Anda di halaman 1dari 2

Aku Sebatang Lilin

Aku sebatang lilin. Aku dilahirkan di sebuah kilang di negeri Pahang. Aku dibuat daripada campuran bahan kimia. Badanku berbentuk silinder dan berwarna putih. Aku berfungsi untuk menerangi keadaan yang gelap. Setelah siap diproses, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak bersama rakan-rakanku yang lain. Kemudian,aku dihantar ke sebuah kedai runcit. Aku diletakkan di rak bahagian tengah kedai itu. Suatu hari ,aku telah dibeli oleh seorang wanita pertengahan umur. Aku dibawa pulang dan disimpan di dalam almari. Pada suatu malam,bekalan eletrik terputus. Tuanku mengambil dan memasangku.a Aku dapat melihat keadaan sekeliling dengan cahayaku sendiri. Lebih kurang empat jam,badanku menjadi semakin pendek. Kini,aku sedar bahawa nyawaku akan berakhir bila-bila masa saja.

Akhirnya aku telah musnah buat selamalamanya. Walaupun usiaku tidak panjang ,namun aku berasa gembira kerana telah berkhidmat sepenuhnya kepada tuanku. Tan Weiryn 5B

Anda mungkin juga menyukai