Anda di halaman 1dari 8

FOKUS: KEHIDUPAN MASYARAKAT Penganjuran aktiviti gotong-royong sejak zaman berzaman dapat mengukuhkan hubungan antara kaum di negara

kita. Aktiviti seperti membersihkan sesuatu kawasan dapat mewujudkan kerjasama, semangat muhibah, semangat kejiranan yang teguh, dan sikap saling membantu, bagai aur dengan tebing. Selain itu, pernah berlaku kes kehilangan kanak-kanak berkaitan dengan perbuatan pembantu rumah warga asing. Mereka diyakini dapat menjaga keselamatan anak-anak majikan di rumah tetapi berlaku sebaliknya pula, bak kata orang, harapkan sokong, sokong bawa rebah. Terdapat segelintir pembantu rumah yang mengambil peluang untuk melarikan diri bersama-sama dengan anak majikan apabila majikan tiada di rumah kerana bekerja atau keluar atas urusan tertentu. Semua pihak harus berganding bahu untuk meningkatkan prestasi atlet dan jangan saling menyalahkan pihak lain, bak kata orang, buruk muka, cermin dibelah. FOKUS : REMAJA Budaya pengkid, skinhead, punk atau tomboi semakin menular dalam kalangan remaja. Gejala ini yang mulanya dianggap sebagai kes terpencil, kini ibarat api dalam sekam kerana gejala merebak di seluruh negara. Punca remaja hilang jati diri juga disebabkan oleh kurang didikan dan pendedahan tentang mengamalkan adat dan budaya sendiri. Ibu bapa , sekolah, atau institusi masyarakat gagal mengajarkan adat lama pusaka usang yang menjadi tunjang kehidupan masyarakat sejak zaman nenek moyong mereka dahulu. Remaja kini membesar dengan kekosongan nilai-nilai budaya masyarakat tempatan, justeru kekosongan tersebut diisi dengan bduaya luar yang diambil melalui pelbagai sumber. Mereka tidak pandai menyesuaikan budaya luar yang diterima dengan budaya tempatan. Pepatah Melayu, iaitu adat bersendi syarak, syarak bersendi adat yang memberikan peringatan agar segala perbuatan kita janganlah bertentangan dengan adat dan agama. Sejarah telah membuktikan bahawa masyarakat silam hidup tinggi dengan jati diri, manakala gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja dahulu amat jarang diperkatakan. Remaja masa ini merupakan aset negara yang berharga untuk pembangunaan pada masa hadapan, bak kata peribahasa patah tumbuh hilang berganti, justeru setiap remaja perlu dilengkapi dengan disiplin, akhlak, atau budi pekerti yang baik serta mempunyai jati diri yang teguh. FOCUS : KESIHATAN Demam denggi dan chikugunya disebabkan oleh virus yang dibawa oleh nyamuk Aedes aegypti. Kedua-dua penyakit ini memyebabkan pesakit mengalami demam yang tinggi dan sakit sendi sehingga kadangkala membawa maut. Oleh itu, orang ramai perlu melakukan beberapa tindakan untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti penyakit tersebut, bak kata orang, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

FOKUS: KEBUDAYAAN DAN PELANCONGAN Langkah kebanyakan stesen radio tempatan menyiarkan lagu-lagu dari negara jiran seolah-olah meminggirkan lagu-lagu penyanyi tempatan, bak kata pepatah, anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui. Beberapa orang penyanyi tempatan pernah mengutarakan isu ini kerana mereka menyifatkan sikap pilih kasih ini tidak adil bagi mereka yang memperjuangkan lagu-lagu negara sendiri. Penganjuran program realiti televisyen dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan peserta. Antara nilai tersebut termasuklah berusaha, kegigihan, kesabaran, bekerjasama, tolong-menolong, dan lain-lain. Buktinya, para peserta gigih berlatih setiap hari untuk memenangi pertandingan kerana mereka sedar bahawa rajin dan usaha tangga kejayaan. Kata orang tua-tua, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Dalam merebut piala kemenangan, para peserta bersaing secara sihat. 1. Ada air adalah ikan rezeki terdapat di mana-mana sahaja. 2. Ada asap ada api persahabatan yang tidak dapat dipisahkan. 3. Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras bagi orang yang mampu, segala kehendaknya mudah tercapai. 4. Ada rotan ada duri dalam kesenangan tentu ada kesusahannya. 5. Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas perbuatan yang jahat akan mendapat balasan juga. 6. Air sama air bersatu, sampah ke tepi juga tiada guna mencampuri perselisihan orang yang bersaudara kerana kita akan disisihkan apabila mereka berbaik-baik semula. 7. Akal tak sekali datang, runding tak sekali tiba sesuatu usaha tidak akan menjadi sempurna dengan serta-merta. 8. Alah sabung, menang sorak sudah kalah tetapi masih bercakap besar. 9. Alang-alang berdakwat biar hitam / alang-alang berminyak biar licin / alang-alang mandi biar basah sesuatu kerja hendaklah diusahakan dengan sempurna, jangan separuh jalan.

10. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan kalau sudah terlanjur membuat sesuatu perbuatan jahat, biarlah sampai beroleh hasilnya.

11. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah mati kelaparan menguruskan hal orang lain sedangkan hal sendiri diabadikan. 12. Antan patah lesung hilang kemalangan yang datang bertimpa-timpa. 13. Ayam terlepas, tangan bau tahi melakukan perbuatan yang dilarang akhirnya mendapat malu 14. Baik berjagung-jagung sementara padi belum masak lebih wajar membuat pekerjaan yang kurang baik sementara menunggu pekerjaan yang lebih baik. 15. Banyak udang banyak garamnya, banyak orang banyak ragamnya kehendak, kegemaran, fikiran, dan lain-lain setiap orang adalah berbeza. 16. Bapa borek, anak rintik anak menurut baka bapanya. 17. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian biarlah bersusah payah dahulu asalkan mendapat kesenangan pada kemudian hari. 18. Berani kerana benar, takut kerana salah orang yang benar akan mempertahankan kebenarannya dan orang yang bersalah akan berasa takut. 19. Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul betapa susah orang yang melihat penderitaan orang lain, lebih susah lagi orang yang mengalami penderitaan itu. 20. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing bermuafakat dalam melakukan sesuatu pekerjaan sama ada susah atau senang. 21. Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar berhati-hati apabila menceritakan sesuatu hal. 22. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah sama taraf. 23. Berpatah arang berkerut rotan tali persahabatan yang putus sama sekali. 24. Besar-besar istana raja, kecil-kecil pondok sendiri betapa senangnya di rumah besar kepunyaan orang lain, tidaklah sama dengan rumah sendiri biarpun kecil.

25. Besar tidak boleh disangka bapa, kecil tidak boleh disangka anak kepandaian atau kelebihan terdapat pada semua orang, tidak kira tua atau muda. 26. Biar mati anak, jangan mati adat adat resam tidak boleh dilanggar. 27. Biar putih tulang, jangan putih mata lebih baik mati daripada menanggung malu. 28. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali berbuat baik janganlah berlebih-lebihan tetapi jangan sekali-kali berbuat jahat. 29. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga pergaduhan sesama keluarga tidak berpanjangan, akhirnya berbaik-baik semula. 30. Di luar bagai madu, di dalam bagai hempedu tipu muslihat biasanya dilakukan dengan perkataan yang lemah lembut dan manis. 31. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan jika mempunyai cita-cita seseorang akan berusaha dengan sungguh-sungguh untuk mencapainya. 32. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung kita hendaklah mematuhi peraturan tempat yang kita diami. 33. Diam-diam ubi berisi, diam-diam penggali berkarat diam orang yang berilmu itu berfikir sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja. 34. Didengar ada, dipakai tidak nasihat yang sia-sia. 35. Enggang sama enggang, pipit-sama pipit bergaul dengan orang yang sama taraf. 36. Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama jasa dan nama baik seseorang yang mati akan dikenang juga. 37. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah pergaduhan antara dua orang besar atau pemerintah, rakyat yang mendapat kesusahan.

38. Genggam bara api biar sampai jadi arang membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaan. 39. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari tingkah laku guru akan menjadi ikutan murid. 40. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga budi baik seseorang tidak akan dilupakan walaupun dia telah mati.

41. Harapkan pagar, pagar makan padi seseorang yang dipercayai untuk menjaga sesuatu, dia pula yang mengkhianati kita. 42. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah pembahagian yang sama rata. 43. Hati hendak semua jadi jika ada kemahuan, semua kerja akan jadi.

44. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih jika berkehendakkan sesuatu akan berusaha untuk mendapatkannya, tetapi jika tidak mahu membuat sesuatu pekerjaan, berbagai-bagai alasan boleh diberikan. 45. Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah semasa hidup kita mestilah mengikuti adat resam, dan apabila sudah mati terserah pada hukum Tuhan. 46. Hidup sandar-menyandar umpama aur dengan tebing tolong-menolong dalam kehidupan 47. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri tidak kira betapa mewah negara orang, namun negara sendiri juga yang lebih baik. 48. Hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati budi baik seseorang tidak dapat dibalas dengan wang dan harus diingat seumur hidup. 49. Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu orang yang mengikut hawa nafsu akan musnah akhirnya. 50. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis sentiasa beringat dan berhati-hati supaya tidak terpedaya. 51. Ini hari orang, esok hari kita malang dan malapetaka itu tidak dapat ditentukan. 52. Itik diajarkan berenang membuat pekerjaan yang sia-sia.

53. Jauh bau bunga, dekat bau tahi sanak saudara yang jauh selalu dikenang tetapi apabila dekat selalu bertengkar. 54. Kain sehelai sepinggang habis hartanya kerana kebakaran atau kecurian. 55. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang pendapatan cukup untuk hidup sahaja (tidak bekerja tidak dapat wang untuk membeli makanan). 56. Kalah jadi abu, menang jadi arang tiada yang kalah atau menang dalam sama sahaja bagi kedua-dua pihak dalam sesuatu pergaduhan, kerana kedua-dua pihak menanggung kerugian.

57. Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa kepandaian atau kebolehan bukan pada orang tua sahaja tetapi ada juga pada orang muda atau kanak-kanak. 58. Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan sangat berbesar hati kerana nasihat atau bantuan orang lain. 59. Kuman di sebarang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak nampak kesalahan orang lain tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. 60. Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum banyak lelaki dan perempuan di dunia ini, jika tidak berkenaan, pilihlah yang lain. 61. Lain bengkak lain bernanah orang lain yang melakukan kesalahan tetapi orang lain pula yang dituduh. 62. Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati setiap orang mempunyai keinginan yang berbeza. 63. Lain lubuk lain ikannya (lain padang lain belalang) adat dan kebudayaan berbeza antara negara. 64. Lain orang yang makan nangka, lain orang yang kena getahnya orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang menanggung akibatnya. 65. Laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. 66. Lembu punya susu, sapi dapat nama orang lain yang bekerja, orang lain pula yang mendapat nama. 67. Lepas dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya terlepas daripada sesuatu kesusahan, kesusahan lain pula yang menimpa. 68. Luka sudah hilang, parutnya tinggal juga walaupun sudah berbaik-baik selepas berkelahi tetapi kejadian itu masih ada dalam ingatan. 69. Masak di luar mentah di dalam kelihatan baik hati tetapi sebenarnya jahat. 70. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan. 71. Masuk ke telinga kanan, keluar dari telinga kiri tidak mahu menerima nasihat yang diberikan. 72. Melepaskan anjing tersepit (Sesudah selepas ia menggigit) menolong orang yang tidak tahu mengenang budi akan merugikan kita sendiri.

73. Meludah ke langit menimpa muka sendiri juga membuat sesuatu yang tidak padan dengan diri sendiri seperti melawan orang yang lebih berkuasa, akhirnya kita sendiri yang susah. 74. Mengata dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih mencela orang tetapi diri sendiri lebih buruk daripada orang yang dicela. 75. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya tidak sesiapa pun dapat melarang seseorang daripada bercakap. 76. Niat hati nak memeluk gunung, apakan daya tangan tak sampai tidak berdaya untuk mencapai cita-cita. 77. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa mengucapkan terima kasih dan menghargai pemberian dan pertolongan yang diterima. 78. Pelanduk melupakan jerat tetapi jerat tidak melupakan pelanduk orang mudah melupakan bahaya tetapi bahaya tetap mengancam. 79. Penyu bertelur beratus-ratus tiada orang tahu, ayam bertelur sebiji riuh sekampung orang yang berilmu merendah diri tetapi orang yang berpengetahuan cetek suka berlagak. 80. Pisau di tangan kanan, mentimun di tangan kiri orang yang miskin dan lemah dilakukan sesuka hati oleh orang yang kaya dan berkuasa. 81. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit sabar dan tekun mengerjakan sesuatu, akhirnya berjaya juga. 82. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain tekun dan sabar membuat sesuatu pekerjaan akhirnya berhasil juga. 83. Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu orang yang sudah kena tipu akan berhati-hati pada kali lain. 84. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya terjatuh juga walau betapa pandai pun seseorang itu, ada kalanya tersilap atau kecundang juga. 85. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna sebelum melakukan sesuatu hendaklah difikirkan habis-habis dahulu agar tidak menyesal kemudian. 86. Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan jika tidak dapat dicapai persetujuan dalam sesuatu mesyuarat, hendaklah diselidiki kembali soalan pokoknya

87. Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga walau ke mana juga seseorang itu merantau, akhirnya balik ke tempat asalnya juga. 88. Siapa makan lada, dialah berasa pedas orang yang melakukan sesuatu yang kurang baik mudah terasa apabila orang mengatai dan menyindirnya. 89. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas adat yang tidak berubah-ubah; sesuatu yang tetap utuh dan tidak berubah-ubah. 90. Takut kerana salah, berani kerana benar orang yang bersalah berasa takut tetapi orang yang tidak bersalah berani mempertahankan diri. 91. Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang keuntungan yang datang daripada berbagai-bagai punca. 92. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran kerana mahu mengejar keuntungan yang besar, harta sedikit yang ada hilang pula. (a) Kerajaan - Penguatkuasaan undang-undang juvana Dalam kerancakan penduduk jagatraya menari bersama bayang-bayang pemodenan, kerajaan diumpamakan jantung sesebuah negara. Kerajaan mestilah mengorak langkah proaktif untuk menguatkuasaan undang-undang juvana. Hal ini berlaku demikian kerana remaja yang umur baru setahun jagung dan darah baru setampuk pinang akan mudah tergelincir daripada landasan keimanan. Yang paling menyedihkan kerajaan ialah mereka alpa dan cuai dibawa arus globalisasi. Oleh hal yang demikian, penguatkuasaan undang-undang tersebut haruslah diikuti pelaksanaan yang efektif. Selain itu, inisiatif kerajaan menggubal rang undang-undang juvana juga dikatakan dapat memberi kesedaran kepada remaja bahawa mereka akan dikenakan tindakan undang-undang jika terlibat dalam jenayah dan gejala sosial yang berat. Oleh itu, mereka akan insaf dan kembali ke jalan hidup yang sebenar. (b) Sekolah - Pendidikan moral dan agama disalurkan sejak kecil Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir pernah menegaskan bahawa sekolah merupakan kilang yang menghasilkan produk modal insan untuk menghadapi pasaran kerja yang mencabar. Oleh sebab itu, guru berperanan penting memastikan produk tersebut benar-benar berkualiti dan dapat memenuhi permintaan dalam kitaran ekonomi yang tidak begitu berpusing ligat. Walau bagaimanapun, guru sekolah seyogianya menjadi mentor dan sentiasa memberi motivasi kepada pelajar untuk mencerminkan diri dan mengenal jati diri yang sebenar. Sebenarnya, sikap nakal dan kebobrokan pelajar yang semakin keruh boleh dijernihkan lagi dengan perhatian dan kawalan disiplin yang ketat di sekolah. Dengan pelakasanaan Program Sekolah Selamat dan Program Mentor Menti di sekolah, anak-anak murid dapat menyelami perasaan dan hati murni yang sentiasa mendambakan mutiara kejayaan daripada pelajar, bukannya catatan imej buruk sekolah dengan gejala sos

Anda mungkin juga menyukai