Anda di halaman 1dari 2

SMK DATO’ AHMAD RAZALI, 68000 AMPANG, SELANGOR

DARians SALT Module Bil.4 Sesi Akademik 2023/2024


Bahasa Melayu Tingkatan 3

Standard Pembelajaran
Membaca dan memahami laras bahasa cerpen dengan sebutan, intonasi yang betul dan nada yang
2.1.2
sesuai.
5.1.2 Memahami dan menggunakan kata adjektif dalam ayat mengikut konteks
Objektif Pembelajaran
Murid dapat membaca dan memahami laras bahasa cerpen dengan sebutan dan intonasi yang
1.
betul.

2. Murid dapat mengenal pasti sekurang-kurangnya lima kata adjektif dengan betul mengikut
konteks.
Sumber Buku Teks Tema 2 : Bersih Selalu, Sihat Sentiasa

Latihan 1
Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

i. Kami telah dapat menikmati pelbagai kemudahan berkat usaha gigih ketua kampung ini.
Pelbagai kemudahan telah dapat kami nikmati berkat usaha gigih ketua
kampung ini.

ii. Encik Sulaiman menyusun barang-barang terpakai itu di belakang rumahnya.


Barang-barang terpakai itu disusun oleh Encik Sulaiman di belakang
rumahnya.

iii. Saya akan membuang bekas-bekas plastik itu ke dalam tong kitar semula.
Bekas-bekas plastik itu akan saya buang ke dalam tong kitar semula.

iv. Beliau akan merasmikan pameran robotik itu pada hari Sabtu ini.
Pameran robotik itu akan dirasmikan oleh beliau pada hari Sabtu ini.

Latihan 2
Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat bagi setiap ayat di bawah ini.

i. Ketiga-tiga orang murid itu pengawas sekolah ini.


Subjek : ketiga-tiga orang murid itu
Predikat : pengawas sekolah ini.

ii. Daripada Kak Julia hadiah perkahwinan ini.


Subjek : hadiah perkahwinan ini
Predikat : daripada Kak Julia.
iii. Pada setiap pagi Selasa rancangan ini disiarkan.
Subjek : rancangan ini
Predikat : disiarkan pada setiap pagi Selasa.
iv. Wanita yang tinggi lampai itulah kakak saya.
Subjek : wanita yang tinggi lampai itulah
Predikat : kakak saya.

Latihan Set 3
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan
bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disedikan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Puan Che Salmah terbangun dari tidurnya apabila mendengar bunyi letupan yang kuat dari
belakang rumahnya.
daripada

ii. “Saya berharap agar anda dapat meminta maaf daripada Aiman kerana dia tidak bersalah dalam hal
ini,” kata Farah kepada Raju dan Jun Yin.
kalian

iii. Tengku Mahkota negeri itu akan ditabalkan menjadi sultan untuk menggantikan ayahanda baginda
yang telah meninggal dunia.
mangkat

iv. Sayur-sayuran itu telah dibungkus oleh saya dengan kertas supaya tahan lama.
saya bungkus

v. Puan Haiza tidak turut serta dalam majlis hari jadi di rumah Puan Jamilah kerana dia telah
membuat temu janji dengan doktor.
janji temu

Latihan Set 4
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan
tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.

i. Murid itu diminta untuk berjumpa dengan kaunselur untuk membincangkan kesalahan disiplin
yang dilakukannya.
kaunselor

ii. Stress dapat menyebabkan emosi seseorang menjadi tidak stabil sehingga tidak mampu
menyelesaikan sesuatu masala
stres

iii. Matahari terang benderang ketika Pak Cik Andak pulang ke rumah sambil membawa barang-
barang dagangan. terang-
benderang

iv. Pelantikan jawatankuasa urusetia kejohanan sukan mini pada peringkat sekolah itu telah
dimaklumkan oleh mereka kepada pihak pengurusan sekolah.
urus setia
v. Abang lewat ke sekolah kerana terpaksa mengepam tayar basikalnya yang sudah kempes.
kempis

Anda mungkin juga menyukai