Anda di halaman 1dari 3

TEMA BUKU TEKS TINGKATAN 4

UNIT 1: SENARIO MASYARAKAT KITA

MASYARAKAT MALAYSIA ALAF BARU

TAJUK: BUDAYA NEGATIF MASYARAKAT ALAF BARU (INDIVIDUALISTIK/HEDONISTIK/MATERIALISTIK)

WIKIPEDIA

1. Individualisme / Egoisme

Individualisme merupakan satu falsafah yang mempunyai pandangan moral, politik atau sosial yang
menekankan kemerdekaan manusia serta kepentingan bertanggungjawab dan kebebasan sendiri.
Seorang individualis akan melanjutkan percapaian dan kehendak peribadi. Mereka menentang
campur tangan luaran dari masyarakat, negara dan sebarang badan atau kumpulan ke atas pilihan
peribadi mereka. Oleh itu, individualisme menentang segala pendapat yang meletakkan matlamat
sesuatu kumpulan sebagai lebih penting dari matlamat seseorang individu yang dengan sendiri adalah
asas kepada mana-mana badan masyarakat. Pendapat-pendapat yang di tentang
termasuklah holisme, kolektivisme dan statisme, antara lain. Falsafah ini juga kurang senang segala
standard moral yang dikenakan ke atas seseorang kerana peraturan-peraturan itu menghalang
kebebasan seseorang.

Hubungan di antara individualisme dan egoisme telah menghasilkan satu perdebatan yang hebat.
Walaupun sesetengah individualis adalah juga egois, mereka tidak menyatakan bahawa sifat
mementingkan diri sendiri adalah sesuatu sifat yang terpuji dengan sendirinya. Disebaliknya, mereka
percaya yang seseorang individualis tidak terikat kepada takat moral yang diguna pakai oleh
masyarakat dan individualis adalah bebas untuk mementingkan diri sendiri, hidup
dengan altruisme atau apa-apapun cara hidup yang mereka gemar. Yang lain pula mengatakan
bahawa matlamat individualisme tidak mementingkan diri sendiri jika mereka tidak mengacam orang
lain. Ada pula seperti Ayn Rand yang menekankan relatifisme moral dan yang sifat mementingkan diri
sendiri adalah satu sifat terpuji.

2. Hedonisme

Hedonisme (daripada perkataan bahasa Greek: ἡδονισμός hēdonismos: kemeriahan, daripada


ἡδονή hēdonē: keseronokan; Bahasa Inggeris: Hedonism) adalah
fahaman falsafahbahawa keseronokan merupakan matlamat utama dalam hidup. Hedonisme
merupakan ajaran atau pandangan bahawa kesenangan atau kenikmatan merupakan tujuan hidup
dan tindakan manusia.

3. Materialisme

Kata "materialisme" terdiri dari kata "materi" dan "isme".[1] "Materi" dapat dipahami sebagai "bahan;
benda; segala sesuatu yang tampak".[3] "Materialisme" adalah pandangan hidup yang mencari dasar
segala sesuatu yang termasuk kehidupan manusia di dalam alam kebendaan semata, dengan
mengesampingkan segala sesuatu yang mengatasi alam indra.[3]Sementara itu, orang-orang yang
hidupnya berorientasi kepada materi disebut sebagai "materialis".[3] Orang-orang ini adalah para
pengusung paham (ajaran) materialisme atau juga orang yang mementingkan kebendaan semata
(harta,uang,dsb).[3]
Cara-cara mengatasi Pengaruh Budaya Negatif
INDIVIDU

 Berpegang teguh pada ajaran agama


 mendalami lebih banyak dalam penghayatan ajaran agama
 Sentiasa berwaspada dengan segala tindakan
 Memikirkan dan menilai baik buruk sesuatu tindakan sebelum bertindak

MEDIA

•Pengarang/penulis kurang menulis perkara negatif


•Sekatan kepada filem atau drama bersiri dari Barat yang tidak beretika
•Pengamal media menyiarkan program berfaedah dan bersesuaian denganmasyarakat kita.

KERAJAAN

•Mengadakan kempen.
•Penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap perkara yang kurang bermoral

Anda mungkin juga menyukai