Anda di halaman 1dari 15

Novel Meniti Impian : Sipnosis Bab 1, 2, 3 (Novel Tingkatan 2)

Sipnosis Bab 1 :
Pak Yusuf gelisah menanti sarapan pagi daripada isterinya Mak Temah. Kegelisahannya itu dapat dikesan oleh anak
saudaranya Zahar yang sedang menggergaji kayu di bengkel kayu milik Pak Yusuf.  Mak temah datang membawa
dulang berisi air kopi dan dua pinggan bihun. Mak temah meminta maaf daripada Zahar kerana lewat menghantar
sarapan dan Zahar menyatakan Mak Temah perlu meminta maaf kepada Pak Yusuf kerana dari tadi menunggu air
kopi yang merupakan minuman kegemarannya setiap pagi. Mak Temah berlalu dengan pesanan daripada Pak Yusuf
supaya menyediakan makan tengah hari dan juga mempelawa anak buahnya Zahar makan tengah hari bersama
mereka. Zahar mencadangkan supaya rak kasut yang sedang mereka buat ini di siapkan lebih awal supaya masalah
ketiadaan tempat meletak kasut di surau dapat diatasi. Pak Imam pasti sangat gembira dan mengucapkan terima
kasih kepada Pak Yusuf kerana menyiapkan rak kasut lebih awal daripada yang di minta. Pak Yusuf bukanlah tukang
kayu yang berkelulusan tinggi, dia hanya belajar sendiri untuk menjadi tukang kayu yang mahir. Hasil tukangannya
dapat dijual dengan harga yang murah dan berkualiti. Pak Yusuf bertanyakan Zahar mengenai permohonan ke IKM
namun Zahar masih lagi menunggu keputusan yang dijangka keluar minggu hadapan. Zahar menyatakan jika suatu
hari dia menjadi seorang tukang kayu yang mahir dia akan memberitahu orang yang pendorong utama dia berjaya
dalam bidang ini adalah bapa saudaranya Pak Yusuf.

Sipnosis Bab 2 :
Mak Kiah tersenyum melihat kepulangan Zahar terus bertanya kenapa Zahar tidak pulang makan tengah hari di
rumah. Zahar makan di rumah Pak Yusuf kerana tidak sampai hati menolak pelawaan bapa saudaranya itu. Mak Kiah
menunjukkan sekeping surat yang dihantar Posmen pagi tadi. Dari fizikal surat tersebut Zahar dapat mengagak surat
tersebut daripada IKM dan setelah dibuka Zahar tersenyum kerana telah ditawarkan mengikuti kursus pertukangan
perabut di IKM Sungai Petani.  Setelah selesai solat magrib, Zahar, Bakar dan Rahim duduk di bangku luar masjid.
Bakar mengusahakan kedai peninggalan arwah ayahnya dan sedang berusaha mengembangkan perniagaannya.
Zahar memberitahu rakannya bahawa dia telah ditawarkan untuk ke IKM dan rakanya mengucapkan tahniah kepada
zahar. Bakar mengusik Zahar tentang hubungannya dengan suhaili yang merupakan rakan rapat Zahar sewaktu di
bangku sekolah. Suhaili kini melanjutkan pelajaran di ITM dan sudah berada tiga dan menunggu keputusan
peperiksaan akhir. Zahar membaca semula surat tawaran memasuki IKM yang terletak di atas meja. Surat itu dengan
pantas mengembalikan ingatanya ke alam persekolahan yang telah ditinggalkannya lebih tiga tahun lalu. Namun
Zahar cepat sedar bahawa pelajaran yang akan diikutinya nanti amat jauh berbeza dengan pelajaran yang pernah
diikutinya semasa di sekolah menengah dulu.

Sipnosis Bab 3 :
Zahar gelisah mencari jalan untuk berhubung dengan suhaili. Kebetulan pada waktu itu jaringan telefon telah di
pasang di kampung mereka. Orang yang berkemampuan seperti Pak Karim iaitu ayah kepada Suhaili telah memasang
telefon di rumah mereka. Zahar berjaya menghubungi Suhaili dengan bantuan Rahim. Zahar dan Suhaili berjanji
untuk berjumpa pada keesokan hari di City Point Alor Setar. Zahar terimbas kembali kenangan sewaktu berada di
bangku sekolah. Suhaili seorang pelajar yang pandai tetapi pendiam. Sukar untuk pelajar lain terutama pelajar lelaki
untuk dekat dengannya kecuali Zahar. Mereka berdua sering diusik oleh rakan-rakan sekelas. Zahar dicabar oleh
Suhaili untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Beberapa hari sebelum peperiksaan
Zahar demam dan semasa peperiksaan berlangsung Zahar masih kurang sihat. Dia tidak mampu menjawab soalan
peperiksaan dengan baik. Zahar membayangkan reaksi Suhaili setelah tahu yang dia akan melanjutkan pelajaran
dalam bidang kemahiran.

Sipnosis Bab 4 :
Zahar ke Alor Setar untuk berjumpa dengan Suhaili dengan menaiki bas. Zahar sengaja datang awal untuk duduk-
duduk sambil minum di sebuah warung. Mereka sengaja berjumpa di Alor Setar supaya tidak di ketahui oleh orang
kampung dan tidak mahu perjumpaan mereka boleh menimbulkan cerita yang kurang enak. Zahar mundar-mandir
di ruang legar tingkat bawah City Point sementara menuggu kehadiran Suhaili. Ketika Zahar berdiri di tepi tangga
menghadap jalan, kelihatan Suhaili sedang melintas jalan dan datang ke arahnya. Suhaili yang berpakaian skirt
berwarna merah jambu, kembang berkedut dan baju juga berkedut di bahagian hadapan cukup menarik hati Zahar.
Mereka ke Restoran KFC yang terletak di sebelah kompleks MPKS. Selepas duduk membuat pesanan mereka
bertanya khabar. Sambil menikmati hidangan Zahar menyatakan tujuannya berjumpa dengan Suhaili. Zahar
memberitahu yang dia telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke IKM. Suhaili memandang rendah
dan mempersoalkan cabaran yang pernah dilontarkannya kepada Zahar ketika di bangku sekolah dahulu. Zahar
menjelaskan yang dia tidak pernah melupakan cabaran yang  pernah dibuat oleh Suhaili tetapi memberikan alasan
bahawa ibunya tidak mampu untuk menampung pengajiannya. Zahar juga menyatakan walaupun gagal menyahut
cabaran Suhaili dia tetap ingin membuktikan bahawa masih ada jalan lain untuk berjaya dalam hidup. Suhaili tetap
dengan pendiriannya dan memperlekehkan hasrat Zahar. Suhaili tergesa-gesa membuat bayaran dan terus
meninggalkan Zahar. Zahar berasa curiga dan mengikori Suhaili tampa pengetahuannya dan mendapati Suhaili
menaiki kereta yang dipandu oleh seorang lelaki tampan yang berusia lingkungan tiga puluhan dan terus
meninggalkan tempat tersebut.
Sipnosis Bab 5 :
Pak Yusuf menegur sikap zahar yang dari pagi kelihatan muram. Pak Yusuf cuba bertanya tentang masalah Zahar
yang menyebabkan dia bersikap demikian. Zahar menyembunyikan sebab sebenar dan memberikan alasan yang lain.
Mak Temah bertanya Zahar kemana Zahar pergi semalam dan tidak kelihatan. Zahar menyatakan yang dia ke Alor
Setar untuk membeli barang keperluan sebagai persediaan ke IKM.
Pak Yusuf mempelawa Zahar untuk makan tengah hari di rumahnya.

Sipnosis Bab 6 :
Zahar ditemani Pak Yusuf pergi ke Sungai Petani dengan menaiki teksi kepunyaan Pak Usin untuk mendaftar di IKM.
Teksi tersebut juga dinaiki oleh Tauke Lim yang mempunyai hal mustahak di Sungai Petani. Dalam perjalanan
mereka bersembang mengenai masa depan pelajar lulusan ITM dan IKM. Peluang kerja bagi pelajar lepasan ITM dan
IKM dikatakan mempunyai  peluang kerja yang baik dalam sektor kerajaan dan juga swasta. Ingatan Zahar terimbas
kejadian Suhaili dan pemuda kacak di Alor Setar tempoh hari. Sesampainya di IKM Zahar terus menuju ke tempat
pendaftaran. Setelah selesai mendaftar Zahar kembali mendapatkan Pak Yusuf. Kelihatan Pak Yusuf sedang duduk di
bangku simen dengan seorang lelaki separuh umur, berbadan tegap dan bersongkok. Pak Yusuf memperkenalkan
Zahar kepada Pak Cik Kamil yang sama-sama datang mendaftarkan anak perempuanya yang bernama Norimi. Ketika
Norimi datang kepada mereka Pak Cik Kamil memperkenalkan Norimi kepada Zahar dan Pak Yusuf. Mereka berbual
seketika dan seterusnya beredar ke asrama. Setelah mendapatkan kunci bilik Zahar dan Pak Yusuf bergerak ke
asrama. Mereka tertarik dengan beberapa orang pelajar yang sedang berkerumun di hadapan papan kenyataan.
Zahar membaca poster berkenaan minggu suai kenal pelajar baru yang perlu berkumpul di padang pada jam 230
petang. Zahar kembali melangkah di ikuti pak Yusuf dengan persoalan yang bermain di fikirannya mengenai minggu
suai kenal tersebut.

Sipnosis Bab 7 :
Bermulanya kehidupan Zahar sebagai pelajar IKM. Pada waktu petang selepas pendaftaran bermula program
oriantasi pelajar baharu IKM. Pelajar senior mengarahkan semua pelajar baru berkumpul di padang untuk tujuan
gotong royong. Zahar bersama rakan-rakan baharunya membersihkan kawasan belakang IKM yang akan didirikan
bangunan asrama baharu. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang di ketuai oleh seorang
pelajar senior. Pelajar perempuan ditugaskan untuk mengangkat rumput yang telah ditebas untuk dibawa ke tempat
pembakaran.  Selepas selesai gotong royong mereka diarahkan ke dewan makan untuk minum petang. Setelah selesai
minum pelajar diberi masa untuk berehat dan menguruskan diri. Program disambung pada sebelah malamnya.

Sipnosis Bab 8 :
Minggu suai kenal sudah berakhir. Semua pelatih baru telah ditempatkan dalam kelas mengikut bidang kursus
masing-masing. Cikgu Baharum, guru kelas Zahar memulakan kelas dengan memberi peluang kepada pelatih-
pelatihnya untuk berkenal-kenalan dengan lebih dekat. Seterusnya cikgu Baharum memberikan penerangan ringkas
latihan Pertukangan Perabut. Zahar berasa kagum melihat peralatan yang serba lengkap di dalam bengkel. Cikgu
Baharum membawa semua pelatihnya ke stor menyimpan  pelbagai jenis kayu dan papan bermacam-macam ukuran.
Zahar dan pelatih-pelatih lain tertarik melihat deretan mesin yang terletak di sebelah stor itu. Pada akhir kelas, Cikgu
Baharum membahagi-bahagikan alat pertukangan yang perlu kepada pelatih-pelatihnya. Cikgu Baharum
menyampaikan sedikit nasihat kepada semua pelatih. Zahar berjanji pada dirinya untuk berusaha bersungguh-
sungguh menjadi seorang pelatih yang berjaya dan membuktikan anggapan sesetengah orang yang memandang
rendah terhadap lulusan IKM itu tidak benar. Selepas minum petan, Zahar berjumpa dengan Norimi untuk kali
pertama sejak selesainya minggu suai kenal. Mereka berbual-bual sambil ditemani oleh Ramli dan Habsah. Mereka
merancang untuk keluar ke Sungai Petani untuk membeli alat-alat lukisan untuk kegunaan Norimi dan Habsah.

Sipnosis Bab 9 :
Zahar pulang ke kampung pada pagi hari sabtu setelah beberapa minggu berada di IKM.  Zahar berasa pelik dengan
suasana kampung setelah mula melangkah masuk ke kampungnya. Dua tiga orang laju berbasikal  menuju ke rumah
Pak Karim. Di sudut halaman rumah Pak Karim yang luas itu kelihatan orang sedang memasak menggunakan kawah
yang besar dan suasana agak riuh rendah. Zahar terfikir bermacam-macam perkara walaupun pada hakikatnya dia
tidak mahu memikirkan hal keluarga Pak Karim. Zahar terus melangkah pulang ke rumahnya. Adiknya Zakri
memaklumkan bahawa abang dan emaknya pergi ke rumah pak karim makan kenduri. Zahar menyalin pakaian dan
terus turun untuk ke rumah Pak Yusuf. Rumah Pak Yusuf lenggan kerana Pak Yusuf dan isnterinya ke rumah Pak
Karim. Zahar masuk kebangsal pertukangan Pak Yusuf melihat keadaan sekeliling yang tidak banyak berubah.
Terdapat sebuah almari pakaian yang sudah berdiri tegak. Dia teringat akan pesanan Cikgu Baharum bahawa perabut
yang bermutu tinggi bukan terletak pada ukiran yang unik tetapi juga pada kerja yang cermat, teliti, halus dan
berseni. Zahir terbayang suasana kenduri di rumah Pak Karim. Zahar di sapa oleh Pak Yusuf yang baharu saja tiba di
rumah. Pak Yusuf bertanyakan zahar bilakah dia sampai dan adakah dia pergi ke majlis kenduri di rumah Pak Karim.
Zahar mengatakan yang dia baru sahaja tiba dan segan untuk ke majlis tersebut. Zahar terbayang bengkel baru yang
lebih maju beroperasi di rumah Pak Yusuf. Lamunan Zahar putus dan dia melihat Mak Temah berjalan menuju ke
arahnya. Mak Temah mengusik Zahar dan bertanyakan soal Suhaili. Mak Temah mengajak Zahar untuk makan nasi
kenduri yang dibawa pulang dari rumah Pak Karim.

Sipnosis Bab 10 :
Setiap awal bulan, suasana di pejabat IKM agak sibuk. Zahar dan pelatih-pelatih berbaris menunggu giliran untuk
mengambil wang imbuhan masing-masing. Setelah menandatanggani baucar, wang imbuhan sebanyak RM 200 yang
diterimanya dengan perasaan gembira dan bersyukur. Dengan wang itulah dia menampung perbelanjaannya di IKM.
Setelah mengambil imbuhan, Zahar segera keluar menuju ke tempat surat. Kelihatan Norimi dan Habsah sedang
melihat sampul-sampul surat yang hampir memenuhi rak. Habsah menyatakan ada surat untuk Zahar. Norimi
bertanyakan daripada siapa surat tersebut dan Zahar menjelaskan bahawa surat ini datangnya daripada adiknya di
kampung. Norimi tidak berpuas hati dan merampas surat itu daripada Zahar untuk melihat sampulnya. Norimi
menyatakan surat itu bercop posnya di Shah Alam dan tulisan orang perempuan sambil melirik senyuman kelat
kepada Zahar. Zahar meminta semula surat itu daripada Norimi dan menafikan dakwaan Norimi itu. Perbualan
mereka terhenti apabila pengetua keluar dari pejabat dan Zahar melangkah pantas menuju ke kelasnya. Zahar
membelok ke tandas dan menatap sampul surat di tanganya. Dengan tidak sabar dia terus membuka sampul surat
dan membacanya. Rupa-rupanya surat itu dikirim oleh suhaili. Isi surat tersebut menyatakan hasrat Suhaili untuk
meleraikan ikatan hati kerana masing-masing memilih haluan yang berbeza. Suhaili juga menyatakan rasa hampa
dengan jalan yang dipilih oleh Zahar dan beranggapan haluan yang dipilih oleh Zahar tiada masa depan. Niatnya
untuk membuang air kecil terbantut disitu sahaja dan terus bergegas keluar dan berlajan pantas masuk semula ke
kelasnya. Zahar meneruskan kerjanya menyiapkan sebuah kerusi. Sementara menunggu cikgu Baharum datang
untuk melihat hasil kerjanya, fikirannya terbawa kembali pada surat yang diterimanya. Surat itu tidak akan
mematahkan semangat, sebaliknya terus menguatkan tekadnya untuk mencapai cita-citanya .Zahar berazam untuk
membuktikan bahawa dia boleh menjadi manusia yang berjaya dalam hidup yang penuh pancaroba ini.

Sipnosis Bab 11 :
Norimi dan Zahar bertengkar mengenai surat yang diterima Zahar tempoh hari. Dengan rasa tidak puas hati Zahar
memberikan surat tersebut untuk di baca oleh Norimi. Setelah selesai membaca barulah Norimi tahu perkara sebenar
yang di hadapi Zahar. Norimi datang menghampiri Zahar yang ketika itu sedang berdiri menghadap padang
memerhatikan rakannya bermain bola sepak. Zahar tidak menghiraukan Norimi. Norimi meminta maaf atas
sikapnya yang suka mengusik Zahar mengenai surat tersebut. Zahar berharap agar Norimi berpuas hati dengan ini
kandungan surat tersebut dan meminta Norimi menjadi penawar luka hatinya. Ramli menjerit memanggil Zahar dari
tengah padang dan Maarof berlari-lari anak menghampiri zahar dan mengajak Zahar dan mengajaknya berlatih
bersama kerana kekurangan pemain.
Sipnosis Bab 12 :
Bas yang membawa pasukan bola sepak IKM Sungai Petani dan penyokong-penyokongnya bergerak meninggalkan
perkarangan IKM Alor Setar. Maarof sebagai ketua pasukan memuji Zahar kerana menjaringkan gol tunggal dalam
perlawanan persahabatan tersebut dan meminta rakan-rakan memberikan tepukan kepada Zahar.  Zahar dengan
rasa rendah diri menyatakan kejayaan pasukannya bukan hanya bergantung kepada dirinya seorang tetapi kerjasama
semua pemain dan penyokong-penyokong. Maarof juga meminta semua pemain turun berlatih untuk
memperkemaskan permainan bagi menghadapi perlawanan akan datang.

Sipnosis Bab 13 :
Perlawanan timbal balik pertandingan bola sepak di antara pasukan bola IKM Alor Setar dan pasukan IKM Sungai
Petani berlangsung sengit. Namun pasukan bola sepak IKM Sungai Petani memenangi perlawanan tersebut dengan
jaringan 1-0. Kemenangan mereka dibantu oleh ketangkasan Redzuan menjaga gawang dan sokongan pelatih dan
tenaga pengajar yang memberikan sokongan di tepi padang. Pasukan bola sepak Sungai Petani tidak begitu meraikan
kejayaan kerana menghormati pasukan lawan sehingga mereka pulang. Mereka merancang untuk mengadakan
perlawanan persahabatan dengan pihak luar untuk mengeratkan perhubungan.

Sipnosis Bab 14 :
Sebelum bermulanya peperiksaan, semua kegiatan luar ditangguhkan sementara waktu. Semua pelatih gigih
membuat persediaan untuk peperiksaan. Pelatih-pelatih baharu akan mengambil peperiksaan asas.  Zahar awal-awal
lagi berazam untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Tiba hari peperiksaan semua pelatih awal-awal lagi sudah
berada di dalam bengkel. Tanpa melupakan pesanan Cikgu Baharum, Zahar memulakan peperiksaan dengan tenang.
Hari pertama peperiksaan berakhir,  Zahar berasa cukup puas hati dengan hasil kerjanya. Bila peperiksaan di
sambung keesokan harinya, Zahar semakin yakin dengan kebolehan dirinya. Dua minggu selepas peperiksaan, semua
pelatih bercuti semester selama tiga minggu. Cuti adalah peluang yang dinantikan oleh Zahar untuk mempraktikkan
kemahiran yang ditimbanya di IKM bagi membantu Pak Yusuf di bengkelnya.

Sipnosis Bab 15 :
Kesempatan bercuti di kampung memang menggembirakan Zahar. Apatah lagi keadaan ibunya sihat dan dapat
bekerja dengan baik. Cuma mengusik hatinya apabila terpaksa melintasi rumah Suhaili untuk sampai ke
rumahnya.Walaupun hatinya terusik, pada masa yang sama usikan itu menguatkan lagi awamnya untuk mengorak
langkah hingga ke mercu kejayaan. Selepas sarapan pagi, Zahar terus ke rumah Pak Yusuf. Pak Yusuf terkejut dengan
kepulangan Zahar dan mereka berbual-bual dengan mesra. Kemunculan Mak Temah membantutkan perbualan
mereka. Mak Temah juga terkejut dengan kedatangan Zahar pada pagi itu. Pada masa yang sama gembira kerana
Zahar dapat membantu Pak Yusuf yang akhir-akhir ini banyak mendapat tempahan membuat perabot.

Sipnosis Bab 16 :
Setelah tiga bulan menunggu denga penuh debaran, keputusan peperiksaan yang di nanti-nantipun diumumkan.
Zahar telah lulus dengan cemerlang. Cikgu Baharum juga tersenyum girang kerana hanya seorang sahaja pelatihnya
gagal dan dikehendaki mengulang semula peperiksaan. Cikgu Baharum memberi nasihat kepada semua pelatihnya
agar tidak lalai dan berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai. Suasana gembira dengan keputusan peperiksaan
bukan sahaja tercetus dalam kalangan pelatih-pelatih Pertukangan Perabut tetapi juga semua pelatih yang
mengambil peperiksaan asas. Norimi juga mendapat keputusan yang cemerlang.

Sipnosis Bab 17 :
Enam bulan yang dilalui terasa cukup singkat. Pelatih-pelatih perlu bekerja keras menjalani latihan yang lebih
intensif kerana akan menduduki dua peperiksaan dalam masa yang singkat. Zahar tidak menghadapi sebarang
masalah. Doa restu daripada ibu dan dorongan daripada Pak Yusuf membuatkan fikirannya sentiasa tenteram dan
bersemangat untuk berjaya dalam peperiksaan berikutnya. Dalam masa yang sama, ingatannya pada Suhaili kian
luput. Pengalaman pertama semasa menduduki peperiksaan asas, bayak membantu Zahar dan rakan-rakannya ketika
menduduki peperiksaan peringkat pertengahan. Peperiksaan akhir  sijil IKM pula diadakan selepas tiga minggu
peperiksaan peringkat pertengahan. Zahar dan rakan-rakannya menduduki peperiksaan itu dengan lebih yakin.
Seminggu sebelum bermulanya cuti semester ketiga, pelatih-pelatih di maklumkan mengenai latihan di dalam loji
yang diwajibkan kepada mereka. Zahar yang tidak banyak kerenah dan sanggup di hantar kemana sahaja, menerima
dengan senang hati tawaran latihan di dalam loji di sebuah kilang perabot di Kemunting, Perak. Begitu juga dengan
Ramli, Habsah, dan Norimi yang mendapat tempat latihan dalam loji pilihan masing-masing. Satu majlis perpisahan
telah diadakan secara sederhana sahaja. Pengetua berucap memberikan kata-kata nasihat kepada pelatih-pelatih
yang telah tamat kursus mereka. Majlis peperiksaan yang diatur secara tidak formal pada malam itu berlangsung
dalam suasana yang mengharukan kerana mengenagkan kemesraan yang terjalin selama ini akan berakhir dengan
peperiksaan.

Sipnosis Bab 18 :
Selama tiga minggu bercuti di kampung, Zahar sibuk dengan kerjanya. Setelah seminggu membantu ibunya, barulah
zahar berpeluang pak Yusuf pula. Selepas menghabiskan cuti, Zahar ke Taiping untuk menjalani latihan dalam loji di
kilang perabot Usaha Bersatu Sendirian Berhad. Ketua Unit Personel menyambut ketibaan Zahar dengan mesra.
Seterusnya Zahar diperkenalkan kepada Encik Manaf, Penyelia Unit Pengeluaran. Zahar di bawa ke blok pengeluaran
untuk melihat operasi pengeluaran perabot. Pada waktu rehat tengah hari, Zahar berpeluang berkenalan dan
beramah mesra dengan pekerja kilang.  Di situlah Zahar berkenalan dengan Razali yang mengajaknya tinggal
bersama-sama.

Sipnosis Bab 19 :
Suhaili gelisah apabila terpandang Zahar dari dalam pejabatnya. Suasana pejabat yang dingin ibarat haba pada waktu
itu. Perasaan Suhaili bercampur baur dan dia berasa tidak bersemangat untuk meneruskan kerjanya.  Suhaili 
berjalan ke bahagian Personel yang terletak tidak jauh dari bahagian pemasaran untuk berjumpa Miss Ooi, Ketua
Unit Personel  bertanyakan tentang Zahar.

Sipnosis Bab 20 :
Setelah dua minggu mengikuti latihan, Zahar sudah dapat menyesuaikan diri sepenuhnya dengan suasana kerja di
kilang. Dia mudah didekati dan hubunganya dengan rakan-rakan sekerja begitu mesra walaupun baru dua minggu
bertegur sapa.  Zahar bertuah dapat berkawan dengan Razali yang rajin dan tidak banyak kerenah. Zahar yang
ditugaskan di bahagian pemasangan, bekerja dengan tekun. Zahar dikejutkan oleh kedatangan Encik Manaf yang
memaklumkan Ketua Unit Pemasaran ingin berjumpa dengannya. Zahar terus ke bahagian pemasaran dengan
perasaan berdebar dan tertanya-tanya. Zahar amat terkejut kerana orang yang ingin berjumpanya ialah kawan
lamanya, Suhaili. Zahar serius dalam perbualan mereka namun Suhaili kelihatan cuba untuk senyum dan berbaik-
baik. Kerana berselisih pendapat Zahar dan Suhaili bertengkar sehingga menyebabkan Zahar bangun meninggalkan
bilik dengan tergesa-gesa.

Sipnosis Bab 21 :
Zahar duduk di meja ruang tamu menghirup kopi setelah pulang dari kerja. Dia teringat rakan-rakannya di kampung 
dan juga Norimi yang merupakan kawannya di IKM. Surat tidak sempat untuk di hantar kerana dia tidak   ada
perasan untuk menulis surat. Ketika mula menulis, Razali tiba dengan membawa bungkusan plastik berisi kuih.
Zahar berhenti menulis dan  menikmati minum petang bersama Razali. Ketika minum bersama, razali bertanyakn
Zahar yang kelihatan muram setelah berjumpa dengan Penolong Ketua Unit Pemasaran. Pada mulanya Razali ingin
merahsiakan hal tersebut tetapi akhirnya terpaksa menceritakan perkara yang sebenar kepada Razali.
.
Sipnosis Bab 22 :
Setelah berbulan bulan menjalani latihan, Zahar menerima berita gembira yang dia telah lulus dengan cemerlang
dalam peperiksaan pertengahan tahun dengan mendapat pangkat satu. Zahar sedar Suhaili cuba berbaik semula
dengannya tetapi dia masih mampu mengelak daripada berselisih dengan Suhaili. Dia juga tahu Suhaili masih
berhasrat untuk menemuinya. Bukan dia tidak mahu menemui Suhaili, tetapi bagi Zahar tiada gunanya dia menemui
Suhaili untuk berbual kosong kerana hal tersebut hanya akan mengembalikan kenangan lama. Kenangan lama akan
tetap di padamkan dengan apa jua cara. Dia lebih senang berehat selepas pulang dari kerja. Jika tidak berjoging atau
ke bandar Taiping untuk membeli keperluan, masanya dihabiskan dengan menulis dan membalas surat kawan-
kawannya. Zahar lebih tertarik membaca surat daripada Norimi yang penuh dengan kata-kata puitis  dan ada
persoalan yang sukar untuk dijawab. Pengalaman telah mengajarnya supaya tidak terlalu emosional. Dia tidak mahu
terperangkap dalam sangkar rasa yang boleh menggoyahkan cita-cita yang belum tercapai. Tempoh enam bulan
menemui kesudahannya. Begitu cepat masa berlalu meninggalkan kenangan manis dan pahit sepanjang menjalani
latihan di dalam loji. Zahar terharu apabila diraikan dalam satu majlis ringkas yang di adakan untuknya. Selepas
majlis itu berakhir, dia sempat bertemu dengan Suhaili.

Sipnosis Bab 23 :
Setelah berfikir masak-masak Zahar membuat keputusan bahawa bengkel perabot yang akan didirikannya mestilah
terletak atas tanah milik ibunya sendiri. Zahar bersyukur dengan pembangunan kampungnya dan berasa rugi jika
pembangunan yang di salurkan oleh kerajaan tidak di manfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat setempat. Ibunya
cukup gembira mendengar perancangannya untuk membina bengkel perabot di halaman rumah mereka dan Pak
Yusuf tidak membantah. Zahar berasa dirinya cukup bernasib baik kerana pinjaman yang dimohonnya lulus dalam
masa yang singkat. Sumbangan Pak Yusuf dan wang elaun serta saguhati semasa menjalani latihan di dalam loji
dahulu membolehkannya membina sebuah bengkel lengkap dengan mesin utama. Masyarakat kampung bekerjasama
mendirikan bengkel tersebut dan disajikan dengan jamuan makan tengah hari.

Sipnosis Bab 24 :
Bengkel Perabot Meniti Impian semakin dikenali ramai setelah tersiarnya rencana “Kejar Kejayaan Selepas Dihina
Kekasih”. Zahar memilih nama “Meniti Impian” kerana nama itulah paling sesuai bagi mendukung makna yang besar
dan tersendiri pada dirinya. Perniagaanya semakin maju, malah Zahar juga menawarkan tiga tempat di bengkelnya
kepada pelatih Pertukangan Perabot yang terlibat dengan latihan di dalam loji. Pak Yusuf memainkan peranan
penting dalam membantu Zahar memasarkan perabutnya. Zahar sendiri juga berusaha untuk mendapatkan pasaran
luar bagi mengembangkan lagi perniagaannya. Pihak mara juga cuba membantu untuk memasarkan barangan
pengusaha-pengusaha perabut bumiputera. Ketika berehat di ruang tamu bersama Pak Yusuf selepas makan tengah
hari, posmen tiba dan menghulurkan dua pucuk surat kepada zahar. Zahar mendapat dua pucuk surat daripada
Suhaili dan Norimi. Pak Yusuf dan Mak Kiah bertanyakan Zahar dari mana datangnya surat tersebut. Zahar
menyatakan surat tersebut daripada Norimi yang mengatakan akan datang pada hari penyampaian sijil di IKM
bersama ayahnya nanti.

TEMA
Kegigihan seorang remaja dalam mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang usahawan.
– Zahar gigih menuntut ilmu di IKM dalam bidang pertukangan kerana ingin mencapai cita-citanya untuk menjadi
usahawan perabot yang cemerlang.
– Kegigihan juga dapat digambarkan melalui usahanya membantu bengkel Pak Yusuf dalam menyiapkan tempahan
setiapa kali pulang bercuti di kampung.

PERSOALAN
1. Usaha yang membawa kejayaan
 Zahar sangat tekun berusaha menuntut ilmu di IKM dan menjalani latihan dalam loji yang akhirnya berjaya
mempunyai bengkel perabotnya sendiri.
2. Minat dan kebolehan diri
 Pak Yusuf membuka bengkel perabot secara kecil-kecilan walaupun dia tidak mempunyai sijil kemahiran
dalam bidang tersebut.
 Zahar sangat meminati bidang pertukangan dan banyak belajar daripada Pak Yusuf sehingga dia berjaya
menjadi pelajar cemerlang di IKM
3. Konflik percintaan dalam kalangan remaja
 Zahar mempunyai perasaan terhadap Suhaili tetapi Suhaili tidak menyukai Zahar kerana taraf pendidikan
mereka berbeza.
 Norimi menaruh perasaan kepada Zahar tetapi amat cemburu.
4. Keharmonian hidup di kampung
 Majlis kenduri kesyukuran yang berlangsung di rumah Pak Karim dihadiri oleh semua orang kampung yang
membantu dalam menyediakan hidangan untuk majlis tersebut.
 Orang kampung bergotong-royong membantu Zahar untuk mendirikan bengkel perabotnya dan Zahar
menjamu mereka dengan hidangan tengah hari.
5. Persahabatan yang ikhlas
 Razali ikhlas membantu Zahar ketika Zahar menjalani latihan dalam loji dengan menumpangkan Zahar di
rumahnya.
 Zahar dan rakan-rakan di IKM serta di kampung saling memberi sokongan antara satu sama lain.

WATAK UTAMA DAN PERWATAKAN


 Zahar
– Anak sulung daripada tiga adik-beradik lelaki.
– Berusia awal 20-an
– Telah kematian bapa dan ibunya bernama Mak Kiah.
– Mempunyai bapa saudara sebelah ibu bernama Pak Yusuf
– Zakri dan Halim merupaka adik lelaki Zahar
– Pandai bermain bola sepak
– Bercita-cita membuka bengkel perabotnya sendiri.
– Menamatkan persekolahan di peringkat SPM
– Lulusan IKM
– Berkawan dengan Ramli,Norimi dan Habsah di IKM.
– Berkawan dengan Bakar,Rahim dan Suhaili di kampung halamannya.

 Perwatakan :
1. Seorang yang rajin
Contohnya:
Sejak setahun yang lalu, Zahar bekerja di bengkel Pak Yusuf membuat perabot tempahan penduduk
kampung dan jiran-jiran.
2. Tidak mudah putus asa
Contoh:
Sejak berhenti sekolah tiga tahun yang lalu,Zahar telah memohon pelbagai jawatan dan telah beberapa kali
menghadiri temu duga, tetapi belum juga berjaya.
3. Anak yang baik
Contoh:
Zahar hanya berjimat-cermat dengan wang imbuhan sebanyak Rm200 yang diterimanya setiap bulan
kerana dia tidak mahu menyusahkan ibunya yang turut membiayai persekolahan dua adiknya.
4. Seorang yang tegas
Zahar menolak tawaran Suhaili yang ingin membantunya mendapatkan pekerjaan di kilang tempat dia
menjalani latihan dalam loji di Kamunting kerana dia ingin berjaya dengan usahanya sendiri.
5. Seorang yang tekun
Zahar tekun mendengar setiap nasihat yang diberikan oleh Cikgu Baharum sepanjang pengajiannya di IKM.
6. Rasional
Walaupun dihina dan dipandang rendah oleh Suhaili, namun Zahar tidak murah berasa marah sebaliknya
berazam untuk menjadi usahawan perabot suatu hari nanti.
7. Mempunyai sikap setiakawan
Zahar menganggap kemenangan mengalahkan pasukan bola sepak IKM Alor Setar bukan sumbangan
peribadnya malahan usaha seluruh ahli pasukannya.
8. Taat kepada agama
Zahar rajin pergi bersolat Maghrib dan Isyak di masjid semasa di kampungnya.
9. Tahu membalas budi
Setelah berjaya, Zahar menawarkan tiga tempat di bengkelnya untuk pelatih IKM yang terlibat dengan
latihan dalam loji, sebagai memenuhi tanggungjawab sosialnya.
10. Cinta akan kampung halaman
Zahar menanam azam untuk berjaya sebagai tukang perabot/usahawan perabot sejak mula dia diterima
menjadi pelatih IKM.
11. Seorang yang berdikari
Zahar sedar bahawa dia tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada nama Pak Yusuf, jadi dia berusaha
mengembangkan pasaran perabotnya ke Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Kota Bharu.
WATAK SAMPINGAN DAN PEWATAKAN 

1. PAK YUSUF
– Bapa saudara kepada Zahar
– Berusia dalam lingkungan 60-an
– Tubuh badan yang masih sihat
– Mempunyai bengkel sendiri
– Mempunyai seorang isteri bernama Mak Temah
– Mempunyai dua orang anak yang sedang menuntut di universiti

Pewatakan :
1. Mengambil berat
Contoh:Pak Yusuf menghantar Zahar mendaftar diri di IKM kerana mengambil berat akan keperluan anak
saudaranya.
2. Bertanggungjawab
Contoh: Walaupun tahu Zahar boleh menyiapkan rak kasut masjid itu sendiri, tetapi atas rasa tanggungjawab,dia
berusaha menyiapkanya dengan bantuan Zahar.
3. Gigih bekerja
Contoh:Pak Yusuf gigih bekerja di bengkel perabot menyiapkan tempahan perabot di samping bekerja di kebun.
4. Pemaaf
Contoh:Pak Yusuf senang memaafkan isterinya walaupun Mak Temah sesekali terlambat menghidangkan makanan.
5. Rajin bekerja
Contoh:Sejak awal pagi lagi,selepas sarapan Pak Yusuf telah pergi ke bengkel untuk menyiapkan tempahan perabot.

2. SUHAILI
– Berbadan tinggi lampai
– Berbibir nipis
– Berkulit putih kuning
– Berlesung pipit di ppi kanan
– Kawan sekelas Zahar
– Anak ketua kampung, Pak Karim
– Lulusan ITM
– Pernah bekerja di Petaling Jaya
– Berjawatan sebagai Penolong Ketua Unit Pemasaran

Pewatakan :
1. Mengakui kesalahan
Contoh:Suhaili mengakui kesalahanya menghina dan memandang rendah terhadap Zahar dengan mengatakan
lulusan IKM tidak ada masa depan yang cerah.
2. Memandang rendah terhadap orang lain
Contoh:Suhaili memandang rendah kepada Zahar yang akan menjadi Pelatih IKM.Diamenganggap bahawa lulusan
IKM tidak mempunyai masa depan yang cerah.
3. Mudah putus asa
Contoh:Suhaili berhenti kerja di Petaling Jaya kerana tidak tahan dengan tekanan kerja dan kesesakan lalu lintas di
sana.

3. RAMLI
– Kawan baik Zahar
– Berasal dari Pulau Pinang
– Pelatih Kursus Pertukangan Perabot IKM
– Ahli pasukan bola sepak IKM Sungai Petani

Pewatakan :
1. Suka mengusik
Contoh:Ramli suka mengusik Zahar dengan Norimi apabila melihat mereka berbual-bual.
2. Cekap bermain bola sepak
Contoh:Ramli berjaya melerek bola ke gawang pihak lawan setelah mendapat tendangan daripada Zahar.

4. NORIMI
– Kawan Zahar
– Berasal dari Johor Bahru
– Mengikuti kursus Lukisan Seni Bina
Pewatakan :
1. Lemah-lembut
Contoh:Pak Yusuf yang pernah bertemu dengan Norimi mengangganya seorang gadis yang lemah-lembut dan
berbudi bahasa.
2. Mudah tersenyum
Contoh:Norimi tersenyum apabila terpandang wajah Zahar
3. Cemerlang dalam pelajaran
Contoh:Norimi mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan asas.
5. MAK TEMAH

– Isteri Pak Yusuf


– Berbadan gempal

Pewatakan :
1. Seorang isteri yang bertanggungjawab
Contoh:Mak Temah sentiasa menyediakan hidangan makanan untuk suaminya, Pak Yusuf.
2. Suka mengusik
Contoh:Mak Temah mengusik Zahar apabila mengetahui Zagar pernah bertemu dengan Suhaili di Pekan Alor Setar.
3. Mengambil berat
Contoh:Mak Temah menyuruh Zahar makan makanan yang dibawa balik dari kenduri rumah Pak Karim kerana dia
pasti Zahar belum makan lagi.
4. Rajin memasak
Contoh:Mak Temah menyediakan gulai iakn talang kering,ulam pucuk pegaga dan sayur tumis pucuk paku untuk
hidangan tengah hari.

PLOT
Permulaan :
Zahar yang telah lebih setahun bekerja di bengkel perabot pak ciknya,Pak Yusuf tekun bekerja pada pagi itu untuk
menyiapkan rak kasut yang ditempah oleh iman masjid.
Sejak berhenti sekolah tiga tahun yang lalu,pelbagai jawatan telah cuba dipohon oleh Zahar tetapi gagal.
Zahar gagal memasuki Tingkatan 6 di sekolah kerajaan dan ibunya Mak Kiah tidak mampu membiayai pelajarannya
di Tingkatan 6 di sekolah swasta.
Mak Temah, isteri Pak Yusuf dengan setia menghidangkan makanan untuk suami dan Zahar.
Pak Yusuf teringat akan keadaan jemaah di masjid yang semakin ramai sehingga kejadian kehilangan kasut semakin
kerap berlaku.
Pak Yusuf bertanya tentang temu duga IKM yang telah dihadiri oleh Zahar beberapa minggu yang lalu. Dia berharap
agar Zahar berjaya dalam temu duganya.

Perkembangan :
Mak Kiah menyerahkan surat tawaran IKM yang telah lama ditunggu oleh Zahar.Diamendapat tawaran kursus
Pertukangan Perabot di IKM Sungai Petani.
Selepas mandi, Zahar pergi ke masjid untuk memberitahu rakannya Bakar dan Rahim bahawa dia telah diterima
masuk ke IKM. Bakar mengusik Zahar agar segera memaklumkan kepada Suhaili tentang tawaran tesebut.
Zahar berasa rendah diri menyedari perbezaan tahap pendidikan mereka kerana Suhaili belajar di IKM manakala dia
akan memasuki IKM sahaja.
Sekembalinya dari masjid, Mak Kiah sedang menjahit pakaian manakala adik-adiknya sedang menyiapkan kerja
sekolah.
Zahar tidak menyangka dia akan menjadi tukang perabot sedangkan cita-citanya ialah ingin belajar dalam Pengajian
Perniagaan di ITM.
Zahar menghubungi Suhaili untuk memberitahu kejayaanya memasuki IKM. Mereka berjanji untuk bertemu di City
Point, Alor Setar pada keesokan harinya.
Zahar teringat peristiwa Suhaili mencabarnya agar mendapat Gred Satu dalam peperiksaan SPM.
Zahar menaiki bas ke Stesen Bas Alor Setar untuk bertemu Suhaili.
Suhaili terkejut apabila diberitahu bahawa Zahar akan memasuki IKM. Dia menganggap keputusan Zahar
menunjukkan dia mudah berputus asa.
Zahar berasa terentak dengan kata-kata penghinaan Suhaili terhadap lulusan IKM yang dianggap tidak mempunyai
masa depan.
Penghinaan Suhaili menguatkan lagi azam Zahar untuk berjaya menjadi usahawan perabot.
Pendaftaran Zahar di IKM menemukannya dengan rakan baharu seperti Norimi dan Ramli.
Mereka bersama-sama dengan pelajar baharu yang lain membersihkan kawasan semak semasa minggu suai kenal.
Di dalam kelas, Cikgu Baharum mengingatkan pelatih-pelatih agar menunjukkan minat dan kesungguhan serta
kreativiti mereka sepanjang kursus di IKM.
Zahar dan Norimi mendeklemasikan sajak nukilan mereka sendiri dalam majlis penutupan minggu suai kenal.
Semasa pulang ke kampung, Zahar melalui rumah Suhaili yang sedang meriah dengan kenduri meraikan kejayaan
Suhaili mendapat pekerjaan di Petaling Jaya.
Mak Temah memberitahu Zahar bahwa dia tahu akan pertemuan antara Zahar dan Suhaili di bandar Alor Setar.
Walaupun hanya mendapat RM200.00 pada setiap awal bulan, Zahar berjimat kerana tidak mahu menyusahkan
ibunya di kampung.
Zahar menerima surat daripada Suhaili agar Zahar melupakannya dan hal ini menyebabkan Zahar berasa sangat
terhina.
Zahar menyertai pertandingan bola sepak mewakili pelatih IKM sehingga menyumbang kejayaan kepada mereka.
Sebulan sebelum peperiksaan asas, Zahar dan pelatih-pelatih yang lain menumpukan perhatian terhadap
peperiksaan yang akan dihadapi oleh mereka.
Cikgu Baharum menasihati mereka agar cermat dan teliti menyiapkan projek yang akan menentukan kejayaan
mereka.
Beberapa bulan selepas peperiksaan, Zahar telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaannya. Begitu
juga dengan rakannya Norimi.
Majlis perpisahan diadakan selepas enam bulan mereka bekerja keras menjalani latihan yang lebih intensif untuk
mendapat sijil MLVK.
Ucapan pengetua agar menjadikan ilmu dan kemahiran yang ditimba di IKM sebagai asas yang kukuh untuk
berkembang maju pada masa hadapan terus tersemat dalam jiwa Zahar.

Puncak / Klimaks :
Selepas bercuti selama tiga minggu,Zahar telah diterima untuk menjalani latihan dalam loji di kilang Perabot Usaha
Bersatu di Kamunting.
Zahar bertemu Razali seorang daripada pekerja di kilang itu yang telah mempelawa Zahar tinggal bersama-samanya
selama dia menjalni latihan di sana.
Suhaili berasa terganggu dengan kehadiran Zahar di kilang itu.
Suhaili meminta maaf atas kata-kata penghinaan yang menghiris perasaan Zahar suatu masa dahulu.
Zahar menolak bantuan Suhaili yang ingin membantunya mendapatkan jawatan tetap selepas tamat latihan.
Zahar menegaskan prinsip hidup bahawa dia mahu berdikari dengan titik peluhnya sendiri tanpa bantuan Suhaili.
Zahar meninggalkan Suhaili dengan kata-kata bahawa haluan hidup mereka telah berbeza.

Peleraian :
Zahar dapat menjalani latihan dalam loji di Kilang itu selama enam bulan dengan cemerlang.
Zahar berasa sangat gembira kerana dia telah berjaya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan peringkat
pertengahan dengan mendapat Pangkat Satu.
Zahar sedar Suhaili cuba berbaik-baik dengannya tetapi cuba dielakkan oleh Zahar.
Semasa majlis ringkas meraikan Zahar Miss Ooi yang mewakili pengurusan kilang memuji kerajinan dan prestasi
cemerlang sepanjang dia menjalani latihan.
Zahar meminta Suhaili melupakan kenangan lama antara mereka. Biarlah mereka kekal sebagai sahabat dan jiran
sekampung sahaja.

Penutup :
Zahar membuat keputusan untuk mendirikan bengkel di tanah milik ibunya.
Pak Yusuf tidak membantah malah bersedia memindahkan peralatannya sekiranya diperlukan oleh Zahar.
Zahar berasa dirinya bertuah kerana tidak sampai sebulan dia berjaya mendapat pinjaman sebanyak RM10.000
daripada MARA dan dicampur RM5000 sumbangan Pak Yusuf dan wang elaun yang dikumpulnya untuk membina
bengkel yang lengkap.
Penduduk kampung bergotong-royong untuk mendirikan bengkel baharu milik Zahar.
Sejak tersiarnya rencana ” Kejar Kejayaan Lepas Dihina Kekasih” Bengkel Perabot Meniti Impian semakin dikenali
ramai.
Zahar bercadang untuk memperluas pasaran perabotnya ke Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Kota Bahru.
Zahar menerima sepucuk surat daripada Suhaili tetapi dia tidak meneruskan pembacannya sebaliknya dia membaca
surat kedua yang diterimanya daripada Norimi. Zahar tersenyum membaca surat itu.

TEKNIK PLOT
Imbas Kembali
Contoh:
1. Pada saat begitu ingatanya kembali menjangkau suasana masa lampau, Jauh benar bezanya dengan suaana
sekarang. Jemaaah semakin ramai. Sedangkan rak tempat menyimpan kasut tidak bertambah.
2. Surat itu cepat mengembalikan ingatannya ke alam persekolahan yang telah ditinggalkanya lebih tiga tahun yang
lalu.
3. Pertemuan yang tidak diduga itu bagaikan mengundang kembali kenangan masa lampau. Kenangan yang cuba
dilupakanya.
4. “Aku cabar kau dalam peperiksaan SPM nanti, kita mesti dapat gred satu, sekurang-kurangnya kepujian Bahasa
Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan sains bagi membolehkan kita memasuki ITM” kata-kata Suhaili itu tiba-
tiba menjengah kembali ingatannya.

Imbas Muka
Contoh:
1. Pak Yusuf benar-benar berasa dadanya lapang. Segera terbayang di matanya , wajah tok imam tersenyum gembira
kerana rak yang ditempah siap lebih awal daripada dijangkakan.
2. Zahar cepat terbayang bertapa bangsal yang menjadi bengkel itu bertukar menjadi sebuah bengkel yang serba
lengkap. Beberapa orang pekerja sedang sibuk menyiapkan kerusi dan meja yang ditempah oleh sebuah syarikat
pengedar.

Monolog Dalaman
Contoh:
1. Mengikut kata Zakri, Suhaili telah mendapat kerja di Petaling Jaya. Kerja apa? di firma atau jabatan kerajaan?
Ah, mengapa fikiran ini mengembara sejauh itu?
2. Sesuatu yang bergelombang dalam fikirannya kini tenang kembali, Memang aku yang bersalah. Mengapa mulut ini
celuar mengungkit-gungkit tentang surat itu, sedangkan daripada reaksi Zahar, aku tahu dia tidak suka aku
mengungkitnya, apalagi di tengah rakan-rakan yang lain
3. Di mana lagi aku akan mencarinya, jika tidak di sekitar tempat ini,bisik hatinya
4. Siapa yang akan dolantik menjadi imam nanti? Pertanyaan itu cepat mengetuk kotak fikiran Zahar.

Dialog
Contoh:
“Kita mesti siapkan bangku panjang ni, petang ni juga,ya pak cik,” usul Zahar sambil menyusun kayu yang digergaji
tadi.
“Ya besok kta mesti siapkan mejanya pula,” balas Pak Yusuf dengan wajah ceria.
“Lusa pula pak cik? tanya Zahar.
“Lusa aku hantar kau ke IKM. Setuju?”

Kejutan / Saspens
Contoh:
1. Apakah reaksi Suhaili nanti?
acahan Bakar kembali memancing keinginan itu.
2. Soalnya, bila Zahar masuk periksa semula? Setahunya Zahar macam sudah putus asa. Tidak ulangi SPMnya. Tetapi
bukan mustahil jika dia ambil periksa secara diam-diam. Kini apabila dah berjaya, baru nak beritahu.
Ah, Zahar, kau ni lagi-lagi nak bagi aku saspen!
3. Masalahnya sekarang,aku terpaksa berdepan dengan seorang penolong ketua unit yang belum aku kenal.
Bagaimana perawakannya?
4. Besar juga kenduri Pak Karim ni, hati Zahar berbisik lalu melangkah semula. Tetapi untuk apa Pak Karim buat
kenduri pada hari sabtu, hujung bulan pula ni? Kenduri kesyukuran atau kenduri kahwin?

GAYA BAHASA
Metafora
– … memukul tangkai hatinya
– … kuntum kegembiraan mengenang di hatinya
– Zahar tidak mahu gelombang resah
– kita nyalakan obor semangat dalam diri kita

Hiperbola
– Zahar yang duduk di hadapan kelas,mengunyah kata- kata CIkgu Baharum selumat- lumatnya
– lidah api sedang menjelir,memamah punggung kawah
– perutnya yang berkeroncong,dipulas oleh hentakan bas sepanjang perjalanan

Personifikasi
– panas yang membakar atas zink bengkel
– Logo di sudut sebelah kiri surat itu cukup memukul tangkai hatinya
– Sinar mata mengerdip di mata tuannya
– Rasa resah gelisah itu makin menekan pada setiap kali
– masjid yang terletak di simpang jalan itu kembali dibungkus sepi
– cita-cita juga boleh membenihkan kejayaan dalam hidup
– Acahan Bakar kembali memancing keinginan itu
– warna senja mulai memamah suasana
– Malam juga tidak akan selamanya membungkus alam
– nadanya menikam jantung Zahar
– senyumannya tidak dapat menutup mendung yang menyelimuti wajahnya
– nada suara Suhaili bagaikan sembilu menghirs tangkai hatinya
– … kami tahu gelombang yang sedang memukul hati anda semua

Bahasa Inggeris
– repair
– awning
– locker
– ragging
– best friend
– no probleum
– girl friend
– spt check
– mood
– tension
– urgent
– traffic

Bahasa Indonesia
– Ongkosnya, kepinggin, beres

Diksi / Pemilihan kata


– Pelatih IKM, perabot, peralatan, ukiran yang unik, mesin melarik, mesin mengetam, bengkel, latihan dalam loji,
dan papan

Simile
… bagai tidak mahu kalah dibayangi
… arus fikirannya seperti terhenti
… pertemuan yang tidak diduga itu bagaikan mengundang kembali
… cabaran aku tu bagai api membakar semangat kau
… Zahar bagaikan tenggelam dibuai dengan teksi
… Aku dihina denga kata- kata yang bagai sembilu tajamnya
… bagaikan belati tajam menghiris tangkai hatinya

Peribahasa
… tentulah berat kakinya hendak melangkah
… patutlah macam isi dengan kuku
… sesungguhnya hati kecilnya
… Zahar tidak pernah berat mulut menasihati kedua-dua adiknya
… berat tulang
… pucuk dicita ulam mencatang

Sinkope
… “Dialah yang dah (sudah) lama tunggu tadi,”
… “sedap atau tidak bihun tu (itu) tak (tidak) tahulah
… “Apa, kau (engkau) tak (tidak) gembira dapat masuk IKM tu (itu)  Zahar

Repetisi / Pengulangan
… entah kambing, entah kerbau tumbang pagi tadi
… Biarlah peluh pak cik menitik bersama peluh kau, barulah adil kan

Kata Ganda
… manik-manik peluh
… kawan-kawan
… pokok-pokok
… sebaik-baiknya

LATAR MASA
Lima Tahun
– Pak Yusuf mendirikan bengkel perabot berupa bangsal di sebelah rumahnya sejak lima tahun yang lalu kerana
berminat dengan kerja-kerja pertukangan.
Setahun
– Zahar telah bekerja sejak setahun yang lalu di bengkel pak ciknya, Pak Yusuf.
Tiga Tahun
– Sejak tiga tahun yang lalu selepas berhenti sekolah, Zahar sentiasa berusaha memohon pelbagai jawatan tetapi
tidak berjaya.
Satu jam setengah
– Selama satu jam setengah Zahar menaiki bas MARA dari Sik ke Alor Setar untuk bertemu dengan Suhaili.
Waktu pagi
– Pak Yusuf menghantar Zahar mendaftar di IKM menaiki teksi Pak Usin pada awal pagi
– Zahar pulang ke kampungnya pada waktu pagi dan mendapati ada kenduri di rumah Suhaili.
2.30 petang
– Lima mini sebelum 2.30 petang Zahar dan rakan-rakannya dikehendaki berkumpul di padang pada minggu suai
kenal.
Waktu malam
– Norimi dan Zahar telah mendeklemasikan sajak hasil ciptaan mereka sendiri pada malam pentup minggu suai
kenal di IKM Sungai Petani.
Awal bulan
– Semua pelatih IKM termasuk Zahar akan menerima wang imbuhan sebanyak RM200.00 pada setiap bulan.
Tiga bulan
– Mak Kiah, ibu Zahar pernah dirawat selama tiga bulan di wad Tibi.
– Selepas tiga bulan menduduki peperiksaan asas, barulah Zahar dan rakan-rakannya mendapat keputusan
peperiksaan mereka.

Dua minggu
– Pasukan bola sepak IKM Alor Setar bertandang ke IKM Sungai Petani dua minggu selepas perlawanan
persahabatan di tempat mereka.
Enam bulan
– Zahar menjalani latihan Pertukangan Perabot di IKM Sungai Petani selama enam bulan.
– Zahar dan rakan- rakannya perlu menjalani latiah dalam loji selama enam bulan. Zahar diterima menjalani latihan
di KIlang Perabot Usaha Bersatu di Kawasan Perindustrian Kamunting, Taiping.
.
LATAR MASYARAKAT
Masyarakat pekebun
– Selain menerima tempahan perabot di bengkelnya, Pak Yusuf juga sering pergi membersihkan kebunnya.
– Mak Kiah, ibu Zahar bekerja menoreh getah bagi menampung keperluan keluarganya.
Masyarakat pelajar
– Pelatih-pelatih di IKM termasuk Zahar,Ramli dan Norimi belajar bersungguh-sungguh sebelum menduduki
peperiksaan asas.
Masyarakat yang suka bercerita hal orang lain
– Zahar sedar bahawa cerita akan timbul jika dia dan Suhaili menaiki bas atau teksi bersama-sama kerana sikap
masyarakat suka bercerita dan menokok tambah cerita.
Masyarakat yang memandang rendah kepada orang lain
– Suhaili selalu memandang rendah kepada Zahar yang akan memasuki IKM sebagai pelatih berbanding dirinya
berkelulusan ITM.
Masyarakat yang rajin bekerja
– Zahar dan Razaki bekerja dengan rajin di kilang perabot Usaha Bersatu walaupun dia menjalani latihan loji sahaja.
Masyarakat yang mempunyai keazamana yang kuat
– Zahar berusaha untuk mencapai cita-citanya sebagai usahawan perabot terutama setelah dihina oleh Suhaili
semasa pertemuan mereka di Alor Setar.
Masyarakat yang bergotong-royong
– Penduduk kampung bergotong royong mendirikan bengkel perabot milik Zahar di sudut kanan halaman rumahnya.
Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan
– Walaupun gagal memasuki Tingkatan 6, Zahar memohon untuk memasuki IKM untuk menambah ilmu
pengetahuan.
Masyarakat yang ambil berat
– Pak Yusuf mengambil berat tentang anak saudaranya dengan menyewa teksi dan menghantar Zahar mendaftar di
IKM.

LATAR TEMPAT
Bengkel Pak Yusuf
– Sejak setahun yang lalu, Zahar bekerja di bengkel Pak Yusuf bagi membantu pendapatan keluarganya.
– Di dalam bengkel yang diubah suai daripada bangsal, Pak Yusuf menyiapkan tempahan perabot daripada penduduk
kampung dan jiran- jirannya.
Bengkel Pertukangan Perabot
– Zahar dan rakan sekelasnya menduduki peperiksaan asas di dalam bengkel Pertukangan Perabot. Mereka diberi
masa 15 jam untuk menyiapkan rak buku.
Padang
– Ramli mengajak Zahar menyertai latihan bola sepak di padang bola kerana mereka kekurangan pemain.
Rumah Ketua Kampung
– Pada hari satu kepulangan Zahar ke kampung,ada kenduri di rumah ketua kampung Pak Karim.
Stesen Bas MARA
– Zahar menaiki bas ke Stesen Bas MARA di Alor Setar untuk bertemu dengan Suhaili.
Kompleks City Point, Alor Setar
– Zahar dan Suhaili makan di Restoran Kentucky Fried Chicken di Kompleks City Point, Alor Setar.
IKM Sungai Petani
– Zahar dan Norimi bertemu pertama kali semasa mereka mendaftar di IKM Sungai Petani. Zahar mengikuti kursus
Pertukangan Perabot manakala Norimi mengikuti kursus Lukisan Seni Bina.
Kampung Carok Petitih, Sik
– Zahar dan Pak Yusuf bertolak dari Kampung Carok Petitih menuju ke IKM Sungai Petani menaiki teksi Pak Usin.
NILAI
Saling memaafkan
 Zahar telah memaafkan kesalahan Suhaili yang telah memandang rendah keputusannya melanjutkan
pelajaran di IKM.
 Pelatih seniour dan pelatih baharu saling memaafkan kesalahan semasa berlangsungnya minggu suai kenal.
 Pak Yusuf sentiasa memaafkan kesalahan isterinya Mak Temah walaupun Mak Temah lewat
menghidangkan sarapan.
Bertanggungjawab
 Pak Yusuf berusaha menyiapkan rak kasut yang akan diletakkan di masjid kerana dia telah
dipertanggungjawabkan oleh tok Imam.
 Mak Temah sentiasa menyediakan hidangan untuk suaminya, Pak Yusuf dengan sempurna kerana
tanggungjawabnya sebagai isteri.
Keyakinan
 Pelatih-pelatih IKM diseru agar mempunyai keyakinan diri dan tidak mudah mengalah kepada pandangan
masyarakat.
 Zahar yakin dengan kemampuan dirinya dalam peperiksaan kerana dia telah berusaha dengan sebaiknya
disamping restu daripada ibunya.
Ambil berat / keprihatin
 Pak Yusuf mengambil berat tentang anak-anak saudaranya dan dia berjanji untuk membantu keluarga
Zahar setakat kemampuannya.
Berdisiplin
 Pelatih-pelatih baharu di IKM Sungai Petani diminta mematuhi arahan dan berbaris dengan tegak semasa
minggu suai kenal.
 Zahar dan Razali sentiasa datang awal ke kilang walaupun mereka datang dengan menaiki basikal sejauh 2
km.
Kerjasama
 Semua ahli pasukan bola sepak IKM Sungai Petani bekerjasama untuk memastikan kejayaan pasukan
mereka.
 Pelatih-pelatih baru seramai 150 orang bekerjasama membersihkan kawasan semak seluas padang bola
dalam masa yang singkat.
Ketegasan
 Zahar dengan tegas menolak tawaran Suhaili yang hendak membantunya mendapatkan pekerjaaan di kilang
perabot selepas tamat latihannya di sana.
Keberanian
 Zahar dan Norimi dengan berani mendeklemasikan sajak ciptaan mereka sendiri semasa penutup minggu
suai kenal.
Bergotong-royong
 Orang-orang kampung bergotong-royong membangunkan bengkel perabot milik Zahar tanpa menghiraukan
terik panas matahari.
Ketekunan
 Zahar tekun bekerja di bengkel Pak Yusuf sejak setahun yang lalu.
 Zahar dan rakan-rakan sekelasnya sentiasa tekun melaksanakan tugasan mereka sejak latihan mereka
bermula di IKM.
Merendah diri / kerendahan hati
 Sikap Zahar yang suka merendah diri menyebabkan dia mudah didekati dan disenangi oleh rakan sekerja di
kilang perabot di Kamunting.
Baik hati
 Razali dengan senang hati mempelawa Zahar tinggal bersama-sama di rumah sewanya walaupun dia baru
mengenali Zahar.
Berterima kasih
 Zahar mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan kilang perabot tempat latihan lojinya dan
semua rakan sekerja yang begitu baik terhadapnya sejak dia memulakan latihannya di sana.
Saling menghormati / hormat-menghormati
 Pelatih IKM Sungai Petani menyediakan jamuan ringan untuk pasukan bola sepak IKM Alor Setar yang
bertancang ke tempat mereka.
 Zahar begitu menghormati Cikgu Baharum, guru pertukangan Perabot yang tidak lokek mencurahkan segala
ilmunya.
PENGAJARAN
Kita mestilah memaafkan kesalahan orang lain kepada kita.
 Zahar telah memaafkan kesalahan Suhaili yang telah memandang rendah keputusannya melanjutkan
pelajaran di IKM.
 Pelatih seniour dan pelatih baharu saling memaafkan kesalahan semasa berlangsungnya minggu suai kenal.
 Pak Yusuf sentiasa memaafkan kesalahan isterinya Mak Temah walaupun Mak Temah lewat
menghidangkan sarapan.
Kita haruslah bertanggungjawab atas tugas yang telah diamanahkan.
 Pak Yusuf berusaha menyiapkan rak kasut yang akan diletakkan di masjid kerana dia telah
dipertanggungjawabkan oleh tok Imam.
 Mak Temah sentiasa menyediakan hidangan untuk suaminya, Pak Yusuf dengan sempurna kerana
tanggungjawabnya sebagai isteri.
Kita perlulah yakin terhadap kemampuan diri sendiri
 Pelatih-pelatih IKM diseru agar mempunyai keyakinan diri dan tidak mudah mengalah kepada pandangan
masyarakat.
 Zahar yakin dengan kemampuan dirinya dalam peperiksaan kerana dia telah berusaha dengan sebaiknya
disamping restu daripada ibunya.
Sikap ambil berat terhadap kesusahan orang lain haruslah dijadikan amalan.
 Pak Yusuf mengambil berat tentang anak-anak saudaranya dan dia berjanji untuk membantu keluarga
Zahar setakat kemampuannya.
Sikap berdisiplin mestilah diamalkan agar kita patuh kepada arahan
 Pelatih-pelatih baharu di IKM Sungai Petani diminta mematuhi arahan dan berbaris dengan tegak semasa
minggu suai kenal.
 Zahar dan Razali sentiasa datang awal ke kilang walaupun mereka datang dengan menaiki basikal sejauh 2
km.
Kita haruslan bekerjasama sebagai sebuah pasukan untuk mencapai kejayaan.
 Semua ahli pasukan bola sepak IKM Sungai Petani bekerjasama untuk memastikan kejayaan pasukan
mereka.
 Pelatih-pelatih baru seramai 150 orang bekerjasama membersihkan kawasan semak seluas padang bola
dalam masa yang singkat.
Kita mestilah tegas dalam mengambil tindakan atau pendirian yang telah kita buat.
 Zahar dengan tegas menolak tawaran Suhaili yang hendak membantunya mendapatkan pekerjaaan di kilang
perabot selepas tamat latihannya di sana.
Kita perlulah berani tampil ke hadapan untuk menunjukkan kemampuan diri.
 Zahar dan Norimi dengan berani mendeklemasikan sajak ciptaan mereka sendiri semasa penutup minggu
suai kenal.
Kita haruslah bergotong-royong melakukan sesuatu perkara yang sukar agar menjadi lebih mudah.
 Orang-orang kampung bergotong-royong membangunkan bengkel perabot milik Zahar tanpa menghiraukan
terik panas matahari.
Kita mestilah tekun dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan.
 Zahar tekun bekerja di bengkel Pak Yusuf sejak setahun yang lalu.
 Zahar dan rakan-rakan sekelasnya sentiasa tekun melaksanakan tugasan mereka sejak latihan mereka
bermula di IKM.
Kita mestilah sentiasa bersikap merendah diri terutama di tempat orang.
 Sikap Zahar yang suka merendah diri menyebabkan dia mudah didekati dan disenangi oleh rakan sekerja di
kilang perabot di Kamunting.
Kita haruslah menghormati tetamu yang datang ke tempat kita.
Kita mestilah menghormati guru yang mencurahkan ilmu kepada kita.
 Pelatih IKM Sungai Petani menyediakan jamuan ringan untuk pasukan bola sepak IKM Alor Setar yang
bertancang ke tempat mereka.
 Zahar begitu menghormati Cikgu Baharum, guru pertukangan Perabot yang tidak lokek mencurahkan segala
ilmunya.
Kita haruslah sentiasa berbuat baik kepada orang lain.
 Razali dengan senang hati mempelawa Zahar tinggal bersama-sama di rumah sewanya walaupun dia baru
mengenali Zahar.
.

Anda mungkin juga menyukai