Anda di halaman 1dari 8

Latihan 1

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa.Gariskan kesalahan bahasa
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

i. Produk berdasarkan tumbuh-tumbuhan herba yang dihasilkan oleh masyarakat desa


ialah barang yang terlaris sekali dalam pameran itu.

Laris sekali /terlaris

ii. Perdana Menteri telah menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan
persetujuan baginda tentang cadangan pelantikan senator yang baharu.

perkenan

iii. Pasar Raya Hebat terletak berdekatan dengan Dr.Izzani Klinik Gigi iaitu di hujung
jalan sehala.

Klinik Gigi Dr. Izzani

iv. Jika sekiranya penyakit itu tidak dirawat, remaja itu mungkin akan lumpuh sepanjang
hayatnya.

Jika / sekerinya

(8 markah)
LATIHAN 2

Dalam petikan di bawah ini terdapat empat kesalahan tatabahasa.Gariskan kesalahan


tersebut dan tulis jawapannya pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin
petikan itu semula.

Sultan Perak,Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, istiadat pelantikan baginda sebagai
Sultan Perak bukan satu pesta untuk bersuka-suka. Baginda bertitah, istiadat itu bertujuan untuk
mengingatkan rakyat kembali tentang sejarah negara bangsa yang memiliki tamadun bangsa,
berlandaskan adab yang bertiangkan pada adat.Baginda menegaskan yang istiadat itu bukan satu
pesta untuk bersuka-suka dan berpesta-pesta.Sesungguhnya, baginda amat sensitif tentang aspek
perbelanjaan pada zaman kemelesetan ekonomi ini.Semasa berucap dalam Mesyuarat Dewan
Negeri Perak di Istana Iskandariah, baginda memperingatkan ahli-ahli Jawatankuasa Istiadat
Pertabalan agar memastikan elemen bermewah-mewah dan bermegah-megah dihindarkan.

i. pertabalan

ii. bahawa

iii. murka
iv. bertitah

SOALAN 2 : KESALAHAN EJAAN

TOPIK KESALAHAN EJAAN

► KESALAHAN EJAAN KATA MAJMUK


► KESALAHAN EJAAN KATA BIASA
► KESALAHAN EJAAN KATA PINJAMAN
► KESALAHAN EJAAN AWALAN PINJAMAN
► KESALAHAN EJAAN KATA SENDI di DAN ke
► KESALAHAN EJAAN MELIBATKAN TANDA SEMPANG

LATIHAN 1

Dalam petikan di bawah ini terdapat tiga kesalahan ejaan.Kenal pasti dan betulkan kesalahan
tersebut.Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Graduan perlu menyiapkan diri agar lebih berdayasaing untuk menghadapi kerja dan
sifatnegatif sesetengahoganisasi. Harga nilai kesabaran yang mendalam ketika mengharungi
alam pekerjaan perludi mantapkan. Minda yang positif perlu dipupuk agar lebih bersedia
menghadapi cabaran dalam dunia kerjaya yang mencabar.

i. berdaya saing

ii. organisasi

iii. dimantapkan

LATIHAN 2
Dalam petikan dialog di bawah,terdapattiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis
ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin petikan dialog itu
semula.

Juruacara A: Selamat pagi dan salam sejahtera. Selamat datang ke pertandingan mewarna dwi-tahunan
yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Johor.

Juruacara B :Untuk maklumat para hadirin, peserta pada hari ini terdiri daripada murid-murid tadika
dan prasekolah. Aturcara pada hari ini dimulakan dengan taklimat kepada semua peserta
yang mengambil bahagian.

Juruacara A : Sementara menunggu para peserta mendengar taklimat di oditorium, wakil peserta sama
ada ibu bapa atau penjaga diminta untuk melengkapkan borang penyertaan anak masing-
masing.
(3 markah)

i. dwitahunan

ii. Atur cara

iii. auditorium
SOALAN 3 : SINTAKSIS

Tajuk-Tajuk Penting

- Cerakinkan aya
- Tukarkan ayat aktif t.
- Gabungkan ayat . kepada ayat pasif.
- Tukarkan ayat pasif kepada ayat aktif.
- Binaan biasa tukarkan kepada binaan songsang
- Tukarkan binaan songsang kepada binaan biasa.
- Tukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah.
- Gabungkan ayat tunggal menjadi ayat majmuk.
- Tukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk.
- Nyatakan jenis ayat (tanya, seruan, penyata, perintah, larangan)
- Pola ayat (FN+FN, FN+FK, FN+FA, FN+FS)
-Subjek dan predikat dalam ayat

Latihan 1

3. Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi ayat majmuk.

( i ) Haniah kecewa
Haniah gagal dalam ujian memandu.
Haniah kecewa kerana gagal dalam ujian memandu.

( ii ) Ibu memasak di dapur.


Ibu menyanyikan lagu kegemarannya.
Ibu memasak di dapur sambil menyanyikan lagu kegemarannya.

( iii) Samuel menghantar keretanya ke bengkel.


Keretanya rosak.
Samuel menghantar keretanya yang rosak ke bengkel.

( iv) Pemuda itu akan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.


Pemuda itu didapati bersalah atas tuduhan tersebut.
Pemuda itu akan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana didapati bersalah atas
tuduhan tersebut.
( v) Pihak pengurusan tidak menjangka.
Program motivasi tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Pihak pengurusan tidak menjangka bahawa program motivasi tersebut mendapat
sambutan yang amat menggalakkan.

[10 markah]

Latihan 2

Tukarkan ayat susunan biasa ini kepada ayat susunan songsang

(i) Beliau memiliki beberapa buah banglo di bandar itu sejak lima tahun lalu.
Di Bandar itu sejak lima tahun lalu beliau memiliki beberapa buah banglo.

(ii) Beg yang penuh dengan buku itu ada di atas meja
Ada di atas meja beg yang penuh dengan buku.

(iii) Angkatan kapal perang dari negara Amerika itu telah memasuki Laut Mediteranian.
Telah memasuki Laut Mediteranian angkatan kapal perang dari Negara Amerika.

(iv) Peserta yang dapat menjawab soalan tersebut akan dihadiahi sebuah televisyen oleh syarikat
itu.
Akan dihadiahi sebuah televisyen oleh syarikat itu peserta yang mendapat menjawab soalan
tersebut.

(v) Pak Ismail menabur segenggam jagung di atas padang itu untuk menarik perhatian sekawan
merpati.
Untuk menarik perhatian sekawan merpati Pak Ismail menabur segenggam jagung
di atas padang.

[10 markah]

SOALAN 4 : PERIBAHASA

Menulis dua peribahasa yang sesuai berdasarkan :


► Pasangan gambar.
► Situasi dalam gambar tunggal.
► Gambar bersiri.
► Situasi dalam ayat.

Latihan 1

Lihat gambar di bawah dengan teliti,kemudian tulis satu peribahasa yang sesuai dengan gambar
tersebut.
Jawapan peribahasa (Latihan 1)

i. Bagai tikus jatuh ke beres


ii. Bagai layang-layang putus tali

Latihan 2

Lihat gambar di bawah dengan teliti, kemudian tulis dua peribahasa yang sesuai berdasarkan
situasi dalam gambar tersebut.

i. Bagai aur dengan tebing.


ii. Muafakat membawa berkat

Jawapan lain:
 Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
 Sepakat membawa berkat.
 Bulat ait kerana pembentung, bulat air kerana muafakat.
[4 markah]

Latihan 3

Lengkapkan tempat kosong dalam ayat di bawah dengan satu peribahasa yang sesuai.

i. Walaupun Hamid lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, dia tetap rajin
berusaha untuk mengatasi kelemahannya kerana dia yakin bahawa usaha tangga
kejayaan.
ii. Sejak belakangan ini,kakak sangat baik terhadap ibunya kerana dia ada udang di
sebalik batu iaitu dia hendak memujuk ibu untuk membelikannya telefon bimbit
baharu.
[4 markah]

Anda mungkin juga menyukai