Anda di halaman 1dari 12

WATAK dan PERWATAKAN

BUNGA MATAHARI Cantik tetapi sombong. BUNGA KERTAS Rakan kepada Bunga Matahari. Sangat Cantik. Baik hati. PAK KASIM Berusia melampaui 50 tahun. Suka Berkebun. MAK MUNAH Berusia melampaui 50 tahun. Isteri Pak Kasim. Penyayang. AMIR Berusia dalam lingkungan 10 tahun. Sangat nakal HAKIM Berusia dalam lingkungan 10 tahun. Sangat nakal MATAHARI Hanya memancarkan cahaya ke seluruh alam CENDAWAN Rakan kepada Bunga Matahari dan Bunga Kertas. Baik Hati ORANG 1 Seorang wanita berusia 20an BUNGA-BUNGA LAIN Sebagai latar sahaja yang terdiri daripada pelbagai jenis bunga seperti Bunga Mawar, Bunga Raya, Bunga Orkid dan sebagainya.

MASA Waktu pagi (8.00 pagi)

SETTING Di halaman rumah Pak Kasim di Kampung Pauh. Terdapat pelbagai jenis pokok dan bunga yang cantik dan berwarna-warni. Kokokkan ayam yang berlatar belakangkan sebuah rumah milik Pak Kasim dan Mak Munah.

SUARA Mempunyai echo iaitu kicauan burung. Deruan angin sepoi-sepoi bahasa serta suara pepohon yang meliuk-liuk kerana ditiup angin. Suara orang lalu-lalang.

Kelihatan seorang perempuan sedang memasuki pentas berjalan di hadapan rumah Pak Kasim dan terpegun melihat bunga-bunga yang tertanam di halaman rumah Pak Kasim. Perempuan 1 : (terpegun melihatnya sambil berhenti di hadapan rumah Pak Kasim) Cantiknya...Rajin betul Pak Kasim

Bunga Matahari menyanyi:

Pagi yang gelap kini sudah terang Aku yang cantik kini sedang kembang (Lagu : Pagi Yang Gelap, Kumpulan : Hujan)

Bunga Matahari : (Ketawa bangga) Oh, cantiknya kelopakku. Harum. Berseriseri

Bunga Matahari : (Sombong sambil memandang Bunga Kertas) Ha, kakak tu puji aku.

Bunga Kertas : (Tersenyum sinis) Yela..Aku tumpang gembira mendengar dia puji kau.

Bunga Matahari : Huh! (Mencebik)

Cendawan : (Mengangguk-angguk) Aku pun sama, Matahari.

Bunga Matahari : (menggeleng-geleng sambil meninggi suara) Eh, aku je yang dipuji. Kalian ni menumpang je..

Cendawan : (Perlahan sambil tergagap-gagap)Kau...kau jangan perasaanlah Matahari, kakak tu pun puji bunga-bunga yang lain.

Bunga Matahari :(Tersenyum bangga kemudian ketawa) Ah! Aku lagi cantiklah

Bunga-bunga lain : (Mengangguk setuju dengan cendawan)Ye..Ye Matahari : (memancarkan cahayanya keseluruh pelusuk alam di dunia termasuk ke halaman rumah Pak Kasim)

Bunga Kertas : (Memandang Bunga Matahari yang cantik bersinar dipanah oleh Matahari)

Pak Kasim memasuki pentas sambil berjalan-jalan mengelilingi halaman rumahnya.

Pak Kasim : (Melangkah keluar dari rumahnya) Wah, cantik juga tanaman yang aku tanam rupanya. Alhamdulillah. (Menjerit sambil menoleh ke arah rumahnya) Maknya, oooo Maknya, marilah keluar sebentar. Saya ada sesuatu nak ditunjukkan ni pada awak.

Mak Munah : (Tercunggap-cunggap) Aduh, abang ni saya kat dapur awak terjerit-jerit panggil saya. Kan saya sedang sediakan sarapan. (Membetul-betulkan kain batiknya yang hampir terlondeh). Ada apa bapanya ni?? Ada hujan duit turun dari langit?? (memandang Pak Kasim kemudian memandang langit sambil ketawa).

Pak Kasim : Ish, awak ni mana...(ketawa sambil mencuit pipi isterinya manja). Bukanlah, ni ha cuba tengok bunga-bunga yang saya tanam ni semuanya menjadi dan berkembang cantik. (menunjuk-nunjuk ke arah semua bunga-bunga.

Mak Munah : (Teruja dan mendekati Bunga Matahari sambil mencangkung) Amboi, cantiknya Bunga Matahari ni.

Pak Kasim : (Mendekati isterinya sambil mencangkung)Haah. Well, tengoklah siapa yang tanamkan(ketawa sambil mengangkat-angkat kening bangga) tetapi yang lain apa kurangnya. Mak Munah : (Tersenyum meluat) Perasan pula suami aku seorang ni. Masuk bakul angkat sendirilah tu.

Pak Kasim : (Ketawa terbahak-bahak.)Hahahahaha....

Mak Munah : (Terkejut sambil menjerit) Abang! Habislah hangus lempeng. Huh! (bangun dan berlari masuk ke dalam rumah.)

Pak Kasim : (Ketawa dan mengekori isterinya masuk ke dalam rumah.) Kasihan.

Matahari : (Masih memancarkan sinarannya.)

Bunga Matahari : Ha! Tengok. Semua terpegun dengan kecantikkanku. (Tersenyum bangga sambil meliuk-liukkan kelopaknya.)

Cendawan : Matahari, Matahari (Menggeleng-gelengkan kepalanya.) Tak habishabis lagi ke kau nak berbangga??

Bunga Matahari : (Tersenyum bangga)Tak. Kalau aku sorang-sorang kat sini lagi bagus (sambil menuding ke arah Bunga Kertas) kau ni menyemak je.

Bunga Kertas : (Menunduk dan dalam nada yang sedih) Kau jangan kereklah Matahari. Nanti memakan diri. Aku tahu aku tak cantik tetapi aku bersyukur kerana Pak Kasim menjagaku dengan baik.

Cendawan : (sambil mengangguk-anggukkn kepala.)Betul kata kau Kertas.

Bunga Matahari : (Marah) Argh..Pak Kasim yang sepatutnya berterima kasih dengan aku. Aku cantik. Harum. Berseri-seri

Bunga Kertas : Jangan sombong Matahari, kelak kau menyesal macam lagu Menyesal (sambil meliuk-liukkan badannya). (Menyanyikan serangkap lagu Menyesal) Terkadang ku menyesal....

Bunga Matahari : Argh..diamlah kau (Marah)

Bunga-bunga lain : (Ketawakan Bunga Matahari) Hahahahaha....

Cendawan : (Memujuk) Jangan dilayan si Matahari tu Kertas, biarlah dia dengan rasa bongkaknya. Mungkin suatu hari nanti dia akan dapat balasannya.

SUARA LATAR Bunyi tapak selipar orang berjalan dan bunyi budak-budak ketawa sambil menjeritjerit

SETTING Di hadapan pagar rumah Pak Kasim dan Mak Munah

Kelihatan dua orang budak nakal iaitu Amir dan Hakim memasukki pentas dan sedang berjalan-jalan sambil memegang sebatang kayu di tangan mereka. Mereka berhenti di hadapan pagar rumah Pak Kasim dan Mak Munah.

Amir : Eh, Eh, Stop!... (Berhenti secara tiba-tiba di hadapan rumah Pak Kasim)

Hakim : (Terkejut sambil menggaru-garu kepalanya) Apa hal pula kau berhenti kat depan rumah Pak Kasim ni??

Amir : Ish, kau ni (Menepuk bahu Hakim) Ha, nampak tak bunga tu?? (menuding jari ke arah Bunga Matahari)

Matahari : (Meliuk-liukkan kelopaknya dengan rasa bangga)

Hakim : Mana?? Aku tak nampak pun. (tercari-cari)

Amir : Kau ni kan....(Memalingkan kepala Hakim tepat ke arah Bunga Matahari)

Hakim : Ha...dah nampak (Tersenyum malu).

Mereka kemudiannya menyelinap masuk ke halaman rumah Pak Kasim dan Mak Munah.

Amir : Cantiknya bunga-bunga kat sini. Macam-macam jenis bunga ada. (Menggelilingi halaman rumah Pak Kasim yang terdapat Bunga Kertas, Bunga Orkid, Bunga Mawar, Bunga Raya)

Hakim : Haah la Amir, macam-macam ada (Melawak).

Amir : Geramnya aku tengok bunga ni (Menghampiri Bunga Matahari). Bunga apa ni ha Hakim?? (Menoleh ke arah Hakim)

Bunga Matahari : (Berasa gelisah dan takut)

Hakim : Yang tu?? (Menuding jari ke arah Bunga Matahari)

Amir : Yup (Memerhatikan Bunga Matahari)

Hakim : Oh... Tu Bunga Tahi Ayam la kalau tak silap aku.. (Teragak-agak)

Matahari : (Menggeleng-gelengkan kelopaknya sebagai tanda protes)

Amir : Aik, bukan Bunga Matahari ke?? (Mengenalpasti sambil memerhati Bunga Matahari)

Hakim : Kau ni kan, sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula (Marah). Yela tu, bentuk dah macam Matahari, Bunga Matahari la

namanya. (Mendekati Amir sambil bernyanyi beberapa rangkap lagu Matahariku) Dengarkan Matahariku,

Suara tangisanku, Kubersedih ker.... (Berhenti nyanyi secara tiba-tiba)

Amir : Dah..dah...Nak memekak pula dia. Dah la sumbang. Huh!(Menutup telinga)

Amir dan Hakim mengelilingi halaman rumah Pak Kasim dan Mak Munah.

Matahari : (Marah) Ada ke tadi cakap aku ni Bunga Tahi Ayam. Jatuhlah maruah aku.

Kemudian, mereka memerhati dan membelek-belek Bunga Matahari kerana tertarik dengan kecantikkan kelopaknya.

Bunga Matahari : (Gelisah) Ish, minta-minta budak-budak ni tak rosakkan kelopakku ni.

Amir : Kim, jomlah kita togelkan Bunga Matahari ni. Biarkan tak ada kelopak (Menepuk bahu Hakim)

Hakim : Kau tak takut ke nanti Pak Kasim keluar rumah nampak kita tengah kerjakan bunga dia??(Takut)

Amir : Alaaa...Kau ni kan...Kita cepat-cepatlah cabut kelopak Bunga Matahari ni. Lepas itu, kita blalah(Dengan begitu yakin)

Hakim : Ok...Ha, apa lagi jomlah (Sambil mencabutkan kelopak Bunga Matahari)

Amir : Jom (Sambil mencabutkan kelopak Bunga Matahari)

Bunga

Matahari : (Meraung

kesakitan) Aduh...Sakitnya... (Menjerit-jerit

sambil

menangis) Kertas, Cendawan tolonglah aku...

Bunga Kertas : (Sedih) Maaf Matahari aku tak dapat tolong kau.

Cendawan : (Sinis) Aku pun sama juga. Padan muka kau.

Bunga Matahari : (Menangis dan meraung kesakitan)Aduh...

Amir dan Hakim telah selesai melaksanakan kerja mereka.

Amir : (Ketawa)Ha, padan muka kau Bunga Matahari. Sekarang kau dah togel.

Hakim : (Ketawa) Hahahahahaha....

Amir : Kim, jom cabut sebelum Pak Kasim atau Mak Munah keluar (berlari-lari sambil menarik tangan Hakim)

Bunga Matahari : (Menangis sambil tertunduk) Kenapa mereka sanggup buat aku macam ni? Habis kelopakku gugur ke tanah.

Bunga Kertas : (selamba) Kan aku dah cakap tadi, kau degil. Sekarang tengok apa dah jadi.

Cendawan : (sinis) Itulah balasan orang yang sombong.

Bunga Matahari : (menyesal) Aku minta maaf Kertas, aku minta maaf Cendawan. Aku dah menyesal sangat-sangat

Bunga Kertas : (sedih) Dah lama aku maafkan kau tetapi kau dah terlambat.

Cendawan : (simpati) Aku maafkan kau.

Bunga Matahari : (menyanyi)

Kelopak berseri ditubuhku Berguguran jatuh, Lalu sedihnya hatiku, Tak terkira, Kerna diri ini.. Sudah tidak.. Cantik lagi.. (Lagu: Dugaan)

Pak Kasim dan Mak Munah keluar dari rumah mereka untuk membersihkan halaman rumah. Tiba-tiba...

Mak Munah : (terperanjat) Abang!! Mari sini cepat.

Pak Kasim : (terkejut dan marah) Ya Allah, siapa punya kerja ni?? Ni mesti kerja Si Amir dan Si Hakim.

Mak Munah : (berfikir) Apa kita nak buat ni bang??

Pak Kasim : Kita cantas jelah Bunga Matahari ni dah tak da gunanya lagi kita jaga (mengambil gunting lalu mencantas Bunga Matahari)

Mak Munah dan Pak Kasim : (bersedih sambil membersihkan kawasan yang kelopak Bunga Matahari bertaburan)

Bunga Kertas, Cendawan dan Bunga-bunga lain : (bersedih atas kehilangan Bunga Matahari namun itu sebagai pengajaran kepada yang lain agar tidak sombong dengan kecantikkan masing-masing.)

Tirai : Tirai ditutup dan lampu dipadamkan.

Selesai menyediakan skrip, saya dan rakan-rakan mula menyiapkan tugasan membina props. Props ialah peralatan-peralatan yang diguankan untuk menjadikan tersembahan teater kelihatan lebih menarik. Memandangkan kisah yang saya sediakan ini berkisar kepada bunga-bungaan dan manusia, ianya amat dekat dengan diri kanak-kanak. Saya menyediakan props menggunakan warna yang menarik untuk merangsang penonto melihatnya. Antara props utama yang sediakan adalah bunga raya, bunga matahari, pagar tanaman, bunga-bunga lain sebagai hiasan tambahan dan cendawan. Begitu juga dengan props bahan maujud iaitu penyapu batang, kereta sorong, pencakar, penyodok dan basikal. SEMASA

FUNGSI DRAMA KANAK-KANAK Bintang Drama Dan Puisi Bintang

- Alam Kanak-kanak penuh dengan imaginasasi, mereka suka meniru dan melakonkan semula watak-watak yang mereka perhatikan di sekitar mereka. - Lakonan mampu menggalakkan mereka berkomunikasi dan belajar bermain peranan . Antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk aspek ini adalah seperti bermain boneka, bermain masak-masak, melakonkan watak binatang,contohnya dalam lagu "Bangau oh Bangau" menyampaikan pantun, menyampaikan puisi dan sebagainya.

MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM MAIN PERANAN MENGIKUT IMAGINASI.

>>Sememangnya sifat semula jadi kanak-kanak suka bermain dan suka terlibat dengan aktiviti yang menyeronokkan. Oleh itu, aktiviti yang melibatkan kanak-kanak boleh bermain peranan adalah sangat digalakkan kepada mereka.

>>Proses ini penting kerana ia melibatkan pemikiran.Kanak-kanak juga belajar dengan meniru jadi wujudnya aktiviti main peranan membolehkan mereka memahami funsi dan peranan individu sekitar mereka seperti peranan ayah,ibu,adik,abang dll yang signifikan dalam hidup mereka.

MELAHIRKAN PERASAAN MELALUI LAKONAN DRAMA DAN BACAAN PUISI.

>>Melalui drama kanak-kanak bebas untuk melahirkan perasaan mereka.Melakonkan cerita tertentu membantu mereka memahami cerita yang ingin disampaikan dengan lebih mudah,kerana mengalami sendiri pengalaman tersebut.Selain itu,kanak-kanak merasa mereka di beri kepercayaan untuk menjalankan tugas yang diberikan kepada mereka.Ini memupuk rasa tanggungjawab dan penghargaan kendiri kanak-kanak.

>>Kanak-kanak mudah belajar apabila mereka dapat mendengar perkataan yang mempunyai bunyi yang sama, malah mereka seronok pula mengulang - ulang sesuatu perkataan tersebut.Jadi puisi dan pantun merupakan rangkap-rangkap ayat yang mudah untuk di baca.

MENUNJUKKAN SEMANGAT KERJASAMA DALAM PERSEDIAAN DAN PERSEMBAHAN

>>Aktiviti drama selalunya melibatkan pelbagai tahap.Pemilihan pelakon, penghafalan dialog, memilih Kostum yang bersesuaian ,menyediakan pentas, mengadakan latihan dan sebagainya memberi peluang untuk guru dan kanak-kanak bekerjasama.

>>Ia juga boleh boleh menggalakkan komunikasi sosial antara kanak-kanak. Kanak-kanak juga bangga sekiranya mereka dapat menunjukkan bakat mereka kepada ibu bapa mereka. Ini menanam semangat berani mencuba dan yakin diri.

MEMBUAT GERAK BADAN BERDASARKAN MUZIK YANG ADA KAITAN DENGAN CERITA YANG DI DENGAR.

>>Melalui cara ini kanak-kanak berpeluang menikmati cerita dan mereka boleh beraksi mengikut kreativiti mereka sendiri.

Back

Anda mungkin juga menyukai