Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Alor Setar, Kedah.
Bapanya bernama Sultan Abdul Hamid Shah, manakala ibunya ialah Mak Cik Manjalara
berketurunan Siam.
Tunku Abdul Rahman menerima pendidikan pertama di Maktab Sultan Abdul Hamid dan
di Penang Free School ketika berumur 8 tahun. Pada tahun 1920, beliau telah melanjutkan
pelajaran dalam jurusan undang-undang di Universiti Cambrudge, England.
Beliau pernah bekerja sebagai Penolong Pegawai Daerah dan Pegawai Daerah Sungai
Petani. Tunku Abdul Rahman juga pernah dilantik sebagai Pengarah pelajaran negeri Kedah.
Pada tahun 1951, Tunku dilantik memegang jawatan Presiden UMNO. Tunku juga Berjaya
mengabungkan MCA dan MIC dengan UMNO sehingga wujud Parti Perikatan. Parti inilah yang
telah menyatupadukan rakyat Tanah Melayu.
Tunku telah berjaya meminta Kerajaan Inggeris member kemerdekaan kepada Tanah
Melayu pada tahun 1957. Beliau diberi gelaran ‘Bapa Kemerdekaan’. Beliau dilantik menjadi
Perdana Menteri pertama untuk mentadbir Malaysia selepas merdeka.
Aku berasal dari "Negara Matahari Terbit". Aku dibuat di sebuah kilang besi waja yang
tidak besar. Badanku terdiri daripada besi waja, getah asli, kaca dan plastik.
Apabila badanku telah siap dibuat, aku disebut basikal. Aku dan kawan -kawanku yang lain
dipamerkan di sebuah bilik pameran. Aku berasa sungguh gembira kerana ramai orang memuji
kecantikanku.
Tidak lama kemudian, aku dan kawan-kawanku menaiki sebuah kapal dagang. Aku berasa
sungguh seronok apabila mendapati kami akan dihantar ke Malaysia. Melalui perbualan dua
orang kelasi kapal itu, aku mendapati ramai kanak-kanak di Malaysia ingin memilikiku. Aku
semakin bangga.
Nasib kami sungguh malang . Kapal kami karam. Aku dan kawan-kawanku lemas. Setahun
kemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu badanku sudah berkarat. Penyelam
itu membawa aku dan kawan-kawanku ke kedai yang membeli besi buruk. Aku dijual di situ.
Aku berasa sungguh kesal kerana aku telah menjadi bahan terbuang sebelum sempat
mencurahkan baktiku kepada orang Malaysia.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan
hilang pula.
Mencari Jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
Memerah Otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.
Berbesar Hati
Maksud : Gembira.
Anak Buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.
Tuan Rumah
Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara
Batu Penghalang
Maksud : Halangan
Darah daging
Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
Meninggi diri
Maksud : Sombong
Bermuka Dua
Maksud : Tidak jujur.
Baik Hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
Tulang Belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan
Terang Hati
Maksud : Lekas pandai.
Rendah Hati
Maksud : Tidak sombong
Murah Hati
Maksud : Pemurah.
Tangan Kosong
Maksud : Hampa.
Lintah Darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
Anak Dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat
3 I Kalau semangat kita lemah, kita tidak akan dapat mencapai segala cita-cita.
II Keropok yang telah digoreng itu menjadi lemah kerana tidak disimpan dalam tin.
III Badannya terasa lemah kerana dia tidak berselera makan selama beberapa hari.
IV Sikapnya yang lemah itu telah memikat hati penduduk di kampung itu.
A I dan 11 sahaja
B I dan iii sahaja
C I, iii dan IV sahaja
D I,11,111, dan IV
5 1 Segi sampul surat itu telah terkoyak sebelum disampaikan kepada penerimanya.
II Kepalanya benjol kerana terhantuk pada segi dinding.
111 Bingkai gambar itu ada lapan segi.
IV Polis menyaman pemuda itu kerana telah melakukan kesalahan dari segi undang-
undang
lalu lintas.
A, II dan IV sahaja
B iii dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D ii,iii dan IV sahaja
9 I Seorang yang mempunyai paras yang cantik belum tentu mempunyai perangai yang
baik.
II Paras raksa pada termometer turun naik mengikut suhu.
1II Dia membeli baju yang tidak sama paras dengan badannya.
IV Gambar itu digantung sama paras dengan ketinggian saya.
A II dan IV sahaja
B 1, II dan III sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
10 I Kebanyakan orang tua yang hidup melarat telah dimasukkan ke rumah kebajikan
II Saya tidak melarat untuk mengangkat almari yang beret itu.
III "Percakapan awak itu sudah melarat, saya tidak sanggup mendengarnya lagi," kata
Fatimah.
IV Penyakit yang dihidapinya sudah melarat kepada orang lain di seluruh kampung.
A. I dan III sahaja
B. II dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D . II, 111 dan IV sahaja
11 I Ketua kampung itu memerah golongan belia di kampungnya untuk membina sebuah
jambatan.
II Emak memerah kelapa untuk mendapatkan santannya.
III Budak itu memerah telinga untuk mendengar percakapan kawannya.
IV Abang memerah otaknya untuk menghadapi ujian itu.
A. I dan III sahaja
B. II dan IV sahaja
C. I, II dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja
26. A. Sudah sepuluh tahun Adli menjadi anak angkat Encik Jasmi.
B. Jika kita angkat pandangan kita akan lihat langit yang gelap itu.
C. Jangan cuba angkat mulut bila kita tidak suka kepada orang lain.
D. Angkat mata adalah kesukaan saya.
27. A. Buah durian itu telah turun dari pokok dengan banyaknya.
B. Kakinya telah turun ke bawah bila berjalan.
C. Apabila dia marah darahnya akan menjadi turun.
D. Dengan serta merta dia turun dari pokok kelapa itu apabila dipanggil oleh ibunya.
35. I. Nora berjaya dalam pelajarannya walaupun dia dari keluarga yang susah.
II. Susah senang biarlah kita tanggung sendiri.
III. Dalam pertandingan itu kakinya menjadi susah keduanya.
IV. Dia memang susah hendak datang ke rumah saya sebab tiada kenderaan.
A. I sahaja B. I dan II C. I, II dan IV D. Kesemuanya
38. A. Penjual air gerai di tepi jalan itu gamat kerana terlalu ramai pelanggan.
B. Suasana di bandar Sri Aman menjadi gamat apabila seekor buaya telah membaham
salah seorang penduduk di situ.
C. Padang permainan itu gamat dengan anjing-anjing liar.
D. Kelas 6 Hijau gamat dengan gelak ketawa.
40. A. Bosnia dijangka akan bergolak lagi apabila pengganas Serb mengganas.
B. Kucing itu sentiasa bergolak dengan anjing liar itu.
C. Keluarga Pak Leman bergolak kerana menghadapi masalah kewangan.
D. Tugas seorang anggota polis cawangan jenayah sentiasa bergolak dengan bahaya