Anda di halaman 1dari 23

Tajuk Kajian : Bangunan / Binaan Bersejarah di tempat

tingga saya
Nama Penulis : Chan Wen You
1.0 JADUAL KERJA / SENARAI SEMAK

Bil. Tarikh Perkara Catatan


1 16 April  Taklimat mengenai tugasan PT3
2017 Sejarah 2017
 Membuat rujukan awal ke laman web
yang berkaitan
 Mengenal pasti cara penulisan
laporan
 Menentukan tajuk laporan
 Menulis kerangka tugasan
2 17 April  Membuat objektif kajian dan kaedah
2017 kajian
 Menulis pengenalan dan latar
belakang bangunan / binaan
3 18 April  Menulis penerangan struktur
2017 bangunan / binaan
 Menulis huraian tentang sebab
bangunan / binaan tersebut dibina
4 19 April  Menulis analisis tentang fungsi dan
2017 keadaan bangunan pada masa ini
5 20 April  Membuat cadangan untuk
2017 memelihara dan memulihara
bangunan / binaan tersebut
6 21 April  Menulis rumusan
2017  Menulis sumber rujukan

7 25 April  Menghantar tugasan PT3 Sejarah


2017 2017
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
Saya menjalankan kajian ini bagi Kerja Kursus Sejarah adalah untuk
mengkaji tentang Bangunan Hospital Sultanah Aminah dengan lebih dekat
lagi. Melalui kajian ini saya dapat memenuhi objektif berikut:
a) Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya saya tentang banguanan
bersejarah yang ada di Malaysia ini serta dapat memupuk perasaan bangga
terhadap tanah air kita. Kajian ini juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia
betapa pentingnya bangunan bersejarah di negara kita kerana ianya dapat
menyedarkan kita untuk menjaga dan mempertahankan bangsa serta
memupuk semangat kekitaan di kalangan rakyat Malaysia.
b) Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengambil iktibar daripada
peristiwa yang berlaku di sebalik bangunan bersejarah tersebut.Misalnya
seperti bangunan Hospital Sultanah Aminah, ianya menyedarkan saya
bahawa perpaduan kaum serta bersifat adil, jujur dan amanah amat penting
pada diri setiap individu.
c) Saya juga dapat memupuk semangat patriotisme di dalam diri saya dan
juga dalam kalangan generasi muda melalui kajian ini.

1.4 KAEDAH KAJIAN


Sebanyak 3 kaedah kajian telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat
secara terperinci dan bersistematik.
i. Kaedah penyelidikan perpustakaan
Saya juga turut mengunjungi perpustakaan SMK Permas Jaya untuk
menjalankan penyelidikan sumber-sumber yang ada di situ.Saya mendapat
maklumat dengan penyelidikan sumber yang pelbagai seperti akhbar,
majalah dan sebagainya.
ii.Internet
Saya juga telah mendapat maklumat daripada Internet untuk membuat
kajian kes tersebut.
iii. Bimbingan Guru
Saya telah mendapat bimbingan guru, iaitu Puan Suriyana
1.5 Proses Awal
1. Buku
a. Nama Penulis : Admawiria Sam Suhaedi
Tahun : 2003 Tempat penerbit :Kuala Lumpur
Nama Buku : Bangsa , negara , demokrasi dan kedaulatan rakyat
Penerbit : Binacipta
Maklumat 1 : Pembinaan Hospital Sultanah Aminah
Maklumat 2 : Pengenalan tentang hospital semasa pemerintahan Jepun
b. Nama Penulis : Mahayuddin Isyah Ruziatul Adibah Adnan
Tahun : 2009 Tempat penerbit : Selangor
Nama buku : 130 Contoh Karangan Bahasa Malaysia PMR
Penerbit : Penerbit Ilmu Bakti Sdn . Bhd
Maklumat 1 : Langkah memelihara dan memulihara tempat bersejarah
di negara kita
Maklumat 2 : Kebaikan tempat bersejarah kepada kita

2. Internet
a. http://hsajb.moh.gov.my/versibaru/
Maklumat 1 : Pengenalan kepada Hospital Sultanah Aminah
Maklumat 2 : Binaan bangunan tersebut
b. https://en.wikipedia.org/wiki/Sultanah_Aminah_Hospital
Maklumat 1 : Pengenalan kepada Hospital Sultanah Aminah
Maklumat 2 : Sejarah Hospital Sultanah Aminah
c.http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2016/06/contoh-jawapan-
tugasan-sejarah-pt3-2016.html
Maklumat 1 : Mengetahui teknik menjawab
Maklumat 2 : Memberikan idea kepada saya
1.6 Kerangka Kasar
1.6.1 Pengenalan

Semua gambar di atas


menunjukkan symbol dan
gambar Hospital Sultanah
Aminah
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru merupakan sebuah institusi
perubatan yang awal dan moden yang wujud di Negeri Johor. Ia juga
merupakan salah sebuah institusi sosial yang terpenting dalam memberikan
perkhidmatan kesihatan dan rawatan terhadap masyarakat. Kesan dari
keadaan kesihatan masyarakat yang semakin meruncing serta
perkembangan bandar Johor Bahru, sebuah hospital yang moden telah
dibina pada 1938.
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru terletak di kawasan berbukit
dan mengadap ke Selat Tebrau. Keluasan kawasan hospital ini adalah 98.6
ekar. Pada peringkat awal ia dikenali sebagai General Hospital Johor Bahru.
Kedudukan hospital ini adalah sejauh dua kilometer dari bandar
Johor Bahru. Terletak di Jalan Skudai dan berhampiran Selat Tebrau dan
berhadapan dengan Singapura.

Gambar di atas menunjukkan peta Hospital Sultanah Aminah


1.6.2 Latar Belakang Bangunan / Binaan
Hospital Sultanah Aminah telah menggantikan hospital yang terawal
dibina di Daerah Johor Bahru pada tahun 1882. Ini kerana hospital yang
pertama di Johor Bahru telah dibina pada tahun 1882. Hospital ini telah
didirikan di kaki sebuah bukit berhampiran dengan asrama jururawat yang
ada pada masa ini.

Gambar di kiri
menunjukkan
Hospital Sultanah
Aminah dahulu

Pada masa perang dunia kedua, kebanyakan pesakit yang dirawat


di Hospital Besar, Johor Bahru adalah anggota tentera dan orang awam
yang tercedera. Apabila keadaan peperangan bertambah buruk dan jumlah
kemalangan meningkat, hospital ini telah dijadikan hospital tentera.
Pada peringkat awal, hospital ini hanya mengandungi sebuah wad
sahaja. Pembinaan bangunan hospital yang awal ini daripada batu bata dan
kayu, besar, lapang serta mempunyai siling yang tinggi. Ia juga
mempunyai tingkap yang lebar bagi menghasilkan peredaran udara yang
bersih dan lebih baik. Keadaan ini kekal sehingga terbinanya hospital yang
lebih baik pada tahun 1929.
Gambar di kiri
menunjukkan
Hospital Sultanah
Aminah dahulu

Pada tahun 1929, sebuah wad untuk pegawai-pegawai dinamakan


"Officers Wad" dibina di atas Bukit Sah. Mempunyai 22 bilik dan
dikhaskan untuk pegawai-pegawai bangsa Eropah dan Pengurus-Pengurus
Ladang. Sebuah asrama untuk "Sisters" juga dibina dengan panggilan
"Sisters Mess". Bangunan ini menghadap Selat Tebrau dan masih
digunakan untuk tujuan asalnya sehingga ke hari ini.
Bagi Wad Kelas 2, ianya dibina tahun 1938 dan mula digunakan
pada tahun 1939. Ianya mempunyai dua buah bangunan dua tingkat
berhampiran dengan bangunan asrama jururawat. Sebuah bangunan untuk
pesakit kelas dua lelaki dan sebuah lagi untuk pesakit kelas dua perempuan.
Pada masa ini, bangunan tersebut tidak lagi digunakan untuk
pesakit kelas 2. Sebuah lagi digunakan sebagai dapur hospital sementara
menunggu siapnya sebuah bangunan dapur baru yang lengkap dibina.
Sebelum ini, bangunan itu digunakan sebagai Pejabat Kesihatan selama
beberapa tahun sehingga pejabat tersebut berpindah ke pejabat yang baru
di Jalan Abdul Samad pada tahun 1975. Sebuah lagi bangunan telah
digunakan sebagai Wad TB Perempuan di tingkat atas semenjak tahun
1972 sehingga ke hari ini. Di tingkat bawah pula dikhaskan untuk penyakit-
penyakit berjangkit jika berlaku wabak penyakit.
SELEPAS MERDEKA -DIKENALI SEBAGAI RUMAH SAKIT
UMUM, JOHOR BAHRU
Selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, pihak
pentadbiran hospital telah bersetuju menukar nama hospital sebagai
Rumah Sakit Umum, Johor Bahru. Pertukaran nama ini selaras saranan
kerajaan mengutamakan Bahasa Malaysia pada ketika
itu.Walaubagaimanapun, perubahan struktur pentadbiran dilakukan dan
pada 1961 Penguasa Perubatan sepenuh masa telah dilantik. Jawatan
dikendalikan sepenuh masa dengan cara perlantikan. Ini bagi memastikan
tumpuan dapat diberikan sepenuh masa terhadap pembangunan hospital
dan tidak mempunyai tugas sampingan yang secara tidak langsung boleh
mengganggu tugas pentadbiran hospital.Penguasa Perubatan sepenuh masa
pertama adalah Dr. H.K. Ray, dibantu Dr. Sheikh Raihan Bin Hamzah
selaku Timbalan Penguasa serta Encik Omar Bin Ismail sebagai Setiausaha
dengan dibantu oleh 8 orang kerani yang membantu pentadbiran hospital.
Bahagian yang diwujudkan adalah Bahagian Kewangan (mengurus hal
ehwal kewangan), Bahagian Dokumen (menguruskan segala bentuk
dokumen pesakit, surat akuan dll), Bahagian Perkhidmatan Utama serta
Pengurusan Gaji kakitangan hospital dan bahagian yang menyediakan
laporan perubatan pesakit.

Gambar di kanan menunjukkan


Kejadian di Hospital Sultanah
Aminah

PERTUKARAN NAMA HOSPITAL RUMAH SAKIT UMUM,


JOHOR BAHRU KEPADA HOSPITAL BESAR JOHOR BAHRU
Pada tahun 1970, sekali lagi nama hospital ditukar kepada
Hospital Besar. Nama hospital ini diilhamkan oleh Tun Sardon Jubir yang
merupakan Menteri Kesihatan Malaysia ketika itu.Pada tahun 1981,
Timbalan Penguasa Perubatan sepenuh masa dilantik. Dr. Sandhu Singh
telah dilantik sebagai Timbalan Penguasa Perubatan yang pertama. Beliau
bekerjasama membantu Dr. Gurmit Singh selaku Penguasa Perubatan.Pada
masa perang dunia kedua, kebanyakan pesakit yang dirawat di Hospital
Besar, Johor Bahru adalah anggota tentera dan orang awam yang tercedera.
Apabila keadaan peperangan bertambah buruk dan jumlah kemalangan
meningkat, hospital ini telah dijadikan hospital tentera. Hospital awam
telah dipindahkan ke Hospital Sakit Otak di Tampoi pada awal tahun 1942.
Tidak lama selepas itu, Hospital Sakit Otak juga telah diambil alih oleh
tentera Jepun bagi menempatkan anggotanya, Hospital Awam juga telah
dipindahkan ke "Labour Lines" Tebrau Estate. Oleh kerana Labour Lines
ini mendatangkan pelbagai masalah. Hospital Awam kemudiannya
dipindahkan ke sebuah bangunan kecil di kaki Bukit Timbalan.
PERTUKARAN NAMA HOSPITAL BESAR JOHOR BAHRU
KEPADA HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BAHRU
Pada tahun 1984, sekali lagi nama hospital ini ditukar kepada
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dengan mengambil sempena nama
bonda DYMM Sultan Johor ketika itu. Dengan pertukaran nama berkenaan,
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru mempunyai 2,000 orang
kakitangan yang terdiri pelbagai kategori jawatan. Bagi mengendalikan
rawatan pesakit, hospital ini mempunyai 21 orang pakar dari pelbagai
disiplin, 114 orang pegawai perubatan, 45 orang doktor siswazah dan 800
orang kakitangan paremedik.

Gambar di kiri
menunjukkan
perbezaan antara
Hospital Sultanah
Aminah dahulu
dengan sekarang
1.6.3 Struktur Bangunan / Binaan
Bangunan tersebut berwarna merah tua. Pada pandangan saya , strukturnya
macam sebuah sekolah .Di tepi bangunan tersebut , terdapat dua bangunan
yang berbentuk silinder .
Kawasan hutan di sepanjang Jalan Skudai telah dibersihkan,
ditambak dan dimajukan dengan tujuan pembinaan landasan
keretapi tetapi dibatalkan pada tahun 1879 dan dibangunkan dengan
membina rumah kediaman kakitangan hospital serta sebuah
bengkel Jabatan Kerja Raya.
Pada tahun 1911, sebuah wad pembedahan, pejabat pentadbiran
dispensari dan sebuah bilik bedah telah dibina dan dipertingkatkan lagi
dengan pembinaan dari sebuah wad kepada tujuh buah wad, bilik
pembedahan, wad pengasingan, wad kurungan untuk banduan, sebuah
dispensari, makmal, bilik mayat dan dapur pada tahun 1919 dengan tujuan
meningkatkan lagi perkhidmatan di hospital. Dengan penambahan
pembangunan ini, jumlah pesakit yang dapat ditampung oleh wad tersebut
adalah seramai 400 orang (jumlah katil rasmi).
Pada tahun 1914 sehingga 1929, sebuah khemah khas dipanggil
"Leper Segregation Camp" telah dibuka di Batu Tiga Jalan Skudai khusus
untuk mengasingkan pesakit yang dihadapi oleh masyarakat terutama
penyakit kusta yang semakin meruncing dan menggantikan khemah
tersebut. Pesakit yang ditempatkan ialah pesakit kusta lelaki.
Pesakit perempuan ditempatkan di ’Leper Asylum’ di Singapura. Pada
tahun 1937, sebuah lagi hospital kusta yang lebih baik dibina di kawasan
yang sama dengan kemampuan untuk menampung pesakit lelaki dan
perempuan. Jumlah pesakit yang dirawat dipenempatan baru ini adalah
seramai 278 orang lelaki dan 69 orang pesakit perempuan.
Semenjak tahun 1882, wad kelas tiga yang diperbuat daripada
papan terlalu uzur, usang dan tidak mengizinkan untuk menampung
bilangan pesakit yang bertambah. Keadaan pesakit yang tinggal di wad
juga tidak begitu memuaskan dan semakin sesak. Pada tahun 1938, sebuah
bangunan hospital yang baru di Daerah Johor Bahru telah dibina.
Bangunan yang menempatkan pejabat kerajaan seperti Jabatan Bendahari,
Mahkamah, Polis, Penjara, Ukur, Laut, Perubatan dan Keretapi telah
terletak di Bukit Zahrah, Johor Bahru. Bangunan tersebut berhampiran
dengan Istana Besar. Bangunan berkenaan telah diperbaiki untuk dijadikan
hospital.
Bangunan ini boleh memuatkan sebanyak 250 buah katil
dinamakan "Civil Hospital". Reka bentuk bangunan ini telah dibuat oleh
syarikat arkitek "Palmer and Turner" yang mempunyai pejabat di Johor
Bahru. Idea reka bentuk hospital ini diperolehi daripada sebuah hospital
di Nanjing, China, semasa satu rombongan perubatan yang diketuai oleh
Dr G.H. Garlick menghadiri mesyuarat "Far Eastern Association of Tropic
al Medicine" pada tahun 1934. Hospital tersebut ialah "Nanjing Central
Hospital". Susunan bahagian dalam ("Interior Arrangement") ialah
kombinasi pengalaman tempatan dan kajian dari hospital-hospital di
seluruh dunia yang dikandung dalam Journal "Nosokomeion".
Bangunan setinggi 5 tingkat ini telah memuatkan 857 buah katil.
Ia mempunyai dua sayap berbentuk "T" mengandungi 80 buah katil dalam
tiap-tiap wad. Di bahagian tengah terdapat lif serta dapur untuk pesakit-
pesakit. Bilik pembedahan pula ditempatkan di tingkat satu sementara
tingkat yang teratas dikhaskan untuk pesakit-pesakit TB. Jumlah
perbelanjaan membina bangunan baru ini dianggarkan sebanyak RM
1,275,000. Junlah ini berdasarkan kos untuk kerja-kerja menanam cerucuk
dan pembelian besar peralatan pembinaan, tetapi setelah siap pada
tahun 1941, kosnya telah meningkat kepada RM2,057,075.00.
Pembukaan rasmi bangunan ini telah dijadualkan pada 29hb. Mei
1941 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar.
Semua persiapan telah diatur tetapi perasmian ini telah dibatalkan pada
saat-saat akhir. Bangunan ini dikenali dengan bangunan induk pada masa
ini. Pada tahun 1938, wad bersalin kelas satu dan berek untuk kakitangan
rendah juga telah dibina. Bangunan wad ini letaknya di belakang wad
pegawai, menghala ke Selat Tebrau. Reka bentuk kedua-dua bangunan ini
juga dibuat oleh syarikat yang sama iaitu "Palmer and Turner". Ianya siap
dibina pada tahun 1941. Secara nyata, bangunan wad bersalin tidak dapat
digunakan sebagai tujuan asalnya. Ini kerana pada zaman pendudukan
Jepun bangunan ini telah dijadikan tempat tinggal tentera dan doktor.
Selepas pendudukan Jepun, pihak British menjadikan bangunan ini
sebagai tempat tinggal doktor apabila pentadbiran hospital ini diambil alih
oleh ’Pihak Awam’ pada tahun 1947.
Ianya digunakan sehingga tahun 1969. Bangunan yang
ditinggalkan ini telah menjadi Pejabat Penguasa Perubatan Hospital.
Bangunan mess baru telah didirikan pada tahun 1969. Ianya mempunyai
10 buah bilik. Dua buah bangunan lagi dibina dalam
tahun 1972 berhampiran dengan bangunan tersebut. Bangunan-bangunan
ini mempunyai 12 buah bilik setiap satu. Walau bagaimanapun pada masa
ini ketiga-tiga bangunan ini didapati tidak mencukupi bagi menempatkan
semua Pegawai Perubatan Siswazah yang dilatih di hospital ini. Jumlah
bilik yang ada ialah 34 buah sementara Pegawai Perubatan Siswazah yang
dilatih di hospital ini ialah seramai 54 orang. Bangunan ini telah
ditinggalkan kosong buat beberapa lama apabila ’Mess Doktor’
dipindahkan ke bangunan baru yang terletak di Jalan Abdul Samad. Bagi
memenuhi kekosongan tersebut, ia telah dijadikan Pejabat Pengarah
Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan Negeri Johor. Ini disebabkan
bangunan pentadbiran di Johor Bahru begitu usang untuk digunakan.
Sehingga bangunan Wisma Persekutuan siap dibina dan berpindah pada
tahun 1979.

Gambar di atas menunjukkan keadaan Hospital Sultanah Aminah


sekarang
1.6.4 Sebab Bangunan / Binaan Tersebut Dibina
Pada masa perang dunia kedua, kebanyakan pesakit yang dirawat di
Hospital Besar, Johor Bahru adalah anggota tentera dan orang awam yang
tercedera. Apabila keadaan peperangan bertambah buruk dan jumlah
kemalangan meningkat, hospital ini telah dijadikan hospital tentera.
Hospital awam telah dipindahkan ke Hospital Sakit Jiwa di Tampoi,
pada awal tahun 1942. Tidak lama selepas itu, Hospital Sakit Jiwa juga
telah diambil alih oleh tentera Jepun bagi menempatkan anggotanya,
Hospital awam juga telah dipindahkan ke "Labour Lines" Tebrau Estate.
Oleh kerana Labour Lines ini mendatangkan pelbagai masalah, hospital
awam kemudiannya dipindahkan ke sebuah bangunan kecil di kaki Bukit
Timbalan.
Pada tahun 1944, Istana Lama di Bukit Zahrah telah diperbaiki untuk
dijadikan hospital. Bangunan ini boleh memuatkan sebanyak 250 buah
katil dinamakan " Civil Hospital ". Setelah tentera Jepun menyerah kalah
pada tahun 1945, tentera British telah mengambil alih pentadbiran hospital
ini (BMA Period). Surgeon Commander E.W. Laidlaw telah ditugaskan
sebagai P.M.O. Pada masa itu kebanyakkan pesakit terdiri dari anggota
tentera yang tercedera. Setelah beberapa bulan kemudian, hospital awam
diadakan semula di hospital ini. Sebagai permulaan, wad perubatan lelaki
dan wad umum perempuan mengambil tempat di Timur 3 dan Barat 3.
Kakitangan awam mengambil alih pentadbiran hospital ini pada 1
hb. April, 1946. Pada masa itu Dr J.M.A. Lowson dilantik sebagai PMO
dan timbalannya Dr J C P Grey. Pada masa itu kekurangan kakitangan
awam ketara sekali di mana di wad lelaki hanya Dresser sahaja yang
bertugas. Seorang Dresser Tingkatan Khas ditugaskan menyelia sebuah
wad. Dalam sehari, seorang Dresser Gred 1 bertugas waktu pejabat,
seorang Dresser Gred II dan seorang Gred III bertugas pagi, seorang
Dresser Gred II dan seorang Gred III bertugas petang dan seorang Dresser
Gred III bersama seorang Probationer Dresser bertugas malam.Keadaan ini
berlanjutan sehinggalah bulan September, 1947 bila mana kumpulan
Dresser Pelatih yang pertama selepas perang lulus dan mula menjalankan
tugas. Jumlah pesakit yang dirawat disepanjang tahun 1947 ialah seramai
9069 orang. Di Johor Bahru pada masa itu terdapat dua buah Klinik
Swasta.
Di wad perempuan pula Jururawat Pelatih, Kakitangan rendah juga
ada di semua wad tetapi bilangannya terlalu kecil, iaitu 3 orang bertugas
pagi, 2 di waktu petang dan seorang bertugas malam, Kakitangan rendah
ini adalah di bawah penyeliaan "Steward". Mereka ini terdiri daripada
Atendan Wad, Atendan Makmal, Atendan Rumah Mayat, Atendan
Kesihatan dan Tukang Kebun. Pada masa itu, hanya seorang Pegawai
Perubatan bertugas malam bagi seluruh hospital. Semua kes kecemasan
dan kes-kes polis diperiksa oleh beliau. Pegawai ini juga dipanggil untuk
membantu Pakar Bedah jika terdapat kes-kes yang memerlukan
pembedahan serta-merta pada waktu malam. Kes-kes yang terdapat pada
masa itu ialah luka terkena tembakan. Ahli kimia ubat boleh dikatakan
tidak ada dan "Senior Dresser" ditugaskan menyelia Dispensari. Ubat pil
jarang digunakan dan kebanyakan ubat-ubat yang digunakan berbentuk
"powder" dan "Mixtures". Makmal dan Jabatan X-Ray juga dikendalikan
oleh dresser sehingalah kakitangan yang mencukupi dilatih untuk
mengambil alih tugas di jabatan-jabatan tersebut.

Gambar di atas menunjukkan keadaan dalam Hospital Sultanah Aminah


1.6.5 Fungsi dan Keadaan Bangunan Pada Masa Ini
Kawasan hutan di sepanjang Jalan Skudai telah dibersihkan, ditambak dan
dimajukan dengan tujuan pembinaan landasan keretapi tetapi dibatalkan
pada tahun 1879 dan dibangunkan dengan membina rumah kediaman
kakitangan hospital serta sebuah bengkel Jabatan Kerja Raya.
Pada tahun 1911, sebuah wad pembedahan, pejabat pentadbiran
dispensari dan sebuah bilik bedah telah dibina dan dipertingkatkan lagi
dengan pembinaan dari sebuah wad kepada tujuh buah wad, bilik
pembedahan, wad pengasingan, wad kurungan untuk banduan, sebuah
dispensari, makmal, bilik mayat dan dapur pada tahun 1919 dengan tujuan
meningkatkan lagi perkhidmatan di hospital. Dengan penambahan
pembangunan ini, jumlah pesakit yang dapat ditampung oleh wad tersebut
adalah seramai 400 orang (jumlah katil rasmi).
Pada tahun 1914 sehingga 1929, sebuah khemah khas dipanggil
"Leper Segregation Camp" telah dibuka di Batu Tiga Jalan Skudai khusus
untuk mengasingkan pesakit yang dihadapi oleh masyarakat terutama
penyakit kusta yang semakin meruncing dan menggantikan khemah
tersebut. Pesakit yang ditempatkan ialah pesakit kusta lelaki.
Pesakit perempuan ditempatkan di ’Leper Asylum’ di Singapura. Pada
tahun 1937, sebuah lagi hospital kusta yang lebih baik dibina di kawasan
yang sama dengan kemampuan untuk menampung pesakit lelaki dan
perempuan. Jumlah pesakit yang dirawat dipenempatan baru ini adalah
seramai 278 orang lelaki dan 69 orang pesakit perempuan. Semenjak tahun
1882, wad kelas tiga yang diperbuat daripada papan terlalu uzur, usang dan
tidak mengizinkan untuk menampung bilangan pesakit yang bertambah.
Keadaan pesakit yang tinggal di wad juga tidak begitu memuaskan dan
semakin sesak. Association of Tropic al Medicine" pada tahun 1934.
Hospital tersebut ialah "Nanjing Central Hospital". Susunan bahagian
dalam ("Interior Arrangement") ialah kombinasi pengalaman tempatan dan
kajian dari hospital-hospital di seluruh dunia yang dikandung dalam
Journal "Nosokomeion".
Bangunan setinggi 5 tingkat ini telah memuatkan 857 buah katil. Ia
mempunyai dua sayap berbentuk "T" mengandungi 80 buah katil dalam
tiap-tiap wad. Di bahagian tengah terdapat lif serta dapur untuk pesakit-
pesakit. Bilik pembedahan pula ditempatkan di tingkat satu sementara
tingkat yang teratas dikhaskan untuk pesakit-pesakit TB. Jumlah
perbelanjaan membina bangunan baru ini dianggarkan sebanyak RM
1,275,000. Junlah ini berdasarkan kos untuk kerja-kerja menanam cerucuk
dan pembelian besar peralatan pembinaan, tetapi setelah siap pada
tahun 1941, kosnya telah meningkat kepada RM2,057,075.00.
Pembukaan rasmi bangunan ini telah dijadualkan pada 29hb. Mei
1941 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar.
Semua persiapan telah diatur tetapi perasmian ini telah dibatalkan pada
saat-saat akhir. Bangunan ini dikenali dengan bangunan induk pada masa
ini. Pada tahun 1938, wad bersalin kelas satu dan berek untuk kakitangan
rendah juga telah dibina. Bangunan wad ini letaknya di belakang wad
pegawai, menghala ke Selat Tebrau. Reka bentuk kedua-dua bangunan ini
juga dibuat oleh syarikat yang sama iaitu "Palmer and Turner". Ianya siap
dibina pada tahun 1941. Secara nyata, bangunan wad bersalin tidak dapat
digunakan sebagai tujuan asalnya. Ini kerana pada zaman pendudukan
Jepun bangunan ini telah dijadikan tempat tinggal tentera dan doktor.
Selepas pendudukan Jepun, pihak British menjadikan bangunan ini
sebagai tempat tinggal doktor apabila pentadbiran hospital ini diambil alih
oleh ’Pihak Awam’ pada tahun 1947.
Ianya digunakan sehingga tahun 1969. Bangunan yang
ditinggalkan ini telah menjadi Pejabat Penguasa Perubatan Hospital.
Bangunan mess baru telah didirikan pada tahun 1969. Ianya mempunyai
10 buah bilik. Dua buah bangunan lagi dibina dalam
tahun 1972 berhampiran dengan bangunan tersebut. Bangunan-bangunan
ini mempunyai 12 buah bilik setiap satu. Walau bagaimanapun pada masa
ini ketiga-tiga bangunan ini didapati tidak mencukupi bagi menempatkan
semua Pegawai Perubatan Siswazah yang dilatih di hospital ini. Jumlah
bilik yang ada ialah 34 buah sementara Pegawai Perubatan Siswazah yang
dilatih di hospital ini ialah seramai 54 orang. Bangunan ini telah
ditinggalkan kosong buat beberapa lama apabila ’Mess Doktor’
dipindahkan ke bangunan baru yang terletak di Jalan Abdul Samad. Bagi
memenuhi kekosongan tersebut, ia telah dijadikan Pejabat Pengarah
Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan Negeri Johor. Ini disebabkan
bangunan pentadbiran di Johor Bahru begitu usang untuk digunakan.
Sehingga bangunan Wisma Persekutuan siap dibina dan berpindah pada
tahun 1979
Kini, Hospital Sultanah Aminah turut memberikan perkhidmatan
pelbagai kepakaran yang merangkumi bidang pengurusan, perkhidmatan
klinikal, sokongan klinikal dan bukan sokongan klinikal serta dijadikan
sebagai hospital rujukan bagi negeri Johor dengan menyediakan 21
perkhidmatan klinikal, 9 perkhidmatan sokongan klinikal dan 5
perkhidmatan sokongan bukan klinikal dan 7 unit di bawah Pengurusan
Hospital Sultanah Aminah juga menjadi Pusat Rawatan Koronari dan
Pembedahan Jantung bagi Wilayah Selatan termasuk Sabah dan Sarawak.
Bilangan katil rasmi yang disediakan sehingga tahun 2010 adalah
sebanyak 989 buah bagi menampung jumlah pesakit yang semakin
meningkat di Negeri ini.
Dalam pada masa yang sama juga, Hospital Sultanah Aminah
juga turut membantu negara dari segi pengeluaran dan peningkatan mutu
tenaga kerja klinikal seperti Kejururawatan, Farmasi, Juru x-Ray dan Juru
Teknologi Makmal Perubatan bagi pengajian dalam bidang Diploma serta
Pegawai Farmasi dan Pegawai Perubatan. Ini dilaksanakan melalui
kerjasama dengan pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Awam mahupun
Swasta dalam memberi latihan praktikal kepada para pelatih Pra-Ijazah
yang ditempatkan di sini. Latihan lanjutan klinikal turut diadakan bagi
meningkatkan kepakaran Pegawai dan Pakar Perubatan dari Hospital
Sultanah Aminah dan juga hospital-hospital Kementerian Kesihatan
Malaysia yang lain.
1.6.6 Langkah untuk Memelihara / Memulihara
Bangunan / Binaan
Berikut adalah cadangan yang boleh diambil tindakan oleh pelbagai pihak:
1. Pihak Kerajaan
I. Pihak kementerian pendidikan boleh memasukkan BSAS ke
dalam sukatan mata pelajaran Sejarah / buku tek sekolah atau
kerja kursus sebagaimana yang dilakukan sekarang.
II. Mendapatkan pengiktirafan daripada UNESCO untuk
mewartakan BSAS sebagai warisan dunia.
III. Usaha DBKL mewartakan BSAS sebagai warisan kebangsaan di
dalam Pelan Induk Pembangunan, Kuala Lumpur adalah langkah
terbaik.
IV. Kementerian Pelancongan boleh mewajibkan BSAS dimasukkan
ke dalam pakej pelancongan untuk lawatan para pelancong
antarabangsa.
V. Boleh mengubahkan BSAS menjadi kompleks membeli-belah/
komersial atau muzium dan sebagainya. Contohnya, pasar besar,
Kuala Lumpur telah diubahsuai menjadi Bangunan Seni (Central
Market) yang terkenal hari ini.
VI. Mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan / Pesta /
Kemasyarakatan di hadapan BSAS.
2. Sekolah / Ibubapa
I. Persatuan / Kelab sekolah / Ibubapa boleh membuat lawatan ke BSAS
terutamanya pada musim cuti sekolah untuk mengenali BSAS dengan lebih
dekat kerana kalau tak kenal maka tak cinta.
II. Pihak sekolah boleh menggalakkan lukisan mural pada dinding sekolah
/ pertandingan esei / lukisan mengenai BSAS untuk memupuk semangat
cintakan tanah air.
3. Media Massa (Majalah / Akhbar / TV)
I. Pihak media boleh membuat dokumentasi mengenai BSAS untuk
pengetahuan umum. II. Pihak perfileman juga boleh membuat drama /
tayangan di lokasi tersebut untuk memperkenalkan BSAS di mata dunia.
Contohnya, filem “Police Story III”, lakuman Jacky Chan berlatar
belakangan Stesen Keretapi dan Mahkamah Persekutuan, Kuala Lumpur.
1.7 RUMUSAN
Saya amat bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan kerja kursus Sejarah
ini tepat pada masa yang telah ditetapkan. .Ketika menjalankan kerja
kursus ini, banyak pengetahuan,pengajaran dan nilai yang telah saya
pelajari.
Saya berasa amat berbangga menjadi rakyat Malaysia yang
mempunyai pelbagai bangunan bersejarah yang unik serta menjadi ikon
negara Malaysia.Semasa menjalankan kajian ini, saya mendapati setiap
ciri-ciri yang terdapat pada bangunan Sultan Abdul Samad ini mempunyai
sebab dan maksud tertentu. Hospital Sultanah Aminah adalah mercu tanda
yang sangat sinonim bagi bandaraya Johor Bahru hatta negara Malaysia.
Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina yang terdapat pada bangunan
tersebut mendapat pujian dan sanjungan. Bangunan ini telah berjaya
menjadi ikon kepada Johor Bahru .
Selain itu, kita dapat memupuk perasaan cinta akan warisan bangsa
yang menjadi mercu tanda negara kita dan sanjungan dari segenap lapisan
masyarakat Malaysia serta mendapat pujian daripada luar negara.
Di samping itu, kita haruslah menghargai bangunan-bangunan
bersejarah ini dan berusaha memelihara serta memulihara bangunan-
bangunan ini agar terus menjadi warisan bangsa. Generasi masa hadapan
juga dapat mengenali dan mengetahui mengenai bangunanbangunan
bersejarah ini.
Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran
dan kerjasama antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan
kerja kursus ini dengan sempurna.Nilai kerjasama telah membuatkan saya
bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang
bangunan-bangunan yang bersejarah.
1.8 Sumber Rujukan
1. Buku
a. Bangsa , negara , demokrasi dan kedaulatan rakyat
b. 130 Contoh Karangan Bahasa Malaysia PMR

2. Internet
a. http://hsajb.moh.gov.my/versibaru/
b. https://en.wikipedia.org/wiki/Sultanah_Aminah_Hospital
c.http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2016/06/contoh-jawapan-
tugasan-sejarah-pt3-2016.html
1.9 Laporan Akhir

Menurut Internet(https://en.wikipedia.org/ wiki/Sultanah_Amin


ah_Hospital) ,Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru merupakan sebuah
institusi perubatan yang awal dan moden yang wujud di Negeri Johor. Ia
juga merupakan salah sebuah institusi sosial yang terpenting dalam
memberikan perkhidmatan kesihatan dan rawatan terhadap masyarakat.
Kesan dari keadaan kesihatan masyarakat yang semakin meruncing serta
perkembangan bandar Johor Bahru, sebuah hospital yang moden telah
dibina pada 1938.
Menurut buku (Bangsa , negara , demokrasi dan kedaulatan rakyat),
Hospital Sultanah Aminah telah menggantikan hospital yang terawal
dibina di Daerah Johor Bahru pada tahun 1882. Ini kerana hospital yang
pertama di Johor Bahru telah dibina pada tahun 1882. Hospital ini telah
didirikan di kaki sebuah bukit berhampiran dengan asrama jururawat yang
ada pada masa ini.Pada masa perang dunia kedua, kebanyakan pesakit yang
dirawat di Hospital Besar, Johor Bahru adalah anggota tentera dan orang
awam yang tercedera. Apabila keadaan peperangan bertambah buruk dan
jumlah kemalangan meningkat, hospital ini telah dijadikan hospital tentera.
Menurut pandangan saya ,bangunan tersebut berwarna merah tua.
Pada pandangan saya , strukturnya macam sebuah sekolah .Di tepi
bangunan tersebut , terdapat dua bangunan yang berbentuk
silinder .Kawasan hutan di sepanjang Jalan Skudai telah dibersihkan,
ditambak dan dimajukan dengan tujuan pembinaan landasan
keretapi tetapi dibatalkan pada tahun 1879 dan dibangunkan dengan
membina rumah kediaman kakitangan hospital serta sebuah
bengkel Jabatan Kerja Raya.
Menurut Internet (http://hsajb.moh.gov.my/versibaru/),hospital
awam telah dipindahkan ke Hospital Sakit Jiwa di Tampoi, pada awal
tahun 1942. Tidak lama selepas itu, Hospital Sakit Jiwa juga telah diambil
alih oleh tentera Jepun bagi menempatkan anggotanya, Hospital awam juga
telah dipindahkan ke "Labour Lines" Tebrau Estate. Oleh kerana Labour
Lines ini mendatangkan pelbagai masalah, hospital awam kemudiannya
dipindahkan ke sebuah bangunan kecil di kaki Bukit Timbalan.
Menurut Internet (http://hsajb.moh.gov.my/versibaru/),pada
peringkat awal, hospital ini hanya mengandungi sebuah wad sahaja.
Pembinaan bangunan hospital yang awal ini daripada batu bata dan kayu,
besar, lapang serta mempunyai siling yang tinggi. Ia juga mempunyai
tingkap yang lebar bagi menghasilkan peredaran udara yang bersih dan
lebih baik. Keadaan ini kekal sehingga terbinanya hospital yang lebih
baik pada tahun 1929.
Menurut Internet (http://hsajb.moh.gov.my/versibaru/),kawasan
hutan di sepanjang Jalan Skudai telah dibersihkan, ditambak dan
dimajukan dengan tujuan pembinaan landasan keretapi tetapi dibatalkan
pada tahun 1879 dan dibangunkan dengan membina rumah kediaman
kakitangan hospital serta sebuah bengkel Jabatan Kerja Raya.
Menurut Internet (http://hsajb.moh.gov.my/versibaru/),pada
tahun 1911, sebuah wad pembedahan, pejabat pentadbiran dispensari dan
sebuah bilik bedah telah dibina dan dipertingkatkan lagi dengan pembinaan
dari sebuah wad kepada tujuh buah wad, bilik pembedahan, wad
pengasingan, wad kurungan untuk banduan, sebuah dispensari, makmal,
bilik mayat dan dapur pada tahun 1919 dengan tujuan meningkatkan lagi
perkhidmatan di hospital. Dengan penambahan pembangunan ini, jumlah
pesakit yang dapat ditampung oleh wad tersebut adalah seramai 400 orang
(jumlah katil rasmi).
Menurut Internet (http://hsajb.moh.gov.my/versibaru/), kini,
Hospital Sultanah Aminah turut memberikan perkhidmatan pelbagai
kepakaran yang merangkumi bidang pengurusan, perkhidmatan klinikal,
sokongan klinikal dan bukan sokongan klinikal serta dijadikan
sebagai hospital rujukan bagi negeri Johor dengan menyediakan 21
perkhidmatan klinikal, 9 perkhidmatan sokongan klinikal dan 5
perkhidmatan sokongan bukan klinikal dan 7 unit di bawah Pengurusan
Hospital Sultanah Aminah juga menjadi Pusat Rawatan Koronari dan
Pembedahan Jantung bagi Wilayah Selatan termasuk Sabah dan Sarawak.
Bilangan katil rasmi yang disediakan sehingga tahun 2010 adalah
sebanyak 989 buah bagi menampung jumlah pesakit yang semakin
meningkat di Negeri ini.
Menurut buku (130 Contoh Karangan Bahasa Malaysia PMR),
terdapat beberapa langkah untuk memelihara dan memulihara bangunan
Hospital Sultanah Aminah . Pihak kementerian pendidikan boleh
memasukkan BSAS ke dalam sukatan mata pelajaran Sejarah atau buku
tek sekolah atau kerja kursus sebagaimana yang dilakukan sekarang . Pihak
kerajaan juga boleh mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan di hadapan
BSAS. Ibubapa boleh membuat lawatan ke BSAS terutamanya pada
musim cuti sekolah untuk mengenali BSAS dengan lebih dekat kerana
kalau tak kenal maka tak cinta. Pihak sekolah boleh menggalakkan lukisan
mural pada dinding sekolah atau pertandingan esei mengenai BSAS untuk
memupuk semangat cintakan tanah air.
Pada pendapat saya ,saya berasa amat berbangga menjadi rakyat
Malaysia yang mempunyai pelbagai bangunan bersejarah yang unik serta
menjadi ikon negara Malaysia.Semasa menjalankan kajian ini, saya
mendapati setiap ciri-ciri yang terdapat pada bangunan Sultan Abdul
Samad ini mempunyai sebab dan maksud tertentu. Hospital Sultanah
Aminah adalah mercu tanda yang sangat sinonim bagi bandaraya Johor
Bahru hatta negara Malaysia. Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina
yang terdapat pada bangunan tersebut mendapat pujian dan sanjungan.
Bangunan ini telah berjaya menjadi ikon kepada Johor Bahru .
Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran
dan kerjasama antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan
kerja kursus ini dengan sempurna.Nilai kerjasama telah membuatkan saya
bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang
bangunan-bangunan yang bersejarah.

Anda mungkin juga menyukai