Anda di halaman 1dari 1

PERUMPAMAAN

BIL PERUMPAMAAN MAKSUD


1 Bagai aur dengan tebing Tolong menolong antara satu dengan yang lain.
2 Bagai ayam disambar helang Seseorang yang hilang dengan tiba-tiba.
3 Bagai bulan dipagari bintang Kecantikan gadis yang tiada bandingannya.
4 Bagai bulan jatuh ke riba Mendapat untung yang besar.
5 Bagai dihiris dengan sembilu Perasaan yang sangat sedih.
6 Bagai duri dalam daging Sesuatu hal yang tidak menyenangkan.
7 Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk Hanya mementingkan diri sendiri.
masing- masing
8 Bagai isi dengan kuku Persahabatan yang erat sangat.
9 Bagai itik pulang petang Berjalan lambat sekali.
10 Bagai kacang lupakan kulit Orang yang tidak mengenang budi.
11 Bagai layang-layang putus tali Putus harapan dan berserah pada nasib.
12 Bagai melepaskan anjing tersepit Menolong yang tidak tahu berterima kasih.
13 Bagai melepaskan batuk di tangga Membuat sesuatu kerja secara sambil lewa.
14 Bagai menatang minyak yang penuh Mendidik anak dengan penuh belaian kasih sayang.
15 Bagai mencencang air Membuat pekerjaan yang sia-sia.
16 Bagai murai tercabut ekor Seseorang yang becok mulutnya.
17 Bagai telur di hujung tanduk Berada dalam keadaan yang berbahaya.
18 Seperti anai-anai makan kayu Melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun dan rajin.
19 Seperti anjing dengan bayang-bayang Orang yang tamak, tidak cukup dengan apa yang ada.
20 Seperti api dalam sekam Dendam, perbuatan jahat yang tersembunyi.
21 Seperti ayam berak kapur Muka pucat dan tidak bermaya.
22 Seperti bertih digoreng Bunyi bising atau percakapan yang tidak berhenti-henti.
23 Seperti cacing kepanasan Tidak diam atau tenang, selalu gelisah.
24 Seperti cicak makan kapur Beroleh malu kerana kesalahan sendiri.
25 Seperti cincin dengan permata Pasangan yang sama padan dan sama cantik.
26 Seperti embun di hujung rumput Kasih sayang yang tidak berkekalan.
27 Seperti kacang lupakan kulit Orang yang lupa akan asalnya setelah mendapat kesenangan.
28 Seperti katak di bawah tempurung Orang yang cetek pengetahuannya tentang dunia luar.
29 Seperti kera mendapat bunga Memperoleh sesuatu yang tidak dapat digunakan atau dihargai.
30 Seperti kambing dicucuk hidung Sentiasa menurut perintah orang lain tanpa usul periksa.
31 Seperti langit dengan bumi Perbezaan yang amat ketara.
32 Seperti melukut di tepi gantang Tidak berharga bagi orang lain, kehadirannya tidak membawa sebarang
makna.
33 Seperti mencurah air ke daun keladi Memberikan nasihat kepada orang tetapi tidak berkesan.
34 Seperti si buta kehilangan tongkat Keadaan orang yang susah menjadi semakin susah apabila kehilangan
tempat bergantung.
35 Seperti si buta mendapat tongkat Orang yang menjadi sombong setelah mendapat kesenangan.
36 Seperti pungguk rindukan bulan Dalam percintaan.
37 Seperti rumput di tepi jalan Keadaan hidup yang terlalu susah.
38 Seperti rusa masuk kampung Berasa hairan dan tercengang-cengang apabila berada di tempat yang baru.

39 Seperti talam dua muka Seseorang yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan antara
dua pihak.
40 Seperti ular kena palu Jalan atau barisan yang bengkang-bengkok.
41 Umpama sirih pulang ke gagang Pulang ke tempat asal.

Anda mungkin juga menyukai