Anda di halaman 1dari 1

Yang berusaha Tuan Haji Fadhil bin Syukri, Guru Besar Sekolah

Kebangsaan Bahagia Taman Sejati, yang dihormati guru guru dan


murid murid sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Terima kasih
kerana mengundang saya untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk
Selamatkan Kemudahan Awam Kita.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
Kemudahan awam disediakan untuk memudahkan orang ramai
menjalankan aktiviti harian mereka. Namun, perbuatan merosakkan
kemudahan awam seperti telefon awam, tandas awam, perhentian bas
dan sebagainya semakin menjadi jadi. Ekoran itu, langkah yang bijak
peru diambil untuk mengekang kegiatan ini daripada terus berleluasa.
Sesi kaunseling terhadap individu individu yang merosakkan
kemudahan awam perlu diadakan. Pemantauan juga perlu dilakukan
supaya mereka tidak lagi mengulang perbuatan tersebut.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Kempen anti vandalisme juga perlu dilaksanakan secara
berterusan untuk menyedarkan orang ramai akan kepentingan menjaga
kemudahan awam. Kempen ini boleh dibuat melalui poster atau
ceramah. Semua pihak haruslah berganding bahu untuk menjayakan
aktiviti berkaitan vandalisme ini.
Selain itu, orang ramai boleh mengadakan aktiviti gotong-royong
bagi membaik pulih kemudahan awam yang telah rosak. Kegiatan ini
dapat memupuk semangat bermasyarakat.
Oleh hal yang demikian, semua pihak haruslah bersatu supaya
usaha membanteras kegiatan vandalisme ini mencapai matlamatnya.
Setiap anggota masyarakat haruslah mempunyai kesedaran dan
menghargai kemudahan awam. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai