Anda di halaman 1dari 2

Peribahasa

Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan satu peribahasa yang sesuai
dengan ayat tersebut.
1. Remaja kini gemar mengunjungi kafe siber yang semakin banyak beroperasi di
negara ini.
2. Walaupun kita semakin maju, namun budaya nenek moyang perlu kita amalkan
agar berkekalan.
3. Ketika kita sedang berbual-bual atau bergurau senda, kita perlulah berhati-hati
mengeluarkan tutur kata kerana tersilap kata akan mengeruhkan keadaan.
4. Apabila tidak tahu melakukan sesuatu, kita tidak wajar berasa malu untuk meminta
pendapat dan tunjuk ajar daripada orang yang arif tentang perkara itu.
5. Mereka sangat berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu hal rahsia agar perkara
itu tidak diketahui oleh orang lain .
6. Sesuatu yang susah itu sekiranya selalu dilakukan akhirnya menjadi mudah sahaja.
7. Husin bercadang untuk membeli sebuah jam tangan yang mahal sedikit kerana dia
faham bahawa barangan yang tinggi harganya akan tahan lebih lama.
8. Para pemimpin dan pejuang negara akan tetap dikenang oleh rakyat kerana jasa
dan bakti mereka kepada negara.
9. Pemuda yang menjadi penagih itu memang degil sejak kecil lagi kerana setiap
nasihat dan teguran ibu bapanya tidak pernah diturutinya.
10. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa
yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.
Obed : Saya kagum melihat pembangunan yang pesat berlaku di
negara ini. Negara kita nampaknya telah berkembang maju
setaraf dengan Negara-Negara Dunia Pertama.
Oliver : Saya bersetuju dengan pandangan kamu. Pada hemat saya,
sebagai rakyat kita perlu belajar daripada negara-negara maju
dan bertanyakan pakar-pakar tentang strategi untuk
memantapkan ekonomi negara kita. Jika tidak sampai bila-bila
pun kita akan terus ketinggalan.
Obed : Tetapi usaha tersebut memerlukan kesabaran.
Oliver : Yalah, kalau tidak sabar sudah tentu kejayaan sukar diperoleh!

11. Baca peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sama
maksud dengan peribahasa tersebut.
i. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
ii. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
iii. Genggam bara api biar sampai jadi arang
iv. Bagai lebah menghimpunkan madu
v. Belakang parang kalau diasah lagikan tajam
vi. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan

Anda mungkin juga menyukai