Anda di halaman 1dari 39

Sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan

hala atau jurusan.

barat

tepi

segi

atas

sisi timur luar tengah

utara
selatan hadapan

bawah
antara

dalam
sudut

penjuru

belakang

samping

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18.

Kita jangan berjalan di hadapan orang tua. Mereka berlari ke tengah padang. Kami menanam pokok manggis di belakang rumah. Pen itu ada di atas meja. Penduduknya agak banyak di selatan negara itu. Orang tua itu duduk bersila di penjuru rumah. Anak raja itu bersemayam di samping ayahandanya. Dia berjalan-jalan di tepi pantai. Di barat negara kecil itu tanahnya subur. Mereka membuat pilihan dari segi kefasihan bertutur. Mira melanjutkan pelajarannya ke luar negara. Mereka bersembunyi di bawah rumah. Tetamu itu berada di dalam dewan. Anak Limah sentiasa berada di sisinya. Abu menaiki kereta api untuk ke utara Semenanjung Malaysia. Rumahnya terletak di antara pejabat pos dengan kedai kopi. Pergolakan berlaku lagi di negeri pantai timur. Dari sudut pandangan saya, perkara itu wajar.

Sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut.

BILANGAN KARDINAL/ TENTU

BILANGAN TAK TENTU

BILANGAN HIMPUNAN

BILANGAN PISAHAN

BILANGAN PECAHAN

BILANGAN KARDINAL
Kata bilangan yang menunjukkan jumlah yang tentu sifatnya Contoh : dua, dua puluh, tiga ratus, sejuta, Contoh dalam ayatnya :

(i) Dua hari lagi saya akan berangkat ke Korea. (ii) Harga barang itu dua puluh ringgit. (iii) Penduduk di China mencecah angka sejuta orang.

BILANGAN TAK TENTU


Kata bilangan yang menunjukkan bilangan yang tak tentu. Contoh : segala, semua, para, beberapa, sekalian, seluruh, banyak, sedikit Contoh dalam ayatnya : (i) Segala persiapan telah dibuat. (ii) Semua pegawai tidak dibenarkan bercuti esok. (iii) Banyak orang telah menyertai peraduan itu.

BILANGAN HIMPUNAN
Kata bilangan yang membawa maksud himpunan Contoh : beratus-ratus, ketiga-tiga, beribu-ribu, berabad-abad, berguni-guni Contoh dalam ayatnya :

(i) Beratus-ratus orang telah kehilangan rumah akibat banjir itu. (ii) Berguni-guni beras telah diterbangkan ke kawasan kebuluran di Afrika.

BILANGAN PISAHAN
Kata bilangan yang membawa maksud pisahan Contoh : masing-masing, tiap-tiap, setiap Contoh dalam ayatnya : (i) Masing-masing pelajar membawa makanannya sendiri. (ii) Setiap orang dikehendaki mengisi borang yang telah disediakan.

BILANGAN PECAHAN
Kata bilangan yang membawa maksud pecahan. Contoh : setengah, sepertiga, separuh, dua pertiga, seperempat Contoh dalam ayatnya : (i) Separuh hartanya akan diserahkan kepada rumah anak yatim. (ii) Mereka akan menerima sepertiga bahagian setiap seorang.

Perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat.

KATA ADVERBA JATI

KATA ADVERBA YANG ASALNYA KATA ADJEKTIF

KATA ADVERBA YANG ASALNYA KATA KERJA

KATA ADVERBA BENTUK GANDAAN

KATA ADVERBA JATI


Terdiri daripada perkataan yang sememangnya berfungsi sebagai penerang kepada golongan kata yang terdiri daripada kata kerja dan frasa kerja, kata adjektif dan frasa adjektif atau frasa sendi nama, yang tidak termasuk ke dalam mana-mana golongan kata lain.

C ADVERBA JATI CONTOH KATA


Semalam Lusa Sekarang Kemudian Kelmarin Tulat Dahulu Barangkali Esok Kelak Tadi Sering kali

Acap kali
Sentiasa/senantiasa Sekali gus Sempat Begitu Pertama kali

Kerap kali
Kadang-kadang Serentak Langsung Begini Agaknya

Julung kali
Saling Jarang kali Nyaris Demikian Nanti

Contoh dalam ayat :


(i) Pelancong itu akan tiba esok dari Korea. (ii) Orang yang begitu pandai boleh tertipu. (iii) Sejak peristiwa itu, dia sering kali sakit. (iv) Dia nyaris dilanggar oleh kereta.

KATA ADVERBA YANG ASALNYA KATA ADJEKTIF


Kata adverba ini berasal daripada kata adjektif yang berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama.

CONTOH
berjalan laju terbang tinggi bertiup kencang tinggi lampai ketawa besar hampir terjatuh sakit kuat ke hospital segera mengalir lesu kurang berhati-hati panjang lebar sering di pejabat

dari rumah selalu

Contoh dalam ayat : (i) Penulis itu membayangka air sungai itu mengalir lesu. (ii) Dia pulang apabila mendengar ibunya sakit kuat. (iii) Anak bongsu Pak Ali sudah besar panjang. (iv) Guru Besar itu sering ke pejabat.

KATA ADVERBA YANG ASALNYA KATA KERJA


Kata adverba ini yang berasal daripada kata kerja yang berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama.

CONTOH
berjalan mengiring terbang meninggi tinggi mengawan ke hutan menyendiri hitam berkilat putih berseri di rumah bersendirian merah menyala tenang membiru berenang menelentang -

Contoh dalam ayat :


(i) Ketam ialah haiwan yang berjalan mengiring. (ii) Pemuda itu suka berenang menelentang. (iii) Kulit tuan puteri itu putih berseri. (iv) Orang tua itu sering ke hutan bersendirian.

KATA ADVERBA BENTUK GANDAAN


KATA ADVERBA PENGGANDAAN PENUH

KATA ADVERBA PENGGANDAAN SEPARA

KATA ADVERBA PENGGANDAAN BERENTAK

KATA ADVERBA PENGGANDAAN PENUH


Perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan seluruh kata dasarnya.

CONTOH
betul-betul laju-laju cepat-cepat diam-diam sedikit-sedikit malam-malam sama-sama jarang-jarang pura-pura tinggi-tinggi -

Contoh dalam ayat :


(i) Dia betul-betul gembira dengan kepulangan anaknya yang telah lama terpisah. (ii) Pemuda itu pura-pura baik sewaktu berhadapan dengan bakal mertuanya. (iii) Kebelakangan ini dia jarang-jarang ke rumah saya.

KATA ADVERBA PENGGANDAAN SEPARA


Perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan kata dasarnya, yang mengandungi imbuhan tanpa menggandakan imbuhannya.

Terbahagi kepada dua jenis iaitu : (i) Penggandaan separa berawalan - Perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan kata dasar sahaj tetapi tidak awalannya. - Contoh :
berdikit-dikit bersungguh-sungguh setinggi-tinggi terkeseng-keseng terkial-kial sepandai-pandai terjengket-jengket bermalam-malam sekali-kali teresak-esak terkedek-kedek berderet-deret terburu-buru tersipu-sipu

Contoh dalam ayat : (i) Mereka sesat bermalam-malam di puncak gunung itu. (ii) Sekawan itik berjalan terkedek-kedek menyeberang jalan. (iii) Kakak menangis teresak-esak apabila menerima berita itu. (iv) Pelajar itu menelaah bersungguh-sungguh untuk peperiksaanya

Terdapat juga kata adverba penggandaan separa yang setelah menerima awalan seboleh juga menerima bentuk nya. Contohnya : selama-lamanya seikhlas-ikhlasnya secepat-cepatnya sebodoh-bodohnya setinggi-tingginya semahu-mahunya

Contoh dalam ayat : (i) Dia melompat setinggi-tingginya untuk melepasi kayu galang itu. (ii) Saya yakin sesungguh-sungguhnya tentang keesaan Tuhan. (iii) Pahlawan yang terkorban itu dikenang selamalamanya.

(ii) Penggandaan separa berakhiran - Perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan hanya kata dasar tetapi tidak akhirannya. - Contohnya : o gila-gilaan o habis-habisan o besar-besaran o kecil-kecilan o mati-matian

Contoh dalam ayat : (i) Mereka menari gila-gilaan menyambut kedatangan tahun baharu. (ii) Hartawan itu berbelanja besar-besaran untuk majlis perkahwinan anak bongsunya. (iii) Dalam bulan Ramadhan, ramai yang berniaga kecil-kecilan

KATA ADVERBA PENGGANDAAN BERENTAK


Perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan kata dasarnya mengikut rentak bunyi tertentu.

CONTOH
menangis sedu-sedan berlari susup-sasap berbunyi hingar-bingar berjalan mundar-mandir

lari lintang-pukang
datang serta-merta

berjalan huyung-hayang
-

Contoh dalam ayat : (i) Anak itu menangis sedu-sedan apabila ditinggalkan ibunya. (ii) Pemuda yang cedera itu berjalan huyunghayang di kaki lima. (iii) Pasar itu kedengaran hingar-bingar sepanjang hari.

Terbahagi kepada dua :

KATA PENEKAN

KATA PEMBENDA

KATA PENEKAN

Bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya.

CONTOH

Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis. Pokok durian itu nampaknya akan berbuah lebat Bahawasanya pindaan perlembagaan itu wajar dilakukan pada masa ini.

KATA PEMBENDA

Lajunya ialah 100 km sejam. Bukan kepalang sakitnya. Dia berhujah dengan lantangnya. Datangnya secara mendadak.

Anda mungkin juga menyukai