Anda di halaman 1dari 3

Panduan Penulisan Teks Syarahan:

6. Mula menyusun ayat.


Untuk ini, saya suka untuk mencurahkan segala ilmu yang telah diperolehi semasa berguru
dengan Allahyarhamah Ummi Halimaton bin Husin. Teknik penyusunan ayat yang ditekankan
oleh beliau saya gunakan sebaiknya ketika menyusun ayat. Bukan dalam penulisan syarahan
sahaja saya amalkan malahan teknik ini juga saya terjemahkan dalam kertas peperiksaan SPM
Bahasa Melayu. Maka apakah hasilnya? Alhamdulillah (A+) jawapannya.
Saya berminat untuk menggunakan teknik (AMBCK).Apakah teknik itu? Saya akan perjelaskan
tiap sesuatu maksud tersirat AMBCK ini.
A- Apakah? Ia merujuk kepada apa pada isi itu. Kita sebolehnya memperjelaskan apakah maksud
isi yang dibentangkan. Penjelasan tentang ini selalunya hanya satu ayat sahaja. Tidak menjadi
kesalahan jua jika terlebih ya.
M- Mengapa? I merujuk kepada mengapa kita mengemukakan isi tersebut. Selalunya ia
menunjukkan kepentingan isi tersebut diketengahkan. Pelbagai kaedah yang boleh diguna pakai
untuk memastikan bahgian ini menarik.
B- Bagaimana? Ia merujuk kepada bagaimana isi ini boleh terjadi. Selalunya ia menunjukkan
bagaimana isi ini
Persoalan-persoalan ini penting bagi mendapatkan penghuraian yang lebih baik dan mantap.
Tidak semestinya setiap isi yang digoreng mesti untuk ada AMB ini. Tetapi, amatlah baik
ayatnya jika kesemua AMB ada bersama. Insya Allah, ayatnya lebih baik.
C- Contoh. Ia pula merujuk kepada misal@contoh bagi isi yang diutarakan. Contoh ini boleh
sahaja diambil pada masa zaman moden ini atau pun sejarah masa lampau. Penetapan ayat
contoh ini tidak semestinya pada akhir ayat. Boleh juga diletakkan pada awal ayat. Bergantung
kepada kreativiti penulis.
K- Kesimpulan. Seeloknya pada akhir ayat tersebut, selitkan juga kesimpulan kecil bagi
keseluruhan isi ini. Apa yang sering saya lakukan untuk ini dengan meletakkan penanda wacana
pabila bertemu dengan kesimpulan. Contoh ayatnya : Justeru itu, Lantas, Lantaran itu, dan
sebagainya.
Tidak perlu untuk memastikan kaedah AMBCK ini tersusun dengan susunan sebegini rupa.
Boleh untuk membuat ikut susunan sendiri seperti, ABMCK, ABBKCMK dan sebagainya. Ianya
tidaklah terlalu rigid dengan satu cara sahaja. Banyak cara untuk dipersembahkan.
Di sini saya berikan contoh isi yang pernah saya buat :
Kesatuan memupuk perpaduan mapan(Isi yang dipilih)

Perpaduan merujuk kepada interaksi dan komunikasi yang baik dalam kehidupan sosial
sesebuah masyarakat.(A) Nilai perpaduan ini hanya dapat diwujudkan apabila kesatuan timbul
dalam jiwa dan minda setiap anggota masyarakat.(B) Hakikatnya, perpaduan amat penting dalam
kehidupan. Ia diperlukan untuk menumbangkan kepimpinan yang zalim seperti yang
diterjemahkan di Mesir.(C) (M)Tahukah kalian, perpaduan yang kukuh ini diperolehi melalui
ikatan ukhwah dan kesatuan yang erat. (B)Persaudaraan sesama muslim ibarat sekujur tubuh,
jika kulit merasa sakit, mata mengalirkan air, mulut mengaduh sakit, dan seluruh anggota
memberi sokongan. Nah, inilah natijah yang melahirkan perpaduan yang diidamkan setiap insan.
Hal ini bertepatan dengan sabda Rasulullah yang bermaksud :
Seorang mukmin adalah cerminan bagi mukmin yang lain
(HR At-Thabrani dari Anas R.Anhu)
Hadis ini memperlihatkan bahwa kesatuan akan menyebabkan karakter mukmin seolah-olah
sama dan menjadi cermin kepada temannya yang lain. Justeru, benarlah perpaduan dapat dijana
andai kesatuan terlaksana.(K)
7. Kesimpulan keseluruhan
Setelah selesai segala isi dibentangkan. Maka tiba giliran kesimpulan pula mengambil peranan.
kesimpulan ini agak mudah untukdilakukan. Sepanjang pemerhatian saya, terdapat dua kaedah
yang diguna pakai untuk merangka isi ini.
a- Memperjelaskan setiap satu isi.
Maksudnya, hanya dengan mengcopy paste balik isi yang telah ditulis kemudian
menyenaraikannya semula satu persatu. Ditambah juga apa yang perlu pada awal dan akhir isi
kupasan.
Contoh :
Akhir kalam, dengan mengambil kelima-lima hujah saya sebentar tadi. Maka dapatlah
diduksikan bahawa kesatuan yang utuh dapat menjana peribadi ummah yang gemilang.
Kita juga memahami bahawa :
1.Kesatuan memupuk perpaduan mapan
2.Kesatuan Pemangkin Intelektual Insan
3.Kesatuan Memupuk Semangat Mahabbah
4.Kesatuan menjana ekonomi Nan stabil
5.Kesatuan Memartabatkan Negara Berdaulat

Konklusinya, wehdah atau kesatuan merupakan antara prasyarat yang amat penting bagi
membentuk khaira ummah. Seandainya segala isi yang telah saya kupaskan tadi dibumikan dan
dipraktikkan oleh masyarakat mutakhir ini, maka impian kita untuk melihat Negara yang
cemerlang, gemilang dan terbilang pasti akan menjadi kenyataan.
b- Merangkumkan semua isi dalam saru perenggan.
Maksudnya, semua isi yang diberikan diringkaskan dalam satu perenggan.
Contohnya :
Akhir kalam, kesatuan ini sebenarnya amat penting kerana dapat memupuk perpaduan mapan,
menjana intelektual insan, memupuk semanagt mahabbah, menjana ekonomi nan stabil,
memartabatkan Negara berdaulat.
Konklusinya, wehdah atau kesatuan merupakan antara prasyarat yang amat penting bagi
membentuk khaira ummah. Seandainya segala isi yang telah saya kupaskan tadi dibumikan dan
dipraktikkan oleh masyarakat mutakhir ini, maka impian kita untuk melihat Negara yang
cemerlang, gemilang dan terbilang pasti akan menjadi kenyataan.

Anda mungkin juga menyukai