Anda di halaman 1dari 8

Muzium Layang-Layang Pasir Gudang

Posted on Mar 3, 2011 by Mohd Zaid


Muzium Layang-Layang Pasir Gudang sebuah muzium yang menyimpan
pelbagai koleksi Wau dan Layang-layang dalam dan luar negara dan juga
pertama di Malaysia. Muzium ini telah dibina pada 9hb Februari 2002 semasa
Karnival Layang-layang Pasir Gudang yang ke-7. Muzium ini terletak
berdekatang dengan Bukit Layang-Layang, Taman Bandar, Pasir Gudang
Johor dan dibuka untuk lawatan orang ramai setiap hari.

Baru-baru ni aku sempat melawat muzium ni semasa Karnival Layang-


Layang Pasir Gudang Kali ke 16. Aku memang tertarik nak masuk
muzium ni sebab kat sini kita dapat banyak info tentang pembuatan dan
koleksi Wau tradisional dan Layang-layang moden. Disini juga menyediakan
maklumat tentang kronologi festival layang-layang antarabangsa kepada para
pengunjung. Muzium ini mempamerkan lebih kurang 200 wau dan layang-
layang yang sebahagiannya disumbangkan oleh pelayang-pelayang kepada
pihak jabatan.
Muzium ini dapat menarik minat orang ramai yang berminat untuk
mempelajari seni kehalusan rekaan wau yang unik selain menarik para
pelancong dalam dan luar negara untuk melawat negeri Johor. Kepada yang

berminat untuk datang ke sini boleh tengok info selanjutnya dibawah

[mappress mapid=”17″]

Alamat:
Kompleks Pusat Bandar,
81700 Pasir Gudang, Johor.
Tel : 07-2513720 Fax.: 07-2515260
Waktu Urusan:
Isnin – Ahad
9.00 AM to 5.00 PM
Tutup pada waktu makan tengah hari:
Isnin – Ahad (Kecuali Jumaat)
1.00 PM to 2.00 PM
Jumaat
12.30 PM to 02.45 PM

Harga Tiket Masuk:


Dewasa – RM 2.00 RM3.00
Kanak-kanak (5-12 tahun) – RM 1.00

Inilah dia Muzium Layang-Layang Pasir Gudang yang dilengkapi dengan


kincir aingin yang digunakan oleh pelayang-pelayang semasa Karnival
Layang-Layang Sedunia pada setiap tahun. Muzium ini mempunya 3 tingkat
yang dibuka kepada pengunjung dan setiap tingkat mempunyai khazanah dan
galeri tersendiri.

Definisi Layang-Layang adalah diertikan sebagai layangan iaitu rangka


daripada kayu dan dibaluti dengan kertas atau daun-daun kayu yang boleh
diterbangkan dengan tali yang dijadikan aktiviti untuk tujuan tertentu.

Wau Kucing yang diiktiraf sebagai wau tradisi Malaysia. Wau Kucing lebih
menonjol dan diabadikan dalam pelbagai bentuk, wau kucing lebih sinonim
dengan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) disebabkan ianya menjadi logo
korporat syarikat tersebut. Wau Kucing juga dikatakan berasal dari negeri
Kelantan kerana ketika mula diperkenalkan sekitar tahun 1967, kebanyakan
pelayang dari negeri-negeri lain tidak mengenali dan tidak tahu cara
membuat Wau Kucing dan mereka terpaksa pergi ke Kelantan untuk belajar
cara-cara membuat wau tersebut.

Mengenai rekabentuknya, ianya dipercayai berdasarkan seekor kucing yang


sedang duduk dari pandangan belakang bermula dari bahagian kepala, diikuti
bahagian badan kucing dan seterusnya bahagian ekor kucing. Jika
diterbalikkan pula kelihatan bahagian ekor wau tersebut seperti muka seekor
kucing yang dipangang dari arah hadapan. Antara keistimewaan utama Wau
Kucing ialah busurnya yang dapat mengeluarkan bunyu yang nyaring seperti
kucing.
Berkenaan dengan motif ukiran sobek yang digunakan pada Wau Kucing ini,
tidak dapat banyak perbezaan dengan wau tradisional Melayu yang lain
kerana ianya masih lagi menggunakan motif bunga dan tumbuh-tumbuhan.

Wau Bulan – Pada asalnya Wau Bulan lebih dikenali di negeri Pantai Timur
terutama di Kelantan. Oleh kerana Wau Bulan sangat terkenal bukan sahaja di
Malaysia malahan di peringkat antarabangsa, Majlis Pelayang Malaysia telah
mengiktiraf Wau Bulan sebagai salah satu daripada wau tradisi Malaysia
selain Wau Kucing dan Wau Jala Budi.

Wau Bulan dikatakan berasal dari empayar Sri Wijaya. Ianya lahir sebagai
lambang penyatuan semula empayar Sri Wijaya oleh Dewa Muda. Sebelum
melakukan serangan, Dewa Muda telah melakukan pertapaan untuk
mendapatkan ilmu kebatinan dan setelah selesai, beliau keluar dari pertapaan
dengan membawa rangka Wau Bulan yang pada pendapat beliau ianya
merupakan peta penyerangan dan penaklukan semula empayar tersebut.

Sewaktu melancarkan serangan, Dewa Muda menjadikan Wau Bulan sebagai


panduan bagi menentukan lokasi yang sesuai untuk ditakluki. Serangan akan
dilakukan ke tempat di mana wau bulan yang telah dilepaskan tersebut jatuh.
Jika penaklukan tersebut berjaya, maka satu pesta akan diadakan dengan
menaikkan Wau Bulan tersebut.
Layang-Layang

Seni layang-layang kian hilang ditelan zaman


5 Mac 2014

LAYANG-layang dan wau adalah permainan tradisional yang kian pupus


ditelan zaman akibat peredaran masa dan pembangunan teknologi baru
sehingga menenggelamkan seni warisan ini.

Kewujudan seni warisan ini sangat sinonim di pantai timur Semenanjung dan
menjadi darah daging kepada penduduk di kawasan itu.

Namun, apa yang menyedihkan, seni warisan ini hanya dipelopori oleh
golongan warga emas dan sekiranya ia tidak diperturunkan kepada generasi
muda, nescaya ia akan terus hilang dari adat resam sebagai permainan tradisi
orang Melayu.

Walaupun terdapat layang-layang ‘segera’ di kedai atau pasar raya, buatannya


tidak akan sama jika dibandingkan dengan sentuhan hasil tangan sendiri
daripada pakar dalam pembuatannya, yang memerlukan sepenuh perhatian
dan ketelitian.

Kemahiran untuk membuat layang-layang dan wau bukanlah satu perkara


yang mudah untuk dipelajari tetapi ia tidak mustahil jika ada minat yang
mendalam untuk mempelajarinya sehingga menampakkan hasil yang
membanggakan.
TURUNKAN ILMU KERANA MINAT

Ini dipersetujui oleh Yasok Umat, 73, seorang pengajar dalam pembuatan
layang-layang dan wau di kawasan tempat tinggalnya di Kota Baharu,
Kelantan.

Beliau menurunkan ilmu pembuatan layang-layang dan wau kepada anak


muridnya di kampung. Itupun sekadar suka-suka sahaja kerana bilangan anak
muridnya adalah kecil.

"Saya memang suka mengajar kerana nampak kesungguhan mereka ketika


belajar dan saya mahukan ilmu ini diturunkan agar dapat diperluaskan
kepada generasi akan datang", katanya kepada Bernama dalam satu temubual
di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, anak muda masa kini memang susah untuk diperturunkan
ilmu, tetapi jika ada dan sekalipun jumlahnya kecil, itupun sudah memadai
baginya kerana mereka mahu mempelajari seni warisan Melayu.

Ayah kepada enam orang anak ini mempunyai 30 jenis layang-layang dan wau
dalam koleksinya yang dibuat sendiri hasil tunjuk ajar arwah ayahnya dahulu.
SERTAI PERTANDINGAN KERANA CINTAKAN SENI WARISAN

Menjadikan bapanya sebagai idola dalam pembuatan layang-layang dan wau


ternyata tidak silap kerana bapanya banyak memperturunkan ilmu kepadanya
sehinggalah Yasok mahir menghasilkan sendiri layang-layang dan wau.

Beliau dan rakannya tidak akan melepaskan peluang jika ada pertandingan
ataupun bengkel membuat layang-layang dan wau di seluruh negara.

"Pertandingan atau bengkel yang sering kami sertai bukanlah semata-mata


untuk memenanginya tetapi kerana rasa cinta akan seni warisan ini
membuatkan kami sanggup mengembara ke seluruh pelosok negara untuk
memartabatkannya kerana ia sudah sebati dalam diri sejak kecil lagi",
katanya.

Antara jenis wau yang menjadi koleksi simpanannya sehingga kini ialah wau
kucing, wau jala budi dan wau merak.

Bagaimanapun, layang-layang misai kucing yang dihasilkannya sendiri


menjadi kegemarannya dan sering dimainkan ketika beriadah pada waktu
petang.

Yasok adalah antara peserta yang hampir setiap tahun menyertai Festival
Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang sejak pertama kali ia diadakan pada
tahun 1995.

FESTIVAL PLATFORM TARIK MINAT ANAK MUDA

Festival layang-layang, yang bermula pada 19 Februari dan berakhir 23


Februari lepas, dilihat sebagai satu daripada platform untuk menarik minat
generasi muda untuk mempelajari seni warisan itu.

Antara program yang diadakan termasuk bengkel pertandingan membuat


layang-layang yang disertai seramai 90 orang dari dalam dan luar negara.
Inisiatif pihak penganjur bagi menyediakan bengkel pertandingan membuat
layang-layang ini sangat menggalakkan dan penyertaannya juga sentiasa
bertambah sejak bengkel ini pertama kali diadakan pada tahun 2011.

Bagi Lee Yue Jie, 17, ini adalah kali pertama beliau menyertai bengkel
pertandingan membuat layang-layang.

Pelajar Sekolah Menengah Seri Kota Puteri 2, Masai, berkata ini adalah
peluang yang terbaik baginya mempelajari seni warisan ini agar dapat
mengekalkannya.

"Ibu dan bapa juga tidak menghalang saya untuk menyertai bengkel
pertandingan ini malah sentiasa memberi sokongan yang menggalakkan. Saya
juga tidak meletakkan harapan untuk menang kerana itu bukanlah matlamat
saya", katanya yang menambah kata, aktiviti main layang-layang adalah satu
aktiviti keluarganya dalam usaha merapatkan hubungan sesama mereka.

WARISAN LAYANG-LAYANG TARIK MINAT WARGA ASING

Sementara itu, pemain layang-layang dari England, Pauline Tayloy, 58,


menyatakan sangat teruja dengan festival ini yang disertainya buat pertama
kali.

"Saya adalah pengajar membuat layang-layang di tempat saya, tetapi jumlah


pelajarnya adalah sedikit tidak melebihi 20 orang. Saya memang berminat
dengan pembuatan layang-layang sejak 20 tahun lepas", katanya.

Tayloy, yang mempunyai 50 jenis layang-layang hasil buatannya sendiri sejak


20 tahun itu, sentiasa disimpan dengan rapi di dalam koleksinya di rumah
dan sebagai panduan kepada pelajarnya untuk mencari idea.

Di England juga mempunyai festival seperti ini dan beliau tidak akan terlepas
setiap festival yang diadakan demi minatnya kepada layang-layang dan
festival kali ini adalah peluang yang terbaik untuk bertukar-tukar pandangan
dengan rakan yang lain.

"Sememangnya untuk menghasilkan sebuah layang-layang perlu menghadapi


pelbagai cabaran dan ia perlu diatasi dengan bijak kerana untuk permulaan
ianya akan gagal berulang kali dan terpaksa membinanya semula berulang
kali sehinggalah berjaya dihasilkan", katanya yang mempertaruhkan layang-
layang yang diperbuatnya sendiri daripada nilon dalam pertandingan kali ini.
UMUR BUKAN HALANGAN

Tayloy, yang mempunyai tujuh orang cucu, tidak menjadikan umurnya


sebagai penghalang untuk terus aktif dalam aktiviti bermain layang-layang
kerana merasa tenang dan kagum setiap kali layang-layang miliknya dapat
terbang ke atas awan.

"Suatu kepuasan yang luar biasa buat diri saya kerana ia tidak dapat
digambarkan, disebabkan itu saya akan terus memperjuangkan seni warisan
ini dan terus menyertai festival ini pada masa akan datang," katanya.

Seramai 403 peserta, yang terdiri daripada 169 peserta tempatan dan 234
peserta antarabangsa, menyertai pertandingan kali ini.

Sememangnya usaha Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) sebagai


penganjur terbesar acara tahunan antarabangsa ini mestilah diteruskan
kerana ia dapat menarik minat semua lapisan masyarakat.

Festival layang-layang kali ini mengetengahkan tema laman angin (wind


garden), yang mana layang-layang yang dihasilkan adalah daripada bahan-
bahan kitar semula.

Kelainan pada tahun ini juga memperlihatkan layang-layang ini tidak


diterbangkan tetapi dipacakkan di atas padang dan dibiarkan ditiup angin
secara semula jadi.

Penganjuran pada kali ini turut memperlihatkan banyak layang-layang


bermotifkan peralatan muzik tradisional melalui kategori pertandingan
layang-layang ciptaan dua dimensi peringkat sekolah Asean, layang-layang
rokkaku peringkat sekolah Asean, layang-layang train kite peringkat sekolah
Asean dan layang-layang tiga dimensi peringkat terbuka. - Bernama

Anda mungkin juga menyukai