiwa serta melahirkan anak-anak yang bersahsiah mulia. Firman Allah SWT
dalam al-Quran Surah Luqman ayat 13, yang bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata
kepada anak lelaki: sedang dia memberi nasihat kepadanya: "Wahai anakku yang dikasihi,
janganlah kamu mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya syirik itu
adalah kezaliman yang besar." Sifat ini akan menjadi darah daging dalam diri anak-anak dan
mendorong mereka untuk berperilaku baik seterusnya sentiasa menyayangi keluarga. Justeru,
memang tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan agama yang betul dapat melahirkan anak-
anak yang penyayang.
Seperti yang kita tahu, dalam alaf baru abad ke-21 ini, cabaran yang dihadapi oleh ibu
bapa dalam membesarkan anak-anak mereka sangat besar berbanding dengan zaman ibu bapa
dan nenek moyang. Tambahan pula, ibu bapa juga bertanggungjawab dalam menyediakan
kelengkapan anak-anak untuk menuntut ilmu seperti persekolahan yang elok, pakaian sekolah
dan sebagainya. Tempat pembelajaran yang kondusif turut membantu dalam meningkatkan
pencapaian yang cemerlang dalam pendidikan anak-anak. Ibu bapa harus mempunyai ilmu
agama dan kemahiran yang sesuai untuk mendidik anak-anak. Ia adalah menjadi satu kewajipan
kepada semua ibu bapa untuk mempelajari pelbagai ilmu agar mereka dapat menjadi suri teladan
kepada anak-anak mereka. Allah SWT menjanjikan ganjaran bagi ibu bapa yang bersabar dalam
mendidik anak-anak. Firman Allah SWT di dalam al-Quran surah al-Zumar ayat 10 yang
bermaksud: "Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman! Bertakwalah kepada Tuhan kamu. Ingatlah
orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan yang sebenar di akhirat dan
ingatlah bumi Allah ini luas untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas. Sesungguhnya orang-orang
yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira."

Slide 3
Para hadirin yang dihormati sekalian, saya teruskan lagi dengan isi yang ketiga.
Sesebuah keluarga turut boleh mengurangkan konflik antara ahli keluarga. Konflik
boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, walaupun antara ibu bapa dan anak-anak. Walaupun
mereka cuba mengelak berlakunya konflik antara ahli keluarga, adalah perkara biasa bagi orang
ramai kerana tiada siapa mampu lari daripada kesilapan, terutamanya apabila mereka tidak
menyedari akan perbuatan tersebut. Oleh itu, perhubungan yang baik adalah amat penting dalam
setiap hubungan, termasuklah antara ibu bapa dan juga anak-anak. Kedua-dua pihak haruslah
saling hormat-menghormati dan memahami antara satu sama lain serta sedar akan peranan
masing-masing dalam membesarkan anak-anak mereka dan cuba untuk tidak keterlaluan. Hadis
daripada Anas R.A bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Tidaklah seorang
muda menghormati pada orang tua kerana tuanya (usianya), melainkan Allah akan membalas
penghormatan dengan menghormatinya pula kerana usiaya kelak." (Riwayat at-Tirmidzi) Dengan
itu, masalah konflik antara keluarga dapat dielakkan apabila ibu bapa mempunyai hubungan yang
erat dengan anak-anak. Hal ini kerana setiap permasalahan dapat diselesaikan dengan cepat
tanpa berlakunya permusuhan antara ahli keluarga. Tindakan ibu bapa yang sering memberi
perhatian kepada anak-anak mereka dapat menjadikan anak-anak lebih berani untuk berhadapan
dengan ibu bapa sekiranya mereka menghadapi sebarang masalah di dalam keluarga. Sebab
itulah di dalam keluarga, kita jangan sesekali memutuskan silaturahim di antara ibu bapa dan
adik-beradik kita. Perlulah cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah dengan kedua
orang tua yang tersayang. Sabda Rasulullah SAW: "Tiada dosa yang lebih berhak disegerakan
azab di dunia dan apa yang Allah sediakan untuknya di akhirat daripada perbuatan zalim dan
memutuskan hubungan silaturahim." (Riwayat Ibnu Majah). Sebaik-baik kita adalah orang yang
paling baik pergaulannya terhadap ahli keluarganya. Syeikh Muhammad bin Abd al-Rahman al-
Mubarakfuri mensyarahkan hadis ini, beliau berkata: (Iaitu berbuat baiklah) kepada kaum
keluarganya dan juga mereka yang mempunyai hubungan silaturahim dengannya.

Yang terakhir, anak-anak tidak akan timbul perasaan ingin memberontak.


‘Memberontak' hanyalah tingkah laku sengaja melawan peraturan biasa atau pihak yang
berkuasa – lazimnya anda, sebagai ibu bapa. Hal ini dikatakan kerana anak-anak memperolehi
kasih sayang yang mencukupi akan menjadikan kita menghargai ibu bapa kita dan tidak sesekali
ingin menderhaka terhadap mereka. Anak-anak akan memilih untuk memberontak kerana
mereka sudah pada fasa dewasa dan menganggap tiada siapa yang memahami diri mereka.
Anak-anak sudah mengalami perubahan hormon, tekanan rakan sebaya dan kebimbangan akan
mengecewakan ibu bapa. Jadi, ibu bapa perlulah menitikberatkan hal ini sebagai suatu yang
penting. Sebagai contoh, mengajak mereka untuk bersembang, faham isi hati seorang remaja
yang sedang membesar. Ibu bapa juga mestilah menyedari bahawa setiap anak mereka itu
berbeza dan cara mendekati mereka turut berbeza. Oleh itu, memberi perhatian kepada anak-
anak dapat membuatkan mereka dekat dengan ibu bapa dan tidak hanya menyendiri.

Sekian, setakat itu sahaja perbincangan tajuk saya. Saya akan serahkan kepada panel kita yang
terakhir, silakan.
Speaker 4: Aisyah Umairah

Slide 1

Kata alu-aluan

Assalamualaikum WBT… terima kasih saudari Shuhaibah atas penyampaiannya


sebentar tadi. Baiklah, untuk slot seterusnya adalah berkaitan dengan Kesan dan
Keburukan ibu bapa mengabaikan anak-anak. Akhir-akhir ini, kita sering dengar di berita
mahupun di akhbar berkaitan dengan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak.
Anak-anak merupakan amanah dari Allah yang amat bermakna dalam sesebuah
keluarga. Kelahirannya adalah suatu amanah yang akan dipertanggungjawabkan bagi
semua yang bergelar ibu dan bapa. Oleh kerana anak-anak adalah anugerah yang amat
bernilai daripada Allah SWT, maka mereka perlu dibelai, disayangi dan dihargai dengan
sebaik-baiknya. Namun begitu, Ibu bapa amatlah bertanggungjawab dan juga
memainkan peranan yang penting dalam membentuk sahsiah anak anak mereka sejak
mereka lahir. Bak kata pepatah melayu, Anak-anak itu diibaratkan seperti sehelai kain
putih, maka ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada menjadi seindah warna
pelangi atau semalap masa depannya. Ibu bapa yang sentiasa berusaha untuk mendidik
anak-anak dengan sebaik-baiknya sehingga menjadi anak yang soleh, taat kepada
perintah Allah SWT dan berbakti kepada ibu bapa dijanjikan jaminan rezeki daripada
Allah SWT. Sebaliknya jika ibu bapa lalai dan alpa dalam mendidik anak-anak, ia boleh
mendatangkan musibah kepada ibu bapa itu sendiri. Disini terdapat 4 kesan dan
keburukan ibu bapa mengabaikan anak-anak mereka. Yang pertama adalah…

Slide2

1- Hidup anak-anak menjadi tidak terurus.


Antara impak negatif sekiranya ibu bapa mengabaikan anak-anak adalah hidup anak
anak akan menjadi tidak terurus. Perkara sebegini terjadi kerana terdapat segelintir Ibu
bapa yang kurang mempunyai ilmu dalam pengurusan rumah tangga boleh
menyebabkan kehidupan anak-anak menjadi tidak terurus. Hal ini dikatakan demikian
kerana mereka tidak mempunyai ilmu berkaitan rumah tangga yang cukup untuk
diamalkan serta sebagai pegangan di dalam keluarga mereka. Di dalam islam, ibu bapa
perlulah menyiapkan ilmu agama yang mantap dan secukupnya kepada anak-anak
mereka sebagaimana sabda Rasullullah SAW bersabda “( Riwayat imam “menuntut ilmu
(agama) adalah fardhu ke atas setiap orang Islam” Baihaqi dan At-Thabrani dari Anas
R.A dan al-Hasan bin Ali R.A)”. Antara perbuatan ibu bapa yang menyebabkan
kehidupan anak anak mereka menjadi tidak terurus ialah ibu bapa tidak menyediakan
keperluan persekolahan yang lengkap untuk anak-anak seperti buku teks, buku latihan
dan pakaian sekolah yang rapi. Ibu bapa juga tidak menyediakan tempat tinggal yang
selesa dan tidak kondusif bagi pembelajaran anak-anak. Sebagai contoh, keadaan rumah
yang bersepah dan persekitaran rumah yang kotor dan tidak mempunyai ruang belajar
yang baik. Selain itu, ibu bapa yang sambalewa dalam menyediakan makanan. Hanya
sekadar kenyang sahaja, tidak memberi makanan yang cukup dan sihat seperti makanan
yang tidak mempunyai zat yang cukup. Kesan daripada perbuatan tersebut, perkara ini
akan memberikan kesan yang ketara kepada anak-anak mereka yang baru sahaja ingin
mengenal dunia.

Slide3

Para hadirin yang dihormati sekalian, saya teruskan lagi dengan isi yang ketiga iaitu

2- Anak- anak tidak mendapat kasih sayang yang cukup.

Kasih sayang antara keluarga itu salah satu kunci dalam menjadikan sesebuah keluarga
itu sempurna dan bahagia. Akan tetapi, terdapat juga segelintir Ibu bapa yang lebih
mementingkan pekerjaan daripada anak-anak. Hal sebegini boleh menyebabkan anak-
anak tidak mendapat kasih sayang yang cukup. Hal ini kerana, ibu bapa terlalu leka
dengan dunia kerjaya mereka sehingga lebih meluangkan masa di tempat kerja
berbanding dengan meluangkan masa dengan anak-anak demi kemewahan hidup yang
mereka impikan.

Tindakan ibu bapa yang suka menghabiskan masa mereka dengan kerja akan
menyebabkan anak-anak merasakan diri mereka tidak penting serta tidak dihargai dan
menjadi berani untuk melakukan perkara-perkara yang merosakkan akhlak. Sikap ibu
bapa yang begitu juga akan menyebabkan anak-anak tidak mendapat perhatian yang
sepenuhnya boleh membuatkan mereka tidak rapat dengan ibu bapa mereka sendiri.
Yang lagi menyedihkan, orang asing lebih memahami mereka berbanding ibu bapa
mereka.

Pada pendapat saya, untuk memastikan anak-anak mereka mendapat kasih sayang yang
cukup, ibu bapa perlulah kerap meluangkan masa mereka dengan anak-anak dengan
bertanyakan keadaan mereka. Selain itu, ibu bapa boleh mengajak anak-anak mereka
untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah bersama-sama, berkongsi cerita dan
memberi nasihat yang sewajarnya supaya anak-anak sentiasa mendapat kasih sayang
yang cukup.

Slide4

Baiklah yang seterusnya adalah….

3- Anak-anak akan menjadi agresif dan terjebak dengan aktiviti yang negatif.

Sikap ibu bapa yang tidak menyediakan kelengkapan yang sempurna boleh
menyebabkan anak-anak menjadi lebih agresif dan menyebabkan anak-anak mereka
mudah terjebak dengan aktiviti yang boleh merosakkan akhlak. Anak-anak akan mula
menjadi agresif dan terjebak dengan perkara yang negatif kerana ibu bapa tidak
menyediakan kelengkapan yang sempurna untuk anak-anak mereka tetapi hanya
menyediakan kelengkapan yang sempurna untuk diri mereka sahaja.

Anak anak boleh menjadi agresif dan berani melakukan aktiviti yang negatif kerana
beranggapan bahawa ibu bapa tidak lagi mengambil kisah lagi tentang diri mereka.
Antara sebab-sebab mereka memilih untuk melakukan aktiviti yang negatif adalah untuk
menarik perhatian ibu bapa mereka. Sebagai contoh mencuri, membuli dan sebagainya.
Perkara sebegini kerap berlaku kerana anak-anak ini amat menagih kasih sayang serta
perhatian seseorang yang bergelar ibu dan bapa. Untuk memastikan anak anak tidak
menjadi agresif dan terjebak dengan aktiviti negatif, ibu bapa perlulah menyediakan
kelengkapan yang sempurna dan tidak mementingkan diri dengan sentiasa memantau
keadaan anak.

Slide5

4- Anak-anak menghidapi gangguan mental dan tidak mempunyai moral.

Ibu bapa yang mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa boleh
meninggalkan kesan yang buruk terhadap anak-anak mereka. Antaranya adalah anak
anak akan menghidapi gangguan emosi dan mental. Hal ini kerana ibu bapa
beranggapan bahawa anak-anak mereka boleh menjalani kehidupan seperti biasa tanpa
perhatian daripada mereka. Anak-anak yang menghidapi gangguan emosi dan masalah
mental boleh bertindak luar kawalan. Sebagai contoh membunuh, memukul dan
sebagainya. Selain itu, Ibu bapa yang tidak menekankan ajaran agama dalam sesebuah
kekeluargaan akan menyebabkan anak-anak tidak mendapat ajaran agama dan
bimbingan moral yang cukup. Ibu bapa perlulah mendidik anak-anak mereka tentang
agama dengan lebih dalam. Sesungguhnya mempunyai ilmu agama yang sempurna
sedikit sebanyak dapat membantu dalam mengurangkan masalah mental dan gangguan
emosi mereka. Di dalam Islam, Ibu bapa diwajibkan untuk mengajar anak-anak mereka
untuk mendirikan solat setiap waktu dan sentiasa menjaga ibadah mereka dengan baik.
Rasullullah S.A.W sendiri telah berpesan kepada kita semua supaya mengambil berat
tentang solat anak-anak sebagaimana sabda baginda S.A.W: “ Suruhlah anak kamu
mengerjakan solat apabila ia telah berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika mereka
enggan melaksanakan solat sedangkan mereka telah berumur sepuluh tahun” (Riwayat
Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim dari Abdullah bin Amra R.A) .

Pada pandangan saya,

Anda mungkin juga menyukai