Anda di halaman 1dari 32

Pengenalan kepada perniagaan dan

keusahawanan
Disediakan oleh:
Suriana Kadir
Shella Daud Gan Abdullah
Leslie William Chin

Keusahawanan
Definisi
Peranan usahawan dalam
masyarakat
Perbezaan keusahawanan
dan perniagaan
Ciri ciri usahawan
Sebab kegagalan
usahawan
Keusahawanan
Definisi
O Menurut Histrich dan Peter (1988), keusahawanan
adalah suatu proses dinamik untuk mencipta
kekayaan.
O Kekayaan dicipta oleh individu yang menanggung
risiko besar.
O Ia adalah proses mencipta sesuatu yang baru
dengan mengambil kira masa dan usaha.
O Menerima manfaat dari segi kewangan, kepuasan
peribadi dan kebebasan.
O Kuratko dan Hodgetts (2004)
mendefinasikan keusahawanan sebagai
suatu proses inovasi dan penciptaan
melalui empat dimensi iaitu individu,
organisasi, alam sekitar (environment)
dan proses, dengan kerjasama
rangkaian di dalam kerajaan,
pendidikan dan perlembagaan
(institution).
Usahawan
O Usahawan adalah perintis (pelopor)
kepada kejayaan perniagaan hari ini.
O Mereka ini mengesan peluang yang
ada, membawa kepada pendapat baru
dan prestasi yang baik menjadi satu
piawai di dalam era free enterprise.
Definisi
Scaborough dan Zimmerer (1988)
mendefinasikan usahawan sebagai:
O Seorang yang mencipta suatu perniagaan baru
dan menghadapi suatu keadaan yang tidak pasti
demi untuk memperoleh keuntungan dan
pertumbuhan (perkembangan) dengan mengenal
pasti peluang dan menyediakan sumber untuk
mencapainya.
O Usahawan selalunya bermula hanya dengan idea yang
ada dan selalunya idea yang mudah dan menyediakan
sumber yang perlu untuk memindahkan idea tersebut
kepada perniagaan yang bersesuaian.

Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan
usahawan sebagai:
O Seorang yang berusaha untuk mengatur,
mengurus dan mengambil risiko di dalam
perniagaan.
O Usahawan juga adalah pemangkin kepada
perubahan ekonomi yang menggunakan
carian dengan maksud tertentu,
perancangan teliti dan pertimbangan yang
sesuai apabila membuat sebarang proses
perniagaan.
O Dengan optimistik dan komited,
usahawan bekerja dengan kreatif
untuk memperoleh sumber baru dan
memperbaharui sumber yang lama
kepada kapasiti yang baru, semua ini
hanya bertujuan untuk mencipta
keuntungan.


Peranan usahawan dalam masyarakat
Menyumbangkan Idea dan
Pembaharuan

O Dalam konteks perhubungan usahawan
dengan firmanya, usahawan adalah sumber
utama idea dan pembaharuan.

O Idea dan pembaharuan tidak semestinya
terlalu unik, peningkatan daripada idea
yang sedia ada juga merupakan sesuatu
yang bernas.

O Usahawan harus sentiasa berpemerhatian
dan berfikiran terbuka.

Merancang

O Daripada idea dan penyerlahan
peluang, usahawan merancang.

O Perancangan strategik harus
mengambilkira apa yang ada, yang tiada
dan yang bakal ada.

O Perancangan menentukan apa yang
diperlukan.
Mengurus / Mengeluar /
Mengedar / Menanggung Risiko

O Sumber-sumber seterusnya diurus, dikeluarkan
hasil dalam bentuk barangan atau perkhidmatan
dan diedar.

O Penentuan hasil pengeluaran dan sasaran pasaran
amat penting

O Sebaik mana sekalipun perancangan, kekuasaan
manusia memang terbatas.

O Risiko-risiko yang banyak dan kadang-kadang tidak
terduga adalah menjadi tanggungan usahawan.

Menawarkan Peluang
Pekerjaan

O Usahawan menawarkan peluang pekerjaan
kepada tenaga kerja yang sesuai.

O Dengan ujudnya industri dari pihak
usahawan secara tidak langsung memberi
peluang pekerjaan kepada penduduk
setempat dan kesannya kadar
pengangguran semasa akan menurun.

Menyediakan Pilihan Dan
Penawaran Serta Memenuhi
Kehendak Pengguna

O Penggunaan tenaga kerja yang bersesuaian dan
peningkatan kemahiran tenaga kerja dari masa ke
semasa akan mempertingkatkan produktiviti.

O Hasilnya usahawan dapat pula menyediakan pilihan
dan penawaran yang lebih banyak dan lebih baik
kepada pengguna.

O Pengguna mempunyai citarasa yang pelbagai dan
adalah menjadi tugas seorang usahawan untuk
memenuhi kehendak dan keperluan tesebut.

Menyumbang kebajikan dan
kepimpinanan

O Memenuhi keperluan asas masyarakat akan
menyumbang ke arah peningkatan kebajikan
masyarakat.

O Sumbangan peribadi dalam bentuk derma, zakat
dan sebagainya juga merupakan bentuk kebajikan.

O Kepakaran dan pengalaman usahawan juga
diperlukan dalam pendidikan, pentadbiran negara
dan sosial.

Perbezaan antara keusahawanan dan
perniagaan
Peniaga Usahawan
Tidak semestinya seorang usahawan Seorang usahawan juga adalah seorang
peniaga
Sentiasa melibatkan diri dengan urusan
jual beli
Melibatkan diri dengan usaha mencipta
barangan keluaran sendiri
Sentiasa berusaha menambah keuntungan Mementingkan kejayaan dan kepuasan
bukannya keuntungan semata
Tidak tertarik dengan perkembangan
teknologi dan perubahan perubahan
Mengikuti segala pembaharuan untuk
menambah kreativiti
Peniaga Usahawan
Menjual barang sedia ada dalam
pasaran
Memperkenalkan barangan baru yang
boleh menembusi pasaran
Menghadapi pesaing sebagai cabaran
biasa
Pesaing adalah satu cabaran yang
memerlukan penelitian rapu untuk
terus hidup
Berfikir hanya untuk menyelesaikan
masalah harian
Merenung jauh ke hadapan dan
sentiasa berfikir untuk meningkatkan
kemajuan pada masa hadapan
Mementingkan keuntungan jangka
masa pendek
Mementingkan keuntungan jangka
masa panjang.
Ciri-ciri
usahawan
Kreatif
Inovatif
Bijak
mengambil
peluang
Berani ambil
risiko
Berwawasan
Cekal
Memiliki
dorongan
dalaman
Kreatif
O Kebolehan mencipta, menghasilkan dan
mengembangkan sesuatu produk ataupun
idea baru.
Inovatif
Kebolehan melakukan pembaharuan/
pengubahsuaian untuk mempertingkatkan
ataupun memperbaiki mutu produk
Bijak mengambil peluang
O Bijak merebut peluang dan menjalankan
perniagaan yang dapat memenuhi keperluan
dan kehendak masyarakat
Berani ambil risiko
Sentiasa membuat keputusan yang telah
diambil kira risiko berdasarkan ganjaran
yang dijangkakan
Berwawasan
O Mempunyai matlamat hidup
danperniagaan yang dikendalikan
Cekal
Tidak mudah berputus asa menghadapi
halangan dan cabaran dan sanggup
berusaha berulang kali

Memiliki dorongan dalaman
O Bermotivasi
Sebab kegagalan usahawan
Usahawan Yang Tidak
Berfikiran Jauh
O Tidak berfikiran global dan futuristik.

O Mereka tidak mengambil tahu mengenai
perkembangan semasa pelbagai aspek perniagaan.

O Barangan atau produk yang dijual tidak menepati
ciri-ciri terkini dan menyukarkan pelanggan untuk
meyakini produk tersebut menyebabkan permintaan
agak berkurang.
Mengambil Ringan
Mengenai Aspek
Perniagaan
O Mengambil ringan mengenai aspek
perniagaan seperti tidak perlu berdaya
saing, tiada idea kreatif dalam
menghasilkan produk dan perkhidmatan
serta terlalu yakin dengan kelebihan diri
yang sedia ada.
Kurang Modal Kewangan
Syarikat

O Tidak merancang kewangan
dengan teratur dan
bersistematik.

O Malah, tidak memiliki modal yang
mencukupi untuk berkembang
dalam dunia perniagaan.
Kurang Pengalaman
O Usahawan yang menjalankan perniagaan
tanpa mempunyai pengalaman yang luas,
tidak mahir atau tidak minat dalam dunia
perniagaan.

O Kebiasaannya, usahawan yang bermula
daripada bawah mudah berjaya dan kekal
lama dalam perniagaan yang dijalankan
kerana pengalaman yang dimilikinya.
Suka Bertangguh
O Dokumen yang diuruskan sepatutnya
disiapkan pada tarikh yang telah
ditetapkan, tetapi disebabkan suka
bertangguh, kerja menjadi semakin
banyak dan bertimbun.

O Memberi kesan perniagaan pada syarikat
anda dan menyebabkan proses sesuatu
kerja tergendala.
Rakan Kongsi Perniagaan
Berpecah
O Perniagaan gagal dijalankan
dengan baik kerana rakan kongsi
yang pecah amanah, tidak
sehaluan dan tidak
bertanggungjawab.

Anda mungkin juga menyukai