Anda di halaman 1dari 3

Bina satu ayat yang sesuai dengan menggunakan setiap peribahasa yang berikut 1) Mencari jalan Maksudnya : Berikhtiar

menyelesaikan sesuatu perkara. Amin sentiasa mencari jalan untuk menambahkan pendapatan bulanannya supaya cukup untuk menyara seluruh ahli keluarganya. 2) Anak dagang Maksudnya : Orang yang berhijrah ke tempat orang lain. Anak dagang hendaklah sentiasa menjaga tingkah laku mereka kerana kelakuan mereka sentiasa menjadi perhatian masyarakat setempat. 3) Memerah otak Maksudnya : Berfikir dengan bersungguh-sungguh Professor itu saban hari bertungkus lumus memerah otak untuk memastikan penyelidikannya berjaya mendapat pengiktirafan daripada pihak universiti. 4) Batu penghalang Maksudnya : Rintangan atau halangan Kemiskinan hidup tidak pernah menjadi batu penghalang bagi Amirah untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. 5) Lintah darat Maksudnya : Peniaga yang mengambil untung yang terlalu tinggi Pak Ali digelar lintah darat di kalangan penduduk kampung itu kerana sikapnya yang suka mengambil untung yang berlebihan dalam aktiviti perniagaannya. Bina satu ayat yang sesuai dengan menggunakan setiap peribahasa yang berikut 1) Kacang lupakan kulit Maksudnya : Lupa akan asal usul Kita janganlah menjadi seperti kacang lupakan kulit umpamanya melawan ibu bapa atau guru kerana mereka telah banyak berjasa kepada kita. 2) Bak cendawan tumbuh selepas hujan Maksudnya : Terlalu banyak pada sesuatu masa Syarikat jualan langsung yang dipelopori oleh golongan bumiputera bak cendawan tumbuh selepas hujan kerana saban hari semakin ramai yang mendaftarkan perniagaan mereka. 3) Bagai kaca terhempas ke batu Maksudnya : Hati yang sangat sedih Perasaan Aina bagai kaca terhempas ke batu setelah mengetahui kecurangan suaminya. 4) Seperti lembu dicucuk hidung Maksudnya : Orang yang selalu mengikut kemahuan orang lain Akmal seperti lembu dicucuk hidung kerana dia tidak pernah membantah permintaan rakanrakannya walaupun permintaan itu mennyusahkannya.

5) Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua Maksudnya : Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya. Arsyad dimarahi oleh ibunya kerana keluarga mereka telah mendapat malu akibat perbuatan buruknya itu bak kata pepatah ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua.

Bina satu ayat yang sesuai dengan menggunakan setiap peribahasa yang berikut 1) Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Maksudnya : Kita seharusnya mengikut adat dan peraturan di tempat kita tinggal. Asyraf tidak menghadapi masalah dengan penduduk tempatan ketika menetap di Belanda kerana baginya di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. 2) Bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Maksudnya : Sama-sama bersusah dan bersenang. Kita hendaklah mengamalkan sikap saling membantu dan bekerjasama pada setiap masa bak kata pepatah bukit sama didaki lurah sama dituruni demi merealisasikan impian yang dihajati. 3) Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Maksudnya : Jika kita membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh, pasti kita tidak akan mendapat hasilnya. Arif bermati-matian menyiapkan projek pembinaan itu kerana dia sedar jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. 4) Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit Maksudnya : Sesuatu kejayaan berpunca daripada usaha secara kecil-kecilan yang akhirnya menjadi besar dan mencapai apa yang dihajati. Amir memulakan perniagaannya secara kecil-kecilan sebelum memiliki rangkaian pasaraya ternama itu kerana dia berpegang pada prinsip sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

5) Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas Maksudnya : Adat atau sesuatu yang tidak berubah tetapi tetap utuh. Upacara bersanding dalam majlis perkahwinan masyarakat Melayu tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas kerana masih menjadi amalan dan semakin popular dalam kalangan generasi muda.

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini. Semangat kejiranan masih diamalkan dalam kehidupan masyarakat Melayu. Hubungan ini dikukukuhkan dengan aktiviti bekerjasama dan bergotong royong sesama jiran tetangga. Mereka akan menghadapi situasi susah dan senang bersama-sama. Amalan ini sudah sebati dalam diri mereka kerana telah diwarisi sejak turun temurun. Jawapan : 1) Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat 2) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing 3) Darah daging

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini. Ismail menjalankan perniagaan runcit di kampungnya. Kebanyakan barangannya dijual dengan harga yang tinggi kerana dia ingin mengaut keuntungan yang lebih. Ismail juga terkenal dengan sikapnya yang suka berbangga dengan kejayaannya dalam perniagaan. Walau bagaimanapun, isterinya tidak bersikap sedemikian sebaliknya dia sering merendah diri dan tidak keberatan membantu mereka yang dalam kesusahan. Jawapan : 1) Lintah darat. 2) Meninggi diri. 3) Tangan terbuka.

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini. Saiful bekerja di sebuah syarikat pengangkutan. Dia merupakan seorang pekerja yang rajin dan akan menyiapkan tugasannya sehingga selesai walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Saiful berperanan penting di tempat kerjanya kerana dia sangat berkemahiran dan mampu mengendalikan syarikat dengan baik. Dia sentiasa meningkatkan kecekapannya supaya kebolehannya setanding dengan pegawai-pegawai yang lain. Jawapan : 1) Genggam bara api biar sampai jadi arang. 2) Tulang belakang. 3) Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.

Anda mungkin juga menyukai