Anda di halaman 1dari 4

FORMAT PERTANDINGAN PIDATO (SEKOLAH MENENGAH / SEKOLAH RENDAH) Pertandingan dijalankan dalam satu pusingan sahaja.

a. Pemidato akan menyampaikan pidato masing-masing mengikut tema yang telah ditetapkan

SYARAT-SYARAT
1.

Tempoh masa ialah 7 minit Loceng akan dibunyikan sekali, iaitu satu minit sebelum tempoh masa yang diperuntukkan tamat. Loceng akan dibunyikan dua kali apabila tempoh masa 7 minit telah tamat.

2. Sebarang bentuk penyampaian selepas loceng penamat dibunyikan tidak akan dipertimbangkan bagi pemberian sebarang markah. 3. Pemidato yang membaca nota atau teks semasa berpidato akan dipotong markah persembahan.
4.

Pemidato adalah dilarang sama sekali : membuat sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan agama, bangsa, dan budaya. menyentuh peribadi seseorang individu dan ; menggunakan bahasa atau kata-kata yang kurang sopan.

5. Pengerusi Pidato berhak menegur mana-mana pemidato yang melanggar peraturan-peraturan yang tersebut di atas. PEMILIHAN TAJUK 1. 2. 3. Tajuk pidato hendaklah dipilih sendiri oleh pemidato yang bertanding. Pemilihan tajuk mesti menepati tema yang telah ditetapkan. Tajuk perlu berdasarkan : a) Isu semasa yang tersiar dalam mana-mana media massa. b) Bersesuaian dengan kategori masong-masing.

PERATURAN PEMARKAHAN 1. ISI ( 40 MARKAH )

1.1 Pemidato akan diadili dari segi : pengutaraan isi-isi yang bernas data yang tepat bahan-bahan yang tepat dan logik penghuraian yang jelas 1.2 Panduan Pemarkahan markah bagi satu isi isi yang diperakukan ialah sebanyak 4 isi markah penuh isi (4 x 4 isi = 6 markah)
1.3

2 markah bagi huraian isi markah penuh huraian isi (2 x 4 isi = 8 markah) 2 markah bagi contoh dan data yang diberi. markah penuh contoh/data (2 x 4 isi = 8 markah) 3 markah bonus boleh diberi bagi kematangan isi 5 markah diberi bagi ketepatan tema

1.4

1.5 1.6

1.7 Markah keseluruhan isi 16 + 8 + 8 + 3 + 5 = 40

2. BAHASA Pemidato akan diadili dari aspek : bahasa yang jelas baku (struktur dan sebutan) gaya bahasa yang berkesan maksud yang disampaikan bermakna dan tepat (markah penuh setiap aspek di atas ialah 5 markah) 3. PERSEMBAHAN Pemidato diadili dari aspek : persembahan yang lancar nada yang sesuai meyakinkan gaya yang menarik (markah penuh setiap aspek di atas ialah 10 markah) SYARAT-SYARAT TAMBAHAN 1. RAYUAN DAN BANTAHAN

Semua bantahan akan diterima oleh satu jawatankuasa Juri Rayuan yang dilantik khas oleh Jawantankuasa Induk. Keputusan Juri Rayuan adalah muktamad. Sebarang bantahan hendaklah dikemukakan secara BERTULIS sahaja kepada jawatankuasa tidak lewat daripada 30 minit selepas keputusan diumumkan. Setiap bantahan mestilah disertakan dengan wang tunai sebanyak RM 100.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja) dan wang tersebut tidak akan dikembalikan. 2. AM Mana-mana perkara yang tidak tercatat dalam syarat-syarat dan peraturan pertandingan, jika berlaku sebarang perkara berbangkit, pihak penganjur berhak membuat keputusan.

PERTANDINGAN PIDATO PROGRAM PELANCONGAN PELAJAR (3P) PERINGKAT DAERAH, NEGERI SELANGOR 2011

1.

PESERTA PERTANDINGAN

Pertandingan pidato ini terbuka kepada murid-murid sekolah menengah (Tingkatan 1 - 3) yang berdaftar sepenuh masa di sekolah bantuan penuh kerajaan sahaja. 2. SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN
a. Setiap daerah hanya dibenarkan menghantar seorang peserta (M).

b. Setiap peserta hendaklah memakai pakaian seragam sekolah semasa berpidato. c. Pidato hendaklah dijalankan di dalam Bahasa Melayu.
d. Pemidato hendaklah hadir di tempat pertandingan 15 minit sebelum pertandingan

untuk tujuan pendaftaran dan pengesahan bertanding.


e. Pemidato diberikan masa 8 minit sahaja untuk menyampaikan tajuk pidato

masing-masing. Masa dikira sebaik sahaja pemidato memulakan ucapan.


f. Pemidato boleh menyampaikan tajuk pidato yang telah ditetapkan.

g. Loceng akan dibunyikan sekali satu ( 1 ) minit sebelum masa tamat dan dua ( 2 ) kali apabila masa tamat. Markah tidak akan diberikan kepada hujah-hujah yang dikemukakan selepas loceng penamat dibunyikan. h. Pemidato tidak dibenarkan membaca nota yang bertulis semasa berpidato. Markah akan ditolak tidak melebihi sepuluh ( 10 ) markah daripada jumlah cara penyampaiannya bagi kesalahan ini.

i. Pemidato tidka dibenarkan menunjukkan aksi yang kurang sopan atau mengucapkan perkataan kasar dan kurang manis. Pemidato tidak dibenarkan menyentuh isu-isu sensitif mengenai peribadi seseorang, isu perkauman, keagamaan, kebudayaan dan isu politik kepartian yang boleh menggugat keselamatan negara. Markah minima akan ditolak sebanyak empat (4) markah dan maksima dua puluh (20) markah bagi keseluruhan markah isi.
j.

3. 4.

PEMBAHAGIAN MARKAH PENGHAKIMAN

Anda mungkin juga menyukai