Anda di halaman 1dari 1

PENGGUBALAN SOALAN TATABAHASA SPM

TRANSFORMASI AYAT
Latihan 1
Baca ayat-ayat penyata di bawah dengan teliti, kemudian tukarkan ayat penyata kepada ayat
tanya berlandaskan perkataan yang dihuruftebalkan. Penjanaan ayat tersebut mestilah
menepati maksud asal pada ayat.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

Ali dan keluarganya tinggal di slim River.


Puan Chong mengajarkan subjek Sejarah dengan video dan multimedia lain.
Che Ta suka menggunakan khidmat solek antarabangsa.
Lorong yang sepi itu berbahaya kerana menjadi tempat penagih dadah bersarang.
Lima orang guru cemerlang itu datang dari Pantai Timur.
Kucing sedang berlindung di bawah kereta sewaktu hujan turun.
[6 markah]
Latihan 2
Baca ayat-ayat penyata di bawah dengan teliti, kemudian tukarkan ayat penyata kepada ayat
seruan berlandaskan perkataan yang dihuruftebalkan. Penjanaan ayat tersebut mestilah
menepati maksud asal pada ayat.
(i) Dengan perasaan terkejut, ibu bertanya tentang kemunculan dua ekor tikur di dapur.
(ii) Kakak meraung kesakitan kerana jarinya berdarah.
(iii) Ibu Selmi menasihati anak-anak supaya belajar dengan bersungguh-sungguh demi masa
depan yang cerah.
(iv) Ayah mengeluh sambil berkata bahawa anak-anak gadis zaman ini semakin liar.
(v) Shasmita mengagumi keindahan pantai yang bersih itu.
(vi) Dengan perasaan marah, Rianna menghalau pengemis itu keluar dari kedainya.
[6 markah]
Latihan 3
Baca ayat-ayat penyata di bawah dengan teliti, kemudian tukarkan ayat penyata kepada ayat
perintah berlandaskan kata kerja yang dihuruftebalkan. Penjanaan ayat tersebut mestilah
menepati maksud asal pada ayat.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)

Ashwaria melarang pembantu rumahnya menyentuh fail di atas meja tulisnya.


Ling menjemput tetamu masuk ke rumah untuk meraikan Tahun Baharu Cina.
Norziana memujuk anak kembarnya supaya tidak menangis lagi.
Ahli akademik itu berharap agar para peserta seminar duduk di tempat masing-masing
kerana acara penting akan bermula tidak lama lagi.
(v) Penceramah kesihatan itu menyeru orang ramai agar menjauhi tabiat merokok.
(vi) Isteri menteri itu meminta wartawan tidak menulis berita yang direka sendiri demi
menjaga nama baiknya.
[6 markah]

Anda mungkin juga menyukai