Anda di halaman 1dari 4

HIMPUNAN PERIBAHASA DALAM BUKU KSSR BAHASA MELAYU

TAHUN 4, 5 DAN 6

SIMPULAN BAHASA

BIL SIMPULAN BAHASA MAKSUD


1 Air muka Rupa muka yang membayangkan sesuatu
perasaan
2 Air tangan Hasil kerja tangan seseorang
3 Anak buah Pengikut / rakyat /orang yang termasuk dalam
sesuatu keluarga
4 Anak bujang Anak lelaki yang belum berkahwin
5 Ayam tanmbatan Orang harapan dalam sesuatu pertandingan atau
perlawanan
6 Berhati walang Bersedih, hiba, dukacita, gelisah, suram
7 Besar hati Bangga dan gembira
8 Buah fikiran pendapat
9 Bulat hati Lurus hati / bersungguh-sungguh
10 Bulat kata Sudah mencapai kata sepakat
11 Hati terbuka Perasaan senang hati untuk menerima sesuatu
12 Kera sumbang Orang yang hidup mengasingkan diri
13 Langkah seribu Melarikan diri dengan sekuat-kuat hati kerana
ketakutan
14 Lapang dada Perasaan sabar / berasa tenang
15 Lupa daratan Tidak tahu mengenang budi dan kebaikan orang
terhadap dirinya
16 Membawa diri Menjauhkan diri / mengembara
17 Memerah keringat Berkerja keras
18 Menabur bakti Membuat jasa
19 Menara gading Tempat yang mempunyai kedudukan yang tinggi
contohnya universiti
20 Murah hati Suka memberi bantuan
21 Otak cair pandai
22 Pasang telinga Mendengar dengan teliti
23 Permata hati Orang kesayangan
24 Rambang mata Rasa sukar untuk memilih sesuatu yang berasa
dalam sesuatu yang banyak
25 Sekangkang kera Tanah yang sedikit dan tidak luas
26 Tanah air Negara tempat kelahiran
27 Titik peluh Hasil usaha atau kerja yang dibuat oleh seseorang
tanpa bantuan orang lain.
28 Tulang empat kerat Kegiatan melakukan sesuatu pekerjaan dengan
menggunakan tenaga fizikal
HIMPUNAN PERIBAHASA DALAM BUKU KSSR BAHASA MELAYU
TAHUN 4, 5 DAN 6

PERUMPAMAAN

BIL PERUMPAMAAN MAKSUD


1 Bagai aur dengan tebing Hidup bekerjasama dan bermuafakat
2 Bagai bulan jatuh ke riba Mendapat untung yang besar
3 Bagai dihiris sembilu Sangat pedih rasa di hati
4 Bagai kacang lupakan kulit Tidak mengenang jasa dan budi orang
lain
5 Bagai menatang minyak yang penuh Memelihara seseorang dengan penuh
kasih sayang
6 Bagai tikus jatuh ke beras Mendapat rezeki yang melimpah ruah /
banyak
7 Bagai bulan dengan matahari Sangat cantik dan pasangan yang
sepadan
8 Bagai bulan dipagar bintang Sangat cantik / indah dan
mengagumkan
9 Bagai pinang dibelah dua Sangat sepadan. Sama cantik dan
sama padan
10 Bagai anjing dengan kucing Suka bergaduh
11 Seperti tikus membaiki labu Membetulkan barang yang tidak ketahui
menyebabkan barang semakin rosak
12 Seperti ular kena palu Jalanraya yang bengkang-bengkok
13 Seperti katak di bawah tempurung Orang yang terhad ilmu
pengetahuannya dan tidak tahu hal
yang berlaku di sekelilingnya.
14 Seperti kerbau dicucuk hidung Orang bodoh yang selalu menuruti
kemahuan orang lain.

BANDINGAN SEMACAM

1. Bijak seperti pendita

2. Cantik seperti bidadari

3. Nipis seperti kertas


HIMPUNAN PERIBAHASA DALAM BUKU KSSR BAHASA MELAYU
TAHUN 4, 5 DAN 6

PEPATAH

BIL PEPATAH MAKSUD


1 Alah membeli menang memakai Biar membeli dengan harga mahal asalkan
barang itu tahan lama
2 Alang-alang berdakwat biar hitam Buatlah sesuatu itu dengan bersungguh-
sungguh hingga berhasil
3 Bagaimana acuan, begitulah kuihnya Sesuatu itu mengikut asalnya, anak mengikut
baka ibu dan bapanya
4 Berat mata memandang, berat lagi bahu Betapa susah kita melihat penderitaan orang
memikul lain, susah lagi orang yang menanggungnya

5 Gunung sama didaki, lurah sama Susah senang Bersama-sama


dituruni
6 Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Sikap bekerjasama dalam membuat sesuatu
perkara
7 Berpantang maut sebelum ajal
8 Biar putih tulang, jangan putih mata Lebih baik mati daripada tidak dapat apa yang
diidamkan
9 Buang yang keruh, ambil yang jernih Berdamailah dan melupakan
pertelingkahan/pergaduhan
10 Bulat air kerana pembentung, bulat Kata sepakat diperoleh dengan bermesyuarat
manuasia kerana muafakat dan berunding
11 Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan Jika ada azam, apa-apa uang dihajati boleh
tercapai
12 Di mana ada bumi dipijak, disitu langit Ikutlah peraturan dan adat resam tempat kita
dijunjung. menetap/tinggal
13 Enggang sama enggang, pipit sama pipit Berkawan hendaklah sama taraf atau sama
status
14 Hanya jauhari mengenal manikam Orang yang pandai sahaja dapat melakukan
penilaian yang tepat
15 Harimau mati meninggalkan belang, Orang yang baik meninggalkan nama baik dan
manusia mati meninggalkan nama orang jahat akan meninggalkan nama yang
jahat setelah meninggal dunia.
- Orang yang berjasa kepada negara
akan tetap dikenang sehingga bila-bila

16 Hujan emas di negeri orang, hujan batu Walaupun kaya dan senang di negeri orang,
di negeri sendiri lebih baiklah di negeri sendiri
17 Melentur buluh biarlah daripada Melatih atau mendidik anak hendaklah sejak
rebungnya kecil kerana jika sudah besar semakin susah
hendak dididik.
18 Yang bulat datang bergolek, yang pipih Seseorang yang bertuah akan mendapat tuah
databg melayang dengan mudah
HIMPUNAN PERIBAHASA DALAM BUKU KSSR BAHASA MELAYU
TAHUN 4, 5 DAN 6

KATA-KATA HIKMAH

1. Bersatu teguh, bercerai roboh

2. Malang tidak berbau

3. Muafakat membawa berkat

4. Peliharan yang lama, pelajari yang baru

SLOGAN

1. Bahasa jiwa bangsa

2. Bangsa membaca bangsa berjaya

3. Minda sihat, emosi stabil

4. Pandu cermat, jiwa selamat

5. Perpaduan teras kejayaan

6. Utamakan barangan buatan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai