Anda di halaman 1dari 6

MODUL TINGKATAN 2

BAHASA MELAYU

Latihan Set 1
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan
bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disedikan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Jasa ibu bapa yang telah mendidik kita terlalu besar sungguh dan tidak dapat dinilai
dengan harta.

ii. Sultan Azlan Shah telah bersetuju untuk menganugerahkan pingat kebesaran kepada
rakyat yang layak sempena Hari Keputeraan baginda yang ke-60.

iii. Puan Haiza tidak turut serta dalam majlis hari jadi di rumah Puan Jamilah kerana dia telah
membuat temu janji dengan doktor.

iv. Buah mangga yang masak ranum itu kami telah petik.

Latihan Set 2
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan
bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disedikan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Anwar mengambil masa dua setengah jam untuk menyiapkan lukisan pemandangan di
tepi pantai itu.

ii. Bahan-bahan lain yang mereka bawa untuk menyertai perkhemahan perdana badan
beruniform itu ialah makanan, minuman, dan pakaian mandi.

iii. Pemandangan pada waktu senja di kawasan pergunungan ialah pemandangan yang amat
tercantik.

iv. Walaupun harga makanan yang dijual di Ahmad Maju Restoran agak mahal, tetapi
makanan di restoran itu sedap.

1
Latihan Set 3
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan
bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disedikan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Puan Che Salmah terbangun dari tidurnya apabila mendengar bunyi letupan yang kuat
dari belakang rumahnya.

ii. “Saya berharap agar anda dapat meminta maaf daripada Aiman kerana dia tidak bersalah
dalam hal ini,” kata Farah kepada Raju dan Jun Yin.

iii. Tengku Mahkota negeri itu akan ditabalkan menjadi sultan untuk menggantikan ayahanda
baginda yang telah meninggal dunia.

iv. Sayur-sayuran itu telah dibungkus oleh saya dengan kertas supaya tahan lama.

[8 markah]

Latihan Set 4
Dalam petikan dialog di bawah ini, terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu
menyalin petikan dialog itu semula.

Suzana : Siapakah yang menyambut kehadiran deligasi dari Jepun pagi ini?
Kerani : Dua orang ekskutif daripada Syarikat T&T cawangan Shah Alam telah
menyambut kehadiran mereka dari lapangan terbang KLIA.

Suzana : Bagus. Sekarang pastikan mereka mendapat kemudahan kelas pertama di


hotel negara kita yang bertaraf antara bangsa.

2
Latihan Set 5
Dalam poster di bawah ini, terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut
dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin
ayat dalam poster itu semula.

Latihan Set 6
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

i. Abang lewat ke sekolah kerana terpaksa mengepam tayar basikalnya yang sudah
kempes.

kempis

ii. Ayah terpaksa menjalani rawatan dailisis sebanyak dua kali seminggu sejak disahkan
menghidap penyakit buah pinggang.

dialisis

iii. Pelantikan jawatankuasa urusetia kejohanan sukan mini pada peringkat sekolah itu telah
dimaklumkan oleh mereka kepada pihak pengurusan sekolah.

urus setia
[3 markah]

3
Latihan Set 7
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

i. Murid itu diminta untuk berjumpa dengan kaunselur untuk membincangkan kesalahan
disiplin yang dilakukannya.

ii. Stress dapat menyebabkan emosi seseorang menjadi tidak stabil sehingga tidak mampu
menyelesaikan sesuatu masalah.

iii. Matahari terang benderang ketika Pak Cik Andak pulang ke rumah sambil membawa
barang-barang dagangan.

Latihan Set 8
Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

i. Saya banyak menemukan kesalahan ejaan dalam karangan ini.

ii. Kami telah dapat menikmati pelbagai kemudahan berkat usaha gigih ketua kampung ini.

iii. Encik Sulaiman menyusun barang-barang terpakai itu di belakang rumahnya.

iv. Saya akan membuang bekas-bekas plastik itu ke dalam tong kitar semula.

v. Beliau akan merasmikan pameran robotik itu pada hari Sabtu ini.

4
Latihan Set 9
Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat bagi setiap ayat di bawah ini.

i. Ketiga-tiga orang murid itu pengawas sekolah ini.


Subjek : ketiga-tiga orang murid itu

Predikat : pengawas sekolah ini.

ii. Daripada Kak Julia hadiah perkahwinan ini.


Subjek :

Predikat :

iii. Pada setiap pagi Selasa rancangan ini disiarkan.


Subjek :

Predikat :

iv. Wanita yang tinggi lampai itulah kakak saya.


Subjek :

Predikat :

v. Kerana keletihan, dia tertidur di atas sofa.


Subjek :

Predikat :

Latihan Set 10
Tukarkan ayat pasif di bawah ini kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

i. Penjenayah itu berjaya ditangkap oleh pihak polis.

ii. Pelbagai perkara dibincangkan oleh mereka dalam mesyuarat itu.

iii. Pertandingan kuiz Matematik itu disertai oleh beberapa orang murid dari kelas ini.

5
iv. Kerja rumah yang diberikan oleh Cikgu Aniza akan saya siapkan
sebelum cuti raya.

v. Kerja kursus Sejarah ini perlu anda siapkan sebelum hari Khamis.

Anda mungkin juga menyukai