Anda di halaman 1dari 19

CERPEN

BANJIR DI AIR
MATA EMAK
DISEDIAKAN OLEH:
CIK HANNANI
SINOPSIS

2
TEMA

• Ketabahan seorang ibu dalam menghadapi


dugaan kehidupan.

Contohnya: Mak Piah berdepan dengan


kesulitan akibat banjir yang melanda. Mak
Piah tabah menghadapi kesulitan itu tanpa
mahu menyusahkan anak-anaknya dan juga
orang lain.
PERSOALAN
Keprihatinan terhadap kesusahan “saya” nekad untuk membantu ibu
orang lain tua yang tidak dikenali kerana
memahami kesulitan mangsa banjir.

Kasih sayang seorang ibu terhadap Mak Piah tetap menyayangi Nana dan
anak-anak Nubhan walaupun mereka jarang
menjenguknya.

Tanggungjawab anak-anak terhadap Nana berasa menyesal kerana


ibu bapa terpaksa patuh akan larangan
suaminya untuk membantu emaknya
membersihkan rumah selepas banjir
sehingga emaknya ditimpa
malapetaka.
4
NILAI & PENGAJARAN
Ketabahan Kita perlu tabah menghadapi Mak Piah tabah menghadapi
dugaan hidup. dugaan hidup apabila dilanda
banjir dan berdepan dengan
ketakutan serta tidak dikunjungi
oleh anak-anaknya.

Keprihatinan Kita mestilah prihatin akan "Saya“ sangat prihatin akan


masalah yang dihadapi oleh kesulitan dan ketakutan mangsa-
orang lain. mangsa banjir lalu dia ingin
memberikan bantuan
semampunya.
NILAI & PENGAJARAN
Kasih sayang Kita hendaklah “Saya” sangat menyayangi dan sentiasa
menyayangi ibu bapa merindui arwah emaknya.
dengan sepenuh hati.

Baik hati Kita hendaklah Dua orang remaja kampung menghantar


membantu orang yang “saya” ke rumah Mak Piah dengan sampan
memerlukan bantuan mereka.
kita.

Bekerjasama Kita hendaklah Penduduk kampung bekerjasama


bekerjasama dan mengurus dan mengebumikan jenazah
membantu pihak yang Mak Piah.
dilanda musibah
UJI MINDA OMG MS 127

7
08/13/2022 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 8
PUISI TRADITIONAL
PANTUN BUDI
ANTOLOGI BAIK BUDI INDAH
BAHASA

9
MAKSUD RANGKAP
PANTUN MAKSUD
Tenang-tenang air di laut, Rangkap 1: Budi yang baik akan sentiasa
Sampan kolek mudik ke tanjung; dikenang dan menjadi sebutan orang.
Hat terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.

Yang kurik kundi, Rangkap 2: Orang yang baik mempunyai budi


Yang merah saga; dan bahasa yang tinggi.
Yang baik budi,
Yang indah bahasa.

Bunga melati bunga di darat, Rangkap 3: Orang yang tidak berbudi bahasa
Bunga seroja di tepi kali; akan dipandang hina.
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi.
MAKSUD RANGKAP
PANTUN MAKSUD
Bunga cina di atas batu, Rangkap 4: Sudah menjadi lumrah hidup,
Jatuh daunnya ke dalam ruang; kekayaan lebih diutamakan daripada budi
Adat dunia memang begitu, bahasa.
Sebab emas budi terbuang.

Anak beruk di tepi pantai,  Rangkap 5 : Biarlah kita hidup miskin asalkan
Pandai melompat pandai menari; kita sentiasa berbudi bahasa.
Biar buruk kain dipakai,
Asal hidup pandai berbudi.
Tingkap papan kayu bersegi, Rangkap 6 : Orang yang berbudi akan
Sampan sakat di Pulau Angsa; dipandang mulia, manakala martabat
lndah tampan kerana budi, bangsa dinilai dari segi bahasa dan tutur
Tinggi bangsa kerana bahasa. kata.
MAKSUD RANGKAP

PANTUN MAKSUD
Padang Temu Padang baiduri, Rangkap 7: Orang yang bijak akan
Tempat raja membangun kota; kelihatan lebih hebat jika bersama-sama
Bijak bertemu dengan jauhari, dengan orang yang sama taraf
Bagai cincin dengan permata. dengannya.
TEMA

Masyarakat akan memandang tinggi terhadap


golongan yang berbudi bahasa kerana bahasa
menunjukkan identiti sesuatu bangsa. 
PERSOALAN
1. Kepentingan menghargai budi yang telah ditabur.
2. Kepentingan amalan budi Bahasa dalam kehidupan.
3. Harta kekayaan bukan penjamin darjat seseorang di mata masyarakat.
4. Kebijaksanaan seseorang akan terserlah jika berada dalam kalangan orang
yang bijaksana.

Kolek: sejenis sampan kecil


Kurik: bintik-bitnik ; rintik-rintik
Kundi: sejenis biji saga yang digunakan untuk
menimbang emas.
Mudik: belayar atau pergi ke hulu sungai
Jauhari: tukang atau saudagar permata; orang
yang cerdik pandai.
NILAI & PENGAJARAN
Nilai Pengajaran
Mengenang budi Kita hendaklah sentiasa menghargai dan mengenang
budi orang lain terhadap kita.

Berbudi bahasa Kita hendaklah mengamalkan budi bahasa dalam


kehidupan seharian

Rasional Kita janganlah lupa diri dan sombong jika mempunyai


kekayaan dan harta.

Keikhlasan Kita perlulah ikhlas dalam menghargai dan mengenang


budi seseorang.
UJI MINDA (PANTUN MS 84 OMG)
Sikap negatif manusia yang terdapat dalam rangkap ketiga Pantun Budi ialah
a) Sikap tidak berpegang pada janji
b) Sikap tidak berbudi Bahasa
c) Sikap tidak membayar hutang
d) Sikap iri hati terhadal kejayaan orang lain

Apakah perkara yang akan sentiasa dikenang dan menjadi sebutan orang?
e) Budi yang baik
f) Ketinggian pangkat
g) Kekayaan harta benda
h) Kemuliaan keturunan

 Apakah pengajaran yang terkandung dalam rangkap keempat Pantun Budi?


i) Kita perlulah menjaga kata- kata semasa berbicara dengan orang lain.
j) Kita janganlah terlalu memandang tinggi golongan kaya yang tidak berbudi bahasa.
k) Kita mestilah mempraktikkan amalan berbudi bahasa dalam kehidupan seharian kita.
l) Kita hendaklah berbudi bahasa terhadap semua orang.
UJI MINDA (OMG MS 131

18
SEKIAN, TERIMA KASIH

SEMOGA BERMANFAAT

Anda mungkin juga menyukai