Anda di halaman 1dari 14

Koleksi Soalan Peribahasa SPM Sebenar 2004-2019

Soalan SPM 2019

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
berdasarkan ayat-ayat tersebut.

(i) Penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir perlu membuat persediaan awal
bagi menghadapi musim tengkujuh.
(ii) Rakyat Malaysia yang bekerja di luar Negara dengan berpendapatan lumayan masih
berhasrat untuk bekerja di negara sendiri.
(iii) Penceramah itu mengingatkan kami supaya jangan sesekali melupakan jasa ibu
bapa setelah mendapat kejayaan dan kesenangan hidup.

Jawapan:

(i) sediakan payung sebelum hujan 未雨绸缪


(ii) hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
外国再怎么富有,始终是自己的国家好
(iii) seperti kacang melupakan kulit/ seperti ulat lupakan daun 忘恩负义

Soalan SPM Ulangan 2019

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai
dengan situasi dalam petikan tersebut.

Kemajuan pesat dalam bidang perindustrian telah menyebabkan banyak kilang


baharu didirikan di sesuatu kawasan. Pembinaan kilang-kilang ini telah menjadi
tumpuan penduduka sekitarnya untuk mencari rezeki dan sumber pendapatan.
Kemajuan bidang ini turut mendorong orang luar dating menetap di kawasan tersebut.
Oleh sebab itu, sebagai orang luar mereka perlu menyesuaikan diri dengan adat dan
budaya setempat agar keharmonian dapat dikekalkan.

Jawapan:

(i) seperti cendawan tumbuh selepas hujan 雨后春笋


(ii) ada gula adalah semut/ ada padi masak adalah pipit 人类将聚集在容易找生计的
地方
(iii) masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak/di mana
bumi dipijak, di situ langit dijunjung/ di mana ranting dipatahkan, di situ air
disauk 入乡随俗
Soalan SPM 2018

Nyatakan peribahasa yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa
berikut.

(i) Gagak pulang ke benua 从外地回来却没有改变自己的人/落叶归根


(ii) Alang-alang mandi biar basah 持之以恒/有始有终
(iii) Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi 有其父必有其子

Jawapan:

(i) belut pulang ke lumpur /haruan pulang ke lubuk/ ikan pulang ke lubuk / sirih
pulang ke gagang / berapa tinggi terbang bangau akhirnya hinggap di belakang
kerbau juga / setinggi-tinggi terbang bangau hinggap di belakang kerbau juga
(ii) alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan / alang-alang
berdakwat biar hitam / alang-alang berminyak biar licin / genggam bara api biar
sampai jadi arang
(iii) bagaimana acuan, begitulah kuihnya / bapa borek, anak rintik semuanya

Soalan SPM Ulangan 2018

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi
mengisi tempat kosong dalam petikan tersebut.

Pada cuti penggal sekolah yang lalu, saya dan beberapa orang rakan telah
berkunjung ke Pulau Langkawi. Pelbagai tempat menarik telah kami kunjungi dan
banyak pengetahuan serta pengalaman baharu telah kami perolah, bak kata orang
(i)______________. Sekiranya kami tidak tahu arah untuk ke sesuatu destinasi yang hendak
kami lawati, kami tidak berasa malu untuk bertanya kepada penduduk setempat agar
kami tidak tersesat kerana (ii)_____________. Ada ketikanya perjalanan kami amant
memenatkan dan cuaca yang panas menyebabkan kami (iii)___________ hingga pakaian
kami basah dibuatnya.

Jawapan:

(i) jauh perjalanan, luas pemandangan 行万里路,可以让人见识变广


(ii) malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut/ Segan bergalah, hanyut
serantau 不努力就不可能成功
(iii) mandi peluh 汗流浃背
Soalan SPM 2017

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemudian nyatakan tiga peribahasa
sesuai dengan situasi di dalam dialog:

Dr. Hameed : Sebagai jiran kita mestilah bersikap jujur dan tidak mengamalkan sikap
berpura-pura kerana sikap ini boleh merenggangkan hubungan sesama jiran.

Rajesh: Betul tu Dr Hameed. Kita bukan sahaja perlu bersikap jujur sesama jiran
malah kita hendaklah sentiasa menghulurkan bantuan kepada jiran-jiran yang susah.

Mei Ling: Selain itu, kita seharusnya mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu
kesilapan kerana jiran-jiran kita turut menerima akibat daripada kesilapan yang kita
lakukan.

Rajesh: Saya setuju dengan pendapat Mei Ling.

Jawapan:

(i) bagai gunting dalam lipatan/ bagai api dalam sekam/bagai muauh dalam selimut
内奸
(ii) bagai aur dengan tebing/ Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat
同舟共济/合作
(iii) murah hati 慷概/大方
(iv) ibarat telur sesangkak , pecah satu pecah semua/seperti telur dua sebandung,
pecah satu, pecah keduanya 殃及池鱼
(v) kerana nila setitik, rosak susu sebelanga/seekor kerbau membawa lumpur,
semuanya habis terpalit 害群之马

Soalan SPM Ulangan 2017

Berikan peribahasa yang bersesuaian dengan maksud peribahasa di bawah.

(i) Pelbagai kesusahan ditempuh sebelum menikmati kesenangan.


(ii) Berani bertindak kerana tidak melakukan kesalahan
(iii) Orang yang berjasa itu akan selalu disebut-sebut namanya walaupun telah
meninggal dunia

Jawapan:

(i) berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-


senang kemudian 先苦后甜
(ii) berani kerana benar, takut kerana salah 勇于维护真理
(iii) harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, manusia
mati meninggalkan nama 好人将会流芳百世,坏人则遗臭万年
Soalan SPM 2016

Berikan maksud peribahasa berikut:

(i) Di mana kemahuan di situ ada jalan 有志者,事竟成


(ii) Indah khabar daripada rupa 夸大其词
(iii) Alah biasa tegal biasa 熟能生巧

Jawapan:

(i) Sekiranya kita bersungguh-sungguh dalam satu perkara atau dalam menyelesaikan
masalah, kita pasti akan berjaya menyelesaikannya.
(ii) Perkhabaran yang terlalu dilebih-lebihkan daripada keadaan atau rupa yang
sebenarnya.
(iii) Perkara yang sukar apabila kerap kali dilakukan, atau kerap kali berlatih akan
terasa mudah dan menjadi mahir.

Soalan SPM Ulangan 2016

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian lengkapkan ayat-ayat itu dengan
peribahasa yang sesuai.

(i) Mangsa-mangsa banjir yang telah kehilangan tempat tinggal itu berasa amat
bersyukur dan berterima kasih kepada pihak kerajaan yang mengumumkan
pembinaan rumah baharu untuk mereka. Pengumuman itu disambut gembira
dan bersesuaian dengan pepatah _____________________.
(ii) Ketua kampung sering menasihati penduduk kampung supaya tidak
mementingkan diri sendiri dalam kehidupan bermasyarakat di kampung itu.
Mereka janganlah menjadi seperti ____________________.
(iii) Ibu sering kali berpesan kepada anak-anaknya supaya sentiasa berusaha dan
jangan mudah berputus asa dalam mengejar cita-cita kerana kata pepatah
________________.

Jawapan:

(i) kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan 感恩


(ii) enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masi
各家自扫门前雪,莫管他人瓦上霜
(iii) genggam bara api, biar sampai jadi abu/ alang-alang menyeluk pekasam
biar sampai ke pangkal lengan / alang-alang berdakwat biar hitam / alang-alang
berminyak biar licin /alang-alang mandi biar basah 持之以恒
Soalan SPM 2015

Berikan satu peribahasa lain yang sama maksud atau hampir dengan peribahasa di
bawah:

(i) Seperti embun di hujung tanduk 不安全/危在旦夕


(ii) Bagai pinang dibelah dua 郎才女貌
(iii) Masuk kandang kambing mengembek, masuk kendang kerbau menguak
入乡随俗

Jawapan:

(i) Seperti telur di hujung tanduk/ seperti abu di atas tunggul


(ii) Seperti cincin dengan permata/ seperti cincin terlekat dijari/tanduk bersendi
gading
(iii) Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung/ di mana ranting dipatahkan,
di situ air disauk

Soalan SPM Ulangan 2015

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan ayat-ayat tersebut.

(i) Sepanjang lima tahun beliau menguruskan syarikat itu, pelbagai rintangan telah
Berjaya dihadapai bersama-sama kakitangannya.
(ii) Kita hendaklah berasa insaf dan berusaha untuk membetulkan sesuatu
kesalahan apabila kita menyedari kesalahan yang telah dilakukan.
(iii) Majlis sambutan rumah terbuka itu telah selesai, namun masih kedengaran
rungutan daripada sesetengah pihak kerana atur caranya tidak lancar.

Jawapan:

(i) berat sama dipikul, ringan sama dijinjing / ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni/ Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah 有福同享,有难同当
(ii) sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna 三思而行
(iii) rumah sudah, pahat berbunyi 事后诸葛亮/事后批评
Soalan SPM 2014

Berikan peribahasa yang bersesuaian dengan maksud peribahasa di bawah.

(i) Menurut sahaja kehendak orang lain.


(ii) Segala keperluan sudah ada, hanya menanti masa untuk melakukannya
(iii) Orang yang bertuah mendapat keuntungan atau rezeki dari mana-mana sahaja.

Jawapan:

(i) seperti lembu dicucuk hidung 被人牵着鼻子走


(ii) perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan/ dayung sudah di tangan, perahu
sudah di air 万事俱备
(iii) ada gula, adalah semut/ ada padi masak adalah pipit 人类将聚集在容易找生计的
地方

Soalan SPM Ulangan 2014

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan situasi dalam ayat-ayat tersebut.

(i) Ghazali mewarisi kebijaksanaan ayahnya dalam menguruskan pernigaan


keluarga mereka.
(ii) Nadia cepat memahami dan mengusai apa-apa sahaja yang diajar oleh guru-
gurunya.
(iii) Dia disenangi oleh rakan-rakannya kerana rajin bekerja dan sedia memberikan
bantuan apabila diperlukan.

Jawapan:

(i) bagaimana acuan, begitulah kuihnya/ bapa borek, anak rintik semuanya/ ke mana
tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi 有其父,必有其子
(ii) terang hati 容易明白所教导的事物
(iii) ringan tulang/ringan tulang berat perut 勤奋工作

Soalan SPM 2013

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan maksud ayat tersebut.

(i) Sengaja mencari susah atau bahaya.


(ii) sesuatu yang sudah pasti diperoleh atau dimiliki.
(iii) Orang yang bodoh kalau ada kesungguhan mempelajari sesuatu lama-lama akan
pandai juga.
Jawapan:

(i) tiada beban, batu digalas/ tiada beban dicari beban, pergi ke pulau batu digalas/
tiada beban batu digalas, tiada burut diampu-ampu 自讨苦吃
(ii) dalam tangan 易如反掌/稳操胜券
(iii) belakang parang kalaunya diasah nescaya tajam juga
勤能补拙

Soalan SPM Ulangan 2013

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

Mengenang budi memang menjadi amalan masyarakat kita sejak dahulu lagi.
Orang yang banyak berbakti dan berjasa tetap akan dikenang sekalipun orang itu telah
meninggal dunia seperti yang terungkap dalam peribahasa (i)____________. Namun begitu,
terdapat juga segelintir anggota masyarakat yang tidak mengenang budi sebagaimana
yang digambarkan oleh peribahasa (ii)___________________. Oleh itu kita dinasihati supaya
tidak lupa akan jasa dan bakti yang diterima, malah cubalah berusaha untuk
membalasnya kerana peribahasa ada menyebut (iii)_______________________.

Jawapan:

(i) harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, manusia mati
meninggalkan nama 好人将会流芳百世,坏人则遗臭万年
(ii) seperti kacang lupakan kulit / seperti ulat lupakan daun 忘恩负义
(iii) hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati 恩情不是用钱就能回报的,
我们应该永远都记住恩情

Soalan SPM 2012


Berikan maksud peribahasa di bawah.

(i) Membaca jambatan Ilmu 阅读是知识的桥梁


(ii) Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain 铁杵磨成针
(iii) Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat 团结一致

Jawapan:

(i) Membaca dapat menambah ilmu pengetahun/ Ilmu pengetahuan diperolehi dan
dipertingkatkan dari masa ke masa melalui amalan membaca
(ii) Tekun dan usaha dapat membawa kejayaan/ usaha yang dilakukan sedikit demi
sedikit lama akan berhasil juga
(iii) Sesuatu kejayaan diperoleh disebabkan seluruh pasukan atau masyarakat
bersatu hati dan berpegang teguh antara satu sama lain.
Soalan SPM Ulangan 2012

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan situasi dalam ayat-ayat tersebut.

(i) Sekalipun kita digalakkan supaya berbuat baik, tetapi perlu berhati-hati supaya
tidak ada pihak yang cuba mengambil kesempatan atas kebaikan kita itu. Walau
bagaimanapun, janganlah kita berfikir untuk melakukan kejahatan sepanjang
hayat.
(ii) Semua anak iman itu berjaya dalam bidang akademik dan bidang keagamaan.
Hal ini tidaklah menghairankan kerana mereka berketurunan orang yang baik-
baik.
(iii) Arif menuduh Irfan mencuri telefon bimbitnya tetapi Irfan menafikannya.
Berikutan kejadian itu, ibu Arif menasihatinya supaya tidak membuat tuduhan
secara melulu kerana tindakan itu boleh menyebabkan pergaduhan.

Jawapan:

(i) buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali 行善要有分寸,行恶千万不可


(ii) jika asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau 出淤泥而不染
(iii) terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya / berjalan
peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah 说话要谨慎小心

Soalan SPM 2011


Baca maksud peribahasa dibawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang
sesuai dengan maksud peribahasa tersebut.

(i) Pasangan yang sepadan


(ii) Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya.
(iii) Orang yang merantau akhirnya kembali ke tempat asal.

Jawapan:

(i) bagai pinang dibelah dua/ Seperti cincin dengan permata/ seperti cincin terlekat
dijari/tanduk bersendi gading 郎才女貌
(ii) bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi 一个巴掌拍不响
(iii) belut pulang ke lumpur /haruan pulang ke lubuk/ ikan pulang ke lubuk / sirih
pulang ke gagang / berapa tinggi terbang bangau akhirnya hinggap di belakang
kerbau juga / setinggi-tinggi terbang bangau hinggap di belakang kerbau juga
落叶归根
Soalan SPM Ulangan 2011

Berikan maksud peribahasa di bawah.

(i) Besar pasak daripada tiang 入不敷出


(ii) Cepat kaki ringan tangan 任劳任怨
(iii) Pantang berundur sebelum berjuang 不半途而废

Jawapan:

(i) Belanja lebih besar daripada pendapatan


(ii) Rajin dan giat bekerja.
(iii) Tidak berputus asa sebelum berjaya

Soalan SPM 2010


Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang
akan memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin
hubungan yang erat dengan murid-murid di samping bekerja sama bagai
___________(i)__________.
Selain itu, mereka perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk menempa
kecemerlangan kerana ________(ii)__________ . Sebagaimana yang diketahui, resepi
kejayaan seseorang murid ialah permuafakatan antara guru dengan ibu bapa dalam
melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam
akademik. Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh kerana
________(iii)__________.

Jawapan:

(i) aur dengan tebing 合作


(ii) usaha tangga kejayaan 努力是成功之道/di mana ada kemahuan, di situ ada jalan 有
志者 事竟成/ kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya 没有耕耘 没
有收获
(iii) muafakat membawa berkat/bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat 团结
Soalan SPM Ulangan 2010

Berikan maksud peribahasa di bawah.

(i) bagai lebah menghimpun madu 勤劳 (同义词 seperti anai-anai makan kayu/pipit
pekak makan berhujan)
(ii) seperti si buta baru celik 贫穷的人在生活安逸后自满
(iii) kemenyan sebesar lutut; jika tidak dibakar, tidak akan berbau 学问再多珍藏起来
又有什么用/不要吝啬分享学问 (同义词 kemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar
manakan berbau)

Jawapan:

(i) orang yang sangat rajin


(ii) menjadi sombong selepas memperolehi kekayaan
(iii) ilmu pengetahuan perlu dikongsi bersama orang lain bukan simpan diri sendiri

Soalan SPM 2009


Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi
mengisi tempat kosong dalam dialog tersebut.

Ayah : Syafik, jagalah diri haik-baik ketika di rantau orang. Di sana nanti sesuaikan
diri dengan budaya dan adat resam mereka. Ikutlah nasthat orang tua-tua, iaitu
________(i)_______

Syafik : Terima kasih ayah. Saya akan sematkan nasihat ayah itu dalam hati saya.

Ayah : Di luar negara nanti ayah berharap Syafik belajarlah rajin-rajin. Setelah
berjaya kelak, berkhidmatlah kepada negara ini kerana kerajaan memerlukan tenaga
muda untuk membangunkan negara, bak kata peribahasa _______(ii)_________

Syafik : Saya tidak lupa akan nasihat ayah itu.

Ayah : Satu lagi, jika ada peluang, jelajahilah negara orang dan timbalah pengalaman
sebanyak banyaknya kerana _________(iii)_________

Jawapan:

(i) di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung/masuk kandang kambing mengembek,
masuk kandang kerbau menguak 入乡随俗
(ii) pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara 青年是国家栋梁
(iii) jauh berjalan luas pandangan/jauh berjalan luas pemandangan/jauh berjalan
luas pandangan,lama hidup banyak dirasa 走得远 见识广
Soalan SPM Ulangan 2009

Berikan maksud peribahasa di bawah.

(i) Tiada rotan akar pun berguna juga 如果不能得到好的,那差的也可以用/聊胜于



(ii) Menepuk air di dulang ,terpercik ke muka sendiri 诉说家人/自己的缺点,自己
也蒙羞
(iii) Kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya 一言既出,驷马难追

Jawapan:

(i) Kalau tidak mendapat sesuatu yang baik, maka sesuatu yang kurang baik juga boleh
digunakan
(ii) Menceritakan cela cacat sendiri atau keluarganya, diri sendiri juga dapat malu
(iii) Janji mesti ditepati

Soalan SPM 2008


Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan
maksud dan penggunaannya.

(i) Bagai menatang minyak yang penuh 无微不至


(ii) Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau 出淤泥而不染
(iii) Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah 有福同享,有难同当
(同义词- berat sama dipikul, ringan sama dijinjing/ ke bukit sama didaki, ke lurah
sama dituruni)

Jawapan:

(i) Mak Jah menjaga anak angkatnya bagai menatang minyak yang penuh kerana dia
tidak mempunyai anak sendiri.
(ii) Walaupun Ahmad hanya belajar di sekolah yang biasa, tetapi dia mampu mendapat
semua A dalam peperiksaan SPM kerana benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau.
(iii) Dalam hubungan kekeluargaan, kita perlulah sentiasa bekerjasama seperti hati
gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah untuk mengekalkan hubungan erat.
Soalan SPM 2007
Berikan maksud peribahasa di bawah.

(i) Bahasa Jiwa Bangsa 语言是民族的灵魂


(ii) Bagai dakwat dengan kertas 形影不离/非常亲密的关系 (同义词-bagai isi dengan
kuku)
(iii) Seperti air dalam kolam 行为举止冷静,镇定的人

Jawapan:

(i) Bahasa ialah identiti/ lambang/ciri pengenalan bangsa


(ii) Perhubungan yang sangat erat
(iii) Orang yang bersikap tenang dan sabar dalam menempuh kehidupannya

Soalan SPM 2006


Baca dialog di bawah dengan teliti kemudian senaraikan peribahasa atau kata-kata
hikmat yang sesuai untuk diisikan pada tempat kosong.
Amir : Ramai pengguna bahasa Melayu suka menggunakan bahasa rojak semasa
berkomunikasi.

Sofea : Yalah, bukan itu sahaja! Media massa pun sering mengabaikan penggunaan
bahasa yang betul.

Amir : Jika kita sayang akan bahasa, kita mesti menggunakan bahasa yang betul pada
setiap masa dan keadaan, kerana ___________(i)_________________

Sofea : Media massa perlulah memainkan peranan yang bersungguh-sungguh dalam


mendaulatkan bahasa Melayu tanpa perlu berdolak-dalik, bak kata pepatah
________(ii)__________________

Amir : Saya bersetuju dengan pendapat kamu. Media massa dapat menyalurkan idea
dan kritika dengan lebih berkesan kerana ____________(iii)__________________

Jawapan:

(i) Bahasa Jiwa Bangsa 语言是民族的灵魂


(ii) hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih/di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan 有志者,事竟成
(iii) mata pena lebih tajam daripada mata pedang 通过文字表达的意见更深刻/犀利
Soalan SPM 2005

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan situasi dalam ayat-ayat tersebut.

(i) Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira, tetapi dia
yang menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.
(ii) Jamal menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak
gembira kerana tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti remaja lain.
(iii) Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita
berbelanja berlebih-lebihan.

Jawapan:

(i) Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul 别人承受的痛苦比表面上看到的


更痛苦
(ii) Seperti burung dalam sangkar, mata lepas badan terkurung 笼中之鸟
(iii) Ukur baju di badan sendiri 量力而为

Soalan SPM 2004

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai
dengan situasi dalam petikan tersebut.

Perpaduan rakyat menjadi tonggak kegemilangan negara Malaysia. Mereka saling


membantu antara satu sama lain. Mereka amat sedar bahawa pada masa ini sikap
negatif akan menyukarkan kerajaan untuk menyatupadukan rakyat. Sekiranya hal ini
wujud, maka tiada sesiapa pun yang untung. Sebalinya mereka akan kehilangan segala-
galanya.

Jawapan:

(i) Bersatu teguh, bercerai roboh 团结就是力量


(ii) Bagai tanduk diberkas 意见不同的人很难团结在一起
(iii) Kalah jadi abu, menang jadi arang 两败俱伤
额外 Peribahasa 资料分享

1 400 组 Peribahasa 同义词

https://www.scribd.com/embeds/288195782/content?start_page=1&view_mode=
scroll&access_key=key-fFexxf7r1bzEfWu3HK

Anda mungkin juga menyukai