Anda di halaman 1dari 5

1.

Karangan dialog PT3 terbahagi kepada 2 jenis, satau adalah dialog tidak format apabila
perbualan untuk mengucapkan takziah, tahniah, bertanyakan kahbar dan sebagainya.
2. Manakala satu lagi jenis adalah dialog yang berbentuk wawancara yang digunapakai dalam
acara arasmi termasuk menemubual tokoh, orang kenamaan dan seangkatan dengannnya
3. Perbualan mestilah tidak formal di mana menggunakan bahasa yang lebih mudah dan
ringkas. Jikalau anda menulis seperti karangan biasa, anda bakal ditolak 3 markah. Mahu?
4. Karangan yang ditulis imulakan dengan pendahuluan, isi-isi penting dan diakhiri dengan
penutup
5. Biasakan gunakan perkataan Selamat Sejahtera sebagai pembuka kata sebagai
pendahuluan, manakala Terima kasih dalam karangan jenis dialog anda
6. Anda sama sekali jangan menggunakan perkataan ringkas short form atau bahasa sms
seperti kan, tak, nak
7. Pastikan anda masukkan sekitar isi penting untuk mendapatkan markah yang maksimum
8. Gunakan bahasa sebagai Tuan, Puan, Mak Cik, Encik pada ketika ayat perbulaan anda
menyapa orang yang lebih berumur

Contoh Karangan Dialog PT3 : Ucapan Tahniah Menang Pertandingan

Sahabat anda telah memenangi suatu pertandingan. Anda telah menemuinya untuk mengucapkan
tahniah. Tuliskan perbualan anda itu.

Ikhmal: Hai, Vincent! Awak sedang buat apa?


Vincent: Hai, Ikhmal. Saya tidak sedar akan kedatangan awak. Tiba-tiba sahaja awak
muncul. Saya sedang membersihkan kamera saya.
Ikhmal: Tahniah, Vincent! Gambar foto awak telah memenangi hadiah pertama dalam
pertandingan fotografi sekolah kita
Vincent: Terima kasih. Saya pun tidak menyangka bahawa gambar foto saya akan terpilih.
Maklumlah, ini kali pertama saya menyertai pertandingan fotografi. Tambahan pula, gambar
foto peserta-perserta lain yang dipamerkan di dalam dewan sekolah sepanjang bulan lepas
bagus belaka
Ikhmal: Siapakah yang mengajar awak teknik mengambil gambar?
Vincent: Ayah sayalah. Bukankah ayah saya mengusahakan kedai gambar? Minat kami
sama. Ayah yang mengalakkan saya menyertai pertandingan fotografi tersebut, selain
memberikan banyak tunjuk ajar kepada saya tentang teknik mengambil gambar yang baik.
Ikhmal: Wah, beruntunglah awak kerana mendapat tunjuk ajar daripada pakar!
Vincent: Yalah. Saya sudah belajar tentang kelajuan pengatup kamera, kepekaan filem
terhadap cahaya, dan jenis filem yang sepatutnya digunakan.
Ikhmal: Nampaknya hobi awak ini memberikan pengetahuan dan pengalaman yang
berguna. Adakah awak akan menjadikan bidang fotografi sebagai kerjaya?
Vincent: Tidaklah. Bidang fotografi sekadar hobi sahaja. Saya bercita-cita hendak menjadi
peguam.
Ikhmal: Eh, berbeza sekali cita-cita awak tercapai. Apakah yang awak buat dengan wang
tunai RM500.00 yang awak menangi itu?
Vincent: Saya menyimpan wang itu di bank untuk saya gunakan bagi pendidikan saya pada
masa hadapan.
Ikhmal: Seronok berbual dengan awak sehingga tidak sedar hari sudah lewat. Saya balik
dahululah, Vincent
Vincent: baiklah. Jumlah lagi di sekolah esok

Jelas? Ada lagi satu lagi contoh karangan dialog PT3 yang dikongsikan untuk rujukan anda yang
boleh Mypt3 katakan sebagai contoh terbaik yang bertajuk Juara Pertandingan Perbahasan.
Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Contoh Karangan Bahasa Arab PT3 Pentaksiran Tingka...Contoh Karangan Bahasa


Arab PT3 Pentaksiran Tingkatan 3 Jikalau ada daripada anda di sini baik pelajar Tingkatan satu,
Tingkatan dua, mahupun Tingkat...

MyPt3 > Bahasa Melayu PT3 > Karangan Dialog PT3 Bahasa Melayu. Semaknya Contoh Terbaik!
PERHATIAN! Jikalau anda pelajar yang bakal menghadapi
peperiksaan Tingkatan 3, anda dijemput untuk sertai Study Group
Facebook PT3 2016 dengan cara KLIK SINI.
1) Berbincang dan bertanya secara terus secara ekslusif dengan
rakan-rakan online yang lain
2) Mengetahui soalan ramalan, contoh soalan dll
3) Tips persediaan menghadapi peperiksaan besar PT3
4) Semuanya adalah PERCUMA. Sertainya sekarang
Next post: Semakan Keputusan Peperiksaan Sekolah SAPS
Previous post: Contoh Ulasan Karangan Piramid Makanan PT3 Bahasa Melayu
C ARIAN ARTIKEL T ERBAIK

Baca 2 Artikel Berkaitan Di Bawah


Karangan Semangat Kejiranan, Peranan Hidup Berjira...

Karangan Jerebu Pt3 Punca Masalah Jerebu d...

Kandungan Mypt3 Tertakluk Creative Commons Attribution 3.0 Hakcipta Terpelihara 2017
PT3 | PT3 2017 | Sejarah PT3 | Geografi Pt3 | Saps | Karangan |
WP Admin

Anda mungkin juga menyukai