Anda di halaman 1dari 148

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

UCAPAN PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinan dan limpah-Nya,
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan Empat dapat dihasilkan. Oleh sebab itu, saya merakamkan
setinggi-tinggi tahniah kepada Unit Bahasa Malaysia, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan
Pelajaran Negeri Sabah dan panel penulis Modul Prigel Bahasa Melayu atas komitmen dalam
menghasilkan modul yang sangat bermanfaat ini.

Prakarsa penghasilan modul ini merupakan Projek Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu
SPM yang bertujuan untuk memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). KPM telah
mengetengahkan isu murid yang gagal dalam peperiksaan SPM walaupun 11 tahun berada dalam
alam persekolahan. Salah satu punca kegagalan murid yang dikenal pasti ialah murid tidak dapat
menjawab dengan baik soalan peperiksaan Bahasa Melayu khususnya soalan yang berkaitan
dengan Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (KOMSAS) untuk soalan 2(b), 2(c), 2(d), dan
soalan 4 (novel). Murid dikenal pasti tidak menguasai cara memahami teks serta teknik
menjawab soalan dengan betul. Oleh yang demikian, untuk membantu murid lulus dalam
peperiksaan SPM maka Modul Prigel KOMSAS Tingkatan Empat dihasilkan untuk memenuhi
keperluan pembelajaran murid di negeri Sabah.

Modul ini sangat relevan digunakan oleh guru dan murid sebagai bahan sokongan
pembelajaran dan pemudahcaraan subjek Bahasa Melayu terutamanya dalam bidang estetik
seperti yang terkandung dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 4. Saya
berharap agar pihak yang berkenaan baik guru mahupun murid dapat memanfaatkan modul ini
dengan sebaik mungkin demi meningkatkan prestasi subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan
SPM bagi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Oleh itu, saya mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada panel penulis
modul kerana berusaha gigih sehingga dapat menghasilkan Modul Prigel KOMSAS ini. Modul
ini diharapkan dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
seterusnya dapat melonjakkan prestasi murid dalam peperiksaan awam khasnya SPM.

Sekian.

ENCIK ABIDIN BIN MARJAN


Ketua Sektor,
Sektor Pengurusan Akademik,
b.p Pengarah Pendidikan Negeri Sabah,
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

ii
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

PRAKATA PANEL PENGGUBAL MODUL

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan Empat ini dihasilkan dengan satu tujuan iaitu
membantu pelajar Tingkatan Empat mencapai kejayaan cemerlang dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM. Hal ini dikatakan demikian kerana Bahasa Melayu
merupakan mata pelajaran teras yang memerlukan pelajar mendapat keputusan yang
cemerlang dan membantu mereka meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Selain itu, modul ini dihasilkan untuk membantu para guru membuat persediaan
mengajar yang lebih rapi dalam usaha melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah. Modul ini boleh digunakan oleh guru untuk mengajar dan pelajar
dapat menggunakannya untuk tujuan latih tubi dan juga sebagai rujukan.
Modul ini dihasilkan mengikut topik tetapi masih mengekalkan format
peperiksaan Bahasa Melayu SPM yang sebenar sama ada dari aspek bentuk soalan dan aras
soalan. Selain itu, setiap topik yang terdapat dalam modul ini mengikut Huraian Sukatan
Pelajaran (HSP) Bahasa Melayu Tingkatan 4.
Modul ini dihasilkan oleh ahli Panel Penggubal Modul yang dilantik oleh SPA
Jabatan Pendidikan Sabah yang terdiri daripada Guru Cemerlang, Pemeriksa Kertas Bahasa
Melayu SPM dan Jurulatih Utama Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, diharapkan guru-guru
dan murid-murid memanfaatkan modul ini dalam usaha memperoleh keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan SPM kelak.

Sekian. Terima kasih

PANEL PENGGUBAL MODUL PRIGEL KOMSAS


Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

iii
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

KANDUNGAN
Ucapan Penghargaan ii
Prakata Panel Penulis Modul iii

PUISI TRADISIONAL
A NOTA
1. Syair Bidasari 2-5
2. Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga) 6-8

B BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN 9

C PRAKTIS TOPIKAL
1. Syair Bidasari
Praktis 1 10
Praktis 2 11
Praktis 3 12
Praktis 4 12
Praktis 5 13

2. Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)


Praktis 1 14
Praktis 2 15
Praktis 3 16
Praktis 4 17
Praktis 5 18

GENRE PUISI MODEN


A NOTA
1. Sang Gembala Kuda 20-22
2. Aku Membaca Lagi 23-25
3. www.sibermerdeka.com.my 26-28
4. Gelanggang 29-32

B BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN 33

C PRAKTIS TOPIKAL
1. Sang Gembala Kuda 34
Praktis 1 35
Praktis 2 36
Praktis 3 36
Praktis 4 37
Praktis 5 37

2. Aku Membaca Lagi 38


Praktis 1 39

iv
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 2 40
Praktis 3 41
Praktis 4 42
Praktis 5 43

3. www.sibermerdeka.com.my 44
Praktis 1 45
Praktis 2 46
Praktis 3 46-47
Praktis 4 47
Praktis 5 47

4. Gelanggang 48
Praktis 1 49
Praktis 2 49
Praktis 3 50
Praktis 4 50
Praktis 5 51

PROSA TRADISIONAL
A NOTA
1.Sinopsis Kepimpinan Melalui Teladan 52-57

B BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN 58-59


Latihan Praktis
Praktis 1 60
Praktis 2 61
Praktis 3 62
Praktis 4 63
Praktis 5 64

GENRE CERPEN
A NOTA
1. Kaduk, Ayam dan Raja 65-71
2. Munsyi 72-77
3. Jaket Kulit Kijang dari Istanbul 78-81

B BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN 82

C PRAKTIS TOPIKAL
1. Kaduk, Ayam dan Raja
Praktis 1 83
Praktis 2 84
Praktis 3 85
Praktis 4 86
Praktis 5 87

v
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

2. Munsyi
Praktis 1 88
Praktis 2 89
Praktis 3 90
Praktis 4 91
Praktis 5 92

3. Jaket Kulit Kijang dari Istanbul


Praktis 1 93
Praktis 2 94
Praktis 3 95
Praktis 4 96
Praktis 5 97

GENRE DRAMA
A NOTA
1. Berkhidmat untuk Negara 98-104

B BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN 105

C PRAKTIS TOPIKAL
1. Berkhidmat untuk Negara
Praktis 1 106
Praktis 2 107
Praktis 3 108
Praktis 4 109
Praktis 5 110

GENRE NOVEL DI SEBALIK DINARA


A NOTA
1. Biodata 111
2. Sinopsis 112-119
3. Tema 120
4. Persoalan 120
5. Watak dan Perwatakan 121-124
6. Plot 125-126
7. Latar 127-129
8. Nilai 130
9. Pengajaran 131
10. Gaya bahasa 132
B PANDUAN MENJAWAB NOVEL 133

C PRAKTIS NOVEL 134-137


LAMPIRAN
Senarai Panel Penulis Modul Prigel KOMSAS 138

vi
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

SYAIR BIDASARI

Syair Maksud

Rangkap 1
Dengarkan tuan suatu riwayat, Penyair ingin menceritakan suatu kisah yang
Raja di desa Negeri Kembayat, berlaku di Negeri Kembayat. Kisah ini ditulis oleh
Dikarang fakir dijadikan hikayat, Supaya seorang fakir untuk dijadikan pedoman atau
menjadi tamsil ibarat. teladan.

Rangkap 2
Ada raja suatu negeri, Negeri Kembayat diperintah oleh seorang sultan
Sultan halifah akas bestari, yang bijak. Baginda mempunyai rupa paras yang
Asalnya baginda raja yang bahari, elok dan pekerti yang mulia. Baginda sentiasa
Melimpah ngadil dagang senteri. melayani rakyat dan para ulama yang datang
mendalami ilmu dalam bidang agama dengan adil.

Rangkap 3
Hairan orang empunya temasya, Rakyat begitu kagum akan baginda yang gagah
Baginda itulah raja perkasa, perkasa. Baginda amat disenangi oleh rakyat
Sangat tiada merasai susah, kerana tidak pernah mendapat kesusahan semasa
Entah pada esok dan lusa. di bawah pemerintahan baginda. Namun, mereka
tidak dapat menduga ketentuan yang akan berlaku
pada masa akan datang.
Rangkap 4
Seri sultan raja bestari, Sultan telah berkahwin dan beberapa bulan
Setelah ia sudah beristeri, kemudian permaisuri telah hamil.
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.

Rangkap 5
Setelah lama memegang tampuk pemerintahan
Beberapa lamanya dalam kerajaan,
dalam suasana yang aman dan penuh kegembiraan,
Baginda duduk bersuka-sukaan,
akhirnya pada suatu hari, Negeri Kembayat
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan. ditimpa bencana, baginda telah mangkat.

Rangkap 6 Pada waktu itu, negeri baginda telah diserang oleh


Datanglah kepada suatu masa, burung geroda yang sangat besar dan kuat lalu
Melayanglah unggas dari angkasa, membinasakan negeri tersebut
Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.

2
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Rangkap 7

Datanglah menyambar suaranya bahana, Negeri Kembayat diserang geroda yang ganas
Gemparlah sekalian mulia dan hina, telah menimbulkan bunyi yang sangat kuat lagi
Seisi negeri gundah-gulana, menakutkan. Seluruh rakyat berada dalam
Membawa diri ke mana-mana. kebimbangan lalu melarikan diri.

Rangkap 8

Baginda pun sedang dihadap orang, Para pembesar pergi berjumpa dengan sultan yang
Mendengar gempar seperti perang, baharu. Baginda telah mendengar suasana yang
Bertitah baginda raja yang garang, riuh rendah di luar istana. Baginda berasa hairan.
“Gempar ini apakah kurang” Baginda menanyakan tragedi yang menimpa
negeri tersebut.

TEMA

Cabaran yang dihadapi oleh seorang raja ketika mentadbir negara.


Raja Negeri Kembayat yang pertama amat bijaksana dan cekap dalam mentadbir urus negara.

PERSOALAN

1. Keadilan dalam pemerintahan.


Cth : Raja Negeri Kembayat menjalankan pemerintahan secara adil dan saksama. Baginda
melayani pedagang dan ulama yang datang ke negeri baginda dengan baik.
2. Tanggungjawab semasa menjalankan tugas.
Cth : Raja Negeri Kembayat merupakan raja yang bertanggungjawab kerana baginda
mengambil peduli masalah yang menimpa negeri baginda.
3. Ketaatan terhadap pemimpin/pemerintah
Cth : Rakyat Negeri Kembayat yang taat sentiasa bersama-sama dengan baginda ketika
susah dan senang.
4. Kasih sayang terhadap isteri.
Cth : Raja Negeri Kembayat amat menyayangi permaisuri baginda yang sedang beberapa
bulan hamil.

3
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

GAYA BAHASA

1. Bahasa istana
Cth : baginda; permaisuri

2. Bahasa klasik/arkaik
Cth : akas; ngadil; halifah; gurda.

3. Inversi
Cth : Melayanglah unggas dari angkasa (sepatutnya diungkapkan sebagai Unggas
melayanglah dari angkasa)
4. Simile
Cth : Mendengar gempar seperti perang
5. Penggunaan kata ganda
Cth : gundah-gulana; bersuka-sukaan; dam mana-mana

NILAI

1. Kebijaksanaan
Cth : Raja Negeri Kembayat merupakan seorang raja yang bijak.

2. Kasih sayang
Cth: Raja Negeri Kembayat amat menyayangi permaisuri baginda yang sedang hamil
beberapa bulan.

3. Keadilan
Cth: Raja Negeri Kembayat menjalankan pemerintahan secara adil dan saksama. Baginda
melayani pedagang dan ulama yang datang ke negeri baginda dengan baik.

4. Tanggungjawab
Cth: Raja Negeri Kembayat merupakan raja yang bertanggungjawab kerana baginda
mengambil peduli masalah yang menimpa negeri baginda.

5. Ketaatan
Cth: Rakyat Negeri Kembayat yang taat sentiasa bersama-sama raja ketika susah dan senang.

4
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

PENGAJARAN

1. Kita sebagai pemerintah mestilah memerintah negara dengan bijaksana.


Cth : Raja Negeri Kembayat merupakan seorang raja yang bijaksana.

2. Kita mestilah menyayangi pasangan kita.


Cth : Raja Negeri Kembayat amat menyayangi permaisuri baginda yang sedang beberapa
bulan hamil.
3. Raja mestilah adil memerintah sesebuah negara.
Cth : Raja Negeri Kembayat menjalankan pemerintahan secara adil dan saksama. Baginda
melayani pedagang dan ulama yang datang ke negeri baginda dengan baik.

4. Raja hendaklah bertanggungjawab dalam segala hal


Cth :Raja Negeri Kembayat merupakan raja yang bertanggungjawab kerana baginda
mengambil peduli masalah yang menimpa negeri baginda.

5. Kita mestilah taat kepada pemerintah.


Cth : Rakyat Negeri Kembayat yang taat sentiasa bersama-sama raja ketika susah dan
senang.

5
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

A.NOTA

GURINDAM DUA BELAS FASA YANG KETIGA

Gurindam Maksud

Apabila terpelihara mata, Penglihatan yang dijaga akan


Sedikitlah cita-cita. mengurangkan keinginan terhadap
perkara-perkara yang negatif.
Apabila terpelihara kuping, Pendengaran yang dijaga akan terhindar
Khabar yang jahat tiadalah damping. daripada berita yang tidak baik.

Apabila terpelihara lidah, Seseorang yang menjaga tutur kata akan


Nescaya dapat daripadanya faedah. mendapat banyak manfaatnya.

Bersungguh-sungguh engkau memelihara tangan, Tangan perlu dipelihara daripada


Daripada segala berat dan ringan. mengambil barang yang bukan hak kita.

Apabila perut terlalu penuh, Nafsu harus dijaga agar tidak melakukan
Keluarlah fiil yang tiada senonoh. perbuatan yang dilarang.

Anggota tengah hendaklah diingat, Kehidupan seseorang perlulah dijalani


Di situlah banyak orang yang hilang semangat. dengan penuh semangat.

Hendaklah peliharakan kaki, Anggota kaki perlulah dipelihara dari


Daripada berjalan yang membawa rugi. melangkah ke tempat-tempat yang
maksiat.

TEMA

Nasihat memelihara anggota diri.


- Gurindam ini memberikan nasihat supaya kita sentiasa memelihara anggota diri dan
berbudi pekerti.

6
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

PERSOALAN

1. Persoalan manfaat memelihara penglihatan dalam kehidupan.


Cth : Mata haruslah dipelihara sebaik-baiknya supaya tidak melihat sesuatu perkara yang
dilarang oleh Tuhan. (Rangkap 1)
2. Persoalan kebaikan memelihara tutur kata.
Cth : Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak manfaat. (Rangkap 3)
3. Persoalan kepentingan memelihara pendengaran.
Cth : Telinga perlu dijauhkan daripada mendengar segala hasutan dan kejian. (Rangkap 2)
4. Persoalan semangat penting dalam kehidupan.
Cth : Kehidupan seseorang perlulah dijalani dengan penuh semangat. (Rangkap 6)

GAYA BAHASA

1. Kata ganda
Cth : cita-cita (rangkap 1; baris 2)
2. Asonansi
Cth : Pengulangan vokal a -Apabila terpelihara mata,( rangkap 1; baris 1)
3. Aliterasi
Cth : Pengulangan bunyi konsonan g - Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan
tangan (rangkap 4 baris 1)
4. Bahasa kiasan
Cth : Apabila perut terlalu penuh, keluarlah fiil yang tiada senonoh (rangkap 5)

BENTUK

1. 7 rangkap
2. Setiap rangkap mengandungi 2 baris
3. Jumlah perkataan antara 2 hingga enam perkataan
Cth :  Sedikitlah cita-cita. (rangkap 1; baris 2)
 Di situlah banyak orang yang hilang semangat. (rangkap 6 ; baris 2 )
4. Suku kata antara 8 hingga 15 suku kata
Cth : Se/di/kit/lah/ ci/ta/-ci/ta. – 8 suku kata (rangkap 1; baris 2)
 Di/ si/tu/lah/ ba/nyak/ o/rang/ yang/ hi/lang/ se/mang/at
- 15 suku kata (rangkap 6; baris 2)
5. Rima akhir aa
Cth: Apabila terpelihara kuping, - a
Khabar yang jahat tiadalah damping. – a (rangkap 2; baris 1 & 2)

7
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

NILAI

1. Kebijaksanaan
Cth : Kebijaksanaan dalam menuturkan kata-kata

2. Kesederhanan
Cth: Kesederhanaan ketika menghadap rezeki.
3. Kesabaran
Cth: Kesabaran memelihara mata daripada melihat perkara negatif.

4. Berbudi bahasa
Cth : Seseorang perlu menjaga tutur kata agar mendapat banyak faedahnya.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah menjaga penglihatan kita agar tidak menimbulkan keinginan yang
tidak baik.

2. Kita mestilah memelihara pendengaran kita agar tidak mendengar berita yang tidak
sahih.

3. Kita haruslah menjaga anggota kaki agar tidak menjejaki tempat yang tidak
berfaedah.

8
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

B. BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN

Bentuk Soalan Markah

Bertanyakan maksud baris /rangkap(bertumpu) Soalan i (2 markah)

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Soalan ii (3 markah)


(memberikan pandangan atau pendapat, alasan,
menyatakan kewajaran dan sebagainya)

Elemen kajian KOMSAS (bertumpu) Soalan iii (4 markah)


(menyatakan aspek sastera seperti tema, persoalan, gaya
bahasa, nilai dan pengajaran daripada petikan dan
keseluruhan puisi)

Teknik Menjawab.

Jawapan menggunakan ayat sendiri


Jawapan dengan ayat lengkap/gramatis
Peruntukan markah bagi setiap ceraian soalan menggambarkan jumlah isi yang
diperlukan (Cth:3 markah = 3 isi), kecuali soalan memberi maksud.
Pelajar boleh menyalin semula sebahagian daripada ayat-ayat dalam petikan
sebagai jawapan (kaedah potong tampal)
Bagi soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), jawapan mestilah logik dan
relevan dengan kehendak soalan.
Bagi soalan KOMSAS yang menggunakan kata kunci soalan jelaskan atau
huraikan, pelajar perlu memberikan contoh atau huraian ringkas.

9
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 1
Baca syair di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya
menggunakan ayat anda sendiri.
SYAIR BIDASARI

Dengarkan tuan suatu riwayat, Beberapa lamanya dalam kerajaan,


Raja di desa Negeri Kembayat, Baginda duduk bersuka-sukaan,
Dikarang fakir dijadikan hikayat, Datanglah beroleh kedukaan,
Supaya menjadi tamsil ibarat. Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Ada raja suatu negeri, Datanglah kepada suatu masa,


Sultan halifah akas bestari, Melayanglah unggas dari angkasa,
Asalnya baginda raja yang bahari, Unggas gurda sangat perkasa,
Melimpah ngadil dagang senteri. Menjadi negeri rosak binasa.

Hairan orang empunya temasya, Datanglah menyambar suaranya bahana,


Baginda itulah raja perkasa, Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Sangat tiada merasai susah, Seisi negeri gundah-gulana,
Entah esok dan lusa. Membawa diri ke mana-mana.

Seri sultan raja bestari, Baginda pun sedang dihadap orang,


Setelah ia sudah beristeri, Mendengar gempar seperti perang,
Beberapa bulan beberapa hari, Bertitah baginda raja yang garang,
Hamillah puteri permaisuri. “Gempar ini apakah kurang.”

JAMILAH HJ. AHMAD (Penyelenggara)

i. Berikan maksud unggas gurda sangat perkasa dalam rangkap ke-6 syair di atas.
[2 markah]

ii. Sebagai rakyat yang prihatin, nyatakan sumbangan-sumbangan anda kepada mangsa yang
ditimpa bencana. [3 markah]

iii. Nyatakan dua nilai murni yang terdapat dalam syair di atas. [4 markah]

10
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 2

i. Berikan maksud gempar ini apakah kurang dalam rangkap kelapan syair di atas.
[2 markah]

ii. Jelaskan langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk menggambarkan ketaatan anda
kepada pemerintah.
[3 markah]

iii. Huraikan dua persoalan syair di atas. [4 markah]

11
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 3
i. Kemukakan sifat-sifat raja Negeri Kembayat berdasarkan rangkap kedua.
[2 markah]

ii. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk
mempertahankan negara dari ancaman musuh?
[3 markah]

iii. Jelaskan dua pengajaran berdasarkan syair Bidasari. [4 markah]

Praktis 4
i. Berikan maksud rangkai kata ‘supaya menjadi tamsil ibarat’ dalam rangkap pertama syair
di atas.
[2 markah]

ii. Pada hemat anda, seandainya anda seorang pemimpin, apakah sifat-sifat seorang pemimpin
yang akan anda tonjolkan nanti? [3 markah]

iii. Jelaskan dua latar masyarakat yang terdapat dalam syair yang dikaji. [4 markah]

12
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 5

i. Berikan maksud rangkai kata ‘melimpah ngadil dagang senteri’.


[2 markah]

ii. Pada pendapat anda, mengapakah terjadinya keadaan tidak stabil di sesebuah negara?
[3 markah]

iii. Nyatakan dua perwatakan Raja Negeri Kembayat berdasarkan syair yang dikaji?
[4 markah]

13
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

C. PRAKTIS TOPIKAL
Praktis 1

Baca petikan gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
GURINDAM DUA BELAS
( Fasal yang Ketiga)
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,


Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,


Nescaya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh-sungguh engkau memelihara tangan,


Daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tiada senonoh.

Anggota tengah hendaklah diingat,


Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,


Daripada berjalan yang membawa rugi.

i. Kemukakan maksud rangkap ketiga gurindam di atas. [2 markah]

ii. Peribahasa terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa menuntut kita agar
menjaga tutur kata.

Pada pendapat anda, apakah kesan buruk yang akan dihadapi sekiranya seseorang itu gemar
menuturkan kata-kata negatif?

[3 markah]

iii. Huraikankan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam tersebut. [4 markah]

14
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 2

i. Berdasarkan gurindam, mengapakah kita perlu memelihara anggota diri?

[2 markah]

ii. Kemunculan media sosial seperti whatsapp, telegram, twitter dan facebook menjadi wadah
kepada individu yang tidak bermoral untuk menyebarkan berita-berita yang boleh
mempengaruhi minda pembacanya.

Pada pendapat anda, apakah tindakan yang akan anda ambil sekiranya anda menerima sesuatu
berita yang diragui kebenarannya?
[3 markah]

iii. Huraikankan dua persoalan yang terdapat dalam gurindam tersebut. [4 markah]

15
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 3

i. Hendaklah peliharakan kaki,


Daripada berjalan yang membawa rugi

Kemukakan maksud rangkap gurindam di atas. [2 markah]

ii. Akhir-akhir ini golongan remaja banyak terlibat dalam masalah sosial.
Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang remaja dapat mengelakkan diri daripada
melakukan perbuatan negatif? [3 markah]

iii. Huraikan dua nilai yang dikemukakan dalam gurindam tersebut. [4 markah]

16
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 4

i. Nyatakan maksud keluarlah fiil yang tiada senonoh.


[2 markah]

ii. Dalam rangkap kedua gurindam, penulis mengingatkan kita agar menjaga pendengaran. Pada
pendapat anda, mengapakah kita perlu memelihara pendengaran?
[3 markah]

iii. Huraikankan dua pengajaran yang terdapat dalam rangkap ketiga gurindam tersebut.

[4 markah]

17
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 5

i. Nyatakan maksud khabar yang jahat tiadalah damping. [2 markah]

ii. Pada pendapat anda, wajarkah kita mengambil berat tentang penjagaan pemakanan?
Jelaskan dua alasan anda. [3 markah]

iii. Huraikan tema yang terungkap dalam gurindam tersebut. [4 markah]

18
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

A. NOTA
Sang Gembala Kuda karya
Karya : Razali Mohd Yussof

Sajak Maksud
Rangkap 1 ‘Seorang lelaki bergelar perkasa’ merupakan
simbolik kepada seorang pemimpin. ‘Cemeti
Dia lelaki bergelar perkasa keberanian di tangan’ bermaksud pemimpin
dengan cemeti keberanian di tangan tersebut mempunyai kuasa. ‘Rembat
rembat angkuhnya memacu takut angkuhnya memacu takut’ bermaksud
menghalau kuda-kuda dipadang pemimpin ini boleh melakukan apa-apa sahaja
berebutan memburu kandang. yang menyebabkan orang bawahannya berasa
takut. ‘kuda-kuda’ bermaksud orang bawahan
atau orang suruhannya. Pemimpin ini kuat
kerana kuasa yang ada padanya.

Rangkap 2
Untuk mengekalkan kuasa, pemimpin ini
Rumput dan jerami yang terhidang memberikan pelbagai kemewahan kepada
adalah kanun janji kesetiaan ketua-ketua kecil yang menyokong penuh
dimamah rakus kala lapar kepemimpinannya. Segala pemberian ini
tak peduli nasib diri setelah kenyang diterima sepenuhnya dan ketua-ketua kecil ini
perlulah setia. Oleh sebab mereka telah
jadi tunggangan memburu rakan.
menerima pelbagai kemewahan daripada
pemimpin atasan, ketua-ketua kecil akan
berusaha untuk mendapatkan sokongan
daripada rakan atau orang di kawasannya
supaya mentaati pemimpin mereka.

Rangkap 3

Dia lelaki punya kuasa Pemimpin mempunyai kuasa yang besar. Oleh
sesekali suaranya lebih gempita sebab dia mempunyai kuasa, arahannya
daripada ringkik kuda sekandang sentiasa dipatuhi oleh ketua-ketua kecil di
pacuannya diiringi seribu keberanian bawahnya. Pelbagai masalah dapat dihadapi
meredah onak di rimba perburuan dengan mudah. Dengan kuasa yang ada, dia
meranduk lumpur dipaya penindasan berjaya menindas orang bawahan. Dengan
sambil melibas cemeti durjana menggunakan tipu muslihat, pemimpin ini
dia melampar muslihat aku mengatakan bahawa dia merupakan penyelamat
maruah bangsa, berkhidmat dengan ikhlasnya,
penyelamat maruah berjuang
dan menentang semua ketidakadilan yang
atas dasar kebenaran
berlaku.
menentang semua kebobrokan.

20
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Rangkap 4
Inilah pemimpin yang mempergunakan orang
Dia lelaki sang gembala kuda lain untuk mengekalkan kedudukannya. Dia
hanya mengenal pantas tunggangan hanya bijak untuk menggunakan orang lain
tanpa membaca keletihannya bagi mengekalkan kuasanya. Pemimpin ini
dia lelaki sang gembala kuda hanya tahu untuk mengejar kuasa tanpa
hanya tahu mengejar kehebatan mengambil kira kehebatan dirinya yang
tanpa menghitung kesakitannya sebenar. Oleh sebab kebijaksanaannya
dan kuda-kuda itu ditunggangi mempergunakan orang lain, orang-orang
ditunggangi dan ditunggangi! bawahannya terus tertindas.

TEMA

Kekuasaan seseorang pemimpin yang mengeksploitasi orang bawahannya untuk


mengekalkan kuasa.

PERSOALAN

1. Kebijaksanaan seorang pemimpin untuk mengekalkan kuasanya.


2. Kesetiaan orang bawahan terhadap pemimpin kerana habuan.
3. Kekuasaan mampu mengawal orang bawahan dan mengekalkan kedudukan.
4. Keberanian seorang pemimpin menghadapi pelbagai cabaran.
5. Penganiayaan terhadap orang bawahan untuk mengekalkan kuasa.

BENTUK
1. Sajak ini terdiri daripada empat rangkap.
2. Jumlah baris dalam rangkap tidak sama – rangkap 1-2 (5 baris), rangkap 3 (11 baris), dan
rangkap 4 (8 baris).
3. Bilangan kata dalam setiap baris adalah antara 3-6 patah kata.
3. Bilangan suku kata dalam baris adalah antara 8-13 suku kata.
4. Rima akhir berbentuk bebas – rangkap 1 (abcdd), rangkap 2 (abcab), rangkap 3
(aabcccadecc), dan rangkap 4 (abaabacc).
5. Sajak ini berbentuk bebas kerana tidak terikat pada ciri-ciri puisi tradisional.

GAYA BAHASA

1. Aliterasi
Cth : ditunggangi dan ditunggangi (pengulangan bunyi konsonan d)
2. Asonansi
Cth : adalah kanun janji kesetiaan (pengulangan bunyi vokal a)
3. Personifikasi
Cth : rembat angkuhnya memacu takut.

21
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

4. Metafora
Cth : dengan cemeti keberanian di tangan
meredah onak di rimba perburuan
meranduk lumpur di paya penindasan
5. Repetisi
Cth : dan kuda-kuda itu ditunggangi
ditunggangi dan ditunggangi!

NILAI

1. Keberanian
Cth : pemimpin yang berani menghadapi cabaran.
2. Tanggungjawab
Cth : pemimpin bertanggangjawab menjaga kebajikan orang bawahannya.
3. Kebijaksanaan
Cth : pemimpin yang bijak untuk mengekalkan kuasanya.
4. Kesetiaan
Cth : kesetiaan orang bawahan terhadap pemimpinnya.

PENGAJARAN

1. Kita mestilah menggunakan kuasa dengan betul apabila menjadi seorang pemimpin.
2. Kita mestilah setia kepada pemimpin yang jujur, amanah, dan bertanggungjawab.
3. Sebagai pemimpin, kita janganlah mengamalkan rasuah untuk mengekalkan kuasa.
4. Sebagai pemimpin, kita janganlah menggunakan orang bawahan untuk mengekalkan
kedudukan kita.
5. Kita perlulah berani untuk menghadapi cabaran apabila menjadi seorang pemimpin.

22
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Aku Membaca Lagi


Karya: Razali Mohd Yussof

Sajak Maksud

Rangkap 1 Penyajak mendongak ke langit lalu berasa


Aku mendongak langit kerdil dan kagum apabila melihat kebesaran
membaca garis dan titik
Tuhan yang telah mencipta pelbagai fenomena
menaakuli kebesaran-Mu
di bawahnya gumpalan mega alam sekitar.
hembusan bayu dan banjaran gunung

Rangkap 2 Penyajak melihat gambaran pelbagai fauna dan


Kuselurusi alam kejadian alam sekitar yang dicipta oleh Tuhan
kicauan burung
untuk mencorakkan kehidupan manusia.
desiran ombak dan wajah pelangi
mewarnai kehidupan umat-Mu

Rangkap 3
Aku mendongak lagi Penyajak merenung ke langit lagi dan
membaca langit mentafsirkan bahawa masalah penggunaan
di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh bahasa Melayu yang berlaku di tanah air
dahan dan ranting terkulai semakin meruncing.
daun-daun berguguran
helai demi helai
di lantai tanah airku makmur.

Rangkap 4 Penyajak berpendapat bahawa bulan dan


Aku membaca langit bintang sedang berduka kerana bahasa Melayu
kutemui
telah dipinggirkan oleh anak bangsa sendiri.
bulan dan bintang menangis
meratapi luka nasib bangsa.

Rangkap 5
Aku mendongak lagi Penyajak mendongak lagi ke langit dan
menitis air mata langit merasakan langit turut bersedih lalu menangisi
membasahi bahasa Melayu nasib bahasa Melayu yang semakin dilupakan
yang berdarah. oleh bangsa peribumi.

23
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

TEMA

Nasib bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan oleh anak bangsa

PERSOALAN

1. Kewujudan pelbagai keindahan alam membuktikan kebesaran Tuhan.


2. Kesyukuran terhadap kebesaran Tuhan yang mencipta alam sekitar
3. Kedudukan bahasa Melayu di negara sendiri semakin terancam.

BENTUK

1. Sajak ini terdiri daripada lima rangkap.


2. Jumlah baris dalam rangkap tidak sama – rangkap 1 (5 baris), rangkap 2 (4 baris), rangkap
3 (7 baris), rangkap 4-5 (4 baris).
3. Bilangan kata dalam setiap baris adalah antara 1-6 patah kata.
4. Bilangan suku kata dalam baris adalah antara 4-12 suku kata.
5. Rima akhirnya berbentuk bebas – rangkap 1 (abcde), rangkap 2 (abcd), rangkap 3
(abcadae), rangkap 4 (abcd), dan rangkap 5 (abcd).
6. Sajak ini berbentuk bebas kerana tidak terikat pada ciri-ciri puisi tradisional.

GAYA BAHASA

1. Repetisi
Cth : helai demi helai
2. Metafora
Cth : wajah pelangi, lantai tanah airku
3. Personifikasi
Cth : dahan dan ranting terkulai
4. Inversi
Cth : menitis air mata langit (sepatutnya diungkapkan sebagai air mata langit menitis)
5. Asonansi
Cth: bulan dan bintang menangis (pengulangan bunyi vokal a)
6. Aliterasi
Cth: – bulan dan bintang menangis (pengulangan bunyi konsonan b)

24
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

NILAI

1. Tanggungjawab
Cth : penyajak menyeru anak bangsa memikul tanggungjawab untuk mengangkat kembali
martabat bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan.

2. Kesyukuran
Cth : penyajak bersyukur dan kagum akan kebesaran Tuhan yang mencipta pelbagai
fenomena alam dan fauna untuk mencorakkan kehidupan manusia di muka bumi.
.
3. Keinsafan
Cth : penyajak menyeru anak bangsa yang semakin hilang maruah bangsa untuk segera insaf
dan mula mengenal diri serta berusaha memartabatkan bahasa Melayu

PENGAJARAN

1. Kita perlu memikul tanggungjawab untuk mengangkat maruah bangsa dengan


memartabatkan bahasa Melayu.
2. Kita perlu bersyukur kepada Tuhan atas segala ciptaan-Nya yang melengkapi kehidupan
manusia.
3. Kita perlu tabah menghadapi apa-apa cabaran dalam usaha mempertahankan maruah
bangsa dan bahasa.

25
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

A: NOTA
Sajak www.sibermerdeka.com.my
Karya Abdul Ghaffar Ibrahim

Sajak Maksud

Dalam kebun diriku Dalam diri penyajak, dia telah membuat


aku tanam saujana rancangan pelbagai perancangan yang akan dilakukan
untuk memerdekakan warga susahku bagi menyelesaikan segala masalah /
hidup menentang senja dan malam. kesusahan yang dihadapinya.

Dalam parlimen diriku Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba


aku bahas isu onak dan enak memikirkan cara untuk mengatasi
untukku merdekakan warga fikirku masalahnya agar dirinya tidak mudah
mengelak hidup dikotak-katikkan. dipermainkan oleh orang lain.

Dalam laut diriku Dalam kehidupan penyajak, dia sering


ombak gelora menampar pantai aman berhadapan dengan pelbagai dugaan yang
untuk menguji amal dan iman. menguji kesabaran dan keimanannya

Dalam gergasi diriku Penyajak yang berasakan dirinya hebat


terpedaya jua oleh permainan si kancil sering terpedaya oleh nafsu. Namun begitu,
namun sempat sedar dan beringat lagi. penyajak cepat tersedar seterusnya
mengambil langkah berjaga-jaga agar
tidak terperdaya lagi.

Dalam pentas diriku Penyajak sentiasa berusaha membaiki


aku berlatih menangkis angin dirinya dengan bertekad untuk berubah ke
aku berlatih memunggah awan arah kebaikan walaupun dia tidak
menghayati skrip demi skrip mengetahui apa-apa yang bakal
yang tak diduga klimaksnya. ditempuhnya pada hari-hari yang
mendatang.

Dalam dewan diriku Penyajak yang semakin berusia menjadi


aku tak cemas lagi lebih matang. Dia tidak mudah panik dan
oleh kata yang mengekang tidak mudah dipengaruhi oleh kata-kata
aku tak lemas lagi orang terhadap dirinya.
oleh kata yang menyerang.

26
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Apabila sibermerdeka sampai Dalam era globalisasi, penyajak


ke rumah cabaranku sering melakukan muhasabah diri dalam
aku panggil diriku bermesyuarah mencari erti kehidupan agar dia tidak
menyokong, berkecuali atau menentang mudah tewas dalam perjuangannya.
aku ambil keputusan
waktu itu aku kenal batas diri untuk
tidak mengulangi kekalahan.

Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia Apabila tiba waktunya, penyajak harus
aku turun darinya menghadapi hidup nyata bersedia menghadapi kenyataan hidup
peristiwa datang peristiwa pergi yang bersifat sementara. Setiap
bagai siang memanggil malam peristiwa dalam hidup penyajak berlalu
dan sibermerdeka terus berkaca
dengan amat pantas. Oleh itu, penyajak
terus mengalirkan arus ingatan menasihati pembaca agar tidak mensia-
elakkan dirimu menjadi sia-sia siakan hidup sebaliknya pembaca wajar
hamparkan dirimu di persada Tuhan.
mendekati Tuhan.

TEMA

Ketabahan seorang insan untuk mendepani dugaan hidup.


Penyajak sering bermuhasabah diri dalam menghadapi dugaan dan cabaran agar tidak mudah
tersungkur ketika berhadapan dengan unsur jahat.

PERSOALAN

1. Persoalan kepentingan merancang kehidupan.


Cth: Dalam diri penyajak, dia telah membuat pelbagai perancangan yang akan dilakukan
bagi menyelesaikan segala masalah / kesusahan yang dihadapinya.

2. Persoalan kegigihan untuk menyelesaikan masalah


Cth: Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya
agar dirinya tidak mudah dipermainkan oleh orang lain.

3. Persoalan cara menjalani hidup dengan bermanfaat.


Cth: Penyajak menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca
wajar mendekati Tuhan.

4. Persoalan muhasabah diri ke arah kebaikan.


Cth: Penyajak sentiasa berusaha membaiki dirinya dengan bertekad untuk berubah ke arah
kebaikan.

5. Persoalan keinginan mendekatkan diri kepada Tuhan


Cth: Penyajak ingin menjadi insan yang taat kepada Tuhan.

27
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

NILAI

1. Nilai rasional
Cth: Penyajak berfikiran rasional apabila menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan
hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.

2. Nilai kegigihan
Cth: Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya
agar dirinya tidak mudah dipermainkan oleh orang lain.

3. Nilai keinsafan
Cth: Penyajak cepat insaf / tersedar akan kesalahannya seterusnya mengambil langkah
berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi.

4. Nilai kebijaksanaan
Cth: Penyajak bijak membuat perancangan untuk mengatasi masalahnya.

5. Nilai ketaatan
Cth: Penyajak ingin menjadi insan yang taat kepada Tuhan.

PENGAJARAN

1. Kita mestilah insaf apabila melakukan kesalahan agar tidak terpedaya lagi.

2. Kita mestilah memiliki pendirian agar tidak mudah terpengaruh dengan orang lain.

3. Kita mestilah sentiasa melakukan muhasabah diri agar tidak mudah tewas dalam perjuangan.

4. Kita mestilah gigih berusaha untuk mengatasi sesuatu masalah agar tidak mudah
dipermainkan oleh orang lain.

5. Kita mestilah berfikiran rasional dalam membuat sesuatu keputusan atau tindakan agar
tidak mensia-siakan hidup.

28
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

A: NOTA

Sajak Gelanggang
Karya Onn Malini

Ini gelanggang kita


yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari.

Maksud
Penyajak menyatakan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang ditubuhkan oleh
generasi terdahulu iaitu kira-kira 50 tahun yang lalu. Malaysia terbentuk hasil perpaduan setiap
kaum demi masa depan generasi seterusnya.

Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat


dan air mata
dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat
berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
keturunan.

Maksud
Kita ialah generasi yang mewarisi Malaysia yang diperjuangkan oleh generasi terdahulu.
Mereka bekerja keras dan bersusah payah untuk mendapatkan kemerdekaan negara.
Kemakmuran negara dapat dinikmati apabila rakyat bersatu padu. Penyajak menyeru semua
rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab daripada pihak
luar yang cuba memusnahkan negara. Cara ini telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
kaum di negara kita.
Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan
demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh
hati nurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah
gelanggang
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.

Maksud
Penyajak berpendapat bahawa pemimpin kini harus berani melawan tuduhan melulu yang
dilemparkan demi mempertahankan kedaulatan negara. Pendapat yang dikemukakan oleh
sesetengah pihak yang cuba menjatuhkan Malaysia harus kita tentang tanpa tolak ansur supaya
tidak menggugat kedaulatan negara. Pihak tersebut tidak harus melakukan tindakan untuk
mencabar Malaysia kerana perbuatan mereka akan menyusahkan diri mereka.

29
Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah
elakkan pertelingkahan sesama sendiri.

Maksud
Penyajak menyeru rakyat yang benar-benar cinta akan negara supaya mengukuhkan tali
persaudaraan agar pertelingkahan sesama rakyat dapat dihindari.

Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini


agar kecemerlangan tercerna di persada arena
terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri
membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati
kita junjung dan taat ke akhir hayat.

Maksud
Penyajak menyatakan bahawa kita sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab memikul amanah
yang diberi untuk memastikan kecemerlangan negara di peringkat dunia dengan mencapai
kejayaan demi kejayaan. Hal ini demikian kerana kejayaan yang diperoleh rakyat Malaysia
melambangkan maruah Malaysia dan jati diri mereka. Kita bertanggungjawab dalam
meneruskan kesinambungan Malaysia sebagai negara yang harmoni dan dihormati oleh semua
pihak. Malaysia wajib kita hargai, hormati dan muliakan sampai akhir hayat kita.

TEMA

Kepentingan mempertahankan kedaulatan negara tercinta.


Perjuangan nenek moyang yang berusaha memerdekakan dan mendaulatkan tanah air wajar
dikenang.

PERSOALAN
1. Perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan
Cth: Generasi dahulu berjuang mendapatkan kemerdekaan negara dengan keringat dan air
mata

2. Kepentingan perpaduan dalam menjaga keamanan negara


Cth: Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu telah terbukti dapat
memelihara negara daripada ancaman luar

3. Tanggungjawab rakyat dalam mendaulatkan negara


Cth: Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh
tanggungjawab daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara.

30
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

BENTUK

1. Sajak ini terdiri daripada lima rangkap.


2. Jumlah baris dalam rangkap tidak sama – rangkap 1 (5 baris), rangkap 2 (8 baris), rangkap
3 (7 baris), rangkap 4 (2 baris), rangkap 5 (5 baris).
3. Jumlah kata dalam setiap baris adalah antara 1-8 patah kata.
4. Bilangan suku kata dalam baris adalah antara 3–22 suku kata.
5. Rima akhirnya berbentuk bebas – rangkap 1 (abccd), rangkap 2 (abacdade), rangkap 3
(abcbcdb), dan rangkap 4 (ab), rangkap 5 (abaac).
6. Sajak ini berbentuk bebas kerana tidak terikat pada ciri-ciri puisi tradisional.
7. Jumlah baris dalam rangkap tidak sama – rangkap 1 (5 baris), rangkap 2 (8 baris), rangkap
3 (7 baris), rangkap 4 (2 baris), rangkap 5 (5 baris).
8. Jumlah kata dalam setiap baris adalah antara 1-8 patah kata.

GAYA BAHASA

1. Anafora
Cth : Kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
Kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
2. Metafora
Cth : Gelanggang keramat
3. Perlambangan atau imej
Cth : pewaris gelanggang (imej pewaris merujuk generasi muda, manakala, imej
gelanggang merujuk kepada negara)
4. Repetisi
Cth :kata gelanggang diulang sebanyak enam kali dalam sajak ini.
5. Asonansi
Cth : jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri. (pengulangan bunyi vokal
i)
6. Aliterasi
Cth: elakkan pertelingkahan sesama sendiri. (pengulangan bunyi konsonan b)

31
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

NILAI

1. Kerjasama
Cth: setiap kaum menjalinkan kerjasama yang erat untuk mencapai kemerdekaan.
2. Cinta akan negara
Cth: rakyat bersatu padu untuk memajukan negara dan mengekalkan kedaulatan negara.
3. Bersatu padu
Cth: kemakmuran negara dapat dinikmati dengan wujudnya perpaduan
4. Pengorbanan
Cth: pendekar sanggup berkorban demi negara tercinta.
5. Tanggungjawab
Cth: rakyat negara ini sama-sama bertanggungjawab menjaga kedaulatan negara daripada
ancaman musuh.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah berkorban tenaga dan nyawa demi kedaulatan negara yang tercinta.
2. Kita mestilah menghargai pengorbanan para pejuang negara yang berjuang
memerdekakan negara.
3. Kita haruslah bekerjasama membangunkan negara agar mencapai kemajuan yang
diimpikan.
4. Kita tidak seharusnya bersengketa sesama sendiri demi keamanan dan keharmonian
negara.
5. Kita hendaklah mempunyai perasaan cinta akan negara tanpa berbelah bagi.

32
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

B. BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAJAK

BENTUK SOALAN PERINCIAN MARKAH

Bertanyakan maksud rangkai kata/ baris /rangkap Soalan i (2 markah)

Pemahaman teks (bertumpu) Soalan i (2 markah)


(mengenal pasti /mengesan jawapan dalam petikan)

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Soalan ii (3 markah)


(KBAT)(memberikan pandangan atau pendapat,
alasan, menyatakan kewajaran dan sebagainya)

Elemen kajian KOMSAS (bertumpu) Soalan iii( 3 – 4 markah)


(menyatakan aspek sastera seperti tema, persoalan,
gaya bahasa, nilai dan pengajaran daripada
petikan dan keseluruhan puisi)

TEKNIK MENJAWAB

Jawapan menggunakan ayat sendiri


Jawapan dengan ayat lengkap/gramatis
Peruntukan markah bagi setiap ceraian soalan menggambarkan jumlah isi yang
diperlukan (Cth:3 markah = 3 isi), kecuali soalan memberi maksud.
Pelajar boleh menyalin semula sebahagian daripada ayat-ayat dalam petikan sebagai
jawapan (kaedah potong tampal)
Bagi soalan KBAT, jawapan mestilah logik dan relevan dengan kehendak soalan.
Bagi soalan komsas yang menggunakan kata kunci soalan jelaskan atau huraikan, pelajar
perlu memberikan contoh atau huraian ringkas.

33
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

C.LATIHAN PRAKTIS
Sang Gembala Kuda

Dia lelaki bergelar perkasa


dengan cemeti keberanian di tangan
rembat angkuhnya memacu takut
menghalau kuda-kuda dipadang
berebutan memburu kandang.
Rumput dan jerami yang terhidang
adalah kanun janji kesetiaan
dimamah rakus kala lapar
tak peduli nasib diri setelah kenyang
jadi tunggangan memburu rakan.

Dia lelaki punya kuasa


sesekali suaranya lebih gempita
daripada ringkik kuda sekandang
pacuannya diiringi seribu keberanian
meredah onak di rimba perburuan
meranduk lumpur dipaya penindasan
sambil melibas cemeti durjana
dia melampar muslihat
aku penyelamat maruah
berjuang atas dasar kebenaran
menentang semua kebobrokan.

Dia lelaki sang gembala kuda


hanya mengenal pantas tunggangan
tanpa membaca keletihannya
dia lelaki sang gembala kuda
hanya tahu mengejar kehebatan
tanpa menghitung kesakitannya
dan kuda-kuda itu ditunggangi
ditunggangi dan ditunggangi!

34
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 1.
i. Nyatakan dua lambang kekuasaan sang gembala kuda.
[2 markah]

ii. Raja ialah simbol kekuasaan sesebuah negara.


Pada pendapat anda, bagaimanakah raja mengukuhkan kekuasaannya?
[3 markah]

ii. Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]

35
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 2.

i. Apakah maksud frasa ‘Cemeti keberanian di tangan’.


[2 markah]

ii. Masalah penyalahgunaan kuasa telah menjadi satu wabak penyakit yang telah lama
menular dalam kehidupan masyarakat.
Pada pendapat anda, apakah kesannya kepada negara jika masalah tersebut tidak
dibendung.
[3 markah]

ii. Huraikan dua persoalan yang diketengahkan dalam sajak.


[4 markah]

Praktis 3.

i. Berikan maksud menentang semua kebobrokan.


[2 markah]

ii. Pada pendapat anda, apakah simbolik penggunaan cemeti dalam sajak tersebut?

[3 markah]

iii. Huraikan dua pengajaran yang diketengahkan berdasarkan sajak.


[ 4 markah]

36
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4
==================================================================================
Praktis 4.

i. Berikan maksud tanpa membaca keletihannya.


[2 markah]

ii. Pada pendapat anda, wajarkah penggembala kuda bertindak kasar terhadap kuda-kudanya?
[3 markah]

iii. Huraikan tema yang digarap berdasarkan sajak.


[4 markah]

Praktis 5.

i. Apakah bentuk penindasan yang dilakukan oleh Sang Gembala Kuda terhadap kuda
tunggangannya?
[2 markah]

ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menghindari sifat mementingkan diri?
Kemukakan empat cadangan.
[3 markah]

ii. Huraikan dua latar masyarakat yang digambarkan dalam sajak.


[4 markah]

37
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

AKU MEMBACA LAGI

Aku mendongak langit


membaca garis dan titik
menaakuli kebesaran-Mu
di bawahnya gumpalan mega
hembusan bayu dan banjaran gunung.

Kuselusuri alam
kicauan burung
desiran ombak dan wajah pelangi
mewarnai kehidupan umat-Mu.

Aku mendongak lagi


membaca langit
di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh
dahan dan ranting terkulai
daun-daun berguguran
helai demi helai
di lantai tanah airku makmur.

Aku membaca langit


kutemui
bulan dan bintang menangis
meratapi luka nasib bangsa.

Aku mendongak lagi


menitis air mata langit
membasahi bahasa Melayu
yang berdarah.

Razali Mohd Yussof


Dewan Bahasa,Januari,2007
Dewan Bahasa dan Pustaka.

38
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 1

i. Apakah maksud meratapi luka nasib bangsa.


[2 markah]

ii. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengangkat martabat
Bahasa Melayu yang hampir tenggelam semula?
[3 markah]

iii. Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak yang dikaji.
[4 markah]

39
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 2

i. Nyatakan gambaran alam yang terdapat dalam rangkap kedua sajak.


[2 markah]

ii. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan bahasa Melayu semakin
terpinggir penggunaannya.
[3 markah]

ii. Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak yang dikaji.
[4 markah]

40
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 3

i. Apakah maksud bulan dan bintang menangis meratapi luka nasib bangsa?
[2 markah]

i. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam
kalangan murid sekolah rendah?
[3 markah]

ii. Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas.


[4 markah]

41
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 4

i. Nyatakan perkara yang menimpa tumbuh-tumbuhan seperti yang digambarkan dalam


rangkap ketiga sajak?
[2 markah]

ii. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu bersyukur dalam kehidupan?
[3 markah]

ii. Nyatakan latar masyarakat yang terdapat dalam sajak yang telah dikaji.
[4 markah]

42
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 5

i. Berikan maksud rangkai kata menaakuli kebesaran-Mu?


[2 markah]

ii. Membaca buku dan melayari Internet merupakan kaedah yang digunakan untuk menambah
ilmu pengetahuan.
Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat sekarang lebih gemar mendapatkan maklumat
melalui Internet?
[3 markah]

ii. Huraikan tema sajak di atas.


[4 markah]

43
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

3. Sajak www.sibermerdeka.com.my

PRAKTIS TOPIKAL
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

www.sibermerdeka.com.my

Dalam kebun diriku


aku tanam saujana rancangan
untuk memerdekakan warga susahku
hidup menentang senja dan malam.

Dalam parlimen diriku


aku bahas isu onak dan enak
untukku merdekakan warga fikirku
mengelak hidup dikotak-katikkan.

Dalam laut diriku


ombak gelora menampar pantai aman
untuk menguji amal dan iman.

Dalam gergasi diriku


terpedaya jua oleh permainan si kancil
namun sempat sedar dan beringat lagi.

Dalam pentas diriku


aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan
menghayati skrip demi skrip
yang tak diduga klimaksnya.

Dalam dewan diriku


aku tak cemas lagi
oleh kata yang mengekang
aku tak lemas lagi
oleh kata yang menyerang.

Apabila sibermerdeka sampai


ke rumah cabaranku
aku panggil diriku bermesyuarah
menyokong, berkecuali atau menentang
aku ambil keputusan
waktu itu aku kenal batas diri
untuk tidak mengulangi kekalahan.

44
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia


aku turun darinya menghadapi hidup nyata
peristiwa datang peristiwa pergi
bagai siang memanggil malam
dan sibermerdeka terus berkaca
terus mengalirkan arus ingatan
elakkan dirimu menjadi sia-sia
hamparkan dirimu di persada Tuhan.

Abdul Ghaffar Ibrahim

Praktis 1

i. Berikan maksud rangkap pertama sajak di atas.


[2 markah]

ii. Perancangan masa yang berkesan sangat penting kepada setiap orang kerana masa itu emas.
Pada pendapat anda, apakah faedah perancangan masa yang berkesan? [3 markah]

iii. Jelaskan tema sajak tersebut. [4 markah]

45
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 2

i. Berdasarkan rangkap ketujuh, apakah yang terjadi ‘apabila sibermerdeka sampai ke rumah
cabaranku’?
[2 markah]

i. Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk membantu golongan kurang berada keluar
daripada belenggu kemiskinan?
[3 markah]

ii. Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.


[4 markah]

Praktis 3

i. Apakah yang dimaksudkan oleh penyajak dengan baris yang tak diduga klimaksnya?
[2 markah]

ii. Peribahasa “Pisang berbuah dua kali” jelas menunjukkan bahawa manusia sering
melakukan kesilapan yang berulang.
Pada pandangan anda, mengapakah manusia sering melakukan kesilapan yang berulang?
[3 markah]

iii. Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas.


[4 markah]

46
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 4

i. Berikan maksud rangkap ketiga sajak di atas.


[2 markah]

i. Pada pendapat anda, mengapakah penyajak mengajak pembaca mendekati Tuhan?


[3 markah]

ii. Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas.


[4 markah]

Praktis 5

i.Berikan maksud mengelak hidup dikotak-katikkan?


[2 markah]

ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita menghindari remaja daripada menyalahgunakan
kemajuan teknologi maklumat?
[3 markah]

ii. Huraikan dua perwatakan ‘aku’ dalam sajak di atas.


[4 markah]

47
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

PRAKTIS TOPIKAL
GELANGGANG
Ini gelanggang kita
yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak
cucu di kemudian hari.

Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat


dan air mata
dengan gelanggang inilah negara aman makmur
rakyat berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
keturunan.

Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan


demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh
hati nurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah
gelanggang
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.

Marilah pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah


elakkan pertelingkahan sesama sendiri.

Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini


agar kecemerlangan tercerna di persada arena
terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri
membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati
kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.

Onn Malini
Pohon Tradisi,2012
Gapeniaga Sdn.Bhd.

48
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 1.

i. Berikan maksud ‘jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.”
[2 markah]

ii. Pada pendapat anda, apakah aktiviti yang boleh dilakukan bagi mewujudkan perpaduan di
sekolah?
[3 markah]

iii.Jelaskan tema yang dipaparkan dalam sajak tersebut.


[4 markah]

Praktis 2.

i. Berikan maksud rangkai kata ‘kita dan taat hingga ke akhir hayat.’
[2 markah]

ii. Pada pendapat anda, wajarkah keamanan negara wajar dijaga dan dipelihara?
[3 markah]

iii. Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak.


[4 markah]

49
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 3.
49
i. Berikan dua larangan penyajak terhadap pembaca untuk memelihara keamanan negara ini.
(2 markah)

ii. Pada pendapat anda, apakah perkara yang menyebabkan sesebuah negara dijajah?
[3 markah]

iii.Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.


[4 markah]

Praktis 4.

i. Berikan maksud rangkai kata ‘kukuhkan ukhuwah’.


[2 markah]

ii. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menjejaskan semangat perpaduan di negara
kita?
[3 markah]

iii. Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak.


[4 markah]

50
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 5.

i. Nyatakan dua saranan penyajak yang dapat menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini.
[2 markah]

ii. Pihak kerajaan menjalankan pelbagai usaha untuk memastikan perpaduan kaum sentiasa
terpelihara.
Pada pandangan anda, apakah kepentingan perpaduan kaum di negara kita?
[3 markah]

iii. Huraikan dua latar masyarakat yang digambarkan dalam sajak tersebut.
[4 markah]

5
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

SINOPSIS

Kegagalan penjurit tujuh bersaudara yang mati dibunuh oleh Laksamana dalam misi
untuk mengalahkan negeri Melaka amat menghairankan Patih Gajah Mada. Patik Gajah Mada
beranggapan bahawa negeri Melaka sukar dikalahkan tetapi jika mereka berjuang dengan
bersungguh-sungguh sudah pasti Melaka tewas kepada Majapahit.

Patih Gajah Mada tiba-tiba teringatkan Petala Bumi lalu segera menghantar orang untuk
berjumpa dengan isteri Petala Bumi dan bertanyakan anaknya, iaitu Kertala Sari yang pergi
mencuri ke Daha sama ada sudah kembali atau belum. Pada waktu itu, Kertala Sari baru sahaja
kembali dari Daha dengan kejayaan dan berjaya mencuri emas, perak, pakaian, serta wang yang
berpuluh-puluh juta. Sekembali Kertala Sari di rumahnya, dia bertanyakan hal bapanya yang
tiada kelihatan di rumah pada masa itu. Apabila mendengar pertanyaan ini, ibunya terus
menangis lalu memberitahu bahawa bapa Kertala Sari telah mati dibunuh oleh Laksamana
Hulubalang Ratu Melaka. Setelah mendengar kata-kata ibunya, Kertala Sari sangat marah dan
mahu menyiasat orang yang bertanggungjawab atas kematian bapanya. Ibunya kemudian
menceritakan perkara yang sebenar dari mula hingga akhir.

Setelah mendengar cerita daripada ibunya itu, Kertala Sari sangatlah marah lalu bertekad
untuk membunuh Ratu Melaka dan Laksamana serta membinasakan negeri Melaka. Menurutnya
lagi, jika dia tidak melakukannya, dia bukanlah anak penjurit yang berani dan kepetangan (cerdik
dan licik). Kemudian, orang-orang Patih Gajah Mada tiba lalu memberitahu bahawa mereka telah
ditugaskan oleh Patih Gajah Mada untuk mendapatkan kepastian sama ada Kertala Sari sudah
kembali atau tidak dari Daha kerana Patih Gajah Mada hendak berjumpa dengannya. Tanpa
berlengah lagi, Kertala Sari terus mengambil kerisnya lalu berjalan bersama-sama orang tersebut
untuk bertemu dengan Patih Gajah Mada.

Ketika menghadap dan menyembah Patih Gajah Mada, Kertala Sari telah dimaklumkan
oleh Patih Gajah Mada bahawa bapanya Petala Bumi telah mengamanahkan Patik Gajah Mada
mengambil berat tentang keadaan Kertala Sari jika bapanya meninggal dunia setelah
menjalankan tugas yang diarahkan oleh Seri Betara Majapahit. Oleh itu, Kertala Sari akan
dilantik menjadi penggawa agung. Hal ini menyebabkan Kertala Sari berasa sangat gembira atas
pelantikan itu.

Kertala Sari kemudian bertanya kepada Patih gajah Mada sama ada dia ditugaskan untuk
membunuh Ratu Melaka dan Laksamana? Tambah Kertala Sari lagi, jika negeri Melaka dapat
dikalahkannya seorang diri, apatah lagi anak isteri orang Melaka pun akan dapat ditawan olehnya.
Dia berjanji bahawa selagi dia tidak dapat membunuh Ratu Melaka dan Laksamana, dia tidak
akan menerima jawatan sebagai penggawa.

52
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Setelah mendengar kata-kata Kertala Sari, Patih Gajah Mada sangat gembira. Kertala Sari
diraikan dan dijamu serta diberi sepersalinan pakaian. Selepas itu, Kertala Sari dibawa
menghadap Seri Betara. Patih Gajah Mada memberitahu Seri Betara bahawa penjurit tujuh orang
yang dititahkan oleh baginda ke Melaka telah mati dibunuh oleh Laksamana. Pada kali ini, Seri
Betara beranggapan bahawa Melaka akan dikalahkan. Melaka akan dikalahkan oleh seorang
penjurit yang cerdik. Penjurit itu ialah Kertala Sari, iaitu anak kepada Petala Bumi.

Setelah Seri Bentara mendengar sembah daripada Patih Gajah Mada, Seri Betara telah
bertanya kepada Kertala Sari sama ada dia dapat membunuh Ratu Melaka dan hulubalangnya,
Laksamana atau tidak?. Kertala Sari menjawab dengan mengatakan bahawa sedangkan negeri
Daha dapat dikalahkan, inikan pula pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan Laksamana. Setelah
mendengar kata-kata Kertala Sari, Seri Betara menitahkan Kertala Sari supaya pergi ke Melaka
dengan segera. Jika berjaya, Seri Betara akan melantik Kertala Sari sebagai penggawa agung.
Oleh itu, Kertala Sari meminta sebuah perahu supaya dia dapat melaksanakan tugasnya segera.
Setelah mendengar kata-kata Kertala Sari, Seri Betara menitahkan Patih Gajah Mada supaya
menghantar Kertala Sari segera ke Melaka. Patih Gajah Mada telah melengkapkan sebuah perahu
dan sepuluh orang yang akan mengikut Kertala Sari. Setelah siap, Kertala Sari pun belayar ke
Melaka.

Tidak beberapa lama kemudian, Kertala Sari telah sampai di Melaka. Di Melaka, dia telah
singgah di sebuah kampung yang penduduknya terdiri daripada orang Jawa. Di sini, Kertala Sari
telah menyamar sebagai orang Jawa. Hal ini membolehkan Kertala Sari keluar masuk di segenap
kampung orang kaya-kaya dan saudagar. Selepas mengetahui pelbagai perkara, Kertala Sari telah
menyamar sebagai orang Patih Kerma Wijaya. Pada ketika itu, Kertala Sari mengikut Patih
Kerma Wijaya pergi menghadap bersama-sama dengan orang Jawa yang ramai itu. Pada ketika
itu, Kertala Sari meneliti setiap hulubalang yang sama-sama masuk menghadap raja. Akhirnya,
Kertala Sari terpandang wajah Laksamana. Dalam hatinya, dia mengakui kehebatan Laksamana
menjadi hulubalang Ratu Melaka dan berjaya membunuh bapanya kerana Laksamana seorang
penjurit yang besar lagi cerdik.

Setelah berfikir demikian, Kertala Sari telah meneliti bahagian hadapan dan tempat
menunggu raja. Selepas itu, dia kembali semula ke tempat yang menjadi persinggahannya dan
kemudian mencari tempat untuk menyimpan harta-harta curiannya. Dia ternampak sebuah bukit
di luar kota yang dikenali sebagai Bukit Cina . Setelah pergi ke bukit itu, dia mendapati bahawa
tempat itu sesuai untuk menyimpan harta-harta curiannya. Selepas itu, dia menuruni Bukit Cina
tersebut.

Apabila tiba pada waktu malam, Kertala Sari telah bersiap sedia dan berjalan-jalan di kota.
Dia telah masuk ke rumah seorang saudagar yang kaya yang sedang makan bersama-sama
isterinya. Kertala Sari juga makan bersama-sama dengan saudagar itu. Setelah jauh malam,
saudagar itu pun masuk ke biliknya untuk tidur. Pada malam tersebut, Kertala Sari mencuri harta
saudagar tersebut dan isteri saudagar dicabulinya. Selepas itu, Kertala Sari kembali ke tempat
persinggahannya, iaitu di Bukit Cina. Selepas hari siang, saudagar itu heboh mengatakan bahawa
dia kecurian.

53
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Pada malam berikutnya, Kertala Sari pergi mencuri di rumah saudagar yang lain. Selepas
memperoleh harta yang banyak, dia kembali ke tempat persinggahannya. Hal ini menyebabkan
banyak harta saudagar yang kaya-raya dicurinya. Saudagar-saudagar yang terlibat telah
menghadap raja untuk menyembahkan perkara tersebut. Mereka memberitahu raja bahawa harta
mereka habis dicuri sehingga menyebabkan mereka tinggal sehelai sepinggang.

Apabila mendengar berita itu, baginda amat terkejut. Baginda menganggap seolah-olah
bala telah menimpa negerinya. Baginda mengatakan negeri Melaka amat bertuah kerana
mempunyai Laksamana. Namun demikian, jika Laksamana dihantarkan ke negeri orang, negeri
Melaka pasti akan binasa.

Oleh sebab itu, baginda menitahkan Temenggung supaya meminta orang berkawal dan
semua saudagar pun mengawal kampung mereka. Pada suatu malam, Kertala Sari pun masuk ke
dalam kampung. Dia dapat menyaksikan orang yang berkawal terlalu ramai dan lengkap
bersenjata. Dia pun membaca kitabnya lalu berjalan di tengah-tengah orang yang sedang
berkawal itu. Dia pergi ke sebuah rumah orang kaya lalu mencuri harta dan mencabuli isteri
orang-orang kaya tersebut. Selepas itu, dia kembali ke tempat persinggahannya.

Setelah hari siang, orang-orang kaya yang kecurian tadi telah mengadukan hal kepada raja.
Baginda berasa sangat hairan dan bertanya kepada Temenggung sama ada beliau mengarahkan
orang-orangnya berkawal pada malam itu. Temenggung menyatakan bahawa orang-orangnya
telah berkawal pada malam itu dan tidak menemukan apa-apa. Temenggung juga berasa hairan
atas kejadian kecurian yang berlaku. Baginda bertanya lagi tentang sebab-sebab pencuri itu dapat
melakukan perbuatan mencuri walaupun dikawal ketat. Hal ini menyebabkan baginda memurkai
Temenggung. Baginda menitahkan Temenggung supaya memanggil Laksamana. Laksamana
segera datang lalu menyembah raja.

Baginda memberitahu Laksamana bahawa negeri Melaka sedang ditimpa bala, iaitu
banyak rakyat yang kecurian. Laksamana memberitahu Raja bahawa pencuri yang melakukan
pekerjaan itu bukanlah pencuri dari dalam negeri Melaka, sebaliknya pencuri yang datang dari
negeri lain. Raja bertanya lagi kepada Laksamana tentang punca yang menyebabkan pencuri itu
dapat mencuri walaupun negeri ini dikawal pada waktu malam. Bendahara pula menegaskan
bahawa pekerjaan berkawal itu merupakan pekerjaan Temenggung. Oleh sebab itu, raja
menitahkan Temenggung supaya berkawal pada malam tersebut. Temenggung menyatakan
bahawa beliau akan berkawal pada malam itu lalu mengerahkan lima ratus orangnya berkawal
pada malam tersebut.

Setelah hari malam, Kertala Sari pun masuk ke dalam kota. Dia dapat menyaksikan
banyak orang yang berkawal dan lengkap dengan senjata. Seperti biasa, Kertala Sari akan
membaca kitabnya lalu berjalan di tengah-tengah orang ramai tersebut. Dia kemudiannya masuk
ke rumah Bendahara dan mencuri harta-hartanya dan dibawa ke tempat persinggahannya.
Apabila hari siang, Bendahara heboh mengatakan bahawa dia kecurian. Bendahara
menyembahkan hal ini kepada raja. Beliau memberitahu raja bahawa hartanya kecurian pada
malam itu. Raja bertanyakan hal ini kepada Temenggung. Temenggung menjelaskan bahawa dia
sendiri telah berkawal dan setiap pintu dan rumah saudagar serta orang-orang kaya telah dikawal
oleh orang-orangnya. Tegasnya, semua titah raja telah dilaksanakan.

54
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Laksamana sekali lagi datang menghadap raja. Laksamana memberitahu bahawa pencuri
itu dari negara luar yang sangat hebat. Oleh itu, Laksamana memohon izin supaya dapat
menangkap pencuri tersebut. Raja pula mengatakan bahawa Laksamana tidak boleh
meninggalkan istana. Jika Laksamana pergi berkawal di kota, siapakah yang akan menjaga
baginda di istana? Laksamana hanya berdiam diri apabila mendengar kata-kata daripada raja
tersebut.

Setelah beberapa hari kemudian, semua orang kaya-kaya dan saudagar telah kecurian.
Semuanya datang menghadap raja yang menyebabkan raja tidak dapat berbuat apa-apa.
Laksamana pula berpendapat bahawa pencuri itu akan datang ke istana pada malam tersebut.
Baginda meminta pendapat Laksamana tentang cara menghalang pencuri itu daripada memasuki
istana. Laksamana menjelaskan bahawa Laksamana telah memperoleh hikmat daripada pencuri
yang tahu akan perbuatan itu. Oleh hal yang demikian, Raja meminta Laksamana untuk
melakukan yang terbaik untuk baginda. Hal ini menyebabkan Laksamana memohon perkenan
supaya dia dibenarkan berkawal pada malam itu tetapi tidak jauh dari istana. Raja
memperkenankan permintaan Laksamana tersebut.

Laksamana menyuruh orang-orang yang berkawal pada malam itu membawa senjata yang
banyak termasuk lembing, tombak dan kayu. Mereka akan berkawal di sekeliling istana.
Laksamana telah membubuh suatu hikmat pada setiap senjata supaya lembing dan tombak itu
radak-meradak dan tetak-menetak sesama sendiri. Kayu pula palu-memalu sesama sendiri. Hal
ini menimbulkan bunyi yang terlalu gemuruh.

Apabila tiba pada waktu malam, Laksamana pun memakai pakaian serba hitam lalu
berjalan. Pada ketika itu, Kertala Sari pun masuk ke istana. Hal ini dapat dilihat oleh Laksamana.
Laksamana pula menyembunyikan diri di suatu tempat. Kertala Sari pula telah mengubah haluan
untuk masuk ke Istana. Di dalam hatinya, Kertala Sari mengatakan bahawa setelah harta Raja
dicuri, dia akan membakar Istana dan mengamuk. Isteri raja pula akan dijadikan isterinya.

Apabila tiba di istana, Kertala Sari terdengar bunyi yang gemuruh. Setelah didekati, dia
dapat melihat senjata dan kayu palu-memalu, tikam-menikam dan radak-meradak. Kertala sangat
hairan kerana hikmat tersebut bukan hikmat Melayu tetapi hikmat pencuri Jawa yang
diketahuinya juga. Kertala mengambil sebatang kayu lalu disarungkannya. Dia kemudiannya
memalu kayu yang dipasang oleh Laksamana menyebabkan kayu itu berbunyi dengan kuatnya.
Apabila bunyi itu didengari oleh orang yang sedang berkawal, mereka ingin mendapatkannnya.
Namun demikian, Laksamana telah berpesan supaya mereka tidak bergerak di tempat masing-
masing.

Hal ini menyebabkan Kertala sari berfikir dalam hatinya, iaitu senjata tersebut cuba
menipunya kerana senjata itu bertikaman. Jika dia terus masuk ke dalam istana, sudah tentu dia
akan dikalahkan oleh senjata tersebut. Oleh itu, Kertala Sari telah pergi ke tempat lain. Dia
mencuri lagi dan selepas itu membawa harta yang dicuri ke tempat persinggahannya. Setelah hari
siang, Laksamana pun kembali ke istana. Dia bertanya kepada orang-orang yang berkawal pada
malam tersebut tentang bunyi kayu dan senjata lain pada malam itu. Orang itu menjawab

55
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

bahawa dia mendengar kayu itu memalu kayu lain. Hal ini juga dilihat oleh Laksamana.
Laksamana terus menghadap raja. Setelah ditanya oleh Raja, Laksamana menyatakan bahawa dia
tidak bertemu dengan pencuri tersebut. Selain itu, laksamana berjanji akan berlawan dengan
pencuri tersebut pada malam nanti dengan berkat arwah guru Laksamana.

Apabila malam tiba, Kertala Sari memakai pakaian yang indah-indah dan bau-bauan yang
wangi sebelum masuk ke kota. Dia berbisik dalam hatinya bahawa dia akan membakar dan
mengamuk kerana harta orang Melaka telah habis dicurinya. Pada malam itu pula, Laksamana
memakai pakaian pencuri lalu berjalan. Keadaan pada malam itu kelam-kabut dan hujan pula
turun rintik-rintik. Pada ketika itu, Kertala Sari masuk ke dalam kota. Laksamana pula tidur di
tengah-tengah pasar. Laksamana dapat mendengar tapak kaki Kertala Sari yang sedang berjalan
dan bunyinya yang gemuruh. Laksamana mengetahui bahawa orang itu ialah Kertala Sari. Ketika
melalui di tengah-tengah pasar itu, Kertala Sari tertendang kaki Laksamana. Kertali Sari telah
berdiri di atas kepala Laksamana sambil menyatakan bahawa dia terpijak bangkai. Tiba-tiba,
Laksamana bangun lalu melompat sambil menikam dada Kertala Sari tembus ke belakangnya.

Setelah merasai luka itu, Kertala Sari menghunuskan kerisnya untuk mengusir Laksamana.
Selepas beberapa langkah, Kertala Sari rebah lalu mati. Laksamana telah memotong
kemaluannya lalu dibawa pulang ke rumahnya. Setelah hari siang, ada orang yang terlihat
pencuri itu mati. Orang itu mengerat telinga Kertala Sari lalu menyembahkannya kepada raja
sebagai tanda bahawa dia telah membunuh pencuri tersebut. Seorang lagi pula mengerat kepala
lalu menghadap raja untuk memberitahu bahawa dialah yang membunuh pencuri tersebut. Hal ini
menyebabkan raja berasa hairan kerana semua kaki tangan Kertala Sari dikerat dan dibawa oleh
orang kepada baginda. Sultan bertanya kepada Bendahara tentang orang sebenar yang membunuh
Kertala Sari. Bendahara menyatakan bahawa dua bukti lagi akan membuktikan pembunuhnya.
Bendahara memberitahu Raja bahawa Laksamana masih belum datang. Selepas itu, Laksamana
pun datang membawa kemaluan dan keris Kertala Sari. Bendahara memberitahu raja bahawa
bukti yang dibawa oleh Laksamana benar. Bendahara menyatakan bahawa hanya Laksamana
yang mampu membunuh Kertala Sari. Orang-orang yang lain tadi tertunduk malu.

Baginda bertanya kepada Laksamana tentang cara Laksamana dapat menewaskan Kertala
Sari. Setelah diceritakan, baginda terlalu gembira. Baginda memberikan anugerah kepada
Laksamana. Selepas itu, Laksamana meminta baginda supaya menyuruh rakyat mengambil harta
masing-masing yang telah dicuri oleh Kertala Sari. Raja telah menitahkan Kasturi supaya
menyuruh orang mengangkut harta-harta tersebut. Kasturi pun membawa orang ke Bukit Cina
untuk mengangkut harta-harta tersebut. Harta yang terlalu banyak itu ditimbunkan di halaman
balai rung. Mereka mengambil masa tujuh hari tujuh malam untuk mengangkut segala harta
tersebut.

Setelah harta dihimpunkan, Laksamana meminta Duli Yang Dipertuan memerintahkan


orang memalu gong supaya mereka mengenal pasti harta masing-masing. Hal ini menyebabkan
seorang demi seorang akan memberitahu raja tentang harta mereka. “Ini harta patik, Tuanku”.
Setelah masing-masing mengambil harta masing-masing, Tuanku menitahkan harta tersebut
dibahagi tiga, iaitu empunya harta akan mengambil satu bahagian, manakala dua bahagian harta
tersebut diserahkan kepada Laksamana.

56
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4
Semua orang yang telah memperoleh harta tersebut bersetuju akan cadangan raja. Namun
demikian, Laksamana mencadangkan satu bahagian sahaja diserahkan kepadanya, manakala dua
bahagian lagi diambil oleh pemilik harta yang berkenaan. Semua orang yang berkenaan gembira
akan ketulusan hati Laksamana tersebut. Harta yang diterima oleh Laksamana tersebut
disedekahkan kepada tiga pihak, iaitu segala fakir miskin, segala pegawai yang tiada penguasaan
dan segala orang-orangnya. Setelah harta itu habis, Laksamana langsung tidak mengambil satu
barang pun.

Baginda pun amat terhutang budi kepada Laksamana. Jika tiada Laksamana, negeri Melaka
akan ditewaskan oleh Kertala Sari. Berita ini telah sampai di Majapahit. Patih Gajah Mada
mendapat berita bahawa Kertala Sari telah dibunuh oleh Laksamana. Oleh hal yang demikian,
Patih Gajah Mada sentiasa berusaha untuk menyuruh orang untuk mengalahkan Melaka dan
membunuh Laksamana. Namun, usahanya tetap gagal.

57
B. BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN PROSA TRADISIONAL
BENTUK SOALAN

1. Soalan prosa tradisional dikemukakan dalam Soalan 2(c)


2. Pelajar wajib menjawab semua soalan yang dikemukakan
3. Markah yang diperuntukkan sebanyak 8 markah untuk tiga soalan iaitu gabungan 2-3-3.
4. Satu petikan daripada salah satu teks prosa tradisional dikemukakan.
5. Tiga soalan akan dikemukakan yang terdiri daripada:
 Soalan memberikan maksud kata/frasa/ungkapan/ayat
 Soalan pemahaman langsung terhadap kandungan petikan atau keseluruhan cerita.
 Soalan pemahaman atau aplikasi yang berasaskan KBAT berdasarkan petikan
prosa.
6. Lazimnya soalan maksud dan pemahaman langsung terhadap kandungan teks berasaskan
kata tanya berikut:
 Apa..
 Siapa...
 Di mana...
 Mengapa/Kenapa...
 Bagaimana...
Ataupun menggunakan arahan berikut:
 Jelaskan...
 Terangkan...
 Huraikan secara ringkas...
 Gambarkan...
7. Soalan pemahaman/ aplikasi berasaskan KBAT:
 Pada pendapat anda...
Pada pandangan anda...
 Sekiranya anda/ Andaikan anda...
 Jika anda...
 Mengikut pemahaman anda...

8. Soalan (i) menanyakan soalan tentang maksud rangkai kata berdasarkan petikan yang
diberi.
Contoh: Apakah maksud rangkai kata gila-gila bahasa?

9. Soalan (ii) menanyakan soalan pemahaman berdasarkan petikan yang diberi. Contoh:
Nyatakan tiga keistimewaan Tun Perak.

10. Soalan (iii) menanyakan soalan pemahaman berdasarkan KBAT berdasarkan petikan.
Contoh: Pada pendapat anda, wajarkah Sultan Muzaffar Syah menceraikan Tun Kudu lalu
dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja? Berikan tiga sebab

58
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

TEKNIK MENJAWAB SOALAN


Kebanyakan murid tidak dapat menjawab soalan Prosa Tradisional kerana sukar memahami
cerita yang dipaparkan dalam teks dan tidak memahami istilah bahasa klasik. Untuk mengatasi
kelemahan semasa menjawab soalan, murid harus:
1. Baca petikan dari awal hingga akhir
2. Fahami apa yang terkandung dalam petikan walaupun menggunakan bahasa klasik.
3. Baca soalan dan garisi kata kunci soalan.
4. Pastikan manakah soalan langsung dan soalan KBAT
5. Padankan aspek yang disoal dengan markah yang diperuntukkan kerana jumlah markah
boleh menggambarkan berapa isi yang dikehendaki.
6. Tulis menggunakan ayat yang gramatis dari segi struktur ayat dan tanda baca yang
digunakan.
7. Gunakan bahasa yang standard, iaitu bukan bahasa klasik yang dipetik daripada teks.
8. Pastikan juga bahasa yang anda gunakan tidak dipengaruhi kata pinjaman atau dialek
tempatan.
9. Sekiranya soalan terdiri daripada dua bahagian, jawab bahagian kedua dalam baris baru.
10. Untuk soalan KBAT terutama yang memerlukan pandangan anda, jangan sesekali
menjawab secara melawan arus, iaitu menentang gagasan atau saranan yang dikemukakan.
11. Pelajar boleh menyalin semula sebahagian daripada ayat-ayat dalam petikan sebagai
jawapan (Kaedah potong tampal)
12. Dicadangkan anda menggunakan tidak lebih 15 minit untuk menjawab ketiga-tiga soalan
dalam bahagian ini.

59
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

PRAKTIS TOPIKAL

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Praktis 1

Alkisah maka tersebutlah perkataan Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada dan peri
mengatakan penjurit ketujuh bercakap kepada Seri Betara dan patih Gajah Mada hendak
mengalahkan negeri Melaka itu dengan seorang dirinya, peri mengatakan tatkala Laksamana
membunuh penjurit tujuh bersaudara di Bukit Cina itu. Beberapa lamanya didengar oleh Patih
Gajah Mada penjurit yang tujuh bersaudara yang dititahkan Seri Betara pergi ke Melaka itu sudah
mati. Maka Patih pun hairan. Maka patih Gajah Mada pun fikir dalam hatinya. “Ada pun negeri
Melaka itu sukar binasa maka puas hatiku. Adapun seperti khabar penjurit tujuh bersaudara yang
di Bukit Cina itu, jika tiada ia mati, nescaya alahlah Melaka itu.
Setelah sudah ia fikir, maka Patih Gajah Mada pun ingat akan Petala Bumi itu. Maka Patih
Gajah Mada pun segera menyuruh kepada bini Petala Bumi bertanyakan anaknya yang bernama
Kertala Sari pergi mencuri ke Daha itu, sudahkah datang dari Daha atau belumkah. Maka orang
Patih Gajah Mada pun pergilah kepada bininya Petala Bumi.
Tatkala itu Kertala Sari sudah datang dari Daha, terlalu banyak beroleh harta daripada
emas dan perak dan pakaian dan pitis berpuluh-puluh juta dan orang banyak dicurinya. Setelah
sudah Kertala Sari datang ke rumahnya, maka ia pun bertanya kepada ibunya, “Hai ibuku, ke
mana pergi bapaku maka tiada aku lihat ini?”
Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, maka ibunya pun menangis,
seraya berkata, “Hai anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu,
bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.”

i. Berikan maksud jika tiada ia mati, nescaya alahlah Melaka itu.


[2 markah]

ii. Berdasarkan petikan di atas, apakah tindakan-tindakan ibu Kertala Sari selepas mendengar
pertanyaan anaknya itu tentang bapanya?
[3 markah]

iii. “Hai anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu, bernama
Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.”

Pada pandangan anda, apakah keistimewaan yang ada pada Laksamana sehingga sukar
ditewaskan oleh penjurit tujuh bersaudara itu?
[3 markah]

60
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 2

Maka titah Seri Betara, “Hai Patih Gajah Mada, segeralah suruh hantar ke Melaka.” Maka
Patih Gajah Mada pun berlengkap sebuah perahu dengan sepuluh orang sertanya yang pergi.
Setelah sudah lengkap maka Kertala Sari pun belayarlah.
Berapa lamanya maka Kertala Sari pun sampailah ke Melaka. Maka ia pun singgah di luar
kota pada kampung segala Jawa. Maka Kertala Sari pun menyamarkan dirinya kepada segala
Jawa yang banyak itu. Maka Kertala Sari pun sedia kala berjalan keluar masuk bermain-main
segenap kampung orang kaya-kaya dan saudagar.
Setelah diketahuinya, maka Kertala Sari pun masuk menyamar pada orang Patih Kerma
Wijaya. Tatkala itu, Kertala Sari pun masuk sedia kala berjalan keluar masuk bermain-main
segenap kampung orang kaya-kaya dan saudagar.
Setelah diketahuinya, maka Kertala Sari pun masuk menyamar pada orang Patih Kerma
Wijaya. Tatkala itu Kertala Sari pun masuk seorangnya mengikut Patih Karma Wijaya pergi
menghadap sama dengan Jawa yang banyak itu. Maka oleh Kertala Sari segala hulubalang yang
menghadap sama-sama itu dilihatnya seorang kepada seorang. Maka Kertala Sari pun pandang
pada Laksamana; maka ia pun fikir dalam hatinya, “Dialah gerangan hulubalang Ratu Melaka
yang bernama Laksamana itu. Jikalau demikian lakunya, sungguhlah ia dapat membunuh bapaku,
kerana ia penjurit besar lagi kepetangan.”

i. Berikan maksud penjurit besar lagi kepetangan?

[ 2 markah]

ii. Nyatakan strategi yang telah digunakan oleh Kertala Sari dalam usaha mengenal pasti
Laksamana.
[3 markah]

iii. Pada pendapat anda, mengapakah Kertala Sari menyamar diri ketika berada di Melaka?

[3 markah]

61
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 3

Hatta maka hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun masuk mencuri pula sebuah rumah
saudagar yang lain. Setelah sudah banyaklah ia beroleh harta, maka ia pun kembali pada
tempatnya pula. Dengan demikian habislah segala harta saudagar yang kaya-kaya itu dicurinya.
Maka segala saudagar dan orang kaya-kaya itu pun masuk menghadap raja berdatang sembah,
“Ya tuanku, patik mohon ampun, adapun patik sekalian ini habis kecurian tinggal sehelai
sepinggang.”
Setelah baginda mendengar sembah orang itu, maka baginda pun terkejut seraya
menampar-nampar pahanya. Maka titah baginda, “Wah, datanglah pula bala atas negeriku!
Baiknya ada Laksamana; jikalau Laksamana kuutuskan ke negeri orang, binasalah negeri ini.”
Maka baginda pun bertitah kepada Temenggung, “Hai Temenggung, suruh orang berkawal
dan segala saudagar berkawal pada kampungnya!” Maka Temenggung pun menyuruhkan
orangnya berkisah orang kaya-kaya dan saudagar berkawal pada kampungnya. Setelah hari
malam, maka Temenggung pun menyuruh orangnya berkawal, terlalu banyak dengan lembing
perisai dan segala saudagar pun masing-masing berkawal pada kampungnya.
Sebermula maka Kertala Sari pun masuk ke dalam. Maka dilihatnya oleh Kertala Sari orang
berkawal terlalu banyak dengan alat senjatanya. Maka Kertala Sari pun membaca pustakanya lalu
berjalan di tengah orang banyak itu. Maka ia pun pergi ke rumah seorang kaya. Maka dicurinya
harta yang kemas-kemas itu lalu dibawanya kembali dan bini orang kaya-kaya itu dicabulinya.
Maka ia pun kembali ke tempatnya.

i. Berikan maksud datanglah pula bala atas negeriku.


[2 markah]

ii. Apakah reaksi Temenggung selepas menerima titah daripada baginda sultan?
[3 markah]

iii. Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu tergamak mencuri harta orang lain?
[3 markah]

62
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 4

Maka Kertala Sari pun berdirilah atas kepala Laksamana itu, katanya, “Teririk bangkai
pula aku ini!”
Adapun akan Laksamana tidur itu kerisnya sudah terhunus, lalu ia bangun melompat
menikam dada Kertala Sari terus ke belakangnya.
Maka Laksamana pun berkata, “Ceh, mati engkau olehku!”
Setelah Kertala Sari merasai luka itu, maka dihunusnya kerisnya pula mengusir
Laksamana. Dua tiga langkah maka ia pun rebah terjerumus lalu mati. Maka oleh Laksamana
dihirisnya syahwatnya lalu ia kembali ke rumah.
Setelah hari hampir siang maka orang pun lalu. Maka dilihatnya seorang perlente mati;
maka segera dikeratnya telinga dibawa kepada raja, sembahnya, “Ya tuanku, inilah tandanya
patik membunuh penjurit yang terlalu buas itu.”
Maka datang pula seorang lagi, dikeratnya kepala, lalu dibawa menghadap raja katanya,
“Inilah tandanya patik membunuh penjurit pada malam tadi.”
Dengan demikian habislah kaki tangan Kertala Sari dikeratnya dibawanya kepada raja.
Maka baginda pun menjadi hairan.
Maka titah baginda kepada Bendahara, “Ayo mamak Bendahara, kita pun hairan kelakuan
ini. Siapakah juga yang sungguh ini?”
Maka sembah Bendahara, “Ya tuanku, pada bicara patik, dua pertandaan lagi maka
sungguh; tambahan Laksamana belum datang.
Seketika lagi maka Laksamana pun datang membawa syawat dan keris Kertala Sari. Maka
sembah Bendahara, “Inilah, tuanku pertandaan yang sungguh. Pada bicara patik, jika lain
daripada Laksamana, tiada akan dapat membunuh dia, menentang matanya pun tiada dapat.”
Maka segala mereka itu pun masing-masing tunduk kemalu-maluan, lalu kembali.

i. Apakah tindakan yang dilakukan oleh Laksamana terhadap Kertala Sari?


[2 markah]

ii. Berdasarkan petikan, nyatakan perkara-perkara yang telah berlaku kepada mayat Kertala Sari?

[3 markah]

iii. “Inilah, tuanku pertandaan yang sungguh. Pada bicara patik, jika lain daripada Laksamana,
tiada akan dapat membunuh dia, menentang matanya pun tiada dapat.” Maka segala mereka itu
pun masing-masing tunduk kemalu-maluan, lalu kembali.

Sekiranya anda raja, apakah tindakan-tindakan yang akan anda ambil terhadap orang yang
berbohong?
[3 markah]

63
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 5

Maka segala orang yang kehilangan itu pun semuanya berhimpun masuk ke dalam pergi
mengenal segala harta, seorang pun tiada tinggal. Maka kata seorang, “Ini harta patik, tuanku.”
Maka seorang, “Ini pun ia harta patik, tuanku.”
Maka kata seorang, “Ini tuanku benda patik.”
Kata seorang, “Ini bantal patik tuanku.”
Setelah habis dikenalinya segala yang empunya, maka titah raja, “Hai segala kamu
sekalian, hendaklah segala harta ini dibahagi tiga, dua bahagi akan Laksamana, sebahagi akan
orang yang empunya harta, kerana harta ini sudahlah hilang beroleh akan Laksamana.”
Maka sembah orang itu, “Daulat tuanku, mana titah patik junjung.”
Maka sembah Laksamana, “Ya tuanku, jika demikian, sahaja aniayalah duli yang maha
mulia dan dukacitalah sekalian empunya harta. Yang sebahagi itu akan patik. Dalam pada itu pun,
mana kasih hatinya hendak memberi akan patik.”
Maka titah baginda, “Hai segala kamu, sukakah seperti kata Laksamana ini?”
Maka sembah mereka itu, “Sukalah patik sekalian memberikan Laksamana. Demi Allah
dan Rasul-Nya, dengan tulus ikhlas patik sekalian.” Masing-masing pun memberikan segala
hartanya akan Laksamana.
Maka Laksamana pun membahagi tiga, diambil oleh Laksamana harta itu sebahagi. Maka
yang sebahagi Laksamana ambil itu dibahagi tiga pula; yang sebahagi itu didermakan pada
segala fakir miskin dan sebahagi lagi diberikan pada segala pegawai yang tiada penguasaan dan
sebahagi diberikan pada segala orangnya. Maka segala harta itu pun habislah, suatu pun tiada
diambil oleh Laksamana.
Maka baginda pun terlalu amat kurnia akan Laksamana; barang sesuatu bicara, jikalau tiada
Laksamana, tiadalah putus. Maka negeri Melaka pun kararlah.

i. Berikan maksud harta ini sudahlah hilang beroleh akan Laksamana? [2 markah]

ii. Berdasarkan petikan di atas, apakah cadangan Sultan Melaka kepada tuan-tuan empunya
harta yang hartanya telah dijumpai semula? [3 markah]

iii. Maka baginda pun terlalu amat kurnia akan Laksamana; barang sesuatu bicara, jikalau tiada
Laksamana, tiadalah putus.
Sekiranya anda merupakan Raja Melaka, bagaimanakah anda menghargai jasa dan
pengorbanan pegawai seperti Laksamana? [3 markah]

64
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

A.NOTA
CERPEN KADUK, AYAM DAN RAJA
Karya Zurinah Hassan

SINOPSIS

Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja mengisahkan perjuangan cucu Kaduk iaitu Hakim yang
berusaha mendapatkan tanah milik arwah datuknya yang diambil oleh Raja. Hakim yang
merupakan lulusan universiti telah meminta bantuan sahabatnya iaitu Azam seorang lulusan
bidang undang-undang untuk memfailkan kes tuntutan tanah seluas empat ekar itu. Melalui
penghujahan Azam, beliau telah berjaya meyakinkan mahkamah bahawa Kaduk menyerahkan
ayam Kunani kepada raja tanpa kerelaannya hatinya. Hal ini menyebabkan kemenangan berpihak
kepada Hakim. Setelah itu, Hakim merancang untuk menternak ayam secara pertanian kontrak
dengan syarikat besar yang menubuhkan cawangan di Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa
Agrikultur atau singkatannya RAJA. Hakim menternak ayam bagi menyahut seruan kerajaan
yang banyak memberi insentif kepada penternak. Kesungguhannya terbukti apabila Hakim telah
membuat pinjaman bank melebihi dua ratus ribu ringgit. Hakim terpaksa meminda kertas
kerjanya beberapa kali dan hasil bantuan seorang Yang Berhormat telah menyebabkan bank
meluluskan pinjaman tersebut untuk membina sebuah reban ayam tertutup yang dilengkapi
sistem penyaman udara serta peralatan memberi makanan secara semi automatik. Setelah
kelulusan bank diperoleh, satu perjanjian kontrak di meterai antara Hakim dan syarikat RAJA,
maka projek penternakan ayam pun bermula.
Konflik mula timbul setelah setahun Hakim menjadi penternak ayam. Sahabat karibnya
Azam telah pulang dari luar negara kerana berkursus dan terus berjumpa dengan Hakim. Hakim
telah menceritakan masalah yang dialaminya sepanjang dia menjadi penternak ayam iaitu
terdapat rungutan orang kampung terhadap lorinya yang telah menyebabkan keadaan jalan
kampung bertambah teruk. Selain itu, hakim menjelaskan kepada Azam bahawa hidupnya
dibelenggu hutang dengan menunjukkan penyata hasil jualan ayam dari rebannya yang bernilai
lapan puluh lima ribu ringgit. Namun begitu hanya tiga belas ribu ringgit sahaja yang diterimanya
kerana selebihnya digunakan untuk membayar hutang kepada syarikat RAJA. Jumlah wang yang
diterima itu pula terpaksa digunakan untuk membayar pelbagai kos seperti bil elektrik, bil air,
hutang bank dan sebagainya. Hakim menzahirkan penyesalannya tentang memilih ternakan
kontrak yang dianggapnya situasi menang menang tetapi keadaan yang sebaliknya pula berlaku.
Hakim mula menyedari bahawa dirinya telah dieksploitasi oleh Syarikat RAJA melalui harga
dedak dan ubat untuk ayam ternakannya sehingga hutangnya meningkat. Hakim menganggap
dirinya menerima nasib yang sama seperti nasib datuknya yang tertipu oleh orang yang memiliki
kuasa.

TEMA
Kesungguhan seorang anak muda menceburi bidang keusahawanan.
Contoh: Hakim berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalankan projek ternakan ayam
walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran.

65
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

PERSOALAN
1. Persoalan keberanian menuntut hak
Cth: Hakim berani menuntut tanah milik datuknya dengan memfailkan kes di mahkamah
dengan bantuan sahabatnya, Azam.

2. Persoalan memahami selok-belok bidang keusahawanan


Cth: Hakim mendapat bantuan agensi kerajaan sebelum menjalankan bidang penternakan
ayam yang dirancangnya.

3. Persoalan ketaatan terhadap pemerintah


Cth: Kaduk mentaati perintah raja dengan menukarkan ayam Kunani dengan ayam raja atas
perintah baginda semasa bersabung ayam.

4. Persoalan penindasan golongan yang berkuasa terhadap golongan yang lemah


Cth: Syarikat RAJA mengambil kesempatan dengan menentukan harga dedak dan ubat
ayam ternakan sehingga menyebabkan Hakim menanggung beban hutang.

PLOT

1. Permulaan/Eksposisi
Pembaca diperkenalkan dengan watak Kaduk yang dianggap bodoh kerana bertukar ayam
dengan raja. Akhirnya Kaduk, isteri dan anaknya hidup menumpang di atas tanah yang
sebenarnya miliknya sendiri.

2. Perkembangan
1. Hassan menamakan anaknya Hakim yang bererti bijaksana yang berbeza nama-nama
orang lain yang primitif dan jelik seperti Si Bulat, Si Labi dan sebagainya.
2. Hakim seorang yang pandai dan melanjutkan pelajaran ke universiti. Hakim semakin
sedar akan ketidakadilan dan penganiayaan yang telah berlaku dalam kehidupan datuknya.
Hakim mendapatkan bantuan Azam, sahabatnya untuk menyelasaikan kemelut
keluarganya itu. Usaha Hakim berjaya.
3. Hakim berhasrat mengusahakan projek penternakan ayam di atas tanah milik datuknya itu
walaupun memakan belanja yang besar melebihi dua ratus ribu ringgit. Untuk
merealisasikan hasratnya itu, Hakim memohon pinjaman bank. Masalah yang timbul
ialah pihak bank pula memerlukan cagaran dan dia tidak ada harta yang lain untuk
dicagarkan. Mujurlah seorang Yang Berhormat campur tangan dan pinjaman hakim
diluluskan.
4. Hakim memeterai perjanjian dengan Syarikat RAJA untuk membekalkan makanan dan
ubat ayam dan projek pun bermula.
5. Orang kampung merungut bahawa jalan kampung mereka rosak disebabkan lori-lori yang
membawa ayam melalui jalan. Hakim berusaha meminta bantuan pihak yang berkenaan
untuk membaiki masalah ini tetapi jawapan mereka ialah tiada peruntukan.

66
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

3. Klimaks
Setelah setahun, Hakim bercerita kepada Azam yang baharu pulang dari luar negara bahawa
dia berasa kecewa terhadap projek penternakan ayamnya kerana walaupun mendapat
pulangan yang besar tetapi hakikatnya keuntungan yang diperolehnya amat kecil. Dia berasa
dirinya telah dieksploitasi oleh syarikat RAJA yang membekalkan makanan dan ubat ayam
kepadanya. Harga makanan dan ubat ayam Syarikat RAJA amat mahal.

4. Peleraian
Hakim menganggap dirinya mengalami nasib yang malang sama seperti datuknya yang
terpaksa akur kepada golongan yang berkuasa.

TEKNIK PLOT / PENCERITAAN

1. Pemerian
Pengarang menggambarkan usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh Hakim untuk membina
reban ayam tertutup.
Cth: Dia memulakan segala kerja, menebang pokok dan meratakan tanah, berlori-lori tanah
telah diangkat untuk menambak kawasan yang memang rendah dan berair itu.
2. Dialog
Cth: “Dah berapa kali kau menjual ayam?” tanya Azam

3. Imbas muka
Cth: Hakim pernah berseloroh, “Kalau aku berjaya menebus kembali tanah itu, aku nak
dirikan sebuah memorial.”

4. Imbas kembali
Cth: “Kau ingat kan, tanah inilah yang kita tuntut di mahkamah dengan susah payah.”

5 Kejutan
Cth: Nilai jualan dari rebanku ialah lapan puluh lima ribu ringgit. Tetapi akhirnya hanya tiga
belas ribu sahaja yang masuk ke kantungku. Tujuh puluh dua ribu adalah untuk RAJA
kerana membayar harga anak-anak ayam, harga dedak dan ubat-ubatan. Dari tiga belas
ribu itulah aku membayar hutang bank, gaji pembantu, upah penangkap ayam,
membayar bil elektrik dan bil air yang cukup tinggi dan segala kos penyelenggaraan
yang lain.

67
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

WATAK DAN PERWATAKAN

WATAK UTAMA
Hakim
1. Anak kepada Hassan dan cucu kepada Kaduk
2. Seorang pemuda yang berani memperjuangkan hak
Cth: Hakim berani menuntut tanah milik datuknya dengan memfailkan kes di mahkamah
melalui sahabatnya, Azam.
3. Seorang yang gigih menceburi bidang keusahawanan
Cth: Hakim mendapat bantuan agensi kerajaan sebelum menjalankan bidang penternakan
ayam yang dirancangnya.
4. Seorang pemuda yang tabah menghadapi masalah
Cth: Hakim tabah mengharungi cabaran akibat kegagalannya dalam bidang keusahawanan.
5. Seorang yang rajin menuntut ilmu
Cth: Hakim berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

WATAK SAMPINGAN
Azam
1. Sahabat baik Hakim semasa di universiti.
2. Seorang peguam
3. Seorang pemuda yang suka membantu orang lain
Cth: Azam membantu Hakim dengan menjadi peguamnya dalam kes tuntutan tanah milik
datuknya.
4. Seorang yang rajin menuntut ilmu
Cth: Walaupun Azam sudah memiliki ijazah dalam bidang undang-undang namun dia
sanggup menghadiri kursus selama setahun di luar negara untuk menambah
pengetahuannya.
5. Seorang yang prihatin
Cth: Azam sanggup mendengar masalah-masalah yang dihadapi oleh Hakim dalam usaha
penternakan ayamnya kerana dia prihatin terhadap sahabatnya itu.

Kaduk
1. Datuk kepada Hakim dan ayah kepada Hassan
2. Seorang yang suka bersabung ayam
Cth: Kaduk bersabung ayam dengan raja.
3. Seorang yang mentaati raja

Raja
1. Seorang yang suka bersabung ayam
Cth: Raja bersabung ayam dengan Kaduk
2. Seorang yang suka mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain
Cth: Raja telah menukarkan ayamnya dengan ayam kunani Kaduk untuk memenangi
pertandingan itu.
3. Seorang yang suka menganiaya haiwan
Cth: Raja bersabung ayam dengan Kaduk

68
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

LATAR

Latar Masa
1. Zaman lampau
Cth: Kaduk pernah bersabung ayam dengan ayam raja.
2. Zaman selepas merdeka
Cth: Hakim didedahkan oleh kerajaan melalui Dasar Ekonomi Baru terhadap projek
penternakan ayam secara kontrak dengan syarikat RAJA.

3. Dalam masa setahun


Cth: Hakim mengalami kerugian dalam masa setahun dia menjalankan penternakan
ayamnya.

Latar Tempat
1. Mahkamah
Cth: Kes tuntutan Hakim terhadap tanah milik datuknya dijalankan di mahkamah.
2. Tanah Kaduk
Cth: Hakim menjalankan projek ternakan ayamnya di tanah Kaduk.
3. Kampung
Cth: Penduduk kampung mendakwa lori-lori Hakim telah merosakkan jalan kampung
mereka.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang mementingkan bidang keusahawanan
Cth: Para menteri menyeru rakyat menceburi bidang keusahawanan melalui pertanian yang
mengeluarkan lebih banyak makanan.

2. Masyarakat yang sensitif terhadap keadaan sekeliling


Cth: Penduduk kampung merungut apabila mendapati jalan di kampung mereka rosak akibat
dilalui oleh lori-lori Hakim.

3. Masyarakat yang bekerja untuk mencari rezeki


Cth: Hakim mengambil pekerja-pekerja untuk bekerja di projek penternakan ayamnya.

4. Masyarakat yang mengamalkan sistem feudal


Cth: Wujud dua golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan rakyat semasa hayat
Kaduk.
5. Masyarakat yang gigih dan tabah berusaha untuk mengubah nasib diri
Cth: Hakim berusaha dengan gigih untuk mendapat bantuan agensi kerajaan sebelum
menjalankan bidang penternakan ayam yang dirancangnya.

69
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

GAYA BAHASA

1. Sinkope
Cth:kau, ku
2. Pengulangan kata
Cth: Kami sama-sama membela ayam dan kami sama-sama menggadai tanah. Kami
sama-sama berada di bawah cengkaman orang berkuasa.
3. Kata ganda
Cth:bangunan-bangunan, sama-sama dan tanah-tanah
4. Bahasa Arab
Cth:Assalamualaikum, Alhamdulillah
5. Bahasa Inggeris
Cth :Global Chicken

NILAI

1. Nilai keadilan
Cth: Hakim menuntut keadilan di mahkamah bagi pihak datuknya yang telah ditipu.
2. Nilai keberanian
Cth: Hakim berani menceburi bidang keusahawanan yang tidak pernah dilakukannya
sebelum ini.
3. Nilai kegigihan
Cth: Hakim gigih menjadi penternak ayam walaupun dirinya terpaksa menanggung hutang
yang banyak.
4. Nilai keprihatinan
Cth: Azam sangat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh hakim dengan memberi
semangat kepadanya untuk terus berjaya menjadi penternak moden sebelum dia
berangkat ke luar negara untuk berkursus.
5. Nilai tolong-menolong
Cth: Azam sanggup menjadi peguam Hakim untuk menolongnya mendapatkan hak tanah
seluas empat ekar milik datuk Hakim

70
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah menuntut hak kita yang dirampas oleh orang lain
Cth: Hakim menuntut hak milik tanah datuknya yang diambil raja di mahkamah.

2. Kita hendaklah gigih berusaha dalam melakukan sesuatu pekerjaan


Cth: Hakim gigih berusaha untuk mendapatkan kelulusan bank bagi menjayakan projek
penternakan ayam walaupun terpaksa meminda kertas projeknya beberapa kali sebelum
bank meluluskan permohonannya dengan bantuan Yang Berhormat.

3. Kita hendaklah berani menceburi bidang perniagaan


Cth: Hakim berani mengusahakan tanah peninggalan datuknya dengan menjalankan
penternakan ayam untuk dijual.

4. Kita hendaklah menolong golongan yang memerlukan bantuan


Cth: Azam membantu sahabatnya dengan menjadi peguam bagi mendapatkan hak milik
tanah datuk Hakim.

5. Kita janganlah mengambil kesempatan terhadap golongan yang lemah


Cth: Syarikat RAJA mengenakan bayaran yang tinggi terhadap makanan dan ubat ayam
yang dibeli oleh Hakim untuk mengaut keuntungan yang lebih.

71
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

A.NOTA
Cerpen MUNSYI
Karya Husna Nazri

SINOPSIS

Cerpen ini tentang keinginan seorang anak muda, iaitu Mel yang mahu berhijrah ke kota.
Hasratnya itu dihalang oleh bondanya. Bondanya bimbang sekiranya anaknya itu akan
terpengaruh oleh budaya-budaya negatif di bandar. Bondanya berpendapat bahawa Mel masih
belum menguasai bahasa ibunda dan jati dirinya masih goyah. Bondanya dapat menyaksikan
bahawa warga kota sudah lupa akan agama, bahasa, dan bangsa. Bonda amat sedih kerana
penjajah telah menyemaikan perasaan perkauman dalam kalangan rakyat. Sebagai akibatnya,
pertumpahan darah dan permusuhan antara kaum berlaku.
Dengan berdasarkan hal yang dinyatakan oleh bonda itu, bonda menasihati Mel supaya
memelihara agama, bahasa, bangsa, dan negara supaya terus dihormati dan disegani. Sifat yang
ditunjukkan oleh bonda ini menunjukan bahawa bonda mempunyai semangat patriotik yang kuat.
Buktinya, bonda banyak menyimpan buku lama tentang bahasa dan sejarah. Mel selalu membaca
buku tersebut. Bonda menyatakan bahawa asas kegagahan bangsa Melayu terletak pada tiga
perkara, iaitu akidah Islam, bahasa Melayu, dan kesetiaan pada pemerintah yang adil.
Apabila Mel telah mempunyai ilmu yang cukup dan mempunyai kemampuan untuk
berjuang di kota, barulah bonda mengizinkannya ke bandar untuk meneruskan kehidupan. Bonda
berpesan kepada Mel supaya menjaga dua perkara, iaitu agama dan bangsa. Bonda juga meminta
Mel untuk memberikan sejumlah buku kepada kawan lamanya yang bernama Munsyi. Apabila
tiba di bandar, Mel menyerahkan buku-buku tersebut pada kawan bondanya itu. Apabila
mengamati keadaan dan sikap Munsyi, Mel berpendapat bahawa Munsyi merupakan seorang
yang sangat mencintai bangsa dan budayanya. Munsyi tinggal di tanah rizab Melayu di sebuah
perkampungan tradisi di pinggir bandar. Di bandar, Mel melihat generasi muda bangsanya telah
hilang identiti dan jati diri.
Oleh sebab sibuk bekerja, Mel tidak bertemu dengan Munsyi. Pada suatu hari, Mel
mendapat berita bahawa perkampungan Munsyi akan dibangunkan dengan pelbagai bangunan
mewah dan hotel. Apabila Mel mencari Munsyi di kampungnya, jentera-jentera berat sedang
merobohkan rumah-rumah di situ. Mel sedih apabila melihat buku-buku lama yang telah dibawa
oleh Mel, musnah apabila rumah Munsyi dirobohkan, tetapi Munsyi tidak kelihatan di mana-
mana.

TEMA

Semangat cinta akan agama, bangsa, bahasa dan budaya yang tersemai dalam jiwa
sekumpulan warganegara – Bonda banyak menyimpan buku lama tentang bahasa dan sejarah.
Selain itu, bonda juga sayang akan bahasa dan agamanya. Disebabkan itu, bonda tidak
membenarkan Mel berhijrah ke kota selagi ilmunya belum penuh di dada. Mel juga dapat
menyaksikan bahawa Munsyi merupakan seorang yang mencintai bahasa dan agamanya.

72
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

PERSOALAN

1. Kegigihan anak muda mempelajari segala ilmu sebagai panduan hidup


Cth : Mel bertekad untuk memenuhi dirinya dengan segala ilmu pengetahuan dan
pengalaman di tanah desa halaman ini sebelum Mel bersedia berhijrah ke tengah
gelora kota.
2. Peranan penjajah dalam memecahbelahkan rakyat sesebuah negara
Cth : Bonda kecewa kerana generasi kini yang telah ditanam racun perkauman melalui
sistem pecah dan perintah menyebabkan setiap kaum mempunyai sifat iri hati.
3. Kepentingan ilmu agama dalam kehidupan
Cth : Bonda tidak membenarkan Mel berhijrah ke bandar kerana ilmu agama Mel belum
mencukupi.
4. Keinginan anak muda berhijrah ke bandar untuk membina kehidupan baharu
Cth : Mel tidak berputus asa untuk meminta kebenaran daripada bonda untuk bermastautin
di bandar.
5. Ketaatan seorang anak terhadap ibunya
Cth : Mel menangguhkan keinginan yang meruap-ruap dalam dirinya untuk mencari
pengalaman baharu sebagai warga kota kerana tidak direstui oleh bonda.

PLOT

1. Permulaan/Eksposisi
Mel memohon izin daripada ibunya untuk bermastautin di kota. Bondanya melarang kerana
bimbang Mel akan terpengaruh oleh budaya hedonisme dan modenisme yang sedang
melanda remaja di kota.

2. Perkembangan
Untuk meningkatkan semangat patriotik Mel, Bonda pernah bercerita kepada Mel tentang
peranan penjajah yang memecahbelahkan perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini.
Selepas merdeka, negara ini telah berlakunya huru-hara akibat sistem pecah perintah yang
diamalkan oleh pemerintahan Inggeris. Bonda menasihati Mel supaya memelihara, bahasa,
bangsa, agama, dan budaya. Untuk mendapat pelbagai maklumat, Mel membaca pelbagai
buku simpanan bonda. Setelah ilmu penuh di dada, bonda telah membenarkan Mel berhijrah
ke kota. Semasa hendak ke kota, bonda telah meminta Mel supaya memberikan buku-buku
lama kepada sahabatnya, iaitu Munsyi. Semasa di kota, Mel dapat menyaksikan anak-anak
muda telah hanyut dalam keseronokan hidup dan melanggar batas-batas susila dan agama.
Mel mendapat berita bahawa kampung tradisi yang didiami oleh Munsyi akan didirikan
pelbagai bangunan mewah dan hotel bertaraf lima bintang. Hal ini bermakna tempat tinggal
penduduk termasuklah rumah Munsyi akan dirobohkan.

73
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

3. Klimaks
Apabila Mel sampai di perkampungan tradisi itu, jentera berat sedang merobohkan rumah-
rumah di situ. Buku-buku yang diberikan oleh bonda kepada Munsyi turut musnah. Mel
mencari Munsyri tetapi beliau tiada di situ.

4. Peleraian
Selepas kejadian itu, Mel mencari Munsyi. Setelah berhari-hari, kelibat Munsyi tidak
ditemui oleh Mel.

TEKNIK PLOT / PENCERITAAN

1. Saspens
Cth: Selepas kejadian rumah-rumah dirobohkan oleh penguat kuasa, Mel masih tidak
menemui kelibat Munsyi. Peristiwa ini menimbulkan tanda tanya tentang perkara
yang terjadi kepada Munsyi sehingga dia menghilangkan diri tanpa dapat dikesan
oleh Mel.
2. Imbas kembali
Cth: Mel teringat cerita bonda tentang kota mewah yang pernah mencalit sejarah hitam
sedekad yang lalu.

WATAK DAN PERWATAKAN

Mel
1. Seorang yang taat akan ibu bapa
Cth : Mel menangguhkan keinginan yang meruap-ruap dalam dirinya untuk mencari
pengalaman baharu sebagai warga kota kerana tidak direstui oleh bonda.
2. Seorang yang rajin membaca
Cth : Mel membaca bab demi bab dalam teks Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan
kitab-kitab lama walaupun bertulisan jawi.
3. Seorang yang tidak mudah putus asa
Cth : Mel menyampaikan hasratnya kepada bonda untuk membina kehidupan di kota
walaupun bonda berkali-kali membantah hasratnya itu.
4. Seorang yang amanah
Cth : Mel menyampaikan salam bonda kepada Munsyi sebelum menghulurkan beg berisi
puluhan kitab lama yang dibawanya dari kampung.

Bonda
1. Seorang yang penyayang
Cth :Bonda sangat menyayangi Mel. Dia memberikan pelbagai alasan agar Mel terus
menetap di kampung bersamanya.
2. Seorang yang beriman
Cth :Bonda selalu mengingatkan Mel supaya tidak meninggalkan perintah agama
3. Seorang yang mementingkan ilmu pengetahuan
Cth :Bonda mahu Mel melengkapkan dirinya dengan ilmu sebelum berhijrah ke kota agar
Mel tidak hilang jati diri sebagai generasi bermaruah.

74
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

4. Seorang yang berjiwa patriotisme


Cth :Bonda telah menanamkan sifat-sifat patriotisme dalam diri Mel dengan menceritakan
kisah-kisah sejarah kepada Mel.

Munsyi
1. Seorang yang menghormati tetamu.
Cth : Selepas Mel memperkenalkan diri, dia mula tersenyum kepada Mel sebelum
mempersilakan dia masuk
2. Seorang yang teguh jati diri
Cth : Munsyi berpakaian lengkap dengan tengkolok dan baju Melayu bersamping serta
menggenggam keris semasa Mel ke rumahnya.

LATAR

Latar Masa
1. Minggu pertama di kota
Cth : Mel menyaksikan kerapuhan jiwa anak-anak muda sebangsanya yang menetap di kota.

2. Seminggu selepas perkhabaran mengambil alih kampung tradisi


Cth : Jentera berat bersiap sedia untuk merobohkan rumah-rumah di perkampungan tradisi
sambil penguat kuasa mengawal demonstrasi penduduk membantah penccerobohan
itu.

Latar Tempat
1. Kampung tradisi
Cth : Mel berjumpa dengan Munsyi dan menyerahkan beg yang berisi puluhan kitab lama
yang dibawanya dari kampung.
2. Ibu kota
Cth : Anak-anak muda di kota tidak segan silu menjual bahasa ibunda dan merosakkan
agama yang murni.
3. Kampung halaman
Cth : Mel menetap di kampung bersama-sama bondanya sejak kecil lagi.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang taat kepada ibu bapa
Cth : Mel menangguhkan keinginan yang meruap-ruap dalam dirinya untuk mencari
pengalaman baharu sebagai warga kota kerana tidak direstui oleh bonda.
2. Masyarakat yang rajin membaca
Cth : Mel membaca bab demi bab dalam teks Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan
kitab-kitab lama bertulisan jawi walaupun agak perlahan.
3. Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan
Cth : Bonda mahu Mel melengkapkan dirinya dengan ilmu sebelum berhijrah ke kota agar
Mel tidak hilang jati diri sebagai generasi bermaruah.

75
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

1. Masyarakat yang berjiwa patriotisme


Cth : Bonda telah menanamkan sifat-sifat patriotisme dalam diri Mel dengan menceritakan
kisah-kisah sejarah kepada Mel.
5. Masyarakat yang menghormati tetamu
Cth : Selepas Mel memperkenalkan diri, Munsyi mula tersenyum kepada Mel sebelum
mempersilakan dia masuk

GAYA BAHASA

1. Kata pinjaman Inggeris


Cth : hedonism; modenisme; globalisas; ideologi. (hlm. 55)
2. Peribahasa
Cth : – besar hati. (hlm. 59)

3. Metafora
Cth : api prasangka; tembok dan benteng perkauman; pagar-pagar perkauman.
4. Personifikasi
Cth : darah dan korban menjadi saksi kepada sebuah api pergolakan. (hlm. 57)
5. Simile
Cth : Bersamping bagaikan seorang maharaja pada kesultanan Melaka. (hlm 61)

NILAI

1. Nilai ketaatan
Cth : Mel menangguhkan keinginan yang meruap-ruap dalam dirinya untuk mencari
pengalaman baharu sebagai warga kota kerana tidak direstui oleh bonda
2. Nilai kerajinan
Cth : Mel membaca bab demi bab dalam teks Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan
kitab-kitab lama bertulisan jawi walaupun agak perlahan.
3. Nilai patriotisme
Cth : Bonda telah menanamkan sifat-sifat patriotisme dalam diri Mel dengan menceritakan
kisah-kisah sejarah kepada Mel.
4. Nilai hormat-menghormati
Cth : Selepas Mel memperkenalkan diri, Munsyi mula tersenyum kepada Mel sebelum
mempersilakan dia masuk
5. Nilai cinta akan budaya
Cth : Munsyi berpakaian lengkap dengan tengkolok dan baju Melayu bersamping serta
menggenggam keris semasa Mel ke rumahnya.

76
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah mentaati kedua-dua ibu bapa kita agar hidup diberkati
Cth : Mel menangguhkan keinginan yang meruap-ruap dalam dirinya untuk mencari
pengalaman baharu sebagai warga kota kerana tidak direstui oleh bonda
2. Kita hendaklah rajin membaca untuk meningkatkan ilmu pengetahuan
Cth : Mel rajin membaca bab demi bab dalam teks Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan
kitab-kitab lama bertulisan jawi walaupun agak perlahan
3. Kita hendaklah memiliki sifat patriotisme agar tidak mudah terpedaya dengan anasir asing
Cth : Bonda telah menanamkan sifat-sifat patriotisme dalam diri Mel dengan
menceritakan kisah-kisah sejarah kepada Mel.
4. Kita hendaklah menghormati dan melayani tetamu dengan baik
Cth : Selepas Mel memperkenalkan diri, Munsyi mula tersenyum kepada Mel sebelum
mempersilakan dia masuk
5. Kita hendaklah mencintai budaya sendiri agar tidak hilang ditelan zaman
Cth : Munsyi berpakaian lengkap dengan tengkolok dan baju Melayu bersamping serta
menggenggam keris semasa Mel ke rumahnya

77
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

A.NOTA
JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL
Karya: Maskiah Haji Masrom

SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Mas telah
melancong ke Istanbul, Turki. Dengan hanya berbekalkan wang sebanyak USD400, dia
mengikuti rombongan Passage Tours and Travel. Penulis telah membuat senarai dan pengiraan
perbelanjaan untuk membeli cendera mata kepada kawan-kawan dan ahli keluarganya. Penulis
mahu berbelanja secara berhemat namun terbeli jaket kulit kijang. Sebelum itu, dia telah
dinasihati oleh Yuksel, seorang pemandu pelancong tentang perkara-perkara yang perlu diberikan
perhatian bagi mengelakkan penipuan para peniaga. Ketika berkunjung ke sebuah premis menjual
jaket kulit, dia telah dipujuk oleh seorang peniaga agar membeli jaket kulit berkualiti yang
diperbuat daripada kulit kijang dengan tawaran harga potongan yang terendah. Walau
bagaimanapun, penulis menolak dengan sopan kerana perbelanjaan itu tidak ada dalam
perancangannya. Penolakannya itu menyebabkan lelaki itu memarahinya dan menuduhnya
sebagai wanita muslim yang tidak baik kerana membuang masanya.
Penulis kemudiannya mengisahkan perjalanannya pada hari keenam di Istanbul. Dia melihat
seorang wanita tua penjual makanan burung yang menyentuh perasaannya. Selain itu, dia juga
menyaksikan peristiwa seorang budak lelaki yang mencuba menjual barangan di pasaran gelap
telah ditangkap oleh pihak polis dan dilayan tanpa belas kasihan. Shahmeen, rakan penulis telah
membeli sehelai jaket daripada lelaki yang menjualnya di pasaran gelap dengan harga USD120
yang jauh lebih murah daripada harga di bazar. Shahmeen kemudiannya menjual jaket itu kepada
penulis kerana jaket itu tidak sesuai dengannya. Walaupun penulis membeli jaket tersebut namun
dia tidak nampak rasionalnya menggunakan jaket itu di Malaysia kerana faktor cuaca yang panas.
Penulis berpendapat bahawa jaket kulit kijang hanya lambang kemewahan dan kemegahan. Lebih
seekor kijang dibunuh untuk menghasilkan sehelai jaket. Pembelian jaket kijang telah
menggembirakan penjualnya, Shahmeen dan penulis. Dia berhasrat untuk menjual jaket itu
sekembalinya di Malaysia dan bercadang untuk mendermakan hasil jualan itu kepada mana-mana
zoo yang ada kandang kijang sebagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang telah dibunuh
demi gaya hidup manusia yang moden.

TEMA

Tema cerpen ini ialah pengalaman seorang pelancong yang suka melancong.

Penulis telah mengikuti rombongan pelancong dari Malaysia ke Istanbul, Turki. Semasa berada
di negara tersebut, penulis melalui pelbagai pengalaman pahit manis. Penulis berpeluang
melawat beberapa lokasi pelancongan yang menarik dan juga membeli-belah. Penulis melihat
peristiwa budak lelaki yang menjual barangan di pasar gelap ditangkap dan dibelasah oleh pihak
polis, peniaga berbangsa Turki yang kasar dan membeli jaket kulit kijang yang tidak
dirancangnya.

78
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

PERSOALAN

1. Gaya hidup dan kemewahan yang mengancam hidupan liar. Contohnya, gaya hidup
masyarakat di Turki yang suka memakai jaket kulit kijang menyebabkan banyak kijang
dibunuh demi mendapatkan kulitnya.
2. Sikap peniaga yang tidak bertanggungjawab dalam menjalankan perniagaan. Contohnya,
peniaga berbangsa Turki yang tidak meletakkan tanda harga pada barangan yang dijual.
3. Amalan berhemah tinggi- Contohnya, penulis tetap menolak desakan peniaga berbangsa
Turki yang mendesaknya agar membeli jaket kulit kijang di kedainya walaupun dilayan
dengan kata-kata yang kasar.
4. Nilai kemanusiaan yang perlu ada pada setiap manusia. Contohnya, pegawai polis yang
membelasah budak lelaki yang ditangkap ketika menjual barangan di pasaran gelap.
5. Amalan berhemat ketika berbelanja. Contohnya, penulis telah membuat senarai barangan
yang ingin dibelinya dan juga megetepikan USD100 untuk perbelanjaan di luar jangka.

PLOT

1 PERMULAAN
Penulis menyertai sekumpulan pelancong dari Malaysia melancong ke Istanbul, Turki. Penulis
memerihalkan jumlah wang tunai yang dia bawa dan perancangannya untuk membeli
cenderamata bagi ahli keluarga dan sahabat handainya.

2 PERKEMBANGAN
Penulis menceritakan kumpulan pelancong ini berkunjung ke pusat beli-belah yang dikenali
Grand Bazaar. Pemandu pelancong menasihati mereka agar berhati-hati dengan sikap peniaga
yang tidak jujur. Kemudian, seorang peniaga lelaki tidak berpuas hati dengan penulis yang tidak
mahu membeli jaket kulit kijang yang telah dicubanya. Peniaga itu menuduhnya perempuan
muslim yang tidak baik dan membuang masanya.

3 KLIMAKS
Penulis mahu menjual jaket tersebut apabila pulang ke Malaysia nanti. Tujuannya bagi
menghilangkan sifat ego pembeli bahawa dia sebenarnya membeli barangan terpakai.

4 PELERAIAN
Penulis mendermakan wang jualan jaket itu kepada mana-mana zoo yang ada kandang kijang
sebagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang telah dibunuh demi gaya hidup yang moden.

79
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

TEKNIK PLOT

1. Teknik Pemerian
Penulis menceritakan jaket kulit kijang yang dibelinya.

2. Teknik Dialog
Perbualan antara penulis dengan peniaga yang menjual jaket kulit kijang.

3. Teknik imbas kembali


Penulis meningat semula tentang peristiwa dia terbeli jaket kulit kijang.

WATAK DAN PERWATAKAN

WATAK UTAMA : MAS / PENULIS

1 Seorang yang berhemat ketika berbelanja –Contohnya, penulis membuat perancangan


untuk perbelanjaannya ketika melancong di Istanbul, Turki.
2. Seorang yang baik hati – Contohnya, penulis merancang untuk membeli cenderamata untuk
ahli keluarga dan sahabat handai.
3. Seorang yang berhemah tinggi – Contohnya, penulis tetap bersopan santun ketika menjawab
peniaga yang bercakap kasar dengannya kerana dia enggan membeli jaket kulit kijang yang
dijual oleh peniaga tersebut.
4. Seorang yang insaf akan kepentingan menjaga hidupan liar – Contohnya, penulis bercadang
untuk mendermakan hasil jualan jaket kulit kijangnya kepada mana-mana zoo yang ada
kandang kijang sebagai tanda muhibahnya pada kijang yang dibunuh demi kulitnya.

WATAK SAMPINGAN

LELAKI TURKI / PENIAGA

1 Seorang peniaga yang tidak bertanggungjawab dalam berniaga – Contohnya, peniaga yang
tidak meletakkan tanda harga pada barangan yang dijualnya.
2 Seorang yang tidak berhemah tinggi – Contohnya, bercakap kasar pada pelanggan yang
enggan membeli barangan yang dijualnya.

LATAR MASYARAKAT

1. Masyarakat yang mementingkan gaya hidup dan kemewahan yang mengancam hidupan liar.
Contohnya, gaya hidup masyarakat di Turki yang suka memakai jaket kulit kijang
menyebabkan banyak kijang dibunuh demi mendapatkan kulitnya.
2. Masyarakat peniaga yang tidak bertanggungjawab dalam menjalankan perniagaan.
Contohnya, peniaga berbangsa Turki yang tidak meletakkan tanda harga pada barangan yang
dijual.

80
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

3. Masyarakat yang berhemah tinggi- Contohnya, penulis tetap menolak desakan peniaga
berbangsa Turki yang mendesaknya agar membeli jaket kulit kijang di kedainya dengan
sopan walaupun dilayan dengan kata-kata yang kasar.
4. Masyarakat yang berhemat ketika berbelanja. Contohnya, penulis telah membuat senarai
barangan yang ingin dibelinya dan juga megetepikan USD100 untuk perbelanjaan di luar
jangka.

LATAR MASA

1. Hari kelima lawatan ke Turki


2. Hari keenam lawatan ke Turki
3. Malam terakhir di Istanbul

LATAR TEMPAT

1. Istanbul, Turki
2. Grand Bazaar
3. Bas pembawa pelancong

NILAI

1. Nilai baik hati. Contohnya, penulis telah merancang membeli cenderamata untuk keluarga
dan sahabat handainya di tanah air.
2. Nilai bertanggungjawab dalam menjalankan perniagaan. Contohnya, peniaga berbangsa
Turki yang tidak meletakkan tanda harga pada barangan yang dijual.
3. Nilai berhemah tinggi- Contohnya, penulis tetap menolak desakan peniaga berbangsa Turki
yang mendesaknya agar membeli jaket kulit kijang di kedainya dengan sopan walaupun
dilayan dengan kata-kata yang kasar.
4. Nilai berjimat cermat. Contohnya, penulis telah membuat senarai barangan yang ingin
dibelinya dan juga megetepikan USD100 untuk perbelanjaan di luar jangka.

PENGAJARAN

1. Kita haruslah sentiasa baik hati. Contohnya, penulis telah merancang membeli cenderamata
untuk keluarga dan sahabat handainya di tanah air.
2. Kita haruslah bertanggungjawab dalam menjalankan perniagaan. Contohnya, peniaga
berbangsa Turki yang tidak meletakkan tanda harga pada barangan yang dijual.
3. Kita haruslah sentiasa berhemah tinggi. Contohnya, penulis tetap menolak desakan peniaga
berbangsa Turki yang mendesaknya agar membeli jaket kulit kijang di kedainya dengan
sopan walaupun dilayan dengan kata-kata yang kasar.
4. Kita haruslah berjimat cermat ketika berbelanja. Contohnya, penulis telah membuat senarai
barangan yang ingin dibelinya dan juga megetepikan USD100 untuk perbelanjaan di luar
jangka.

81
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

B.BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN CERPEN

BENTUK SOALAN

Soalan pemahaman cerpen lazimnya ditanya dalam soalan 2(b). Walau bagaimanapun, soalan 2(b)
ini akan bertukar ganti antara genre cerpen dengan genre drama yang memperuntukkan sembilan
(9) markah keseluruhannya. Terdapat tiga pecahan dalam soalan ini seperti yang berikut:

Soalan Markah
Soalan (i): Pemahaman berdasarkan isi 2 markah
dalam petikan

Soalan (ii): Soalan Kemahiran Berfikir 3 markah


Aras Tinggi (KBAT)
Soalan (iii): Soalan aspek sastera 4 markah

TEKNIK MENJAWAB SOALAN

- Petikan cerpen hendaklah dibaca,dianalisis, dan difahami sepenuhnya.


- Fahami maksud ayat dan maksud keseluruhan petikan
- Ketika membaca petikan, perkara-perkara yang berkaitan dengan soalan pemahaman yang
dikemukakan hendaklah digariskan.
- Mulakan menjawab soalan yang mudah terlebih dahulu.
- Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.
- Jawapan hendaklah dalam ayat yang sempurna/lengkap/ gramatis
- Peruntukan markah bagi setiap pecahan soalan menggambarkan jumlah isi yang
dikehendaki.
- Kesalahan bahasa dan ejaan akan menjejaskan markah penuh setiap pecahan soalan.

82
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

C.PRAKTIS TOPIKAL
KADUK,AYAM DAN RAJA
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Praktis 1

Hakim sedar bahawa tanah empat ekar itu bukanlah luas kalau dibandingkan dengan tanah yang
dimiliki oleh para orang kaya yang ada di seluruh negara. Tanah itupun tidaklah tinggi nilainya
seperti tanah-tanah di bandar yang melambung dan melambung naik. Namun dia amat bersyukur
kerana berjaya menebus kembali tanah itu dan lebih penting lagi dia juga dapat membersihkan
nama dan menebus maruah datuknya Kaduk yang sudah bertahun-tahun menjadi ejekan bangsa.
Hakim pernah berseloroh, "Kalau aku berjaya menebus kembali tanah itu, Aku nak dirikan
sebuah memorial. Aku akan namakannya Memorial Pak Kaduk. Biar memorial itu menjadi
peringatan kepada kita semua agar berhati-hati dengan tanah mereka. Maksudaku biar mereka
menjaga hak-hak mereka agar tidak terlepas ke tangan orang lain”.
“Kau nak buat tugu Pak Kaduk ke? Apa gunanya membina tugu di dalam kampung ni. Mana ada
pelancong yang nak datang melawat?” Tanya Azam.
“Aku bergurau saja. Lagi pun ini tanah kampung yang berstatus tanah pertanian. Apa lagi yang
wajar dibuat selain berkebun dan menternak. Aku sudah mendapat nasihat dan bebincang dengan
beberapa orang. Aku sudah berbincang dengan agensi kerajaan yang bertanggungjawab
memajukan bidang pertanian.
Hakim merancang agar tanah Pak Kaduk dapat dimanfaatkan. Dia memutuskan untuk
menternak ayam secara pertanian kontrak dengan sebuah syarikat besar. Syarikat ini beroperasi dan
terkenal di seluruh dunia sebagai Global Chicken. Global Chicken menubuhkan cawangan di
Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau nama singkatnya RAJA.

i. Nyatakan dua tujuan Hakim berusaha mendapatkan tanah datuknya semula. [2 markah]

ii. Pada pendapat anda, mengapakah negara perlu mengeluarkan makanan yang mencukupi?
[3 markah]

iii. Selain persoalan keberanian dalam menuntut hak, jelaskan dua persoalan lagi yang terkandung
dalam cerpen tersebut. [4 markah]

83
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 2

Azam dengan lidah yang fasih telah berhujah di mahkamah. “Yang Arif,apabila raja
meminta bertukar ayam,adakah Pak Kaduk boleh membantah perintah raja? Dia akan dituduh
sebagai penderhaka dan mungkin kepalanya akan dipancung. Ini bermakna Kaduk telah
menyerahkan ayamnya Si Kunani kepada raja tanpa kerelaannya. Tidak wujud sebarang bukti,
atau sebarang tandatangan, atau MoU yang mengesahkan pertukaran ayam itu. Jadi, apabila Si
Kunani memang dalam persabungan,bererti Pak Kaduklah yang menang dan berhak menerima
apa-apa hadiah yang telah ditawarkan dalam perjanjian persabungan mengikut terma dan syarat
yang diperuntukkan, termasuklah mengekalkan hak milik tanah yang dituntut oleh anak guam
saya.”
Mahkamah mengumumkan keputusannya pada hari ini . Tidak payah aku ceritakan butiran
hujah dan beberapa helaian muka surat yang dibaca oleh tuan hakim di kamar pengadilan. Yang
pentingnya,tanah empat ekar di hujung kampung dan di tepi belukar itu kini sah menjadi milik
Hakim bin Hassan bin Kaduk. Alhamdulillah.
Hakim sedar bahawa tanah empat ekar itu bukanlah luas kalau dibandingkan dengan
tanah yang dimiliki oleh para orang kaya yang ada di seluruh negara. Tanah itu pun tidaklah
tinggi nilainya seperti tanah-tanah di bandar yang melambung naik. Namun, dia amat bersyukur
kerana Berjaya menebus kembali tanah itu yang lebih penting lagi dia juga dapat membersihkan
nama dan menebus maruah datuknya Kaduk, yang sudah bertahun-tahun menjadi ejekan bangsa.

i. Apakah tawaran yang diperoleh jika Pak Kaduk menang dalam persabungan ?
[2 markah]

ii. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang peguam yang bertauliah?
[3 markah]

iii.Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran yang turut
digarapkan oleh pengarang dalam keseluruhan cerpen.
[4 markah]

84
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 3

Sejak dahulu, dia sering mendengar pidato, “Tuan-tuan dan puan-puan, sebahagian
besar bahan makanan rakyat kita ialah bahan makanan yang diimport, sedangkan kita ada
ratusan ribu ekar tanah yang terbiar kosong dan tidak produktif. Mengapakah kita bergantung
kepada beras, ikan, daging, ayam, dan sayur-sayuran import? Keadaan ini akan
membahayakan kita kalau terjadi sesuatu bencana. Kerajaan mengutamakan bidang
pengeluaran makanan kerana ini soal keselamatan negara.”
Pemimpin tertinggi sendiri pernah berkata, “Rakyat mesti membuka mata dan melihat
potensi yang ada dalam bidang pertanian. Saya menyeru kepada rakyat sekalian agar merebut
peluang ini, terutama ribuan siswazah Melayu yang masih menganggur. Kerajaan banyak
menyediakan peluang terutama kepada keistimewaan dalam Dasar Ekonomi Baru. Ada
pelbagai bantuan dan skim pembiayaan untuk projek pertanian yang dikendalikan oleh sebuah
bank khusus. Nah, semuanya ada di hadapan mata anda! Yang diperlukan sekarang ialah
kesanggupan anda untuk bekerja kuat. Ingat slogan ini, ‘Pertanian adalah Perniagaan’.”
Hakim telah mendengar dengan penuh minat. Segala kata itu membakar semangatnya
untuk memajukan tanah yang ditebusnya.dia juga berharap kejayaannya juga nanti akan
menjadi contoh teladan kepada orang yang seketurunan dengannya yang mendapat kelebihan
daripada Dasar Ekonomi Baru dan pelbagai projek pembangunan sebuah kerajaan yang
prihatin.

i. Apakah seruan pemimpin tertinggi kepada rakyat ?


[2 markah]

ii.Pada pendapat anda, apakah kesan yang akan dihadapi oleh masyarakat dan negara jika
siswazah hanya suka makan gaji?
[3 markah]

iii. Huraikan satu perwatakan Hakim yang terdapat dalam petikan dan satu perwatakan lain yang
terdapat dalam keseluruhan cerpen.
[4 markah]

85
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 4

Azam memandang ke wajah sahabatnya. “Apa masalahnya? Bukankah kau boleh


mendapat bantuan? Kerajaan sudah berjanji akan menolong penternak sebagai insentif kerana
menambah bekalan makanan untuk rakyat.”
“Azam, tanah ini sesuai untuk ternakan kerana jauh dari kawasan perumahan. Tetapi
ada masalah yang lain. Kau tengok jalan masuk ke reban ini. Jalan itu tidak berturap dan becak
pada musim hujan. Pernah lori tersangkut dalam selut. Aku sudah menulis surat permohonan
jalan itu dinaikkan taraf. Aku sudah berusaha ke sana ke mari untuk menemui orang yang
berpengaruh, tetapi jawapannya tiada peruntukan untuk menurap jalan itu buat masa ini. Aku
dicaci-maki oleh orang kampung kerana kemasukkan lori-lori itu memburukkan lagi keadaan
jalan.”
Azam menggeleng-geleng, “Bagaimanakah hasil jualan ayam?”
Hakim terus menjawab, “Mujur juga ada hasilnya. Tetapi hidupku dikelilingi hutang.
Aku berhutang dengan bank. Aku berhutang dengan Syarikat RAJA. Mereka menghantar anak-
anak ayam, mereka menghantar dedak, mereka menghantar ubat-ubatan. Semua itu akan
dipotong daripada hasil jualanku. Kau tengok ini (Hakim menunjukkan salah satu penyata yang
dikeluarkan oleh Syarikat RAJA). Nilai jualan dari rebanku ialah RM85 000.00. tetapi akhirnya
hanya RM13 000.00 sahaja yang masuk ke kantungku. RM72 000.00 adalah untuk RAJA
kerana membayar harga anak-anak ayam, harga dedak dan ubat-ubatan. Dari RM13 000.00 itu
lah aku membayar hutang bank, gaji pembantu, upah menagkap ayam, membayar bil elektrik
dan air yang cukup tinggi dan segala kos penyelenggaraan yang lain.”

i. Berikan dua halangan yang dihadapi oleh Hakim dalam penternakan ayam yang
diusahakannya? [2 markah]

ii. Sekiranya anda Azam, nyatakan tiga tindakan yang akan anda ambil untuk membantu Hakim
menyelesaikan masalah yang dihadapinya?
[3 markah]

iii. Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latar masyarakat lain
yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.
[4 markah]

86
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 5

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hakim perlu membina sebuah reban tertutup. Dia memulakan segala kerja, menebang
pokok dan meratakan tanah, berlori-lori tanah telah diangkut untuk menambak kawasan yang
memang rendah dan berair itu. Wang simpananya hampir habis di situ.
Kos pembinaan sebuah reban ayam tertutup dengan sistem penyaman udara dan
peralatan memberi makanan semiautomatik melebihi dua ratus ribu ringgit. Hakim sudah
beberapa kali turun naik tangga bank untuk berbincang tentang pinjaman projek pertanian.
Kertas kerja sudah beberapa kali dipinda sehingga akhirnya pinjaman diluluskan. Pinjaman
sebanyak itu memerlukan cagaran dan dia tidak ada harta yang lain selain tanah Pak Kaduk
yang baru ditebusnya dengan susah payah. Mujurlah seorang Yang Berhormat sanggup
campur tangan dan memujuk pihak bank untuk meluluskan pinjamannya. Dengan pertolongan
itu terbinalah sebuah reban yang boleh memuatkan sepuluh ribu ekor ayam.
Hakim menandatangani kontrak dengan pihak RAJA. Maka jadilah dia seorang petani
moden merangkap anak muda yang berjasa kepada nusa dan bangsa dengan menyumbang ke
arah penambahan pengeluaran makanan negara.
“Tahniah! Aku doakan kau Berjaya. Setahun lagi insya-Allah aku akan pulang. Kita
jumpa di reban ini untuk merayakan ulang tahun kau jadi penternak,” kata Azman sambil
menggenggam tangannya erat-erat tanda memberi semangat. Mereka akan berpisah buat
sementara kerana Azman akan mengikuti kursus selama sepuluh bulan di luar negara.

i. Berikan maksud berjasa kepada nusa?


[2 markah]

ii. Sejajar dengan perkembangan semasa, bidang tenternakan turut mengalami banyak
perubahan.
Jelaskan manfaat-manfaat penggunaan teknologi moden dalam bidang penternakan.
[3 markah]

iii. Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai lain yang terdapat dalam
keseluruhan cerpen.
[4 markah]

87
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

C.PRAKTIS TOPIKAL
MUNSYI

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Praktis 1

SETIAP kali saya meluahkan hasrat untuk bermastautin di ibu kota, bonda memberikan pelbagai
alas an agar saya terus menetap di kampung halaman tercinta ini. Kata bonda, ilmu agama saya
masih terlalu cetek dan nipis. Bimbang, saya akan hanyut dibawa arus hedonisme dan
modenisme yang sedang melanda anak-anak muda kota. Malahan, kata bonda lagi, bahasa ibunda
saya juga masih lemah. Bahasa yang membesarkan saya dengan segala adat resam dan nilai
budaya warisan turun-temurun. Bahasa yang diwarisi nenek moyang sejak zaman-berzaman.

Bonda tahu, secubit ilmu yang mengisi dada yang kerdil ini tidak akan mampu mengekang
ledakan perubahan sosial yang boleh meragut jati diri saya sebagai generasi bermaruah. Saya
akui kebenaran kata-kata bonda tentang malapetaka yang sedang menghinggapi sekian ramai
anak-anak sebangsa saya. Kebanyakannya tergadai maruah dan harga diri dek mengejar dunia
yang bergelar globalisasi dalam menuju arus perdana.

“Mel, agama dan bahasa itu cermin maruah kita yang ditinggalkan nenek moyang! Jasad yang
dibaluti agama serta lidah yang dilebati bahasa ibunda merupakan warisan kita yang masih ada,
kita bukan lagi generasi bermaruah, tetapi bangsa yang dilaknati Allah.

i. Mengapakah bonda tidak membenarkan Mel bermastautin di kota? [2 markah]

ii. Pada pendapat anda, mengapakah generasi muda sekarang terlalu mudah terpengaruh
dengan gejala yang tidak sihat? [3 markah]

iii. Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai yang lain daripada
keseluruhan cerpen. [3 markah]

88
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 2

Pesan bonda itu kekal melebat dalam hati sanubari saya. Pesan mulus yang terpahat lama di
pangkal hati. Oleh itu, saya tangguhkan berkali-kali hasrat itu. Hasrat untuk menjengah wajah
kota yang pesat dengan kemajuan dan peradaban. Saya batalkan keinginan meruap-ruap dalam
diri saya untuk mencari pengalaman baharu sebagai warga kota.
Kata bonda, kota besar itu sudah hilang segala nilai-nilai tradisinya. Kota yang sekadar
dibangunkan dengan kempen dan slogan itu sarat dengan api prasangka dan runcing prejudis para
warganya yang berbilang bangsa dan bercampur aduk pula budaya dan bahasa pertuturannya.
Manusia dipisahkan oleh benteng-benteng ketaksuban dan kepentingan diri sendiri.

Mereka dipecah-pecahkan oleh ideologi, puak dan etnik, warna kulit, bahasa percakapan
serta fahaman politik sehingga mengundang resah dan amarah. Lantas masing-masing bangun
untuk berjuang menegakkan identiti sendiri.
Saya teringat cerita bonda tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah hitam dekad
lampau. Sejarah yang meninggalkan parut luka sentiment yang bukan sedikit. Sejarah suram
yang berparut duka angkara gelodak emosi dan kesumat yang mengalir dalam dada setiap
warganya sejak sekian lama.

i. Apakah tujuan Mel berhijrah ke kota? [2 markah]

ii. Pada pendapat anda, apakah usaha yang boleh dilakukan untuk menyuburkan semangat
kekitaan dalam kalangan masyarakat bandar? [3 markah]

iii. Huraikan satu perwatakan Mel yang terdapat dalam petikan di atas dan satu perwatakannya
yang lain daripada keseluruhan cerpen. [3 markah]

89
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4
Praktis 3

Cerita bonda suatu hari tatkala saya asyik membelek-belek kitab-kitab lama bertulisan Jawi di
dalam almari yang memperincikan sejarah asal usul bumi mewah ini. Saya pandang mata bonda
dalam-dalam mencari pengertian sebenar saya anak generasi baharu yang belum mengerti segala-
galanya. Saya faham bonda hanya ingin menghidupkan roh patriotisme dan jati diri dalam diri
saya, anak-anak generasi material ini. Harapan bonda moga-moga saya menjadi pejuang yang
berani mempertahankan nilai-nilai dan kepentingan bangsa saya sendiri yang sedikit demi sedikit
mula terhakis di atas tanah sendiri.
“Tapi, dunia ini sudah berubah, bonda. Kita bukan lagi hidup pada zaman perjuangan
menentang musuh penjajah. Sekarang kita hidup dalam dunia yang mengejar harta, pangkat dan
kekayaan di bumi mewah ini. Tanah air ini bukan milik bangsa kita sahaja. Kita hidup dengan
perkongsian hak dan identiti yang sama rata. Sejarah lama tidak perlu dibangkitkan lagi.” Bonda
merenung mata dengan ekor pandangan yang penuh prejudis. Dihela nafas panjang-panjang
menahan rasa sebelum bersuara, “Mel, sejarah bukan buta. Sejarah ialah guru yang tidak pernah
berdusta. Bangsa yang membaca dan mengkaji sejarah silam tidak akan melakukan kesilapan kali
kedua. Lihat bangsa Yahudi yang terus mencipta kejayaan besar dari zaman ke zaman kerana
mengkaji sejarah lampau. Mereka membina agenda besar untuk bangsa dan keturunannya.”

i. Apakah kebaikan yang diperoleh oleh bangsa yang mengkaji sejarah? [2 markah]

ii. Semangat patriotisme dalam generasi muda boleh disemai melalui pembelajaran sejarah baik
di peringkat sekolah mahupun institusi pengajian tinggi.

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara menyemai semangat patriotik dalam jiwa remaja di
negara ini? [3 markah]

iii. Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran yang
lain daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

90
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 4

“Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya?”


Selepas saya memperkenalkan diri, dia mula tersenyum meramahi saya sebelum menjemput
saya masuk.
Kami bersalaman erat. Saya menyampaikan salam bonda kepadanya sebelum menghulurkan
beg berisi puluhan kitab lama yang saya bawa dari kampung.
Minggu-minggu pertama saya berada di kota mewah ini, dapat saya saksikan kerapuhan jiwa
anak-anak muda sebangsa saya. Mereka dihanyutkan keseronokan hidup dengan dengan setiap
patah slanga dan klausa yang memperdagangkan maruah dan peribadi. Saya berasa jelik dan aib
menyaksikan adegan sumbang wajah-wajah anak muda peribumi tanah air ini yang tidak segan
silu menjual bahasa ibunda dan merosakkan agama yang murni. Anak-anak muda lelaki
perempuan berpelesiran dalam pergaulan bebas sambil bercakap dalam bahasa yang entah apa-
apa. Mereka bergelak tawa dalam loghat yang direka-reka konon untuk menunjukkan kemodenan.
Saya jadi keliru tidak saya faham. Ada yang menggunakan pelbagai istilah rojak yang
dicampuradukkan dengan bahasa asing yang mengelirukan. Saya jadi buntu. Malah berasa malu
dengan sikap dan gelagat anak-anak muda sebangsa saya yang telah hilang identiti dan jati diri di
negara mewah ini.

i. Apakah yang disaksikan oleh Mel pada minggu-minggu pertama dia berada di kota?
[2 markah]

ii. Anak-anak muda sekarang gemar menggunakan bahasa Melayu yang bercampur aduk dengan
bahasa asing sehingga memunculkan istilah bahasa rojak yang mengelirukan.

Pada pendapat anda, apakah kesan penggunaan bahasa rojak dalam kalangan generasi muda
di negara ini? [3 markah]

iii. Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu latar
masyarakat yang lain daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

91
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 5

Seminggu selepas itu, ketika saya sampai di kampung pinggir kota itu, keadaan sudah kelam-
kabut. Jentera-jentera berat bersiap sedia merobohkan rumah-rumah kayu usang. Puluhan
anggota penguat kuasa mengawal suasana sekitar yang dipanaskan dengan demonstrasi
penduduk membantah pencerobohan itu.
Saya mencari Munsyi. Saya bimbang akan puluhan buku lama yang dihadiahkan oleh bonda
kepada Munsyi. Ketika sesi meroboh bermula, saya jadi terkedu melihat puluhan buku ini ranap
dan berkecai bersama-sama ranapnya rumah Munsyi dihentam taring-taring tajam jentera berat
yang melanggar dan meredah apa-apa saja. Air mata saya menitis sedih dan pilu bukan sahaja
mengenang khazanah berharga yang musnah, tetapi membayangkan satu-satunya tanah rizab
milik bangsa di kota besar ini akan berpindah kepada tuan-tuan saudagar asing yang bakal
mengaut keuntungan di bumi ini.
Selepas kejadian itu, berhari-hari saya cuba menjejak Munsyi, namun kelibatnya langsung
tidak saya temui. Saya bertanya setiap orang, ke mana perginya gerangan orang tua itu, namun
tiada sesiapa mengetahui pejuang bahasa ibunda itu menghilangkan diri.

i. Mengapakah Mel berasa sedih dan pilu? [2 markah]

ii. Demonstrasi jalanan bukanlah satu jalan penyelesaian yang baik untuk menyelesaikan
sesuatu masalah.

Pada pendapat anda, mengapakah penganjuran demonstrasi tidak digalakkan untuk


menyatakan bantahan terhadap sesuatu isu yang tidak disenangi? [3 markah]

iii. Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan yang lain
daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

92
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

C.PRAKTIS TOPIKAL
JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL
Praktis 1

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sebenarnya, duitku cuma tinggal USD70 selepas aku membeli jaket kulit kijang
(aku mengetahui jenisnya setelah Encik Yuksel meneliti jaket tersebut). Aku memandang jaket
yang kini terelatak di atas katil. Aku hanya membayar USD100 kepada Shahmeem. Dia
mengurangkan USD20 daripada harga pasaran gelap sebagai tanda terhutang budi.
Aku tidak nampak praktikelnya jaket itu untuk kegunaan harian di Malaysia.
Memakainya pasti akan membuat diri berasa panas dalam cuaca terik di tanah air. Jika keluar
negara, jaket itu cuma sesuai dipakai pada musim sejuk.
Menjaganya pasti memerlukan kerapian. Tidak boleh dibasuh. Tidak boleh dilipat
sembarangan. Walaupun harganya mahal, jaket kulit bukannya sesuatu yang tahan lasak.
Kainnya mudah carik dan jika koyak, tidak dapat dijahit dengan benang.
Lebih penting lagi, seekor atau lebih daripada seekor kijang dibunuh untuk mendapatkan
sehelai jaket kulit. Sebab itu, tidak ada jaket kulit yang murah. Harganya mahal disebabkan ada
nyawa yang terpaksa dikorbankan! Aku merasakan bahawa jaket kulit ini sebenarnya lambang
kemegahan dan kemewahana. Jaket kulit ini seperti lambang pendewaan dan pemujaan diri.

i. Mengapakah penulis mengatakan bahawa jaket kulit itu sebenarnya ialah lambang
kemegahan dan kemewahan?
(2 markah)

ii. Pada pendapat anda, mengapakah penulis membeli jaket kulit tersebut walaupun dia
mengetahui bahawa jaket itu tidak praktikal digunakan di negaranya?

(3 markah)

iii Jelaskan satu perwatakan watak aku yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi
perwatakannya yang terdapat pada keseluruhan cerpen.
(4 markah)

93
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 2.

Aku memandang jaket kulit kijang itu lagi. Kalau dikira dalam ringgit Malaysia,
harganya sekitar RM500.00. Jaket kulit itu telah membawa kegembiraan kepada lelaki tua yang
berjaya menjualnya kepada Shahmeem, Jaket kulit itu telah membawa kegembiraan kepada
Shahmeem yang berjaya menjualkannya semula kepadaku. Jaket kulit itu telah membawa
kegembiraan kepadaku kerana dapat menghangatkan badan sepanjang perjalanan di Selat
Bhosporus yang dingin.
Tiba-tiba tercetus semalam hasrat untuk memanjangkan rasa gembira itu kepada orang
lain. Bagaimana kalau aku menjualnya di kedai menjual pakaian terpakai yang selalu aku
kunjungi di tanah air? Aku tahu bahawa tidak mungkin aku boleh menjualnya tanpa mengalami
kerugian. Seratus ringgit pun barangkali terlalu mahal untuk tauke kedai itu. Aku rela menerima
harga yang jauh lebih rendah asalkan pekedai itu gembira. Bakal pembelinya juga pasti gembira
kerana mendapat jaket kulit dengan harga yang murah. Aku berharap agar bakal pemakainya
kelak sedar bahawa jaket kulit itu merupakan sisa orang dan tidak berasa bongkak.
Aku akan mencari jalan untuk mendermakan wang jualan jaket kulit itu kepada mana-
mana zoo yang ada kandang kijang. Sebagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang telah
dibunuh demi gaya hidup yang penuh kemodenan.
Jika Mevlana Celaleddin Ar-Rumi masih hidup, tentu dia mengatakan bahawa aku
mempunyai ciri-ciri seorang darwis.

i. Apakah manfaat yang diperoleh oleh penulis apabila dia membeli jaket kulit tersebut?
[2 markah]

ii. Saban tahun, beribu-ribu haiwan liar dibunuh kerana kulitnya.


Pada pendapat anda, apakah langkah efektif untuk melindungi hawian ini?
[3 markah]

iii. Jelaskan satu perwatakan watak aku yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi
perwatakannya yang terdapat pada keseluruhan cerpen.
[4 markah]

94
Praktis 3.

Pemandu pelancong, Encik Yuksel, telah memberitahu kami beberapa panduan berbelanja
di Istanbul. Pertama, jangan beli barangan daripada penjual di tepi jalan. Kedua, jangan berjalan
sendirian, jangan beritahu negara asal sekiranya ditanya oleh para pekedai. Keempat, jangan naik
ke tingkat atas kedai sekiranya dipelawa. Kelima, tawar harga setiap barangan yang ingin dibeli
sehingga 70 peratus. Keenam, jangan gunakan kad kredit sebab terlalu berisiko ditipu.

Wah, banyaknya pantang larang! Aku mulai rasa tidak selamat. Apatah lagi setelah
mendengar cerita Hajah Normah bahawa pemandu-pemandu bas berbangsa Turki di Mekah
hanya boleh berunding jika diberikan duit. Menurut Hajah Normah lagi, jemaah haji Turki, baik
lelaki mahupun perempuan, biasanya bersikap kasar. Mereka suka merempuh jemaah yang lain
ketika melakukan tawaf.
Aku membuat keputusan untuk berjalan bersama-sama dengan Kak Chah, Dr. Liza,
Shahmeem, Hajah Zalehon dan Hajah Normah. Nampaknya, agak sukar juga menawar harga
barangan yang ingin dibeli. Tiada tanda harga dipamerkan dan harga disebut hanya kepada
sesiapa yang bertanya. Setelah singah di beberapa buah kedai, kami mendapati bahawa
perbezaan harga terlalu ketara. Contohnya, ada peniaga menjual rantai kunci dengan harga LT5,
LT4, dan Lt3 lira, sedangkan aku pernah bertanya kepada peniaga-peniaga kedai kecil di luar
Istanbul dan diberitahu bahawa harga rantai kunci cuma satu setengah lira! Aku mula berasa
menyesal kerana membeli tsedikit-sedikit sebelum ini.

i. Mengapakah penulis sukar untuk menawar harga barangan yang ingin dibeli?
[2 markah]

ii. Jelaskan dua persediaan yang wajar dilakukan sebelum melancong ke negara lain?
[3 markah]

iii. Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi persoalan yang
terdapat pada keseluruhan cerpen. [4 markah]

95
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 4

Cenderamata untuk diri sendiri, memadailah jika aku dapat membeli beberapa buah
buku yang diterbitkan di Turki dan mengambil beberapa buah buku yang diterbitkan di Turki
dan mengambil seberapa banyak gambar dengan menggunakan kamera digitalku. Aku
menganggarkan perbelanjaan sekitar USD50 kerana harga buku biasanya mahal. Sebenarnya,
setiap kali berpergian, aku berpeluang mengumpulkan banyak cenderamata secara percuma. Dari
hotel, biasanya aku memperoleh botol syampu, botol sabun buih, poskad, mancis, selipar, pen,
pensel, uncang the, uncang gula, atau apa-apa sahaja termasuk alat pengilat kasut.
Jika semuanya dicampurkan, jumlah yang akan dibelanjakan sekitar USD300. Masih ada
baki sebanyak USD100. Sengaja aku ketepikan untuk perkara-perkara yang tidak dijangkakan.
Contohnya, barangkali ada persembahan kebudayaan yang perlu kubayar sendiri dan tidak
termasuk dalam harga pakej lawatan. Rugi berjalan ke tempat orang kalau tidak sempat melihat
kebudayaan dan kesenian mereka. Selain itu, aku mungkin ditimpa musibah dan perlu
mendapatkan rawatan segera dengan menggunakan wang sendiri. Namun, aku berdoa agar ubat-
ubat homeopati seperti Arnica 30c, Arsenic 30c, Arconite 30c, Rhus Tox 30c, dan Nux Vomica
30c yang terdapat di dalam beg dapat membantuku bertahan daripada sebarang alahan seperti
cuaca sejuk, perbezaan makanan, serta aktiviti lasak. Aku juga sedar akan keadaan rambang
mataku yang satu ini pantang berjumpa bahan bacaan. Biasanya, aku akan menghabiskan seluruh
duitku untuk membeli buku dan majalah di mana-mana lapangan terbang di luar negara sebelum
pulang ke tanah air.

i. Mengapakah penulis menyimpan baki sebanyak USD100 daripada wang perbelanjaannya?


(2 markah)

ii. Apakah kebaikan yang akan anda perolehi apabila melancong di negara lain?
(3 markah)

iii. Jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi latar
masyarakat yang terdapat pada keseluruhan cerpen.
(4 markah)

96
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 5.

Aku cepat-cepat menarik tanganku. Hatiku berdebar-debar. Bukan kerana penangan


sentuhan putera Turki berwajah tampan, tetapi kerana harga yang disebutkan. Aku tidak ada duit
sebanyak itu. Aku tidak ada niat langsung untuk membeli jaket kulit kijang yang lembut itu.

Dr. Liza dan Hajah Normah sudahpun membayar harga jaket kulit pilihan hati. Wajah
kedua-dua pembantu kedai itu berseri-seri. Rasanya sudah lebih setengah jam kami berada di
dalam kedai itu.
Dr. Liza, Hajah Normah dan Hajah Zalehon hendak mengambil angin segar di luar kedai.
Kak Chah dan Shahmeem turut mengikut langkah mereka. Tinggal aku sahaja yang masih
berjaket kulit dan bagaikan menjadi orang tawanan di dalam kedai.
“Sorry, sir. I have no intention to buy this jacket. I know this jacket is very high quality
and only for a high class person. But sorry, I don’t want to buy it. Thank you very much for
everything,” kataku berbudi bahasa sambil cuba menanggalkan jaket itu.
Pekedai itu cuba menahan. “What price do you want? Please tell me, lady. I can give you
more discount. How much you can afford?” ujarnya dengan suara yang mulai keras, tidak lembut
seperti saat pertama dia menyapaku. Aku mulai bimbang. Kisah kekasaran orang Turki yang
diceritakan Hajah Normah, bergaung dalam ingatan.
“Ok,ok, I give you more discount. You can take it at USD280. I give you the hand glove
as a present. Please lady, don’t waste my time,” katanya dengan suara jengkel.
Aku menanggalkan jaket itu dengan pantas.
“Thank you, sir. I don’t want to buy it. Sorry,” ujarku sambil menyerahkan jaket itu
kepada pekedai yang kini berwajah masam.
Aku menanggalkan jaket itu dengan pantas.

i. Mengapakah hati penulis berdebar-debar? (2 markah)

i. Sekiranya anda melancong ke luar negara, bagaimanakah anda dapat mengelakkan daripada
menjadi mangsa penipuan oleh peniaga yang suka menaikkan harga barangan?
(3 markah)

ii. Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi nilai yang terdapat
pada keseluruhan cerpen.
(4 markah)

97
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

A.NOTA
DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Karya Affix Zulkarnaen Adam

SINOPSIS

Aiman tidak mengendahkan surat yang memintanya menyertai Program Latihan Khidmat
Negara (PLKN). Baginya, program tersebut membuang masa kerana keluarganya boleh
menyediakan apa-apa sahaja yang diminta. Namun demikian, posmen yang menghantar surat
tersebut menjelaskan faedah-faedah menyertai program dengan mengambil contoh anak jirannya
daripada seorang yang pemalas, kini rajin menolong keluarga. Oleh sebab tidak berminat, masuk
sahaja di dalam biliknya, surat tersebut dicampakkan sahaja oleh Aiman. Nek Sinah, pembantu
rumahnya menjemput Aiman makan tetapi Aiman menolaknya kerana dia belum lapar. Apabila
dimaklumkan bahawa kakaknya, Kak Dapnia tidak dapat balik untuk makan tengah hari kerana
tugasan di universiti dan ibunya pula pulang lewat malam menyebabkan Aiman berasa bosan
tinggal bersendirian di rumah.

Ketika di sekolah, Nora memaklumkan bahawa nama Aiman terpilih untuk menyertai PLKN
tetapi Aiman bersikap tidak peduli menyebabkan Nora berkecil hati. Sundarani dengan rasa
gembira menyatakan bahawa dia akan menyertai PLKN di Kem Be Bana. Ah Tua pula di Kem
Paya Indah Wetland, Hulu Langat. Aiman hanya mengetahui tempat programnya terletak di Kem
Teluk Sari, Mersing apabila dimaklumkan oleh Syuhada. Cikgu Dahari yang terlibat dalam
PLKN sebagai jurulatih Program Penghayatan Sastera dan Budaya menjelaskan faedah menyertai
PLKN. Menurutnya, PLKN mampu membina dan mengukuhkan semangat patriotik, memupuk
perpaduan kaum, dan membentuk perwatakan positif. Menurut Cikgu Dahari lagi, peserta
program dipilih secara rawak dan mereka yang mempunyai masalah boleh meminta surat
penangguhan. Peserta juga tidak perlu risau akan soal keselamatan.

Apabila Aiman pulang, dia mendapati ayahnya, Khir Ghazali sudah berada di rumah. Dia
memberitahu ayahnya bahawa namanya telah terpilih menyertai PLKN. Khir Ghazali
mengharapkan anaknya berfikir seperti orang dewasa dan menjadi manusia yang sentiasa dahaga
akan ilmu dan pengalaman. Aiman berharap agar ayahnya mendapatkan pengecualian untuk
dirinya kerana dia tidak menyukai program tersebut. Ayahnya tidak dapat menunaikan hasrat
anaknya itu kerana ayahnya tidak mahu Aiman menjadi anak yang manja. Apabila hal itu
diluahkan kepada ibunya, Masnah, ibu Aiman mahu suaminya menggunakan pengaruhnya untuk
mengecualikan Aiman daripada menyertai program tersebut. Sebagai ayah, Khir Ghazali bertegas
bahawa dia mahu anakya menyertai PLKN daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah
sepanjang cuti persekolahan kelak. Kemudian, Aiman masuk ke biliknya. Dia menghadap
komputer riba. Menerusi komputer riba, dia terlihat beberapa orang rakannya telah berubah
setelah menyertai PLKN. Perubahan sikap rakannya itu menyedarkan Aiman akan keistimewaan
PLKN. Akhirnya dia bersetuju menyertai PLKN.

98
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

PEMIKIRAN

Kesedaran generasi muda dalam memupuk semangat cinta akan negara


Aiman yang pada permulaannya tidak mahu mengikuti PLKN telah berubah fikiran untuk
menyertainya setelah melihat perubahan sikap positif rakan-rakannya yang telah menyertai
PLKN.

PERSOALAN

1. Persoalan remaja yang dibuai dengan kemewahan hidup


Cth: Aiman berasal daripada keluarga yang berada menyebabkannya tidak mahu menyertai
PLKN.
2. Persoalan kesibukan ibu bapa mencari nafkah dan kemewahan hidup
Cth: Datuk Khir Ghazali seorang yang berpengaruh dan sentiasa sibuk dengan urusan
pekerjaannya.
3. Persoalan kasih sayang ibu bapa terhadap anak
Cth: Datuk Khir Ghazali menyayangi anaknya, Aiman dan menasihati anaknya supaya
mengikuti PLKN.
4. Persoalan jati diri dan sikap berdikari dalam kalangan generasi muda
Cth: Syufia yang pendiam dan suka mengasingkan diri dapat memupuk sikap berdikari
melalui program PLKN yang disertainya.
5. Persoalan semangat patriotik dalam kalangan remaja
Cth: Aiman, Nora, Syuhada, Ah Tiau, Sundarani berkobar-kobar menyahut seruan kerajaan
melalui PLKN.

PLOT

1. Permulaan/Eksposisi
Drama dimulakan dengan kehadiran posmen menghantar surat daripada Jabatan Latihan
Khidmat Negara kepada Aiman. Posmen memberitahu Aiman tentang faedah yang akan
diperoleh apabila menyertai PLKN. Aiman tidak berminat untuk menyertai PLKN kerana
sudah biasa hidup selesa di rumah. Dia tidak termakan kata-kata nasihat oleh posmen yang
telah melihat kesan program ini kepada anak jiran dan adiknya.

2. Perkembangan
Aiman ke sekolah. Kawannya, iaitu Nora, Syuhada, Ah Tiau, dan Sundarani juga telah
terpilih untuk menyertai PLKN. Syuhada memberitahu Aiman bahawa mereka akan
ditempatkan di kem yang sama, iaitu Kem Teluk Sari, Mersing. Cikgu Dahari menerangkan
maklumat tentang PLKN kepada anak-anak muridnya. Rakan-rakannya seronok mendengar
maklumat tentang PLKN daripada Cikgu Dahari kecuali Aiman. Cikgu Dahari juga terlibat
dalam PLKN sebagai jurulatih bagi modul Program Penghayatan Sastera dan Budaya.
Aiman berharap agar bapanya akan menggunakan kedudukannya untuk membolehkan dia
dikecualikan daripada mengikuti PLKN. Sekembalinya di rumah, dia menyatakan hasratnya
kepada bapanya. Bapa Aiman tidak bersetuju dengan hasratnya itu.

99
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4
3. Klimaks
Khir Ghazali mahu anaknya menyertai PLKN kerana PLKN mendatangkan pelbagai
kebaikan. Dia mahu anaknya berfikir seperti orang dewasa. Dia tidak mahu Aiman hanya
pandai meminta. Aiman meminta bantuan ibunya pula. Khir Ghazali yang pulang awal
untuk berehat di rumah ingin keluar di kelab kerana kekalutan itu. Masnah berasa bersalah
dan mahukan suaminya berehat di rumah.

4. Peleraian
Aiman beredar ke biliknya dan menghadap komputer ribanya. Dia memperoleh maklumat
tentang Syufia yang muncul sebagai pelatih terbaik WIRAWATI di Kem Gerakhas, Desaru,
Johor dan Ziman, senior sekolahnya berjaya mengikuti PLKN walaupun asalnya dia kuat
makan dan tidur. Aiman bertukar fikiran dan ingin mengikuti PLKN untuk membuktikan dia
mampu berdikari dan menyahut seruan berkhidmat untuk negara tercinta.

TEKNIK PLOT / PENCERITAAN

1. Pemerian
Pengarang memerihalkan latar belakang Aiman dan kedatangan Posmen ketika Aiman
bersantai di rumahnya pada cuti hujung minggu

2. Imbas kembali
Posmen menceritakan sikap negatif anak jirannya dan adiknya sendiri berubah menjadi baik
setelah mengikuti PLKN

3. Saspens
Pembaca tertanya-tanya keputusan yang bakal diambil oleh Datuk Khir Ghazali berhubung
dengan sikap Aiman yang tidak mahu menyertai PLKN

4. Monolog
Aiman bercakap dalam hatinya sama ada menyimpan surat panggilan menyertai PLKN itu
atau membuangnya

5 Kejutan
Pendirian tegas Datuk Khir Ghazali menyuruh anaknya, Aiman menyertai PLKN

100
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

WATAK DAN PERWATAKAN

WATAK UTAMA

Aiman
1. Seorang yang agresif
Cth: Aiman membuang sampul surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara.

2. Seorang yang sombong dan suka bermegah-megah dengan kemewahan hidup


Cth: Aiman tidak mahu menyertai PLKN kerana menganggap program tersebut tidak
berfaedah.

3. Seorang yang tidak mempunyai semangat patriotik


Cth: Aiman memandang remeh tentang PLKN yang dianjurkan oleh kerajaan.

4. Seorang yang berfikiran sempit dan negatif


Cth: Aiman mengatakan bahawa PLKN membahayakan nyawa Aiman.

5. Seorang yang tidak menghormati orang lain


Cth: Aiman menengking Nek Sinah kerana memanggilnya

WATAK SAMPINGAN

Cikgu Dahari

1. Seorang yang bertanggungjawab


Cth: Cikgu Dahari menerangkan kebaikan PLKN kepada murid-muridnya

2. Seorang yang berpengetahuan luas


Cth: Cikgu Dahari mampu menjelaskan tentang maksud logo PLKN, objektif, dan kebaikan
menyertai PLKN.
3. Seorang yang penyabar
Cth: Cikgu Dahari tidak memarahi Aiman walaupun Aiman bersikap kurang ajar dan
meremehkan PLKN sebaliknya sabar menasihati pelajarnya.

4. Seorang yang berfikiran positif


Cth: Cikgu Dahari menerangkan kepada Aiman apabila Aiman menyatakan bahawa
keselamatan peserta di dalam kem latihan tidak terjamin dan sastera dan budaya tidak
penting dalam kehidupan zaman moden

5. Seorang yang sentiasa memberikan galakan kepada anak murid


Cth: Apabila Nora memberitahu bahawa ramai pelajar terpilih sebagai peserta PLKN, Cikgu
Dahari berasa teruja dan menyatakan bahawa Malaysia bertuah kerana mendapat
remaja yang sentiasa bersedia berkhidmat untuk negara.

101
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Khir Ghazali
1. Seorang yang bertanggungjawab
Cth: Khir Ghazali menasihati anaknya, Aiman untuk menyertai PLKN supaya anaknya lebih
berdikari dan mempunyai kesedaran kendiri.
2. Seorang yang penyayang
Cth: Khir Ghazali mengambil berat akan pelajaran anak-anaknya.
3. Seorang yang berpendirian tegas
Cth: Khir Ghazali tegas dengan keputusannya, iaitu Aiman wajib menyertai PLKN
walaupun dipujuk oleh Aiman dan isterinya.
4. Seorang yang berpandangan jauh
Cth: Khir Ghazali menjelaskan manfaat yang diperoleh oleh Aiman melalui PLKN
5. Seorang yang mempunyai kedudukan dan pengaruh dalam masyarakat
Cth: Anaknya meminta pertolongan ayahnya supaya menggunakan pengaruhnya untuk
mengecualikannya daripada menyertai PLKN.

Masnah
1. Seorang ibu yang terlalu memanjakan anak
Cth: Masnah menurut kehendak anaknya, Aiman supaya tidak menyertai PLKN

2. Seorang yang berfikiran sempit dan negatif


Cth: Masnah mengatakan bahawa PLKN membahayakan nyawa Aiman

3. Seorang yang menyesali kesilapan diri


Cth: Masnah memohon maaf kepada suaminya atas tindakan terburu-buru menyebelahi
anaknya, Aiman.

Nek Sinah [ Pembantu rumah]

1. Seorang yang penyabar


Cth: Nek Sinah sabar terhadap sikap Aiman yang kurang ajar

2. Seorang yang bertanggungjawab


Cth: Nek Sinah menyediakan makan minum Aiman.

102
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

LATAR

Latar Masa

1. Cuti hujung minggu


Cth: Aiman duduk di rumah sahaja pada hujung minggu dan ketika itulah posmen datang
dengan membawa sepucuk surat

2. Waktu tengah hari


Cth: Selepas sesi rehat selesai, murid-murid berpeluang menemui Cikgu Dahari dan guru
tersebut menerangkan kebaikan PLKN.

Latar Tempat

1. Rumah Khir Ghazali


Cth: ayah dan ibu Aiman bertelagah pendapat tentang PLKN

2. Sekolah
Cth: dialog antara Aiman, Nora, Sundarani, Ah Tiau, dan Syuhada tentang senarai nama
peserta PLKN yang dipaparkan di papan kenyataan

3. Perkarangan rumah Khir Ghazali


Cth: Posmen menghantar surat tawaran PLKN kepada Aiman

Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang penyayang


Cth: Khir Ghazali mengambil berat akan pelajaran anak-anaknya

2. Masyarakat yang bertanggungjawab


Cth: Cikgu Dahari bertanggungjawab menjelaskan manfaat PLKN kepada murid-muridnya

3. Masyarakat yang gigih


Cth: Cikgu Dahari gigih membimbing wira dan wirawati dalam Program Penghayatan
Sastera dan Budaya

4. Masyarakat yang insaf


Cth: Aiman insaf akan kesilapannya setelah membaca berita PLKN di laman sesawang dan
bertekad menyertai PLKN

5. Masyarakat yang penyabar


Cth: Nek Sinah sabar menghadapi kerenah Aiman yang biadap terhadapnya

103
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

GAYA BAHASA
1. Inversi
Cth: memang bagus program itu
2. Repetisi
Cth: “Aku tak suka, tak suka
3. Sinkope
Cth: tak; dulu; saja.
4. Metafora
Cth: Buta sejarah; air panas
5. Simile
Cth: Macam lah esok dan nak kiamat.

NILAI
1. Nilai patriotik
Cth: Aiman akhirnya menyahut seruan berkhidmat untuk negara dengan menyertai PLKN
2. Nilai tanggungjawab
Cth: Cikgu Dahari bertanggungjawab menjelaskan manfaat PLKN kepada murid-muridnya
3. Nilai kegigihan
Cth: Cikgu Dahari gigih membimbing wira dan wirawati dalam Program Penghayatan
Sastera dan Budaya.
4. Nilai keinsafan
Cth: Aiman insaf akan kesilapannya setelah membaca berita PLKN di laman sesawang dan
bertekad menyertai PLKN
5. Nilai kesabaran
Cth: Nek Sinah sabar menghadapi kerenah Aiman yang biadap terhadapnya.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mempunyai semangat patriotik dalam diri
Cth: Aiman akhirnya menyahut seruan berkhidmat untuk negara dengan menyertai PLKN
2. Kita mestilah bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan
Cth: Cikgu Dahari bertanggungjawab menjelaskan manfaat PLKN kepada murid-muridnya.
3. Kita haruslah gigih dalam melaksanakan tugas
Cth: Cikgu Dahari gigih membimbing wira dan wirawati dalam Program Penghayatan
Sastera dan Budaya.
4. Kita hendaklah insaf atas kesilapan diri
Cth: Aiman insaf akan kesilapannya setelah membaca berita PLKN di laman sesawang dan
bertekad menyertai PLKN.
5. Kita patutlah sabar melayani karenah orang lain
Cth: Nek Sinah sabar menghadapi karenah Aiman yang biadap terhadapnya

104
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

B.BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN DRAMA

BENTUK SOALAN
Soalan pemahaman drama lazimnya ditanya dalam soalan 2(b). Walau bagaimanapun, soalan 2(b)
ini akan bertukar ganti antara genre cerpen dengan genre drama yang memperuntuk sembilan (9)
markah keseluruhannya. Terdapat tiga pecahan dalam soalan ini seperti yang berikut:

Soalan Markah
Soalan (i): Pemahaman berdasarkan isi 2 markah
dalam petikan

Soalan (ii): Soalan Kemahiran Berfikir 3 markah


Aras Tinggi (KBAT)
Soalan (iii): Soalan aspek sastera 4 markah

TEKNIK MENJAWAB SOALAN

- Petikan drama hendaklah dibaca,dianalisis, dan difahami sepenuhna.


- Fahami maksud ayat dan maksud keseluruhan petikan
- Ketika membaca petikan, perkara-perkara yang berkaitan dengan soalan pemahaman yang
dikemukakan hendaklah digariskan.
- Mulakan menjawab soalan yang mudah terlebih dahulu.
- Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri
- Jawapan hendaklah dalam ayat yang sempurna/lengkap/ gramatis
- Peruntukan markah bagi setiap pecahan soalan menggambarkan jumlah isi
yang dikehendaki.
- Kesalahan bahasa dan ejaan akan menjejaskan markah penuh setiap pecahan soalan.

105
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Praktis 1

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soaln yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
POSMEN: Ada sesiapa yang bernama Aiman Faizullah bin Khir Ghazali di rumah ini?

AIMAN: Ada, sayalah orangnya. Surat apa ini?

POSMEN: Surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara. Ini bermakna, adik terpilih untuk
menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Bagus program itu. Kalau umur abang macam adik,
pasti abang tak akan lepaskan peluang ini.

AIMAN: Abang buang saja surat ini.Saya tak berminat langsung. Buat apa nak bersusah payah
sertai program macam ini. Ayah saya banyak duit. Apa yang saya nak, semua boleh dapat.
Buang masa dan tenaga saja program macam ini. Untuk orang susah bolehlah. Maklumlah, dapat
makan percuma enam kali sehari, tempat tidur dan pakaian semua diberikan. Siap dapat
RM50.00 lagi... ha...ha...ha.
POSMEN: Tak baik cakap macam itu, banyak faedahnya program seperti ini. Cuba jangan fikir
tentang duit dan makan minum tu. Cuba fikirkan tentang kemahiran dan pengalaman yang akan
diperoleh nanti.

i. Mengapakah Aiman tidak berminat untuk menyertai Program Latihan Khidmat


Negara?
[2 markah]

ii. Pada pandangan anda ,apakah faedah-faedah yang akan diperoleh apabila menyertai
Program Latihan Khidmat Negara?
[3 markah]

iii. Nyatakan satu latar tempat berdasarkan petikan dan satu lagi latar tempat
berdasarkan keseluruhan drama yang dikaji.
[4 markah]

106
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 2

NEK SINAH: Nak Aiman, mari makan.Nek dah siapkan makanan kegemaran Aiman,ayam
masak pedas.

AIMAN: Hei, jangan panggil saya nak Aiman! Saya bukan anak Nek Sinah. Neksinah tu Cuma
orang gaji di rumah ini, faham? Saya belum lapar. Belum nak makan lagi. Saya nak tunggu Kak
Dapnia balik. Saya nak makan dengan dia.

NEK SINAH: Nenek sedar siapa diri nenek dalam rumah ini. Tadi Dapnia ada telefon baritahu
yang dia tak balik makan tengah hari, dia banyak tugasan di universiti. Malam baru dia pulang.
Datin juga sibuk, malam baru dia pulang.

AIMAN: Kak Dapnia tak balik, mummy pun sama? Semua orang dalam rumah ini sentiasa sibuk
saja. Macamlah esok nak kiamat.

NEK SINAH: Tak baik cakap begiti. Mereka pastinya ada urusan yang penting.

i. Siapakan Nek Sinah berdasarkan petikan yang telah diberi?


[2 markah]

ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara yang boleh dilakukan untuk mengeratkan
hubungan kekeluargaan?
[3 markah]

iii. Nyatakan satu nilai murni berdasarkan petikan drama dan satu nilai murni
berdasarkan keseluruhan drama.
[4 markah]

107
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 3.

SUNDARANI: Kau dapat masuk kem mana?

AIMAN: Kem? Kem Majidi. Hahaha.

SUNDARANI: Sejak bila pula kem itu jadi Kem Latihan Khidmat Negara? Setahu aku, kem itu
untuk askar saja. Macam Kem Pulada.

AIMAN: Kau ini lurus bendul betullah. Aku bergurau saja. Cepat betul kau percaya perkara yang
aku cakap. Bahaya orng macam kau ini, senag kena tipu. Kau sibuk tanya aku, kau dapat kem
mana?

SUNDARANI: Kem De Bana, Jempol.

AIMAN: Di mana kem itu? Tak pernah dengar pun nama tempat itu.

SUNDARANI: Buta sejarah betul kau ini. Jempol kan dalam kawasan Negeri Sembilan.

AIMAN: Manalah aku tahu. Aku biasa berjalan ke luar negara. Kalau dalam Malaysia manalah
aku tahu. Tak ada apa-apa yang menarik pun sama saja.

SUNDARANI: Pernah dengar peribahasa “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri
sendiri”? Tahu maknanya?

AIMAN: Tahu.

i. Apakah maksud peribahasa ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri’?
[2 markah]

ii. Bagaimanakan cara-cara yang boleh kita lakukan untuk menggelak dari ditipu.
[3 markah]

iii. Berikan satu pengajaran berdasarkan petikan drama dan satu pengajaran berdasarkan
keseluruhan drama.
[4 markah]

108
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 4.

CIKGU DAHARI: Baguslah kalau begitu. Bertuah negara kita punyai remasa seperti kalian.
Sentiasa sedia berkhidmat untuk negara.

SUNDARANI: Boleh cikgu terangkan lebih lanjut tentang PLKN?

CIKGU DAHARI: Tentu sekali. Program Latihan Khidmat Negara ataupun nama ringkasnya
PLKN merupakan kursus latihan wajib bagi mereka yang baru menamatkan
persekolahan di Malaysia. Program ini bertujuan untuk membina sahsiah diri.
Bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotik dalam kalangan
generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk
perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah bersifat kerahan
tenaga dan tidak mengikut mana-mana model dari luar kerana dilaksanakn menurut cara
Malaysia.

AH TIAU: Apakah objektifnya, cikgu?

CIKGU DAHARI: Tiga objektif yang digariskan , iaitu yang pertama, menanam semangat
partiotik dalam kalangan generasi muda atau remaja Malaysia. Kedua, memupuk
122
semangat perpaduan kaum serta integrasi nasional dan yang ketiga, membentuk
perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.

SYUHADA: Saya lihat logo PLKN sangat menarik. Tentu ada makna yang tersirat.

i. Apakah objektif Program Latihan Khidmat Negara?


[2 markah]

ii. Nyatakan pendapat anda kebaikan-kebaikan pelajar menyertai Program Latihan Khidmat
Negara.
[3 markah]

iii. Nyatakan satu persoalan berdasarkan petikan drama di atas dan satu persoalan berdasarkan
keseluruhan drama dikaji.
[4 markah]

109
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 5

AIMAN: Daddy pasti dapat membantu saya kali ini, saya yakin daddy dapat selesaikan masalah
saya. Daddykan selalu menjadi penyelamat saya.

KHIR GHAZALI: Masalah apa? Cuba terangkan satu persatu. Ini tidak, terus yakin. Aiman fikir
daddy ada kuasa sakti yang sekali sebut terus bertukar menjadi permintaan yang
dimahukan. Apa masalahnya?

AIMAN: Sebenarnya nama saya terpilih untuk menyertai PLKN selepas selesaiSPM.

KHIR GHAZALI: Baguslah, apa pula masalahnya?

AIMAN: Masalahnya saya tak mahu pergi. Saya nak minta daddy tolong dapatkan pengecualian
untuk saya. Saya tak suka program macam itu!

KHIR GHAZALI: Kalau itu yang Aiman nak daddy bantu, daddy akan kata tidak. Daddy mau
Aiman pergi sertai PLKN itu. Banyak faedah yang akan Aiman dapat. Cubalah berfikir
seperti orang dewasa. Aiman bukan budak-budak lagi.Jadilah manusia yang sentiasa
dahagakan ilmu dan pengalaman. Jangan hanya pandai meminta daripada berusaha.

i. Apakah masalah yang dihadapi oleh Aiman?


[2 markah]

ii. Sekiranya anda daddy Aiman, apakah yang anda akan lakukan supaya Aiman berminat
menyertai PLKN?
[3 markah]

iii. Huraikan satu perwatakan Aiman berdasarkan petikan di atas dan satu lagi perwatakan
berdasarkan keseluruhan drama.
[4 markah]

110
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

125
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4
NOVEL DI SEBALIK DINARA
Karya : DAYANG NOOR

BIODATA PENGARANG

Nama sebenar Dayang Noor ialah Dayang Noor Aziza Sulaiman berasal dari Bera,
Pahang dan kini menetap di Puchong, Selangor.
Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kerayong, Triang, Pahang
kemudian ke Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru dalam aliran sains. Beliau seterusnya
melanjutkan pelajaran di UPM dan memperoleh Ijazah Kejuruteraan (Elektronik dan
Komputer).
Penglibatan beliau dalam bidang kesusasteraan bermula sejak di sekolah menengah
ketika terlibat dalam Kelab Teater Sekolah.
Beliau pernah memenangi Pengarah Terbaik melalui teater arahannya yang berjudul
“Darah” dalam pertandingan teater peringkat daerah Johor Bahru.
Antara novel yang dihasilkan olehnya ialah Di Sebalik Dinara, beliau juga menghasilkan
Jerat (2011), Hilang (2012) dan Samar (2013).

111
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

SINOPSIS

Cerita dimulakan dengan perkenalan Farisha dengan Aqram dalam penerbangan dari
Nusa Jaya ke KLIA. Tanpa disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan
tujuan untuk menguji DNA gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki
rumahnya kerana Azraai (abang Farisha) telah memasang pengimbas retina pada pintu rumahnya
yang disewa bersama-sama Shida. Azraai bimbang akan keselamatan adiknya. Keesokan hari,
Farisha dan Rosman bertemu dengan Aqram di sebuah simposium. Aqram menawarkan sebuah
projek mini kepada mereka. Beberapa hari kemudian, Farisha menyatakan persetujuannya
terhadap projek itu. Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi. Mereka
berada di rumah kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab yang banyak berjasa malah
pernah menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr. Maxi menawarkan RM1.5 juta
kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh
empat minggu.

Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha dan Shida
memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk menulis sebuah rencana
manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Farisha diperlukan oleh Dr.
Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida pula ialah physical backup kepada Farisha. Rakan
kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat bersama-sama di Soft Lab kerana mengurus projek di
Senawang. Pagi berikutnya, Farisha telah dipukau oleh Alia berdasarkan arahan Dr. Maxi. Dalam
keadaan bawah sedar, Alia telah berkomunikasi dengan Karl yang meminta pertolongan Farisha
untuk menyelamatkan Dinara. Hal ini mengundang kemarahan Alia yang menyangka Farisha
menjalin hubungan dengan Karl. Ketika makan tengah hari, Shida mengungkapkan persoalan
tentang Medina yang menghilangkan diri secara tiba-tiba dari Soft Lab. Pada pendapat Farisha,
kehilangan Medina bukanlah persoalan yang besar. Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh
Soft Lab, Farisha mengalami sakit kepala secara tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida
memutuskan untuk pulang ke rumah. Uncle Seng, pemilik kedai runcit di bangunan itu
memberitahu mereka bahawa dia melihat dua orang yang kelihatan mencurigakan namun tiada
laporan polis dibuat. Dua malam kemudian, Farisha mengunjungi Azraai dan keluarganya. Dia
terkejut apabila mendapat tahu bahawa Azraai terkena penyakit jantung dan hakikat bahawa dia
ialah anak angkat kepada keluarga Azraai.

Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram
mendapatkan Shida untuk mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha namun Shida
tidak tahu apa-apa mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu menyediakan Shida
sebagai pengganti Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang penyakit Farisha tetapi tidak
berjaya sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang merupakan anak angkat. Di hospital, Farid
dan Amin menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat daripada fikiran Farisha dan
berjaya. Selepas mereka beredar, Aqram pula datang dan mengukur tahap kesihatan gadis itu.
Kesihatannya amat tidak memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram, Khairul Anwar dan Alia
bersedia untuk menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha. Esoknya, Shida menjalani sesi
bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl. Dr. Maxi hanya menghentikan sesi tersebut

112
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

setelah lima minit walaupun Shida menunjukkan tindak balas di luar jangkaan. Farisha pula
dihubungi oleh mummy melalui minda bawah sedar. Di suatu tempat yang lain, Farid dan Amin
kehairanan melihat Marilyn kegembiraan. Rupa-rupanya Marilyn (mummy) telah dapat
berhubung dengan Farisha. Di Soft Lab, Shida yang kemurungan mengurungkan diri di bilik
Farisha. Aqram mencuba menerobos minda Shida namun gagal.

Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah Farisha
memaklumkan Azraai bahawa ‘mummy’ telah menghubunginya, Azraai membawa Farisha
keluar dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida berhubung dengan Karl
melalui sesi bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus yang
disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan lalu memusnahkan Dinara serta ribuan manusia. Dalam
perjalanan ke Kulai, Farisha diculik oleh orang suruhan Medina. Karl (Shida) mendedahkan kisah
silamnya. Antaranya ialah penyeksaan terhadap seorang wanita hingga cacat dan pendedahan
identiti sebenar Khairul Anwar. Alia mengakui bahawa dialah wanita cacat yang diseksa oleh
Karl kerana enggan meninggalkan agamanya. Medina pernah menjalani proses seperti Shida
tetapi gagal. Rosman dan Azraai menuju ke Soft Lab. Keadaan di Soft Lab semakin tegang
apabila Karl (Shida) menyanyikan lagu yang didendangkan setiap kali dia selesai menyeksa Alia.
Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya mengembalikan diri Shida yang sedia kala. Medina
berusaha mengambil hati Farisha dengan menceritakan perkara sebenar yang terjadi. Melalui
telefon, Dr. Haris memberikan amaran tentang kesihatan Karl yang semakin merosot namun tidak
dipedulikan oleh Dr. Maxi. Karl (Shida) berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara
dengan menggunakan komputer table. Kedatangan Marilyn (Medina / mummy) ke Soft Lab telah
membongkar rahsia bahawa Marilyn (Medina / mummy) dan Karl ialah ibu bapa kandung
Farisha. Karl (Shida) dipengsankan kerana Karl yang sebenar sedang nazak.

Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk berjumpa dengan
Karl buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas terakhir tepat pada pukul 7.00 malam. Wasiat
terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya ditabur di Selat Melaka. Upacara dijalankan di
Port Dickson. Shida yang berkelakuan aneh menyebabkan Aqram berpendapat bahawa Karl
masih berada dalam diri Shida. Farisha yang terkejut berlari mendapatkan Medina. Apabila Karl
(Shida) menyatakan bahawa dia tidak sanggup meninggalkan Akeem, Aqram terus terdiam.

113
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Sinopsis Bab demi Bab

Bab 1

Farisha seorang gadis yang bertugas sebagai jurutera keselamatan sistem, baru sahaja selesai
bermesyuarat di Nusa Jaya. Semasa berada di Lapangan Terbang Senai, Farisha berkenalan
dengan Aqram dan secara kebetulan mereka duduk bersebelahan di dalam kapal terbang ke KLIA.
Farisha agak teruja melihat jam tangan yang dipakai oleh Aqram yang merupakan pusat kawalan
elektronik peribadinya. Sesampainya di pintu apartmentnya, Farisha terperanjat sekali lagi
apabila melihat pintunya juga telah terpasang retinal scanner. Farisha terpaksa menunggu Shida
kawan serumahnya yang sedang bermain skuasy dengan JUJU sebuah android untuk masuk ke
apartment mereka. Farisha ingin tidur awal kerana besok dia akan menghadiri satu simposium di
Hotel Renaissance. Dalam masa yang sama rupa-rupanya Aqram sudah dapat mencuri cawan
minuman Farisha semasa di dalam kapal terbang tadi dan dapat bekerjasama dengan Dr. Maxi
untuk mengkaji DNA Farisha.
Bab 2

Pada keesokan harinya Farisha dan Rosman pembantunya menghadiri sebuah simposium yang
akan dirasmikan oleh Phillips Young, Presiden Persatuan Penggodam Antarabangsa. Bermula
daripada pendaftaran, pencetakan bahan, sehingga mengatur kedudukan dalam simposium
tersebut semua diuruskan oleh robot. Sehinggakan Farisha berasa kecewa kerana Phillips Young
menyampaikan ucaptama beliau hanya melalui hologram sahaja. Tanpa diduga Farisha bertemu
lagi dengan Aqram. Dalam pertemuan ini Aqram menyatakan keinginannya mencari jururunding
untuk sebuah projek mini di makmalnya. Dalam pada itu Aqram telah berjaya menerobos fikiran
Farisha menggunakan penetrator berupa sebatang pen berwarna perang. Tetapi pendinding
WALL yang dimiliki oleh Farisha dapat menangkis segala maklumat yang dikumpul dalam
ingatan Aqram. Sebenarnya Aqram sudah sebulan cuba menjejaki Farisha untuk dibawa ke Soft
Lab untuk menyelamatkan Dinara.

Bab 3

Berikutan dengan tawaran Aqram yang ingin mencari jururunding untuk satu projek, Farisha dan
Rosman telah menghubungi Aqram. Aqram bersetuju membincangkan perkara itu di Puchong,
berjumpa dengan Karl. Karl seorang yang pernah menerima anugerah inovasi peringkat
kebangsaan tiga tahun dahulu. Tetapi sebelum berjumpa dengan Karl, Aqram telah
memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi dan beliau telah menawarkan RM1.5 juta
kepada mereka berdua untuk tugas menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh
empat minggu. Farisha meminta sedikit waktu untuk membuat keputusan. Sebelum pulang
Farisha dan Rosman diberi peluang untuk melihat Karl yang terlantar sakit barah. Projek Dinara
yang diteraju oleh Karl terhenti kerana dia sakit.

114
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Bab 4

Pada hari Isnin berikutnya, Farisha bersetuju berjumpa dengan Aqram di Soft Lab di Cyberjaya.
Farisha menumpang kereta Shida yang kebetulan ada temu janji dengan Khairul Anwar di Soft
Lab juga. Bangunan Soft Lab dilengkapi oleh sistem keselamatan yang canggih termasuklah
penggunaan imbasan tangan dan retina mata. Aqram juga menunjukkan beberapa bilik dan ruang
di situ yang canggih dan lengkap. Farisha amat teruja, terutamanya apabila dia memasuki pusat
data. Itulah Dinara yang memuatkan hampir semua aplikasi dan data. Di sinilah Farisha mendapat
kepastian bahawa tugasnya ialah menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Pada petangnya
barulah tugasan Farisha dan Shida selesai dan mereka pulang bersama-sama. Namun, dalam masa
yang sama Dr. Maxi, Aqram, dan Khairul Anwar mengadakan perbincangan. Rancangan mereka
hampir berjaya mendapatkan Farisha dan Shida untuk berada di Soft Lab untuk menjayakan
rancangan mereka. Mereka amat perlukan Shida juga sebagai physical backup kepada Farisha.
Mereka akan mengusahakan untuk memasukkan mikrocip ke dalam tubuh Shida, sebagaimana
yang ada dalam tubuh Farisha. Pada malam itu juga Dr. Maxi akan memadamkan beberapa
ingatan dan perasaan Alia, sebuah cyborg canggih supaya ia tidak akan mengganggu rancangan
yang diatur untuk Farisha dan Shida.

Bab 5

Keesokan harinya Farisha dan Shida mula bekerja di Soft Lab. Shida dibawa oleh Khairul Anwar
ke Arkib manakala Farisha diberikan taklimat oleh Alia tentang semua kod program yang ada
dalam Soth Lab. Pada sebelah petang Aqram pula memberi taklimat kepada Farisha. Aqram
menjelaskan bahawa Karl yang telah membangunkan teknologi hypervisor di dalam Dinara,
tetapi Dinara sekarang sudah diceroboh dan penceroboh telah berjaya menyusupkan satu virus
bom jangka yang akan memusnahkan Dinara pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Sebenarnya
inilah tugas Farisha dengan bayaran RM1.5 juta yang dia perlu membersihkan virus bom jangka
itu dan mengatasi semua kelemahan Dinara. Pada petang itu juga Farisha mendapat tahu bahawa
Rosman tidak dapat bersama-sama dengannya bertugas di Soft Lab kerana dia terpaksa
meneruskan projek di Senawang yang telah menawarkan bayaran dua kali ganda daripada
perjanjian awal. Farisha bersetuju. Farisha pulang dengan kepala yang berat memikirkan tentang
Dinara yang sudah diceroboh itu. Ini bererti tugasnya amat berat. Di Soft Lab pula, Alia
bertengkar dengan Dr. Maxi kerana banyak data pengetahuan dan perasaannya telah dipadamkan
dan tindakan Alia itu juga menggambarkan dia mempunyai perasaan cemburu dan tidak gemar
jika ada perempuan lain yang ada hubungan dengan Karl. Pada masa yang sama Khairul Anwar
menjelaskan bahawa Rosman tidak akan mengganggu mereka di Soft Lab lagi kerana dia telah
mempengaruhi syarikat di Senawang itu untuk membesarkan skop kerjanya. Pada malam itu
Shida mengalami mimpi ngeri sehingga terlambat bangun.

115
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Bab 6

Pagi itu Farisha datang lewat sepuluh minit ke Soft Lab. Alia sudah sedia menunggu. Farisha
berasa kepalanya berat dan dalam keadaan tidak sedar, Alia telah memasukkan mikrocip ke
dalam tubuhnya dan dia dapat berkomunikasi dengan Karl. Dalam komunikasi itu Karl meminta
pertolongan daripada Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Oleh sebab tidak dapat mengesan
butiran perbualan Farisha dan Karl, Alia menjadi cemburu dan marah. Selepas beberapa ketika
Farisha sedar semula dan menjadi lebih segar apabila dia makan pil yang diberikan oleh Aqram.
Kerja pada hari itu berakhir dengan perbincangan dan persoalan tentang seorang penyelidik yang
bernama Medina yang telah hilang di Soft Lab tanpa dapat dikesan. Hal ini tersebut dijelaskan
oleh Shida melalui kajiannya di Arkib.

Bab 7

Pada sebelah malam Farisha, Shida dan Rosman berjumpa di pejabat Secured Shell. Ketiga-
ketiganya meneliti kontrak yang diajukan oleh Soft Lab. Sementara mereka berbincang, tiba-tiba
Farisha mengalami sakit kepala setelah terlihat suatu cahaya putih memancar ke arahnya. Hasrat
meneliti kontrak dibatalkan dan ketiga-tiga mereka bergegas pulang. Sementara itu mereka
diberitahu oleh Uncle Seng yang berada di situ bahawa dia bergegas keluar dari kedai runcitnya
kerana terlihat beberapa orang turun tangga pejabat Secured Shell dengan membawa beberapa
perkakas besi termasuklah suatu barang yang serupa dengan piring tv satelit. Tiada laporan polis
dibuat. Dua malam selepas kejadian itu, Farisha telah diundang oleh Abang Azraai untuk makan
malam di rumahnya. Di sana Farisha bertemu, abang Azraai, kak Mariah dan kedua-dua anak
mereka Aina dan Dina. Alangkah terharu bercampur sedih apabila dia mendapat tahu bahawa
abangnya mengalami sakit jantung dan perkara kedua yang amat mengejutkannya ialah, dirinya
ialah anak angkat kepada ibu dan ayahnya. Malam itu Farisha tidak dapat melelapkan mata.
Bab 8

Pada pagi itu sebelum sempat Alia membawa Farisha ke alam bawah sedar, tiba-tiba Farisha
pengsan. Doktor dipanggil dan Farisha dibawa ke hospital. Aqram, Khairul Anwar dan Dr. Maxi
hairan dan menurut Aqram dia sudah menyiasat latar belakang Farisha sekian lama tiada pula
maklumat tentang sebarang penyakit yang membimbangkan. Sebaik saja Farisha dibawa ke
hospital, Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar bergegas ke Arkib untuk berjumpa Shida.
Beberapa soalan diajukan kepadanya tentang latar belakang penyakit Farisha.

116
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Bab 9

Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar berbincang tentang Plan B, iaitu menggantikan Farisha
dengan Shida. Namun kedua-duanya amat berbeza. Lagipun tubuh Farisha telahpun ditanam
dengan mikrocip yang membolehkannya berkomunikasi dengan Karl. Karl menggunakan
teknologi ini sebagai satu kaedah telepati untuk berhubung dengan Farisha. Pada jam 5.30 petang
mereka akan melawat Farisha di hospital. Shida pula pulang ke rumah dan cuba mencari
sebarang bukti tentang penyakit Farisha tetapi gagal. Namun Shida terjumpa satu bukti yang
menyatakan bahawa Farisha ialah anak angkat. Apabila Shida dan Rosman melawat Farisha, dia
sangat lemah dan terdapat satu benjolan kecil di belakang tengkuknya. Tetapi Farisha
menyatakan itu tidak apa-apa. Farisha terlena lagi. Beberapa minit kemudian, Farid dan Amin
(orang suruhan Marlyn/Medina) datang ke katil Farisha menggunakan peranti untuk
mendapatkan maklumat yang sebelum ini gagal kerana ruang fikiran Farisha dilindungi oleh
WALL. Tetapi kali ini mereka berjaya kerana WALL lemah apabila badan Farisha lemah.
Selepas itu Aqram pula mencari maklumat pada badan Farisha dengan menggunakan satu alat
sepanjang enam sentimeter. Aqram mendapati alat itu bertukar menjadi warna merah yang
menunjukkan tahap kesihatan Farisha tidak memuaskan. Farisha terus lena kerana abangnya
Azraai telah meminta doktor memberikan ubat tidur kepadanya. Azraai juga membohongi doktor
bahawa mikrocip di dalam badan Farisha yang kelihatan di CT-scand itu adalah dalam
pengetahuan Farisha yang dia sendiri sukarela menjalani satu uji kaji untuk sebuah universiti.
Perkara itu juga adalah amanah ibu bapanya supaya semua mikrocip itu mesti kekal dalam tubuh
Farisha dan dia mesti berkhidmat di Soft Lab apabila diperlukan. Pada tengah malam itu Dr.
Maxi menyarankan Shida akan menggantikan tempat Farisha.

Bab 10

Pada pagi itu sedang Shida membaca satu laporan tentang seorang penyelidik bernama Medina di
Arkib, dia diminta oleh Alia pergi ke Makmal B. Satu pembedahan untuk menanam mikrocip
telah dilakukan ke atasnya. Dia tidak diberitahu. Pada petang itu selepas sedar, apa yang
dilakukan ke atas Farisha dilakukan pula ke atas Shida. Kali ini tindak balasnya lebih teruk lagi.
Tetapi Dr. Maxi berdegil dan hanya memberhentikan ujikaji ini selepas lima minit. Ini akan
merosakkan otak seseorag. Dalam masa yang sama, Farisha dalam tidak sedar dapat
berkomunikasi dengan seseorang yang menyebut dirinya sebagai mummy. Di suatu tempat yang
lain pula, Farid dan Amin berasa amat hairan dan dapat melihat keajaiban teknologi kerana
perempuan tua yang menyuruh mereka mengekori dan berbuat sesuatu ke atas Farisha menjerit
gembira dan mengatakan dia berjaya menghubungi anaknya Farisha dan dia mengaku dirinya
lebih hebat daripada lelaki itu (Karl). Farid menyanggah perbuatan perempuan tua itu kerana
sanggup melakukan ujikaji ke atas anaknya sendiri. Merlyn/Medina tidak peduli. Apa yang dia
mahu adalah ingin membuktikan siapa yang benar dan yang lebih hebat daripada ‘lelaki’ itu.
Manakala Shida tetap murung, berada di bilik Farisha, dan tidak pulang ke rumah malam tadi.
Aqram gagal menerobos mindanya dan mungkin dia juga telah menerima mikrocip WALL atau

117
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

kesilapan Dr. Maxi yang tetap meneruskan uji kajinya ke atas Shida. Shida tidak mahu bercakap,
makan, atau minum malah menjadi garang seperti kucing liar yang ketakutan.
Bab 11

Apabila sudah boleh bangun dan berjalan Farisha ingin mendapatkan penjelasan daripada
abangnya Azraai tentang ibu kandungnya. Azraai menceritakan semua yang dia tahu tentang
Farisha. Farisha menjadi adik angkatnya kerana hendak menyelamatkannya daripada dijadikan
bahan uji kaji ibunya sendiri. Azraai menerangkan bahawa dia dan beberapa orang lagi telah
diamanahkan menjaga keselamatan Farisha. Apabila Farisha mendedahkan bahawa dia dapat
berkomunikasi dengan ibunya, Azraai kelihatan sangat cemas dan menyatakan bahawa Farisha
dalam bahaya dan terus membawa Farisha keluar dari hospital menuju ke arah selatan. Azraai
bercakap dengan seseorang dan bersetuju mendapatkan kunci rumah daripada orang tersebut di
Perhentian Ayer Keroh. Dalam pada itu Alia ditugaskan oleh Dr. Maxi untuk mempengaruhi otak
Shida. Akhirnya Dr. Maxi dapat berkomunikasi dengan Karl melalui Shida. Karl mengarahkan
supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus yang disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan yang
akan memusnahkan Dinara dan ribuan manusia. Dia perlukan Farisha. Tetapi Farisha sudah
meninggalkan Kuala Lumpur. Azraai ingin membawa Farisha ke Kulai, tetapi dalam perjalanan
Farisha diculik pula oleh dua orang suruhan ibu Farisha. Dalam masa yang sama di Soft Lab
sesuatu berlaku kepada Shida. Karl bercakap melalui Shida. Karl menyatakan bahawa Khairul
Anwar ialah seorang budak pengemis yang bernama Muhammad Irfan yang telah diganti
ingatannya. Khairul Anwar sangat berang.Karl juga menyebut bahawa dia memukul seorang
wanita sehingga menjadi cacat.
Bab 12

Penculik Farisha, iaitu Amin dan Farid dalam perjalanan ke Seremban membawa Farisha bertemu
dengan ibunya Marilyn. Dalam tidur Farisha dapat dihubungi oleh ibunya tetapi terhenti apabila
brek kereta ditekan mengejut lalu Farisha terjaga. Dalam pada itu di Soft Lab, Alia berkomunikasi
dengan Shida dan memberitahu bahawa wanita cacat itu ialah dirinya yang dipukul oleh Karl
kerana dia enggan meninggalkan agamanya. Perbualan antara Alia dan Shida dapat disaksikan
oleh Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar. Ketiga-tiga mereka berasa sedih memikirkan akibat
yang akan ditanggung oleh Shida akibat pemindahan maklumat pahit dan ngeri selama 20 tahun
oleh Karl ke dalam otak Shida. Berdasarkan laporan yang tersimpan di dalam Dinara, Dr. Maxi
juga menerangkan kepada Khairul Anwar dan Aqram bahawa uji kaji seperti itu juga pernah
dilakukan tetapi gagal dan mangsanya ialah Medina. Dalam pada itu alat pengesan pintar Rosman
dapat mengesan arah Farisha dilarikan. Mereka menuju ke Soft Lab, Cyberjaya. Azraai juga
menuju ke sana. Apabila tersedar Farisha menjerit-jerit dalam kenderaan yang dipandu oleh Farid
dan Amin. Mereka mengherdik Farisha mengatakan dia akan bertemu emaknya yang sudah
sangat lama ingin bertemu dengan anaknya itu. Namun Farisha marah dan ketakutan tidak mahu
berjumpa perempuan itu sebaliknya dalam keadaan kaki dan tangan terikat,

118
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Manakala di Soft Lab, Shida menyanyi dalam suara yang agak perlahan lagu kegemaran Karl.
Alia mendengar. Alia berkomunikasi dengan Karl melalui Shida lagi. Alia mendapat tahu
bahawa Karl gagal mendapatkan cinta Medina. Aqram dan Dr.Maxi sependapat mengetahui
bahawa Alia tetap berasa cemburu terhadap Karl bekas suaminya walaupun sudah beberapa
program dalam mindanya diubah. Mereka juga yakin bahawa Karl telah memindahkan kenangan
dan pengalamannya selama 20 tahun ke dalam otak Shida. Dalam pada itu, di sebuah stesen
minyak Marilyn menaiki kenderaan yang dipandu oleh Amin. Dia mendekati Farisha,
menyatakan bahawa dia amat merindui anaknya itu. Namun Farisha bertegas dan marah lalu
menempelak bahawa Marilyn pernah ingin membunuhnya dulu. Suis alat pemintas untuk
melemahkan WALL di otak Farisha dihidupkan.
Bab 13

Dr. Haris ialah doktor yang sedang merawat Karl di Puchong. Beliau menyatakan bahawa
keadaan kesihatan Karl sangat teruk. Namun Dr.Maxi mahu terus menghubungkan fikiran Karl
melalui Shida. Dr. Maxi dapat berbual dengan Karl melalui Shida. Melalui Shida Karl bangun
dan bertindak melalui komputer berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara.
Kebijaksanaan ini diterima oleh Karl melalui Farisha yang Karl telah gandakan IQnya 26 tahun
dahulu. Dalam masa yang sama Farisha telah berada di situ bersama-sama Marilyn/Medina, dan
dua orang pengikutnya. Di sini rahsia terbongkar. Marilyn/Medina ialah ibu Farisha dan Karl
ialah bapanya yang telah sanggup mengeksploitasi anaknya sendiri untuk kepentingan kajiannya
di Soft Lab iaitu mengaktifkan sistem Dinara. Marilyn menjadi musuh kerana Karl telah
mensabotaj fikirannya menggunakan fikiran seorang bekas banduan dan akibatnya
Marilyn/Medina menjadi separuh gila dan cuba mencekik Farisha. Dr. Maxi dan Aqramlah yang
menyelamatkan Farisha dan dibawa kepada keluarga angkatnya iaitu keluarga Azraai. Farisha
juga mendapat tahu bahawa Aqram juga adalah cyborg seperti Alia.
Bab 14

Hari ini merupakan hari paling hiba bagi Farisha kerana menghadap seorang insan yang
sepatutnya dipanggil ayah. Karl terbaring tidak berkata-kata. Dr. Haris menyatakan bahawa
aktiviti otaknya semakin menurun. Semua orang yang ada di situ masuk bergilir-gilir mendekati
Karl. Bermula dengan Aqram, Dr. Maxi, Khairul Anwar, Medina, Alia, dan akhirnya Farisha.
Farisha mengucapkan selamat tinggal kepada ayahnya, namun tiada jawapan. Tepat pada pukul
tujuh malam, Dr. Haris mengumumkan Karl telah meninggal dunia. Wasiat terakhir Karl ialah
mayatnya dibakar, dan abunya di tabur di Selat Melaka. Upacara dijalankan di Port Dickson.
Selepas upacara itu semua orang bercakap-cakap tentang kenangan masing-masing semasa Karl
masih hidup. Tetapi terdapat keanehan dalam diri Shida. Dia pandai berfalsafah seperti Karl.
Aqram dapat merasakan bahawa yang berfalsafah itu bukan Shida tetapi Karl.

119
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

TEMA
Ketaasuban terhadap sains dan teknologi hingga menghilangkan sifat kemanusiaan.

Farisha anak tidak sah taraf kepada Karl dan Medina menjadi korban ketaasuban ayahnya dalam
bidang sains. Semasa dia kecil, dia disuntik oleh Karl dengan pelbagai implan ke dalam badannya
semata-mata untuk menjadikan Farisha seorang yang genius. Keadaan ini menyebabkan ibu
kandung Farisha, Medina ingin membunuh Farisha kerana tidak sanggup melihat Farisha yang
masih bayi ditanam implan beberapa kali tanpa diberikan ubat bius. Namun, Farisha berjaya
diselamatkan oleh Dr. maxi dan Aqram lalu diserahkan kepada keluarga Azraai. Sungguhpun
tindakan Karl terhadap Farisha terlalu kejam namun Farisha kini berguna untuk menyelamatkan
Dinara kerana dia sangat genius dalam dunia pengkomputeran.

PERSOALAN

1. Persoalan memelihara alam sekitar


Cth: Karl, Dr Maxi, Aqram dan Farisha sanggup menggunakan kenderaan awam walaupun
mampu memiliki kenderaan sendiri supaya alam sekitar terpelihara.
2. Persoalan sikap baik hati
Cth: Keluarga Azraai yang baik hati sanggup menerima Farisha sebagai anak angkat mereka.
3. Persoalan kasih sayang ibu terhadap anak
Cth: Marilyn/ Medina berusaha untuk menyelamatkan Farisha daripada dipergunakan oleh Karl
yang taasub terhadap bidang sains.
4. Persoalan kasih sayang ibu terhadap anak
Cth: Marilyn/ Medina berusaha untuk menyelamatkan Farisha daripada dipergunakan oleh Karl
yang taasub terhadap bidang sains.
5. Persoalan kebijaksanaan dalam sesuatu bidang
Cth: Karl bijak dalam bidang sains hingga berjaya mencipta cyborg seperti Aqram, Alia dan
Khairul Anwar yang kini bekerja untuknya di Soft Lab.
7. Persoalan penghargaan terhadap daya inovasi seseorang
Cth: Karl menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan sebagai penghargaan atas
kepintarannya dalam bidang sains.
8. Persoalan manusia yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan
Cth: Karl tidak mengakui dan mempercayai kewujudan Tuhan. Dia menukarkan isterinya
(Rusmina) menjadi cyborg bernama Aliakerana Rusmina tidak mahu meninggalkan
agama yang dianutinya.
9. Persoalan dendam membawa kehancuran
Cth: Karl sanggup mensabotaj fikiran Marylin dengan menggunakan fikiran seorang
bekas banduan.
10. Persoalan semangat setia kawan
Cth: Shinda sanggup menggantikan rakannya Farisha sebagai penghubung dengan Karl
meskipun mengalami kesakitan.

120
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

WATAK DAN PERWATAKAN

Nama Watak Utama - Farisha


Watak
 Dia berusia 26 tahun dan merupakan jurutera keselamatan sistem teknologi maklumat
 Anak Karl dan Marilyn/Medina
 Matanya berwarna coklat muda, wajahnya cantik dan bersopan santun
 Dia mempunyai mikrocip yang disimpan oleh ayahnya, Karl dalam badannya
 Dia pemilik Syarikat Secured Shell Sdn Bhd

Perwatakan
 Seorang yang bijak – mudah memahami dan bijak menggodam rangkaian sistem Dinara
 Dia berwawasan – memajukan syarikat yang baru ditubuhkan
 Dia prihatin – ambil berat keadaan rakannya Shida
 Dia berwaspada – berfikir terlebih dahulu sebelum membuat keputusan
 Dia periang dan mudah tersenyum – mesra ketika bertemu Aqram semasa menghadiri
seminar di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur
 Dia tabah menghadapi cabaran dan berusaha membongkar rahsia di sebalik projek Dinara
 Dia penyayang – menyayangi abang angkatnya, Azraai.
 Dia cekap – cekap menggodam sistem keselamatan Bank Sapurba
 Dia pemaaf – Farisha seorang pemaaf kerana dia telah memaafkan kesalahan Karl apabila
pergi melawatnya yang sedang nazak.Dia tetap mengakui Karl sebagai ayahnya apabila ada
persamaan wajahnya dengan Karl dan Medina walaupun Karl tidak pernah memberikannya
kasisayang sebagai seorang bapa
 Farisha rajin – Farisha rajin kerana menghadiri The 3rd Malaysia Computer Security
Symposiun bersama-sama Rosman untuk meningkatkan ilmu pengetahuan berkaitan dengan
keselamatan computer

121
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Nama Watak Sampingan : Karl


Watak
 Dia ayah Farisha
 Dia suami Rusmina (Alia)
 Dia berumur 60 tahun
 Dia mengidap penyakit kanser
 Dia mengambil masa selama 20 tahun untuk mencipta teknologi mirip telepati dan ditanam
dalam badan Farisha, iaitu alat yang membolehkannya berhubung terus dengan anaknya
Farisha.
 Dia bekerjasama dengan Marilyn membangunkan projek Dinara

Perwatakan
 Dia mempunyai daya inovasi yang hebat – membangunkan sistem Dinara
 Dia tidak percaya adanya Tuhan – tidak mempercayai agama, bahkan memaksa isterisnya,
Rusmina murtad daripada agama dianutinya
 Dia seorang yang egois dan mementingkan diri sendiri

Nama Watak Sampingan: Aqram

Watak
 Dia ialah manusia Cyborg ciptaan Karl
 Dia adik kandung kepada Karl
 Dia kakitangan di Soft Lab
 Dia seorang yang tampan, sentiasa berpakaian kemas dan cepat mesra
 Dia terencat akal

Perwatakan

 Dia berbudi bahasa


 Dia kreatif dan bijak mengambil kesempatan
 Dia beperikemanusiaan – tidak bersetuju tindakan Dr Maxi yang mahu memutuskan proses
komunikasi bawah sedar antara Shida dengan Karl.
 Dia bijak merancang strategi – menembusi penghalang dalam fikiran Farisha dan berusaha
memikirkan strategi seterusnya untuk mendapatkan pengesahan kesahihan maklumat.
 Dia lelaki yang cukup pakej – Farisha dalam diam memuji perwatakan Aqram yang memiliki
pakej yang sempurna.
 Dia bertanggungjawab menceritakan rahsia Farisha dan pembinaan program Dinara dan
kewujudan beratus-ratus cyborg yang ada di Soft Lab.

122
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Nama Watak Sampingan : Azraai


Watak
 Dia abang angkat Farisha
 Dia sudah berkeluarga dan mempunyai dua anak
 Dia mengalami masalah sakit jantung

Perwatakan
 Dia penyayang –menyayangi Farisha walaupun hanya sebagai adik angkatnya
 Dia cepat mesra
 Dia rajin membaca – pengetahuannya tentang bidang perniagaan sangat luas
 Dia ambil berat keselamatan Farisha – sanggup memasang retinal scanner di rumah
sewa Farisha
 Dia prihatin terhadap keselamatan Farisha – melarikan Farisha dari Hospital
Putrajaya

Nama Watak Sampingan :


Medina/Marilyn/Mummy Watak
 Ibu kandung Farisha
 Dia berketurunan Portugal, cantik dan berambut keriting
 Dia bersama-sama Karl membangunkan projek Dinara
Perwatakan
 Dia seorang yang pendendam – Berdendam kepada Karl menyimpan mikrocip
dalam badan Farisha. Berusaha menghapuskan Karl apabila mengetahui projek
Dinara tidak berjaya, Medina hampir membunuh anaknya Farisha

Nama Watak Sampingan: Alia/Rusmina


Watak
 Dia isteri Karl,
 Dia merupakan cyborg yang dicipta oleh Karl.
Perwatakan
 Dia seorang yang panas baran
 Dia bijak mempengaruhi Farisha dan Shida.

Nama Watak Sampingan : Rosman


Watak
 Dia rakan sekerja Farisha di syarikat Secured Shell Sdn.Bhd
Perwatakan
 Dia seorang yang periang dan lucu
 Dia suka bertukar-tukar pendapat dan mudah berbincang
 Dia seorang yang bertanggungjawab –mencari Farisha yang telah diculik

123
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Nama Watak Sampingan : Shida


Watak
 Rakan serumah dan teman baik Farisha
 Dia seorang penulis dan mempunyai kelulusan dalam bidang undang-undang
Perwatakan
 Dia rajin – rajin menyiapkan tugasan tentang Soft Lab.
 Dia ringan tulang – sanggup menghantar Farisha ke stesen komuter
 Dia ambil berat kesihatan Farisha – melawat Farisha di hospital.
 Dia teliti ketika melakukan tugasan – mendapati nama Medina tidak tercatat dalam
senarai kumpulan yang membangunkan Dinara.
 Setia kawan – Shida sanggup menggantikan Farisha setelah Farisha tidak berjaya
dijadikan uji kaji di Soft Lab

Nama Watak Sampingan : Dr Maxi


Watak
 Beliau bertanggungjawab mengurus Dinara
 Beliau seorang penyelidik
Perwatakan
 Beliau pakar dalam sistem Dinara
 Bertanggungjawab - Beliau memujuk Farisha bekerja di Dinara dengan gaji lumayan RM1.5j

Nama Watak Sampingan : Dr Haris


Watak
 Seorang doktor
Perwatakan
 Bertanggungjawab memastikan kesihatan Karl sentiasa dijaga dan dipantau setiap masa.

Nama Watak Sampingan : Farid dan Amin


Watak
 Orang kepercayaan Medina
Perwatakan
 Patuh arahan – menculik Farisha semasa di Hentian Pagoh atas arahan Medina
Nama Watak Sampingan : Khairul Anwar
Watak
 Dia orang suruhan dan mematuhi arahan Dr Maxi
Perwatakan
 Dia mempunyai perasaan kemanusiaan terhadap Shida yang meronta-ronta setelah
menggantikan Farisha.

124
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

PLOT

1. Permulaan/Eksposisi
Cerita dimulakan dengan memperkenalkan watak Farisha dan Aqram yang berkenalan di dalam
kapal terbang dari Senai ke KLIA. Mereka seterusnya berjumpa lagi dalam sebuah konvensyen
komputer yang dijalankan keesokkannya. Aqram menawarkan Farisha menjadi jururunding
sebuah projek mini yang sangat bernilai di Soft Lab kepada syarikat milik Farisha.

2. Perkembangan
Perkembangan novel ini digambarkan melalui watak Farisha menghantar e-mel kepada
Aqram untuk berbincang tentang projek mini yang dibincang sebelum ini. Farisha dan Rosman
sangat terkejut dan teruja apabila mengetahui bahawa nilai projek yang ditawarkan kepada
mereka sebanyak RM1.5 juta. Farisha dan Rosman kemudiannya dibawa oleh Aqram berjumpa
dengan Dr Maxi. Farisha terkejut apabila Dr Maxi mengetahui peristiwa Farisha berjaya
menggodam sistem data Bank Sapurba. Selepas itu, mereka berdua dibawa ke sebuah bilik kaca
dan telah menemui Karl yang terlantar kerana mengidap penyakit barah usus. Farisha diberikan
tanggungjawab menggodam sistem Dinara dengan dibantu oleh Aqram dan Shida. Pelbagai
maklumat tentang projek Dinara yang perlu diketahui oleh Farisha.

3. Klimaks
Azraai telah memberikan satu fail peninggalan arwah ayahnya. Dalam fail tersebut
mengandungi butiran permohonan untuk mengambil Farisha sebagai anak angkat. Azraai
membuka rahsia bahawa ibu kandung Farisha sebenarnya ialah Marilyn/Medina, keturunan
Portugal. Ketika berada di hospital, Farisha dilarikan oleh Azraai untuk memastikan
keselamatan Farsiha tetapi kemudiannya diculik oleh Farid dan Amin untuk dibawa berjumpa
dengan ibunya. Azraai telah meminta bantuan Rosman untuk mencari Farisha. Medina/Marilyn
telah berhubung dengan Farisha semasa Farid dan Amin dalam perjalanan membawa Farisha.
Di Soft Lab, Alia mencuba mengetahui kisah Karl melalui Shida yang mempunyai hampir 20
tahun ingatan Karl. Shida menceritakan tentang kekesalan diri Karl yang telah menyeksa Alia.
Alia merupakan isteri Karl yang bernama Rusmina sebelum ditukarkan menjadi Alia. Farisha
akhirnya berjumpa dengan ibunya Marilyn/Medina yang hampir membunuhnya dulu.

4. Peleraian
Peleraian dalam novel ini diperihalkan melalui watak Dr Maxi yang berita daripada Dr Haris
bahawa Karl semakin tenat di rumahnya. Farisha bertemu ayah kandungnya Karl yang semakin
tenat. Medina/Marilyn menyesal kerana meninggalkan Karl. Karl akhirnya meninggal dunia
pada pukul 7.00 malam. Mayat Karl dibakar dan abunya ditabur di Selat Melaka atas
permintaan Karl. Selepas upacara tersebut, Farisha mulai perasaan bahawa Shida membisu saja
sejak semalam rupa-rupanya “Karl” masih berada di dalam tubuh Shida dan Karl meminta
supaya Farisha tidak berasa risau akan keadaan Shida dan mahu Farisha menyelamatkan sistem
Dinara di Soft Lab.

125
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

TEKNIK PLOT / PENCERITAAN

1. Pemerian
Penulis menggunakan bahasa yang jelas untuk menggambarkan sesuatu peristiwa supaya
mudah difahami. Contoh, “Jus oren dihabiskan untuk Cuma sekali teguk, kacang tanah
dibiarkan tidak berusik.” (hlm.7)

2. Dialog
Contoh: “Tak mandilah tu,” peril Farisha
“ Kan da ni, tak payahlah mandi,” kata Shida. (hlm.61)

3. Monolog Dalaman
Contoh: “Anak angkat?” Shida bertanya sendiri seolah-olah menyoal helai dokumen yang
ditatap (hlm 143)

4. Saspens
Contoh: Aqram, Khairul Anwar dan Dr Maxi terkejut apabila melihat Farisha pengsan di Soft
Lab. Ketika itu, mereka telah bersedia untuk meneruskan sesi yang selanjutnya, iaitu antara
Karl dan Farisha. Masing-masing berasa saspens dengan keadaan Farisha lalu menelefon
ambulans untuk menghantarnya ke hospital. (hlm 123 -125)

5 Imbas Kembali
Contoh: Farisha teringat akan ayah dan ibunya yang menghidap barah tulang. Hal ini terimbas
kembali apabila dia dan Rosman menziarahi Karl yang sakit dan terbaring kerana penyakit
barah usus. (hlm 53)
6 Imbas muka
Contoh: Awram berasa kasihan apabila memikirkan nasib yang akan menimpa Farisha pada
masa akan datang apabila projek Dinara ini bermula. Baginya, Farisha mampu menanggung
dari segi mental, namun dari segi fizikal dia tidak dapat memastikannya. (hlm 73)

126
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4
LATAR
Latar Masa
1. Malam
Cth : i. Farisha mengunjungi rumah abangnya ntuk makan malam. Semasa
berada di rumah abangnya, Farisha mengetahui bahawa abangnya
menghidap sakit jantung dan mengetahui bahawa dia hanyalah anak
angkat.
ii. Karl menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.00 malam.
iii. Farisha sampai ke apartmennya pada jam 10.00 malam

2. Pagi
Cth : i. Farisha menunggu Rosman untuk menjemputnya ke Hotel Renaissance
menghadiri symposium pada pukul 9.00 pagi.
ii. Farisha dan Shida memulakan tugas di Soft Lab pada waktu pagi
3. Petang
Cth : i. Shida bertemu dengan Dr Maxi pada pukul 4.30 petang
ii. Rosman dan Shida melawat Farisha di Wad 2B pada waktu petang.
iii. Farid dan Amin (Orang suruhan Medina/Marilyn) menyusup masuk ke dalam
wad pada waktu petang untuk memasang alat peranti di pelipis kiri Farisha
Latar Tempat
1. Lapangan Terbang Senai
Huraian: Tempat Farisha bertemu dengan Aqram ketika dia dalam perjalanan pulang ke Kuala
Lumpur setelah menghadiri program di Nusa Jaya.
2. Hotel Renaissance
Huraian: lokasi simposium Persatuan Penggodaman Antarabangsa
Senawang – Tempat Rosman bekerja menyiapkan projek diamanahkan kepada
syarikat usaha samanya dengan Farisha
3. Apartmen Farisha
Huraian : dilengkapi retinal scanner untuk meningkatkan keselamatan Farisha
4 Rumah agam Karl
Huraian: Lokasi kediaman rumah agam Karl terletak di Puchong.
5 Rumah Azraai
Huraian: Farisha keluarga abangnya apabila mengetahui abangnya menghidap sakit jantung.

6 Hospital Putrajaya (Wad 2B)–


Huraian: Farisha dihantar ke hospital setelah jatuh pengsan di Soft Lab.
7 Syarikat Soft Lab di Cyberjaya
Huraian: Berperanan sebagai pusat data, Jabatan Pembangunan Perisian, server yang
lengkap. Selain itu, mengandungi Desktop Maya yang menempatkan hasil penyelidikan
dan knowledge based sistem Dinara.

127
8. Hentian Pagoh
Huraian: Azraai memberhentikan keretanya dan Farisha diculik oleh dua orang lelaki yang
menggugut mahu mencederakan Azraai.
9. Pantai Port Dickson
Huraian: lokasi menabur abu mayat Karl dilakukan di Selat Melaka

10. Rumah ibu bapa Azraai


Huraian: Farisha diserahkan oleh kepada ibu bapa Azraai ketika berusia 2 tahun

128
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang sentiasa bersyukur


Huraian :Farisha bersyukur kerana dia dijadikan anak angkat dan membesar dalam keluarga
Islam. Dia tidak dapat membayangkan jika dia membesar dengan didikan bapa kandungnya,
Karl.
2. Masyarakat yang penyayang
Huraian: Hubungan kasih sayang antara dua beradik yang cukup jelas antara Farisha dan Azraai.
Azraai sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya sehingga sanggup memasang
‘retinal scanner’ dan interkom yang bersambung ke rumahnya.
3. Masyarakat yang bijaksana dalam bidang yang diceburi
Huraian :Farisha seorang gadis yang sangat bijak dalam teknologi dan telah terbukti dapat
menggodam sistem komputer dengan hebat. Kebijaksaan dia berpunca daripada implan yang
telah dipasang di badannya sejak kecil dan pelbagai jenis ubat untuk menjadikannya genius
telah dimasukkan ke dalam badannya oleh bapanya, Karl.
4. Masyarakat yang gigih meneruskan kehidupan
Huraian: Marilyn@Medina gigih meneruskan kehidupannya walaupun ramai orang
menggelarkannya wanita gila. Dia juga gigih meneruskan ciptaan sainsnya untuk menyaingi
Karl, lelaki yang pernah dicintainya. Selain itu, dia juga gigih mencari anaknya yang hilang dan
diserahkan kepada keluarga angkat.
5. Masyarakat yang patuh kepada arahan majikan
Huraian :Aqram dan Khairul Anwar sangat patuh kepada arahan ketuanya iaitu Dr Maxi dan
Karl walaupun kerap dimaki hamun oleh Karl. Mereka juga sanggup meneruskan misi mencari
Farisha untuk menyelamatkan Dinara walaupun banyak rintangannya.
6. Masyarakat yang saling bekerjasama
Huraian: Rosman dan Farisha saling bekerjasama untuk membangunkan syarikat kongsi
mereka iaitu Secured Shell. Mereka juga bekerjasama untuk menjalankan projek mini yang
ditawarkan oleh Soft Lab.Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan Alia saling bekerjasama untuk
mencari Farisha dan menyelesaikan masalah dalam Dinara. Mereka selalu berbincang untuk
kepentingan Dinara.
7. Masyarakat manusia cyborg
Huraian: Aqram, Alia, Khairul Anwar dan beratus-ratus orang pekerja syarikat Soft Lab
ialah manusia cyborg yang dicipta oleh Karl.
8. Masyarakat saintis yang taasub akan teknologi
Huraian: Pasangan saintis iaitu Karl dan Marilyn berusaha mempelbagai rekaan untuk
kepuasan diri. Karl mencipta ssstem Dinara dan menghasilkan manusia cyborg di Soft Lab.
Akhirnya berpisah kerana saling mengalahkan antara satu sama lain.

129
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

NILAI

1. Kesyukuran
Cth: Farisha bersyukur kerana dia dijadikan anak angkat dan membesar dalam keluarga Islam.
Dia tidak dapat membayangkan jika dia membesar dengan didikan bapa kandungnya, Karl.
2. Kasih sayang
Cth: Hubungan kasih sayang antara dua beradik yang cukup jelas antara Farisha dan Azraai.
Azraai sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya sehingga sanggup memasang
‘retinal scanner’ dan interkom yang bersambung ke rumahnya.
3. Kegigihan
Cth: Marilyn@Medina gigih meneruskan kehidupannya walaupun ramai orang
menggelarkannya wanita gila. Dia juga gigih meneruskan ciptaan sainsya bagi menyaingi Karl,
lelaki yang pernah dicintainya. Selain itu, dia juga gigih mencari anaknya yang hilang dan
diserahkan kepada keluarga angkat.
4. Kepatuhan
Cth : Aqram dan Khairul Anwar sangat patuh kepada arahan ketuanya iaitu Dr Maxi dan Karl
walaupun kerap dimaki hamun oleh Karl. Mereka juga sanggup meneruskan misi mencari Farisha
untuk menyelamatkan Dinara walaupun banyak rintangannya.
5. Kerjasama
Cth: Rosman dan Farisha saling bekerjasama untuk membangunkan syarikat kongsi mereka
iaitu Secured Shell. Mereka juga bekerjasama untuk menjalankan projek mini yang ditawarkan
oleh Soft Lab.Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan Alia saling bekerjasama untuk mencari
Farisha dan menyelesaikan masalah dalam Dinara. Mereka selalu berbincang untuk
kepentingan Dinara
6. Amanah
Cth: Azraai memegang amanah arwah ayah bahawa mikrocip mesti kekal dalam badan Farisha
dan berkhidmat di Syarikat Soft Lab.
7. Ketekunan
Cth: Farisha dan Shida bekerja dengan tekun untuk menyelamat Sistem Dinara daripada virus
yang disusup masuk.
8. Keprihatinan
Cth: Aqram dan Khairul Anwar sangat prihatin terhadap situasi yang dialami oleh Shida dan
meminta Dr Maxi membetulkan memori Shida
9. Baik hati
Cth: Keluarga Azraai telah menjaga dan membesarkan Farisha sejak berumur dua tahun.
10. Tanggungjawab
Cth: Farisha bertaggungjawab untuk membantu Soft Lab mengukuhkan dan menggodam
sistem Dinara yang diserang virus bom jangka
11. Kerajinan
Cth: Shida berusaha menulis artikel dan biografi mengenai Karl dengan bayaran RM40,000.
Shida rajin menelaah buku dan hasil kajian Karl di arkib.

130
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah gigih berusaha untuk memperoleh kejayaan walaupun menghadapi


cabaran.
Huraian: Farisha sanggup menghadapi setiap rintangan ketika menjalankan tugasnya di Soft
Lab

2. Kita mestilah menghormati dan menyayangi ibu bapa


Huraian: Farisha menghormati dan menyayangi ibu bapanya meskipun dieksploitasi untuk
kepentingan Soft Lab

3. Kita hendaklah bersikap amanah


Huraian: Azraai memastikan keselamatan Farisha seperti yang diamanahkan kepadanya.

4. Kita hendaklah menggunakan teknologi untuk kesejahteraan manusia


Huraian: Perbuatan Karl menggunakan teknologi untuk kepentingan diri sendiri perlu dielakkan
kerana mendatangkan kesan negatif.

5. Kita hendaklah berfikir sebelum membuat keputusan


Huraian: Farisha berfikir masak-masak sebelum menerima tawaran bekerja di Soft Lab.

6. Kita janganlah menaruh perasaan dendam terhadap orang lain


Huraian: Marilyn/Medina memaafkan suaminya, Karl walaupun Karl pernah mensabotajnya
sehingga dia hamper-hampir gila.

7. Kita hendaklah mengamalkan semangat kerjasama sebagai satu pasukan


Huraian: Rosman dan Farisha saling bekerjasama untuk membangunkan syarikat kongsi mereka
iaitu Secured Shell. Mereka juga bekerjasama untuk menjalankan projek mini yang ditawarkan
oleh Soft Lab.Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan Alia saling bekerjasama untuk mencari
Farisha dan menyelesaikan masalah dalam Dinara. Mereka selalu berbincang untuk kepentingan
Dinara.

131
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

GAYA BAHASA
1. Metafora
Wajahnya kelihatan seperti makhluk asing…(hlm 81)
seperti orang hilang akan (hlm 99)

2. Personifikasi
Cth: Menembusi ruang fikiran ..(hlm 33)
Rasa takut datang menyelubungi …(hlm 51)
Akhirnya Farisha memasuki perut pesawat.. (hlm 4)
Tangisnya menggila. (hlm 195)

3. Hiperbola
Cth: Melepasi selautan manusia ….(hlm 1)
Lantang berkumandang menggasak gegendang ( hlm 27)

4. Peribahasa
Cth: air muka (hlm 41) Anak
angkat ( hln 51)
bagaikan anjing dengan kucing (hlm 110)
seperti langit dengan bumi ( hlm 64)

5. Bahasa Inggeris
Cth: coffee house (hlm 41)
bean bags (hlm 24)
Name card (hlm 33)
“..Ofis client aku dekat sana,” (hlm 63)

6. Istilah sains dan teknologi


Cth: Retinal scanner
mikrocip
implan
peranti
Cyborg

132
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

PANDUAN MENJAWAB NOVEL

Soalan 4 :Novel ( 15 markah)

1. Soalan 4 mempunyai dua bahagian, iaitu bahagian (a) dan bahagian (b)
2. Soalan berkaitan novel yang telah dipelajari di tingkatan 4 dan tingkatan 5
3. Soalan-soalan merangkumi aspek struktur sesebuah novel seperti tema, persoalan, watak dan
perwatakan, latar, nilai murni, dan pengajaran.
4. Jawapan calon mestilah berbentuk esei.
5. Bahasa yang digunakan mestilah bahasa yang gramatis dan struktur ayat yang betul.
6. Bagi soalan 4(a), soalan yang ditanya berdasarkan salah sebuah novel yang telah dikaji.
7. Bagi soalan 4(b), soalan yang ditanya berdasarkan sebuah novel atau kedua-dua buah novel
yang telah dikaji.

Pemarkahan Soalan Novel

1. Markah keseluruhan untuk novel ialah 15 markah.

2. Bagi soalan 4(a), markah yang diperuntukkan ialah 7 markah, iaitu 4 markah isi dan 3 markah
bahasa. Calon perlu mengemukakan dua isi, iaitu 2 markah untuk setiap contoh yang lengkap
dan jelas.
3. Bagi soalan 4(b), markah yang diperuntukkan ialah 8 markah, iaitu 6 markah isi dan 2 markah
bahasa. Calon perlu mengemukakan tiga isi iaitu 2 markah untuk setiap huraian yang lengkap
ataujelas bagi setiap novel ataupun dua isi iaitu 3 markah untuk setiap isi + huraian yang
lengkap.
4. Markah bahasa diberikan secara impression.

Tip Cemerlang Menjawab Soalan Novel

1 Baca dan garisi kata kunci dalam soalan

2. Senaraikan isi-isi penting terlebih dahulu sebelum menulisnya dalam bentuk esei

3. Pastikan satu isi dalam perenggan, iaitu satu pernyataan dan satu huraian berserta contoh.
4. Gunakan bahasa yang baku, struktur ayat yang pelbagai, serta pemilihan kata yang tepat dan
sesuai.

133
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 1.

Huraikan tema berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji.

[7 markah]

Praktis 2

Huraikan tiga latar tempat yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari dengan
mengemukakan contoh-contoh yang sesuai.
[8 markah]

Praktis 3.

Bandingkan perwatakan watak utama dengan perwatakan satu watak sampingan dalam sebuah novel
yang anda pelajari.
[7 markah]

Praktis 4.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa pada permulaan cerita dan
nyatakan sebab kepentingan peristiwa tersebut untuk anda meneruskan pembacaan.
[8 markah]

Praktis 5.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam
novel tersebut.
[7 markah]

Praktis 6.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga peristiwa yang menunjukkan
kepincangan yang berlaku dalam masyarakat.
[8 markah]

134
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 7.

Tajuk sesebuah novel mestilah menggambarkan isi kandungan ceritanya.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan kesesuaian tajuk novel tersebut dengan isi
kandungan ceritanya.
[7 markah]

Praktis 8.

Pengarang mewujudkan peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan teladan oleh pembaca.


Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga peristiwa yang dapat dijadikan teladan.

[8 markah]

Praktis 9.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama menyelesaikan satu
konflik yang dihadapinya.
[7 markah]

Praktis 10.

Jelaskan tiga latar masa yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.

[8 markah]

Praktis 11.

Terdapat pelbagai peristiwa menarik yang dipaparkan dalam sesebuah novel. Berdasarkan sebuah
novel yang telah anda pelajari, huraikan dua peristiwa paling menarik. Berikan alasan anda.
[7 markah]

Praktis 12.
Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.

[8 markah]

135
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 13.

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua latar masyarakat yang terdapat
dalam novel tersebut.
[7 markah]

Praktis 14.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan tiga contoh nilai kasih sayang yang terdapat
dalam novel tersebut.
[8 markah]

Praktis 15.

Sesebuah novel dapat meninggalkan pelbagai kesan terhadap perasaan pembaca.

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua peristiwa yang meninggalkan kesan terhadap
perasaan anda.

[7 markah]

Praktis 16.

Jelaskan dua peristiwa pada akhir cerita dalam sebuah novel yang anda kaji kemudian nyatakan
sebab penulis mengakhiri ceritanya begitu.
[8 markah]

Praktis 17.

Jelaskan dua perwatakan watak utama yang dapat memberikan teladan kepada pembaca berdasarkan
sebuah novel yang telah anda pelajari.

[7 markah]

136
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 18.

Setiap novel mengandungi nilai kemanusiaan yang dapat dicontohi pembaca. Jelaskan dua nilai
kemanusiaan yang terkandung dalam sebuah novel yang telah anda kaji.
[7 markah]

Praktis 19.

Watak dalam sebuah cerita berperanan untuk menghidupkan penceritaan. Berdasarkan sebuah novel
yang telah anda kaji, jelaskan satu watak sampingan lelaki dan perwatakannya.

[7 markah]

Praktis 20

Konflik merupakan satu daripada teknik penceritaan yang dapat mengembangkan sesebuah cerita.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua konflik yang dihadapi oleh watak
utamanya.
[8 markah]

137
LAMPIRAN

PANEL PENGGUBAL PRIGEL KOMSAS,


UNIT BAHASA MALAYSIA, SPA,JPN
SABAH.

BIL NAMA SEKOLAH

01 Encik Juilis Mokujal SMK Narinang, Kota Belud


02 Encik Ronnie Leong Kim Fui SMK Likas, Kota Kinabalu
03 Encik Sulaiman Suhaili SMK Pengiran Omar II, Sipitang
04 Puan Azlida Abd Rahman SM Shan Tao, Kota Kinabalu
05 Puan Halina Jumaring SMK Taman Tun Fuad, Kota Kinabalu
06 Cik Suzanah Dahlin SMK St Joseph

138

Anda mungkin juga menyukai