Anda di halaman 1dari 11

PERIBAHASA SPM

SIMPULAN BAHASA
● Bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua perkataan.
● Digunakan untuk menjelaskan lagi maksud sesuatu pengucapan dengan membawa
erti yang mendalam.
● Kandungan maksud simpulan bahasa berlainan daripada makna perkataan yang
membentuknya.
● CONTOH : Ada hati

PERUMPAMAAN
● Sejenis peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan apa-apa yang ada di
sekeliling kita.
● Penggunaan perumpamaan menggunakan perkataan bagai, seperti dan
laksana.
● CONTOH : Bagai aur dengan tebing

PEPATAH
● Seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai rangkaian perkataan
berkerat-kerat atau berpatah-patah.
● CONTOH : Diam ubi berisi, diam besi berkarat

BIDALAN
● Susunan kata-kata yang telah digunakan umum dalam masyarakat Melayu.
● Dalam bidalan, terkandung perbandingan, teladan dan pengajaran
● CONTOH : Jangan bawa resmi jagung, mangkin berisi mangkin tegak

SLOGAN
● Motto atau frasa yang digunakan dalam politik, perdagangan, agama dan lain-lain
konteks sebagai ungkapan berulang-ulang sesuatu idea dengan matlamat untuk
merujuk orang ramai.
● CONTOH : Bahasa Jiwa Bangsa
Baca perbualan di bawah dengan teliti dan kemukakan tiga peribahasa.

AMIN : Bagaimanakah keadaan anak awak selepas kemalangan hari itu ?


SANI : Alhamdulillah, dia semakin pulih. Saya harap dia insaf atas perkara yang telah terjadi
tetapi nasi sudah menjadi bubur dia akan cacat seumur hidupnya.
AMIN : Anak-anak muda sekarang suka memandu dengan laju untuk berseronok, walhal
peribahasa ada mengingatkan mereka agar memandu dengan lebih selamat iaitu biar
lambat, asalkan selamat, tetapi mereka tidak ikut.
SANI : Betul cakap awak, sekarang ini kerap sangat kita dengar dan baca berita tentang
kemalangan jalan raya tetapi mereka tidak ambil cakna.
AMIN : Sebab itulah sejak kecil kita mesti didik anak-anak kita supaya berdisiplin dan
mengikut undang-undang kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
SANI : Sebenarnya, ramai ibu bapa dah didik tetapi mereka terpengaruh oleh rakan sebaya
dan persekitaran hari ini. Apabila dah berlaku baru nak sedar.

Tulis satu ayat bagi setiap peribahasa berikut. Ayat anda hendaklah dapat memberikan
maksud peribahasa tersebut.

Peribahasa 1 : Air pun ada pasang surutnya


Sofia menasihati adiknya yang berjaya dalam perniagaan supaya beringat kerana
air pun ada pasang surutnya.

Peribahasa 2 : Alah bisa, tegal biasa


Kerja menuai padi itu alah bisa, tegal biasa sahaja bagi Abdul kerana telah
melakukannya sejak kecil lagi.

Peribahasa 3 : Alang membeli, menang memakai


Danish sangat menggemari kasut berjenama mewah itu walaupun harganya sangat
mahal kerana baginya alang membeli, menang memakai.

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan
situasi dalam ayat-ayat tersebut.

Situasi 1 :
Faizah telah membeli perabot rumah walaupun rumah yang dibelinya masih belum siap
Belum duduk, sudah berlunjur

Situasi 2 :
“Sikap kurang ajar anak kamu terhadap guru kelasnya itu sudah keterlaluan. Lebih baik
kamu menasihatinya,” kata Halim kepada Shazwan
Cacing naik ke mata

Situasi 3 :
Najib dinasihati agar bertanyakan doktor tentang tahi lalat yang terlalu banyak di badannya
kerana walaupun masalah tersebut nampak kecil, namun tidak boleh diambil mudah.
Ombak yang kecil jangan diabaikan.
PERIBAHASA MELAYU

1 Adat dikelek, hukum dijunjung Adat dikuatkuasakan dan undang-undang ditegakkan

2 Adat pulau limburan pasang Kehidupan manusia hendaklah bantu-membantu,


yang kaya membantu yang miskin, yang berilmu
membantu yang bodoh, yang berkuasa melindungi
yang lemah.

3 Adat sepanjang jalan, cupak Tiap-tiap perbuatan ada peraturannya, tiap-tiap


sepanjang betung negeri mempunyai kebiasaannya.

4 Air tangan Masakan seseorang

5 Air tenang jangan disangka tiada Orang yang pendiam jangan disangka bodoh
buaya atau penakut

6 Alah bisa, tegal biasa Perkara atau kerja yang susah menjadi senang
kalau selalu dibuat (rutin)

7 Alah membeli, menang Walaupun terasa berat membeli sesuatu barang


memakai yang mahal harganya tetapi barang itu bermutu
dan tahan lama

8 Anak ayam kehilangan ibu Kesusahan yang dialami oleh seseorang apabila
dirinya kehilangan tempat bergantung

9 Api di dalam sekam Kejahatan yang dilakukan dalam diam-diam

10 Asal ditugal adalah benih Sesuatu usaha tentu ada hasilnya

11 Bagai aur dengan tebing Kerjasama antara dua pihak atau saling
membantu

12 Bagaimana acuan begitulah Seseorang anak itu akan mengikut perangai bapa
kuihnya atau ibunya

13 Bahasa menunjukkan Bahasa ialah ciri pengenalan atau identiti


bangsa bangsa

14 Bapa borek, anak rintik Anak itu ikut kelakuan daripada orang tuanya

15 Belakang parang kalau Biar bodoh sekalipun kalau belajar nescaya


diasah lagikan tajam akan pandai juga

16 Belayar sambil memapan Melakukan dua kerja atau perkara sekaligus


17 Belayar sambil memapan, Sekali melakukan kerja, dua kali maksud tercapai
merapat sambil berlayar

18 Belukar sudah menjadi rimba Kesalahan yang tidak dapat diperbaiki lagi

19 Berjagung-jagung dahulu Melakukan kerja sampingan yang lain sementara


sementara menunggu padi menunggu hasil daripada kerja utama
masak

20 Bersatu teguh bercerai roboh Persefahaman dalam sesebuah masyarakat dapat


membuahkan kejayaan manakala perbalahan akan
menyebabkan perpecahan

21 Bersekutu bertambah mutu Bekerjasama antara satu sama lain akan


menghasilkan kecemerlangan

22 Bertakuk ditebang yang bergaris Mengikut peraturan (adat, resam yang lazim)
dipahat

23 Bertangguh itu pencuri masa Melakukan kerja secara bertangguh akan


merugikan diri sendiri

24 Besar periuk besarlah Kalau pendapatan besar, perbelanjaan pun besar


keraknya

25 Biar putih tulang jangan putih Lebih baik mati daripada tidak dapat apa-apa yang
mata diidamkan

26 Bukit sama didaki, lurah sama Sepakat (seia sekata)


dituruni

27 Bulat air kerana Manusia bersatu (sebulat suara kerana bermuafakat)


pembetung, bulat manusia
kerana muafakat

28 Bumi mana yang tidak Setiap orang pasti pernah melakukan


ditimpa hujan kesilapan

29 Celik huruf Orang yang tahu membaca dan menulis

30 Cendawan tumbuh selepas Orang terlalu banyak pada sesuatu masa


hujan

31 Cermat masa banyak jimat Selalu berhati-hati dalam membelanjakan atau


masa sedikit menggunakan sesuatu
32 Condong ditumpil, lemah Orang yang dalam kesusahan wang (akal dan
dianduh lain-lain) diberi pertolongan

33 Darah daging Anak dan saudara mara daripada keturunan


sendiri

34 Daripada segenggam jadi Bernasib baik


segantang

35 Di mana ada gula di situ ada Apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat
semut kesenangan atau kemewahan di situlah ramai
orang berkumpul

36 Di mana ada kemahuan, di Jika mempunyai cita-cita seseorang itu akan


situ ada jalan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk
mencapainya

37 Di mana air bertakung, di situ Di mana-mana tempat berpeluang mencari rezeki,


ikan berkampung orang akan bertumpu

38 Dicabut layu, diubah mati Tidak dapat diubah lagi (keputusan)

39 Disuruh pergi dipanggil Perihal seseorang yang patuh menurut perintah


datang

40 Duduk sama rendah, berdiri Orang yang sama sedarjat


sama tinggi

41 Duit tepi Pendapatan sampingan ataupun wang


tambahan

42 Duri dalam daging Sesuatu hal atau perkara yang tidak


menyenangkan hati

43 Enau dalam belukar Mementingkan diri sendiri / tidak sepakat


melepaskan pucuk
masing-masing

44 Gading mana yang tidak retak Tidak ada sesuatu yang betul-betul
sempurna

45 Gulung tikar Muflis

46 Gunting dalam lipatan Orang disangka kawan tapi sebenarnya musuh


yang cuba menjahanamkan kita / Orang yang
dipercayai tetapi khianat

47 Hancur badan dikandung tanah Budi bahasa yang baik tidak akan dilupakan orang
budi baik dikenang juga walaupun sudah mati
48 Harapkan pegar pegar makan Harapan diletakkan pada bahu seseorang tetapi
padi akhirnya orang itu pula yang merosakkannya

49 Hati gajah sama dilapah, hati Pengagihan secara adil atau sama banyak
kuman sama-sama dicecah

50 Hendak belajar berenam Sekiranya hendak mengetahui atau menguasai


dapatkan itik, hendak belajar sesuatu perkara, belajarlah daripada pakar dalam
memanjat dapatkan tupai bidang tersebut

51 Hujan emas di negeri orang, Kebaikan yang ada di negeri orang tetap negeri
hujan batu di negeri sendiri, sendiri lebih baik
lebih baik di negeri sendiri

52 Ibarat telur sesangkak, pecah Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang


sebiji, pecah semua menyebabkan orang lain menerima akibatnya

53 Ikut resmi padi, makin berisi Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat,
makin tunduk makin merendah diri

54 Indah khabar daripada rupa Perkhabaran sesuatu perkara yang


dilebih-lebihkan

55 Ingat sebelum kena, jimat Selalu berhati-hati supaya tidak tertipu atau
sebelum habis kehabisan harta

56 Itik mendapat air Memperoleh sesuatu yang sangat digemarinya

57 Jangan ikut resmi ayam, bertelur Orang yang berusaha dalam senyap boleh
sebiji riuh sekampung, ikutlah beroleh banyak hasil berbanding yang sedikit
resmi penyu, telur beribu tak diperoleh tetapi diheboh-hebohkan
siapa tahu

58 Jauhari sahaja yang Orang yang bijaksana juga yang mengetahui


mengenal manikam keelokkan ilmu

59 Jong pecah yu yang kenyang Jika ada kerusuhan tentu ada orang yang mendapat
keuntungan daripada kerusuhan itu. Kerugian bagi
seseorang, keuntungan bagi orang yang lain.

60 Kacang lupakan kulit Orang yang lupakan jasa orang yang menjaganya

61 Kaca terhempas ke batu Sangat sedih atau kecewa


62 Kalau takut dilambung Sekiranya takut kepada risiko, jangan dekati bahaya
ombak, jangan berumah
di tepi pantai

63 Kalau tidak berada-ada takkan Tentu ada sebabnya (ada sesuatu yang
tempua bersarang rendah tersembunyi), maka terjadi sesuatu hal

64 Kalau tidak dipecahkan ruyung Sesuatu kejayaan itu tidak akan dicapai tanpa
manakan dapat sagunya usaha

65 Ke bukit sama didaki, ke lurah Mengharungi kesenangan dan kesusahan


sama dituruni bersama-sama

66 Ke mana perginya Orang yang berhutang itu tidaklah dapat


layang-layang, talinya ada melarikan diri
pada kita

67 Kecil jangan disangka anak, Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pada
besar jangan disangka bapa orang tua sahaja

68 Kera mendapat bunga Seseorang yang tidak tahu menilai pemberian


orang lain

69 Ketam mengajar anaknya Orang yang hanya tahu memberi nasihat tetapi
berjalan betul dia sendiri tidak melakukan sedemikian

70 Lain hulu lain parang, lain Perbezaan zaman yang berubah mengikut
dahulu lain sekarang peredaran masa

71 Langkah bendul Adik kahwin dahulu daripada kakaknya

72 Lembu dicucuk hidung Orang yang selalu mengikut kemahuan orang

73 Lempar batu, sembunyi Berbuat jahat kepada orang lalu pura-pura tidak
tangan tahu

74 Malang tidak berbau Kecelakaan yang tidak dapat diketahui sebelumnya

75 Masa itu emas Masa itu sangat berharga

76 Masuk telinga kiri, keluar telinga Tidak dapat menerima pelajaran atau nasihat yang
kanan diberikan
77 Melentur buluh biarlah daripada Mendidik atau mendisiplinkan anak-anak lebih baik
rebungnya bermula semasa kecil, apabila sudah besar hatinya
keras dan sukar diajar

78 Melepaskan batok di tangga Membuat sesuatu kerja secara tidak


bersungguh-sungguh

79 Membaca jambatan ilmu Amalan membaca dapat membantu kita


menambahkan pengetahuan

80 Menatang minyak yang penuh Membuat sesuatu dengan penuh berhati-hati

81 Mencurah air ke daun keladi Memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya)


yang tidak dapat meresap ke dalam hati

82 Sambil menyelam minum air Sekali melakukan pekerjaan, dua tiga maksud
tercapai

83 Muafakat membawa berkat Perkara yang dilakukan secara persetujuan semua


pihak akan mendatangkan kebaikan

84 Mulut biar manis, hati biar Orang yang mulutnya manis mestilah baik juga
baik hatinya

85 Musang berbulu ayam Orang jahat menyamar sebagai orang baik-baik

86 Musuh dalam selimut Musuh yang tiada ketahui, yang sangat dekat atau
yang ada dalam lingkungan sendiri

87 Nasi sudah menjadi bubur Sudah terlanjur, tidak dapat diubah lagi

88 Orang haus diberi air, orang Mendapat apa-apa yang diingini


lapar diberi nasi

89 Orang mengantuk disorongkan Memperoleh apa-apa yang benar-benar diingini


bantal

90 Pengayuh sayang dibasahkan, Tidak akan mencapai maksudnya kalau tidak mahu
sampan tidak akan sampai ke berusaha dan bersusah payah
seberang

91 Retak menanti belah Perkara kecil yang akan menjadi besar tinggal
menanti petaka yang lagi besar lagi

92 Sakit sama mengaduh, luka Sama-sama bertanggungjawab


sama mengeluh

93 Sediakan payung sebelum hujan Berwaspada sebelum ditimpa kesusahan


94 Sedikit-sedikit lama-lama jadi Bersabar dan gigih dalam melakukan sesuatu,
bukit akhirnya akan memberikan hasil yang
memuaskan

95 Seekor kerbau yang membawa Seorang yang berbuat salah, semuanya


lumpur, semuanya akan terpalit terbawa-bawa

96 Sehari selembar benang, Menyiapkan tugasan atau mengusahakan


lama-lama menjadi kain sesuatu pekerjaan, sedikit demi sedikit dengan
tekun dan sabar, lambat laun akan terlaksana
juga

97 Seikat bagai sirih, serumpun Bersatu-padu dalam segala hal


bagai serai

98 Senduk besar tak mengenyang Janji sahaja yang banyak dibuat tetapi tidak ditepati

99 Sepandai-pandai tupai Sepandai-pandai orang, sekali akan salah juga


melompat, akhirnya jatuh ke perbuatannya
tanah jua/juga

100 Serampang dua mata Melakukan satu perkara tetapi mendapat


dua faedah serentak

101 Serumpun bak serai, Bersatu-padu dalam segala hal


serumpun bak sirih

102 Sesal dahulu pendapatan, Sebelum melakukan sesuatu perkara


sesal kemudian tidak hendaklah difikirkan dahulu baik dan buruknya
berguna agar tidak berlakunya penyesalan pada masa
hadapan

103 Sesat di hujung jalan, balik ke Jika kita terlanjur dalam melakukan sesuatu
pangkal jalan perbuatan, eloklah menginsafinya

104 Sudah terhantuk baru terngadah Sesudah mendapat kesusahan baru hendak
beringat-ingat

105 Tak kenal maka tak cinta Jika kita tidak kenal dengan seseorang, bagaimana
mungkin kita dapat menzahirkan perasaan cinta
terhadapnya

106 Tak lapuk dek/di hujan, tak lekang Adat yang tidak berubah
dek/di panas

107 Tak tumbuh tak melata, tak Orang mengatakan tentang sesuatu perkara itu,
sungguh orang tak kata tentulah ada sebabnya
108 Takkan lari gunung dikejar Tidak perlu tergopoh-gapah mengerjakan sesuatu
yang sudah tentu

109 Tanah air Negeri tempat seseorang dilahirkan

110 Telur di hujung tanduk Dalam keadaan sangat bahaya ataupun serba sulit

111 Tepuk dada tanya selera Sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan
hendaklah difikirkan baik-baik menurut
keyakinan kita sendiri

112 Terlajak perahu boleh berundur, Berhati-hati apabila bercakap kerana ditakuti akan
terlajak kata buruk menyinggung perasaan orang lain
padahnya/badan binasa

113 Umpama sirih, menjalar dulu Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dikerjakan mengikut
kemudian melilit, barulah aturannya
memanjat puncak jujung

114 Untung sabut timbul, untung Jika bernasib baik akan selamat, jika bernasib
batu tenggelam malang binasalah

115 Usaha tangga Seseorang itu perlu berusaha dengan


kejayaan gigih untuk menempa kecemerlangan atau
kejayaan

116 Yang baik dijadikan teladan, Mencontohi sesuatu yang baik tetapi jauhkan dari
yang buruk dijadikan sesuatu yang buruk
sempadan

117 Yang lama dikelek, yang baharu Adat yang lama tetap diamalkan di samping
didukung mengamalkan budaya hidup yang baru

118 Yang rebah ditindih Sudah miskin, bertambah miskin

119 Yang tajam tumpul, yang bisa Dengan perkataan yang lemah-lembut dapat
tawar menyelesaikan segala sengketa

120 Zaman Tuk Nadur berkajang kain Sewaktu atau zaman yang telah lama sekali berlalu

121 Cerdik seperti kancil Kepintaran seseorang melakukan sesuatu

122 Rajin seperti semut Usaha gigih untuk menempa kejayaan

123 Bara yang digenggam biar Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar
sampai menjadi arang sehingga mencapai kejayaan

124 Ringan tulang Rajin membantu

125 Sampah masyarakat Orang yang tidak berguna


126 Titik peluh Hasil usaha sendiri

127 Hujan halau mentua Hujan sebentar sahaja

128 Kalau tiada angin bertiup, Tentu ada sebabnya maka terjadi sesuatu hal
masakan pokok bergoyang

129 Pisang tidak berbuah dua kali Sekali merugi (tertipu dan sebagainya) tentu jera dan
berhati-hati

130 Mata air Orang kesayangan, kekasih

131 Jalan tengah Mengambil keputusan yang tidak berat sebelah

132 Di mana bumi dipijak, di situ Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita
langit dijunjung diami atau tinggal.

Anda mungkin juga menyukai