Anda di halaman 1dari 5

PENGEMBARAAN

Pagi-pagi lagi Ashraf sudah bangun dari tidurnya. Seperti yang dijanjikan, Ashraf dan ahli kumpulan Aa-syik iaitu Kumar,Ah Lim, Anis dan Devi akan pergi ke Gunung Nuang untuk mengisi masa lapang sempena cuti sekolah. Selepas bangun, Ashraf terus mencapai tualanya dan terus masuk ke dalam tandas untuk mandi dan mengambil wudhu. Selepas itu, Ashraf terus menunaikan solat Subuh .Lalu,dia pun turun ke bawah. Setibanya Ashraf di dapur, bau masakan Mak Som iaitu pembantu rumahnya menusuk ke dalam hidung. Ashraf terus mencapai pinggan lalu mencedok mi goreng yang disediakan oleh Mak Som ke dalam pinggan. Hm m, sedapnya Mak Som masak. Sama macam Chef Wan! kata Ashraf.Ish kamu ni,takkanlah masakan Mak Som sama macam Chef Wan balas Mak Som.Betullah mak.Ashraf tidak tipu.memang sedap!puji Ashraf. Mak, hari ini Ashraf nak pergi mendaki gunung.Mak bungkuskan sedikit mi goreng ni boleh? Sebagai bekalan makanan.kata Ashraf.Bolehkata Mak Som. Ashraf terus memasukkan segala barang yang perlu dibawa untuk ekspedisi mendaki gunung tersebut.Antara barang yang dibawa ialah khemah,kayu api dan peralatan untuk makan. Setelah itu dia pun menahan teksi sambil melaung, Mak, Ashraf pergi dulu. Ya. Hati-hati balas Mak Som. Teksi tersebut pun terus meluncur laju ke tempat yang dijanjikan oleh ahli kumpulan Aa-syik untuk berkumpul.Mereka akan pergi ke Gunung Nuang dengan menaiki teksi yang sedang dinaiki oleh Ashraf. Tidak lama selepas itu,Ashraf pun tiba di tempat yang dijanjikan. Kelihatan semua ahli kumpulan Aa-syik sudah menanti Ashraf. Maaf kawan-kawan kerana saya terlambat. Sudah lamakah kamu semua tunggu? tanya Ashraf. Tidaklah.Kami pun baru sampai. Kata Kumar mewakili rakan-rakan yang lain. Mereka pun mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju dengan Kumar.Sudahlah,mari kita pergi.kata Ashraf.Mereka pun menaiki teksi tersebut.Perjalanan ke Gunung Nuang mengambil masa satu jam. Sementara menunggu untuk sampai ke destinasi, Ashraf mengambil peluang untuk berehat sebelum memulakan ekspedisi dengan tidur. Setibanya di Gunung Nuang, Ashraf dikejutkan oleh Ah Lim. Mereka semuapun keluar dari teksi itu. Ashraf pun terus membayar tambang teksi kepada pemandu teksi tersebut.Ashraf pun mula mengetuai kumpulannya dengan berjalan di barisan paling hadapan. Selepas satu jam mendaki gunung, Anis dan Devi memanggil Ashraf yang berada di hadapan,Ash, kami penat. Kita rehat sekejap boleh? Tanya Devi.Iyalah Ash. Aku dah penat ni. kata Ah Lim pula. Baiklah.Jom kita berehat di

bawah pokok itu.kata Ashraf.Ashraf pun menikmati bekalan makanan yang dibawa dari rumah tadi iaitu mi goreng. Selepas berehat selama setengah jam, Ashraf dan rakan-rakannya pun meneruskan pendakian mereka. Tiba-tiba Ah Lim tersadung dan terlanggar dahan pokok yang besar. Kakinya luka dan berdarah.Nasib Ah Lim baik kerana Ashraf telah membawa peti rawatan kecemasan. Oleh sebab Ashraf merupakan ahli persatuan Bulan Sabit Merah, dia pun menggunakan ilmu rawatan kecemasan yang ada untuk merawat Ah Lim. Ashraf pun terus membuat keputusan agar ahli kumpulan Aa-syik untuk tidur di kaki Gunung Nuang memandangkan kaki Ah Lim yang masih luka. Ashraf meminta bantuan Kumar agar membantunya memasang dua buah khemah untuk mereka tidur. Satu khemah untuk lelaki manakala satu lagi untuk perempuan. Kumar membantu Ashraf mencari kayu api untuk mereka memasak untuk makan malam.Anis dan Devi ditugaskan untuk memasak. Kami pergi mencari kayu api dulu ya. Kamu berdua jagakan Lim.kata Ashraf kepada Anis dan Devi. Ashraf dan Kumar pun terus mencari kayu api tersebut. Dalam masa sepuluh minit,Ashraf dan Kumar berjaya mengumpulkan sebanyak tiga ikat kayu api.Mereka pun segera berjalan pulang ke khemah.Setibanya di khemah,Anis dan Devi terus menghampiri mereka,Ash,tolong nyalakan kayu api itu.kata Devi.Baiklah.balas Ashraf.Ashraf pun terus menyalakan kayu api.Setelah itu,Anis pun memasak nasi goreng dan menjerang air untuk dibuat teh panas.Setelah siap,mereka pun makan bersama.Ah Lim yang masih sakit kaki dipapah oleh Ashraf untuk makan bersamasama.Esok,kita akan meneruskan ekspedisi kita.Rasa-rasanya kaki Ah Lim akan sembuh dengan cepat.Baiklah Ash.,kata ahli kumpulan Aa -syik. Keesokan paginya,mereka pun mengemas barang dan bersedia untuk meneruskan ekspedisi mereka.Mereka pun terus mendaki.Sewaktu mendaki,mereka terlihat banyak jenis flora dan fauna.Mereka berkongsi ilmu dengan memberitahu nama flora atau fauna yang mereka ketahui.Tiba-tiba,mereka terlihat sebuah pondok usang.Mereka membenarkan diri dengan menghampiri pondok usang itu. Mereka mengetuk pintu dan memberi salam. Kelihatan seorang lelaki tua keluar dari pondok tersebut.Mereka sangat terkejut kerana lelaki tersebut kelihatan sangat hodoh dan berpakaian compangcamping.Lelaki itu pun bertanyaAnak semua mencari siapa?tanya lelaki itu.Kami mengisi masa lapang cuti sekolah dengan mendaki gunung ini. Tiba-tiba kami terlihat pondok pak cik dan ingin tahu siapakah yang ada di dalam rumah ini?kata Kumar mewakili rakan-rakannya.Kawan kamu itu kakinya kenapa?tanya lelaki tua itu.Dia

terlanggar akar pokok.kata Ashraf.Oh.Mari pak cik tolong ubatkan.pelawa lelaki itu.Mereka pun masuk ke dalam pondok tersebut.

Mereka memerhatikan lelaki itu merawat kaki Ah Lim. Dia membubuh daun-daun yang ditumbuk dan bercampur dengan sedikit air ke atas kaki Ah Lim yang luka.Aduh!Sakitnya.jerit Ah Lim.Sabar nak.Sedikit sahaja itu.Sekejap lagi baiklah kaki awak itukata lelaki tua itu.Mereka risau apabila melihat muka Ah Lim yang berkerut seribu menahan kesakitan. Kamu semua teruskanlah ekspedisi kamu.Biar pak cik jaga kawan kamu inikata lelaki itu. Mereka berasa risau tetapi akhirnya membuat keputusan untuk meneruskan pendakian tersebut.Kami pergi dulu ya.Jaga diri Lim.kata Ashraf mewakili rakan-rakannya.Lim yang sedang kesakitan hanya mengangguk-anggukkan kepala. Mereka pun meneruskan pengembaraan mereka.Mereka berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan Ah Lim.Selepas satu jam mendaki,mereka pun berhenti berehat di bawah pokok yang rendang."Tidak jauh dari sini ada sebatang sungai.Kita bermalam di sana ya kawan-kawan!Esok kita teruskan ekspedisi."kata Ashraf."Baiklah Ash! "kata Kumar.Selepas berehat selama lima minit,mereka pun meneruskan perjalanan menuju ke sungai. Mereka bermalam di situ.Seperti biasa,Devi dan Anis ditugaskan memasak manakala Ashraf dan Kumar pula ditugaskan mencari kayu api. Mereka pun mandi sungai bersama-sama.Tiba-tiba hujanturun dengan lebat.Mereka segera berlari ke khemah.Namun,Devi yang kurus mudah sahaja dibawa arus sungai.Walaupun dia menjerit,hujan yang lebat menyebabkan rakanrakannya tidak dapat mendengar suaranya.Tolong!Tolong!Tolong!laung Devi. Apabila hujan mulai renyai-renyai,barulah mereka sedar Devi tiada bersama mereka.Ketika itu semua orang berasa cemas dan memanggil-manggil nama Devi. Devi!Devi!Devi!laung Ashraf.Akan tetapi tiada suara yang menyahut panggilannya.Mereka membuat keputusan untuk mencari Devi bersama-sama. Dalam perjalanan mencari Devi,Kumar digigit oleh sejenis serangga dan kakinya luka.Aduh,sakitnya kaki saya!kata Kumar. Ashraf yang berada dihadapan terus berpalingKumar! Kaki awak luka.Adakah awak masih ingin mengikut saya dan Anis mencari Devi?tanya Ashraf.Saya mahu ikut kamu berdua.Saya masih boleh berjalan.kata Kumar.Ashraf membantu Kumar bangun. Ketika berjalan mereka terdengar suara orang memanggil nama mereka.Mereka pun pergi ke arah suara tersebut.Rupa-rupanya itu ialah suara Devi.Devi!jerit Anis lalu memeluk Devi.Kamu ke mana?Puas kami mencari awak.

tanya Kumar.Saya dihanyutkan arus sungai.Nasib baiklah saya selamat.kata Devi.Kita terpaksa bermalam di tempat yang sama malam ini. Esok baru kita teruskan perjalanan kita untuk ke puncak gunungkata Ashraf. Keesokan paginya,mereka pun mengemas barang dan bersedia untuk ke puncak Gunung Nuang yang tidak jauh dari tempat mereka sekarang.Mereka meneruskan ekspedisi mereka.Setibanya di puncak gunung,mereka pun mengambil gambar sebagai kenangan.Mereka mengeluarkan bendera yang tertulis nama mereka dan mencacakkan ia di tanah.Mereka sangat gembira kerana telah tiba di puncak gunung.Mereka mengambil keputusan untuk bermalam di puncak gunung selama sehari kerana mereka terlalu letih."Akhirnya dapat juga kita tiba di puncak gunung."kata Ashraf."Hmm.betul,betul,betul!"kata Anis.Mereka ketawa dengan suara anis yang sememangnya seperti Upin dan Ipin."Tapi,pasti lebih seronok jika bersama Ah Lim."kata Devi dengan nada suara yang sedih."Sudahlah.Mari kita ke kaki gunung semula.Pasti Ah Lim menanti kita!"kata Kumar. Mereka pun mula berjalan untuk kembali ke kaki gunung.Mereka membuat keputusan untuk tidur di sebuah tempat yang mempunyai air terjun yang sangat indah.Ketika mereka asyik melihat pemandangan,tiba-tiba mereka menyedari bahawa Anis sudah tiada bersama mereka.Sementara itu,Anis yang sedang asyik melihat pemandangan tidak sedar bahawa dia telah sesat ."Wah,cantiknya pemandangan di sini!Eh,aku di mana ini?Mana Ashraf,Devi dan Kumar?"Anis mula berasa panik dan bimbang kerana dia sudah sesat.Sementara itu,Ashraf,Devi dan Kumar memanggil-manggil nama Anis"Anis!Anis!Anis!Kau di mana?"laung Ashraf. Mereka berusaha mencari Anis.Mereka mula mencari Anis jauh di tengah hutan.Tiba-tiba mereka terdengar suara dengkuran budak perempuan seperti mereka pernah dengar di sebalik sebuah pokok.Apabila mereka mendekati pokok itu,rupa-rupanya itu ialah Anis."Anis,Anis.Bangunlah!Anis..."kata Devi sambil menggoncang badan Anis."Eh,kawan-kawan!Mana kamu semua pergi?Kenapa tinggalkan saya seorang diri?"kata Anis yang seperti hendak menangis."Kami tidak kemana-manalah.Kamu yang terlalu asyik melihat pemandangan sehingga berjalan ke arah yang lain."kata Kumar."Hehehe.Maafkan saya kawan-kawan."kata Anis."Sudahlah.Mari kita teruskan perjalanan ke kaki gunung."kata Ashraf.Mereka pun meneruskan perjalanan mereka. ' Mereka berjalan menuju ke pondok yang pernah mereka lalui.Mereka ingin mengajak Ah Lim balik semula.Namun,setibanya mereka di pondok itu,Ah Lim sudah tiada di dalam pondok.Mereka mula mencari dengan lebih dekat namun masih tidak menjumpai Ah Lim.Tiba-tiba mereka terlihat Ah Lim sedang memegang sebakul buah-buahan."Lim!"jerit mereka semua.Ah Lim pun terus berlari ke arah

mereka."Eh,kamu semua sudah sampai?"tanya Ah Lim."Ya.Kamu dari mana?Banyaknya buah!"kata Anis sambil memandang ke dalam bakul."Aku mengikut pak cik ke tengah hutan.Di situ ada banyak buah!"kata Ah Lim."Sudah.Kemas barang kau.Kau tidak mahu balikkah?"tanya Kumar."Eh,mestilah aku mahu balik.Sebentar ya!"kata Ah Lim.Sementara itu mereka bersembang bersama lelaki tua itu.Terima kasih ya pak cik kerana merawat kaki Ah Lim."kata Ashraf."Sama-sama.Kamu semua mahu pulang kan?Hati-hati ya.Ada masa datanglah lagi."kata lelaki tua itu."InsyaAllah pak cik."balas Ashraf.Mereka mengucapkan terima kasih dan berjalan pulang. Ashraf terus menelefon teksi ketika mereka sudah sampai di kaki gunung.Mereka pun menaiki teksi itu.Di dalam teksi,mereka berbual-bual."Kawankawan,lain kali kita mendaki gunung lain pula ya!"kata Ashraf."Ya. Pasti seronok".sokong Anis.!Mereka pun mula turun dari teksi ketika tiba di rumah masingmasing. Pada waktu malam,Ashraf membuat sujud syukur kerana dia dan geng Aa-syik selamat dalam pengembaraan tersebut. Ashraf berasa bahawa pengembaraan kali ini amat seronok dan mencabar.Dalam hatinya berkata"Pengalaman ini tidak akan aku lupakan!". Di sekolah,Ashraf menceritakan pengalaman dia dan geng Aa-syik lalui.Pengembaraan itu diceritakan kepada rakan-rakannya.Rakan-rakannya amat mengagumi geng Aa-syik kerana Berjaya menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Ekspedisi tersebut menjadi kebanggaan kumpulan Aa-syik.

Anda mungkin juga menyukai