Anda di halaman 1dari 153

MODUL PRIGEL KOMSAS

1
MODUL PRIGEL KOMSAS

UCAPAN PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinan dan limpah-
Nya, Modul Prigel KOMSAS Tingkatan Lima dapat dihasilkan. Oleh sebab itu, saya
merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Unit Bahasa Malaysia, Sektor Pengurusan
Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan panel penulis Modul Prigel Bahasa Melayu
atas komitmen menghasilkan modul yang sangat bermanfaat ini.

Prakarasa penghasilan modul ini adalah merupakan Projek Peningkatan Prestasi


Bahasa Melayu SPM yang bertujuan untuk memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM). KPM telah mengetengahkan isu bahawa terdapat pelajar yang gagal dalam
peperiksaan SPM setelah 11 tahun berada dalam alam persekolahan. Salah satu punca
kegagalan murid yang dikenal pasti ialah murid tidak dapat menjawab dengan baik soalan
peperiksaan Bahasa Melayu khususnya soalan yang berkaitan dengan Komponen Sastera
dalam Bahasa Melayu (KOMSAS) untuk soalan 2(b), 2(c), 2(d), dan soalan 4 (novel). Murid
dikenal pasti tidak menguasai cara memahami teks serta teknik menjawab soalan dengan
betul. Oleh yang demikian, untuk membantu murid lulus dalam peperiksaan SPM maka
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan Lima diperkenalkan yang bersesuaian dengan tahap
keperluan pembelajaran murid di negeri Sabah.

Modul ini sesuai digunakan oleh guru dan murid sebagai bahan sokongan pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan guru Bahasa Melayu. Saya berharap agar
murid-murid dapat menguasai cara pembelajaran menggunakan modul ini bagi meningkatkan
lagi peratus kelulusan Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM Jabatan Pelajaran Negeri
Sabah.

Oleh itu, saya mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada panel penulis
modul yang berusaha gigih untuk menghasilkan Modul Prigel KOMSAS ini. Modul ini
diharapkan dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya
dapat melonjakkan prestasi murid dalam peperiksaan awam khasnya SPM.

Sekian.

ENCIK ABIDIN BIN MARJAN


Ketua Sektor,
Sektor Pengurusan Akademik,
b.p Pengarah Pendidikan Negeri Sabah,
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

2
MODUL PRIGEL KOMSAS

PRAKATA PANEL PENGGUBAL MODUL PRIGEL KOMSAS

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan Lima ini dihasilkan dengan satu tujuan,
iaitu membantu calon SPM mencapai kejayaan cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu dalam peperiksaan SPM. Hal ini dikatakan demikian kerana Bahasa Melayu
merupakan mata pelajaran teras yang memerlukan pelajar mendapat keputusan yang
cemerlang dan membantu mereka meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Selain itu, modul ini dihasilkan untuk membantu para guru membuat
persediaan mengajar yang lebih rapi dalam usaha melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Modul ini boleh digunakan oleh guru untuk
mengajar dan pelajar dapat menggunakannya untuk tujuan latih tubi dan juga sebagai
rujukan.

Modul ini dihasilkan mengikut topikal tetapi masih mengekalkan format


peperiksaan Bahasa Melayu SPM yang sebenar iaitu dari aspek bentuk soalan dan aras
soalan. Selain itu, topik-topik yang terdapat dalam modul ini mengikut Huraian
Sukatan Pelajaran (HSP) Bahasa Melayu Tingkatan 5.

Modul ini dihasilkan oleh ahli Panel Penggubal Modul yang dilantik oleh SPA
Jabatan Pendidikan Sabah yang terdiri daripada Guru Cemerlang, Pemeriksa Kertas
Bahasa Melayu SPM dan Jurulatih Utama Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, diharapkan
pelajar-pelajar dan guru-guru dapat memanfaatkan modul ini dalam usaha memperoleh
keputusan peperiksaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.

Sekian. Terima kasih

PANEL PENULIS MODUL PRIGEL KOMSAS


Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

3
MODUL PRIGEL KOMSAS

KANDUNGAN

Ucapan Penghargaan 1
Prakata Panel Penggubal Modul 3

PUISI TRADISIONAL
A NOTA
1. Beberapa Petua Hidup 8-11
2. Berbuat Istana Zaman Dahulu 12-14

B BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN 15-17

C PRAKTIS TOPIKAL
1. Beberapa Petua Hidup 18
Praktis 1 19
Praktis 2 19
Praktis 3 20
Praktis 4 20
Praktis 5 20

2. Berbuat Istana Zaman Dahulu 21


Praktis 1 21-22
Praktis 2 22
Praktis 3 23
Praktis 4 23
Praktis 5 24

GENRE PUISI MODEN 25


A NOTA
1. Sejadah Rindu 26-28
2. Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus 29-31
3. Erti Hidup Bererti 32-34
4. Kudup Perang 35-37

B BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN 38-40


C PRAKTIS TOPIKAL
1. Sejadah Rindu 41
Praktis 1 42
Praktis 2 42
Praktis 3 42
Praktis 4 43
Praktis 5 43

2. Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus 43


Praktis 1 44
Praktis 2 44
Praktis 3 44
Praktis 4 44-45
Praktis 5 45

4
MODUL PRIGEL KOMSAS

3. Erti Hidup Bererti 45


Praktis 1 46
Praktis 2 46
Praktis 3 46
Praktis 4 47
Praktis 5 47

4. Kudup Perang 48
Praktis 1 49
Praktis 2 49
Praktis 3 50
Praktis 4 50
Praktis 5 51

GENRE PROSA TRADISIONAL 52


A NOTA
1. Burung Terbang Dipipiskan Lada 53-54

B BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN 55-58

C PRAKTIS TOPIKAL
Praktis 1 58-59
Praktis 2 59
Praktis 3 60
Praktis 4 61
Praktis 5 62

GENRE CERPEN 63
A NOTA
1. Cinta Ahmad Mutawakkil 64-69
2. Hipertensi 70-76
3. Gerhana Manusia 77-82

B BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN 83-84


C PRAKTIS TOPIKAL
1. Cinta Ahmad Mutawakkil
Praktis 1 85-86
Praktis 2 86
Praktis 3 87
Praktis 4 88
Praktis 5 89

2. Hipertensi
Praktis 1 90
Praktis 2 91
Praktis 3 92
Praktis 4 93
Praktis 5 94

5
MODUL PRIGEL KOMSAS

3. Gerhana Manusia
Praktis 1 95
Praktis 2 96
Praktis 3 97
Praktis 4 98
Praktis 5 99

GENRE DRAMA 100


A NOTA
1. Bukan Gila 101-107

B BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN 107-108

C PRAKTIS TOPIKAL
1. Bukan Gila
Praktis 1 109
Praktis 2 110
Praktis 3 111
Praktis 4 112
Praktis 5 113

GENRE NOVEL SILIR DAKSINA 115


A NOTA
1. Biodata 116
2. Sinopsis keseluruhan 117
3. Sinopsis mengikut bab 118-137
4. Tema 138
5. Persoalan 138
6. Watak dan Perwatakan 139-142
7. Plot dan Teknik Plot 142-144
8. Latar 144-145
9. Nilai 145-146
10. Pengajaran 146
11. Gaya bahasa 147

B BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN 148


C Latihan Praktis Novel 149-152

Senarai Nama Panel Penggubal KOMSAS 153

6
MODUL PRIGEL KOMSAS

7
MODUL PRIGEL KOMSAS

A.NOTA
BEBERAPA PETUA HIDUP
[Za’ba]

Sajak Maksud

Fikir dan Kata


Rangkap 1 Jika kita tidak mahu berfikir dan tidak teliti,
Kurang fikir, kurang siasat, sudah tentu kita akan melakukan kesilapan.
Tentu dirimu kelak tersesat.

Rangkap 2 Sebelum mengeluarkan kata-kata, seseorang


Fikir dahulu sebelum berkata, itu hendaklah berfikir terlebih dahulu agar
Supaya terelak silang sengketa. tidak timbul salah falam yang dapat
mencetuskan perbalahan.

Rangkap 3 Kata-kata sindiran atau kecaman jika


Perkataan tajam jika dilepas, diucapkan mampu mengundang bahaya yang
Ibarat beringin, racun dan upas. besar.

Rangkap 4 Seseorang yang tidak menjaga pertuturan


Kalau mulut tajam dan kasar, akan terjebak dalam masalah yang besar
Boleh ditimpa bahaya besar. seperti pergaduhan.

Silang Sengketa
Rangkap 5 Seseorang yang suka terlibat dalam
Siapa menggemari silang sengketa, pergaduhan sudah tentu akan berasa
Kelaknya pasti berdukacita. kesedihan atau penyesalan selepas itu.

Rangkap 6 Pergaduhan hendaklah dielakkan, tetapi jika


Silang selisih jangan dicari, tidak boleh dielakkan, kita perlu
Jika tersua janganlah lari. menghadapinya.

Ilmu
Rangkap 7 Jika ilmu tidak dipelajari sepenuhnya, kita
Jikalau ilmu tiada sempurna, tidak akan dapat manfaatnya.
Tiada berapa ia berguna.

Rangkap 8 Ilmu dan kebijaksanaan dapat dicari jika kita


Ilmu kepandaian boleh dikejar, bersungguh-sungguh mempelajarinya.
Asal mahu rajin belajar.

8
MODUL PRIGEL KOMSAS

Dunia Pergaulan
Rangkap 9 Dunia merupakan tempat untuk kita
Dunia ini taman pergaulan, berkawan. Namun, kita perlu berhati-hati
Hendaklah pilih sahabat dan taulan. untuk memilih seseorang sebagai teman atau
sahabat.

Rangkap 10 Kita dapat mengenal seseorang melalui budi


Manusia dikenal sifat budinya, pekertinya. Jika kita melihat rakan-rakannya
Dengan dilihat siapa kawannya. baik, maka dia juga merupakan orang yang
baik.

Rangkap 11. Lazimnya, seseorang itu akan berkawan


Burung yang sama corak dan bulu, dengan orang yang sama minat, sama umur,
Selalu sekumpul ke hilir ke hulu. sama tingkah laku, dan sebagainya.

Sifat-sifat yang Baik


Rangkap 12 Jika anda seorang yang baik, anda akan
Jikalau kamu bersifat budiman, dipandang tinggi oleh masyarakat.
Dipandang sebagai bunga di taman.

Rangkap 13 Jika anda suka menderma, semua orang akan


Jikalau kamu bersifat dermawan, menyukai anda.
Segala orang dapat kautawan.

Rangkap 14 Jika anda suka bersedekah, semua orang akan


Jikalau kamu bersifat pemurah, bersedia untuk menolong anda pula.
Segala manusia datang menyerlah.

Perbuatan yang Baik


Rangkap 15 Orang yang suka berbuat baik akan sentiasa
Barang siapa berbuat jasa, dikenang sampai bila-bila.
Mulia namanya segenap masa.

Rangkap 16 Sikap suka membantu orang lain perlu ada


Menolong orang sesama wajib dan perlu, pada setiap orang. Tetapi, sebelum kita
Tetapi tolonglah dirimu selalu. membantu orang lain, kita mestilah
membantu diri kita dahulu.

Sifat-sifat yang Jahat


Rangkap 17 Seseorang yang ingin menyalahkan orang
Telunjuk lurus kelengkeng berkait, lain sebenarnya diri dialah yang bersalah. Hal
Hati sesama menjadi pahit ini menyebabkan orang di sekeliling tidak
menyukainya.

9
MODUL PRIGEL KOMSAS

Rangkap 18
Barang siapa berbuat khianat, Seseorang yang suka berbuat jahat, dia akan
Tuhan kelak memberi laknat. menerima pembalasan daripada-Nya.

TEMA

Nilai-nilai murni yang perlu diamalkan dalam kehidupan dan dijadikan sebagai
pegangan.

PERSOALAN

1. Kerajinan untuk menuntut ilmu.


2. Orang yang pemurah disukai oleh masyarakat.
3. Kepentingan memilih sahabat yang baik.
4. Sikap berhati-hati dalam percakapan.
5. Sikap orang yang baik sentiasa disenangi oleh masyarakat.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang rajin menuntut ilmu.
2. Masyarakat yang baik hati.
3. Masyarakat yang berhemah tinggi.
4. Masyarakat yang murah hati / dermawan.
5. Masyarakat kebijaksanaan.

GAYA BAHASA

1. Asonansi
Cth : Supaya terelak silang sengketa. (pengulangan bunyi vokal a)
2. Aliterasi
Cth :
Mulia namanya segenap masa. (pengulangan bunyi konsonan m)
3. Simile
Cth : Ibarat beringin, racun dan upas.
4. Repitisi
Cth : kurang fikir, kurang siasat.
5. Imej alam
Cth : Burung yang sama corak dan bulu.

BENTUK

1. Rima akhir – sama iaitu a a


2. Suku kata-antara 9 hingga 12 suku kata sebaris
3. Rangkap - 18 rangkap
4. Patah kata – setiap baris antara 3 hingga 6 patah kata
5. Setiap rangkap – 2 baris

10
MODUL PRIGEL KOMSAS

NILAI

1. Nilai kerajinan
Cth : Kerajinan dalam menuntut ilmu.
2. Nilai baik hati
Cth : Sentiasa baik hati agar disukai oleh orang lain.
3. Nilai hemah tinggi
Cth : Mempunyai tingkah laku dan tutur kata yang terpuji.
4. Nilai murah hati
Cth : Sentiasa bersifat dermawan kepada orang yang memerlukan.
5. Nilai kebijaksanaan.
Cth : Kebijaksanaan dalam mencari dan memilih sahabat.

PENGAJARAN

1. Kita haruslah rajin belajar untuk menambahkan ilmu dan kemahiran jika ingin berjaya.
2. Kita haruslah mengamalkan sifat-sifat yang baik dan terpuji dalam kehidupan agar
sentiasa disenangi oleh orang lain.
3. Kita haruslah sentiasa menjaga tutur kata dan tingkah laku kita agar disenangi dan
mengelakkan perselisihan.
4. Kita haruslah sentiasa bersifat murah hati agar memudahkan kita mendapatkan
bantuan dan pertolongan apabila perlu.
5. Kita mestilah bijaksana dalam mencari dan memilih sahabat kerana manusia di dunia
ini mempunyai pelbagai karenah dan sifat.

11
MODUL PRIGEL KOMSAS

SELOKA ‘BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU’


[Za’ba]

Puisi Maksud
Rangkap 1
Baginda menitahkan orang besar empat, Raja memerintahkan orang besar berempat
Membuat istana puri berkota; untuk mendirikan sebuah istana. Baginda
Lalu dipanggil Pawang raja. memanggil Pawang Raja untuk
Pawang mengerah orang bekerja, mengerahkan empat puluh empat tukang
Empat puluh empat tukang dan utas, yang pakar bekerja siang dan malam untuk
Siang malam tidak berhenti. menyiapkan sebuah istana.

Rangkap 2
Tujuh bulan tujuh purnama, Istana yang dibina selama tujuh bulan
Istana siap dengan alatnya; tersergam indah dengan segala kemudahan.
Besar tersergam sembilan ruang, Istana dilengkapi dengan sembilan ruang
Sepuluh dengan rembat guntung, utama, sepuluh rembat guntung, sebelas
Sebelas dengan pancung serong, pancung serong, dan dua belas anjung
Dua belas dengan anjung tinggi. tinggi.

Rangkap 3
Tiga sudut menteri delapan, Istana juga mempunyai tiga sudut untuk
Tiang panjang maharaja lela, lapan orang menteri. Sudut itu mempunyai
Tiang tengah syukur menanti; reka bentuk yang unik pembinaannya, iaitu
Galang-galangnya ular berang, bertiang panjang dan bertiang tengah.
Kasau kecil puteri menyembah, Seterusnya, galang-galang istana bercorak
Kasau lentik helang berbega. ular berang, kasau kecil bercorak puteri
menyembah, dan helang terbang.

Rangkap 4
Berbunga sawa mengelempai, Seni ukiran istana dihias indah dengan
Bertakuk bersedelinggam, pelbagai corak yang amat menarik. Ada
Berjenang berbatu kawi, yang memiliki ukiran seni bina Jawa dan
Berselimpat ukir Jawa, Cina. Selain itu motif haiwan dan tumbuh-
Lilit-melilit akar Cina; tumbuhan juga menjadi pilihan tukangnya
Garam sebuku sisa jeragan, seperti ular, layang-layang, dan sebuku
Bunga kenanga dimakan ular, garam.
Layang-layang di pintu ular.

Rangkap 5 Apabila istana siap dibina, ditakdirkan


Istana siap tukang pun mati, tukangnya telah meninggal dunia
Tiada orang dapat meniru: (dibunuh). Tiada seorang pun tukang lain
Dipersembahkan kepada baginda suami isteri. yang dapat menandingi kehebatannya.
Istana pun diserahkan kepada raja dan
permaisuri.

12
MODUL PRIGEL KOMSAS

TEMA

Kesetiaan atau ketaatan kepada raja – rakyat yang setia telah berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk mendirikan istana yang sungguh agam

PERSOALAN

1. Persoalan kesetiaan rakyat kepada pemerintah.


Cth : Rakyat amat taat kepada perintah raja. Mereka melakukan apa sahaja perintah
yang diarahkan oleh raja.
2. Persoalan kerajinan / kegigihan dalam menyiapkan sesuatu pekerjaan
Cth : Rakyat gigih membina istana sehingga selesai
3. 1. Persoalan keunikan seni ukiran dan seni bina Melayu.
Cth : Binaan istana pada zaman dahulu menggunakan tenaga manusia. Binaanya
kukuh dan bermutu tinggi serta dihiasi dengan ukiran menarik.
4. Persoalan kerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Cth : Rakyat bekerjasama melaksanakan perintah raja untuk membina istana
5. Persoalan fungsi istana
Cth : Istana bukan sahaja sekadar menjadi kediaman rasmi raja malah menjadi tempat
pemerintah mengadakan pelbagai aktitiviti dan pertemuan para pembesar dan
tetamu.

BENTUK

1. Seloka berbentuk bebas atau tidak terikat.


2. Terdiri daripada lima rangkap
3. Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama, iaitu antara 3-8 baris.
4. Bilangan perkataan bagi setiap baris tidak sama, iaitu antara 2-6 patah kata.
5. Bilangan suku kata setiap baris tidak sama, iaitu antara 8-17 suku kata
6. Rima akhir tidak sama.

GAYA BAHASA

1. Asonansi
Cth : Tujuh bulan tujuh purnama (pengulangan bunyi vokal u)
2. Aliterasi
Cth : Tiang tengah syukur menanti (pengulangan bunyi konsonan t)
3. Penggunaan kata arkaik/klasik
Cth : utas; bersedelingam; puri
4. Repitisi
Cth : Empat pulu empat tukang dan utas.
5. Responsif
Cth : Sepuluh dengan rembat guntung,
Sebelas dengan pancung serong

13
MODUL PRIGEL KOMSAS

6. Anafora
Cth: Tiang panjang maharaja lela,
Tiang tengah syukur menanti;
7. Personifikasi
Cth: Tiang tengah syukur menanti

NILAI

1. Nilai ketaatan
Cth : Orang Besar Berempat telah menurut perintah raja dengan membina dan
menyiapkan sebuah istana agam yang dikelilingi parit dan tembok.
2. Nilai kegigihan/ kerajinan
Cth : empat puluh empat tukang dan utas yang pakar telah bekerja dengan gigih untuk
menyiapkan istana dalam tempoh tujuh bulan.
3. Nilai kerjasama.
Cth : tukang dan utas telah bekerjasama untuk mengilhamkan seni bina dan seni ukir
pada istana dengan menggunakan unsur alam.
4. Nilai tanggungjawab
Cth : Raja seorang yang bertanggungjawab kerana telah menyediakan sebuah istana
agam untuk permaisuri kesayangannya

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah memberi taat setia kepada pemerintah


2. Kita hendaklah menghasilkan sesuatu kerja dengan penuh kesungguhan
3. Kita mestilah menyerlahkan keunikan senia bina
4. Kita wajarlah bekerjasama ketika melaksanakan sesuatu pekerjaan yang diamanahkan
kepada kita.

14
MODUL PRIGEL KOMSAS

B. BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN

Bentuk Soalan Markah

Bertanyakan maksud baris /rangkap(bertumpu) Soalan i (2 markah)

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Soalan ii (3 markah)


(memberikan pandangan atau pendapat, alasan,
menyatakan kewajaran dan sebagainya)

Elemen kajian KOMSAS (bertumpu) Soalan iii ( 4 markah)


(menyatakan aspek sastera seperti tema, persoalan, gaya
bahasa, nilai dan pengajaran daripada petikan dan
keseluruhan puisi)

Teknik Menjawab.

Jawapan menggunakan ayat sendiri


Jawapan dengan ayat lengkap/gramatis
Peruntukan markah bagi setiap ceraian soalan menggambarkan jumlah isi yang
diperlukan (Cth:3 markah = 3 isi), kecuali soalan memberi maksud.
Pelajar boleh menyalin semula sebahagian daripada ayat-ayat dalam petikan
sebagai jawapan (kaedah potong tampal)
Bagi soalan kemahiran berfikir, jawapan mestilah logik dan relevan dengan
kehendak soalan.
Bagi soalan komsas yang menggunakan kata kunci soalan jelaskan atau huraikan,
pelajar perlu memberikan contoh atau huraian ringkas.

15
MODUL PRIGEL KOMSAS

Contoh Soalan dan Jawapan

Baca petikan puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

PUISI BEBERAPA PETUA HIDUP

Fikir dan Kata Sifat-sifat yang Baik


Kurang fikir, kurang siasat,
Tentu dirimu kelak tersesat. Jikalau kamu bersifat budiman,
Dipandang sebagai bunga di taman.
Fikir dahulu sebelum berkata,
Supaya terelak silang sengketa. Jikalau kamu bersifat dermawan,
Segala orang dapat kautawan.
Perkataan tajam jika dilepas,
Ibarat beringin, racun dan upas. Jikalau kamu bersifat pemurah,
Segala manusia datang menyerlah.
Kalau mulut tajam dan kasar,
Boleh ditimpa bahaya besar.
Perbuatan yang Baik
Silang Sengketa
Barang siapa berbuat jasa,
Siapa menggemari silang sengketa, Mulia namanya segenap masa.
Kelaknya pasti berdukacita.
Menolong orang sesama wajib dan perlu,
Silang selisih jangan dicari, Tetapi tolonglah dirimu selalu.
Jika tersua janganlah lari.
Sifat-sifat yang Jahat
Ilmu
Telunjuk lurus kelengkeng berkait,
Jikalau ilmu tiada sempurna, Hati sesama menjadi pahit.
Tiada berapa ia berguna.
Barang siapa berbuat khianat,
Ilmu kepandaian boleh dikejar, Tuhan kelak memberi laknat.
Asal mahu rajin belajar.
(Kalung Bunga Za’ba, 2008
Dunia Pergaulan Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
Dunia ini taman pergaulan,
Hendaklah pilih sahabat dan taulan.

Manusia dikenal sifat budinya,


Dengan dilihat siapa kawannya.

Burung yang sama corak dan bulu,


Selalu sekumpul ke hilir ke hulu.

16
MODUL PRIGEL KOMSAS

i. Berikan maksud baris membuat istana puri berkota


(2 markah)
Tip: Calon perlu memberikan maksud baris sajak dengan menggunakan ayat yang
gramatis.

Jawapan lengkap:
Maksud membuat istana puri berkota ialah membina istana yang dikelilingi oleh parit
sebagai benteng pertahanan.

ii Dunia ini taman pergaulan,


Hendaklah pilih sahabat dan taulan.

Bait gurindam di atas menyarankan agar kita perlu berhati-hati dalam pergaulan. Pada
pendapat anda, mengapakah kita disarankan agar menjaga batas pergaulan dalam
persahabatan?

(3 markah)
Tip:
Calon perlu memberikan alasan munasabah pentingnya berhati-hati menjaga
tingkah laku dalam pergaulan seharian.

Pada pendapat saya, kita perlu menjaga batas pergaulan dalam persahabatan untuk
menghindari diri kita daripada terjebak dalam kancah maksiat. Selain itu, kita
dapat merapatkan hubungan silaturahim antara rakan. Kita juga dapat melahirkan
masyarakat yang bersahsiah mulia sekiranya kita dapat menjaga batas pergaulan
dengan orang orang lain. Di samping itu, kita juga dapat memupuk perpaduan dan
mampu memelihara maruah diri sendiri daripada gejala sosial yang tidak sihat.

iii. Jelaskan dua persoalan yang boleh dikaitkan dengan ilmu pengetahuan dalam gurindam
di atas?
(4 markah)
Jawapan lengkap:
Persoalan yang dikaitkan dengan ilmu pengetahuan berdasarkan gurindam tersebut ialah
persoalan ketekunan dalam menuntut ilmu sehingga sempurna agar dapat dimanfaatkan
dalam kehidupan. Selain itu, persoalan kerajinan dalam menuntut ilmu dapat menjamin
kecemerlangan dalam kehidupan juga diketengahkan dalam gurindam.

17
MODUL PRIGEL KOMSAS

C. PRAKTIS TOPIKAL

PUISI BEBERAPA PETUA HIDUP


Za’ba
Fikir dan Kata Sifat-sifat yang Baik
Kurang fikir, kurang siasat,
Tentu dirimu kelak tersesat. Jikalau kamu bersifat budiman,
Dipandang sebagai bunga di taman.
Fikir dahulu sebelum berkata,
Supaya terelak silang sengketa. Jikalau kamu bersifat dermawan,
Segala orang dapat kautawan.
Perkataan tajam jika dilepas,
Ibarat beringin, racun dan upas. Jikalau kamu bersifat pemurah,
Segala manusia datang menyerlah.
Kalau mulut tajam dan kasar,
Boleh ditimpa bahaya besar.

Silang Sengketa Perbuatan yang Baik

Siapa menggemari silang sengketa, Barang siapa berbuat jasa,


Kelaknya pasti berdukacita. Mulia namanya segenap masa.

Silang selisih jangan dicari, Menolong orang sesama wajib dan perlu,
Jika tersua janganlah lari. Tetapi tolonglah dirimu selalu.

Ilmu Sifat-sifat yang Jahat

Jikalau ilmu tiada sempurna, Telunjuk lurus kelengkeng berkait,


Tiada berapa ia berguna. Hati sesama menjadi pahit.

Ilmu kepandaian boleh dikejar, Barang siapa berbuat khianat,


Asal mahu rajin belajar. Tuhan kelak memberi laknat.

Dunia Pergaulan (Kalung Bunga Za’ba, 2008


Antologi Sejadah Rindu,
Dunia ini taman pergaulan, Dewan Bahasa dan Pustaka)
Hendaklah pilih sahabat dan taulan.

Manusia dikenal sifat budinya,


Dengan dilihat siapa kawannya.

Burung yang sama corak dan bulu,


Selalu sekumpul ke hilir ke hulu.

18
MODUL PRIGEL KOMSAS

Praktis 1

i Nyatakan maksud rangkap gurindam di bawah.

Perkataan tajam jika dilepas,


Ibarat beringin, racun dan upas?.
(2 markah)

ii Pada pendapat anda, apakah kebaikan amalan suka menderma?


(3 markah)

iii Kemukakan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam tersebut.


(4 markah)

Praktis 2

i. Fikir dahulu sebelum berkata,


Supaya terelak silang sengketa.

Huraikan maksud rangkap kedua gurindam di atas.


(2 markah)

ii. Pada pendapat anda, sebagai seorang rakan, apakah yang akan anda lakukan untuk
membantu kawan anda yang selalu ponteng sekolah?

(3 markah)

iii Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam gurindam tersebut.


(4 markah)

19
MODUL PRIGEL KOMSAS

Praktis 3

i Apakah dua manfaat apabila mempunyai sifat yang baik?


(2 markah)

ii Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri sahabat yang baik?


(3 markah)

iii. Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam gurindam tersebut.


(4 markah)

Praktis 4

i Apakah maksud rangkap keenam gurindam di atas?


(2 markah)

ii Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat mengekalkan hubungan yang harmoni
dalam masyarakat?
(3 markah)

iii Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam tersebut. (4


markah)

Praktis 5

i Menolong sesama wajib dan perlu


Tetapi tolonglah dirimu dahulu

Apakah maksud rangkap gurindam di atas?


(2 markah)

ii Pada pendapat anda, apakah faktor yang mepengaruhi pembentukan peribadi


seseorang?
(3 markah)

20
MODUL PRIGEL KOMSAS

iii Kemukakan dua persoalan yang terdapat dalam gurindam tersebut.


(4 markah)

BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU

C. PRAKTIS TOPIKAL

Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU

Baginda menitahkan orang besar empat, Tiga sudut menteri delapan,


Membuat istana puri berkota; Tiang panjang maharaja lela,
Lalu dipanggil Pawang raja. Tiang tengah syukur menanti;
Pawang mengerah orang bekerja, Galang-galangnya ular berang,
Empat puluh empat tukang dan utas, Kasau kecil puteri menyembah,
Siang malam tidak berhenti. Kasau lentik helang berbega.

Tujuh bulan tujuh purnama, Berbunga sawa mengelempai,


Istana siap dengan alatnya; Bertakuk bersedelinggam,
Besar tersergam sembilan ruang, Berjenang berbatu kawi,
Sepuluh dengan rembat guntung, Berselimpat ukir Jawa,
Sebelas dengan pancung serong, Lilit-melilit akar Cina;
Dua belas dengan anjung tinggi. Garam sebuku sisa jeragan,
Bunga kenanga dimakan ular,
Layang-layang di pintu ular.

Istana siap tukang pun mati,


Tiada orang dapat meniru:
Dipersembahkan kepada baginda suami isteri.

Praktis 1.

i. Nyatakan maksud rangkap seloka di bawah.

Istana siap tukang pun mati,


Tiada orang dapat meniru:
(2 markah)

21
MODUL PRIGEL KOMSAS

ii. Tujuh bulan tujuh purnama,


Istana siap dengan alatnya;
Besar tersergam sembilan ruang,
Sepuluh dengan rembat guntung,
Sebelas dengan pancung serong,
Dua belas dengan anjung tinggi.

Pada pendapat anda, mengapakah istana raja itu dibina sedemikian rupa?

(3 markah)

iii. Kemukakan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam tersebut.

(4 markah)

Praktis 2.

i Empat puluh empat tukang dan utas,


Siang malam tidak berhenti.

Huraikan maksud baris seloka di atas gurindam di atas.

(2 markah)

ii. Selain mementingkan aspek kesenian dan keunikan seni bina, apakah aspek lain
yang perlu diambilkira oleh seseorang raja dalam pembinaan sesebuah istana?

Berikan tiga aspek.

iii Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam seloka tersebut.

(4 markah)

22
MODUL PRIGEL KOMSAS

Praktis 3.

i
Apakah seni ukiran dan seni binaan yang digunakan oleh tukang pada istana
tersebut?

(2 markah)

ii Istana siap tukang pun mati,


Tiada orang dapat meniru:
Dipersembahkan kepada baginda suami isteri.

Pada pendapat anda, apakah manfaat jika tukang yang membina istana raja
tersebut tidak mati selepas istana tersebut siap dibina ?

(3 markah)

iii. Jelaskan dua latar masyarakat yang terdapat dalam seloka tersebut.

(4 markah)

Praktis 4.

i Apakah ciri-ciri seni ukiran yang digunakan dalam pembinaan istana tersebut?

(2 markah)

ii Pada pendapat anda, apakah kepentingan mengekalkan bangunan bersejarah?

(3 markah)

iii. Huraikan dua nilai yang terdapat dalam seloka tersebut.

(4 markah)

23
MODUL PRIGEL KOMSAS

Praktis 5.

i Istana siap dengan alatnya;


Besar tersergam sembilan ruang,

Apakah maksud baris seloka di atas?

(2 markah)

ii Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang raja yang terpuji?

(3 markah)

iii
Kemukakan dua nilai yang terdapat pada seloka tersebut tersebut.

(4 markah)

24
MODUL PRIGEL KOMSAS

25
MODUL PRIGEL KOMSAS

A.NOTA

SAJAK SEJADAH RINDU


Karya Mohd. Haikal Aminuddin

Sajak Maksud
Rangkap 1
Terkedu aku Penyajak terkedu di atas sejadah ketika
di sejadah rindu mengucapkan kalimah syahdu yang
mengungkap kalimah syahdu menyentuh hati dan mengenang dosa lalu
merekah keinsafan di hati yang beku yang telah dilakukannya.
mengenang dosaku yang terdahulu

Rangkap 2
Berbekal pancaindera anugerah Tuhan Penyajak juga menggunakan seluruh
Kupohon kembali nafas kehidupan pancaninderanya untuk memohon keampunan
dalam keterhadan dan keterbatasan insan sebelum dia meninggal dunia pada masa yang
moga terbuka ruang keampunan telah ditentukan oleh Tuhan.
sebelum saat aku dinisankan
di masa yang Kautetapkan.

Rangkap 3
Air mata menjadi saksi Dengan bersaksikan air mata dan keikhlasan
keikhlasan menjadi bukti diri sebagai bukti, penyajak akhirnya
akhirnya bersujud untuk melafazkan taubat dalam
aku sujud menghadap Ilahi suasana yang sepi
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti.

Rangkap 4
Hati ini luluh Penyajak berasa sedih amat dan jiwanya yang
jiwa yang kaku tersentuh tersentuh dengan lafaz-lafaz cinta yang
ayat-ayat cinta disusun kukuh disusun rapi ketika dia memohon keampunan
di sejadah rindu yang lusuh daripada Pencipta dengan perasaan yang
kemaafan yang kupohon sungguh berdebar-debar.
dari Pencipta dalam gemuruh.

Rangkap 5
Ungkapan doa pada Yang Esa Penyajak juga melafazakan rdoa kepada Yang
izinkan aku menjadi manusia Maha Esa agar mengizinkannya menjadi
yang taat sentiasa insan yang sentiasa taat kepada perintah-Nya.
pada perintah Maha Kuasa Penyajak juga menaruh harapan agar dia
agar aku tidak lupa tidak lupa bahawa dunia ini tidak kekal abadi
dunia ini hanya bersifat sementara selamanya.

26
MODUL PRIGEL KOMSAS

TEMA

Ketuhanan serta ketaatan kepada agama

Penyajak memohon keampunan daripada Tuhan terhadap dosa silam yang dilakukannya.
Penyajak memohon keampunan dengan bersungguh-sungguh sebelum dia meninggal dunia

PERSOALAN

1. Keinsafan atas dosa lalu yang telah dilakukan.


Cth : Penyajak telah insaf dari kesalahan-kesalahan yang telah dilakukannya

2. Ketaatan terhadap perintah Tuhan


Cth : Penyajak taat pada perintah Tuhan setelah menginsafi kesalahannya

3. Keikhlasan ketika memohon keampunan kepada Tuhan


Cth : Penyajak begitu ikhlas memohon keampunan dan mengalir airmata sebagai
tanda keinsafan apabila menghadap Tuhan

4. Keampunan yang diharapkan hanyalah daripada Pencipta.


Cth : Penyajak memohon keampuan dosa-dosanya daripada Tuhan

GAYA BAHASA

1. inversi
Cth : Terkedu aku (sepatutnya Aku terkedu )
2. personifikasi
Cth : Air mata menjadi saksi
3. metafora
Cth : sejadah rindu
4. bahasa Arab
Cth : kalimah

NILAI

1. Nilai keinsafan
Cth : Penyajak menginsafi segala dosa yang pernah dilakukan.

2. Nilai ketaatan
Cth : Penyajak taat akan perintah Tuhan dan hanya memohon kemaafan daripada-Nya

3. Nilai keikhlasan
Cth : Penyajak begitu ikhlas ketika memohon keampunan daripada Tuhan

27
MODUL PRIGEL KOMSAS

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah insaf setelah banyak melakukan dosa lalu


Cth : Penyajak benar-benar insaf atas dosa yang telah dilakukan lalu memohon
keampunan daripada Tuhan

2. Kita wajarlah taat akan perintah Tuhan


Cth : Sebagai manusia, penyajak taat akan perintah Tuhannya dengan melakukan
segala suruhan-Nya.

3. Kita hendaklah ikhlas apabila memohon keampunan daripada Tuhan


Cth : Penyajak begitu sebak amat ketika memohon keampunan daripada Tuhan.
Penyajak juga mengerti bahawa dunia ini hanya pinjaman semata-mata.

28
MODUL PRIGEL KOMSAS

SAJAK PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS


Karya Sazalee Yacob

Sajak Maksud
Rangkap 1
Kuhantar kau mengecapi angin baru Lelaki kecil (miskin) menghantar
udara lain dari kampung bendang kuningmu anak perempuannya ke menara gading
bumantara asing dari yang sering kaumesrai untuk menuntut ilmu dengan
yang sama sekali berbeza persekitaran yang jauh berbeza
dengan suasana suntimu daripada kampung halamannya.
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu
memesrai azimat dan tangkal
dari tangga gading.

Rangkap 2
Kulepaskan kau menjadi burung putih Lelaki kecil mengharapkan kebebasan
dengan sayap berkembang yang diberikan mampu menjadikan
menongkah awan perak dan kabut dingin anaknya seorang yang tabah dan kuat
mengenal kalimat hujan dan bilah petir berbekalkan akal untuk keluar /
menyelit antara sembilu nasib meloloskan diri dari cabaran yang
dan waras akal. sukar.

Rangkap 3
Di awan kampus yang sarat ilmu Walaupun berada di menara gading
hadir sihir angin bernafas api namun masih terdapat anasir-anasir
di pohon kampus yang tegas status yang jahat, kejam dan keji yang
berceracak selumbar noda mengabur fikir mampu melalaikan seseorang.
di padang kampus yang hijau pertimbangan Di menara gading, gadis kampus baru
tumbuh gunung ego menghalau pekerti. mengenali erti kehidupan dan mula
timbul perasaan sombong yang
menebal sehingga melenyapkan
sikapnya yang baik.

Rangkap 4
Pandai-pandailah kau terbang Lelaki kecil mengharapkan agar
menongkah awan mulus dan kabus dingin anaknya mampu menempuh segala
jangan kau pulang dugaan dan tidak pulang dengan
dengan percikan duka dan balutan luka kegagalan.
di sayapmu yang patah.

29
MODUL PRIGEL KOMSAS

TEMA

Nasihat orang tua kepada anak gadis yang melanjutkan pelajaran di menara gading –
Anak gadis perlu bijak menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampus. Anak gadis perlu
menjaga maruah diri. Anak gadis perlu belajar bersungguh-sungguh supaya tidak pulang dengan
kegagalan.

PERSOALAN

1. Persoalan kepentingan ilmu dalam kehidupan


Cth : Ilmu yang dipelajari di menara gading menjadi azimat dan tangkal (pendinding diri)
kepada gadis kampus.
2. Persoalan tanggungjawab seorang bapa terhadap anaknya
Cth : Lelaki kecil menghantar dan melepaskan anak gadisnya untuk menuntut ilmu di
menara gading
3. Persoalan penjagaan maruah diri di perantauan
Cth : Lelaki kecil berpesan kepada anak gadisnya supaya menjaga maruah diri semasa
belajar di menara gading.
4. Persoalan menuntut ilmu sehingga mencapai kejayaan
Cth : Lelaki kecil tidak mahu anak gadisnya pulang dengan kegagalan akibat tidak dapat
menempuh segala cabaran.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan
Cth : Lelaki kecil menghantar anaknya untuk menuntut ilmu di menara gading untuk
dijadikan bekalan dalam kehidupan.
2. Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap anak
Cth : Lelaki kecil bertanggungjawab memberikan nasihat dan peringatan kepada anak
gadisnya yang belajar di menara gading.
3. Masyarakat kampung yang mengerjakan sawah padi
Cth : Gadis kampus sudah terbiasa dengan suasana kampung yang di kelilingi sawah padi
yang sedang menguning.
4. Masyarakat mahasiswa yang hidup berdikari
Cth : Gadis kampus terpaksa belajar berdikari dan menyesuaikan diri dengan kehidupan di
kampus tanpa keluarga di sisinya.

GAYA BAHASA

1. Personifikasi
Cth : tumbuh gunung ego menghalau pekerti
2. Metafora
Cth : sembilu nasib, selumbar noda, gunung ego
3. Ambiguiti
Cth : burung putih, lelaki kecil
4. Sinkope
Cth : Kuhantar kau mengecapi angin baru

30
MODUL PRIGEL KOMSAS

NILAI

1. Nilai tanggungjawab
Cth : Lelaki kecil bertanggungjawab memberikan nasihat dan peringatan kepada anak
gadisnya yang belajar di menara gading.
2. Nilai kerajinan
Cth : Penduduk di kampung gadis kampus rajin mengusahakan sawah padi sehingga
masak menguning.
3. Nilai berdikari
Cth : Gadis kampus terpaksa belajar berdikari dan menyesuaikan diri dengan kehidupan di
kampus tanpa keluarga di sisinya.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah mementingkan ilmu pengetahuan dalam kehidupan.


Cth : Lelaki kecil menghantar anaknya untuk menuntut ilmu di menara gading untuk
dijadikan bekalan dalam kehidupan.
2. Kita hendaklah rajin berusaha sehingga mencapai kejayaan.
Cth : Penduduk di kampung gadis kampus rajin mengusahakan sawah padi sehingga
masak menguning.
3. Kita hendaklah hidup berdikari tanpa mengharapkan orang lain.
Cth : Gadis kampus terpaksa belajar berdikari dan menyesuaikan diri dengan kehidupan di
kampus tanpa keluarga di sisinya.

31
MODUL PRIGEL KOMSAS

SAJAK ERTI HIDUP BERERTI


Karya Teo Wei Sing

Sajak Maksud
Rangkap 1
Aku selalu didatangi penyajak sering dihimbau oleh nasib malang
malam sepi yang mengongkongi hidupnya dan tidak
bagai kalung pernah berubah. Tiada sesiapa yang datang
yang melingkari leherku menziarahinya. Keluhan daripada seorang
tidak berubah keesokan hari insan tua yang kesunyian.
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.

Rangkap 2
Keheningan tasik Kebahagiaan hidup yang diimpikan oleh
kehijauan rumput penyajak hanya angan-angan sahaja
hanya menjadi bayangan sehingga penghujung hidupnya. Anak-anak
di penjuru ruang zaman kandungnya sendiri sudah melupai dan tidak
cinta dalam rahim dilupai sanggup untuk menjaganya. Anak-anaknya
dari sulung ditendang ke bongsu juga saling menolak untuk menjaganya.
dari angah ditendang ke sulung balik Penyajak mencari kehidupannya sendiri dan
kucari erti hidup menanggung penderitaan hidup tanpa ada
menderita mengerang sakit tempat bergantung yang kukuh.
berdiri tanpa ruang.

Rangkap 3 Penyajak menganggap dirinya tidak dihargai


Aku bagi mereka dan diperlukan lagi walaupun mereka
tiada makna merupakan anak kandungnya sendiri.
anakku bakaku Penyajak berharap agar anak-anaknya sama
baik setia mahupun derhaka ada yang sanggup berbakti atau yang telah
semoga disirami benih keinsafan melupakannya akan diberikan keinsafan.
menjadi penawar dalam hati Penyajak turut berharap agar dapat hidup
embun cinta atasi angina dingin dengan berkasih sayang dan menggantikan
jangan terpegun hubungan yang hambar sebelum ini.
ada yang mati Penyajak juga mengingatkan supaya manusia
ada yang hidup jangan leka kerana dalam putaran hidup ini
tiada yang kekal kecuali Tuhan. akan ada yang hidup dan mati kecuali hanya
Tuhan yang kekal.

32
MODUL PRIGEL KOMSAS

TEMA

Keluhan ibu tua yang diabaikan oleh anaknya sendiri - Seorang ibu yang mengharapkan
belaian kasih sayang anak-anak pada penghujung usianya. Walau bagaimanapun anak-anak
tidak mengendahkan dan melaksanakan tanggungjawab menjaganya. Jauh di sudut hati ibu
tua ini masih mengharapkan anak-anaknya akan insaf.

PERSOALAN
1. Persoalan kasih sayang seorang ibu
Cth : Seorang ibu yang mengandungkan dan menjaga anak semasa kecil sehinggalah
anak-anaknya dewasa.
2. Persoalan nasib warga tua yang dipinggirkan oleh anak-anak
Cth : Anak-anak tidak boleh mengabaikan ibu yang melahirkan dan membesarkan
mereka.
3. Persoalan kebahagiaan hidup merupakan impian setiap individu
Cth : Seorang ibu berharap agar anak-anak dapat memberikan kebahagiaan pada hari
tuanya.
4. Persoalan tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapa
Cth : Anak-anak perlu sedar terhadap tanggungjawab untuk menjaga kebajikan
ibu kandung/ ibu bapa dan memberikan kebahagian kepadanya/ mereka.
5. Persoalan keyakinan terhadap kekuasaan Tuhan
Cth : Penyajak mengingatkan pembaca bahawa dalam putaran hidup ini akan ada yang
hidup dan mati kecuali hanya Tuhan yang kekal.

GAYA BAHASA
1. Personifikasi
Cth : malam sepi (rangkap 1; baris 2)
2. Simile
Cth : bagai kalung ( rangkap 1; baris 3)
3. Sinkope
Cth : anakku bakaku (rangkap 3; baris 3)
4. Anafora
Cth : ada yang mati
ada yang hidup (rangkap 3; baris 9 & 10)
5. Responsi
Cth : dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik (rangkap 2; baris 6 & 7)
6. Metafora
Cth: benih keinsafan (rangkap 3; baris 5)

33
MODUL PRIGEL KOMSAS

NILAI
1. Kasih sayang
Cth : Penyajak tetap menyayangi anak-anaknya walaupun dipinggirkan misalnya
penyajak tetap mendoakan anaknya agar Tuhan memberikan keinsafan terhadap
anak-anaknya.
2. Tanggungjawab
Cth : Anak-anak penyajak seharusnya bertanggungjawab menjaga kebajikan ibu
mereka walaupun telah berkeluarga dan tinggal berjauhan.
3. Ketabahan
Cth : Penyajak tabah menjalani kehidupan yang sunyi akibat diabaikan oleh anak-
anaknya.

4. Keinsafan
Cth : Penyajak sedar dan insaf bahawa yang kekal hanyalah Tuhan.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah sentiasa menyayangi ahli keluarga

Cth : Penyajak mengharapkan belaian kasih sayang daripada anak-anak pada


penghujung usianya.

2. Kita perlu tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan terutamanya
ketika usia tua.

Cth : Penyajak tabah menjalani kehidupannya yang diabaikan oleh anak-anak dengan
mencari kehidupannya sendiri serta menanggung penderitaan hidup tanpa ada
tempat bergantung yang kukuh.

3. Kita haruslah bertanggungjawab menjaga kebajikan dan menggembirakan ibu


bapa walaupun tinggal berjauhan

Cth : Anak-anak perlu sedar terhadap tanggungjawab untuk menjaga kebajikan


ibu kandung/ ibu bapa dan memberikan kebahagian kepadanya/ mereka.

4. Kita haruslah sedar dan insaf bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara dan
hanya Tuhan sahaja yang kekal.

Cth : Penyajak sedar dan insaf bahawa dalam kehidupan ini tidak ada yang kekal
kecuali Tuhan.

34
MODUL PRIGEL KOMSAS

KUDUP PERANG
Karya Tuah Saujana

Sajak Maksud
Rangkap 1
Sementara dia bergelar panglima Penyajak menggambarkan seorang panglima
laskar perang; yang terus-menerus perang yang zalim dan sering berdendam.
membajakan kezaliman – sering
Penyajak juga berterima kasih kerana masih
mengudupkan putik dendam
kita masih perlu berterima kasih boleh menyelidik perkara lampau walaupun
kepada jari-jemari takdir dalam keadaan terkongkong sambil
kerana membenarkan sepasang mata mempersoalkan orang yang dikatakan sebagai
untuk berlari dengan tangan bergari pahlawan yang sebenar.
sempat juga menadah sejambak puisi
untuk sehari lagi; sambil bertanya:
siapakah pahlawan yang asli?

Rangkap 2
Memang kita tidak sempat menjenguk Penyajak tidak sempat untuk mengkaji sejarah
ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus tentang peristiwa pertumpahan darah masa
ringkik kuda, gemerincing lampau. Masyarakat sering tertanya-tanya
pedang pusaka tentang individu yang telah membunuh orang
dan darah yang tiba-tiba membuak yang sanggup melakukan pendustaan.
di daerah angkara – perciknya
menumbuhkan kelopak rahsia
dalam keliru, tertanya-tanya kita
tangan mana yang memenggal
leher sang pendusta?
Rangkap 3
Andai namamu Tuah, kita masih Penyajak tidak berasakan Hang Tuah
tidak mahu merupakan pejuang yang paling gagah kerana
menyanjungnya pendekar paling gagah
kesetiaannya kepada sultan tidak menjamin
kerana takhta setia terbina
di istana wangsa kedudukan dirinya apabila difitnah oleh
bukanlah penjamin kukuhnya musuhnya.
pasak saksama
sesekali turut direntakan daki pendusta
melekatlah selumbar sengsara
di tiang maruah kota.
Rangkap 4 Penyajak juga tidak berasa Hang Jebat seorang
Andai namamu Jebat, kita masih tidak pengkhianat kerana Hang Jebat dilihat sebagai
menggelarnya sebagai pengkhianat individu yang berjuang untuk keadilan
kerana kita masih menangisi
walaupun menyimpan perasaan dendam
peta keadilan yang tersiat – nun, karam
di lautan kesumat
sedang warga memanggilnya keramat.

35
MODUL PRIGEL KOMSAS

Rangkap 5 Tipu muslihat dalam peperangan yang


Perang pun melecurkan lidah muslihat menyebabkan kebenaran tidak dapat
bercabang lalu bertemu bayu palsu; ditegakkan. Manusia pula perlu membina
bertiup dan memindahkan kebenaran pada
kehidupan mereka semula akibat peperangan.
tempatnya
mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya
teramat lara kita menjahit semula
perca-perca bahagia – seperti perawan
yang dibungkamkan cinta pertama.

Rangkap 6 Penyajak masih berdebat tentang orang yang


Sehingga senja tiba, dikatakan sebagai pahlawan yang sebenarnya.
kita masih bertengkar
tentang siapa
pahlawan sebenarnya.

TEMA

Kepentingan kewibawaan dan ketokohan pemimpin dalam menerajui sesebuah


organisasi – Ketika menjadi seorang pemimpin, ada kezaliman dilakukan terhadap
penentang dasar. Hal ini menimbulkan perasaan dendam dan tidak berpuas hati. Akibatnya,
keadaan menjadi tidak tenteram dan sukar mengembalikan keamanan..

PERSOALAN

1. Pengorbanan diri untuk orang lain


Cth : kesanggupan berkorban demi menegakkan kebenaran dan keadilan

2. Kesan peperangan
Cth : dalam peperangan berlaku tipu daya dan muslihat serta telah membangkitkan
perasaan dendam antara satu sama lain

3. Menegakkan keadilan
Cth : menjadi tanggungjawab setiap orang untuk menghentikan kezaliman dan
penindasan demi menegakkan keadilan

4. Kesetiaan terhadap negara


Cth : setiap orang mesti menunjukkan kesetiaan terhadap negara yang didiaminya

5. Penilaian perlu dibuat secara adil berdasarkan konteks..


Cth : tindakan Jebat memberontak adalah untuk menuntut keadilan terhadap Tuah dan
bukan menderhaka kepada raja

36
MODUL PRIGEL KOMSAS

GAYA BAHASA

1. Asonansi
Cth : sesekali turut direntakan daki pendusta.(pengulangan bunyi vokal e).
2. Aliterasi
Cth : kerana takhta setia terbina. (pengulangan bunyi konsonan t).
3. Metafora
Cth : lautan kesumat; selumbar sengsara; tiang maruah
4. Hiperbola – Perang pun melecurkan lidah muslihat
Cth : Perang pun melecurkan lidah muslihat
5. Imej alam
Cth : fajar; senja;kuda

NILAI

1. Keadilan
Cth : Tuah dan Jebat hendaklah diadili dengan saksama.
2. Keberanian
Cth : penyajak berani mencari jawapan dan kepastian antara pahlawan dengan
pengkhianat.
3. Ketaatan
Cth : Pembesar taat setia akan perintah Raja/Sultan
4. Kebijaksanaan
Cth : Pemimpin yang bijak menghadapi cabaran dalam pemerintahannya

PENGAJARAN

1. Kita perlu menjadi warganegara yang setia kepada negara.


2. Kita hendaklah berani untuk berjuang untuk menegakkan keadilan
3. Kita hendaklah mengkaji sejarah untuk mengelakkan kesalahan yang sama berulang
kembali.
4. Kita hendaklah berusaha menyelesaikan perselisihan dengan cara yang aman

37
MODUL PRIGEL KOMSAS

B. BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAJAK

BENTUK SOALAN PERINCIAN MARKAH

Bertanyakan maksud baris /rangkap(bertu Soalan i (2 markah)

Pemahaman teks (bertumpu) Soalan i (2 markah)


(mengenal pasti /mengesan jawapan dalam petikan)

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Soalan ii (3 markah)


(memberikan pandangan atau pendapat, alasan,
menyatakan kewajaran dan sebagainya)

Elemen kajian KOMSAS (bertumpu) Soalan iii( 4 markah)


(menyatakan aspek sastera seperti tema, persoalan,
gaya bahasa, nilai dan pengajaran daripada
petikan dan keseluruhan puisi)

TEKNIK MENJAWAB

Jawapan menggunakan ayat sendiri


Jawapan dengan ayat lengkap/gramatis
Peruntukan markah bagi setiap ceraian soalan menggambarkan jumlah isi yang
diperlukan (Cth:3 markah = 3 isi), kecuali soalan memberi maksud.
Pelajar boleh menyalin semula sebahagian daripada ayat-ayat dalam petikan sebagai
jawapan (kaedah potong tampal)
Bagi soalan kemahiran berfikir, jawapan mestilah logik dan relevan dengan kehendak
soalan.
Bagi soalan komsas yang menggunakan kata kunci soalan jelaskan atau huraikan,
pelajar perlu memberikan contoh atau huraian ringkas.

38
MODUL PRIGEL KOMSAS

Contoh Soalan dan Jawapan:


Baca sajak di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya
menggunakan ayat anda sendiri

ERTI HIDUP BERERTI


Teo Wei Sing

Aku selalu didatangi Aku bagi mereka


malam sepi tiada makna
bagai kalung anakku bakaku
yang melingkari leherku baik setia mahupun derhaka
tidak berubah keesokan hari semoga disirami benih keinsafan
siapa yang akan datang menjengukku menjadi penawar dalam hati
keluhan seorang tua sunyi. embun cinta atasi angina dingin
jangan terpegun
ada yang mati
Keheningan tasik ada yang hidup
kehijauan rumput tiada yang kekal kecuali Tuhan.
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman Antologi Sejadah Rindu,
cinta dalam rahim dilupai Sasbadi Sdn Bhd.
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.

39
MODUL PRIGEL KOMSAS

i. Berikan maksud embun atasi angin dingin.


(2 markah)
Tip: Calon perlu memberikan maksud keseluruhan frasa yang diberikan.

Jawapan lengkap:
Maksud embun atasi angin dingin ialah perasaan kasih syang dapat menghindari
pengabaian terhadap ibu dan bapa.

ii. Pada pendapat anda, sekiranya seseorang anak mengabaikan ibu bapanya, apakah yang
terjadi kepada anak itu pada masa akan datang?
(3 markah)

Tip: Calon perlu memberikan tiga isi yang bernas. Soalan ini memerlukan calon
mengemukakan pendapat mengenai kesan kepada anak yang mengabaikan
tanggungjawab terhadap ibu bapa.

Jawapan lengkap:

Pada pendapat saya, implikasi yang diterima oleh seorang anak sekiranya mengabaikan
ibu bapa ialah kemungkinan dia akan menerima nasib yang sama iaitu diabaikan
oleh anak-anaknya. Selain itu, anak yang meminggirkan ibu bapa tidak akan
mengalami kehidupan yang tenteram kerana berasa berdosa terhadap ibu bapanya. Di
samping itu, anak yang tidak mempedulikan ibu bapa akan menyesal kerana tidak
menghormati ibu bapanya.

iii. Jelaskan tema yang diketengahkan dalam sajak tersebut.


( 4 markah)
Tip: Calon perlu jelaskan tema yang terdapat dalam sajak dengan huraian yang jelas.

Jawapan lengkap:

Sajak Erti Hidup Bererti memaparkan tema keluhan ibu tua yang diabaikan oleh
anaknya sendiri . Seorang ibu yang mengharapkan belaian kasih sayang anak-anak
pada penghujung usianya. Walau bagaimanapun anak-anak tidak mengendahkan dan
melaksanakan tanggungjawab menjaganya. Jauh di sudut hati ibu tua ini masih
mengharapkan anak-anaknya akan insaf.

40
MODUL PRIGEL KOMSAS

C. PRAKTIS TOPIKAL
Baca sajak di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya
menggunakan ayat anda sendiri.

SEJADAH RINDU

Terkedu aku Hati ini luluh


di sejadah rindu jiwa yang kaku tersentuh
mengungkap kalimah syahdu ayat-ayat cinta disusun kukuh
bait bicara tersentuh kalbu di sejadah rindu yang lusuh
merekah keinsafan di hati yang beku kemaafan yang kupohon sungguh
mengenang dosaku yang terdahulu. dari Pencipta dalam gemuruh.

Berbekal pancaindera anugerah Tuhan Ungkapan doa pada Yang Esa


kupohon kembali nafas kehidupan izinkan aku menjadi manusia
dengan keterhadan dan keterbatasan insan yang taat sentiasa
moga terbuka ruang keampunan pada perintah Maha Kuasa
sebelum saat aku dinisankan agar aku tidak lupa
di masa yang Kau tetapkan duna ini hanya bersifat sementara

Air mata menjadi saksi Kalam Pertama, 2013


keikhlasan menjadi bukti Dewan Bahasa dan Pustaka
akhirnya
aku sujud menghadap Illahi
di kebeningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sesak sebak kain mengikuti

41
MODUL PRIGEL KOMSAS

Praktis 1
i. Berikan maksud rangkap kedua sajak di atas. [2 markah]

ii. Pada pendapat anda, sebelum bertaubat apakah perkara-perkara yang mesti dilakukan?
[3 markah]

iii. Nyatakan dua persoalan sajak dikaji. [4 markah]

Praktis 2
i. Apakah tema sajak dikaji. [2 markah]

ii. Nyatakan pendapat anda, ciri-ciri orang yang beriman. [3 markah]

iii. Huraikan dua pengajaran yang ingin disampaikan oleh penyajak berdasarkan sajak di
atas. [4 markah]

Praktis 3
i. Berikan maksud rangkai kata Hati ini luluh dalam rangkap keempat sajak di atas.
[2 markah]

ii. Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan pegangan agama
seseorang longgar. [3 markah]

iii. Nyatakan nilai kemanusiaan sajak yang dikaji. [4 markah]

42
MODUL PRIGEL KOMSAS

Praktis 4 :
i. Berikan maksud rangkap terakhir sajak di atas. [2 markah]

ii. Nyatakan perubahan-perubahan yang perlu dilakukan setelah bertaubat. [3 markah]

iii. Berikan dua nilai yang terdapat berdasarkan sajak di atas. [4 markah]

Praktis 5:
i. Berikan maksud rangkap keempat sajak di atas. [2 markah]

ii. Berdasarkan pendapat anda , apakah ciri-ciri orang yang beriman? [3 markah]

iii. Jelaskan dua persoalan dalam sajak tersebut.


[4 markah]

C. PRAKTIS TOPIKAL

Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis Kampus

Kuhantar kau mengecapi angin baru Di awan kampus yang sarat ilmu
udara lain dari kampung bendang kuningmu hadir sihir angin bernafas api
bumantara asing dari yang sering kaumesrai di pohon kampus yang tegas status
yang sama sekali berbeza berceracak selumbar noda mengabur fikir
dengan suasana suntimu di padang kampus yang hijau pertimbangan
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu tumbuh gunung ego menghalau pekerti.
memesrai azimat dan tangkal
dari tangga gading.

Kulepaskan kau menjadi burung putih Pandai-pandailah kau terbang


dengan sayap berkembang menongkah awan mulus dan kabus dingin
menongkah awan perak dan kabut dingin jangan kau pulang
mengenal kalimat hujan dan bilah petir dengan percikan duka dan balutan luka
menyelit antara sembilu nasib di sayapmu yang patah.
dan waras akal.
Belati Cinta Zulaika,2004
Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

43
MODUL PRIGEL KOMSAS

Praktis 1

i. Berikan maksud baris bumantara asing dari yang sering kau mesrai. [2 markah]

ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara menyesuaikan diri di tempat yang asing daripada
kehidupan kita sebelumnya? [3 markah]

iii. Huraikan tema yang diungkapkan dalam petikan sajak tersebut. [4 markah]

Praktis 2.

i. Berikan maksud baris hadir sihir angin bernafas api. [2 markah]

ii. Pada pendapat anda, mengapakah ibu bapa menghantar anak-anak mereka belajar di
institusi pengajian tinggi? [3 markah]

iii. Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam petikan sajak. [4 markah]

Praktis 3.

i. Berdasarkan rangkap ketiga, nyatakan perkara-perkara negatif yang cuba diingatkan oleh
lelaki kecil kepada gadis kampus. [2 markah]

ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara mengelakkan perkara negatif yang terjadi di
kampus supaya tidak mempengaruhi tindak-tanduk kita? [3 markah]

iii. Huraikan dua gambaran masyarakat yang terdapat dalam petikan sajak. [4 markah]

Praktis 4.

i. Berikan maksud baris di bawah.

Pandai-pandailah kau terbang


menongkah awan mulus dan kabus dingin
[2 markah]

ii. Andaikan anda mendapat surat panggilan untuk menjalani sesi temuduga untuk kemasukan
ke institusi pengajian tinggi.
Apakah persiapan-persiapan yang perlu anda lakukan sebelum menghadiri sesi temuduga
tersebut? [3 markah]

44
MODUL PRIGEL KOMSAS

iii. Huraikan dua nilai yang terkandung dalam petikan sajak di atas. [4 markah]

Praktis 5.

i. Nyatakan gambaran suasana kampung seperti yang terdapat dalam rangkap pertama sajak.
[2 markah]

ii. Pada pendapat anda, apakah cabaran yang bakal anda hadapi apabila melanjutkan pelajaran
di institusi pengajian tinggi? [3 markah]

iii. Huraikan dua pengajaran yang terkandung dalam petikan sajak di atas. [4 markah]

C. PRAKTIS TOPIKAL

Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

ERTI HIDUP BERERTI

Aku selalu didatangi Aku bagi mereka


malam sepi tiada makna
bagai kalung anakku bakaku
yang melingkari leherku baik setia mahupun derhaka
tidak berubah keesokan hari semoga disirami benih keinsafan
siapa yang akan datang menjengukku menjadi penawar dalam hati
keluhan seorang tua sunyi. embun cinta atasi angina dingin
jangan terpegun
Keheningan tasik ada yang mati
kehijauan rumput ada yang hidup
hanya menjadi bayangan tiada yang kekal kecuali Tuhan.
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu Teo Wei Sing
dari angah ditendang ke sulung balik Suara Anak Pahang, 2009
kucari erti hidup Pekan Ilmu Sdn. Bhd.
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.

45
MODUL PRIGEL KOMSAS

Praktis 1

i. Apakah maksud rangkap kedua sajak di atas. [2 markah]

ii. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak tidak ada tandingannya. Oleh sebab itu anak-
anak harus menyayangi mereka.

Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang perlu dilakukan oleh anak-anak untuk
membuktikan kasih sayang mereka terhadap ibu bapa?
(3 markah)

iii. Huraikankan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.


[4 markah]

Praktis 2

i. Apakah saranan penulis dalam rangkap kedua sajak di atas. [2 markah]

ii. Anak-anak bertaggungjawab untuk menjaga kebajikan ibu bapa.


Pada pendapat anda, huraikan tiga tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa?
[3 markah]

iii. Huraikankan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.


[4 markah]

Praktis 3

i.
cinta dalam rahim dilupai
Kemukakan maksud frasa di atas. [2 markah ]

ii. Belakangan ini media massa sering memaparkan berita tentang pengabaian warga emas.
Pada pendapat anda, bagaimanakah menyedarkan masyarakat agar menghargai warga
emas?
[3 markah]

iii. Huraikankan dua nilai yang dikemukakan dalam sajak tersebut. [4 markah]

46
MODUL PRIGEL KOMSAS

Praktis 4

i. Nyatakan maksud rangkap pertama sajak di atas. [2 markah ]

ii. Dalam rangkap kedua sajak, penulis menggambarkan pengabaian tanggungjawab anak-
anak terhadap ibu bapa.
Pada pendapat anda, mengapakah anak-anak sanggup bertindak sedemikian?
[3 markah]

iii. Huraikankan dua pengajaran yang terdapat dalam rangkap ketiga sajak tersebut.
[4 markah]

Praktis 5

i. Nyatakan maksud frasa semoga disirami benih keinsafan. [2 markah ]

ii. Belakangan ini bilangan penghuni pusat jagaan orang-orang tua semakin meningkat.
Pada pendapat anda, wajarkah anak-anak menghantar ibu bapa ke pusat jagaan orang-
orang tua?

Jelaskan dua alasan anda. [3 markah]

iii. Huraikankan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]

47
MODUL PRIGEL KOMSAS

C. PRAKTIS TOPIKAL

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

KUDUP PERANG

Sementara dia bergelar panglima sesekali turut direntakan daki pendusta


laskar perang; yang terus-menerus melekatlah selumbar sengsara
membajakan kezaliman – sering di tiang maruah kota.
mengudupkan putik dendam
kita masih perlu berterima kasih Andai namamu Jebat, kita masih tidak
kepada jari-jemari takdir menggelarnya sebagai pengkhianat
kerana membenarkan sepasang mata kerana kita masih menangisi
untuk berlari dengan tangan bergari peta keadilan yang tersiat – nun, karam
sempat juga menadah sejambak puisi di lautan kesumat
untuk sehari lagi; sambil bertanya: sedang warga memanggilnya keramat.
siapakah pahlawan yang asli?
Perang pun melecurkan lidah muslihat
Memang kita tidak sempat menjenguk bercabang lalu bertemu bayu palsu;
ke luar jendela; sewaktu fajar bertiup dan memindahkan kebenaran pada
menghembus tempatnya
mewarnakan keindahan pada hodohnya
ringkik kuda, gemerincing
menjungkitkan amarah pada damainya
pedang pusaka teramat lara kita menjahit semula
dan darah yang tiba-tiba membuak perca-perca bahagia – seperti perawan
di daerah angkara – perciknya yang dibungkamkan cinta pertama.
menumbuhkan kelopak rahsia
dalam keliru, tertanya-tanya kita Sehingga senja tiba,
tangan mana yang memenggal kita masih bertengkar
tentang siapa
leher sang pendusta?
pahlawan sebenarnya.
Andai namamu Tuah, kita masih
tidak mahu Tuah Sujana
menyanjungnya pendekar paling gagah
kerana takhta setia terbina (Dipetik daripada antologi
di istana wangsa Sejadah Rindu, hlm. 20-21)
bukanlah penjamin kukuhnya
pasak saksama

48
MODUL PRIGEL KOMSAS

Praktis 1

i Berikan maksud rangkap keempat sajak tersebut

(2 markah)

ii Setujukah anda jika Hang Jebat dinobatkan sebagai pahlawan?

Berikan pandangan anda.

(3 markah)

iii Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.

(4 markah)

Praktis 2

i Nyatakan kesan perang yang digambarkan dalam rangkap kelima?

(2 markah)

ii Jasa den pengorban pahlawan akan disanjung dan diingati oleh ahli masyarakat.
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara menghargai jasa seorang pahlawan?
(3 markah)

iii Huraikan dua pengajaran yang diketengahkan dalam sajak.


(4 markah)

49
MODUL PRIGEL KOMSAS

Praktis 3

i Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh penyajak berdasarkan rangkap


pertama
(2 markah)

ii Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang pahlawan sejati?


(3 markah)

iii Jelaskan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak di atas

(4 markah)

Praktis 4

i Berikan maksud ‘kerana takhta setia terbina di istana wanga’ yang terdapat dalam
rangkap pertama sajak.

(2 markah)

ii Pemimpin yang berwibawa sentiasa disayangi oleh rakyat jelata.


Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang dapat menonjolkan kewibawaannya
sebagai pemimpin masyarakat yang disegani?
(3 markah)

iii Huraikan tema yang diketengahkan dalam sajak di atas.


(4 markah)

50
MODUL PRIGEL KOMSAS

Praktis 5

i Berikan maksud ,
teramat lara kita menjahit semula
perca-perca bahagia.

(2 markah)

ii Pada pendapat anda, apakah perkara yang perlu dilakukan oleh pemimpin supaya
mereka ditentang oleh golongan bawahan?
(3 markah)

iii Huraikan dua latar masyarakat yang digambarkan dalam sajak.

(4 markah)

51
MODUL PRIGEL KOMSAS

52
MODUL PRIGEL KOMSAS

BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA

SINOPSIS

Cerita memaparkan percubaan raja Siam, Bubunnya hendak menyerang kerajaan Melaka
yang tidak kesampaian kerana kebijaksanaan pemerintah dan kesaktian hulubalang Melaka.
Ceritanya bermula pada zaman dahulu kala negeri Siam yang dikenali sebagai Syahrunnuwi
begitu kuat sehingga semua kerajaan bawah angin telah ditakluki oleh Siam kecuali kerajaan
Melaka. Apabila Melaka yang diperintah oleh Sultan Muzaffir Syah enggan memberi surat
sebagai tanda tunduk kepada Siam, raja Siam telah menyuruh panglimanya Awi Cakri membawa
hulubalang dan rakyatnya yang sangat ramai untuk menyerang Melaka melalui hulu Pahang.
Apabila Sultan Muzaffir Syah mendengar berita tentang rancangan serangan Siam itu, baginda
pun menghimpunkan rakyat Melaka dari segenap pelusuk negeri. Tun Perak dari Kelang telah
datang membawa bersama-sama dengan anak isteri masing-masing. Pada masa itu, Seri Amerta
dilantik oleh sultan sebagai bentara kerana kecerdikan dan kepetahannya berkata-kata.

Seri Amerta telah diminta oleh sultan untuk menyiasat tindakan Tun Perak tersebut.
Tindakan Tun Perak itu dipersoalkan sebanyak tiga kali oleh Seri Amerta. Tun Perak meminta
Seri Amerta jangan mencampuri urusan orang lain. Baginda menjelaskan sekiranya orang
Kelang yang datang dari jauh itu ditemani anak isteri masing-masing, mereka akan berperang
dengan lebih bersemangat. Apabila hal ini disampaikan kepada Duli Yang diPertuan, baginda
amat bersetuju dengan tindakan Tun Perak itu lalu menitahkan Tun Perak terus bermastautin di
Melaka. Apabila serangan Siam itu telah dapat dipatahkan, Tun Perak telah dijadikan sebagai
bentara di Melaka. Tidak lama kemudian Seri Amerta menyuruh Tun Perak menghadap kerana
ada seorang orang Kelang mengadu bahawa dirinya dianiayai oleh Tun Perak. Setelah disoal
siasat, Tun Perak menyatakan bahawa Seri Amerta tidak memahami tugas dan tanggungjawab
diamanahkan oleh Sultan. Sultan bersetuju dengan penjelasan Tun Perak lalu melantiknya
sebagai Perdana Menteri dengan gelaran Paduka Raja yang setaraf dengan Seri Nara Diraja. Seri
Nara Diraja sudah tua dan tidak mempunyai anak lelaki,hanya ada seorang anak perempuan yang
bernama Tun Putih hasil perkahwinan dengan anak bendahara. Setelah isterinya itu mangkat
barulah Seri Nara Diraja mengakui bahawa baginda mempunyai seorang anak lelaki yang
bernama Tun Nina Madi hasil perhubungan dengan gundik istana.

Pada masa itu masyarakat Melayu telah berpecah kepada dua puak iaitu puak Paduka Raja
dan puak Seri Nara Diraja kerana kedua-duanya mempunyai taraf yang sama. Kedua-dua orang
besar ini tidak dapat bekerjasama kerana berbeza pendapat. Apabila hal ini diketahui oleh Sultan
Muzaffir Syah, baginda amat kecewa kerana bimbang negara akan lemah jika pembesarnya
saling tidak bermuafakat. Baginda telah memikirkan jalan penyelesaian dengan mencai jodoh
baru kepada Seri Nara Diraja, tetapi semuanya telah ditolak oleh Seri Nara Diraja sehinggalah
dia dijodohkan dengan Tun Kudu anak perempuan Bendahara Seri Wak Raja, saudara kepada
Paduka Raja. Hubungan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja kembali baik apabila baginda

53
MODUL PRIGEL KOMSAS

bersetuju supaya Paduka Raja dilantik sebagai bendahara manakala Seri Nara Diraja menjadi
penghulu bendahari.

Tidak lama kemudian orang Siam di bawah pimpinan Awi Dicu menyerang Melaka.
Sultan mengetahui hal tersebut lalu menitahkan Paduka Raja dengan diiringi Seri Bija Diraja dan
segala hulubalang untuk mempertahankan Melaka. Anak Seri Bija Diraja bernama Tun Umar
yang berkelakuan aneh telah disuruh melanggar perahu pihak Siam, tiga buah perahu Siam telah
dikalahkan dengan hanya sebuah perahunya. Pihak Siam menjadi takut dan membatalkan hasrat
menyerang Melaka. Bendahara Paduka Raja menggunakan strategi memasangkan puntung api
pada pokok-pokok di sepanjang pantai seolah-olah banyak perahu perang Melaka yang dibawa
untuk mempertahankan Melaka. Angkatan perang Siam telah berundur. Setelah pihak Siam
berundur, Bendahara Paduka Raja dan orang-orangnya telah dianugerahkan persalinan yang
mulia.

Walau bagaimanapun, berita kegagalan serangan Siam itu sampai ke pengetahuan Paduka
Bubunnya, raja Siam itu amat marah dan diri sendiri membuat keputusan untuk menyerang
Melaka tetapi anaknya Cau Pandan menawarkan diri untuk menyerang Melaka. Raja Siam
bersetuju lalu menggunakan lapan ratus buah kapal perang besar dan banyak kapal perang kecil
di bawah pimpinan Pra Kelong untuk membantu Cau Pandan menyerang Melaka. Apabila berita
rancangan Siam untuk menyerang Melaka itu diketahui oleh sultan Melaka, Sidi Arab yang
mempunyai kesaktian ilmu memanahnya telah memanah Cau Pandan yang berada di Siam.
Akhirnya Cau Pandan yang belum sempat menyerang Melaka itu telah terkena panahan tersebut
di dada, telah muntah darah lalu mati. Kesaktian Sidi Arab itu amat dihargai sultan dan diberi
ganjaran yang setimpalnya.

Setelah empat puluh dua tahun Sultan Muzaffir Syah memerintah Melaka, akhirnya
baginda mangkat dan digantikan oleh anaknya Raja Abdullah gelaran Sultan Mansur Syah.
Ketika menaiki takhta, Sultan Mansur Syah berusia 27 tahun. Baginda beristerikan anak Seri
Nara Diraja iaitu Tun Putih Nur Pualam. Baginda seorang raja yang kacak, adil, dan murah hati
yang tiada tolok bandingnya pada masa itu.

54
MODUL PRIGEL KOMSAS

B. BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN PROSA TRADISIONAL

BENTUK SOALAN

1. Soalan prosa tradisional dikemukakan dalam Soalan 2(c)


2. Pelajar wajib menjawab semua soalan yang dikemukakan
3. Markah yang diperuntukkan sebanyak 8 markah untuk tiga soalan iaitu gabungan 2-3-3.
4. Satu petikan daripada teks prosa Burung Terbang Dipipiskan dikemukakan.
5. Tiga soalan akan dikemukakan yang terdiri daripada:
 Soalan memberikan maksud kata/frasa/ungkapan/ayat
 Soalan pemahaman langsung terhadap kandungan petikan atau keseluruhan cerita.
 Soalan pemahaman atau aplikasi yang berasaskan KBAT berdasarkan petikan
prosa.
6. Lazimnya soalan maksud dan pemahaman langsung terhadap kandungan teks berasaskan
kata tanya berikut:
 Apa..
 Siapa...
 Di mana...
 Mengapa/Kenapa...
 Bagaimana...
Ataupun menggunakan arahan berikut:
 Jelaskan...
 Terangkan...
 Huraikan secara ringkas...
 Gambarkan...

7. Soalan pemahaman/ aplikasi berasaskan KBAT:


 Pada pendapat anda...
 Pada pandangan anda...
 Sekiranya anda/ Andaikan anda...
 Jika anda...
 Mengikut pemahaman anda...

8. Soalan (i) menanyakan soalan tentang maksud rangkai kata berdasarkan petikan yang
diberi.
Contoh: Apakah maksud rangkai kata gila-gila bahasa?

9. Soalan (ii) menanyakan soalan pemahaman berdasarkan petikan yang diberi.


Contoh: Nyatakan tiga keistimewaan Tun Perak.

10. Soalan (iii) menanyakan soalan pemahaman berdasarkan kemahiran berfikir berdasarkan
teks pentikan.
Contoh : Pada pendapat anda, wajarkah Sultan Muzaffar Syah menceraikan Tun Kudu
lalu dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja? Berikan tiga sebab

55
MODUL PRIGEL KOMSAS

TEKNIK MENJAWAB SOALAN


Kebanyakan murid tidak dapat menjawab soalan Prosa Tradisional kerana sukar memahami
cerita yang dipaparkan dalam teks dan tidak memahami istilah bahasa klasik. Untuk mengatasi
kelemahan semasa menjawab soalan, murid harus:
1. Baca petikan dari awal hingga akhir
2. Fahami apa yang terkandung dalam petikan walaupun ia menggunakan bahasa klasik.
3. Baca soalan dan garisi kata kunci soalan.
4. Pastikan manakah soalan langsung dan soalan KBKK
5. Padankan apa yang disoal dengan markah yang diperuntukkan kerana jumlah markah boleh
menggambarkan berapa isi yang dikehendaki.
6. Tulis menggunakan ayat yang gramatis dari segi struktur ayat dan tanda baca yang
digunakan.
7. Gunakan bahasa yang standard, iaitu bukan bahasa klasik yang dipetik daripada teks.
8. Pastikan juga bahasa yang anda gunakan tidak dipengaruhi kata pinjaman atau dialek
tempatan.
9. Sekiranya soalan terdiri daripada dua bahagian, jawab bahagian kedua dalam baris baru.
10. Untuk soalan KBKK terutama yang berkehendakkan pandangan anda, jangan sesekali
menjawab secara melawan arus, iaitu menentang gagasan atau saranan yang dikemukakan.
11. Pelajar boleh menyalin semula sebahagian daripada ayat-ayat dalam petikan sebagai
jawapan (Kaedah potong tampal)
12. Dicadangkan anda menggunakan tidak lebih 15 minit untuk menjawab ketiga-tiga soalan
dalam bahagian ini.

56
MODUL PRIGEL KOMSAS

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN

Baca petikan Prosa Tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka kata Awi Dicu, “Benarlah seperti kata kamu itu;marilah kita
kembali sementara belum siang ini.”

Maka segala orang Siam pun kembalilah.

Adapun perigi di Batu Pahat itu, orang Siamlah membuat dia.


Maka diikut oleh Bendahara Paduka Raja sampai ke Singapura. Maka
bendahara pun kembali ke Melaka menghadap Sultan Muzaffar
Syah.maka segala perihal ehwal itu sekaliannya dipersembahkan oleh
bendahara Ke Bawah Duli Sultan. Maka beginda pun terlalu suka;maka
baginda pun memberi persalinan akan Bendahara Paduka Raja daripada
pakaian yang mulia-mulia, dengan segala hulubalang yang pergi
bersama-sama itu semuanya dianugerahi baginda persalinan masing-
masing pada kadarnya.

Adapun segala orang Siam yang kembali itu, telah ia sampai ke


benua Siam, maka Awi Dicu pun masuk menghadap Paduka Bubunnya.
Maka Paduka Bubunya pun terlalu marah; maka ia sendiri hendak pergi
menyerang Melaka itu. Maka ada seorang anak Paduka Bubunnya, Cau
Pandan namanya. Maka ia bercakap Ke Bawah Duli Paduka Bubunnya
hendak menyerang Melaka, sembahnya “Duli Pra Cau, lengkapi patik,
patiklah mengalahkan Melaka itu.”

i. Berikan maksud rangkai kata memberi persalinan.


[2 markah]
Tip:
Calon perlu menukarkan rangkai kata dengan perkataan bersinonim.
Jawapan lengkap:
Maksud rangkai kata memberi persalinan ialah menyediakan/menghadiahkan pakaian.

ii. Apakah reaksi Sultan Muzaffar Syah apabila menerima kedatangan pulang bendahara?
[2 markah]
Tip: Calon perlu menyatakan reaksi/tindakan Sultan Muzaffar Syah berdasarkan petikan
yang diberi.

57
MODUL PRIGEL KOMSAS

Jawapan lengkap:
Reaksi Sultan Muzaffar Syah apabila menerima kedatangan pulang bendahari ialah
baginda terlalu gembira. Baginda seterusnya memberikan persalinan kepada
bendahara daripada pakaian yang mahal dan cantik. Tindakan baginda yang
selanjutnya ialah menganugerahi hulubalang yang bersama-sama dengan
bendahara dengan persalinan yang cantik.

iii Sekiraya anda Awi Dicu, bagaimanakah anda hendak menembusi pertahanan negeri
Melaka?
[3 markah]

Tip: Calon perlu memberikan idea yang bernas dan munasabah untuk mengalahkan
pertahanan negeri Melaka.

Jawapan lengkap:
Sekiranya saya Awi Dicu, antara tindakan yang saya perlu lakukan untuk menembusi
pertahankan Melaka ialah saya akan memohon bantuan ketenteraan yang lebih besar
daripada Paduka Bubunnya. Selain itu, saya juga akan melengkapkan tentera
dengan alatan yang mencukupi. Tindakan seterusnya yang saya akan lakukan ialah
melatih tentera dengan lebih sistematik dan proaktif.

Praktis 1

Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja, “Bagaimana makan datuk hendak beristeri
muda, kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan bulu kering sudah bertemu?”
Maka kata Seri Nara Diraja, “Di mana kamu sekalian tahu?” Jikalau demikian sia-sialah
cula dibeli oleh bapaku sekatil emas di benua Keling itu.”
Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu. Maka
menjadi muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti
saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja pada SultanMuzaffar Syah, “Tunku, baiklah
Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak Bendahara.
Maka titah baginda, “Baiklah.”
Maka Paduka Raja pun dijadikan bendahara.
Syahadan, Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana, kerana pada
zaman itu tiga buah negeri yang sama besarnya;pertama, Majapahit;kedua, Pasai;ketiga,Melaka.
Di dalam negeri tiga buah itu, ada tiga orang yang bijaksana;di Majapahit, Patih Aria Gajah
Mada; dan di Pasai, Orang Kaya Kanayan; dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja; dan Seri
Nara Diraja menjadi penghulu bendahari.

58
MODUL PRIGEL KOMSAS

i Berikan maksud rangkai kata sudah lepas idah


[2 markah]

ii Bagaimanakah hubungan antara Seri Nara Diraja dengan Bendahara Paduka Raja?
[3 markah]

iii. Pada andaian anda, apakah kesan yang akan berlaku sekiranya Seri Nara Diraja dan
Bendahara Paduka Raja tidak sehaluan?
[3 markah]

Praktis 2

Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani, kelakuannya
gila-gila bahasa. Maka disuruhkan oleh Bendahara Paduka Raja suluh perahu Siam itu. Maka
Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng. Telah bertemu dengan perahu
Siam yang banyak itu,maka dilanggarnya sekali, dua tiga perahu Siam alah, lalu ia terus ke
sebelah; maka ia berbalik, dilanggarnya pula yang lain, itu pun dua tiga perahu Siam alah. Maka
Tun Umar pun kembalilah. Maka orang Siam terlalu hairan melihat kelakuan Tun Umar itu.
Telah hari malam, maka Awi Dicu datanglah. Maka oleh bendahara Paduka Raja segala pohon
kayu bakau dan nyirih dan tumpu api-api itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung api. Telah
dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam,
“Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal
kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada tiada terlawan oleh kita.”
Maka kata Awi Dicu, “Benarlah seperti kata kamu itu;marilah kita kembali sementara
belum siang ini.”
Maka segala orang Siam pun kembalilah.

i Berikan maksud rangkat kata perahunya olang-oleng.


[2 markah]

ii Apakah tindakan berani yang dilakukan oleh Tun Umar berdasarkan petikan.
[3 markah]

iii Sekiranya, anda seorang ketua, apakah tindakan yang anda ambil apabila melihat tentera
berundur daripada peperangan?
[3 orang]

59
MODUL PRIGEL KOMSAS

Praktis 3

Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap, duduk di tanah sama-
sama orang banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak. “Tuan Tun
Perak, segala orang Kelang ini menghadap baginda mengadukan halnya ke bawah Duli Yang
Dipertuan. Adapun orang teluk rantau yang lain semuanya menghadap laki-laki juga; adapun
orang Kelang ini menghadap dibawa Tun Perak dengan membawa perempuan sekali.
Mengapakah maka demikian fiil tuan?”
Maka tiada disahut oleh Tun Perak kata itu. Sekali lagi Seri Amerta berkata, itu pun tiada
disahuti oleh Tun Perak. Genap tiga kali Seri Amerta berkata ini, maka barulah disahuti oleh Tun
Perak, katanya, “Hai Seri Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah itu juga
hendaklah baik-baik tuan hamba peliharakan, jangan diberi berkarat, jangan kemakanan matanya.
Akan pekerjaan kami orang bekerja ini, di mana tuan hamba tahu? Adapun akan sekarang Duli
Yang Dipertuan di dalam negeri ini dengan perempuan anak isteri dan segala perkakas. Maka
benarlah pada fikir tuan hamba kami sekalian datang dengan laki-laki juga, dengan begini jauh
Selat Kelang? Jikalau satu hal negeri ini, apa hisab pada kami sekalian? Sebab itulah maka
segala orang Kelang ini hamba suruh bawa dengan anak isterinya sekali. Nescaya berperang
dengan musuh bersungguh-sungguh hatinya;kurang-kurang ia berlawankan Duli Yang Dipertuan
lebih ia berlawankan anak isterinya bersungguh-sungguh.”
Maka oleh Seri Amerta kata Tun Perak itu semuanya dipersembahkan ke bawah Duli
Yang Dipertuan. Maka baginda pun tersenyum, seraya bertitah, , “Benar seperti kata Tun Perak
itu.”

i. Berikan maksud “ jangan kemakanan matanya”


(2 markah)

ii. Apakah alasan yang diberikan oleh Tun Perak kepada Seri Amerta tentang tujuan orang
Kelang membawa sekali anak dan isteri mereka untuk berlawan dengan musuh.
[3 markah]

iii. Pada pendapat anda, apakah peranan yang boleh dimainkan oleh golongan wanita semasa
peperangan?
[3 markah]

60
MODUL PRIGEL KOMSAS

Praktis 4

Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka ada seorang Kelang mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak sedikit. Maka
dia berdatang sembah ke bawah duli baginda. Maka baginda memberi titah kepada bentara Seri
Amerta, menyuruh berkata kepada Tun Perak. Maka Tun Perak pun datang menghadap. Maka
Seri Amerta pun berkata kepada Tun Perak, “ Orang ini ya Tuan Tun Perak, mengadukan halnya
ke bawah Duli Yang Dipertuan, mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak. Mengapakah
maka demikian pekerti tuan hamba?”
Maka diam Tun Perak tiada disahutinya kata Seri Amerta itu. Setelah tiga kali Seri
Amerta berkata-kata itu, maka barulah disahutinya oleh Tun Perak, katanya, “Tuan Seri Amerta,
akan tuan hamba dijadikan Yang Dipertuan Bentara, dianugerahi pedang sebilah itu jua tuan
hamba peliharakan baik-baik, usahakan jangan diberi berkarat kemakanan. Akan pekerjaan kami
orang memegang negeri dimana tuan hamba tahu? Jikalau sebesar tempurung sekalipun, negeri
namanya;baik juga kepada kami, maka kami kerjakan, kerana Yang Dipertuan tahu akan baiknya
juga kepada kami, tiada tahu akan jahatnya. Tetapi jikalau Duli Yang Dipertuan hendak
mencerca hamba sebab orang itu,pecatlah hamba dahulu, maka cercakan hamba dengan dia.
Jikalau hamba belum dipecat, bagaimana hamba hendak dicerca?”
Syahadan, maka berkenan Sultan Muzaffar Syah mendengar kata Tun Perak itu. Pada hati
baginda, “Adapun Tun Perak ini tidaklah patut jadi bentara lagi, patut menjadi Perdana Menteri.”

i. Berikan maksud usahakan jangan diberi berkarat kemakanan.


[2 markah]

ii. Nyatakan reaksi Tun Perak apabila dititahkan oleh Sultan Muzaffar Syah menghadap
baginda kerana dikatakan menganiayai seorang orang Kelang.
[ 3 markah]

iii. ‘Rakyat mempunyai tanggungjawab yang sangat besar kepada raja dan negara’

Pada pendapat anda, apakah tanggungjawab rakyat terhadap raja dan negara.
[3 markah]

61
MODUL PRIGEL KOMSAS

Praktis 5

Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai, dihadap orang banyak.
Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat,lalu diribanya oleh Seri Nara Diraja.
Maka kata Seri Nara Diraja pada segala orang yang duduk itu, “Tahukah tuan hamba sekalian
bahawa ia ini anak hamba?”
Maka sembah segala orang banyak itu, “Sahaya semua tahu juga; oleh tuanku tiada
mengaku, sahaya semua takut mengatakan dia anak tuanku.”
Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum. Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan
Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang
itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka Raja, setengah
pada Seri Nara Diraja kerana kedua-duanya sama orang berasal. Maka Seri Nara Diraja tidak
muafakat dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit juga; beberapa kali lain Paduka Raja
kedapatan dengan Paduka Raja dalam kampung Seri Nara Diraja. Maka Sultan Muzaffar Syah
pun tahu akan perihal itu maka terlalulah dukacita baginda melihat kelakuan Paduka Raja dengan
Seri Nara Diraja itu. Maka fikir di dalam hati baginda, “Jikalau demikian binasalah negeri ini,
kerana orang besarnya tidak muafakat sama orang besar.”

i. Berikan maksud rangkai kata senantiasa beringgit.


[2 markah]

ii Apakah perkara yang dilakukan oleh Padukan Raja sehingga dimurkai oleh Sultan
Muzaffar Syah?

(3 markah)

iii Pada pendapat anda, wajarkah Sultan Muzaffar Syah mendamaikan Padukan Raja dengan
Seri Nara Diraja.
Berikan tiga alasan anda.
[3 markah]

62
MODUL PRIGEL KOMSAS

63
MODUL PRIGEL KOMSAS

A.NOTA
CERPEN CINTA AHMAD MUTAWAKKIL
Zainal Rashid Ahmad

SINOPSIS
Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil ( Zainal Rasyid Ahmad) telah menggunakan
pendekatan sorot balik tentang kisah perjuangan Ahmad Mutawakkil dalam menzahirkan
cintanya terhadap bangsa dan negara. Ahmad Mutawakkil yang parah ditembak telah
memeranjatkan penduduk kampung yang ketika itu sedang berdoa seusai solat maghrib. Setelah
menjelaskan keadaan Ahmad Mutawakkil yang parah, terkulai lalu pengsan, penulis mula
mengimbas kembali kisah perjuangan anak muda tersebut bermula daripada perubahan
sosioekonomi penduduk kampung kesan kehadiran Tuan Booth sekeluarga. Kehadiran mereka
bukan sahaja berjaya meningkatkan ekonomi penduduk kampung, malahan Ahmad Mutawakkil
membesar sebagai pemuda berilmu hasil bantuan anak Tuan Booth, Sandra. Dia bukan sahaja
menjadi penyebar maklumat tentang hal ehwal semasa kepada masyarakat di kampungnya,
malahan turut bekerja membaca dan menjawab surat-surat rahsia daripada Inggeris untuk
kumpulan anti-Jepun.
Cerpen ini diteruskan lagi dengan Ahmad Mutawakkil menyampaikan khabar kepada
penduduk kampung tentang pengeboman Hiroshima dan Nagasaki yang membawa kelegaan dan
rasa syukur mereka. Ahmad Mutawakkil kemudiaannya digambarkan sebagai pemuda yang
berjiwa pemimpin apabila dia dapat mempengaruhi penduduk kampung dengan pidatonya yang
membangkitkan semangat patriotisme dalam jiwa mereka. Dalam masa yang sama Ahmad
Mutawakkil berjaya mengajak penduduk kampung untuk menjalinkan silaturahim dengan Tuan
Booth sekeluarga yang tidak pernah memusuhi masyarakat di situ. Cerpen ini juga
dikembangkan dengan kisah hubungan antara Ahmad Mutawakkil dengan Sandra yang sering
menjadi tanda tanya kepada penduduk di situ.
Plot dirumitkan lagi dengan situasi 16 Jun 1948 di Perak apabila darurat diisytiharkan
kerana Parti Komunis Malaya mula menggila. Ahmad Mutawakkil tetap mengajak masyarakat
kampungnya berjuang tanpa menghiraukan keselamatan dirinya walaupun pihak komunis telah
memberi amaran kepadanya melalui Tuan Booth agar tidak menghasut orang kampung
membenci komunis. Kemuncaknya, Ahmad Mutawakkil berjaya meniupkan semangat
perjuangan yang begitu mendalam dalam jiwa penduduk kampung melalui pidato citra merdeka
dan kritikan terhadap bangsa Melayu yang sanggup diperalat Parti Komunis Malaya. Setelah
ditemui oleh seorang budak lelaki yang tidak dikenali seusai majlis ceramah tersebut, Ahmad
Mutawakkil pergi dan tidak pulang-pulang sehingga dia datang pada malam esoknya di surau
kampung dalam keadaan berlumuran darah. Ahmad Mutawakkil terbunuh namun semangat
perjuangannya terus membara dalam masyarakat kampung sama seperti mereka rindu akan kata-
kata semangat anak muda itu “ Tanah Melayu pasti merdeka!”. Tuan Booth sekeluarga pulang ke
England seminggu selepas Tanah Melayu merdeka namun rasa cinta yang mendalam Sandra
terhadap Ahmad Mutawakkil telah membawa dia pulang ke kampung tersebut untuk meneruskan
kehidupannya di situ.

64
MODUL PRIGEL KOMSAS

TEMA

Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil memaparkan tema perjuangan menentang penjajah. Ahmad
Mutawakkil yang merupakan watak utama dalam cerpen ini telah menzahirkan cintanya terhadap
bangsa dan negara melalui perjuangan menentang penjajah Inggeris, Jepun dan Komunis.
Ahmad Mutawakkil telah menggunakan penguasaan ilmunya dalam menjadi penyebar maklumat
tentang penjajah kepada mesyarakat di kampungnya. Sejak usia belasan tahun lagi, Ahmad
Mutawakkil telah menonjolkan dirinya sebagai seorang pemimpin muda yang berpengaruh. Hal
ini dibuktikan melalui pidato- pidato yang disampaikan kepada masyarakat kampung untuk
meniupkan semangat patriotisme dalam diri setiap ahli masyarakat. Ahmad Mutawakkil
merupakan seorang pemuda yang mempunyai semangat perjuangan yang tinggi sehinggakan
tidak sanggup menerima sebarang pujian selagi Tanah Melayu belum merdeka. Dia sanggup
menggadaikan nyawanya untuk menentang komunis dan akhirnya dia terbunuh sebelum
mengecap kemerdekaan Tanah Melayu. Perjuangan dan pengorbanannya terus diingati oleh
masyarakat kampungnya sama seperti mereka mengingati kata-kata anak muda itu “Tanah
Melayu pasti merdeka!”.

PERSOALAN

1. Persoalan perubahan sosioekonomi masyarakat kampung


Cth : Kedatangan Tuan Booth dan keluarga telah merubah sosioekonomi masyarakat
kampung apabila beliau telah mengupah beratus-ratus buruh termasuk penduduk
kampung sendiri untuk meneroka belukar bagi meluaskan penanaman getah
2. Persoalan kepentingan sikap berdikari dalam kehidupan
Cth : Ahmad Mutawakkil belajar berdikari setelah kematian bapanya, Wan Sadir
dengan cara bekerja dengan orang putih
3. Persoalan kesan kedatangan penjajah
Cth : Kedatangan penjajah yang membawa kepada serangan telah menyebabkan
seluruh ketenangan hidup masyarakat kampung hilang
4. Persoalan tanggungjawab seorang pemimpin
Cth : Imam Ngah Deraman bergegas meninggalkan surau selepas solat isyak untuk
mencari Ahmad Mutawakkil yang kehilangan tempat menumpang nasib setelah
pemergian Tuan Booth sekeluarga akibat kedatangan Jepun dan mengambil
Ahmad Mutawakkil sebagai anak angkatnya
5. Persoalan kepentingan menguasi ilmu dalam kehidupan
Cth : Ahmad Mutawakkil menjadi tempat penduduk kampung mendapatkan
maklumat tentang hal ehwal semasa kerana dia boleh menulis dan bercakap
dalam bahasa Inggeris
6 Persoalan semangat patriotisme dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan
Cth Ahmad Mutawakkil menyeru ahli masyarakat agar mengikis tabiat buruk,
berjuang mengubah sikap dan pandangan sempit bangsa Melayu untuk merdeka

65
MODUL PRIGEL KOMSAS

PLOT

Tidak mengikut kronologi

1. Permulaan/Eksposisi

Pada hari Jumaat bulan Ogos tahun 1953, Ahmad Mutawakkil muncul di kampung dengan
mempunyai luka yang parah dan bajunya dipenuhi dengan darah. Oleh sebab mempunyai
luka yang besar di bahunya, Ahmad Mutawakkil telah terkulai lalu pengsan.

2. Perkembangan

Pada pertengahan tahun 30-an, muncul satu keluarga orang putih, iaitu Tuan Booth. Tuan
Booth telah mengupah beratus-ratus orang kampung di estet getahnya. Pada tahun 1941,
tentera Jepun telah berjaya masuk ke Tanah Melayu. Tuan Booth sekeluarga telah berpindah
sebelum tentera Jepun datang. Pada tahun 1945, bandar Hiroshima dan Nagasaki telah
dibom dan Jepun telah menyerah kalah. Selepas itu, keluarga Tuan Booth telah kembali ke
kampung selepas Jepun menyerah kalah. Pada masa yang sama, Ahmad Mutawakkil telah
dilantik sebagai pejuang nasionalis Melayu yang paling muda. Ahmad Mutawakkil telah
berusaha mengadakan ceramah kepada penduduk kampung dan menulis di surat khabar
untuk menentang penjajahan Inggeris dan Parti Komunis Malaya

3. Klimaks

Pada malam Jumaat, seorang budak lelaki telah mendekati dan berbisik dengan Ahmad
Mutawakkil. Selepas itu, Ahmad Mutawakkil berdiri dan mengikuti budak lelaki itu. Hari
keesokannya, Ahmad Mutawakkil telah hilang dan amat mrmbimbangkan penduduk
kampung. Oleh itu, mereka mencari Ahmad Mutawakkil. Akhirnya, Ahmad Mutawakkil
telah meninggal dunia kerana ditembak oleh Komunis.

4. Peleraian

Pada malam 31 Ogos 1957, penduduk kampung telah mengadakan majlis kesyukuran untuk
Ahmad Mukawakkil yang telah terkorban. Selepas merdeka, keluarga Tuan Booth telah
kembali ke England. Selepas setahun, Sandra telah kembali ke banglo ayahnya. Sandra juga
mengajar anak-anak kampung di situ supaya mereka mengingati seorang pejuang nasionalis
Melayu yang telah berkorban untuk tanah air.

66
MODUL PRIGEL KOMSAS

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama : Ahmad Mutawakkil


1. Bijak merancang masa depan
Cth : belajar menulis dan membaca daripada Sandra semasa menumpang tinggal di rumah
Tuan Booth
2. Seorang yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi
Cth : menjadi sebagai seorang pejuang nasionalis semasa berumur tujuh belas tahun.
3. Seorang yang sanggup berkorban untuk tanah airnya
Cth : dibunuh oleh orang komunis kerana hendak mempertahankan tanah air.
4. Seorang yang menghargai jasa dan budi orang lain
Cth : menghargai jasa dan budi baik Tuan Booth dengan menghadiri majlis yang diadakan
oleh Tuan Booth di banglo estetnya
5. Seorang yang sangat berpengaruh dan dihormati
Cth : Penduduk kampung sangat menghormati Ahmad Mutawakkil

Nama Watak Sampingan


Tuan Booth
1. Seorang yang baik hati
Cth : turut menyertai misi pencarian Ahmad Mutawakkil
2. Seorang yang peramah
Cth : mesra dengan penduduk kampung
3. Seorang yang bersikap terbuka
Cth : Tidak menghalang Sandra berbaik-baik dengan Ahmad Mutawakkil

Nama Watak Sampingan


Imam Ngah Deraman
1. Seorang yang penyayang
Cth : Sayang akan Ahmad Mutawakkil yang yatim piatu
2. Taat akan agama
Cth : Menunaikan solat Jemaah dengan penduduk kampong setiap waktu solat
3. Seorang yang prihatin
Cth : Sentiasa ambil tahu pergerakan Ahmad Mutawakkil

Nama Watak Sampingan


Sandra
1. Seorang yang baik hati
Cth : mengajar Ahmada membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris
2. Seorang yang prihatin
Cth : ambil berat tentang kehilangan Ahmad Mutawakkil

67
MODUL PRIGEL KOMSAS

LATAR

Latar Masa
1. Pertengahan tahun 30-an
Cth : Sebuah keluarga orang putih (keluarga Tuan Booth) datang ke kampung Ahmad
Mutawakkil
2. Tahun 1941
Cth : Jepun memasuki Tanah Melayu
3. Tahun 1943
Cth : Ahmad Mutawakkil bekerja di bandar untuk membaca dan menjawab surat-surat
bahasa Inggeris

Latar Tempat
1. Estet getah Tuan Booth
Cth : Beratus-ratus orang kampung dan Ahmad Mutawakkil bekerja di ladang estet getah
Tuan Booth
2. Surau
Cth : Ahmad Mutawakkil telah sentiasa mengadakan ceramah tentang kemerdekaan
kepada penduduk kampung
3. Estet Ephill dan Estet Sungai Siput
Cth : Peristiwa serangan yang mengorbankan tiga orang pengurus Inggeris

Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang bekerja dengan bersungguh-sungguh


Cth : Ahmad Mutawakkil dan beratus-ratus orang kampung telah bekerja dengan
bersungguh-sungguh untuk mendapat rezeki

2. Masyarakat yang penyayang


Cth : Penduduk telah mengadakan doa kesyukuran kepada Ahmad Mutawakkil yang telah
berkorban untuk kemerdekaan tanah air

3. Masyarakat yang berusaha membebaskan tanah air daripada penjajahan negara lain
Cth : Ahmad Mutawakkil telah bekerja dengan golongan anti-Jepun, iaitu membaca dan
menjawab surat-surat yang berasal daripada bahasa Inggeris

4. Masyarakat yang gigih bertani


Cth : Kebanyakan penduduk kampung penulis yang berbangsa Melayu bertani padi
sawah, pisang, ubi kayu, dan keledek

5. Masyarakat penjajah asing yang mengaut keuntungan tanah air


Cth : Tuan Booth yang membuka estet getah mengupah lima belas keluarga berketurunan India
untuk bekerja sebagai buruh di estet getahnya

68
MODUL PRIGEL KOMSAS

GAYA BAHASA

1. Personifikasi
Cth : Tiada seorang pun antara kami yang pernah diratah atau dirobek oleh peluru
2. Simile
Cth : Sawah pula, laksana lautan emas kala musim menuai
3. Metafora
Cth : bola matanya
4. Peribahasa
Cth : menjaga tepi kain orang
5. Bahasa Arab
Cth : Alhamdulillah

NILAI

1. Patriotik
Cth : Ahmad Mutawakkil seorang remaja yang sayang akan negaranya
2. Keberanian
Cth : Ahmad Mutawakkil berani untuk menghadapi pelbagai cabaran untuk kemerdekaan
negara.
3. Tanggungjawab
Cth : Imam Ngah Deraman telah menjadikan Ahmad Mutawakkil yang masih kecil itu
sebadai anak angkatnya
4. Kebijaksanaan
Cth : Ahmad Mutawakkil seorang pemuda yang bijaksana.
5. Kasih sayang
Cth : Tuan Booth amat menyayangi isteri dan anak perempuannya, Sandara.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah bertanggungjawab melaksanakan tugas kita dengan sebaik-baiknya.


Cth : Ahmad Mutawakkil bertanggungjawab semasa melaksanakan tugasnya sebagai
seorang wartawan dalam menulis surat khabar kepada rakyat untuk kemerdekaan
tanah air.
2. Kita hendaklah bekerjasama untuk melakukan sesuatu aktiviti
Cth : Penduduk kampung telah bekerjasama dalam membentuk tiga kumpulan pencari
untuk mencari Ahmad Mutawakkil yang hilang.
3. Kita hendaklah berkorban untuk kemerdekaan tanah air kita
Cth : Ahmad Mutawakkil telah berkorban untuk mempertahankan tanah air daripada
ancaman Parti Komunis Malaya
4. Kita mestilah memupuk cinta akan negara untuk memerdekaan tanah air daripada
penjajah
Cth : Ahmad Mutawakkil menggesa rakyat menentang penjajah Inggeris
5. Kita hendaklah bijak mengambil peluang untuk menambahkan ilmu pengetahuan
Cth : Ahmad Mutawakkil belajar membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris daripada
Sandra ketika menumpang selama tiga tahun di bangle Tuan Booth

69
MODUL PRIGEL KOMSAS

HIPERTENSI
Karya Illias Zaidi

SINOPSIS

Cerpen ini mengisahkan kehidupan seorang budak lelaki genius bernama Aiman Aqil.
Kepintarannya menyebabkan dia berasa bosan belajar di dalam kelas. Pada usia yang muda, dia
telah dapat menyelesaikan masalah Matematik Tingkatan Lima. Aiman Aqil juga sering
memperkecil adik dan rakan-rakannya yang sukar menyelesaikan soalan Matematik. Aiman Aqil
memberikan alasan kepada bapanya bahawa dia seorang yang pintar. Akibat tindakan Aiman
Aqil itu, bapanya sering merotannya. Ibunya tidak setuju dengan tindakan bapanya tetapi
berdiam diri sahaja. Situasi bertambah buruk apabila dia mengambil tindakan untuk ponteng
sekolah dan ponteng kelas sebagai tanda bantahan terhadap tindakan bapanya yang sering
merotannya.

Aiman sentiasa mengambil kesempatan untuk mewujudkan halusinasi futuristik penuh


cabaran. Dia pernah membayangkan dirinya telah lulus pengajian tinggi dalam bidang
aeroangkasa. Walaupun Aiman Aqil sering berhalusinasi, namun dia mempunyai prinsipnya
yang tersendiri. Dia tidak mahu berangan-angan seperti Mat Jenin dan Si Luncai. Angan-angan
Aiman terus mekar apabila dia terus berhalusinasi menjalani latihan intensif di bawah program
aeroangkasa di bawah Rusia. Pada suatu hari, Aiman Aqil memanjat pokok kelapa untuk
berangan-angan fantasi futuristik. Aiman Aqil telah berfantasi menjadi seorang angkasawan
yang telah ke Stesen Angkasa Antarabangsa dan ke bulan.

Angan-angan Aiman terus mekar apabila dia terus berhalusinasi menjalani latihan intensif
di bawah program aeroangkasa di bawah Rusia. Kemudian, dia terus berangan-angan hendak
memantapkan diri sebagai persediaan untuk berlepas ke angkasa. Halusinasi Aiman tidak
terhenti setakat itu sahaja, malah dia turut membayangkan jutaan khalayak menyaksikan siaran
langsung perlepasan kapal angkasa yang dinaikinya. Aiman akhirnya berjaya mendarat di bulan
dalam halusinasinya itu.

Ketika berfantasi, Aiman Aqil terdengar suara halus yang mengajaknya supaya
mendekatkan diri kepada Tuhan. Pada masa yang sama, suara halus itu meminta Aiman Aqil
supaya tidak membinasakan alam sekitar di bumi. Akhirnya, Aiman sedar daripada khayalannya
bahawa dia perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu bukan sekadar berangan-angan. Jauh di
sudut hati Aiman, dia memanjatkan doa dan harapan ke hadrat Ilahi.

70
MODUL PRIGEL KOMSAS

TEMA

Keinginan yang tinggi dalam bidang sains angkasa – Aiman Aqil sangat berminat dengan
aeroangkasa. Dia membayangkan dirinya mendapat ijazah pertama dalam bidang aeroangkasa.
Sedekad selepas itu, dia berjaya menjejakkan kaki ke bulan di bawah program aeroangkasa
bersama dengan pihak Rusia.

PERSOALAN

1. Persoalan adab menuntut ilmu


Cth : Aiman Aqil selalu tidak fokus terhadap pengajaran Cikgu Faridah menyebabkan
Cikgu Faridah hilang kesabarannya.

2. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya


Cth : Ibu Aiman Aqil tidak setuju dengan tindakan suaminya yang sering merotan Aiman
kerana perilaku Aiman sering berkontradiksi dan berkontras dengan watak
babahnya.

3. Persoalan amalan hormat terhadap guru


Cth : Aiman Aqil membetulkan jawapan soalan Teori Graviti dengan baiknya dan serius
apabila melihat gurunya tidak suka akan gurauannya.

4. Persoalan kepentingan prinsip hidup


Cth : Aiman Aqil bertekad tidak akan menjadi seperti Si Luncai dan Mat Jenin yang hanya
memasang angan-angan tanpa merealisasikan angan-angan tersebut.

5. Persoalan pengorbanan seorang guru terhadap anak murid.


Cth : Cikgu Faridah mengajar Aiman Aqil dan murid-murid yang lain subjek Sains
dengan bersungguh-sungguh.

PLOT

1. Permulaan/Eksposisi
Aiman yang berada di banglo keluarganya merenung lereng bukit yang terhakis dan
runtuhan tanahnya yang menimpa sebuah banglo melalui celah jari-jemari tangannya yang
kurus runcing. Tiba-tiba sebiji mempelam yang jatuh di hadapannya telah mengingatkannya
tentang Teori Graviti oleh Isaac Newton, sainstis berbangsa Inggeris serta peristiwa ketika
Cikgu Faridah bersoal jawab tentang Teori Graviti semasa di kelas.

2. Perkembangan
Aiman digambarkan sebagai seorang murid pintar yang digelari Cikgu Faridah sebagai
profesor ekoran memiliki IQ yang tinggi. Dia bersikap angkuh, suka memberontak, dan
marah-marah kepada suasana persekitarannya. Di rumah, dia suka menyakat dan
mengganggu adik-adiknya ketika mereka membuat kerja rumah. Di sekolah pula, dia selalu

71
MODUL PRIGEL KOMSAS

memandang rendah dan menyindir rakan-rakannya yang gagal menjawab soalan


Matematik. Akibatnya, dia dipanggil oleh Guru Besar kerana menimbulkan masalah di
kelas. Akibat tindakan Aiman itu, bapanya sering merotannya. Ibunya tidak setuju dengan
tindakan bapanya tetapi berdiam diri sahaja. Situasi bertambah buruk apabila dia mengambil
tindakan untuk ponteng sekolah dan ponteng kelas sebagai tanda bantahan terhadap
tindakan bapanya yang sering merotannya. Keadaan ini menyebabkan Aiman mula
berhalusinasi dengan membayangkan dirinya menjalani latihan intensif di bawah program
aeroangkasa di Rusia. Dia berhalusinasi berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa dan
sampai ke bulan.

3. Klimaks
Sewaktu berhalusinasi ke angkasa lepas, Aiman terdengar suara halus yang mengajaknya
supaya mendekatkan diri kepada Tuhan.

4. Peleraian
Aiman nekad untuk berubah. Dia tidak mahu melayan halusinasi dunia aeroangkasanya
lagi. Aiman berdoa kepada Tuhan agar membantunya untuk hidup dalam dunia realiti.

TEKNIK PLOT / PENCERITAAN

1. Imbas muka
Cth: Aiman Aqil membayangkan dirinya sudah lulus dalam peperiksaan pada peringkat
pengajian tinggi dengan memperoleh ijazah kelas pertama.

2. Imbas Kembali
Cth: Ketika belajar di sekolah rendah, Aiman Aqil selalu ponteng sekolah kerana bosan
dengan pembelajaran yang dianggapnya tidak sesuai dengan tahap IQ yang
dimilikinya.

WATAK DAN PERWATAKAN

Aiman Aqil
1. Seorang murid genius
Cth : Aiman Aqil mampu menyelesaikan masalah Matematik pelajar Tingkatan Lima
pada usia lapan tahun.

2. Seorang yang sombong


Cth : Aiman Aqil juga sering memperlekeh adik dan rakan-rakannya yang sukar
menyelesaikan soalan Matematik.

72
MODUL PRIGEL KOMSAS

3. Seorang murid yang menghormati guru


Cth : Aiman Aqil cepat-cepat membetulkan jawapan kepada soalan teori graviti dengan
baiknya dan serius apabila melihat gurunya tidak suka akan gurauannya.

4. Seorang pendendam
Cth : Aiman Aqil menyimpan dendam terhadap babahnya yang sering merotan dan
menamparnya.

5. Seorang yang bercita-cita tinggi


Cth : Aiman Aqil menyimpan angan-angan untuk menjadi seorang angkasawan yang
berjaya seperti Neil Armstrong.

Babah

1. Seorang yang tegas


Cth : Babah sering merotan Aiman Aqil kerana Aiman selalu berkontradiksi dengannya
sehingga lebam di pinggul Aiman.

2. Seorang yang penyayang


Cth : Babah berusaha merawat masalah kegagapan anaknya, Aiman Aqil dengan
membawanya menjalani latihan intensif dan terapi.

Ibu

1. Seorang ibu yang penyayang


Cth : Ibu Aiman Aqil tidak setuju dengan tindakan suaminya yang sering merotan Aiman
kerana Aiman selalu ponteng sekolah dan melawan kata-katanya.

2. Seorang ibu yang bertanggungjawab.


Cth : Ibu menyediakan makanan seimbang untuk Aiman Aqil sehingga Aiman Aqil
membesar dengan sihatnya

3. Seorang yang penyabar


Cth : Ibu sabar dengan sikap garang suaminya dalam mendidik anak-anak terutamanya
Aiman Aqil yang bersikap kontras dengan suaminya.

Cikgu Faridah

1. Seorang yang berdedikasi


Cth : Cikgu Faridah menerangkan ilmu Teori Graviti secara bersungguh-sungguh kepada
Aiman dan kawan-kawannya.

73
MODUL PRIGEL KOMSAS

2. Seorang yang bijak


Cth : Cikgu Faridah bijak melihat potensi yang ada pada Aiman Aqil dan menggelarnya
sebagai profesor kerana kepintaran dan kecerdikan muridnya itu.

3. Seorang yang sensitif


Cth : Wajah Cikgu Faridah segera berubah apabila Aiman Aqil mempertikaikan Teori
Graviti yang diajarnya dengan kuasa Tuhan

LATAR

Latar Masa

1. Waktu tengah hari


Cth : Aiman Aqil sedang bersoal jawab dengan Cikgu Faridah tentang Teori Graviti dan
kaitannya dengan alam sejagat.

2. Waktu malam
Cth : Aiman Aqil mengganggu adik-adiknya yang sedang membuat kerja rumah dengan
menyindir mereka kerana tidak dapat menjawab soalan matematik

3. Zaman sekolah rendah


Cth : Aiman Aqil mengganggu rakan-rakan sekelasnya yang sedang membuat latihan
ketika sesi pembelajaran

Latar Tempat

1. Kelas
Cth : Aiman Aqil sedang bersoal jawab dengan Cikgu Faridah tentang Teori Graviti dan
kaitannya dengan alam sejagat.

2. Bulan
Cth : Aiman Aqil berfantasi menjadi seorang angkasawan yang berjaya pergi ke bulan.

3. Rumah keluarga Aiman


Cth : Aiman Aqil mengganggu adik-adiknya yang sedang membuat kerja rumah dengan
menyindir mereka kerana tidak dapat menjawab soalan matematik

74
MODUL PRIGEL KOMSAS

Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang menghormati guru


Cth : Aiman Aqil membetulkan jawapan kepada soalan teori graviti dengan baiknya dan
serius apabila melihat gurunya tidak suka akan gurauannya.

2. Masyarakat yang bertanggungjawab


Cth : Ibu menyediakan makanan seimbang untuk Aiman Aqil sehingga Aiman Aqil
membesar dengan sihatnya

3. Masyarakat yang terlalu bijak


Cth : Aiman Aqil mampu menyelesaikan masalah Matematik Tingkatan Lima walaupun
berusia lapan tahun

4. Masyarakat yang penyayang


Cth : Ibu Aiman Aqil tidak setuju dengan tindakan bapanya yang sering merotannya tetapi
terpaksa memprotes dalam hati sahaja

5. Masyarakat yang terlalu meminati bidang sains angkasa


Cth : Aiman Aqil sangat berminat dengan aeroangkasa. Dia membayangkan dirinya
mendapat ijazah pertama dalam bidang aeroangkasa dan berangan-angan
menjejakkan kaki ke bulan.

GAYA BAHASA

1. Diksi – penggunaan istilah sains


Cth : orbit (hlm. 61); aeroangkasa (hlm. 62), planet (hlm. 64)

2. Bahasa Inggeris
Cth : IQ (hlm. 61); genius (hlm. 62)

3. Simile
Cth : Dia merasakan bahangnya umpama sudah mencecah angka 150 darjah Celsius.
(hlm. 65)

4. Personifikasi
Cth : Sang suria terus setia memancarkan cahayanya (hlm. 67)

75
MODUL PRIGEL KOMSAS

NILAI

1. Kebijaksanaan
Cth : Aiman Aqil mampu menyelesaikan masalah Matematik Tingkatan Lima walaupun
berusia lapan tahun

2. Kasih sayang
Cth : Ibu Aiman Aqil tidak setuju dengan tindakan bapanya yang sering merotannya tetapi
terpaksa memprotes dalam hati sahaja

3. Hormat-menghormati
Cth : Aiman Aqil membetulkan jawapan kepada soalan teori graviti dengan baiknya dan
serius apabila melihat gurunya tidak suka akan gurauannya

4. Ketegasan
Cth : Bapa Aiman mengambil tindakan tegas dengan merotan Aiman atas kesalahannya
yang membuat onar di dalam kelas

5. Bertanggungjawab
Cth : Ibu menyediakan makanan seimbang untuk Aiman Aqil sehingga Aiman Aqil
membesar dengan sihatnya

PENGAJARAN

1. Kita haruslah bijak dalam menyelesaikan masalah.


Cth : Aiman bijak menyelesaikan latihan matematik murid Tingkatan 5 walaupun baru
berusia 8 tahun, Aiman bijak semasa berdebat dengan Cikgu Faridah tentang teori
graviti

2. Kita perlulah bertangungjawab terhadap keluarga di bawah tanggungan kita


Cth : Ibu menyediakan makanan seimbang untuk Aiman Aqil sehingga Aiman Aqil
membesar dengan sihatnya

3. Kita hendaklah menghormati guru yang banyak berjasa


Cth : Aiman Aqil membetulkan jawapan kepada soalan teori graviti dengan baiknya dan
serius apabila melihat gurunya tidak suka akan gurauannya.

4. Kita hendaklah saling menyayangi sesama ahli keluarga


Cth : Ibu Aiman Aqil tidak setuju dengan tindakan bapanya yang sering merotannya tetapi
terpaksa memprotes dalam hati sahaja

5. Kita hendaklah tegas dalam memberikan didikan kepada anak-anak


Cth : Bapa Aiman mengambil tindakan tegas dengan merotan Aiman atas kesalahannya
yang membuat onar di dalam kelas

76
MODUL PRIGEL KOMSAS

GERHANA MANUSIA
Karya Aminah Mokhtar

SINOPSIS

Cerpen Gerhana Manusia karya Aminah Mokhtar mengisahkan kesibukan di Wad Unit
Rawatan Rapi di sebuah hospital. Di wad tersebut, Tuan Besar Musa sedang koma dan hanya
bergantung pada alat sokongan hidup kerana mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru
akibat gaya hidupnya yang tidak sihat sedang. Beliau memerlukan pek darah yang banyak untuk
meneruskan hidup. Walau bagaimanapun hospital tersebut mengalami masalah kekurangan
bekalan darah dan Doktor Murni mengarahkan Nusia, jururawat yang bertugas di wad tersebut
agar membuat hebahan melalui media supaya orang ramai menderma darah untuk
menyelamatkan Tuan Besar Musa. Nusia tidak bersetuju kerana tubuh pesakit tersebut sudah
tidak menerima kemasukan darah lagi dan hanya membazir kerana terdapat pesakit lain yang
memerlukannya dan berpotensi untuk hidup.
Doktor Murni menegaskan itu adalah arahan Profesor Doktor Juaidi dan mereka mesti
akur kerana mereka hanya pekerja. Beberapa orang pesakit juga sedang koma dan berada dalam
keadaan kritikal di wad yang sama sangat memerlukan bekalan darah. Antaranya, Solehah,
seorang ibu yang koma akibat janinnya pecah di ovari, Al-Hafiz yang cedera parah akibat
kemalangan, seorang bayi, seorang gadis mangsa dera, dan seorang mahasiswa yang
menghidap leukemia. Nusia berasa sedih melihat keadaan mereka. Profesor Doktor Juaidi
mengarahkan Doktor Murni mendapatkan 10 pek darah untuk menyelamatkan Tuan Besar
Musa. Profesor tersebut lebih memberikan perhatian kepada Tuan Besar Musa kerana
sumbangan beliau yang merupakan seorang ahli korporat yang kaya dan penyumbang dana pada
kelab elit di hospital itu. Keadaan Solehah kian tenat menyebabkan Nusia memaklumkannya
kepada Profesor Juaidi namun beliau mengarahkan Nusia agar memberikan bekalan gelafundin
sebagai ganti darah kepada Solehah yang hanya boleh memperlahankan kematiannya. Nusia
tidak berpuas hati tindakan profesor tersebut yang tidak memperdulikan pesakit lain kerana
taraf sosial yang berbeza. Nusia kesal dengan tindakan profesor yang lebih mengutamakan Tuan
Besar Musa sedangkan beliau tidak mempunyai harapan untuk sembuh. Nusia tidak berpuas
hati terhadap tindakan profesor tersebut lalu menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepada Doktor
Murni.
Malangnya, Doktor Murni tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana Profesor Doktor
Juaidi lebih berkuasa di wad tersebut. Nusia mendesak juruteknik makmal supaya memberikan 5
pek darah yang terakhir kepadanya untuk menyelamatkan pesakit lain yang kian kritikal. Dia
sanggup dimarahi oleh profesor tersebut demi menyelamatka nyawa pesakit lain di wad tersebut.
Akhirnya Tuan Besar Musa meninggal dunia. Profesor Doktor Juaidi mengeluh kerana kematian
Tuan Besar Musa menyebabkan kelab elit hospital mereka kehilangan penyumbang dana yang
besar. Doktor Murni menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Profesor Doktor Juaidi
kerana tidak sanggup menggadaikan nilai kemanusiaannya. Doktor Murni kemudiannya
mengajak Nusia ke bank darah untuk menyelamatkan pesakit-pesakit di wad Unit Rawatan
Rapi.

77
MODUL PRIGEL KOMSAS

TEMA

Tema Gerhana Manusia tentang etika kerja doktor yang mementingkan ganjaran dan material
ketika merawat pesakit sehingga menyebabkan berlakunya pengabaian dalam nilai
kemanusiaan. Contoh: Profesor Doktor Juaidi cuba menguasai kakitangannya agar memastikan
semua pek darah yang ada di hospital tersebut hanya diberikan kepada Tuan Besar Musa yang
menjadi penyumbang utama pada jamuan tahunan kelab kebajikan mereka.

PERSOALAN

1. Persoalan tentang tanggungjawab ahli perubatan – Contohnya, Nusia dan Doktor Murni
bertanggungjawab untuk merawat pesakit di wad Unit Rawatan Rapi.
1.
2. Persoalan tentang ajal maut seseorang adalah kuasa Tuhan.- Contohnya, walaupun
pelbagai usaha yang dilakukan oleh Profesor Doktor Juaidi untuk menyelamatkan nyawa
Tuan Besar Musa namun akhirnya beliau meninggal dunia kerana ajalnya.

3. Persoalan sikap pilih kasih dan ketidakadilan dalam menjalankan tugas kerana status
sosial yang berbeza. Contohnya, Profesor Doktor Juaidi yang lebih mengutamakan Tuan
Besar Musa yang kaya daripada pesakit yang lain kerana kepentingan beliau pada hospital
mereka.

4. Persoalan tentang nilai kemanusiaan yang perlu ada pada setiap manusia. Contohnya,
Nusia dan Doktor Murni yang menentang tindakan Profesor Doktor Juaidi yang tidak
berperikemanusiaan terhadap pesakit yang lain sehingga memberikan semua bekalan darah
kepada Tuan Besar Musa sahaja.

5. Persoalan tentang kesungguhan untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Nusia dan


Doktor Murni mendapatkan bekalan darah di bank darah demi menyelamatkan nyawa
pesakit di wad Unit Rawatan Rapi.

PLOT

1. PERMULAAN
Suasana cemas di wad Unit Rawatan Rapi apabila Tuan Besar Musa yang sedang koma tidak
memberikan tindak balas terhadap rawatan yang diberikan walaupun sudah banyak pek darah
dimasukkan ke dalam tubuhnya. Bekalan darah di bank darah juga hampir habis.

78
MODUL PRIGEL KOMSAS

2. PERKEMBANGAN
Nusia, seorang jururawat yang bertugas di wad tersebut mempertikaikan perkara itu kerana
menganggapnya satu pembaziran lantaran masih ramai pesakit di wad yang sama memerlukan
bekalan darah tersebut. Doktor Murni mengatakan bahawa itu adalah arahan Profesor Doktor
Juaidi. Nusia memaklumkan Profesor Doktor Juaidi keadaan pesakit lain namun professor itu
hanya mahu mengutamakan rawatan Tuan Besar Musa. Nusia meluahkan ketidakpuasannya pada
Doktor Murni kerana pengabaian nilai kemanusiaan sehingga sanggup menggadaikan nyawa
pesakit lain demi kepentingan pihak tertentu.

3. KLIMAKS
Nusia nekad mendapatkan baki pek darah daripada juruteknik makmal yang dikhaskan untuk
Tuan Besar Musa dan sanggup menghadapi risiko dimarahi oleh Profesor Doktor Juaidi demi
menyelamatkan empat pesakit kritikal di wad Unit Rawatan Rapi yang sangat memerlukan
bekalan darah. Tuan Besar Musa meninggal dunia dan Profesor Doktor Juaidi mempersoalkan
kehilangan baki 5 pek darah dari bank darah yang sepatutnya diberikan kepada Tuan Besar
Musa. Doktor Murni segera meletak jawatan kerana nilai kemanusiaan tidak ada di hospital
tersebut.

4. PELERAIAN
Profesor Doktor Juaidi terkejut dengan tindakan Doktor Murni. Doktor Murni dan Nusia ke bank
darah untuk mendapatkan bekalan darah bagi menyelamatkan nyawa pesakt di wad Unit
Rawatan Rapi.

TEKNIK PLOT

1. Teknik Pemerian
Pengarang menggambarkan keadaan pesakit di wad Unit Rawatan Rapi yang sedang kritikal.

2. Teknik Dialog
Perbualan antara Nusia dengan Doktor Murni tentang pesakit di wad Unit Rawatan Rapi yang
memerlukan bekalan darah dengan segera.

3. Teknik Monolog
Nusia berkata-kata dalam hatinya tentang keperluan bekalan darah yang diperlukan daripada
hospital lain.

4. Teknik Saspens
Pembaca tertanya-tanya tentang keadaan Solehah.

5. Teknik Kejutan
Nusia dan Profesor Doktor Juaidi terkejut apabila Doktor Murni memberikan surat perletakan
jawatannya.

79
MODUL PRIGEL KOMSAS

WATAK DAN PERWATAKAN

WATAK UTAMA : NUSIA

1. Seorang yang berani – Contoh, Nusia berani bertindak mengambil bekalan darah yang
dikhaskan kepada Tuan Besar Musa oleh Profesor Doktor Juaidi dan sanggup menghadapi
risiko dimarahi oleh beliau.

2. Seorang yang pekerja bertanggungjawab- Contohnya, Nusia seorang jururawat yang


bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya membantu Doktor Murni merawat pesakit
di wad Unit Rawatan Rapi.

3. Seorang yang penyayang – Contohnya, Nusia sayang akan nyawa pesakit di wad Unit
Rawatan Rapi yang diabaikan oleh Profesor Doktor Juaidi dan sanggup mengambil bekalan
darah untuk menyelamatkan nyawa pesakit tersebut.

4. Seorang yang rasional - Contohnya, Nusia berpendapat bahawa bekalan darah yang ada
diberikan kepada pesakirt lain yang lebih memerlukan dan berpotensi untuk sembuh
berbanding dengan Tuan Besar Musa yang sudah tidak menunjukkan tanda-tanda akan
sembuh kerana kondisinya yang sudah tidak menerima bekalan darah yang dimasukkan ke
dalam tubuhnya.

WATAK SAMPINGAN

PROFESOR DOKTOR JUAIDI

1. Seorang doktor yang mementingkan material dan ganjaran - Contohnya, beliau


mementingkan sumbangan dana yang diberikan oleh Tuan Besar Musa pada kelab elit di
hospital mereka menyebabkan professor itu hanya mementingkan pesakit tersebut.

2. Seorang yang tidak mematuhi etika kerja sebagai seorang doktor- Contohnya, Profesor
Doktor Juaidi tidak menjalankan tugasnya mengikut etika kedoktoran yang patut
menyelamatkan semua pesakit tetapi beliau hanya mahu menyelamatkan seorang pesakit
iaitu Tuan Besar Musa.

3. Seorang ketua yang tidak berperikemanusiaan –contohnya, Profesor Doktor Juaidi


sanggup menyuruh Nusia supaya memberikan gelafundin kepada Solehah yang memerlukan
bekalan darah untuk memperlahankan kematiannya sahaja dan bukannya untuk
menyelamatkannya.

80
MODUL PRIGEL KOMSAS

DOKTOR MURNI

1 Seorang doktor yang patuh pada arahan ketua- Contohnya, Doktor Murni mengikut
semua arahan Profesor Doktor Juaidi dalam menjalankan tugasnya di wad Unit Rawatan
Rapi.

2 Seorang doktor yang penyabar – Contohnya, walaupun beliau diasak dan disindir oleh
Nusia kerana enggan memberikan bekalan darah kepada pesakit lain di wad Unit Rawatan
Rapi namun beliau tetap menjawab soalan Nusia dengan tenang.

3 Seorang doktor yang berani membuat keputusan - Contohnya, Doktor Murni berani
meletakkan jawatannya serta merta kerana beliau tidak mahu menggadaikan nilai
kemanusiaannya.

TUAN BESAR MUSA

1 Seorang pesakit di wad Unit Rawatan Rapi, koma dan banyak menggunakan bekalan darah
namun tubuhnya tidak menerima bekalan darah tersebut. Penyakit yang dihidapinya adalah
akibat gaya hidup beliau yang bebas dan pengambilan minuman keras. Tidak ada ahli
keluarga yang datang menjenguk ketika beliau di hospital mahupun menderma darah. Beliau
ialah seorang korporat yang kaya dan penyumbang dana yang besar pada kelab elit di
hospital tempat Profesor Doktor Juaidi, Doktor Murni, dan Nusia bertugas.

LATAR MASYARAKAT

1. Masyarakat yang berani – Contohnya, Nusia dan Doktor Murni berani menentang
tindakan Profesor Doktor Juaidi yang tidak berperikemanusiaan kerana tidak mementingkan
nyawa semua pesakit di wad tempat mereka bertugas.

2. Masyarakat yang penyayang – Contohnya, Nusia sayang akan nyawa pesakit di wad Unit
Rawatan Rapi.

3. Masyarakat yang bertanggungjawab – Contohnya, Nusia dan Doktor Murni


bertanggungjawab untuk merawat pesakit di wad Unit Rawatan Rapi dan berusaha untuk
menyelamatkan nyawa mereka.

4. Masyarakat yang rasional dalam membuat tindakan dan keputusan – Nusia dan
Doktor Murni bertindak rasional apabila ke bank darah dengan segera untuk mendapatkan
bekalan darah bagi menyelamatkan pesakit di wad Unit Rawatan Rapi yang sangat
memerlukan bekalan darah untuk hidup.

81
MODUL PRIGEL KOMSAS

LATAR MASA

1. Zaman moden – peralatan canggih di wad Unit Rawatan Rapi menunjukkan cerita ini
berlaku pada zaman moden / kini.
2. Waktu siang – Cth. Ketika Profesor Doktor Juaidi bertanya tentang lima pek darah yang ada
di bank darah pada pagi itu.

LATAR TEMPAT

1. Wad Unit Rawatan Rapi – tempat semua pesakit kritikal dirawat


2. Bank darah – tempat Nusia berjumpa dengan juruteknik makmal untuk mendapatkan baki
bekalan darah yang dikhaskan oleh Profesor Doktor Jauidi kepada Tuan Besar Musa.

NILAI

1. Nilai keberanian – Contohnya, Nusia dan Doktor Murni berani menentang tindakan
Profesor Doktor Juaidi yang tidak berperikemanusiaan kerana tidak mementingkan nyawa
semua pesakit di wad tempat mereka bertugas.
2. Nilai kasih sayang – Contohnya, Nusia sayang akan nyawa pesakit di wad Unit Rawatan
Rapi.
3. Nilai tanggungjawab – Contohnya, Nusia dan Doktor Murni bertanggungjawab untuk
merawat pesakit di wad Unit Rawatan Rapi dan berusaha untuk menyelamatkan nyawa
mereka.
4. Nilai rasional– Nusia dan Doktor Murni bertindak rasional apabila ke bank darah dengan
segera untuk mendapatkan bekalan darah bagi menyelamatkan pesakit di wad Unit Rawatan
Rapi yang sangat memerlukan bekalan darah untuk hidup.

PENGAJARAN

1. Kita haruslah berani untuk mempertahankan sesuatu yang benar – Contohnya, Nusia
dan Doktor Murni berani menentang tindakan Profesor Doktor Juaidi yang tidak
berperikemanusiaan kerana tidak mementingkan nyawa semua pesakit di wad tempat mereka
bertugas.
2. Kita mestilah sayang akan nyawa – Contohnya, Nusia sayang akan nyawa pesakit di wad
Unit Rawatan Rapi.
3. Kita hendaklah menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh
tanggungjawab – Contohnya, Nusia dan Doktor Murni bertanggungjawab untuk merawat
pesakit di wad Unit Rawatan Rapi dan berusaha untuk menyelamatkan nyawa mereka.
4. Kita haruslah rasional dalam membuat sesuatu tindakan– Nusia dan Doktor Murni
bertindak rasional apabila ke bank darah dengan segera untuk mendapatkan bekalan darah
bagi menyelamatkan pesakit di wad Unit Rawatan Rapi yang sangat memerlukan bekalan
darah untuk hidup.

82
MODUL PRIGEL KOMSAS

B. BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN


BENTUK SOALAN
Soalan pemahaman cerpen lazimnya ditanya dalam soalan 2(b). Walau bagaimanapun, soalan
2(b) ini akan bertukar ganti antara genre cerpen dengan genre drama yang memperuntukkan
sembilan (9) markah keseluruhannya. Terdapat tiga pecahan dalam soalan ini seperti yang
berikut:

- Soalan (i): pemahaman berdasarkan isi dalam petikan


- Soalan (ii): soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
- Soalan (iii): soalan aspek sastera

TEKNIK MENJAWAB SOALAN

- Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri


- Jawapan hendaklah dalam ayat yang sempurna/lengkap.
- Peruntukan markah bagi setiap pecahan soalan menggambarkan jumlah isi yang
dikehendaki.
- Kesalahan bahasa dan ejaan akan menjejaskan markah penuh setiap pecahan soalan.

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Biasanya orang perempuanlah yang sibuk benar menyiasat dan merisik-risik


perkara itu. Cuma yang agak menghairankan ketika Ahmad Mutawakkil berada di
kampung, tiada seorang pun yang berani bertanyakan perihal itu.
Dalam diam-diam, sebenarnya kami juga ingin tahu apatah lagi setelah menyedari
kehadiran anak gadis tuan booth di surau, setiap kali ahmad mutawakkil balik ke
kampung untuk berceramah.
Perlahan-lahan – barangkali dilemahkan oleh rasa malu kepada diri sendiri
kerana sibuk menjaga tepi kain orang – di mata kami, misteri cinta itu akhirnya
lenyap tak berjejak.
Ahmad Mutawakkil! Sudah jarang-jarang benar balik kampung. Perjuangan
parti meruntun waktunya dihabiskan di bandar. Tahun 1952. Dalam usia 24 tahun,
dia dipilih menduduki kerusi pemimpin nombor dua parti di peringkat daerah.
Tidak cukup dengan tanggungawab ke sana sini untuk berceramah, Ahmad
Mutawakkil turut menulis dalam surat khabar. Dia juga terkenal sebagai wartawan.
Tulisannya banyak merangsang orang melayu untuk bersiap sedia mengisi
kemerdekaan.
“Jangan nanti selepas merdeka, kita jadi macam kera mendapat bunga.” Untuk
merdeka, katanya perjuangan bukan setakat mendesak Inggeris berundur.

83
MODUL PRIGEL KOMSAS

i. Apakah sumbangan yang dilakukan Ahmad Mutawakkil dalam usaha memerdekakan


negara?
[2 markah]

Tip: Calon kenal pasti sumbangan Ahmad Mutawakkil yang terdapat dalam petikan.

Jawapan lengkap:

Ahmad Mutawakkil menghabiskan waktunya di bandar untuk perjuangan parti. Selain itu,
Ahmad Mutawakkil menduduki kerusi pemimpin nombor dua parti di peringkat daerah.
Seterusnya, Ahmad Mutawakkil juga menulis dalam surat khabar untuk merangsang orang
Melayu bersiap sedia mengisi kemerdekaan.

ii. Pada pendapat anda bagaimanakah rakyat Malaysia dapat mengekalkan kedaulatan
negara kita.
[3 markah]
Tip: Calon perlu kemukakan tiga isi penting untuk mendapat tiga markah penuh. Pastikan
tiada kesalahan ejaan dan bahasa.

Pada pendapat saya rakyat Malaysia dapat mengekalkan kedaulatan negara kita dengan
wujudnya perpaduan antara kaum. Sekira tidak wujudnya perpaduan antara kaum, rakyat akan
pecah-belah dan ini akan memberi kesempatan kepada penjajah untuk menjajah negara kita.
Selain itu, rakyat malysia juga perlu didedahkan mata pelajaran sejarah sejak kecil lagi. Dengan
ini, kita akan belajar daripada kesilapan nenek moyang kita dan tidak akan mengulangi kesilapan
mereka. Selain itu, kita akan menghayati kedaulatan negara kita selepas didedahkan dengan
usah-usaha dilakukan untuk memerdekakan negara kita.

iii. Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai yang terdapat
dalam cerpen ini.
[4 markah]

Nilai yang terdapat dalam petikan di atas ialah nilai patriotisme. Buktinya, ahmad mutawakkil
berjuang meniupkan api semangta patriotik melalui penulisannya di surat khabar dan melalui
ceramah yang disampaikannya kepada masyarakat kampung. Nilai lain yang terdapat dalam
cerpen ini ialah nilai kerjasama. Contohnya, tiga kumpulan pencari bekerjasama mencari jejak
Ahmad Mutawakkil yang hilang.

84
MODUL PRIGEL KOMSAS

CERPEN CINTA AHMAD MUTAWAKKIL

PRAKTIS TOPIKAL

Praktis 1
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Ahmad Mutawakkil, sudah jarang-jarang benar balik ke kampung. Perjuangan partin meruntun
waktunya dihabiskan di bandar. Tahun 1952, dalam usia 24 tahun, dia dipilih menduduki kerusi
pemimpin nombor dua parti di peringkat daerah.
Tidak cukup dengan tanggungjawabnya ke sana sini untuk berceramah, Ahmad
Mutawakkil turut menulis dalam surat khabar. Dia juga terkenal sebagai wartawan. Tulisannya
banyak merangsang orang Melayu untuk bersiap sedia mengiri kemerdekaan.
“Jangan nanti selepas merdeka, kita jadi macam kera mendapat bunga.” Untuk merdeka,
katanya, perjuangan bukan setakat mendesak Inggeris berundur.
“Malah, demi mengisi kemerdekaan, kita juga perlu mendesak diri sendiri, mengikis
semua tabiat buruk bangsa kita. Kita pasti akan merdeka, dan untuk itu, kita perlu berjuang
mengubah sikap dan pandangan sempit bangsa kita...”
Akhirnya, selepas berbulan-bulan lamanya Ahmad Mutawakkil menghilang, satu hari,
pecahlah berita tentang kepulangannya. Oleh sebab namanya sebagai wartawan masyhur disebut
orang di sana sini. Tuan Booth mahu meraikan kejayaannya itu.
Seperti biasa, kami dijemput sama. Di majlis itulah, seorang daripada kami secara tidak
sengaja terdengar perbualan Ahmad Mutawakkil dengan anak gadis Orang Putih itu.
“Kalau bukan awak yang ajar saya menulis dan membaca ,” kata Ahmad Mutawakkil,
“tak mungkin saya jadi wartawan. Saya sangat terhutang budi.”
Gadis itu tersenyum, menjawab dalam bahasa Melayu yang fasih. “Dari dulu, saya tahu
awak bijak...tapi saya tak sangka, awak akan sehebat ni.”
Ahmad Mutawakkil terdiam, memandang tepat wajah gadis itu.
“Pujian itu terlalu besar. Selagi Tanah Melayu belum merdeka, saya tidak layak
menerima apa-apa pujian, Sandra.”

i. Apakah nasihat yang disampaikan oleh Ahmad Mutawakkil kepada bangsanya


berdasarkan petikan cerpen
[2 markah]

ii Pada pendapat anda, apakah aktiviti yang boleh anda lakukan di sekolah untuk
menunjukkan anda bersyukur dengan kemerdekaan yang dikecapi?
[3 markah]

85
MODUL PRIGEL KOMSAS

iii Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latar masyarakat
lain dalam keseluruhan cerpen.

[4 markah]

Praktis 2

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Ahmad Mutawakkil dalam keadaan terhuyung-hayang, bangun perlahan-lahan. Sebelah


tangannya memaut tiang pintu manakala sebelah lagi terkulai. Waktu itu, kami sedar - perkara
yang ditakuti belakangan ini benar benar terjadi. Anak tunggal arwah Wak Sadir yang selama ini
disanjung laksana lampu ayan yang menerangi kampung, kini di ambang maut. Ahmad
Mutawakkil - malam itu, Jumaat bulan Ogos 1953 - dek luka yang parah melangkah dengan
longlai ke arah Imam Ngah Deraman.
Ketika kami semua masih terpegun dan tertanya-tanya, Ahmad Mutawakkil jatuh melutut
dan wajahnya tersembam di ribaan Imam Ngah Deraman. Pada waktu itu, dalam keadaan dia
mengerekot, kami nampak luka besar di belakang bahunya - bekas tusukan peluru.
Darah masih mengalir, betul-betul di belakang pendayung kiri Ahmad Mutawakkil. Menyedari
darah terlalu banyak mengalir hingga menitis ke lantai. Penghulu Ibrahim Deraman Sigap segera
membaringkan Ahmad Mutawakkil. Tak lama kemudian, bunyi nafasnya separuh mengeruh.
Dalam keadaan tercungap-cungap, dia terkulai lalu pengsan.
Kampung kami dipugar sejak tiga generasi lalu. Sejarahnya hanya jaluran kebun dan
sawah. Pertengahan tahun 30-an, datang satu keluarga Orang Putih – mengupah beratus-ratus
orang buruh, termasuk kami sendiri – meneroka belukar. Tak lama kemudian, berjejerlah anak-
anak getah.

i. Nyatakan keadaan Ahmad Mutawakkil semasa berada di ambang maut berdasarkan


petikan.
[2 markah]

ii Pada pendapat anda, apakah cabaran yang dihadapi pejuang kemerdekaan semasa
berjuang menuntut kemerdekaan negara?
[3 markah]

iii. Jelaskan satu persoalan daripada petikan dan satu persoalan daripada keseluruhan
cerpen.
[4 markah]

86
MODUL PRIGEL KOMSAS

Praktis 3

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri

Sejak kembali, Tuan Booth jauh berubah. Dia tak lagi terperap di estet. Pada setiap
petang, biasanya selepas solat asar, dia akan menjengah ke surau. Dia akan duduk berbual-bual,
bercerita itu ini. Ada sekali, sewaktu Ahmad Mutawakkil balik ke kampung, Tuan Booth
mengundang kami ke banglonya.
“Dia pelawa kita minum teh di banglonya,” kata Ahmad Mutawakkil. “Saya fikir, Tuan Booth
ikhlas nak berbaik-baik.”
Kami terdiam, tak berani bersuara, menantikan kata putus daripada Imam Deraman dan
Penghulu Ibrahim Sigap.
Akhirnya, setelah agak lama buntu, Ahmad Mutawakkil meluahkan pandangan. “Selama
Tuan Booth di sini, sejak dulu lagi, tak pernah dia memusuhi kita. Jadi, saya fikir atas sifat hati
Melayu, orang berbudi kita berbahasa. Hati Melayu tak reti bermusuh, hati Melayu punuh
dengan persahabatan.
Dengan kata-kata hikmat itu, runtuhlah segala tembok penghalang antara kampung kami
dengan estet Tuan Booth. Sekalipun tanpa Ahmad Mutawakkil, kami sudah biasa bertandang ke
banglo mewah itu. Malah, ada ketikanya, majlis yang diadakan di estet itu turut disertai orang
perempuan. Isteri Tuan Booth yang terkenal dengan masakannya yang sedap-sedap itu kerap
menghidangi kami dengan menu Orang Putih. Lebih istimewa, pada setiap kali ada majlis
perkahwinan, Tuan Booth sekeluarga pasti akan meraikan pasangan pengantin di estetnya. Ada
antara kami yang agak ragu-ragu dengan perkara itu.

i. Nyatakan cara-cara Tuan Booth sekeluarga menunjukkan sikap berbaik-baik dengan


masyarakat kampung penulis.
[2 markah]

ii. Pada pendapat anda, adakah keputusan penduduk kampung itu mengikut nasihat Ahmad
Mutawakkil agar tidak memusuhi Tuan Booth sekeluarga suatu keputusan yang wajar?

Berikan alasan anda.

[3 markah]

iii. Huraikan satu perwatakan Ahmad Mutawakkil berdasarkan petikan dan satu perwatakan
lain daripada keseluruhan cerpen
[4 markah]

87
MODUL PRIGEL KOMSAS

Petikan 4
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri

Cuma sejak kematian Wak Sadir, anaknya, Ahmad Mutawakkil, yang sudah yatim piatu
itu menjadi satu-satunya anak kampung yang sentiasa keluar masuk ke pekarangn estet Tuan
Booth.
“Eloklah...paling tidak dia bekerja dengan Orang Putih tu, belajar mencari makan sendiri.”
Begitulah pandangan kami. Walaupun hasil getah Tuan Booth setiap tahun nampaknya sangat
menjadi, kami tetapi bertani secara tradisi.
Di kebun, berselerak pokok pisang yang ditanam, berselang-seli dengan ubi kayu dan
keledek. Swah pula, laksana emas kala musim menuai. Kami tetap orang kampung yang dulu,
yang hidup atas dua matlamat – rezeki dan ibadat.
Tatkala bom pertama meledak, diikuti oleh rentetan dentuman meriam serta serangan kapal
terbang, seluruh ketenangan hidup warisan moyang-poyang kami terasa tersentap pergi dan
terlucut begitu saja daripada genggaman. Sebaik-baik saja perang pecah pada tahun 1941 dan
Jepun masuk keadaan jadi berkecemuk. Suasana kehidupan kampung dipengap ketakutan.
Namun, kami bersyukur atas dua perkara. Pertama, kampung kami terpencil, maka jarang-jarap
ketakutan.ng dihendap oleh Jepun. Garisan perang pula tidak melintang di atas tanah kami, maka
itu, tiada seorang pun antara kami yang pernah diratah atau dirobek peluru. Kedua, kami
bersyukur kerana kacau-bilau zaman Jepun menyedarkan kami betapa hinanya hidup terjajah.

i. Berdasarkan petikan cerpen,bagaimanakah kehidupan Ahmad Mutawakkil selepas


kematian ayahnya?
[2 markah]

ii. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha untuk mengekalkan keamanan dalam sesebuah
negara?
[3 markah]

iii. Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai lain daripada
cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

88
MODUL PRIGEL KOMSAS

Praktis 5
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri

Di hadapan pagar estet, Ahmad Mutawakkil berjalan lesu. Sudah tiga tahun banglo dan
Estet itu menjadi tempatnya menumpang nasib. Akhirnya, khabar tentang serangan Jepun
mengakhiri kisah pergaulannya dengan keluarga Tuan Booth.
Malam itu, selepas solat isyak, Imam Ngah Deraman bergegas meninggalkan surau dan esoknya,
kami mendapat tahu dia pergi mencari Ahmad Mutawakkil. Budak itu dibawa ke rumahnya.
Sejak itu, dalam kesulitan zaman Jepun, Ahmad Mutawakkil menjadi anak angkatnya. Cuma
kekerapan budak itu menghilang, lama-kelamaan diterima Imam Ngah Deraman sebagai satu
kebiasaan.

“Aku tak sangka budak tu pandai menulis. Anak Orang Putih tu ajar dia banyak benda.
Dia juga pandai cakap Orang Putih,” kata Iman Ngah Deraman.

Di surau, terutama pada malam hari, di hadapan Penghulu Ibraim Sigap, Imam Ngah
Deraman menyampaikan apa-apa sahaja berita yang dikhabarkan Ahmad Mutawakkil.

i. Berdasarkan petikan cerpen, mengapakah Imam Ngah Deraman mencari Ahmad


Mutawakkil?
[2 markah]

ii. Pada pendapat anda, apakah kelebihan orang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang
luas?
[3 markah]

iii. Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran lain daripada
keseluruhan cerpen.

89
MODUL PRIGEL KOMSAS

CERPEN HIPERTENSI

PRAKTIS TOPIKAL

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Praktis 1

Dia kembali menekup wajahnya, wajah yang geruh dan bengis. Sebiji buah mempelam
jatuh terlepap di hadapannya, gugur dengan tiba-tiba. Spontan, dia teringat akan Isaac Newton,
saintis berbangsa Inggeris itu.
“Jika aku lahir sezaman dengan Newton pada tahun 1642, ataupun beberapa dekad
kemudian, aku pasti tidak berasa hairan tentang sebab buah mempelam itu gugur dengan tiba-
tiba,” fikir Aiman. Malangnya, tarikh keramat itu sudah lama gugur dalam helaian kalendar
waktu.
Pada suatu hari, Newton takjub melihat sebiji epal gugur lalu jatuh tepat di bumi. Idea
tercetus, fikiran terlarik, pendapat terukir, sehingga akhirnya lahirlah Teori Graviti.
“Maksudnya, kuasa tarikan bumi,” suara lantang Cikgu Faridah di muka kelas masih
terngiang-ngiang di cuping telinganya. Gegendang telinga itu sudah amat bosan mendengarkan
butiran yang sama terus-terusan diucapkan.
Kegelisahan diriku mencairkan kesabaran sang guru lalu terlarik segera soalan: Aqil, cuba
awak kaitkan Teori Graviti dengan alam sejagat.”
Nama sebenar murid lelaki yang bernama Aiman itu ialah Aiman Aqil. Dia bangga akan
nama itu, nama yang diberikan sebaik-baik sahaja rengekan pertama memecah kesunyian di bilik
bersalin. Pada ketika itu, Sang Suria memuncaki ubun-ubun.
Betapa tak bangganya? Aiman bermaksud insan yang beriman. Aduh, terukir senyuman
lebar menabiri wajahnya! Aqil pula bermakna yang berakal. Insan dianugerahi akal untuk
berfikir secara rasional dan matang. Kebanggaannya kian menguntum dan terkelopak kembang
mawar mewangi menyentuhi deria penghiduan

i. Berdasarkan petikan, nyatakan cara Teori Graviti dilahirkan? [2 markah]

ii. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mempelajari Sains? [3 markah]

iii. Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan lain daripada
keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

90
MODUL PRIGEL KOMSAS

Praktis 2

Seisi kelas terdiam dan terpegun. Saat begini memberi ruang kepadanya kepadanya
untuk menguliti diri. Betapa tidak, Aiman sedar bahawa dirinya lain daripada yang lain. Dia
tiga beradik. Dia yang sulung. Dua lagi adik-beradiknya perempuan. Adiknya yang tengah
dinamai Fadilah Fatnin. Yang bongsu pula Azilah Atiqah. Kedua-dua orang adiknya itu mudah
dibentuk. Dia pula selalu memberontak dan marah-marah kepada suasana sekitarnya.
“Ah, tambah, kurang, darab dan bahagi yang mudah itu pun tak boleh jawab!” Aiman
mengetis sindiran kepada adik-adiknya yang sedang membuat kerja rumah.
“Babah, tengok abang ni, ganggu kami nak buat kerja rumah,” yang tengah selalu marah-
marah terhadap sikap abangnya. Usianya muda dua tahun daripada si abang.
Dulu-dulu ketika di sekolah rendah, Aiman selalu ponteng sekolah. “Bosan dan jelak,”
tingkahnya kepada babah dan ibu.
“Mengapa bosan dan jelak,” tanya babah. Ibu mengerling tajam, marah akan perilaku si
anak yang selalu berkontradiksi dan berkontras dengan watak babahnya.
“Heh, kan Aqil ni budak genius, budak cerdik dan pintar! Aqil dan cipta formula sendiri.
Biarpun baru berusia lapan tahun, baru belajar tahun dua tahap satu, Aqil mampu menyelesaikan
masalah matematik Tingkatan Lima,” kata murid pintar itu membela diri.
Dia mundar-mandir di dalam kelas. “Apalah kau ni Chee Keong, masalah mudah itu pun
kau tak dapat buat.” Hujung-hujung cakapnya berbunga sindiran di sebalik dedaun kemaafan.

i. Berdasarkan petikan, berikan perbezaan Aiman Aqil dengan adik-beradiknya.


[2 markah]

ii. Aiman Aqil selalu ponteng sekolah kerana bosan dengan pembelajaran di kelas.

Sekiranya anda bapa Aiman, apakah yang akan anda lakukan untuk menangani masalah
ketidakhadiran Aiman ke sekolah? [3 markah]

iii. Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latar masyarakat lain
daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

91
MODUL PRIGEL KOMSAS

Praktis 3

Dia terus terapung-apung di udarakasa bulan tanpa udara. pakaian angkasa lepas yang
serba putih dan lengkap itu membekalinya oksigen. Di kiri dan kanannya kelihatan padang pasir
yang luas terhampar persis Sahara keadaannya. “Ah, macam bumi juga!” Aiman mendengus.
Kawah besar, lurah dalam dan melebar, dataran terhampar dan gunung-ganang – semuanya ada
dan wujud.
Eh, tengok di sana itu! Gelap betul. Tidak nampak apa-apa. Oh, barangkali inilah yang
dikatakan ‘lautan’! Penamaan yang pelik dan ganjil. Ada unsur sinisnya. Kerana: Kajian
saintifik membuktikan bahawa air tidak wujud di planet bulan.
Tidak ada udara. Tidak ada air. Bagaimanakah umat bumi hendak dipindahkan ke bulan?
Sesuatu yang mustahil. Sesiapa pun tidak dapat wujud di sini. Sekali lagi dia kaget. Kawah
besar ternganga tidak jauh daripada situasi keterapungannya.
Cuaca cukup membahang panas. Dia merasakan bahangnya umpama sudah mencecah
angka 150 darjah Celcius; amat panas, kepanasan tahap tinggi.
Suara itu datang lagi biarpun dia berusaha untuk menepisnya beberapa kali. Suara halus yang
mendesah di tengah-tengah keterasingan diri itu menghamparkan keinsafan yang benar-benar
memilukan. Dirinya semacam terpenjara ratusan tahun lamanya. Dia mahu berangkat pulang
dengan segera ke planet bumi.

i. Nyatakan gambaran suasana di bulan mengikut bayangan Aiman. [2 markah]

ii. Penerokaan angkasa lepas telah membuka banyak ruang kepada manusia untuk
memperkembangkan sains dan teknologi sejagat.

Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat menarik minat masyarakat terhadap bidang
penerokaan angkasa lepas? [3 markah]

iii. Huraikan satu latar tempat yang terdapat dalam petikan dan satu latar tempat lain daripada
keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

92
MODUL PRIGEL KOMSAS

Praktis 4

Spontan, dia mengambil kesempatan itu untuk mewujudkan suasana halusinasi futuristik
yang penuh cabaran, disaluti persaingan kompetitif yang menyengat hebat.
Betapa tidak; dia membayangkan dirinya sudah lulus pengajian tinggi, dapat ijazah
pertama dalam bidang aeroangkasa. Takah usia dianjakkan lebih sedekad ke hadapan. Sebatang
pohon nyiur dara di penjuru banglonya, sudah sekian lama menjadi idamannya.
Jangan jadi Mat Jenin sudahlah! Biarlah Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Jadi, aku
terpaksa memasang angan-angan dengan jangkauan fantasi tanpa tebing tepinya, akan tetapi aku
tidak mahu berlagak seperti Si Luncai. Pijakanku sungguh kuat, cengkamanku cukup berat.
Dia lantas berpaut pada pelepah-pelepah pucuk kelapa yang masih lembut kerana masih
muda tetapi Aiman tidak peduli. Dia menarik pelepah dan pucuk muda itu sekuat-kuatnya.
Pinggulnya terus menjadi kubu persinggahan hentaman rotan babahnya. Si ibu mahu
melawan dan memprotes tindakan babahnya, tetapi suara bantahan itu tidak keluar daripada
mulutnya. Jeritan kemarahan kepada suaminya hanya bergema dalam sanubari.
Keterujaan Aiman terus melonjak. Pentas halusinasinya terus mekar dan segar. Usianya
dianjakkan dua tahun lagi, memberi ruang kepadanya mengikuti latihan intensif di bawah
program aeroangkasa bersama dengan pihak Rusia.
Pucuk nyiur berbalam-balam di pelupuk pandangan. Latihan dan ujian memantapkan diri
hendak berlepas ke ruang angkasa pula segera mengambil ruang. Akhirnya, balaman pohon
kelapa dara terus ternyah daripada pandangan.

i. Berdasarkan petikan, nyatakan gambaran suasana halusinasi futuristik Aiman Aqil.


[2 markah]

ii. Kehidupan seseorang akan menjadi jauh lebih baik jika orang itu mempunyai impian atau
cita-cita.

Pada pendapat anda, mengapakan kita perlu mempunyai impian atau cita-cita? [3 markah]

iii. Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai lain daripada keseluruhan
cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

93
MODUL PRIGEL KOMSAS

Praktis 5

Paul Broca, pakar anatomi dan pakar antropologi berbangsa Perancis. Kucintai penemuan
tahun 1861 itu, fungsi otak manusia bergantung pada bahagian yang membina otak itu sendiri.
Bronca memeriksa pesakit gagap melalui pendekatan rawatan khusus dan terapi. Perkara
yang lebih penting, layanan mesra berpaksikan pendekatan humanis melalui teknologi perlakuan
dan sahsiah rupa diri. Dia hanya dapat mengucapkan satu suku kata, biarpun dia faham penuh
akan pertuturan yang dilafazkan. Akhirnya, dia fasih berbicara.
Keadaan diriku lebih baik, fikir Aiman. Situasi pertuturanku tidak segagap itu. Aku dapat
bertutur, biarpun mulutku ternganga lebar dahulu sebelum lahir diksi yang berisi. Babah
barangkali tidak tahu akan penemuan Broca. Babah lebih dekat pada kejuruteraan mekanikal.
Ibu juga saintis, tetapi lebih kepada bidang geologi.
Aiman teringat akan bisikan halus yang didengarinya ketika dia dalam keterasingan di
planet bulan melalui pentas halusinasinya. Suara ghaib itu mengajaknya agar lebih mendekatkan
diri kepada Ilahi. Jangan kaubinasakan habitan semula jadi di planet bumi. Salahnya barangkali,
dia menganggap pucuk kelapa muda sebagai kapal Soyus, yang menghantuinya sekian lama.
Aiman tidak perlu akan latihan yang intensif dan istimewa itu, babah; tidak perlu akan latihan
terapi itu, ibu. Aiman akan mengusahakannya sendiri.
Aiman mendongak ke langit. Sisik-sisik awan berarak tenang, seteduh air kolam sewaktu
malam jernih. Sang suria terus setia memancarkan cahayanya. Sayup-sayup kedengaran muzik
beralun, lembut dan penuh bermakna, semacam mengubati kelukaan hatinya ketika menjenguk
ke lereng cerun bukit di hadapannya. Jauh-jauh di sudut hati, dia memanjatkan doa dan harapan
ke hadrat Ilahi!

i. Berdasarkan petikan, mengapakah Aiman menganggap keadaan dirinya lebih baik daripada
pesakit Paul Broca yang gagap? [2 markah]

ii. Pada pendapat anda, mengapakah seseorang pesakit gagap perlu menjalani
latihan intensif dan terapi di hospital? [3 markah]

iii. Huraikan satu perwatakan Aiman Aqil yang terdapat dalam petikan dan satu perwatakan
lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

94
MODUL PRIGEL KOMSAS

CERPEN GERHANA MANUSIA

Praktis 1

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Alat sokongan hayat mengepam, menggelembungkan alveolus paru-paru. Mata


terpejam rapat. Tubuh tua lelaki pemuja nafsu itu berkulit hitam berkedut seribu. Najis lendir
berdarah - teramat busuk bertakung di punggung.
“Bank darah sudah kering.”
“Dia Tuan Besar. Hebahkan ke media. Mustahil kalau tiada orang yang mahu menderma
darah.”
“Perlukah berbuat begitu, Doktor Murni?” Hujung getah sedutan kucecahkan ke hujung
bibir pesakit yang koma itu. Lendir liur berdarah-busuk amat, berpintal-pintal masuk ke dalam
botol tadahan kumuh sudah dibuang untuk kali ketiga dalam sehari.
Aku menjeling. Aku cuba tersenyum walaupun hati terasa pedih. Biar Tuan Besar Musa
itu mati; lebih bermanfaat kepada yang hidup. “Dia sudah tidak boleh diselamatkan. Dia di
ambang sakaratulmaut. Syahadah, Yasin lebih diperlukan. Kenapa tak ada waris yang datang
menjenguknya?”
“Profesor Doktor Juaidi mahu dia hidup.”
“Untuk membela atau membuang kemanusiaan?”
Wad Unit Rawatan Rapi dilimpahi cahaya kalimantang. Kilau kilatnya gagal memadamkan
amarah hati. “Doktor Murni, semalam 50 pek darah masuk ke tubuhnya, 50 pek darah juga
yang keluar. Hari ini dia mahu diberi darah lagi? Prognosisnya terlalu tipis.”

i Mengapakah Aku mengatakan bahawa Tuan Besar Musa itu berada di ambang
sakaratulmaut?
(2 markah)

ii “Dia Tuan Besar. Hebahkan ke media. Mustahil kalau tiada orang yang mahu menderma
darah.”

Pada pendapat anda, apakah kebaikan amalan menderma darah?


(3 markah)

iii Jelaskan satu perwatakan watak Aku yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi
perwatakannya yang terdapat pada keseluruhan cerpen. (4 markah)

95
MODUL PRIGEL KOMSAS

Praktis 2

“Darah dan manusia itu, berbezakah nilainya? Kalau harganya pangkat dan darjat,
padamkan saja istilah kemanusiaan dalam hati. Untuk apa kalau semuanya boleh dibeli?”
“Nusia!”
Aku cepat-cepat beredar. Suara Doktor Murni melantun ke dinding pejal wad Unit
Rawatan Rapi. Solehah yang tenat, yang pundi janinnya pecah di ovari, juga sedang koma. Al-
Hafiz masih terlantar, tulang selangkanya patah riuk, diheret kereta sejauh dua meter di tar
keras, tidak pernah pun dijengkuk Profesor Doktor Juaidi.
Juga si kecil, bayi buangan yang hampir kekeringan darah. Gadis malang yang dibelasah
hingga tinggal nyawa-nyawa ikan dan mahasiswa leukemia yang semakin cair sel darah merah
di tubuhnya itu, tidak perlukah mereka itu diberi darah?
“Hidup yang ditentukan oleh tangan manusia ini, tidak pernah adil. Solehah. “Titis air
mataku gugur di hujung jari Solehah. “Engkau hanya memerlukan tiga pek darah sahaja, tetapi
tidak diberikan. Tuan Besar Musa itu, tubuhnya tidak mahu menerima darah tetapi pakar-pakar
itu…,” sebak menyendat di dadanya.
“Dapatkah 10 pek darah sekarang!” Arah Profesor Doktor Juaidi apabila cupingnya diusapi
suara lembut Doktor Murni, yang menyampaikan berita tentang bank darah yang kontang.
“Dapatkan di hospital lain; segera.”

i. Bagaimanakah keadaan pesakit yang bernama Solehah menurut Aku? (2 markah)

ii. “Dapatkah 10 pek darah sekarang!” Arah Profesor Doktor Juaidi apabila cupingnya diusapi
suara lembut Doktor Murni, yang menyampaikan berita tentang bank darah yang
kontang.”

Masalah kekurangan bekalan darah di hospital adalah disebabkan sikap masyarakat yang
enggan menderma darah. Pada pendapat anda, apakah punca sesetengah masyarakat tidak
menderma darah?
(3 markah)

iii. Jelaskan satu perwatakan watak Aku yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi
perwatakannya yang terdapat pada keseluruhan cerpen. (4 markah)

96
MODUL PRIGEL KOMSAS

Praktis 3

“Awak tahu siapa Tuan Besar Musa itu? Korporat, teknokrat yang banyak
menyumbangkan dana kepada kelab elit kita. Kita tak mahu dia mati. Dia dermawan yang
prihatin. Kita begitu terhutang budi kepadanya. Makan malam tahunan kita yang beratus-ratus
ribu itu ditaja olehnya.”
Tekanan darah Solehah semakin rendah. Jeritku menyapa kuping Profesor Doktor Juaidi.
Dia menoleh.
“Berikan gelafundin,” arahnya acuh tak acuh.
“Dia memerlukan darah.” Hatiku pilu tiba-tiba.
“Kandungan gelafundin itu seakan-akan darah.” Mata bulat berkening lebat doktor tua
itu terjegil. “Paling tidak pun dapat meningkatkan tekanan darah. Sekurang-kurangnya dia
tidak mati untuk hari ini.”
Aku tersentap. Tidak terdaya kuangkat muka menentang suara yang menyakitkan hatiku
itu. Manusiakah dia?
“Kenapa tidak diberi darah yang tulen? Darah daripada Allah untuk manusia. Itu hak
dia.” Terhidu amrahnya, suara kulontar dengan selembut yang boleh walaupun hatiku ketara
pedih.
“Bank darah sudah kontang. Faham?”
“Siapakah perempuan yang sedang koma itu? Bandingkan dengan Tuan Besar Musa.
Cari kepentingan mereka. Siapakah yang lebih memerlukan darah?”

i. Mengapakah Profesor Doktor Juaidi mahu menyelamatkan Tuan Besar Musa?


(2 markah)

ii. Pelbagai penyakit kronik mengancam nyawa manusia. Pada hemat anda, apakah yang wajar
dilakukan untuk mengelakkan kita terhindar daripada penyakit kronik? (3 markah)

iii. Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi persoalan yang
terdapat pada keseluruhan cerpen. (4 markah)

97
MODUL PRIGEL KOMSAS

Praktis 4.

“Setengah pek darah sahaja yang diperlukan untuk menghidupkan bayi itu. Mustahil
sangatkah? Tidak mustahil dia bakal Perdana Menteri. Firasat itu umpama mimpi barangkali,
dia tidak perlu dihidupkan.”
Doktor muda itu tunduk. Peratusan oksigen di mesin sokongan hayat ditingkatkan. Aku
menjeling ke tubuh al-Hafiz. Tulang selangka yang remuk, salur darah di ruang foraks,
memancut bagai paip bocor.
Di katil nombor empat, gadis malang, kaku dalam selimut merah jambu. Otak yang
berdarah, hentaman beroti, anak mata yang membulat penuh, saat kematiannya begitu hampir.
Penganiaya telah memberikannya tiket ke jannah.
Kutinggalkan dinding pejal Unit Rawatan Rapi.
“Hanya lima pek darah untuk empat orang yang sedang koma. Prognosis yang baik,
kalau awak tidak melepaskan pek-pek darah ini, awak jadi pembunuh.”
“Tapi darah ini untuk Tuan Besar Musa.” Juruteknik makmal darah berwajah kelat.
Anak mataku bulat penuh. “Hanya ardenalina, dopamin dan atropina yang merangsang
denyutan jantungnya. Tiada tanda-tanda hayat. Dia sudah mati.”
“Tandatangan Profesor Doktor Juaidi ini bagaimana?”
“Saya rela menerima herdiknya.”

i. Jelaskan keadaan pesakit di katil nombor empat. (2 markah)

ii. Pada pendapat anda, wajarkah Aku mengambil bekalan darah yang sepatutnya diberikan
kepada Tuan Besar Musa untuk diberikan kepada pesakit yang lain? Berikan alasan anda.
(3 markah)

iii. Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi nilai lain yang
terdapat pada keseluruhan cerpen.

(4 markah)

98
MODUL PRIGEL KOMSAS

Praktis 5.

Tegang muka Profesor Doktor Juaidi, 300 botol kecil adrenalina tinggal kosong. Stok
penyimpan atropina kehabisan. Dua puluh botol gelafundin kosong tergolek di dalam tong
sampah. Dua jam lalu pesakit koma di Unit Rawatan Rapi ditinggalkan.
Masya-Allah, betapa agungnya tubuh Tuan Besar Musa.
“Dia sepatutnya tidak mati sebelum acara jamuan tahunan. Kelab akan kehilangan
RM100 ribu. Huh!” Profesor Doktor Juaidi terhenyak di kerusi. Tajam mata liar garangnya
menangkap wajah lembut Doktor Murni. “Tulis laporan kematian Tuan Besar Musa. Ke mana
perginya lima pek darah yang saya tahu ada di bank darah pagi tadi?” Suaranya memetir.
“Prof.”
Tidak percaya aku, Doktor Murni boleh tersenyum semanis itu. “Ini surat perletakan jawatan
saya. Tidak cukup menjadi doktor manusia, saya mahu menjadi doktor kemanusiaan juga.
Kalau tiada di hospital ini, saya yakin ada di hospital lain.”
Profesor Doktor Juaidi ternganga.
Doktor Murni berlari menggapai tanganku. “Nusia, kita ke bank darah. Dua pek darah
daripada awak, dua pek darah daripada saya, mampu menghidupkan semua yang koma dalam
Unit Rawatan Rapi kecuali Profesor Doktor Juaidi.”

i Mengapakah Doktor Murni memberikan surat perletakan jawatannya? (2 markah)

ii. Pada pendapat anda, wajarkah tindakan Profesor Doktor Junaidi yang lebih mementingkan
nyawa Tuan Besar Musa berbanding dengan pesakit-pesakit yang lain? Berikan alasan anda.
(3 markah)

iii. Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi pengajaran
lain yang terdapat pada keseluruhan cerpen.

(4 markah)

99
MODUL PRIGEL KOMSAS

100
MODUL PRIGEL KOMSAS

DRAMA BUKAN GILA


Karya Sharry Sharif

SINOPSIS

ADEGAN I
Drama ini mengisahkan Azmir yang dimasukkan ke wad kerana dikatakan kurang siuman.
Semasa di dalam wad, fikirannya bercelaru dan dengan membayangkan kehadiran Ani, bapa dan
Pak Haji serta berdialog dengan mereka. Dialog-dialog tersebut telah memperlihatkan perbezaan
prinsip yang menjadi pegangan Azmir.

ADEGAN II
Azmir telah dilawati oleh doktor. Doktor telah mengizinkan Azmir untuk keluar bersiar-siar dari
wad pesakit jiwa. Namun begitu, doktor berpesan supaya Azmir tidak pergi jauh, hanya di
kawasan wad sahaja.
ADEGAN III
Dalam adegan ini terdapat sesi pementasan lakonan yang diarahkan oleh Arif dan tiga orang
pelakon. Setiap watak menyatakan prinsip hidup yang berbeza tentang dunia (dunia ialah kuasa,
wang ialah dunia dan dunia ialah fikiran). Azmir pula berpendapat bahawa yang penting ialah
sistem. Sistem yang betul ialah sistem yang prorakyat. Rakyat yang berkuasa menentukan
segala-galanya. Dialog mereka berkisar tentang kehidupan ini yang berbentuk lakonan atau
realiti. Azmir berpendapat bahawa sejarah membuktikan bahawa rakyat yang betul dan
kemenangan sentiasa berpihak kepada rakyat. Pada masa yang sama Azmir sering melaung
kesakitan pada kepalanya. Azmir diragui oleh kawan-kawannya sama ada Azmir benar-benar
sakit atau hanya lakonan.
Kemudian Doktor Razi telah datang dan membawa Azmir kembali ke wad setelah tiga hari tidak
pulang-pulang.
ADEGAN IV
Arif, Pelakon I, Pelakon II dan Pelakon III telah menziarahi keluarga Azmir. Mereka ingin
mendapatkan maklumat tentang latar belakang Azmir. Ibu bapa Azmir nenceritakan kisah Azmir
yang tinggal dengan neneknya, bersikap gila-gila, mula berkelakuan aneh apabila berada dalam
tingkatan 6 dan tidak dapat menamatkan pengajian di universiti. Dia juga menggunakan nama
W.A. Domski dan bercakap dalam bahasa Indonesia. Rakan Azmir pula mempunyai persepsi
yang berbeza tentang diri Azmir. Rakan Azmir berpendapat mungkin Azmir kekurangan kasih
sayang dan sokongan daripada kedua-dua ibu bapanya. Pelakon II pula berpendapat Azmir
sedang menanggung kesakitan yang berat. Arif pula berpendapat mereka perlu membantu Azmir
kerana pada tanggapannya dia memerlukan kasih sayang, bukan cemuhan dan penghinaan.

101
MODUL PRIGEL KOMSAS

ADEGAN V
Azmir bermonolog tentang kisah lampau hidupnya bercinta dengan Ani. Azmir juga bermonolog
tentang suka duka kehidupannya. Manusia sering tertipu dengan keindahan dunia tanpa
pertimbangan yang rasional. Akhirnya dia memilih untuk hidup bersendirian dan menilai cinta
dalam kehidupan. Manusia ialah pemburu dalam kehidupan
ADEGAN VI
Berita kematian Azmir dilaporkan dalam akhbar pada 21 Jun 1993. Kematiannya amat
mengejutkan dan dikaitkan berpunca daripada penyakit barah otak yang dialaminya. Ani
menyesal kerana meninggalkan Azmir.

PEMIKIRAN

Ketabahan seorang anak muda yang terpaksa melawan penyakitnya bersendirian – Azmir
tabah dalam melawan penyakit barah yang dihidapinya tanpa diketahui oleh sesiapa sehinggalah
dia meninggal dunia. Dia dianggap gila oleh ibu bapanya, kekasih, doktor dan masyarakat di
sekitarnya kerana perlakuannya yang sering menghantuk-hantukkan kepalanya ke lantai atau ke
dinding sehingga berdarah.

PERSOALAN

1. Persoalan perbezaan pemikiran dan tindakan menyebabkan seseorang itu dianggap


janggal oleh masyarakat sekeliling.
Cth : Azmir dianggap gila kerana mempunyai pandangan yang berbeza tentang hidup
(cinta, sifat kemanusiaan, prinsip hidup) berbanding orang lain.
2. Persoalan dunia ini ibarat pentas lakonan.
Cth : Dalam kehidupan di dunia ini, manusia ialah pelakonnya yang membawa pelbagai
watak.
3. Kepentingan cinta dan kasih sayang.
Cth : Azmir memerlukan orang-orang yang disayanginya seperti kekasih dan ibu bapanya
untuk menempuh kesakitan yang dialaminya.
4. Persoalan sokongan daripada ahli keluarga terdekat boleh memberi kekuatan dalam
menghadapi cabaran hidup.

Cth : Azmir menanggung cabaran hidup tanpa sokongan ibu bapa dan kekasih hati.

5. Persoalan keprihatinan dalam diri setiap insan.

102
MODUL PRIGEL KOMSAS

Cth : Arif, Pelakon I, II dan III berkunjung ke rumah Azmir lalu berjumpa dengan ibu
bapa Azmir untuk mengetahui latar belakang hidup Azmir.

PLOT

1. Permulaan/Eksposisi
Drama ini mengisahkan watak utama, iaitu Azmir berada di wad pesakit jiwa di Hospital
Besar seorang diri dan berada dalam keadaan berhalusinasi.

2. Perkembangan
Azmir yang berhalusinasi akan kehadiran kekasihnya, Ani. Ani telah meninggalkan Azmir
kerana telah dianggap kurang siuman. Azmir memohon Ani supaya membawanya keluar
dari wad. Selepas itu, Azmir berhalusinasi akan kehadiran bapanya pula. Kedatangan
bapanya telah menimbulkan pertelingkahan antara Azmir dengan bapanya. Azmir menuduh
bapanya tidak menyayanginya lagi. Kemudian Azmir menerima kedatangan Pak Haji yang
telah mempertikaikan namanya. Azmir tidak berpuas hati akan sikap manusia yang tidak
bertindak seperti yang dikatakan oleh mereka. Doktor telah memberikan keizinan kepada
Azmir untuk bersiar-siar di luar wad. Arif yang merupakan pengarah drama Sasau ingin
memantapkan kefahaman pelakon-pelakonnya tentang tajuk drama mereka. Ketibaan
Azmir secara tiba-tiba di situ telah mempertikaikan dialog drama Sasau yang
mengagungkan kekuasaan. Pada pendapat Azmir, sistem yang terbaik ialah sistem
prorakyat, iaitu sistem yang dapat mengawal wang serta mengawal kuasa dan juga dapat
mengawal manusia.

3. Klimaks
Secara tiba-tiba Azmir bertindak di luar dugaan kewarasan manusia. Dia telah menghantuk
kepalanya ke lantai sehingga kepalanya berdarah. Kemudian Azmir berguling-guling di
lantai. Arif dan pelakon-pelakon lain membantu Azmir. Doktor datang lalu membawa
Azmir ke wadnya semula. Arif yang prihatin terhadap penderitaan Azmir telah meminta
doktor supaya membantu Azmir namun doktor menyatakan bahawa orang gila
sememangnya bijak ketika menuturkan kata-kata.

4. Peleraian
Arif dan pelakon-pelakon lain telah mengunjungi rumah ibu bapa Azmir bagi tujuan untuk
menjelaskan kepada ibu bapanya bahawa Azmir bukan gila tetapi menderita. Pelakon I
memohon ibu dan bapa Azmir agar memberikan perhatian dan kasih sayang terhadap
Azmir. Di wad pesakit jiwa, Azmir mengenang kenangan lalu antaranya dengan Ani.
Akhirnya, keadaan Azmir semakin lemah dan dia jatuh ke lantai lalu meninggal dunia. Pada
suatu ketika, Ani sedang membaca berita tentang kematian Azmir seorang diri di wad.
Apabila mengetahui punca kematian Azmir akibat barah otak yang dihidapinya, Ani berasa
kesal kerana bertindak meninggalkan Azmir bersendirian.

103
MODUL PRIGEL KOMSAS

TEKNIK PLOT / PENCERITAAN

1. Dialog
Dialog antara Azmir dengan bapanya.

2. Imbas kembali
Bapa Azmir teringat akan waktu penyakit gila-gila Azmir berlaku.

3. Monolog
Azmir bercakap seorang diri di wad pesakit jiwa.

4. Saspens
Teknik ini menimbulkan tanda tanya pembaca akan kesudahan percintaan Azmir dengan
Ani.

WATAK DAN PERWATAKAN

Azmir
1. Seorang yang tabah
Cth : Azmir tabah menghadapi penderitaan penyakit barah otak tanpa pengetahuan orang
lain sehinggalah dia meninggal dunia.
2. Seorang yang penyayang
Cth : Azmir menghargai ibu bapanya yang telah melahirkan dan membesarkannya.
3. Seorang yang setia
Cth : Azmir begitu setia kepada Ani yang merupakan kekasihnya.
4. Seorang yang teguh pendirian
Cth : Azmir seorang yang teguh pendirian ketika berdialog dengan Pak Haji apabila Pak
Haji mulai meragui dirinya sebagai orang Melayu. Azmir juga menyatakan bahawa
dia tidak percaya kepada manusia kerana dia hanya percaya kepada Tuhan sahaja.
5. Seorang yang bijak
Cth : Azmir sangat bijak ketika memberikan pandangan dan pendapat yang bernas
terutama ketika memperkatakan soal kemanusiaan dan cinta.

Arif
1. Seorang yang prihatin
Cth : Arif berjumpa dengan ibu Azmir untuk menjelaskan bahawa Azmir sebenarnya tidak
gila sebaliknya menanggung penderitaan yang sangat berat.

Doktor Razi
1. Seorang doktor yang tidak memahami pesakit
Cth : Doktor Razi tidak mengetahui penyakit sebenar yang dihadapi oleh Azmir.
2. Seorang yang baik hati
Cth : Doktor Razi telah membenarkan Azmir bersiar-siar di luar kerana Azmir telah

104
MODUL PRIGEL KOMSAS

menunjukkan perubahan tingkah laku yang positif.

Bapa Azmir
1. Seorang bapa yang prihatin
Cth : Bapa Azmir telah menghantar Azmir ke hospital bagi merawat penyakit anaknya.
2. Seorang bapa yang kurang memberikan kasih sayang terhadap anaknya
Cth : Bapa Azmir kurang memberikan kasih sayang dan sokongan terhadap Azmir yang
sebenarnya menghidap barah otak.

Ibu Azmir
1. Seorang yang tidak prihatin
Cth : Ibu Azmir tidak prihatin terhadap penyakit yang ditanggung oleh Azmir malah
menganggap Azmir sengaja buat-buat gila.
2. Seorang yang kurang memberikan kasih sayang kepada anaknya
Cth : Ibu Azmir kurang memberikan sokongan kepada Azmir dan tidak menyedari
bahawa anaknya menghidap penyakit kronik, iaitu barah otak.

LATAR

Latar Masa
1. Waktu siang
Cth : Azmir dibenarkan keluar bersiar-siar oleh doktor pada waktu siang.

Latar Tempat
1. Wad Pesakit Jiwa, Hospital Besar rumah Azmir
Cth : Tempat Azmir dirawat kerana dikatakan menghadapi sakit jiwa sedangkan dia
menghidap barah otak.
2. Pentas
Cth : Arif dan pelakon-pelakon lain berlatih drama yang berjudul Sasau.
3. Rumah Azmir
Cth : Arif dan rakan-rakan pelakon berkunjung ke rumah ibu bapa Azmir.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidup
Cth : Azmir tabah mengharungi kesakitan akibat penyakit barah otak yang dideritainya
selama ini.
2. Masyarakat yang simpati akan penderitaan orang lain
Cth : Arif simpati akan penderitaan Azmir telah meminta doktor supaya membantu
Azmir.

3. Masyarakat yang kurang memberikan kasih sayang kepada anak


Cth : Ibu bapa Azmir tidak memberikan sokongan dan semangat kepada Azmir yang
menderita kesakitan malah menganggapnya sebagai gila.

105
MODUL PRIGEL KOMSAS

GAYA BAHASA

1. Peribahasa
Cth : gila-gila bahasa
2. Penggunaan bahasa Arab
Cth : assalamuaikum
3. Simile
Cth : Bapa pun macam doktor juga dan macam mereka semua
4. Metafora
Cth : angin kemudaan
5. Sinkope
Cth : Abang dah tak sanggup lagi...

NILAI

1. Kasih sayang
Cth : Azmir yang menyayangi ibu bapanya telah mengucapkan terima kasih kepada
kedua-duanya kerana telah melahir dan membesarkannya.
2. Kesetiaan
Cth : Azmir begitu setia dengan cintanya terhadap Ani.
3. Keprihatinan
Cth : Arif yang prihatin terhadap Azmir telah mengambil tindakan untuk berkunjung ke
rumah Azmir bagi mengetahui keadaan sebenar Azmir melalui ibu bapanya.
4. Simpati
Cth : Arif dan rakan-rakannya amat bersimpati dengan keadaan Azmir yang berada dalam
kesakitan.
5. Ketabahan
Cth : Azmir tabah menghadapi dan melawan sakit barah otak.

PENGAJARAN

1. Kita haruslah sayang akan ibu bapa/keluarga


Cth : Azmir menyayangi ibu bapa yang telah melahirkan dan membesarkannya hingga
sekarang.
2. Kita wajarlah tabah dalam menghadapi dugaan
Cth : Azmir tetap tabah menempuh dugaan dalam hidupnya walaupun dia mendapat barah
otak.
3. Kita hendaklah prihatin terhadap masalah yang dialami oleh orang lain
Cth : Arif dan rakan-rakannya telah berkunjung ke rumah ibu bapa Azmir bagi
mendapatkan maklumat tentang Azmir.
4. Kita hendaklah menghargai sumbangan orang lain
Cth : Azmir amat menghargai sumbangan golongan petani, nelayan, dan buruh yang

106
MODUL PRIGEL KOMSAS

menyumbang kepada kesejahteraan hidup.


5. Kita hendaklah setia dalam perhubungan
Cth : Azmir seorang yang setia dalam pencintaan berbanding kekasihnya Ani.

B. BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN


BENTUK SOALAN
Soalan pemahaman cerpen lazimnya ditanya dalam soalan 2(b). Walau bagaimanapun, soalan
2(b) ini akan bertukar ganti antara genre cerpen dengan genre drama yang memperuntukkan
sembilan (9) markah keseluruhannya. Terdapat tiga pecahan dalam soalan ini seperti yang
berikut:

- Soalan (i): pemahaman berdasarkan isi dalam petikan


- Soalan (ii): soalan kemahiran berfikir
- Soalan (iii): soalan aspek sastera

TEKNIK MENJAWAB SOALAN

- Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri


- Jawapan hendaklah dalam ayat yang sempurna/lengkap.
- Peruntukan markah bagi setiap pecahan soalan menggambarkan jumlah isi yang
dikehendaki.
- Kesalahan bahasa dan ejaan akan menjejaskan markah penuh setiap pecahan soalan.

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN

Baca petikan drama di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

PELAKON 1 : Tadi, saudara ada menyebut tentang system. Bukankah system itu
dicipta oleh manusia? Manusia boleh dipengaruhi oleh kuasa dan dibeli oleh wang.
Maka, tidak mustahil system juga akhirnya akan dipengaruhi oleh kuasa dan wang.

AZMIR : Memang system itu dicipta oleh manusia, tetapi pada tahap
akhirnya, system itu disahkan oleh rakyat. Rakyat yang menentukan. Rakyat yang
membenarkan. Rakyat yang merestuinya. Tanpa kebenaran, restu dan pengesahan
rakyat, wang dan kuasa kehilangan makna. Jadi, pada hakikatnya system itu dicipta
oleh rakyat, bukan manusia. Hal ini menunjukkan bahawa rakyat lebih besar
daripada manusia. Rakyat lebih berkuasa daripada wang. Rakyat lebih berkuasa
daripada kuasa.

PELAKON 3 : (Berbisik dengan PELAKON 1). Kau faham apa yang diperkatakan
itu?
PELAKON 1 : Aku sedang cuba memahaminya.

107
MODUL PRIGEL KOMSAS

i. Berdasarkan petikan di atas, apakah pendapat Azmir tentang sistem?


[2 markah]

Tip: Calon perlu membaca dengan teliti dan mengenal pasti peristiwa yang terdapat dalam
petikan. Jawapan bagi soalan (i) terdapat dalam petikan.

Jawapan lengkap:
Pendapat Azmir tentang ialah sistem dicipta oleh rakyat, bukan manusia. Selain itu, Azmir
mengatakan bahawa sistem disahkan oleh rakyat.

ii. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pemimpin
[3 markah]
Tip: Calon perlu kemukakan ciri-ciri pemimpin yang positif dan boleh dicontohi oleh ahli
masyarakat. Sifat pemimpin yang negatif tidak perlu dinyatakan.

Jawapan lengkap:
Pada pendapat saya, seorang pemimpin haruslah memiliki ciri-ciri yang positif dan boleh
dijadikan teladan oleh ahli masyarakat yang lain. Salah satu ciri pemimpin yang baik ialah
sentiasa berlaku adil kepada orang lain. Selain itu, pemimpin yang suka membantu
golongan masyarakat yang serba kekurangan pasti disenangi oleh ahli masyarakat. Sifat
pemimpin yang seterusnya yang perlu ada ialah prihatin terhadap keperluan bawahan dan
tidak melakukan sebarang provokasi yang boleh mendatangkan mudarat kepada diri
sendiri dan bawahannya.

iii. Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latar masyarakat
daripada keseluruhan drama?
[4 markah]
Tip: Calon perlu kemukakan satu latar masyarakat berdasarkan petikan dan satu latar
masyarakat berdasarkan drama. Sebaiknya, calon beri dua latar masyarakat berdasarkan
petikan dan dua latar masyarakat daripada keseluruhan drama yang dikaji.

Jawapan lengkap:
Latar masyarakat berdasarkan petikan ialah masyarakat yang gemar bertanya.
Contohnya, Pelakon 1 ingin tahu lebih lanjut lagi tentang sistem, manusia, kuasa dan
wang. Manakala, latar masyarakat yang terdapat dalam keseluruhan drama ialah
masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidup. Misalnya, Azmir tabah mengharungi
kesakitan akibat penyakit barah otak yang dideritainya selama ini. Selain itu, terdapat juga
masyarakat yang simpati akan penderitaan orang lain. Contohnya, Arif simpati akan
penderitaan Azmir telah meminta doktor supaya membantu Azmir.

108
MODUL PRIGEL KOMSAS

C. PRAKTIS TOPIKAL

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Praktis 1

AZMIR: W.A Domski.

PAK HAJI: Nama apa tu, Azmir? Pak Haji rasa pelik benar bunyinya tu. Rasa-rasa Pak Haji,
macam bukan nama orang sini saja.

AZMIR: Memang betul. Itu nama Orang Putih. Itu bermakna saya bukan orang Melayu lagi.

PAK HAJI: (Menggeleng). Habis…?


AZMIR: (Tersenyum sinis). Apa yang habis?
PAK HAJI: Astaghfirullah, Azmir. Azmir, mengucaplah banyak-banyak. Mengapa sampai jadi
macam ni, Azmir?
AZMIR: Itu hak saya. Tapi saya buat begitu bukan tanpa sebab. Saya bertindak demikian
kerana dalam masyarakat di sini sudah tidak ada kasih sayang. Kasih sayang hanya wujud di
bibir saja. Hanya wujud pada nama saja. Nama saja tidak membawa makna apa-apa. Yang
penting ialah praktiknya yang diiringi dengan hati nurani yang bersih dan suci. Apa, Pak Haji
memiliki apa-apa yang saya sebut sebentar tadi tu? Saya ragui Pak Haji memilikinya.
PAK HAJI: Azmir mengucap Azmir.

i. Mengapakah Azmir bertindak menukar namanya? [2 markah]

ii. Pada pendapat anda, apakah langkah untuk memupuk budaya penyayang dalam kalangan
masyarakat di negara kita? [3 markah]

iii. Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu latar
masyarakat yang lain daripada keseluruhan drama. [4 markah]

109
MODUL PRIGEL KOMSAS

Praktis 2

PELAKON I: Duniaku ialah kuasa. Kuasa ialah duniaku. Duniaku ialah wang. Wang ialah
kuasa, dunia berada di bawahku. Kuasa mencipta kuasa.

PELAKON II: Bukan, kau salah. Wang ialah duniaku. Duniaku ialah wang. Wang ialah kuasa.
Dengan wang, dunia berada di bawahku. Wang membeli kuasa, membeli dunia, membeli
manusia.

PELAKON III: Bukan, kamu berdua salah. Kamu berdua ialah manusia-manusia sasau. Sasau
boleh membawa gila. Gila boleh membawa kehancuran dunia, kehancuran manusia. Ikutlah aku.
Dunia aku ialah fikiran. Fikiran ialah kewarasan. Kewarasan fikiran dapat mengawal hawa
nafsu, mengawal wang, dapat mengawal kuasa. Kewarasan fikiran dapat mengawal manusia,
dapat mengawal dunia.

PELAKON I: Hei, kawan! Kau lupa satu perkara. Fikiran juga dapat merosakkan fikiran.
Fikiran yang rosak boleh menyebabkan sasau. Sasau boleh membawa gila. Gila boleh
membawa kehancuran dunia, kehancuran manusia. Oleh sebab itu ikutlah aku. Dengan kuasa,
aku boleh mengawal fikiran. Dengan kuasa, aku boleh mengawal wang dan dunia.
PELAKON II: Telah terbukti bahawa wang juga boleh mengawal fikiran dan sekali gus
mengawal kuasa, seterusnya mengawal manusia dan dunia.

i. Apakah kelebihan kewarasan fikiran berbanding kuasa dan wang? [2 markah]

ii. Pada pendapat, apakah adab dalam menyuarakan pendapat? [3 markah]

iii. Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain yang
terdapat dalam keseluruhan drama. [4 markah]

110
MODUL PRIGEL KOMSAS

Praktis 3

AZMIR: Memang sistem itu dicipta oleh manusia, tetapi pada tahap akhirnya, sistem itu
disahkan oleh rakyat. Rakyat yang menentukan. Rakyat yang membenarkan. Rakyat yang
merestuinya. Tanpa kebenaran, restu dan pengesahan rakyat, wang dan kuasa kehilangan makna.
Jadi, pada hakikatnya sistem itu dicipta oleh rakyat, bukan oleh manusia. Hal ini menunjukkan
bahawa rakyat lebih besar daripada manusia. Rakyat lebih berkuasa daripada wang. Rakyat
lebih berkuasa daripada kuasa.

PELAKON III: (Berbisik dengan PELAKON I). Kau faham apa yang diperkatakan tu?

PELAKON I: (Kepada Azmir). Tidakkah sesuatu sistem itu mempunyai kelemahan tertentu?
Kalau begitu, bagaimana sistem itu hendak mengawal wang, manusia dan kuasa?

AZMIR: Suatu sistem itu mungkin terdapat kelemahan tertentu tetapi sejarah telah membuktikan
bahawa rakyat senantiasa akan membetulkannya. Soalnya, cepat atau lambat. Sejarah juga telah
membuktikan bahawa kemenangan senantiasa memihak kepada rakyat. Saudara-saudara jangan
bimbang, sistem baik adalah bagaikan segala nilai dan norma serta tradisi yang telah berakar
umbi dalam budaya sendiri. Bagaimana sukarnya kita menolak institusi-institusi tertentu yang
terdapat pada sesebuah masyarakat itu, begitulah sukarnya kita menolak sesuatu sistem yang
mantap dan bertapak kukuh di hati rakyat. (AZMIR kemudian memegang kepalanya seakan-
akan sedang menahan kesakitan).

i. Apakah kuasa yang ada pada rakyat terhadap sistem yang dicipta oleh manusia? [2 markah]

ii. Peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam tamadun manusia telah tercatat dalam
sejarah sejak sekian lamanya.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan sejarah dalam kehidupan masyarakat?
[3 markah]

iii. Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran lain
daripada keseluruhan drama. [4 markah]

111
MODUL PRIGEL KOMSAS

Praktis 4

PELAKON II: (Kepada PELAKON I). Setelah hamper pecah kepala, dia masih ingat tentang
hujahnya.

PELAKON II: Agaknya makin dihantukkan kepalanya tu, makin kuat ingatannya.

PELAKON I: Betul ke?

PELAKON II: Kalau nak tau cubalah tengok!


(Perhatian mereka terarah kepada AZMIR apabila dia mula bersuara).
AZMIR: Selepas orang itu menghantukkan kepalanya ke lantai, maka darah merah pun
mengalirlah membasahi pipinya. Sesiapa yang menyaksikan kejadian itu pasti mengatakan
bahawa orang yang menghantukkan kepalanya ke lantai itu ialah orang gila. Orang yang siuman
tentu tidak berbuat demikian. Orang yang menonton tidak tahu bahawa orang yang
menghantukkan kepalanya ke lantai itu sebenarnya sedang mengalami dan menderita suatu
kesakitan yang tidak tertanggung, yang tak terucap dengan kata-kata lagi. Kata-kata kehilangan
makna. Kata yang bermakna adalah dengan menghantukkan kepalanya ke lantai. (Kesemua
mereka terpegun mendengar penjelasan AZMIR). Apakah saya sudah menjawab soalan saudara?
(Sambil tersenyum ke arah PELAKON I).
PELAKON I: (Semacam kagum bercampur bingung sambil menghantukkan kepalanya
perlahan-lahan). Ya, terima kasih.

i. Mengapakah Azmir menghantukkan kepalanya ke lantai? [2 markah]

ii. Pada pendapat anda, apakah yang sepatutnya dilakukan oleh Azmir untuk menghadapi
penderitaan yang ditanggungnya? [3 markah]

iii. Huraikan satu perwatakan Azmir yang terdapat dalam petikan dan satu perwatakan Azmir
daripada keseluruhan drama. [4 markah]

112
MODUL PRIGEL KOMSAS

Praktis 5

PELAKON II: Bersabarlah, mak cik. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini buat kita
semua.

PELAKON III: Betul juga kata rakan saya tu. Peristiwa yang berlaku kepada Azmir mungkin
berpunca daripada kurangnya perhatian dan kasih sayang.

IBU: Nak buat macam mana lagi, encik. Kami dah beri pelajaran hingga dia masuk ke
universiti.

ARIF: Betul mak cik, tetapi… masuk ke universiti saja belum menjamin seseorang itu mendapat
kasih sayang yang secukupnya.
PELAKON I: Pak cik, mak cik … marilah kita sama-sama membantu Azmir. Dia amat
memerlukan perhatian dan kasih sayang bukan cemuhan dan penghinaan. Dia memerlukan
semangat dan perangsang daripada kita semua, bukan kutukan dan hukuman.
PELAKON II: Kami lihat, Azmir seperti sedang menderita suatu penderitaan yang tak
tertanggung. Kutukan, cemuhan dan hukuman akan hanya menyebabkan sakit yang dialaminya
menjadi lebih parah.
ARIF: Kami fikir, eloklah pak cik dan mak cik berjumpa dengan Azmir di hospital dengan
segera sebelum terlambat. Dia amat memerlukan kita semua; lebih-lebih lagi, pak cik dan mak
cik. Kami minta diri dulu.

i. Apakah yang menyebabkan penyakit Azmir menjadi lebih parah? [2 markah]

ii. Sekiranya anda salah seorang ahli keluarga Azmir, apakah yang akan anda lakukan untuk
membantu Azmir menghadapi penyakit yang dialaminya? [3 markah]

iii. Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai lain daripada
keseluruhan drama? [4 markah]

113
MODUL PRIGEL KOMSAS

114
MODUL PRIGEL KOMSAS

115
MODUL PRIGEL KOMSAS

NOVEL SILIR DAKSINA

BIODATA PENGARANG.

NIZAR PARMAN

Dilahirkan pada tanggal 31 Ogos 1973 di Kampung Asam Bubok, Ayer Hitam, Batu
Pahat, Johor.
Beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Paya, Parit Raja dan Sekolah Menengah
Kebangsaan Dato' Menteri, Ayer Hitam. Melanjutkan pengajian dalam bidang perguruan
di Maktab Perguruan Kinta, Jalan Diary, Ipoh (MPKI). Beliau memperoleh Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah di Universiti Terbuka
Malaysia (OUM).
Beliau telah bertugas sebagai Guru Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Seri Lalang,
Kluang, Johor.
Melibatkan diri dalam penulisan kreatif pada tahun 1995. Memenangi tempat pertama
Sayembara Menulis Cerpen Hari Guru Peringkat Negeri Perak 1995, tempat ketiga
Sayembara Cerpen Hari Guru anjuran DBP – BPG 1998, dan hadiah sagu hati Sayembara
Jubli Emas DBP kategori cerpen 2007.
Pada tahun 2009, novel pertama beliau, Silir Daksina telah diangkat sebagai pemenang
tempat kedua kategori novel remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan – Exxon Mobil.
Novel kedua beliau, Jajahan Bonda memenangi hadiah sagu hati Sayembara ITBM-BH-
Pena.
Beliau menghasilkan kumpulan cerpen Rinduku ke Syurga terbitan ITBM tahun 2015.
Karya-karyanya pernah tersiar dalam Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan
Sastera, Dewan Pelajar, dan Mingguan Wanita serta beberapa buah tabloid.

116
MODUL PRIGEL KOMSAS

SINOPSIS

Kisah dalam Silir Daksina bermula apabila Haiqal mendapat sebuah manuskrip lama.
Alamat pengirim manuskrip tersebut sama dengan alamat tempat lahirnya tetapi pengirimnya
berbangsa Cina iaitu Ong See Hwa. Haiqal mendapati bahawa kisah yang terdapat dalam
manuskrip tersebut seakan-akan benar berlaku dan menceritakan kisah hidup arwah ayahnya;
Abdullah bin Kayan tetapi kisah itu dimainkan oleh watak Cikgu Nizam. Haiqal bertekad untuk
pulang ke Johor untuk menjejak warisan ayahnya walaupun niat itu ditentang oleh uminya.
Walid tidak menghalang pemergian Haiqal malah berjanji akan mengirimkan wang kepadanya
untuk dibelanjakan ketika di Johor.
Kehadiran Haiqal di Kampung Seri Purnama disambut baik oleh penduduk-penduduk di
sana terutamanya Tauke Ong. Kemudian, Tauke Ong telah menyerahkan wang simpanan, hasil
jualan kelapa sawit dan kebun kelapa sawit kepada Haiqal untuk diuruskan. Haiqal telah
mengenali anak Tauke Ong iaitu Ong See Hwa. Haiqal mendapati bahawa perwatakan Ong See
Hwa mirip dengan watak Ai Ling. Haiqal juga telah bersahabat baik dengan Lazim. Perkenalan
Haiqal dengan Lazim dan Ong See Hwa memudahkan Haiqal untuk menjejak warisan Abdullah
bin Kayan. Mereka telah menunjukkan kisah hidup Abdullah bin Kayan melalui pameran di balai
raya lama. Haiqal mendapat bahawa arwah bapanya merupakan orang yang hebat dalam bidang
seni dan sastera. Haiqal juga mendapat tahu bahawa bakat arwah ayahnya diiktiraf oleh pihak
kerajaan negeri.
Kehadiran Haiqal di Kampung Seri Purnama hanyalah untuk mencari kenangan yang
ditinggalkan oleh Abdullah bin Kayan. Penduduk kampung seperti Pak Cik Bakar, Haji Salim
dan Tauke Ong mengharapkan Haiqal supaya mengembalikan kegemilangan tarian zapin di
kampung mereka kerana mereka melihat semangat kepemimpinan Haiqal mirip arwah ayahnya,
Abdullah bin Kayan. Haiqal tidak mahu menghampakan harapan mereka kerana mereka telah
melayan Haiqal dengan baik. Haiqal dan penggiat tarian zapin jincat seperti Pak Cik Bakar dan
Haji Salim telah bersepakat untuk mengadakan persembahan tarian zapin. Ketika hari
persembahan, Lazim telah ditimpa kemalangan. Haiqal dan Ong See Hwa telah menarikan tarian
zapin sehingga ada sebilangan penduduk kampung yang berasa terharu kerana terkenangkan
arwah Abdullah bin Kayan. Umi, walid dan Nurul Aisyah juga turut hadir untuk menyaksikan
persembahan zapin tersebut. Umi juga telah ke kubur Abdullah bin Kayan dan umi telah
mengaku kesilapannya memisahkan Haiqal daripada bapa kandungnya kerana darahnya turut
mengalir dalam tubuh Haiqal. Setelah beberapa bulan di Kampung Seri Purnama, Haiqal
melanjutkan pelajaran dalam bidang keguruan di sebuah universiti di Sarawak.

117
MODUL PRIGEL KOMSAS

SINOPSIS MENGIKUT BAB

TERSINGKAP RAHSIA

Haiqal sangat tertarik oleh sebuah mansukrip lama yang baru diperolehinya. Sudah
seminggu dia membaca dan membelek-belek manuskrip itu. Haiqal leka dalam alam Abdullah
bin Kayan. Nama itu pernah disebut oleh uminya tetapi uminya tidak mahu menceritakan
lebih lanjut tentang sejarah hidup Abdullah bin Kayan. Ketika Haiqal berusia enam tahun, dia
mendapat tahu bahawa orang yang dipanggil sebagai “walid” bukanlah ayah kandungnya.
“Walid” atau Abdul Fatah ialah ayah tirinya. Namun begitu, ayah tirinya tidak membeza-
bezakan kasih sayang antara Haiqal dengan adik tirinya; Nurul Aisyah. Ketika umi
menerangkan bahawa Haiqal bukanlah anak kandung “walid”, Haiqal berasa sangat sedih
sekali. Umi memberitahu bahawa ayah kandungnya tinggal berjauhan daripada mereka dan
Haiqal akan tahu segala-galanya apabila Haiqal sudah besar.

KISAH SEORANG TEMAN

Haiqal menemui Ratna di warung milik keluarga Ratna. Mereka berbual-bual tentang
masa depan masing-masing. Ratna bercita-cita untuk membuka restoran sendiri apabila
keputusan SPM Ratna tidak begitu baik. Haiqal pula meneruskan pelajaran ke tingkatan 6.
Sekarang, Haiqal sedang menunggu keputusan STPM. Haiqal sentiasa mendorong Ratna
supaya gigih meneruskan cita-citanya. Haiqal turut memberitahu bahawa tokoh-tokoh dunia
seperti Abraham Lincoln juga pernah gagal berkali-kali sebelum mencapai kejayaan. Ketika
mereka berjalan-jalan di tepi pantai, Haiqal telah menceritakan kisah manuskrip yang
diterimanya beberapa hari yang lalu. Alamat pengirim manuskrip itu sama dengan alamat
yang tercatat di sijil kelahirannya iaitu Kampung Seri Purnama, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
Pengirim manuskrip itu berbangsa Cina yang bernama Ong See Hwa.

SENASKHAH MANUSKRIP LAMA

(i)

Manuskrip lama yang menceritakan kisah Cikgu Nizam ini merupakan manuskrip
yang diterima dan dibaca oleh Haiqal. Manuskrip lama ini mengisahkan penduduk kampung
Sri Purnama yang aktif dalam aktiviti seni tradisional seperti zapin dan ghazal. Seni
tradisional ini turut mendapat tempat di hati Ai Ling; anak kepada Tauke Lim. Ai Ling minat
menari zapin. Rakan-rakan sebaya Cikgu Nizam seperti Roslan, Ramli dan Sudin juga gigih
berlatih menari zapin. Penduduk kampung Seri Purnama sering berkumpul di warung Pak
Dolah. Cikgu Nizam memuji Ai Ling yang mahir menari zapin. Hubungan bapa Ai Ling iaitu
Tauke Lim dengan penduduk kampung Seri Purnama adalah sangat rapat. Cikgu Nizam
menggalakkan Ai Ling untuk belajar menari zapin. Apabila Cikgu Nizam melihat Ai Ling,

118
MODUL PRIGEL KOMSAS

secara tidak langsung dia terkenang akan anaknya; Aiman. Usia Aiman sebaya dengan usia Ai
Ling.

Hubungan kekeluargaan antara keluarga Cikgu Nizam dengan keluarga Tauke Lim
sangat rapat. Tauke Lim berasal dari Perak. Rumah Tauke Lim dibina di atas tanah yang
dibeli daripada ayah Cikgu Nizam. Sebelum ini, tanah tersebut merupakan kebun getah. Ayah
Cikgu Nizam mengupah orang untuk mengerjakannya kerana dia sibuk mengurus kebun
kelapa sawit. Emak Cikgu Nizam pula tidak berdaya untuk mengerjakan kebun getah kerana
tidak boleh berdiri lama akibat kemalangan. Kemudian, Tauke Lim telah menyewa tanah
tersebut daripada ayah Cikgu Nizam setelah berhijrah ke Parit Raja. Ayah Cikgu Nizam
berasa kasihan akan Tauke Lim kerana semua tanah milik keluarganya di Perak habis dijual
untuk membayar hutang abang Tauke Lim yang suka berjudi. Ayah Cikgu Nizam dan Tauke
Lim bersetuju untuk membahagi dua hasil daripada kebun getah tersebut.

Hubungan antara keluarga Cikgu Nizam dan Tauke Lim semakin rapat sejak Tauke
Lim menyewa kebun getah tersebut. Tambahan pula, Tauke Lim selalu membawa ahli
keluarganya berkunjung ke rumah keluarga Cikgu Nizam. Mereka selalu minum petang
bersama-sama. Tauke Lim seorang yang rajin. Pada waktu pagi, dia menoreh getah manakala
pada waktu petang, Tauke Lim akan mengelilingi kampung untuk membeli hasil-hasil
kampung. Sebagai contohnya, buah pinang, getah beku atau getah sekerap, biji kopi dan
pisang. Kemudian, dia akan menjualnya di bandar. Tauke Lim juga sentiasa membersihkan
kebun getah yang disewanya. Hasil kegigihan Tauke Lim, dia berjaya mengumpul wang
untuk membeli setengah ekar daripada kebun ayah Cikgu Nizam. Tanah yang dibelinya itu
telah dijadikan tapak rumah. Hubungan antara keluarga Tauke Lim dengan penduduk
kampung Sri Purnama sangat rapat sekali. Apabila ada majlis kenduri-kendara, dia pasti akan
turut bersama-sama penduduk untuk bergotong-royong. Tauke Lim juga sentiasa bermurah
hati untuk menaja jamuan untuk setiap majlis keramaian di kampung. Ketika ayah Cikgu
Nizam masih hidup, dia menganggap bahawa anak-anak perempuan Tauke Lim iaitu Ai
Ching dan Ai Ling seperti cucunya sendiri. Hidup ayah Cikgu Nizam sunyi setelah kematian
isterinya akibat darah beku di kepala.

Pada suatu hari, Cikgu Nizam telah menumpangkan Ai Ling dan Ai Ching ke sekolah
kerana bateri kereta Tauke Lim telah rosak. Cikgu Nizam mengajar di sekolah yang sama
dengan Ai Ling. Tauke Lim menghantar semua anaknya belajar di sekolah kebangsaan di
kampung itu. Dia beranggapan bahawa di mana-mana sahaja anak-anaknya boleh belajar
asalkan mereka rajin. Pada setiap minggu, Tauke Lim menghantar anak-anaknya ke kelas
tuiysen bahasa Cina di pekan Parit Raja. Cikgu Nizam mempelawa Ai Ling menaiki
keretanya pada setiap hari tetapi Ai Ling tidak mahu menyusahkan gurunya itu. Namun begitu,
setelah Ai Ling berbincang dengan Tauke Lim, Ai Ling telah menumpang kereta Cikgu
Nizam untuk ke sekolah pada setiap hari.

Ketika di bilik guru, Cikgu Latifah yang terkenal oleh kegarangannya telah meluahkan
perasaan. Cikgu Latifah menyatakan kekesalannya terhadap sikap murid-murid yang tidak
menyelesaikan kerja rumah dan tulisan mereka juga tidak kemas ibarat “cakar ayam”. Cikgu
Latifah turut menyatakan bahawa golongan guru kerap dipersalahkan jika anak-anak murid

119
MODUL PRIGEL KOMSAS

tidak berjaya. Cikgu Nizam menenangkan Cikgu Latifah dengan mengatakan bahawa orang
luar tidak faham akan tugas guru yang banyak. Cikgu Nizam turut berpandapat bahawa
golongan guru perlu sentiasa bijak mengatur tugas mereka. Berbeza dengan zaman dahulu,
guru ibarat pakar rujuk. Apabila zaman semakin moden dan golongan cendekiawan semakin
ramai, banyak teori pendidikan telah diwujudkan. Cikgu Latifah meneruskan kerjanya dan
kadang kala dia membebel lagi. Dalam hati Cikgu Nizam, dia kagum akan kesungguhan
Cikgu Latifah yang sanggup pulang lewat untuk membimbing murid-murid yang lemah dalam
Matematik. Cikgu Nizam terus menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua panitia Bahasa
Melayu dengan menyelesaikan minit mesyuarat panitia.

Selain itu, Cikgu Latifah turut menyatakan bahawa Ai Ling tidak mahu ke
perpustakaan ketika waktu Pendidikan Islam. Ai Ling berminat untuk mempelajari
Pendidikan Islam daripada Ustazah Munirah. Ai Ling suka membaca buku kisah-kisah nabi
dan rasul serta tokoh-tokoh Islam. Ai Ling juga selalu bertanya tentang nabi-nabi kepada
Ustazah Munirah, terutamanya tentang Nabi Muhammad. Perwatakan Ai Ling berbeza
dengan kakaknya. Apabila murid-murid Islam membaca doa, dia akan turut serta menadah
tangan untuk berdoa. Cikgu Nizam mengambil peluang ini untuk cuba mengenali Ai Ling
dengan lebih dekat.

(ii)

Bateri kereta Tauke Lim telah digantikan dengan bateri baharu. Cikgu Nizam
membantu Tauke Lim memasang bateri tersebut. Cikgu Nizam menyuruh Tauke Lim supaya
membeli kereta baharu tetapi Tauke Lim tidak mahu kerana dia perlu berjimat untuk belanja
persekolah anak-anaknya. Pada masa yang sama, Tauke Lim tidak selalu jalan jauh. Kereta
buruknya digunakan untuk mengangkut hasil-hasil kampung untuk dijual di pekan. Jika
Tauke Lim pulang ke kampung di Kuala Kangsar untuk menziarahi emaknya, dia dan
keluarganya akan menaiki bas sahaja. Tauke Lim seorang yang suka bersederhana dan
berjimat. Sebagai contohnya, dia sentiasa berbaju lusuh. Cikgu Nizam jarang melihat Tauke
Lim berbaju cantik kecuali ketika Tahun Baru Cina. Setelah kereta Tauke Lim berjaya
dihidupkan, Tauke Lim telah mengajak Cikgu Nizam ke pekan untuk minum teh tarik mamak
pada waktu petang.

Ketika menikmati teh tarik, Tauke Lim telah bersetuju dan membenarkan Ai Ling
menumpang kereta Cikgu Nizam untuk ke sekolah. Pada awalnya, dia tidak mahu
menyusahkan Cikgu Nizam. Tauke Lim turut menyatakan bahawa keluarga Cikgu Nizam
telah banyak membantu keluarganya ketika mereka susah dahulu. Tauke Lim berasa terhutang
budi dengan keluarga Cikgu Nizam. Pada masa yang sama, Cikgu Nizam turut mengucapkan
terima kasih kerana telah menjaga kebun ayahnya dengan baik. Tauke Lim tidak menghalang
jika Cikgu Nizam mahu mengajar Ai Ling dan menganggap Ai Ling sebagai anak
kandungnya sendiri.

Ketika minum juga, mereka berbual tentang Aiman. Cikgu Nizam memberitahu
bahawa keluarga isterinya seolah-olah tidak suka Cikgu Nizam melawat Aiman. Tauke Lim
meminta Cikgu Nizam bersabar. Tauke Lim yakin bahawa Aiman akan datang mencari Cikgu

120
MODUL PRIGEL KOMSAS

Nizam apabila dia sudah besar nanti. Tauke Lim percaya bahawa Cikgu Nizam merupakan
seorang yang kuat dan tabah seperti ayahnya dahulu. Tauke Lim turut menasihati Cikgu
Nizam supaya jangan susah hati kerana penduduk kampung sayang akan Cikgu Nizam. Sejak
Cikgu Nizam kembali ke kampung, banyak aktiviti dapat dijalankan. Sebagai contohnya,
aktiviti zapin. Cikgu Nizam juga turut memuji Tauke Lim yang banyak memberi sumbangan
terhadap aktiviti yang dijalankan di kampung mereka. Pada waktu malam nanti, Cikgu Nizam
mempelawa Tauke Lim ke balai raya untuk menonton latihan zapin. Tauke Lim menyatakan
bahawa dia akan hadir kerana Ai Ling meminati tarian zapin. Tauke Lim juga seronok melihat
anak-anak muda gigih berlatih zapin.

(iii)

Ketika di balai raya pada malam itu, Tauke Lim telah menyuruh Cikgu Nizam menari
zapin. Ai Ling berasa sangat gembira sekali apabila melihat Cikgu Nizam menari zapin.
Selesai latihan, Tauke Lim, Cikgu Nizam, Pak Haji Salam dan beberapa orang ahli kumpulan
zapin berkumpul di atas pentas. Mereka membincangkan persiapan majlis untuk menyambut
kehadiran YB Samsuri dan pegawai daripada Yayasan Warisan Negeri untuk mengkaji rentak
zapin jincat yang unik. Mereka hanya mempunyai masa seminggu sahaja lagi untuk berlatih.
Kumpulan zapin D’Purnama telah berkubur lebih dua puluh tahun. Mereka beranggapan
bahawa kedatangan pegawai dan YB Samsuri merupakan peluang kepada mereka untuk
menghidupkan tarian zapin jincat semula. Kumpulan zapin tersebut berkubur kerana beberapa
orang ahlinya telah keluar daripada kumpulan asal dan menubuhkan kumpulan baharu.
Akhirnya, kumpulan baharu tersebut juga mengalami kegagalan. Akibatnya, kumpulan zapin
D’Purnama telah berkubur.

Dalam perbincangan itu, Cikgu Nizam telah diminta untuk menyiapkan atur cara
dalam majlis itu nanti. Tauke Lim menyatakan kesediaannya untuk menaja jamuan makan.
Ketika semua orang sudah pulang, Abang Bakir menyatakan hasratnya supaya Cikgu Nizam
menyelitkan deklamasi puisi dalam majlis itu nanti. Abang Bakir turut mencadangkan supaya
Cikgu Nizam memilih murid-murid sekolahnya yang berbakat untuk mendeklamasi puisi.
Abang Bakir juga memberi semangat kepada Cikgu Nizam supaya meneruskan bakatnya
dalam bidang sastera. Abang Bakir menasihati Cikgu Nizam supaya tidak merajuk lagi.

(iv)

Cikgu Nizam berasa gembira apabila Ai Ling merupakan salah seorang peserta
pertandingan deklamasi puisi. Ai Ling menunjukkan minatnya terhadap puisi dengan
membaca buku puisi. Ai Ling membaca buku puisi sebagai persediaan untuk menyertai
pertandingan mendeklamasi puisi. Cikgu Nizam telah mengajak Ai Ling datang ke rumahnya
untuk berlatih mendeklamasikan puisi pada waktu petang.

Ai Ching telah menemani Ai Ling ke rumah Cikgu Nizam. Ai Ling telah memilih
sajak bertemakan kasih sayang terhadap ibu dan bapa. Ketika Cikgu Nizam melatih Ai Ling
mendeklamasi puisi, Ai Ching membelek-belek novel dan majalah sastera yang diletakkan di
atas meja. Kemudian, Ai Ching memilih senaskhah novel dan membacanya sementara
menunggu Ai Ling berlatih.

121
MODUL PRIGEL KOMSAS

Pada awal latihan, Ai Ling sukar untuk mengawal pernafasannya perlahan-lahan.


Cikgu Nizam mengajar Ai Ling supaya bijak mengawal pernafasan kerana dapat
mengurangkan perasaan gemuruh ketika berada di pentas. Cikgu Nizam tetap memberi
semangat kepada Ai Ling walaupun Ai Ling seolah-olah putus asa. Akhirnya, Ai Ling berjaya.
Dia berjanji akan datang lagi pada hari esok. Sebelum pulang, Ai Ling mengucapkan terima
kasih kepada Cikgu Nizam kerana telah melatihnya. Ai Ching pula telah meminjam dua buah
novel. Cikgu Nizam berpesan kepada Ai Ching supaya jangan leka membaca novel kerana Ai
Ching perlu menumpukan perhatian dalam pelajaran dan menyelesaikan kerja rumah.

(v)

Ai Ling telah berjaya memenangi pertandingan deklamasi puisi peringkat tahap satu.
Dia berjaya menyampaikan sajaknya sehingga memukau semua murid yang menyaksikannya.
Kemenangan Ai Ling juga telah menjadi buah mulut penduduk kampung. Orang yang paling
gembira ialah Tauke Lim. Dia sanggup membelanja pelanggan-pelanggan warung Abang
Dolah. Ketika di warung, Tauke Lim menyatakan hasratnya untuk melihat Cikgu Nizam
membaca puisi di balai raya seperti zaman Cikgu Nizam muda dahulu. Pak Dolah turut
menyokong cadangan Tauke Lim. Pak Dolah berasa seronok jika para pemuda kampung
berkumpul di balai raya kampung mereka untuk berpuisi, berkompang, berseloka dan
bergurindam. Jika khazanah bangsa ini tidak diteruskan oleh generasi muda, khazanah ini
akan pupus.

Cikgu Nizam telah menyatakan kepada Abang Bakir dan Roslan bahawa dia berhenti
berkarya kerana jiwanya tidak tenang setelah berpisah dengan isteri dan anaknya, Aiman.
Karyanya ibarat tiada semangat. Oleh sebab itu, Cikgu Nizam mengambil keputusan untuk
berhenti berkarya. Dia juga sering berasa rindu akan Aiman. Hanya potret Aiman yang dapat
dijadikan penawar rindunya. Cikgu Nizam seperti ayahnya juga yang menjadikan Ai Ling
sebagai tempat untuk mencurahkan kasih sayang.

(vi)

Perancangan untuk menjayakan persembahan zapin berjalan dengan lancar. Ai Ling


bersetuju untuk mendeklamasikan sajak sebelum persembahan zapin. Sajak yang akan
dipersembahkan oleh Ai Ling ialah sajak yang ditulis oleh Cikgu Nizam sendiri. Ketika hari
persembahan, kawasan balai raya dipenuhi oleh penduduk kampung. Ai Ling telah
mendeklamasikan sajak dengan penuh bersemangat. Para penduduk yang hadir telah terpukau
dengan persembahan Ai Ling. Mereka memberi tepukan yang gemuruh kepada Ai Ling.
Ketika Ai Ling mendeklamasikan sajak, Cikgu Nizam telah membayangkan bahawa Ai Ling
dan Aiman sedang mendeklamasikan sajak bersama-sama. Tepukan yang gemuruh terhadap
sajak yang ditulis oleh Cikgu Nizam merupakan penghormatan yang tertinggi untuk dirinya.
Persembahan zapin bertambah meriah apabila YB Samsuri juga turut menari zapin
dengan para penari zapin. Majlis persembahan zapin itu berakhir pada jam 12.15 malam. YB
Samsuri juga telah berjanji akan memberikan perutukan wang ringgit kepada kumpulan zapin
D’Purnama. Wang tersebut akan digunakan untuk membeli peralatan muzik zapin yang
baharu. Walaupun majlis sudah tamat, penari-penari daripada Yayasan Warisan Negeri masih

122
MODUL PRIGEL KOMSAS

sibuk mempelajari cara-cara menari zapin jincat, alip-alip daripada Abang Bakir, Wak Parmin
dan Ramli. Kemudian, YB Samsuri juga mengucapkan tahniah kepada Cikgu Nizam atas
usaha gigihnya mengembalikan kegemilangan tarian zapin di kampung Seri Purnama. Pada
masa yang sama, beliau berharap supaya Cikgu Nizam turut mengembangkan bahasa dan
sastera di kampung itu. Beliau berharap supaya Kampung Seri Purnama akan dijadikan
perkampungan bahasa dan sastera.

(vii)

Masa berlalu begitu pantas. Ai Ling kini sudah berusia 12 tahun. Cikgu Nizam
menganggap Ai Ling seperti anaknya sendiri. Tauke Lim dan Mak Cik Kim juga gembira
apabila Cikgu Nizam turut mengambil berat akan diri Ai Ling. Namun begitu, pada masa ini,
Cikgu Nizam sering mengalami sakit kepala. Cikgu Nizam sering berulang-alik ke hospital.
Walau bagaimanapun, dia tetap pergi ke balai raya untuk berlatih kompang dan zapin.

Pada suatu petang, Cikgu Nizam membawa Ai Ching dan Ai Ling berkunjung ke
Pantai Punggur. Ketika di Pantai Punggur, Ai Ling ingin tahu sama ada Cikgu Nizam
mempunyai anak atau tidak. Cikgu Nizam menyatakan bahawa dia mempunyai seorang anak
lelaki yang menetap di Terengganu. Umur anak lelaki Cikgu Nizam sebaya dengan umur Ai
Ling. Hampir sepuluh tahun Cikgu Nizam tidak menemui anaknya itu. Ai Ling menyatakan
hasratnya untuk bertemu dengan anak Cikgu Nizam. Ai Ling mahu berkawan dengannya.
Pada masa yang sama, Ai Ling turut memberitahu Cikgu Nizam tentang arwah ayah Cikgu
Nizam yang selalu memuji Cikgu Nizam. Ayah cikgu Nizam sangat sayang akan Cikgu
Nizam kerana kasih sayang yang diberikan oleh Cikgu Nizam kepada ayahnya setanding
dengan kasih sayang sepuluh orang walaupun Cikgu Nizam hanyalah seorang anak tunggal.

Ketika membiarkan Ai Ling dan Ai Ching bermain-main di tepi pantai, Cikgu Nizam
mengelamun sambil menikmati ketenangan ombak dan angin di tepi pantai. Cikgu Nizam
berharap supaya dia dapat menjadi manusia biasa yang berkeluarga dan berbahagia selalu
tetapi dia sentiasa menghadapi ujian dalam kehidupannya.

(viii)

Kampung Seri Purnama telah dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Kemerdekaan
peringkat mukim. Dalam bulan ini, program Berkampung Bersama Puisi akan dilancarkan.
Ramai penduduk di sekitar kawasan Batu Pahat berminat untuk menyertainya. Yang
Berhormat juga telah bersetuju untuk mendeklamasikan puisi pada malam perasmian nanti.
Cikgu Nizam pula semakin sibuk membuat persiapan di balai raya. Cikgu Nizam tidak mahu
program itu menjadi seperti “melepaskan batuk di tangga”. Ai Ling juga gigih berlatih
mendeklamasikan sajak. Pada masa ini, kesihatan Cikgu Nizam bertambah buruk. Cikgu
Nizam hanya mampu bergantung pada ubat tahan sakit yang dibekalkan oleh doktor untuk
menahan kesakitan yang dialaminya. Cikgu Nizam menerima takdir Tuhan dengan tabah jika
hidupnya akan berakhir tidak lama lagi. Walaupun Cikgu Nizam menderita kesakitan, Cikgu
Nizam berlagak seperti biasa seolah-olah dia sihat.

123
MODUL PRIGEL KOMSAS

Ai Ling telah datang ke rumah Cikgu Nizam sambil membawa apam balik untuk
Cikgu Nizam. Ai Ling memberitahu bahawa dia telah menyelesaikan semua kerja rumahnya
ketika menunggu Cikgu Nizam habis bermesyuarat di sekolah. Cikgu Nizam telah
menunjukkan manuskrip yang sedang ditulis olehnya kepada Ai Ling. Cikgu Nizam telah
berjanji untuk memberikan manuskrip itu kepada Ai Ling sekiranya manuskrip itu siap ditulis.
Ai Ling menyatakan bahawa dia mahu menjadi orang pertama membaca manuskrip tersebut.

Ai Ling mendapati bahawa muka Cikgu Nizam pucat. Ai Ling beranggapan bahawa
Cikgu Nizam sedang sakit. Namun begitu, Cikgu Nizam menafikannya. Cikgu Nizam
memberi alasan bahawa dia hanya penat sahaja. Ai Ling juga mendapati bahawa fizikal Cikgu
Nizam sudah berubah. Urat-urat di kepala Cikgu Nizam sudah timbul dan tubuhnya juga
sudah kurus. Walau bagaimanapun, Cikgu Nizam tetap menyatakan bahawa dia sihat.

Ai Ling juga bertanya tentang Aiman kepada Cikgu Nizam. Ai Ling ingin tahu bila
Cikgu Nizam akan membawa Aiman ke kampung ini. Ai Ling ingin berkenalan dengannya.
Cikgu Nizam ingin menceritakan masalah yang dihadapinya kepada Ai Ling tetapi dia
membatalkan hasratnya itu. Cikgu Nizam tidak mahu melibatkan Ai Ling dalam masalah
kehidupannya.

(ix)

Majlis pelancaran Malam Sekampung Puisi akan dilangsungkan. Balai raya telah dicat
baharu. Buku-buku sastera lama telah dipamerkan di balai raya. Gambar-gambar serta latar
belakang sasterawan terkenal tanah air juga dipamerkan. Cikgu Nizam berasa lega apabila
beberapa orang penyair yang pernah memenangi pertandingan deklamasi puisi telah
mengesahkan penyertaan mereka. Selain itu, ahli jawatankuasa untuk program tersebut juga
telah menunjukkan komitmen yang tinggi bagi menjayakan majlis itu. Cikgu Nizam
beranggapan bahawa Aksara yang pernah diceritakannya kepada Abang Bakir, Roslan, Ramli
dan Mazli akan berjaya sekiranya program ini berjaya.

Sakit kepada yang dialami oleh Cikgu Nizam semakin kronik. Cikgu Nizam terpaksa
menahan kesakitannya itu dengan ubat yang dibekalkan oleh doktor. Pada masa ini, Cikgu
Nizam menyelesaikan semua tugasan sebagai guru di sekolah sehingga dia pulang lewat. Ai
Ling pula terpaksa menunggunya. Mujur Ai Ling memahami kesibukannya. Pada waktu
malam, Cikgu Nizam menunaikan solat sunat. Ketika ini, dia berasa bahawa dirinya dekat
dengan Allah. Kerinduannya terhadap Aiman semakin memuncak. Cikgu Nizam sentiasa
membayangkan wajah Aiman. Cikgu Nizam menatap potret kecil Aiman dan
mendakapkannya ke dada. Cikgu Aiman berharap Aiman datang menemuinya. Cikgu Aiman
terus menangis teresak-esak.

124
MODUL PRIGEL KOMSAS

DESAKAN HATI

Haiqal tidak dapat membuat keputusan sama ada ingin ke Johor atau tidak. Haiqal
yakin bahawa uminya pasti tidak akan mengizinkan. Haiqal tidak pernah membantah
keputusan uminya kecuali sekali. Manuskrip yang dibaca oleh Haiqal mempengaruhinya
untuk ke Johor. Haiqal merasakan bahawa manuskrip yang dibaca olehnya merupakan kisah
benar. Haiqal yakin bahawa si penghantar manuskrip itu mempunyai sebab yang tersendiri
dengan menghantar manuskrip itu kepadanya.

Pada malam itu, Haiqal telah keluar untuk bertemu Ratna. Perkara itu menghairankan
umi dan walidnya. Ketika bertemu Ratna, Haiqal memberitahu bahawa dia sudah selesai
membaca manuskrip tersebut. Haiqal beranggapan bahawa manuskrip itu menceritakan
kesunyian dan kesakitan yang ditanggung oleh ayahnya. Kandungan manuskrip dalam
manuskrip itu benar-benar merumitkan fikiran Haiqal.

Dalam manuskrip itu, watak utamanya ialah seorang penulis. Ratna membuat
persamaan antara watak utama manuskrip itu dengan diri Haiqal yang merupakan pelajar
yang hebat dalam bidang sastera. Haiqal sering memenangi pertandingan deklamasi puisi
peringkat sekolah, johan menulis sajak dan cerpen peringkat negeri. Namun begitu, umi tidak
pernah berbangga akan pencapaian Haiqal. Kebencian umi terhadap ayahnya ada kaitan
dengan dunia sastera ayahnya. Haiqal berasa bingung. Haiqal tidak tahu cara untuk dia
berhadapan dengan umi dan walidnya. Ratna memberi sokongan kepada Haiqal. Ratna
memberitahu bahawa jika niat Haiqal betul, Allah akan menunjukkan jalan penyelesaiannya.

Haiqal menyatakan bahawa uminya pernah kecewa dengan keputusan Haiqal yang
memilih kelas sastera apabila masuk ke tingkatan enam. Itulah kali pertama Haiqal berkeras
dengan uminya. Ratna menasihati Haiqal supaya memikirkan perkara tersebut masak-masak
sebelum membuat keputusan. Kemudian, Haiqal memohon diri untuk pulang kerana jam
sudah menunjukkan jam 12.00 malam. Haiqal tidak mahu umi dan walidnya bimbang.

RINDU

Haiqal berasa terkilan kerana dia tidak mempunyai kenangan indah bersama dengan
ayahnya. Haiqal membelek-belek manuskrip itu sekali lagi. Haiqal ingin kepastian tentang
watak Ai Ling yang mungkin memiliki persamaan dengan individu yang bernama Ong See
Hwa. Haiqal juga ingin membuat andaian tentang watak Ai Ling yang mungkin watak rekaan
ayahnya sahaja.

Suasana Kampung Seri Purnama terbayang-bayang di mata Haiqal. Bunyi kompang


dan alunan irama zapin seakan-akan kedengaran di telinga Haiqal. Zapin merupakan tarian
terkenal di negeri Johor. Haiqal hanya pernah menontonnya di televisyen sahaja. Haiqal tidak
pernah memalu kompang apatah lagi menari zapin. Berdasarkan manuskrip tersebut, Haiqal
mendapat gambaran bahawa ayahnya handal menari zapin. Perkara itu menyebabkan Haiqal

125
MODUL PRIGEL KOMSAS

berasa kagum akan kehebatan ayahnya. Jika catatan dalam manuskrip tersebut benar, ayah
Haiqal merupakan orang yang hebat.

Haiqal berasa rugi kerana dia tidak dapat hidup lama bersama-sama dengan ayahnya.
Dunia umi dan walidnya hanyalah butik dan kilang batiknya. Uminya mahu Haiqal mewarisi
perniagaan keluarga tetapi Haiqal tidak berminat. Haiqal hanya bekerja di kedai batik uminya
di Pasar Payang untuk memenuhi duit poket. Hanya adik tirinya, Nurul Aisyah yang
menunjukkan minat dalam perniagaan. Sewaktu ayahnya meninggal dunia tujuh tahun yang
lepas, Haiqal tidak dapat mengikut umi dan walidnya menziarahi jenazah ayahnya. Ketika itu,
Haiqal sedang menduduki UPSR. Haiqal terpaksa ditenangkan oleh pengawas kerana dia
menangis sepanjang masa menjawab soalan peperiksaan. Haiqal berasa hairan kerana dia
tidak tahu tentang masalah yang dihadapi oleh ayah dan uminya sehingga menyebabkan
mereka berpisah.

SATU KETETAPAN

Haiqal telah membuat keputusan yang muktamad. Haiqal ingin pulang ke kampung
halaman ayahnya di Johor walaupun dia tidak pernah ke sana. Haiqal menyatakan hasratnya
kepada Ratna. Hasrat Haiqal disokong oleh Ratna. Sebagai sahabat, Ratna hanya mampu
mendoakan Haiqal agar selamat sampai ke Johor. Ratna menasihati Haiqal supaya menjaga
diri apabila berada di tempat orang.

Setelah solat maghrib, Haiqal menyuarakan hasrat itu kepada uminya. Seperti
jangkaan Haiqal, uminya melarang Haiqal ke Johor kerana ayahnya sudah meninggal dunia.
Uminya menyuruh Haiqal menerima kenyataan. Namun begitu, Haiqal berkeras untuk ke
Johor kerana dia perlu mengetahui asal usul ayahnya. Haiqal juga ingin melihat peninggalan
arwah ayahnya. Umi tetap berkeras melarang Haiqal ke Johor kerana uminya tidak mahu
Haiqal menjadi seperti ayahnya yang hanya hidup mengejar bayang-bayang. Uminya juga
tidak mahu memberikan wang kepada Haiqal sepanjang Haiqal berada di Johor.

Ketika perbalahan itu, walid cuba mententeramkan keadaan. Walid menenangkan


Haiqal. Sikap keterbukaan walid menyebabkan Haiqal tidak menganggap bahawa walidnya
seperti orang asing. Haiqal memohon maaf kepada walidnya atas kejadian perbalahan tersebut.
Walid memberi keizinan kepada Haiqal untuk ke Johor. Pada masa yang sama, walid berjanji
akan memberikan wang perbelanjaan sepanjang Haiqal berada di Johor.

126
MODUL PRIGEL KOMSAS

PERJALANAN YANG JAUH

Haiqal memulakan perjalanan ke Johor dengan menaiki bas. Tayangan filem lucu di
dalam bas tidak menarik minat Haiqal. Wajah Ratna sentiasa bermain-main di mindanya.
Ketika di stesen bas, Haiqal berjanji kepada Ratna bahawa dia akan kembali ke
Terengganu.Ketika Haiqal keluar dari rumah, uminya langsung tidak menghantarnya. Hanya
walid dan Nurul Aisyah sahaja yang menghantarnya ke pintu pagar. Haiqal sempat menjeling
ke arah jendela rumahnya tetapi ibunya tidak kelihatan. Walid dan Nurul Aisyah mahu
menghantar Haiqal ke stesen bas tetapi Haiqal tidak membenarkan kerana bimbang akan
menyakiti hati uminya.

Sepanjang perjalanan, Haiqal tertidur. Haiqal hanya tersedar ketika bas berhenti di
RnR Kuantan. Haiqal memesan mihun sup dan teh tarik. Walaupun Haiqal tidak berselera
untuk makan, tetapi dia terpaksa menelannya kerana perutnya lapar. Kemudian, bas
meneruskan perjalanan ke Johor. Sepanjang perjalanan tersebut, Haiqal hanya tidur sepanjang
masa kerana dia tidak mahu menempuh perjalanan yang terlalu panjang.

TIBA DI KAMPUNG

Haiqal sampai di stesen Batu Pahat tepat jam 5.30 pagi. Pada waktu itu, hanya kedai
mamak sahaja yang dibuka namun, Haiqal belum berselera untuk sarapan pagi. Haiqal
menunaikan solat subuh di bilik solat yang terdapat di stesen bas tersebut. Dengan bantuan
seorang pengawal keselamatan, Haiqal berjaya mendapatkan teksi menuju ke Kampung Seri
Purnama. Pemandu teksi tersebut memperkenalkan dirinya sebagai pak cik Salleh. Sepanjang
perjalanan, mereka berbual-bual. Pak cik Salleh sudah menjadi pemandu teksi selama sepuluh
tahun. Memandu teksi merupakan kerja samping pak cik Salleh. Pada waktu siang, pak cik
Salleh menjadi tukang rumah. Pak cik Salleh membuat dua kerja pada satu hari kerana dia
mahu menampung perbelanjaan persekolahan anak-anaknya. Pak cik Salleh menasihati
Haiqal supaya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah kerana pekerjaan bergaji lumayan
pada zaman moden ini memerlukan ijazah. Sepanjang perjalanan itu juga, pak cik Salleh
telah menunjukkan pembangunan di kawasan Parit Raja yang dipenuhi dengan kawasan
perindustrian. Kawasan ini semakin maju apabila sebuah institusi pengajian tinggi awam telah
dibina.

Mereka telah sampai di Kampung Seri Purnama. Namun begitu, Haiqal tidak tahu arah
tujuannya kerana dia tidak mempunyai alamat rumah ayahnya. Pak cik Salleh bersungguh-
sungguh membantunya dengan membawa Haiqal mencari penduduk kampung di situ untuk
bertanya tentang kedudukan rumah Abdullah bin Kayan; ayah Haiqal. Kesungguhan pak cik
Salleh membuatkan Haiqal terharu. Mereka berhenti di sebuah warung. Haiqal bertanya
kepada penebar roti canai tentang rumah arwah Cikgu Abdullah. Apabila Haiqal menyatakan
bahawa dirinya ialah anak arwah Cikgu Abdullah, penebar roti canai itu mempelawanya
duduk. Haiqal diminta untuk menunggu kedatangan Tauke Ong pada jam 7.30 pagi. Haiwal

127
MODUL PRIGEL KOMSAS

mempelawa pak cik Salleh untuk bersarapan dengannya tetapi pak cik Salleh menolak kerana
dia takut terlambat untuk pergi bertukang. Kemudian, Haiqal membayar tambang kepada pak
cik Salleh.

Penebar roti canai memperkenalkan dirinya sebagai Sakimin atau lebih dikenali
sebagai Wak Min. Isterinya pula dipanggil Mak Menah. Fikiran Haiqal terus bermain-main
dengan soalan. Haiqal cuba mengaitkan watak Tauke Lim dengan Tauke Ong. Haiqal
tertanya-tanya sama ada Tauke Lim dan Tauke Ong merupakan orang yang sama atau tidak.
Ketika Tauke Ong datang bersarapan di warung, Wak Min telah memperkenalkan Haiqal
kepada Tauke Ong. Pelanggan-pelanggan lain turut memerhatikan Haiqal. Tauke Ong
menyatakan bahawa hajat arwah ayah Haiqal telah tercapai. Selepas bersarapan, Tauke Ong
berjanji akan membawa Haiqal ke rumah ayahnya. Rumah tersebut dijaga oleh Tauke Ong.
Haiqal berasa lega kerana dia mempunyai tempat untuk bermalam.

Tauke Ong telah menghantar Haiqal ke rumah ayahnya. Rumah itu bersih kerana anak
Tauke Ong, See Hwa mengemasnya dua hari sekali. Haiqal menyatakan kepada Tauke Ong
bahawa dia ke sini kerana manuskrip yang dihantar oleh Ong See Hwa. Tauke Ong
memaklumkan bahawa manuskirp itu telah diserahkan kepada Ong See Hwa dua hari sebelum
ayahnya meninggal dunia. See Hwa terlalu sayang akan manuskrip itu tetapi dia perlu
menyerahkan kepada pewarisnya. Ketika di rumah, Haiqal telah melihat sijil-sijil milik
ayahnya; Abdullah Kayan. Haiqal berasa bahawa ayahnya lebih hebat daripada watak yang
digambarkan dalam manuskrip tersebut.

PERTEMUAN

Tauke Ong telah membawa Haiqal ke pekan untuk makan tengah hari. Ketika dalam
perjalanan, Tauke Ong menceritakan bahawa setelah kematian ayah Haiqal, dia telah
diamanahkan untuk menjaga kebun-kebun ayahnya. Tauke Ong akan menyerahkan kebun-
kebun tersebut kepada Haiqal. Pada masa yang sama, ayah Haiqal turut mewariskan wang
simpanannya di bank untuk Haiqal. Haiqal mengucapkan terima kasih kepada Tauke Ong
kerana menjaga amanah ayahnya. Tauke Ong memberitahu bahawa jasa keluarga ayah Haiqal
kepada keluarganya sangat besar. Tauke Ong berkata bahawa hutang budi keluarga ayah
Haiqal tidak dapat dibayar sehingga mati.

Apabila sampai di kedai makan, Tauke Ong menurunkan Haiqal dan See Hwa di
hadapan kedai. Tauke Ong tidak turut serta kerana dia mempunyai urusan lain. Walaupun
baru berjumpa, Haiqal dan See Hwa mudah mesra. Haiqal seolah-olah mengenali See Hwa
kerana perwatakannya hampir sama seperti yang digambarkan melalui perwatakan Ai Ling.
Mereka menikmati kari kepala ikan yang pedas. See Hwa tidak kekok makan dengan
menggunakan tangan. Kemudian, See Hwa menceritakan tentang keenakan ikan haruan
masak cili api yang dimasak oleh ayah Haiqal. Pada waktu ini, Haiqal berasa sedih kerana
tidak mendapat kasih sayang daripada arwah ayahnya. Kasih sayang ayahnya telah
dicurahkan kepada See Hwa.

128
MODUL PRIGEL KOMSAS

Selesai makan tengah hari, mereka ke kedai buku berhampiran. See Hwa membeli
novel kegemarannya. See Hwa dan Haiqal meminati penulis yang sama seperti Shahnon
Ahmad dan Shakespeer. See Hwa mengatakan bahawa minat Haiqal dan arwah ayahnya
adalah sama seperti peribahasa “ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”. Apabila
Haiqal pulang ke rumah, dia berasa rindu akan adik tirinya Nurul Aisyah. Masing-masing
berbalas mesej untuk berkongsi perasaan rindu. Pada masa yang sama, Haiqal turut berasa
rindu akan Ratna. Haiqal sengaja tidak membalas mesej Ratna kerana mahu membiarkan
gadis itu tertunggu-tunggu

10

PUSARA

Tauke Ong telah meminjamkan motosikalnya kepada Haiqal. Motosikal tersebut


memudahkan pergerakan Haiqal di kampung. Kemudian, Haiqal menunggang motosikal itu
untuk menziarahi pusara ayahnya. Ketika di pusara, Haiqal seolah-olah tidak mahu
meninggalkan pusara ayahnya kerana terlalu rindu akan ayahnya. Haiqal membaca surah
Yasin untuk roh ayahnya. Selepas menziarahi pusara ayahnya, Haiqal telah berkenalan
dengan pak cik Bakar. Ketika itu pak cik Bakar sedang memancing ikan. Pak cik Bakar
merupakan orang yang rapat dengan arwah ayah Haiqal. Ketika kali pertama pak cik Bakar
melihat Haiqal, pak cik Bakar seolah-olah melihat arwah ayah Haiqal. Pak cik Bakar
mempelawa Haiqal untuk datang ke rumahnya bila-bila masa. Rumahnya tidak jauh dari
rumah Tauke Ong.

Selepas bersolat magrib dan isyak di masjid, Haiqal menuju ke warung untuk makan
kerana dia belum makan lagi sejak petang tadi. Haiqal dan Mak Menah berbual-bual tentang
pelajaran dan pemuda-pemuda di Kampung Seri Purnama yang majoritinya bekerja di kilang
di pekan dan menunggu keputusan SPM. Ada empat orang pemuda yang menganggur. Mak
Menah memberitahu bahawa pemuda-pemuda di kampung ini suka berlonggok dan
bersembang. Ada juga yang suka menunggang motosikal ke sana ke mari membuang masa.
Keadaan itu tidak berlaku ketika arwah ayah Haiqal masih hidup kerana banyak aktiviti boleh
dilakukan.

Pak cik Bakar telah datang ke warung diikuti oleh Haji Salim dan Wak Arif. Mereka
menyatakan bahawa golongan pemuda di kampung sudah tidak meminati muzik dan tarian
tradisional. Kumpulan zapin juga sudah tidak aktif selama 7 tahun. Selepas kematian ayah
Haiqal, seorang demi seorang orang ahli kumpulan zapin yang pandai menari meninggal
dunia. Ketika di warung, Haiqal berasa kagum dengan budaya sopan santun yang diamalkan
oleh golongan pemuda kampung itu. Mereka akan bersalaman dengan semua pengunjung
warung sebelum duduk di tempat masing-masing.

Perbualan antara Haiqal dan pak cik Bakar berterusan sehingga ke rumah pak cik
Bakar. Perwatakan Haiqal sama seperti ayahnya yang lebih suka berbual di luar rumah sahaja.
Pak cik Bakar mengatakan bahawa ayah Haiqal merupakan seorang yang tabah. Ayah Haiqal
cuba untuk membawa Haiqal tinggal bersama-samanya tetapi gagal. Haiqal menyatakan
hasrat sebenarnya berkunjung ke kampung ini. Antara hasratnya termasuklah untuk

129
MODUL PRIGEL KOMSAS

mengetahui lebih lanjut tentang kisah hidup ayahnya. Pak cik Bakar memberitahu Haiqal
bahawa hubungan antara ayah Haiqal sangat unik kerana ayahnya menganggap bahawa See
Hwa seperti Haiqal.

11

SUASANA BAHARU

Haiqal sudah berada di Kampung Seri Purnama selama seminggu. Tauke Ong telah
menyerahkan wang simpanan dan wang hasil jualan kelapa sawit semenjak ayah Haiqal
meninggal dunia. Jumlah wang tersebut adalah banyak. Namun begitu, Haiqal memberitahu
Tauke Ong bahawa kehadirannya bukanlah untuk menuntut harta. Haiqal tidak mahu
kehadirannya di kampung itu disalah anggap oleh Tauke Ong. Pada masa yang sama, Haiqal
mengucapkan terima kasih kepada Tauke Ong kerana menguruskan harta peninggalan arwah
ayahnya. Tauke Ong memberitahu bahawa dia hanya menjalankan amanah arwah ayah Haiqal.
Tauke Ong juga memberitahu bahawa jasa keluarga ayah Haiqal sangat besar kepada keluarga
Tauke Ong. Sebelum meninggal dunia, arwah ayah Haiqal telah berpesan supaya
menyerahkan semua wang simpanan dan kebun kelapa sawitnya kepada Haiqal jika Haiqal
datang ke Kampung Seri Purnama.

Tauke Ong juga telah menyerahkan pengurusan kebun kelapa sawit peninggalan
arwah ayah Haiqal kepada Haiqal. Pada mulanya, Haiqal mahu Tauke Ong menguruskannya
seperti biasa tetapi Tauke Ong tetap mahu Haiqal mengusahakannya. Haiqal tidak tahu
menguruskan kebun kelapa sawit. Oleh itu, Tauke Ong mahu Haiqal belajar menguruskannya
daripada Abang Bidin dan Abang Salleh. Apabila Haqal melanjutkan pelajaran, barulah
Tauke Ong akan mengambil alih semula tugas mengurus kebun kelapa sawit. Haiqal telah
berkenalan dengan Abang Bidin dan Abang Salleh ketika kali pertama Haiqal sampai di
warung. Abang Bidin dan Abang Salleh merupakan bekas tentera. Selepas bersara, mereka
sepakat untuk mengambil upah memetik buah kelapa sawit dan menguruskan kebun kelapa
sawit. Upah yang diambil oleh mereka dikiran berdasarkan jumlah tan buah kelapa sawit.
Semakin berat buah kelapa sawit, semakin banyaklah upah yang akan diperolehi mereka.
Haiqal telah bersetuju untuk mengupah Abang Bidin dan Abang Salleh kerana mereka mahir
melakukan kerja. Kebun-kebun yang dikerjakan oleh mereka juga bersih.

Hampir seminggu Haiqal berada di kampung Seri Purnama, Haiqal telah berkenalan
dengan ramai pemuda di kampung itu. Antaranya termasuklah Lazim yang sedang menunggu
keputusan STPM seperti Haiqal. Bezanya, Lazim belajar dalam bidang ekonomi manakala
Haiqal belajar dalam bidang kesusasteraan Melayu. Lazim bekerja di kilang tekstil di pekan
sementara menunggu keputusan SPM. Pada waktu lapang, Lazim memancing ikan puyu di
sungai. Ikan-ikan puyu tersebut dikumpulkan di dalam tempayan. Apabila ikan semakin
bertambah, Lazim menjualnya di pekan.

130
MODUL PRIGEL KOMSAS

Ketika Lazim bermalam di rumah Haiqal, Lazim telah bercadang untuk membawa
Haiqal ke balai raya pada esok petang kerana di sana kenangan ayah Haiqal sangat banyak.
Asalnya, balai raya tersebut adalah sunyi tetapi sejak kedatangan ayah Haiqal, balai raya
tersebut semakin meriah dengan aktiviti kebudayaan. Lazim juga memberitahu bahawa dia
pandai menari zapin. Haiqal menggunakan kesempatan itu untuk menyuruh Lazim
mengajarnya menari zapin. Pada masa yang sama, Lazim menyuruh Haiqal mengenali See
Hwa dengan lebih dekat kerana See Hwa ialah orang yang paling rapat dengan arwah ayah
Haiqal. Selain itu, ayah Haiqal mencurahkan kasih sayangnya kepada See Hwa.

Selepas menunaikan solat subuh, See Hwa mempelawa Haiqal untuk bersarapan
bersama-sama dengan Tauke Ong di pekan. Mereka bersarapan di kedai lontong Haji Halim.
Lontong di situ benar-benar enak. Selepas Tauke Ong membayar harga makanan dan
minuman, dia sengaja membiarkan See Hwa dan Haiqal berbual-bual. See Hwa berkongsi
kisah hidupnya bersama-sama ayah Haiqal. See Hwa menyatakan bahawa sesiapa yang rapat
dengan ayah Haiqal, orang itu akan sentiasa beranggapan bahawa ayah Haiqal seolah-olah
masih hidup. See Hwa memberitahu bahawa dia bukanlah orang yang layak untuk ayahnya
mencurahkan kasih sayang. See Hwa juga yakin bahawa Haiqal benar-benar wujud pada masa
itu. Kemudian, Haiqal mengucapkan terima kasih kepada See Hwa kerana membahagiakan
ayahnya.

12

RAHSIA BALAI LAMA

Lazim dan See Hwa telah membawa Haiqal berkunjung ke balai raya. Di dalam balai
raya, terdapat sebuah bilik bacaan yang diusahakan oleh arwah ayah Haiqal. Menurut See
Hwa dan Lazim, bilangan buku di bilik bacaan tersebut semakin berkurangan kerana
sebilangan peminjam buku tidak memulangkan buku. Bilik bacaan tersebut adalah bersih dan
kemas kerana See Hwa secara sukarela datang seminggu sekali untuk mengemas bilik bacaan
tersebut. Kemudian, Lazim menunjukkan ruang pameran Abdullah Kayan. Di sini, Lazim
melihat biodata ayahnya; Abdullah Kayan. Biodata tersebut memaparkan sumbangan dan
pencapaian arwah ayahnya yang sangat hebat dalam bidang kesusasteraan. Selain itu, banyak
gambar arwah ayahnya dipamerkan. Lazim menyatakan bahawa arwah Abdullah bin Kayan
sangat hebat dalam tarian zapin. Kemudian, Lazim menunjukkan buku-buku yang ditulis oleh
ayahnya tersimpan dalam bilik bacaan tersebut. Haiqal ingin tahu maksud Aksara seperti yang
tertulis dalam manuskrip tersebut. See Hwa memberitahu bahawa Aksara ialah Akademi
Sastera Rakyat.

Idea untuk menghidupkan kembali kumpulan zapin telah tercetus selepas kunjungan
Haiqal ke balai raya lama tersebut. Tanpa berlengah, Haiqal menyuarakan hasrat tersebut
kepada pak cik Bakar, Haji Salim dan Wak Arif. Haiqal menaruh harapan supaya mereka
dapat membantu Haiqal. Haji Salim memberitahu bahawa pemuzik tarian zapin masih hidup.
Namun begitu, penari zapin yang tinggal hanyalah tiga orang sahaja. Walau bagaimanapun,
mereka sudah tua. Semangat yang ditunjukkan oleh Haiqal sama seperti semangat yang
ditunjukkan oleh arwah ayahnya dahulu. Pak cik Bakar memberi cadangan supaya perkara ini

131
MODUL PRIGEL KOMSAS

dibincangkan terlebih dahulu bersama-sama dengan ketua kampung. Pak cik Bakar
memaklumkan bahawa cadangan Haiqal bukanlah cadangan yang perlu dibuat secara
sambalewa sahaja.

Haiqal sudah berada di kampung Seri Purnama selama sebulan lebih. Haiqal dilayan
dengan baik oleh penduduk kampung. Haiqal percaya bahawa jika dia bukan anak Abdullah
bin Kayan, penduduk kampung tersebut akan tetap melayannya dengan baik. Perasaan rindu
akan Pantai Timur juga turut lahir dalam hati Haiqal. Walaupun Haiqal selalu menghubungi
Nurul Aisyah dan Walid, dia belum lagi menghubungi uminya. Walid memberitahu bahawa
uminya masih terkilan dengan tindakan Haiqal. Namun begitu, Haiqal telah menetapkan
niatnya untuk meneruskan usaha menghargai perjuangan ayahnya. Pada masa yang sama,
Haiqal juga mempunyai hak untuk menyayangi ayah kandungnya sendiri. Haiqal berdoa
supaya uminya akan memahami tindakannya pada suatu hari nanti.

Haiqal juga mengenali ayahnya daripada See Hwa. Gadis itu banyak menyimpan
kenangan bersama-sama dengan ayahnya. See Hwa juga menyimpan koleksi buku yang
ditulis oleh ayah Haiqal. See Hwa berjanji untuk meminjamkan koleksi buku tersebut kepada
Haiqal.

13

SINAR HARAPAN

Haiqal berasa lega apabila Haji Jamil iaitu Ketua Kampung Seri Purnama telah
bersetuju untuk mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan
Kampung (JKKK) untuk membincangkan cadangan Haiqal untuk menghidupkan kembali
kumpulan zapin. Pada petang itu, Haiqal telah ke rumah Tauke Ong. See Hwa berjanji akan
menyerahkan koleksi buku yang ditulis oleh arwah ayah Haiqal. See Hwa menjalankan
amanah arwah ayah Haiqal yang mahu koleksi buku itu diserahkan kepada Haiqal. Puan Khei
telah menyediakan pisang goreng dan teh pada petang itu. Mereka minum petang bersama-
sama. Haiqal berasa kagum akan See Hwa yang bukan sahaja cantik, malah seorang gadis
yang berbudi bahasa dan fasih berbahasa Melayu.

Ketika Tauke Ong pulang, dia menyertai Haiqal, See Hwa dan Puan Khei minum
petang. Kemudian, Tauke Ong memuji cadangan Haiqal yang mahu menghidupkan semula
kumpulan zapin di kampung itu. Walau bagaimanapun, Haiqal berasa bimbang jika
cadangannya akan menyusahkan penduduk kampung. Tauke Ong menasihati Haiqal supaya
tidak berasa bimbang kerana Tauke Ong sangat yakin bahawa penduduk kampung pasti akan
bersetuju dengan cadangan Haiqal. Jika cadangan itu tidak diterima, sudah tentulah warisan
budaya itu akan lenyap.

Tauke Ong memberitahu bahawa ada beberapa orang anak muda di kampung itu yang
mahir menari zapin tetapi mereka malu untuk menunjukkan kebolehan mereka. Layanan
mesra yang diberikan oleh keluarga Tauke Ong terhadap diri Haiqal membuatkan Haiqal
membuatkan diri Haiqal berasa terharu. Haiqal juga tidak merasakan dirinya sebagai orang
asing apabila bergaul dengan keluarga Tauke Ong. Oleh sebab itu, Haiqal berasa selesa untuk

132
MODUL PRIGEL KOMSAS

meluahkan masalahnya kepada See Hwa. Haiqal telah menceritakan masalah antara dirinya
dengan uminya. See Hwa mengerti akan masalah yang melanda Haiqal. See Hwa menasihati
Haiqal supaya tabah menghadapi dugaan itu. See Hwa menasihati Haiqal supaya tidak
mensia-siakan bakat menulisnya. Menurut kata arwah ayah Haiqal, orang yang mensia-siakan
bakat yang dikurniakan oleh Tuhan ibarat mengkhianati bakat itu. See Hwa memberi galakan
kepada Haiqal untuk terus menulis. Kemudian, See Hwa menceritakan kisah ayah Haiqal
yang sentiasa menjadikan See Hwa sebagai orang pertama yang akan membaca manuskrip
yang telah siap dikarang terutamanya mansukrip cerpen dan novel kanak-kanak.

Haiqal menghabiskan masa di kampung dengan melihat Abang Bidin dan Abang
Salleh bekerja di kebun kelapa sawit. Selain itu, Haiqal turut menghabiskan masanya
membaca novel-novel dan antologi cerpen yang ditulis oleh ayahnya. Apabila membaca
cerpen yang ditulis oleh ayahnya, Haiqal mendapati bahawa cerpen yang ditulis bertemakan
kisah keguruan, kehidupan masyarakat setempat dan kebudayaan. Pada masa ini, Haiqal dapat
menyelami jiwa ayahnya sebagai penulis. Haiqal sangat mengagumi bakat menulis yang ada
pada diri ayahnya. Tauke Ong juga sentiasa mengajaknya mengelilingi kampung sebelah
untuk meraih hasil tani penduduk-penduduk kampung itu. Tauke Ong membeli hasil tani
secara tunai. Menurut Tauke Ong, dia tidak suka berhutang. Pada masa yang sama, berniaga
perlu jujur. Ketika Haiqal asyik membaca, pak cik Bakar datang ke rumah Haiqal untuk
mengundang Haiqal ke balai raya. Mereka akan bermesyuarat pada malam itu. Pak cik Bakar
meminta Haiqal untuk mempelawa See Hwa dan Tauke Ong untuk turut hadir dalam
mesyuarat itu.

Haiqal menghitung hari keputusan STPM yang akan diumumkan. Tempohnya tinggal
sebulan sahaja lagi. Haiqal tidak pasti ke mana arah tujuannya selepas ini. Uminya benar-
benar mahu Haiqal meneruskan pelajaran dalam bidang perniagaan malah uminya bercadang
mahu menghantar Haiqal belajar di luar negara. Uminya mahu Haiqal mewarisi perniagaan
batik. Namun begitu, Haiqal lebih suka untuk menjadi guru seperti arwah ayahnya. Haiqal
bertegas untuk menjadi dirinya sendiri.

Setelah bermesyuarat, mereka telah membuat keputusan untuk menerima cadangan


Haiqal yang mahu menghidupkan kembali kumpulan zapin D’Purnama. Haji Jamil juga turut
menyatakan bahawa usaha ini dapat mengingati jasa-jasa Cikgu Abdullah yang besar terhadap
Kampung Seri Purnama. Usaha Cikgu Abdullah telah mengharumkan nama kampung Seri
Purnama. Haji Jamil juga memaklumkan bahawa Yang Berhormat Datuk Syaiful Azizi, Ahli
Dewan Undangan Negeri kawasan itu jug akan hadir sebagai tetamu kehormat. Dalam
mesyuarat itu, mereka telah mengagih-agihkan tugas. JKKK lelaki ditugaskan untuk
mengetuai bahagian memasang balai, seranta, memasang sistem pembesar suara manakala
ahli JKKK wanita ditugaskan untuk menyediakan juadah jamuan. Tauke Ong telah bermurah
hati untuk menaja jamuan untuk majlis itu. Mereka mempunyai masa hanya sebulan sahaja
lagi untuk membuat persiapan.

133
MODUL PRIGEL KOMSAS

Setelah bermesyuarat, mereka tidak terus pulang tetapi berbual-bual di bahagian


beranda balai raya. Pak cik Bakar memaklumkan bahawa balai raya ini merupakan pusat
aktiviti kebudayaan dan sastera di kampung ini. Pada masa yang sama, balai raya ini
menyimpan banyak kenangan tentang kumpulan zapin D’Purnama dan Aksara. Setelah Cikgu
Abdullah meninggal dunia, usaha untuk menghidupkan kumpulan zapin itu tetap dilakukan.
Malangnya, masing-masing bagaikan kehilangan arah tujuan lebih-lebih lagi ada orang kuat
D’Purnama yang telah meninggal dunia. Pak cik Bakar memberitahu bahawa sambutan
terhadap Aksara sangat menggalakkan tetapi setelah kematian Cikgu Abdullah, Aksara terbiar
begitu sahaja. Cikgu Abdullah merupakan orang yang sangat berpengaruh di kampung ini.
Ketokohannya dalam bidang kesusasteraan diiktiraf oleh kerajaan negeri.

14

MENCARI KESERASIAN

Haiqal banyak menghabiskan masa malamnya dib alai raya untuk persiapan
persembahan zapin. Balai dan pentas sudah dipasang di hadapan balai raya. Haji Salim yang
sudah berusia masih hebat memetik gambus. Wak Arif pula memalu gendang panjang dengan
penuh bertenaga. Pak cik Bakar dan dua orang rakannya memalu gendang marwas. Haji Salim
menyanyikan lagu Gholiyabu dalam bahasa Arab. Suara serak-serak garau Haji Salim sangat
merdu untuk didengari. Haiqal memberanikan diri bermain tamborin. Haiqal berasa seronok
bermain tamborin. Latihan zapin bertambah meriah apabila Wak Parmin, Abang Ramlan,
Wan Seman dan Haji Selamat turut menarikan zapin jincat. Tauke Ong menyuruh Haiqal
mencuba untuk menari zapin. Tauke Ong menyuruh Haiqal mempelajarinya daripada pak cik
Bakar. Haiqal cuba menolak kerana kehadirannya di sini bukan untuk belajar zapin tetapi dia
ingin merasai suasana suasana kehidupan ketika ayahnya masih hidup. Namun begitu, Haiqal
terpaksa menerima pelawan untuk belajar menari zapin apabila Pak Cik Bakar, Haji Selamat,
Wak Parmin, Abang Ramlan dan Wak Seman bersungguh-sungguh mahu mengajarnya.
Haiqal bimbang kerana jika Haiqal menolak sudah tentu mereka akan berkecil hati. Pak Cik
Bakar mengajar Haiqal dengan tekun. Gerakan Haiqal masih keras. Haiqal juga berasa penat.
Sekarang, barulah Haiqal benar-benar faham bahawa tarian zapin memerlukan kecergasan
untuk menarikannya.

Hampir pukul 12.00 tengah malam, barulah mereka bersurai. Sebelum pulang, mereka
minum di warung Wak Min. Di warung, Haiqal telah diajarkan tarian zapin secara teori.
Haiqal mengakui bahawa tarian zapin memang memenatkan tetapi sangat unik! Haiqal turut
berasa kesal kerana anak-anak muda di kampung ini seperti tidak meminati tarian zapin
kerana tidak ada seorang anak muda yang sudi menjengah walaupun mereka sudah mula
berlatih beberapa hari yang lalu. Menurut Pak Cik Bakar, anak-anak muda di kampung ini
ibarat “hangat-hangat” tahi ayam, Sebagai contohnya, kumpulan kompang yang dianggotai
oleh anak-anak muda pun turut berkubur. Punca perkara ini berlaku kerana tidak ada minat
dalam diri mereka. Haiqal menerangkan bahawa dia suka tinggal di kampung ini kerana
kekayaan budayanya. Pak Cik Bakar memaklumkan bahawa ayah Haiqal merupakan seorang
lelaki yang tabah dan mempunyai keinginan luar biasa. Ayah Haiqal sanggup berpisah dengan

134
MODUL PRIGEL KOMSAS

umi Haiqal kerana kecintaannya terhadap kebudayaan di kampung ini. Arwah ayah Haiqal
tidak mahu tarian zapin ini lenyap.

Haiqal kemudiannya menceritakan kisah yang tertulis dalam manuskrip tersebut


termasuklah watak-wataknya juga. Haiqal bertanya kepada Pak Cik Bakar sama ada See Hwa
pandai menari zapin atau tidak. Sebenarnya, Haiqal masih ragu-ragu sama ada Ai Ling yang
terdapat dalam manuskrip ayahnya merupakan See Hwa dalam dunia sebenar. Haiqal juga
tidak pasti sama ada watak Ai Ling merupakan imaginasi ayahnya sahaja untuk menguatkan
jalan cerita atau watak yang benar-benar wujud. Pak Cik Bakar meminta Haiqal menggunakan
peluang yang ada untuk mengenali See Hwa.

Tauke Ong mengatakan bahawa Haiqal mempunyai kebolehan semula jadi dalam
tarian zapin walaupun tarian Haiqal masih sumbang. Lazim yang sudah lama tidak menari
mudah menangkap gerak tari zapin itu semula. Haiqal berasa malu kerana dirinya menjadi
tumpuan ketika berlatih zapin. Sekarang, beberapa orang anak muda sudah mula melihat
mereka berlatih menari zapin. Walaupun mereka tidak bermain alat muzik atau menari zapin,
kehadiran mereka merupakan satu sokongan moral kepada kumpulan zapin D’ Purnama.
Haiqal mengakui bahawa Lazim merupakan seorang penari zapin jincat yang hebat. Haiqal
yakin bahawa Lazim dapat mengekalkan kumpulan D’Purnama. Namun begitu, Lazim tidak
boleh bergerak seorang diri. Lazim memerlukan sokongan daripada beberapa orang anak
muda kampung itu yang mewarisi kemahiran yang sama.

Haiqal sering tidur lewat sejak akhir-akhir ini. Haiqal teringatkan kata Lazim, Pak Cik
Bakar dan juga manuskrip yang ditulis oleh arwah ayahnya. Haiqal perlu mencari peluang
untuk mengenali See Hwa. Namun begitu, Haiqal tidak mahu emosi See Hwa terganggu
tambahan pula See Hwa sedang belajar di kolej. Haiqal mengakui bahawa See Hwa seorang
gadis yang agak unik. Keunikan See Hwa disebabkan oleh dia membesar dalam kelompok
masyarakat Melayu dan hanya warna kulit sahaja yang menunjukkan See Hwa berbangsa
Cina.

Pada waktu petang, See Hwa mengajak Haiqal bersiar-siar di tepi pantai. Peluang
keemasan ini digunakan oleh Haiqal untuk mengenali See Hwa dengan lebih dekat. See Hwa
memberitahu bahawa pantai tersebut menyimpan banyak kenangan bersama-sama dengan
arwah ayah Haiqal. Pantai ini juga sangat istimewa untuk arwah ayah Haiqal. Menurut See
Hwa, di pantai ini, arwah ayah Haiqal bercerita tentang diri Haiqal. See Hwa menambah, jika
Haiqal tidak pulang ke kampung ini, dia pasti akan ke Terengganu untuk mencarinya. Haiqal
juga menyatakan kehairanan tentang manuskrip tersebut yang tidak diselesaikan. Cerita dalam
manuskrip itu tergantung di pertengahan jalan. See Hwa memberitahu bahawa hanya arwah
ayah Haiqal dan Haiqal sahaja yang mempunyai jawapannya. Tugas See Hwa hanyalah
menyampaikan manuskrip itu kepada Haiqal.

135
MODUL PRIGEL KOMSAS

See Hwa memberitahu bahawa dia suka melihat Haiqal menari. Menurut Tauke Ong,
kehebatan Haiqal menari zapin sama seperti arwah Abdullah bin Kayan. See Hwa meminta
Haiqal untuk menari zapin dengan Lazim pada minggu depan. See Hwa yakin bahawa orang
kampung pasti akan menyukainya. Haiqal inginkan kepastian sama ada See Hwa pandai
menari zapin atau tidak. Namun begitu, See Hwa hanya tersenyum sahaja dan tidak memberi
apa-apa jawapan. Apabila hari beransur senja, mereka berdua pulang ke rumah masing-
masing.

15

TETAMU ISTIMEWA

Haji Jamil gembira apabila melihat persiapan yang telah dibuat oleh penduduk
kampung. Pak Cik Bakar, Haji Salim dan Wak Arif ialah orang yang paling sibuk pada malam
itu. Haiqal juga turut membantu. Haiqal menyusun kerusi-kerusi plastik manakala See Hwa
mengemas bahagian dalam balai raya agar kelihatan cantik dan berseri. Sebilangan penduduk
kampung bergotong-royong di belakang balai raya. Mereka memasak makanan untuk
hidangan para tetamu pada malam ini. Seminggu sebelum acara ini berlangsung, Haiqal telah
memaklumkan kepada walidnya tentang majlis pada hari ini. Haiqal meminta walid, umi dan
Nurul Aisyah mendoakan Haiqal dapat membuat persembahan yang terbaik. Ketika mereka
sibuk membuat persiapan, Lazim telah ditimpa kemalangan ketika pulang dari tempat kerja.
Peristiwa itu hampir mematahkan semangat mereka. Walaupun kecederaan yang dialami oleh
Lazim tidak parah, luka-luka di kakinya perlu dijahit dan sudah tentulah Lazim tidak dapat
menari zapin pada malam ini. Mereka perlu mencari pengganti Lazim dengan segera kerana
tarian zapin akan terjejas jika bilangan penari tidak cukup. Haji Salim mencadangkan supaya
See Hwa menggantikan tempat Lazim. Haiqal terkejut dengan cadangan itu. Haji Salim
menyuruh Haiqal memujuk See Hwa supaya menari zapin dengannya. Haiqal ragu-ragu
dengan kebolehan See Hwa tetapi Haji Salim memberitahu bahawa See Hwa ialah pengerusi
kelab tarian tradisional di kolejnya.

Haiqal telah ke rumah See Hwa untuk memujuk See Hwa menari zapin. Haiqal
terkejut apabila See Hwa sedang menggosok pakaian zapin. See Hwa dan Lazim sebenarnya
ingin membuat kejutan kepada Haiqal. See Hwa dan Lazim akan menari zapin untuk
dipersembahkan kepada Haiqal. Rancangan ini ialah rancangan Pak Cik Bakar dan Haji Salim.
Namun begitu, rancangan itu tidak dapat dilakukan kerana Lazim terlibat dalam kemalangan.
Haiqal mempelawa See Hwa untuk menari zapin bersama-samanya. Haiqal benar-benar
berharap supaya See Hwa dapat menari zapin bersama-samanya.

Persembahan zapin D’Purnama berjalan dengan lancar. Haiqal dapat


mempersembahkan tarian zapinnya dengan baik walaupun ada perasaan gementar dalam
hatinya. Beberapa orang warga emas yang mengalirkan air mata apabila menyaksikan tarian
Haiqal. Lazim juga turut hadir pada malam itu walaupun terpaksa dipapah oleh rakan-
rakannya. Ketika lagu Anak Ayam dimainkan, YB Datuk Syaiful Azizi meminta Haiqal dan
See Hwa sekali lagi menari berpasangan. YB sangat terpesona melihat kelembutan gerak tari
See Hwa dan Haiqal.

136
MODUL PRIGEL KOMSAS

16

BERMULALAH EPISOD

Haiqal merasakan bahawa hidupnya sangat serasi di Kampung Seri Purnama. Haiqal
turut merasakan bahawa silir daksina (angin selatan) seolah-olah mendakap tubuhnya dan
tidak mahu melepaskannya. Haiqal perlu berani membuat keputusan. Haiqal tidak mampu
untuk membahagiakan semua orang tetapi dia juga tidak mahu untuk melakukan insan-insan
yang menyayanginya terutamanya umi. Haiqal telah membuat keputusan untuk meninggalkan
Semenanjung Malaysia. Haiqal telah melanjutkan pelajaran di sebuah university di Bumi
Kenyalang (Sarawak).

Haiqal percaya bahawa dendam umi terhadap ayahnya telah hilang apabila umi datang
ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari zapin jincat pada malam
persembahan D’Purnama. Tambahan pula, umi mengajak walid ke kubur ayah. Haiqal
melihat umi menangis di kubur ayahnya. Umi telah sedar bahawa darah Abdullah bin Kayan
turut mengalir dalam tubuh Haiqal. Ratna telah menyepikan diri apabila Haiqal pulang ke
Terengganu. Sebenarnya, Ratna telah mengikat tali pertunangan dengan seorang usahawan
muda yang sanggup menjadi rakan kongsinya.

Ketika Haiqal mahu pulang ke Terengganu, Tauke Ong sempat memberitahunya


bahawa ada seseorang yang istimewa sedang menunggu Haiqal di Kampung Seri Purnama.
Tauke Ong berharap agar Haiqal kembali ke kampung Seri Purnama. Haiqal tidak
memberikan harapan dan dia hanya mampu tersenyum. Haiqal perlu menjadi seperti ayahnya
untuk menghidupkan Aksara kembali. Walau bagaimanapun, Haiqal sedar bahawa ilmu dan
pengalamannya belum cukup untuknya memimpin Akasara.

Manuskrip lama milik arwah ayah Haiqal masih berada dalam simpanannya.
Kandungan manuskrip itu masih belum berubah. Pada suatu malam, Haiqal menghantar
pesanan ringkas kepada See Hwa. Haiqal memberitahu bahawa dia akan mencari jejak
Abdullah bin Kayan dan jika See Hwa benar-benar seperti Ai Ling, Haiqal juga akan
menjejakinya. Silir daksina (angin selatan) benar-benar mententeramkan jiwa Haiqal.

137
MODUL PRIGEL KOMSAS

TEMA

Novel Silir Daksina memaparkan tema kekeluargaan, iaitu konflik keluarga yang dihadapi oleh
seorang anak apabila perceraian ibu bapa berlaku. Haiqal Hakimi yang mendukung watak utama
dalam novel ini telah kehilangan kasih sayang ayahnya apabila perceraian antara ayah dengan
ibu kandungnya. Melalui kehadiran sebuah manuskrip yang ditulis oleh ayahnya, Abdullah bin
Kayan telah menyemarakkan hasrat dan keinginan Haiqal untuk menjejaki kehidupan sebenar
ayahnya. Malah melalui manuskrip tersebut, Haiqal Hakimi tahu bahawa kasih sayang dan
kerinduan ayahnya terhadap dirinya tidak pernah surut sehinggalah menjelang kematiannya.

PERSOALAN

1. Persoalan kasih sayang anak terhadap bapanya.


Cth : Haiqal sanggup ke Johor seorang diri untuk menjejak peninggalan arwah Abdullah bin Kayan
walaupun Haiqal tidak mengenali sesiapaun di sana.
2. Persoalan kasih sayang ibu terhadap anaknya.
Cth : Umi tidak mahu Haiqal menjadi penulis seperti bapanya. Umi mahu Haiqal mewarisi perniagaan
batik mereka.
3. Persoalan ketabahan menghadapi dugaan Tuhan
Cth : Cikgu Nizam tidak memberitahu sesiapa pun tentang penyakitnya. Walaupun sakit,
dia tetap meneruskan tugasnya memperkembang seni budaya di kampungnya.
4. Persoalan kegigihan memperjuangkan seni budaya
Cth : Haiqal dan penduduk Kampung telah berusaha dengan penduduk kampung untuk
mengadakan persembahan zapin. Walaupun Lazim ditimpa kemalangan, Haiqal
berjaya menarikan zapin bersama Ong See Hwa
5. Persoalan ketabahan menghadapi dugaan Tuhan
Cth : Cikgu Nizam tidak memberitahu sesiapa pun tentang penyakitnya. Walaupun sakit,
dia tetap meneruskan tugasnya memperkembang seni budaya di kampungnya.
6. Persoalan semangat kerjasama dalam kalangan masayarakat kampung
Cth Penduduk kampung bekerjasama untuk menjayakan persembahan zapin. Haji Jamil
telah mengadakan mesyuarat dengan penduduk kampung dan membahagi-
bahagikan tugas seperti memasak dan persiapan pentas.
7. Persoalan minat golongan muda terhadap warisan seni budaya.
Cth Haiqal telah bekerjasama dengan penduduk kampung untuk mengadakan
persembahan zapin dengan tujuan untuk menghidupkan semula kegemilangan
kumpulan zapin D’Purnama. Haiqal juga tidak mahu usaha ayahnya menjadi sia-sia.
Haiqal juga berazam akan menghidupkan kembali Akasara. Haiqal juga belajar
menari zapin dan mengadakan persembahan zapin bersama See Hwa.

138
MODUL PRIGEL KOMSAS

WATAK DAN PERWATAKAN

Nama Watak Utama – Haiqal Hakimi


Watak
Dia anak tunggal Abdullah bin Kayan dan Rafiqah.
Dia berumur 19 tahun dan sedang menunggu keputusan peperiksaan STPM.
Perwatakan
Dia berbakat dalam bidang seni sastera dan budaya bangsa – Haiqal sering
memenangi pertandingan menulis dan mendeklamasi sajak. Beliau berbakat sebagai
penari zapin.
Dia gigih menghidupkan warisan seni budaya – Haiqal telah bekerjasama dengan
penduduk kampung untuk mengadakan persembahan zapin dengan tujuan untuk
menghidupkan semula kegemilangan kumpulan zapin D’Purnama.
Dia seorang yang peramah – Haiqal mudah bergaul dengan penduduk kampung
disebabkan sikapnya yang ramah.
Dia menghormati yang tua – walaupun Haiqal telah melukai hati uminya, dia tetap
memberitahu pergerakannya dan aktivitinya di Johor sebagai tanda hormat kepada
ibunya.
Dia seorang yang berdikari – Haiqal berseorangan menaiki bas untuk ke Kampung Seri
Purnama.
Dia tabah menghadapi cabaran – Haiqal tetap pergi ke Kampung Seri Purnama, Johor
walaupun dia tidak mendapat restu daripada uminya.

Nama Watak Sampingan : Abdullah bin Kayan/ Cikgu Amirulnizam


Watak
Ayah kandung Haiqal
Meninggal dunia ketika Haiqal berumur 12 tahun
Tinggal di kampungnya di Johor setelah bercerai dengan isterinya, Rafiqah
Susuk tubuh agak kecil.
Beliau bertugas sebagai guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani di
Sekolah Kebangsaan Seri Purnama.

Perwatakan
Beliau seorang yang baik hati – Abdullah bin Kayan mengajak See Hwa menumpangnya
kerana mereka menuju ke sekolah yang sama.
Beliau suka menolong orang lain – membantu See Hwa berlatih untuk pertandingan
deklamasi sajak peringkat sekolah.
Beliau seorang yang penyayang - amat merindui anaknya yang berada di Kuala
Terengganu bersama-sama dengan bekas isterinya.Beliau mempunyai bakat dalam
bidang penulisan kreatif malah telah mendapat pengiktirafan oleh kerajaan negeri.
Beliau seorang guru yang gigih memperjuangkan warisan seni budaya – bekerjasama
dengan penduduk kampung untuk membuat persembahan kumpulan zapin D’Purnama.
Beliau mencintai bidang sastera – berhasrat mewujudkan AKSARA

139
MODUL PRIGEL KOMSAS

Nama Watak Sampingan : Umi (Rafiqah)


Watak
Ibu Haiqal
Berkahwin dengan Abdul Fatah setelah bercerai dengan Abdullah Kayan
Pengusaha batik dan mempunyai kedai batik di Pasar Payang

Perwatakan
Seorang ibu yang penyayang – Dia tidak mahu Haiqal menjadi penulis seperti arwah
ayahnya kerana hidup penulis seperti hidup dengan bayang-bayang.
Seorang ibu yang prihatin – umi menasihati Haiqal supaya berhati-hati ketika
menunggang motosikal pada waktu malam dan pulang dengan segera.
Seorang ibu yang berwawasan – umi tidak mahu Haiqal meneruskan pelajaran
dalam bidang sastera tetapi umi mahu Haiqal menyambung pelajaran dalam bidang
perniagaan supaya Haiqal dapat meneruskan perniagaan batik milik keluarganya.
Seorang usahawan yang berjaya – mempunyai kedai batik di Pasar Payang.
Seorang yang ego – memandang remeh dan tidak menghargai bakat seni suaminya,
Abdullah bin Kayan
Seorang yang pemarah – memarahi Haiqal yang berhajat untuk pulang ke kampung
ayahnya.
Seorang yang keras hati – melarang Haiqal balik ke kampung arwah suaminya.
Bahkan menggugut tidak memberikan wang kepada Haiqal.

Nama Watak Sampingan : Walid


Watak
Ayah tiri Haiqal
Perwatakan
Seorang yang memahami jiwa anak muda – Walid membenarkan Haiqal ke Johor
untuk menjejak warisan ayah kandungnya.
Seorang yang penyayang – Walid tidak pernah membeza-bezakan kasih sayang
antara anak kandungnya, Nurul Aisyah dengan Haiqal yang merupakan anak tirinya.
Seorang yang pemurah – Walid telah memasukkan wang ke dalam akaun Haiqal
untuk perbelanjaan Haiqal di Johor.

140
MODUL PRIGEL KOMSAS

Nama Watak Sampingan : Ratna


Watak
Sahabat baik Haiqal
Gadis yang sederhana – lebih selesa memakai buju kurung dan bertudung
Usianya sebaya dengan Haiqal
Belajar setakat SPM
Berkulit mulus dan bermata jernih
Mengusahakan warung makan di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.
Perwatakan
Seorang yang berpandangan jauh – Ratna berazam untuk menjadi seorang usahawan
yang terkenal setelah keputusan peperiksaannya tidak memuaskan.
Seorang yang setia kawan – Ratna sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada
Haiqal dan menyokong tindakan Haiqal untuk menjejaki warisan Abdullah bin
Kayan di Johor.
Seorang yang rajin – Ratna sentiasa membantu abangnya di warung yang terletak di
Pantai Rantau Abang, Terengganu.
Seorang yang meminati bidang perniagaan – mengambil alih pengurusan gerai
makan ibunya.
Seorang yang baik hati – menghantar Haiqal ke stesen bas ketika Haiqal balik ke
Kampung Seri Purnama.
Seorang gadis yang bersopan santun dan menawan.

Nama Watak Sampingan : Taukeh Lim @ Tauke Ong


Watak
Nama dalam manuskrip ialah Tauke Lim.
Berasal dari Ipoh.
Berbadan gempal, gemar memakai seluar labuh separas lutut dan memakai baju
kemeja lusuh.
Suami Puan Khei (Mak Cik Kim).
Perwatakan
Seorang yang murah hati – Tauke Lim sering menaja jamuan makan apabila
penduduk kampung Seri Purnama mengadakan majlis keramaian.
Seorang yang rajin bekerja – Pada waktu pagi, Tauke Lim menoreh getah manakala
pada waktu petang, Tauke Lim akan mengelilingi kampung untuk membeli hasil-
hasil kampung.
Seorang bapa yang mementingkan pendidikan anak-anak – Tauke Lim menghantar
anak-anaknya di sekolah kebangsaan dan kelas tuisyen.
Seorang yang meminati seni budaya Melayu – Tauke Lim suka menonton tarian

141
MODUL PRIGEL KOMSAS

zapin di kampungnya.
Seorang yang amanah – menyerahkan kepada Haiqal semua harta dan wang
simpanan Abdullah Kayan apabila Haiqal balik ke kampung.

Nama Watak Sampingan : Ai Ling @ Ong See Hwa


Watak
Anak bongsu Tauke Ong (Tauke Lim) dan Puan Khei (Mak Cik Kim)
Dikenali sebagai Ai Ling dalam manuskrip Abdullah bin Kayan
Berumur 19 tahun.

Perwatakan
Seorang murid yang menghargai masa – Ai Ling menyiapkan kerja rumahnya ketika
menunggu Cikgu Nizam bermesyuarat.
Seorang yang berbudi bahasa – Ai Ling mengucapkan terima kasih kepada Cikgu
Nizam yang menumpangkannya ke sekolah.
Seorang yang gigih berusaha – Ai Ling sentiasa berlatih sajak pada waktu lapang
bersama-sama dengan Cikgu Nizam.
Seorang yang amanah – See Hwa telah menyerahkan manuskrip lama milik
Abdullah bin Kayan kepada Haiqal. See Hwa juga memberikan koleksi buku yang
ditulis oleh Abdullah bin Kayan kepada Haiqal kerana itulah permintaan Abdullah
bin Kayan sebelum beliau meninggal dunia.
Meminati seni tari dan sastera Melayu – pandai menari zapin. Suka berpuisi,
membaca karya sastera karya penulis tersohor.

PLOT

Plot novel Silir Daksina tidak dijalin mengikut kronologi kerana pengarang turut
menggunakan teknik imbas kembali.

1. Permulaan/Eksposisi
watak seorang remaja bernama Haiqal yang menerima sebuah manuskrip lama daripada
pengirim Ong See Hwa dari Johor. Haiqal mendapati bahawa kisah yang terdapat dalam
manuskrip tersebut seakan-akan benar berlaku dan menceritakan kisah hidup arwah
ayahnya, Abdullah bin Kayan tetapi kisah itu dimainkan oleh watak Cikgu Nizam. Haiqal
bertekad untuk pulang ke Johor untuk menjejak warisan ayahnya walaupun niat itu
ditentang oleh uminya.

142
MODUL PRIGEL KOMSAS

2. Perkembangan
Haiqal disambut baik oleh penduduk Kampung Seri Purnama terutamanya Tauke Ong.
Malah Tauke Ong memberikan kepercayaan kepada Haiqal untuk mengurus wang
simpanan, hasil jualan kelapa sawit dan kebun kelapa sawit. Haiqal telah mengenali anak
Tauke Ong, iaitu Ong See Hwa. Haiqal mendapati bahawa perwatakan Ong See Hwa mirip
dengan watak Ai Ling. Lazim dan Ong See Hwa telah menunjukkan kisah hidup Abdullah
bin Kayan melalui pameran di balai raya lama. Haiqal mendapati bahawa arwah bapanya
merupakan orang yang terkenal dalam bidang seni dan sastera malah diiktiraf oleh kerajaan
negeri.

3. Perumitan
Penduduk kampung seperti Pak Cik Bakar, Haji Salim, dan Tauke Ong mengharapkan
Haiqal supaya mengembalikan kegemilangan tarian zapin di kampung mereka kerana
mereka melihat semangat kepemimpinan Haiqal mirip arwah ayahnya, Abdullah bin Kayan.
Haiqal tidak mahu menghampakan harapan mereka kerana mereka telah melayan Haiqal
dengan baik. Haiqal juga melihat bahawa anak-anak muda di kampung tersebut tidak
meminati tarian zapin dan kesusasteraan. Haiqal dan penggiat tarian zapin seperti Pak Cik
Bakar dan Haji Salim telah bersepakat untuk mengadakan persembahan tarian
zapin.Cadangan tersebut telah dipersetujui oleh ketua kampung malah ketua kampung turut
mengundang ahli dewan undangan negeri untuk hadir bagi memeriahkan persembahan
tersebut.

4. Klimaks
Ketika hari persembahan, pasangan Haiqal, iaitu Lazim telah ditimpa kemalangan. Ong See
Hwa menggantikan Lazim pada saat akhir. Haiqal dan Ong See Hwa telah menarikan tarian
zapin sehingga ada sebilangan penduduk kampung yang berasa terharu kerana terkenangkan
arwah Abdullah bin Kayan. Umi, walid, dan Nurul Aisyah juga turut hadir untuk
menyaksikan persembahan zapin tersebut. Umi juga telah ke kubur Abdullah bin Kayan dan
umi telah mengaku kesilapannya memisahkan Haiqal daripada bapa kandungnya kerana
darahnya turut mengalir dalam tubuh Haiqal.

5. Peleraian
Haiqal meninggalkan Kampung Seri Purnama kerana mendapat tawaran melanjutkan
pelajaran dalam bidang keguruan di sebuah universiti di Sarawak. Ratna pula telah
bertunang dengan usahawan muda.

TEKNIK PLOT / PENCERITAAN

1. Pemerian
Digunakan untuk memerihalkan pelbagai peristiwa, perlakuan watak, latar, dan sebagainya.
Contohnya, memerihalkan hati Haiqal yang bergelora kerana ingin tahu kisah perjalanan

143
MODUL PRIGEL KOMSAS

hidup ayahnya, Abdullah bin Kayan.

2. Dialog
Digunakan untuk menggambarkan perlakuan watak, memperjelas peristiwa, dan
sebagainya. Contohnya, dialog antara Haiqal dengan Ratna.

“ Kau ni, Haiqal. Kalau hari-hari nak makan percuma, boleh bankrupt aku!” balas Ratna
dengan nada bergurau.

3. Monolog Dalaman
Haiqal berkata-kata dalam hatinya apabila mendengar cerita See Hwa tentang kepandaian
ayahnya memasak ikan haruan

4. Saspens
Manuskrip lama milik Abdullah bin Kayan tidak ada kesudahannya dan jalan ceritanya
tergantung. Pembaca tertanya-tanya sama ada Haiqal akan meneruskan sambungan cerita itu
ataupun sebaliknya.

5 Imbas Kembali
Haiqal sentiasa teringat akan teletah adik tirinya, Nurul Aisyah yang sangat manja apabila
Haiqal rindu akan adik tirinya itu.

6 Kejutan
Peristiwa kehadiran umi, ayah tiri, dan adik tiri semasa Haiqal sedang menari. Melalui
peristiwa tersebut, pembaca tidak menyangka bahawa perkara itu akan berlaku kerana umi
melarang keras Haiqal balik ke kampung bekas suaminya.

LATAR

Latar Masa
1. Malam
Cth : Persembahan kumpulan zapin D’Purnama berlangsung pada waktu malam dan
mendapat sambutan hangat daripada penduduk kampung.
2. Pagi
Cth : Haiqal sampai di Kampung Seri Purnama pada awal pagi dan dia telah berhenti di
warung Wak Min untuk bertanyakan arah rumah Abdullah bin Kayan.

3. Petang
Cth : Haiqal melihat Lazim memancing ikan puyu di sungai pada waktu petang.
4. Subuh
Cth. Haiqal menunaikan solat Subuh di masjid dan mendengar kuliah Subuh.

144
MODUL PRIGEL KOMSAS

Latar Tempat
1. Bilik Haiqal di Kuala Terengganu
Huraian: Haiqal menghabiskan masa membaca manuskrip berkulit biru muda
2. Pantai Batu Buruk
Huraian: Haiqal sering berjalan-jalan di persisiran pantai tersebut.

3. Kampung Seri Purnama


Huraian : Kampung Seri Purnama terkenal oleh kehebatan kumpulan zapin D’Purnama
yang dipimpin oleh arwah Abdullah bin Kayan
4 Pantai Punggur
Huraian: Cikgu Nizam membawa Ai Ling dan Ai Ching bersiar-siar di tepi pantai ini
pada waktu petang.
5 Balai raya lama
Huraian: menempatkan galeri dan pameran Abdullah bin Kayan

Latar Masyarakat.
1. Masyarakat pendidik.
Huraian : Cikgu Abdullah bin Kayan (Cikgu Amirulnizam), Cikgu Latifah, dan Cikgu
Zanariah mengajar di Sekolah Kebangsaan Seri Purnama.

2. Masyarakat remaja yang berakhlak mulia


Huraian : Haiqal mempunyai akhlak dan jati diri yang teguh.

3. Masyarakat yang saling membantu.


Huraian : Keluarga Abdullah bin Kayan sering membantu Tauke Ong ketika kali
pertama Tauke Ong berhijrah ke Kampung Seri Purnama seperti menyewakan
kebun getah kepada Tauke Ong.

4. Masyarakat yang gigih memperjuangkan seni budaya.


Huraian : Haiqal juga bekerjasama dengan penduduk kampung untuk mengadakan
persembahan zapin D’Purnama sebagai usaha untuk menghargai perjuangan
ayahnya, Abdullah bin Kayan.
5. Masyarakat yang bersatu padu dan saling bekerjasama.
Huraian : Penduduk kampung Seri Purnama bergotong-royong untuk menjayakan
persembahan zapin D’Purnama. Haji Jamil membahagi-bahagikan tugas
mereka, iaitu memasak jamuan dan memasang khemah.
6. Masyarakat yang rajin berusaha
Huraian: Lazim bekerja di kilang tekstil di Batu Pahat sementara menunggu keputusan
STPM. Pada masa yang sama, dia menjual ikan puyu yang dipancingnya di
pasar.

145
MODUL PRIGEL KOMSAS

NILAI

1. Hormat-menghormati.
Cth : Abdul Fatah, ayah tiri Haiqal sangat menghormati hasrat Haiqal balik ke kampung
ayah kandungnya di Kampung Seri Purnama, Batu Pahat.
2. Ketabahan.
Cth : Abdullah bin Kayan tabah menanggung penderitaan akibat penyakit yang
dialaminya.
3. Tanggungjawab
Cth : Cikgu Nizam menghabiskan tugasnya dahulu seperti menanda kertas peperiksaan
murid-muridnya sebelum meneruskan aktiviti-aktiviti kebudayaan di Kampung Seri
Purnama.
4. Kerajinan
Cth : Lazim bekerja di kilang tekstil di Batu Pahat sementara menunggu keputusan
STPM. Pada masa yang sama, dia menjual ikan-ikan puyu yang dipancingnya di
pasar.
5. Kegigihan.
Cth : Haiqal dan penduduk kampung gigih berlatih untuk mengadakan persembahan
zapin D’Purnama sebagai usaha untuk menghargai perjuangan ayahnya, Abdullah
bin Kayan.

6. Kasih sayang.
Cth: Cikgu Nizam sangat menyayangi Ai Ling dan menganggap Ai Ling sebagai
anaknya sendiri. Pada masa yang sama, kehadiran Ai Ling dapat mengurangkan
rindunya kepada Aiman.
7. Kerjasama.
Cth: Penduduk kampung Seri Purnama bergotong-royong untuk menjayakan
persembahan zapin D’Purnama. Haji Jamil membahagi-bahagikan tugas mereka
iaitu memasak jamuan dan memasang khemah.
8 Amanah
Cth: Tauke Ong berpegang pada janji, iaitu menjaga harta pusaka (tanah) Abdullah bin
Kayan di baruh dan di belakang rumah dengan baik. Selain itu, menyerahkan buku
bank kepada Haiqal seperti yang diamanahkan oleh Abdullah bin Kayan.
9. Setia kawan
Cth: Persahabatan antara Haiqal dengan Ratna bertambah teguh kerana saling menasihati
dan memberikan motivasi.

PENGAJARAN

1. Kita haruslah reda akan ketentuan Tuhan


Huraian: Haiqal reda akan ketentuan yang berlaku dalam kehidupannya setelah ibu
bapanya bercerai.
2. Kita mestilah tekun melakukan sesuatu perkara
Huraian: Haiqal tekun membaca dan memahami manuskrip ayah kandungnya dan
berusaha memahami maksud sebenar manuskrip tersebut.
3. Kita perlulah gigih memperjuangkan seni budaya
Huraian: Haiqal bekerjasama dengan penduduk kampung untuk mengadakan persembahan
zapin D’Purnama sebagai usaha untuk menghargai perjuangan ayahnya,
Abdullah bin Kayan.

146
MODUL PRIGEL KOMSAS

4. Kita hendaklah rajin berusaha


Huraian: Lazim bekerja di kilang tekstil di Batu Pahat sementara menunggu keputusan
STPM. Pada masa yang sama, dia menjual ikan-ikan puyu yang dipancing di
pasar.
5. Kita hendaklah saling bekerjasama ketika melakukan sesuatu aktiviti
Huraian: Penduduk kampung Seri Purnama bergotong-royong untuk menjayakan
persembahan zapin D’Purnama. Haji Jamil membahagi-bahagikan tugas mereka,
iaitu memasak jamuan dan memasang khemah.
6. Kita tidak seharusnya kedekut akan kepandaian yang kita miliki
Huraian: Wak Arif, Pak Cik Bakar, dan Pak Haji Salim berusaha mengajarkan zapin
kepada Haiqal dan rakan-rakannya.
7. Kita haruslah menyayangi ahli keluarga
Huraian: Haiqal bertegas untuk pulang ke Johor semata-mata untuk menjejak warisan
yang ditinggalkan oleh arwah bapanya, Abdullah bin Kayan.

GAYA BAHASA

1. Personifikasi
Cth: Beberapa ketika kemudian, dunia Abdullah bin Kayan hilang daripada
ingatannya ditelah kedinginan dinihari yang kian menggigit. (hlm. 6
Aku damai melihat ombak yang membelai pantai. Aku tenang menikmati
angin yang mengusap pepohon kelapa. (hlm. 82)
2. Simile
Cth: Jantungnya berdegup kencang seperti injap kereta yang menderum. (hlm.
174)
Apa yang pasti karya sasteraku seperti kehilangan rohnya. (hlm. 65)
3. Metafora
Cth: Ditambah pula dengan udara bersih yang terpinggir daripada ciuman
pencemaran. (hlm.148)
Peristiwa itu masih basah di layar mindanya. (hlm. 4)
Adakalanya, aku seakan-akan lemas dalam lautan rindu itu. (hlm. 43)

4. Hiperbola
Cth: Jeritan loceng menyentap lamunanku. (hlm. 31)

5. Singkope
Cth. “Bagi akaklah, tak ada salahnya kalau Ai Ling tu memang berminat nak
belajar. (hlm. 38)

6. Perlambangan
Cth. Haiqal melambangkan pasang surut kehidupan ibu bapanya seperti ombak
dan pantai. “Ada ketikanya ombak lembut mengelus-ngelus pantai, penuh
kasih sayang. Namun, adakalnya mereka juga bertengkar. Ombak yang
mengganas, seolah-olah ingin melenyapkan pantai,” hujah Haiqal lagi. (hlm.
15)

147
MODUL PRIGEL KOMSAS

7. Peribahasa
Cth. Macam mana akak tak naik angin. Kerja rumah dahlah tak siap, tulisannya
pula macam cakar ayam. (hlm. 35)
Itulah padahnya kalau jadi tahi judi. (hlm. 26)
Bangkai gajah, tentu tidak boleh ditutup dengan nyiru, umi. (hlm. 24)

8. Bahasa asing
Cth. Bahasa Inggeris – sentimental (hlm. 213)
Bahasa Arab – Insya-Allah (hlm.75)
Bahasa Indonesia – omong kosong (hlm. 92)
Bahasa Cina – Semua tanah mendiang bapanya habis digadaikan abangnya
kerana hutang kepada tai long. (hlm. 25)

B. BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN

BENTUK SOALAN

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) .


(memberikan pandangan atau pendapat, alasan, menyatakan kewajaran,
perbandingan [persamaan atau perbezaan] dan sebagainya berdasarkan novel).

Elemen kajian KOMSAS (bertumpu)


(menyatakan aspek sastera seperti tema, persoalan, watak dan perwatakan, plot dan
teknik plot, latar masa, tempat dan masyarakat, nilai dan pengajaran daripada
keseluruhan novel)

Soalan 4(a): Soalan aspek komsas berdasarkan sebuah novel yang telah dipelajari
(sama ada novel tingkatan 4 atau novel tingkatan 5).

Soalan 4(b): Soalan perbandingan atau aspek komsas berdasarkan kedua-dua buah
novel yang telah dipelajari.
PERATURAN PEMARKAHAN

Peruntukan markah soalan 4 : 15 markah.


Peruntukan Markah bagi soalan 4a:
(1 isi ialah 1 fakta dan 1 huraian/contoh lengkap = 2 markah
Bahasa Baik = 3M, sederhana = 2M, dan Lemah=1m)
Markah 2 isi = 4 markah
Markah Bahasa = 3 markah
7 markah

Peruntukan markah soalan 4b:


(1 isi beserta 1 huraian/contoh lengkap = 2 markah
Bahasa baik = 2m, dan lemah=1m)

Markah 3 isi (3 fakta berserta huraian lengkap) = 6 markah


Markah Bahasa = 2 markah

148
MODUL PRIGEL KOMSAS

8 markah
C.PRAKTIS TOPIKAL NOVEL

Praktis 1.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan tema yang diketengahkan dalam
novel tersebut.
(7 markah)

Praktis 2.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan sinopsis novel tersebut.
(7 markah)

Praktis 3.
Sesebuah novel banyak memaparkan peristiwa yang dapat dijadikan teladan.
Berdasarkan novel kajian anda, jelaskan peristiwa yang memberi teladan kepada pembaca.

(7markah)

Praktis 4.
Novel yang telah anda baca mengandungi banyak peristiwa menarik.
Nyatakan tiga peristiwa menarik berdasarkan novel tersebut.
(7markah)

Praktis 5.
Cerita yang menarik dalam sesebuah novel akan meninggalkan kesan perasaan kepada pembaca.
Nyatakan tiga peristiwa yang meninggalkan kesan kepada anda berpandukan sebuah novel yang
anda baca.
(8 markah)

149
MODUL PRIGEL KOMSAS

Praktis 6.
Pengarang menyelitkan persoalan dalam novel yang telah anda baca.
Huraikan tiga persoalan utama berdasarkan sebuah novel tersebut.
(7 markah)

Praktis 7.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan peranan yang dimainkan oleh watak utama
dalam novel tersebut.

(7 markah)

Praktis 8.
Keperibadian dalam diri sesorang watak amat penting untuk menarik minat pembaca.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan perwatakan dinamik dalam novel tersebut.

(7markah)

Praktis 9.
Watak utama dalam sesebuah novel banyak menghadapai cabaran.
Jelaskan cabaran yang dialami oleh watak utama berdasarkan sebuah novel yang anda baca.
(7markah)

Praktis 10.
Watak utama mencerminkan banyak nilai murni.
Huraikan dua contoh nilai ketabahan watak utama dalam novel yang telah anda kaji.
(7 markah)

150
MODUL PRIGEL KOMSAS

Praktis 11.
Setiap peristiwa dalam novel berlaku dalam latar masa tertentu. Berdasarkan novel yang telah
anda pelajari, jelaskan tiga latar masa yang penting.
(7 markah)

Praktis 12.
Latar tempat yang terdapat dalan sesebuah novel menjadikan cerita lebih realistik.
Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan tiga latar tempat utama.
(8 markah)

Praktis 13.

Cerita dalam novel sememangnya memaparkan latar masyarakat sezaman.


Huraikan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang telah anda baca.
(8 markah)

Praktis 14.

Cerita dalam novel memaparkan kisah yang berlaku dalam sesebuah masyarakat.
Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa yang menggambarkan kepincangan
dalam masyarakat.
(7 markah)

Praktis 15.

Pengakhiran sesebuah cerita dalam novel akan memberikan kepuasan kepada pembaca.
Huraikan pendapat tersebut berdasarkan novel yang telah anda kaji
(7 markah)

151
MODUL PRIGEL KOMSAS

Praktis 16.

Pembaca novel akan mendapat banyak pengajaran berguna yang boleh dijadikan panduan hidup.
Jelaskan tiga pengajaran utama yang dapat anda petik daripada novel yang telah anda kaji..
(7 markah)

Praktis 17.

Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa yang menggambarkan teknik imbas
kembali yang digunakan oleh pengarang dalam novel tersebut.
(7 markah)

152
MODUL PRIGEL KOMSAS

SENARAI NAMA PANEL PENULIS MODUL PRIGEL KOMSAS

BIL NAMA SEKOLAH

01 Encik Juilis Mokujal SMK Narinang, Kota Belud


02 Encik Ronnie Leong Kim Fui SMK Likas, Kota Kinabalu
03 Encik Sulaiman Suhaili SMK Pengiran Omar 11, Sipitang
04 Puan Azlida Abd Rahman SM Shan Tao, Kota Kinabalu
05 Puan Halina Jumaring SMK Taman Tun Fuad, Kota Kinabalu
06 Cik Suzanah Dahlin SMK St Joseph

153

Anda mungkin juga menyukai