Anda di halaman 1dari 3

SYARAHAN

TAJUK : RUKUN NEGARA MEMPERKASA JATI DIRI

Kalau tidak kerana rembulan,


Tak akan bintang kelihatan tinggi,
Kalau tidak keranan syarahan,
Tak akan saya berada disini.

Cahaya matahari menyilau mata,


Rasa pedih berusaha menahan;
Lafaz bismillah pembuka kata,
Gelanggang syarahan saya mulakan.

”Rukun Negara Memperkasa Jati Diri” Kejadian 13 Mei yang mengegarkan negara,
Menyebabkan goyahnya perpaduan negara, Lantas diperkenalkan Rukun Negara Mari kita
telusuri kekuatan Rukun Negara. Terima kasih pengerusi majlis SIR.EFANDI , Barisan panel
hakim yang arif, Def-def terhormat,, Serta warga dewan sekalian, Assalamualaikum dan
salam sejahtera. ”Rukun Negara Memperkasa Jati Diri” Begitulah bunyi tajuk pidato saya hari
ini, Saudara dan saudari. Secara tuntasnya atau definisi seluruhnya, Pidato yang akan saya
dendangkan, Akan membuktikan, Bahawa Keperibadian Seseorang insan, Akan
terbentuk,Dengan penghayatan dan amalan, Atas Rukun negara yang diperkenalkan. Warga
dewan kebangaan negara, Tak beralihkan rupa berentakan irama,

Hujah saya yang pertama ialah kepercayaan kepada tuhan. Agama sebenarnya
merupakan pegangan hidup manusia. Prinsip, amalan dan nilai yang terkandung dalam
agama tersebut dijadikan panduan dalam menjalani hidup dan seterusnya dalam menghadapi
cabaran. Agama rasmi negara kita ialah agama Islam, namun agama-agama lain seperti
agama Hindu, Buddha, Kristian, Sikh, ajaran Confucius dan Taoist bebas diamalkan secara
aman di negara kita. Semua agama menyeru umatnya melakukan kebaikan sesama
manusia. Ini akan melahirkan sikap tolenrasi yang amat tinggi, yang juga merupakan satu ciri
jati diri. Kerajaan Malaysia telah mengadakan pelbagai program keagamaan bagi membentuk
jati diri insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Kepercayaan kepada tuhan yang esa,
akan menyedarkan umatnya bahawa setiap perlakuan ada batasnya, kerana ada hukuman
dan balasannya. Oleh kerana terdapatnya , kepelbagaian agama inilah, negara kita bayak
mengadakan acara keagamaan dan kepercayaan. Di negara kita, terdapatnya perayaan Hari
Raya Aidilfitri, sambutan Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas dan tidak lupa juga adanya
kongsi raya. Persoalannya, mengapakah semua perayaan ini diadakan? Hal ini adalah kerana
kita percaya bahawa perayaan keagamaan ini dapat membentuk kerjasama sejati,
perpaduan murni, bagi membentuk jati diri, rakyat negara ini. Maka dengan itu, jelaslah prinsip
rukun negara yang diperkenalkan, Iaitu kepercayaan kepada tuhan, dapat membentuk jati diri
mampan,

Sidang dewan yang budiman,

Hujah saya yang kedua di bawah naungan kata, kesetiaan kepada Raja dan
Negara. Raja adalah pemerintah negara yang tertinggi, kaitan kedua-duanya sangat rapat
sekali, sebagai rakyat, menjadi tugas hakiki, untuk mentaati Raja dan Negara. Apakah
buktinya kesetiaan itu? Adakah cukup sekadar dengan menyatakan di bibir sahaja? Tepuk
dada tanya selera. Setiap negeri, mempunyai lagunya sendiri, yang senikatanya memuji dan
menghargai, Raja dan negeri. Maka tidak hairanlah, lagu negeri adalah wajib dinyanyikan
setiap minggu sekurang-kurangnya sekali, bagi menanam semangat jadi diri terhadap raja
dan negeri serta negara. Sebagai tanda setia rakyat kepada pemerintahnya Masih ingatkah
lagi, ketika lagu Negaraku, dipermain-mainkan oleh penuntut hantu rakyat Malaysia bangun
bersatu menentang pengkhianat itu. Tindakan itu membuktikan kepada semua, Kesetiaan
rakyat yang dipelihara, dapat membentuk jati diri warga, Iaitu kesetiaan kepada raja dan
negara. Tidak dapat disangkal lagi, bahawa prinsip rukun negara, Iaitu kesetiaan kepada raja
dan negara, dapat membentuk jati diri kita sebagai rakyat Malaysia..

Tuan-Tuan dan Puan-Puan

Bicara wacana saya yang ketiga adalah berkaitan dengan keluruhan


perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Negara kita yang berdaulat ini,
mempunyai perlembagaannya yang tersendiri dan undang-undang yang mantap serta tepat,
mampu menjadi aspirasi negara yang hebat bagi melahirkan masyarakat yang seimbang dan
mempunyai jati diri cemerlang. Uniknya perlembagaan di Malaysia, ialah mempunyai cara
yang istimewa dan sentiasa menjadi panduan bagi pemimpin serta menjadi landasan bagi
rakyat yang dipimpin. Perlembagaan dan Undang-undang inilah yang sentiasa dipelihara
sebagai wadah, untuk memastikan jati diri akan terserlah dan pastinya masyarakat Malaysia
akan lahirlah, kepercayaan dan keyakinan yang tidak bercapah antara kaum-kaum agar tidak
berpecah. Hal ini boleh diibaratkan seperti kata pepatah, telur serangkak pecah sebiji pecah
semua dan bukannya pecah sebiji pecah sendiri. kerana itulah perlembagaan dan undang-
undag negara, mesti dipelihara dan diawasi setiap masa, mengikut keadaan dan
perkembangan dunia, Kerana ia menjadi asas bagi warga untuk hidup dalam satu kawasan
bersama-sama dan melahirkan jati diri bertoleransi.
Hadirin dan hadirat,

Hujah saya yang keempat Kesopanan dan kesusilaan Kesopanan dan kesusilaan
adalah perlakuan budi yang begitu tinggi dan haruslah diikuti oleh masyarakat di negara ini.
Kesopanan dan kesusilaan dapat melahirkan jiwa rakyat yang mementingkan, amalan budi
dalam kehidupan seharian. Amalan budi ini juga dapat memperkuatkan jati diri insan
walaupun hidup dalam kemodenan kerana moden sahaja tidaklah membawa apa-apa erti jika
budi pekerti mati. Kerana itulah kerajaan begitu hebat mengadakan pelbagai kempen
kesopanan dan kesusilaan seperti kempen budi bahasa dan hidup berjiran kepada rakyat
tempatan agar menjadi pegangan dan amalan dalam kehidupan hingga akhirnya terbentuklah
jati diri mampan. Pandangan pelancong asing adalah buktinya, mereka menyatakan rakyat
Malaysia begitu berbudi pekerti dan mesra. Kajian Penerbangan Malaysia tentang tarikan
pelancong ke negara kita, menyatakan 65 peratus adalah kerana rakyatnya yang bersopan
santun dan berbudi bahasa. Penghayatan prinsip rukun negara ini adalah bukti bahawa jati
diri rakyat negara ini dapat dibentuk dengan amalam rukun Negara. Secara konklusifnya
membuktikan, Rukun negara dapat melahirkan, Rakyat yang berjati diri dan berbangga
dengan negara sendiri serta negara mempunyai, rakyat yang berindentiti, berkualiti dan berjati
diri Akhir Kalam, Tikus berhenti kerana kucing,saya berhenti kerana loceng.

Sekian, assalamualaikum dan salam sejahtera

Anda mungkin juga menyukai