Anda di halaman 1dari 3

hiasan gangsa letak di rumpun,

ditempa aduka berteman kesuma,


pewaris bangsa duduk berhimpun,
semangat persada hayati bersama.

assalammualaikum, salam sejahtera,salam kemerdekaan dan salam satu Malaysia.

Yang saya hormati, tuan yang dipertua dewan,……………………………………………………………..


Ucapan Aluan
Yang saya muliakan, dif-dif kehakiman yang bermahkotakan keadilan, penjaga masa
yang sentiasa setia dengan masanya, para peserta pertandingan debat kemerdekaan
peringkat saringan, seterusnya para hadirin sekalian.

selamat datang ke pertandingan debat kemerdekaan peringkat saringan. Untuk


pengetahuan hadirin, pertandingan debat pada hari ini akan berlangsung sebanyak dua
sesi. Sesi yang pertama, iaitu sesi saringan. Manakala sesi kedua pula ialah sesi suku
akhir

Hadirin yang dihormati,

Tanpa membuang masa, kita teruskan agenda utama kita pada hari ini. Untuk itu, saya
dengan sukacitanya menyerahkan majlis kepada yang berhormat speaker dewan bagi
Debat saringan 1 menerangkan tatacara dan peraturan pertandingan debat kemerdekaan ini. Majlis
mempersilakan.

Demikianlah tadi berlangsungnya pertandingan debat kemerdekaan peringkat saringan


bagi kelompok pertama.

Seterusnya,

Kita teruskan pertandingan kita pada hari ini dengan menjemput dan mempersilakan
pasukan…………......................................................................................…. Dan pasukan
…………...............................................................................................….. dipersilakan.
Untuk itu, saya dengan sukacitanya menyerahkan majlis kepada yang berhormat
Debat saringan 2 speaker dewan bagi menerangkan tatacara dan peraturan pertandingan debat
kemerdekaan ini. Majlis
mempersilakan...................................................................................................

Demikianlah tadi berlangsungnya pertandingan debat kemerdekaan peringkat saringan


bagi kelompok kedua.
Hadirin yang dihormati,

Tibalah masanya untuk saya selaku pengacara majlis untuk mengumumkan keputusan
pemenang bagi pertandingan debat peringkat saringan. Bagi pasukan yang menang,
akan mara ke peringkat suku akhir.

Bagi kelompok yang pertama, pemenangnya ialah pasukan………................………………….


Bagi kelompok yang kedua, pemenangnya ialah pasukan……………....................…………….

Dengan itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa pasukan yang akan mewakili pada
peringkat suku akhir ialah
……………………...........................................................................................…… dan
…………..........................................................................................................………….
Pengumuman
pemenang & Rehat Tahniah diucapkan.

Pengumuman kepada pasukan yang memenangi peringkat saringan, anda diminta untuk
berurusan dengan pihak urus setia selepas ini. Harap maklum.

Dengan pengumuman pemenang bagi setiap kelompok itu tadi,maka berakhirlah sudah
pertandingan debat peringkat saringan.

Para juri dijemput untuk sedikit persegaran di Medan Pelatih.

Para peserta debat dan para pelatih diingatkan untuk masuk semula ke dewan ini pada
pukul 10.30 pagi. Ini kerana,pertandingan debat sesi separuh akhir akan bermula tepat
jam 10.30 pagi. Harap maklum dan terima kasih.....

Sidang dewan yang saya hormati,

Pertandingan debat kita pada hari ini diteruskan lagi dengan peringkat separuh akhir.
Debat suku akhir
Untuk itu, saya mempersilakan pasukan ……………… dan pasukan ……….. untuk tampil ke
meja persidangan. Bagi memulakan persidangan kita, saya menyerahkan majlis kepada
yang berhormat speaker dewan en/cik……………………. Majlis mempersilakan.
Hadirin yang dihormati,

Tibalah masanya untuk saya selaku pengacara majlis untuk mengumumkan keputusan
pemenang bagi pertandingan debat peringkat separuh akhir.
Pengumuman
Tanpa membuang masa, ingin saya selaku pengerusi majlis mengumumkan pemenang
pemenang
debat kemerdekaan peringkat separuh akhir. Pasukan yang menang ialah pasukan
…………………………….............................................................. tahniah diucapkan.

Bagi pasukan yang menang, akan mara ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada
25hb Ogos 2017
Hadirin yang dimuliakan,

Tiba waktunya untuk menyusun jemari. Membuang segala kerikil bersalut dihati.
Maafkan kami andai ada salah silap tanpa disedari. Agar saat perpisahan ini indah,
berbunga mesra dalam jambangan ingatan.
Bersurai
Majlis mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua tetamu dan hadirin yang
sudi meluangkan masa bersama-sama pertandingan debat kemerdekaan pada hari ini.

Sekian sahaja majlis kita pada hari ini, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai