Anda di halaman 1dari 3

Bismillahhirahmannirrahim

Sabda Nabi Muhammad S.A.W, orang mumin yang paling sempurna imannya ialah orang
yang paling baik akhlaknya dan orang yang terbaik di kalangan kamu ialah orang yang paling
banyak berbuat baik kepada isterinya
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sekalung budi sejambak kasih
saudara pengerusi majlis, yang dihormati barisan kombinasi kehakiman intelek berkarisma
kontruktif pemikirannya, salam pertemuan saudara penjaga masa,guru-guru Pembina Negara
bangsa,seterusnya hadirin-hadirat yang dirahmati Allah sekalian.
akhlak mulia keluarga bahagia
Demikianlah tajuk pidato saya pada hari ini.Kata orang, jika mahu teruna dan dara,
pikat dahulu ibu bapanya, jika mahukan hujah saya dengarkan kini definisinya.Secara
literalnya menurut kamus dewan edisi keempat, frasa akhlak mulia merujuk kepada
perbuatan,perkataan,tingkah laku dan sifat yang elok dan indah serta terpuji.Keluarga
bahagia diertikan sebagai kaum kerabat yang harmoni dan aman . Jadi dapatlah
diinterpretasikan di sini bahawa akhlak mulia keluarga bahagia bermaksud sikap yang
terpuji yang terbentuk dalam diri individu akan dapat menghasilkan sebuah keluarga yang
harmoni yang akhirnya juga akan melahirkan komuniti masyarakat yang sejahtera.
Justeru,hadirin sekalian,saya ingin mengajak anda menghayati tiga focus bicara intipadi
wacana saya pada hari ini. Pertama scenario semasa institusi keluarga hari ini, kedua
cabaran yang dihadapi oleh institusi keluarga dan ketiga langkah mewujudkan keluarga
bahagia melalui pembentukan akhlak mulia.

Hadirin-hadirat pencetus revolusi sekalian, indicator saya yang pertama
Harapkan pagar,pagar makan padi apabila seorang bapa sanggup menyelar hingga mati
anak perempuannya yang berusia 7 tahun dirumah mereka di seksyen 4 Bandar Baru Bangi.
Kita juga tersentak dengan peristiwa si anak membunuh ibu kandung angkara dadah yang
menghantui diri.Senario realiti masyarakat Malaysia sebegini amat menakutkan dan
membimbangkan kita, seolah-olah masyarakat telah hilang arah dalam membentuk akhlak
mulia. Persoalannya mampukah kita membentuk akhlak mulia dalam kalangan masyarakat kita
dan seterusnya melahirkan keluarga yang bahagia.

Putera-puteri anak pertiwikita beralih pula pada indicator kedua,lihat sahaja dunia hari
ini,kebajetan sosial disebabkan ibu bapa yang terlalu mengejar kerjaya dan kekayaan
duniawi. Didikan anak-anak diserahkan sepenuhnya kepada pengasuh,mereka tidak diberikan
kasih sayang sepenuhnya. Anak-anak juga tidak pernah diendahkan
persekolahannya,pembentukan akhlak anak diserahkan bulat-bulat pula kepada guru,
wajarkah ini berlaku? Seharusnya siapakah yang perlu mengalas tugas mendidik anak ini?
Bukankah ibu bapa yang sepatutnya menjadi suri teladan kepada anak-anak. Tetapi malang
sungguh bagi kita pada hari ini kerana ibu bapa tidak lagi mahu menjadi guru pertama bagi
anak-anak.

Warga dewan budiman,
Indicator ketiga akan mengungkap cabaran dalam membentuk keluarga bahagia.
Kecanggihan teknologi juga merupakan cabaran utama dalam mendidik anak-anak dewasa ini.
Kemajuan teknologi membolehkan segala maklumat diperoleh di hujung jari. Kadangkala ibu
bapa telah menunjukkan teladan yang baik tetapi sayangnya anak-anak remaja dipengaruhi
oleh faktor persekitaran yang kurang sihat. Ini merupakan cabaran besar bagi ibu bapa
membentuk akhlak mulia dalam diri anak.

Pakej keluarga bahagia berteraskan yang muda disayangi,yang tua dihormati,Konsep
rumahku duniaku tidak lagi menjadi ikutan bahkan dipandang sepi oleh masyarakat. statistik
yang dikeluarkan oleh PDRM Bukit Aman menunjukkan 87% kes lari dari rumah adalah
kerana kelalaian ibubapa. Ini terjadi kerana manusia sudah mulai lupa asas pembinaan
keluarga bahagia menurut lunas dan akhlak yang mulia. Sungguh menyedihkan melihat
kehancuran akhlak dalam kalangan remaja kini. Memetik kata-kata Imam AL Ghazali, untuk
melihat kemajuan sesuatu bangsa,lihatlah remajanya hari ini. Hadirin sekalian,dapatkah kita
bayangkan kemajuan bangsa kita akan datang dengan kelompok remaja hari ini. Sayang
sekali bukan,kes-kes moral meningkat saban tahun dan dilihat tiada kesudahannya.


Hadirin yang dikasihi..
Bunga melur bunga kekwa, dengarkan kini mutiara hati keempat dibawah
kata kunci akhlak mulia bermula daripada individu itu sendiri. Bagi membentuk akhlak
mahmudah,usaha yang paling penting adalah mengubah diri kita sendiri.Firman Allah S.W.T
dalam surah Ar Radu ayat 11.

Maksudnya:Allah tidak akn mengubah nasib sesuatu kaum sehingga dia mengubah nasibnya
sendiri.Persoalannya di sini apakah yang perlu di ubah dan bagaimanakah caranya untuk
mengubah akhlak menjadi mulia? Dalam era modenisasi ini, pelbagai alternative telah
disediakan. Seseorang individu perlu menyusun jadual untuk mengikuti tazkirah di masjid-
masjid di samping merujuk kepada media cetak mahupun media elektronik seperti internet
dan televisyen.Tuntasnya, sebagai rakyat Malaysia yang hidup di Negara maju ini,mengapa
tidak kita manfaatkan kemudahan yang telah tersedia untuk memperbaiki akhlak menjadi
lebih terpuji!

Sidang dewan yang budiman,
Pepatah Melayu ada mengatakan, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Peranan
dan tanggungjawab membentuk masyarakat berkualiti diperkasakan melalui pelbagai mdium
di peringkat akar umbi. Agensi-agensi yang prihatin menyahut pelan strategik kerajaan
mengajak masyarakat mengubah paradigma. Kursus pra perkahwinan diwajibkan kepada
pasangan yang seia sekata mengikat janji Agar memperolehi kemahiran keibubapaan yang
secukupnya. Amalan Budi Bahasa Budaya Kita, disemarakkan Agar jutaan rakyat Malaysia
bersama-sama menghayati konsep jati diri dan membetulkan organisasi lantas menanam dan
mengkambus jauh telunjuk lurus kelingking berkait. Didikan gama dan kerohanian
disemaisuburkan dalam diri setiap ahli keluarga dengan akhlak-akhlak mulia dan mahmudah
agar sikap sayang menyayang dalam keluarga dan masyarakat tidak bertepi. Sudah tentulah
puncak kasih akan berpanjangan. Jelas menunjukkan usaha-usaha telah dilakukan bagi
membentuk akhlak mulia dan akhinya membentuk keluarga bahagia.

Dengarkan kini pendekatan indikator yang terakhir di bawah aspek amar maaruf nahi
mungkar membentuk akhlak mahmudah. Manusia adalah golongan yang pada fitrahnya sering
lupa.Alangkah baiknya jika setiap umat islam itu saling ingat-mengingati antara satu sama
lain dan sudah pastilah kebejatan akhlak yang kian menular kini akan dapat diatasi.Bukan
itu sahaja,jika amar maaruf nahi mungkar di amalkan dalam diri individu, sesebuah keluarga
itu akan cemerlang dek kerana dianggotai oleh sebik-baik umat di kalangan umat
manusia.Memetik firman allah S.W.T dalam Surah Al Imran ;110.
Maksudnya,bahawa kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk umat manusia
,kerana kamu munyuruh kepada yang maruf dan mencegah daripada yang mungkar.
Jelas menunjukkan di sini bahawa amar maaruf nahi mungkar akan membentuk umat yang
berakhlak iaitu umat yang terbaik di kalangan umat manusia.


Anak-anak bangsaku,
Konklusinya,semua anggota koloni masyarakat perlulah berganding bahu bagi
membentuk akhlak mulia keluarga bahagia. Nilai-nilai tradisi dan akhlak mulia masih utuh
mendasari prinsip keluarga bahagia. Ayuhlah anak-anak bangsaku, kita kekalkan warisan
gemilang selagi hayat di kandung badan.Marilah kita lakarkan potret kegemilangan Malaysia
pada masa hadapan. Oleh itu, yang terlena,kita sedar-sedarkan. Yang tersedar, kita fikir-
fikirkan. Yang berfikir, kita renung-renungkan bahawa dengan adanya akhlak mulia pasti
sebuah keluarga akan bahagia dan seterusnya membawa kepada sebuah Negara yang
terbilang.

Sekian Salam keluarga Bahagia. Wabillah hitaufiq walhidayah wassalamualikum WBT.

Anda mungkin juga menyukai