Anda di halaman 1dari 2

APLIKASI KAEDAH CSL PMR KARANGAN BAHAN RANGSANGAN

Lihat ilustrasi di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang manfaat menjaga kebersihan kepada manusia. Panjang huraian hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan

Menjamin kesihatan

MANFAAT PENJAGAAN KEBERSIHAN

Melapangkan fikiran

Menceriakan persekitaran

Tugasan Tema Kata kunci

: : :

manfaat menjaga kebersihan kepada manusia penjagaan kesihatan manfaat

PENDAHULUAN Ayat 1: Mutakhir, isu.............................................................(sebutkan tema) sering menjadi topik TEMA perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat di negara kita. Ayat 2 : Persoalannya, apakah...........................(salin selepas perkataan tentang dalam soalan) dan TUGASAN berakhir dengan tanda soal (?) Mutakhir, isu penjagaan kesihatan sering menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat di negara kita.. Persoalannya, apakah manfaat menjaga kebersihan kepada manusia? ISI PERTAMA (ISI) Ayat 1 (HURAIAN + CONTOH Ayat 2

Pada pendapat saya, KATA KUNCInya + ialah + ISI 1 Pada pendapat saya, salah satu manfaatnya ialah menjamin kesihatan. Hal ini dikatakan demikian kerana + Contoh + Impak Hal ini dikatakan demikian kerana penyakit seperti demam denggi dapat dielakkan jika manusia menjaga kebersihan

ISI KEDUA (ISI + CONTOH) Ayat 1 (HURAIAN) Ayat 2 ISI KETIGA (ISI + HURAIAN) Ayat 1 (CONTOH) Ayat 2

PENANDA WACANA + ISI + CONTOH + juga merupakan + TUGASAN Selain itu, menceriakan persekitaran seperti landskap yang menarik juga merupakan manfaat menjaga kebersihan kepada manusia. Dengan ini + HURAIAN Dengan ini, manusia akan berasa selesa apabila berada di sesuatu tempat.

KATA KUNCI + yang berikutnya ialah + ISI + HURAIAN Manfaat yang berikutnya ialah melapangkan fikiran kerana manusia akan memperoleh ketenangan fikiran semasa berada di kawasan yang bersih . Sebagai contoh, + CONTOH Sebagai contoh, mereka boleh melakukan riadah dan berekreasi bersama keluarga.

KESIMPULAN Rumus Saranan + Harapan Ayat 1 Kesimpulannya, + sasaran + mestilah berusaha untuk meningkatkan/menangani + Tema + agar + Harapan + Peribahasa Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk menjaga kebersihan agar kehidupan manusia lebih selesa kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih!

Karangan Lengkap:

Mutakhir, isu penjagaan kesihatan sering menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat di negara kita. Persoalannya, apakah manfaat menjaga kebersihan kepada manusia? Pada pendapat saya, salah satu manfaatnya ialah menjamin kesihatan. Hal ini dikatakan demikian kerana penyakit seperti demam denggi dapat dielakkan jika manusia menjaga kebersihan. Selain itu, menceriakan persekitaran seperti landskap yang menarik juga merupakan manfaat menjaga kebersihan kepada manusia. Dengan ini, manusia akan berasa selesa apabila berada di sesuatu tempat. Manfaat yang berikutnya ialah melapangkan fikiran kerana manusia akan memperoleh ketenangan fikiran semasa berada di kawasan yang bersih. Sebagai contoh, mereka boleh melakukan riadah dan berekreasi bersama keluarga. Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk menjaga kebersihan agar kehidupan manusia lebih selesa kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih!

Anda mungkin juga menyukai