Anda di halaman 1dari 3

Kalau Tidak Kerana Bintang,

Tak Akan Bulan dilangit tinggi,


Kerana pidato kami datang,
Datang menghadap tuan di sini,

Datang Bahtera Dari Medan,


Singgah Sebentar Di sungai Kerai,
Salam Madani Saya Hulurkan,
Kepada Semua Pembuka Tirai Tirai.
”RRukun Negara Memperkasa Jati Diri” Kejadian 13 Mei yang mengegarkan
negara, Menyebabkan goyahnya perpaduan negara, lantas diperkenalkan
Rukun Negara

Mari kita telusuri kekuatan Rukun Negara.

Terima kasih pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif, serta warga
dewan sekalian,
Salam sejahtera dan salam Madani untuk semua.
”Rukun Negara Memperkasa Jati Diri” begitulah bunyi tajuk pidato kami
hari ini,

Saudara dan saudari.


Secara tuntasnya, Pidato yang akan kami dendangkan, akan
membuktikan, bahawa keperibadian seseorang insan, akan terbentuk,
dengan penghayatan dan amalan, atas Rukun Negara yang
diperkenalkan.
“Warga dewan kebanggaan negara, tak beralihkan rupa berentakan
irama”

Hujah saya yang pertama, Kepercayaan kepada tuhan. Semua agama


menyeru umatnya, Melakukan kebaikan sesama manusia. Ini akan
melahirkan sikap tolenrasi, yang amat tinggi, yang juga merupakan satu
ciri, jati diri. Kerajaan Malaysia, telah mengadakan, pelbagai program
keagamaan, bagi membentuk jati diri insan, yang Cemerlang, Gemilang
dan Terbilang, Bukannya Malang, Melayang dan Temberang.
Sidang dewan sekalian,
Kerana itulah negara kita banyak mengadakan, acara keagaamaan dan
perayaan, Kita ada Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Dan
kita juga ada kongsi raya. Mengapa semua ini diadakan? Kerana kita
percaya, perayaan keagamaan ini, dapat membentuk kerjasama sejati,
Perpaduan murni, bagi membentuk Jati Diri, rakyat negara ini. Jelas!
Prinsip rukun negara yang diperkenalkan, iaitu kepercayaan kepada
tuhan, dapat membentuk jati diri mampan,

Sidang dewan yang budiman,


Hujah saya yang kedua di bawah naungan kata, Kesetiaan kepada Raja
dan Negara. Raja adalah pemerintah negara yang tertinggi, Kaitan
kedua-duanya sangat rapat sekali, Sebagai rakyat, menjadi tugas hakiki,
untuk mentaati Raja dan Negara.

Apakah buktinya kesetiaan itu?


Adakah dengan menyatakan di bibir sahaja?

Tepuk dada tanya selera.

Setiap negeri, Mempunyai lagunya sendiri, yang senikatanya memuji dan


menghargai, raja dan negeri. kerana itulah lagu negeri, Wajib dinyanyikan
setiap minggu sekali, Bagi menanam semangat jadi diri, sebagai tanda
setia rakyat kepada pemerintahnya. Masih ingatkah lagi, ketika lagu
negaraku, dipermain-mainkan oleh penuntut hantu, Rakyat Malaysia
bangun bersatu, menentang pengkhianat itu. Tindakan itu membuktikan
kepada semua, kesetiaan rakyat yang dipelihara, dapat membentuk jati
diri.
Tidak dapat disangkal lagi, Bahawa Prinsip rukun negara, Iaitu kesetiaan
kepada raja dan negara, dapat membentuk jati diri berwibawa.

Hujah saya yang ketiga, Keluruhan perlembagaan dan Kedaulatan


undang-undang Negara kita yang berdaulat ini, mempunyai
perlembagaannya sendiri, Dan undang-undang yang mantap serta tepat,
mampu menjadi aspirasi negara yang hebat, Bagi melahirkan masyarakat
yang seimbang, dan mempunyai jati diri cemerlang. Uniknya
perlembagaan di Malaysia, Ialah mempunyai cara yang istimewa, Dan
sentiasa menjadi panduan bagi pemimpin, dan menjadi landasan bagi
rakyat yang dipimpin. Perlembagaan dan Undang-undang inilah, Sentiasa
dipelihara sebagai wadah, Untuk memastikan jati diri akan terserlah.
Kerana itulah perlembagaan dan undang-undag negara, mesti dipelihara
dan diawasi setiap masa, mengikut keadaan dan perkembangan dunia,
kerana ia menjadi asas bagi warga, Untuk hidup dalam satu kawasan
bersama-sama, dan melahirkan jati diri bertolenrasi.

Hadirin sekalian.

Hujah saya yang keempat Kesopanan dan kesusilaan ,,Kesopanan dan


kesusilaan adalah perlakuan budi, yang begitu tinggi dan haruslah diikuti,
oleh masyarakat di negara ini. Kesopanan dan kesusilaan dapat
melahirkan jiwa rakyat yang mementingkan, amalan budi dalam
kehidupan seharian.

Amalan budi ini juga dapat memperkuatkan jati diri insan walaupun hidup
dalam kemodenan kerana moden sahaja tidak bererti Jika budi pekerti
mati. Kerana itulah kerajaan begitu hebat mengadakan pelbagai kempen
Kesopanan dan kesusilaan Seperti Kempen Budi Bahasa dan Hidup
Berjiran Kepada rakyat tempatan agar menjadi pegangan dan amalan
dalam kehidupan dan akhirnya terbentuklah jati diri mampan. Pandangan
pelancong asing adalah buktinya, mereka menyatakan rakyat Malaysia,
begitu berbudi pekerti dan mesra.

Kajian Penerbangan Malaysia, tentang tarikan pelancong ke negara kita,


Menyatakan 65 peratus adalah kerana rakyatnya, yang bersopan santun
dan berbudi bahasa. Penghayatan prinsip rukun negara ini, adalah bukti,
Bahawa jati diri rakyat negara ini, dapat dibentuk dengan Amalam Rukun
Negara. Secara konklusifnya membuktikan, Rukun negara dapat
melahirkan, Rakyat yang berjati diri, Dan berbangga dengan negara
sendiri, Dan negara mempunyai, Rakyat yang berindentiti,berkualiti dan
berjati diri.

Akhir kalam, Laksamana YY mohon undur diri, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai