Anda di halaman 1dari 10

FORM 2 BAHASA MELAYU

CIKGU SYUHADAK
SISTEM BAHASA
Latihan 1

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa tersebut dan
tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Faqihah mempercepatkan langkahnya apabila terdengar bunyi salakan anjing sewaktu pulang dari kelas
tambahan pada petang semalam.

(ii) Ayah berasa sangat bertuah apabila terpilih untuk menerima sumbangan jentera dari Persatuan Kebangsaan
Pekebun-pekebun Kecil Malaysia.

(iii) Ayra terlanggar pintu kaca ketika memasukki kedai itu disebabkan leka menggunakan telefon bimbit
baharunya.

(iv) Firas akan membantu neneknya memetik sayur-sayuran pada kebun apabila tiba cuti persekolahan.

Latihan 2

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa tersebut dan
tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Azrul tidak mengaku bersalah apabila beliau dituduh memalsukan dokumen milik syarikatnya.

(ii) Denak adalah seekor gajah liar yang berjaya dijinakkan oleh Fadzil sejak dia bekerja di situ.

(iii) Azri kehabisan tenaga setelah hampir satu setengah jam menyertai acara merentas desa anjuran sekolahnya.

(iv) Puan Wahida baharu sahaja menerima bungkusan yang besar itu dari Kedah.

2
Latihan 3
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa tersebut dan
tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Bidang bioteknologi telah dapatan sambutan dalam kalangan mahasiswa kerana mampu memberikan
pulangan yang lumayan.

(ii) Jalan raya di Balik Pulau telah menutup untuk orang ramai kerana kerja-kerja naik taraf sedang dijalankan.

(iii) Kerja amal telah dijalankan oleh badan sukarelawan demi untuk membantu penyewa yang ketiadaan rumah di
ibu kota.

(iv) Ali memarahi oleh ibu kerana sikapnya yang sungguh nakal dan sering mengganggu adiknya yang masih kecil
itu.

Latihan 4

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa tersebut dan
tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pasukan bomba dari cawangan Wangsa Maju telah bergegas di tempat kejadian sebaik-baik sahaja menerima
panggilan kecemasan daripada orang awam.

(ii) Oleh kerana terlalu lapar, Azman terus menghirup kuah mi kari itu tanpa menunggu kedatangan adik-
beradiknya terlebih dahulu.

(iii) Barisan-barisan pertahanan negara sanggup bergadai nyawa untuk menjaga keamanan negara dan
ketenteraman rakyat.

(iv) Penyelaras peperiksaan sedang memberikan taklimat peperiksaan pada calon-calon Tingkatan 3
di Dataran Ilmu Bakti.

3
Latihan 5

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa tersebut dan
tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Calon peperiksaan diminta berkumpul tiga puluh minit lebih awal ke dalam dewan.

(ii) Calon peperiksaan yang terlupa membawa kad pengenalan diingatkan supaya mengambil salinan kad
pengenalan dari guru yang bertugas.

(iii) Mak Lijah dan Pak Harun sedang menunggu ketibaan anak dan menantu mereka yang datang daripada
Kelantan.

(iv) Selepas tiga jam mendaki bukit, mereka berhenti berehat buat seketika di sebuah pondok usang.

Latihan 6

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa tersebut dan
tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Sejak dahulu hingga kini, Puan Suriati tidak pernah berputus asa di dalam mendidik murid-murid yang
bersekolah di kawasan pedalaman.

(ii) Puan Adrina Maisara sering mengambil tahu perkembangan murid-muridnya dari masa ke semasa.

(iii) Di setiap hari Sabtu, murid-murid akan ke sekolah untuk mengikuti sesi kelas tambahan percuma itu.

(iv) Setengah ibu bapa bersetuju dengan cadangan pengetua untuk mendenda pelajar yang datang lambat.

4
SISTEM EJAAN

Latihan 1

Dalam petikan dialog di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan
yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin petikan dialog itu semula.
Zubir :Hai, Chong Wei! Adakah kamu menonton acara perarakan sempena Hari Kebangsaan dalam
televisyen pagi tadi?
Chong Wei :Hai, Zubir! Ya, saya menonton siaran langsung itu bersama-sama keluarga saya. Bersemangat
sekali saya lihat mereka mengibaskan Jalur Gemilang semasa majlis penutupan dijalankan.
Zubir :Betul tu. Semangat patriotisma seperti itu sewajarnya ada dalam diri kita semua. Eh, marilah
kita ke warong di seberang jalan itu untuk melepaskan dahaga!
Chong Wei :Baiklah.

(i)

(ii)

(iii)

Latihan 2

Dalam petikan dialog di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan
yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin petikan dialog itu semula.
Pegawai A : Selamat pagi. Boleh saya bercakap dengan Puan Julie?
Puan Julie : Selamat pagi. Ya, Puan Julie bercakap.
Pegawai A : Untuk makluman puan, kad credit bank puan akan tamat tempohnya pada hujung tahun ini.
Puan dikehendaki ke cawangan bank berdekatan untuk menggantikan kad baharu sebelum
tamat tempuh. Pihak kami mengalakkan puan menukarkan kad tersebut lebih awal bagi
mengelakkan sebarang kesulitan.
Puan Julie : Baiklah. Terima kasih.

(i)

(ii)

(iii)

Latihan 3

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang
betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kanak-kanak mudah mendapat selsema kerana cuaca yang tidak menentu.

5
(ii) Shu Ming suka tinggal di kawasan pendalaman kerana udaranya segar.

(iii) Pusat membeli-belah di Bandar Utama sering menjadi tarikan warga kota.

Latihan 4

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang
betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Gunong Kinabalu merupakan gunung tertinggi di Malaysia.

(ii) Ibu menyuruh Qhalid membantu abangnya mengcat ruang tamu.

(iii) Rambut kerinting Yati menjadi kusut kerana tidak dijaga dengan baik.

Latihan 5

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang
betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Encik Robin merupakan seorang usahawan bumi putera dari Sabah.

(ii) Kamarul menceburkan diri dalam bidang peternakan kerbau sejak lima tahun lalu.

(iii) Salmah menghiris timon itu nipis-nipis sebelum disajikan bersama-sama nasi lemak.

6
SINTAKSIS

Latihan 1
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kenal pasti subjek dan predikat dalam ayat-ayat tersebut. Kemudian tulis subjek dan
predikat pada ruang yang disediakan.

(i) Zaidi menyusun perabot di ruang tamu rumah mereka.

SUBJEK

PREDIKAT

(ii) Susan telah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Cikgu Shamila.

SUBJEK

PREDIKAT

(iii) Ayah menaikkan tiang khemah itu sebelum lewat petang.

SUBJEK

PREDIKAT

(iv) Sang Kancil berjaya memperdaya Sang Buaya untuk menyeberang sungai itu.

SUBJEK

PREDIKAT

(v) Chia Mei telah menghadiahkan sebuah basikal kepada adiknya.

SUBJEK

PREDIKAT

7
Latihan 2
Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah supaya menjadi satu ayat majmuk.

(i)
Encik Leroy bertugas di Kuala Lumpur?
Encik Leroy bertugas di Kuala Terengganu?

(ii)
Yap Cheng makan pisang goreng. Yap Cheng
makan ubi goreng.

(iii)
Pelbagai peralatan moden telah dicipta.
Pelbagai peralatan moden telah membantu doktor mengesan penyakit.

(iv)
Haiqal membuka laci.
Haiqal memasukkan buku-bukunya.

(v)
Zaid menyiram pokok bunga di halaman rumah.
Zaid berbual-bual dengan ibunya di halaman rumah.

8
Latihan 3
Tentukan jenis ayat yang diberikan sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah atau ayat seruan.

(i)
Profesor Azhar merasmikan Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia.

(ii)
Adakah kamu berpuas hati dengan pendapatan yang kamu terima?

(iii)
Wah, cantiknya pemandangan di tempat ini pada waktu malam!

(iv)
Pujuklah budak yang sedang merajuk itu.

9
NOTA TAMBAHAHAN:

10

Anda mungkin juga menyukai