Anda di halaman 1dari 1

BAHASA MALAYSIA TAHUN 6 KEMAHIRAN MEMAHAMI DAN MENJAWAB BERDASARKAN TEKS BACAAN

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. sekalian. Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada pengerusi majlis, guru-guru dan murid-murid

Sebagai guru besar di sekolah ini, saya ingin mengambil peluang untuk memberi sepatah dua kata kepada murid-murid yang hadir pada hari ini.Murid-murid sekalian, Sebagaimana yang kita ketahui, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah akan diadakan tidak berapa lama lagi. Hanya seminggu sahaja lagi dari sekarang murid-murid akan menghadapi satu ujian besar dan mencabar. Ujian yang akan menentukan hala tuju murid-murid selepas menamatkan pengajian di sekolah rendah. Saya rasa ramai daripada kamu telah bersedia sama ada dari segi ilmu pelajaran, psikologi mahupun dari segi rohani. Hampir enam tahun kamu belajar di sekolah rendah ini, sekarang tibalah masanya untuk kamu membuktikan segala kegigihan dan usaha yang telah diterapkan selama ini. Murid-murid sekalian, Saya pasti semua guru di sekolah ini telah berusaha bersugguh-sungguh mengajar, mendidik dan membimbing kamu sebagai persediaan menghadapi peperiksaan itu nanti. Sekarang di tangan kamulah terletaknya impian itu. Janganlah kamu hampakah impian semua guru di sini. Jadi, untuk tempoh masa yang masih ada ini, gunakanlah ia dengan sepenuhnya. Banyakkanlah membuat latih tubi dan mengulang kaji pelajaran, kurangkan bermain dan menonton televisyen kerana ianya tentu akan melalai dan melekakan kamu. Akhir kata saya berharap agar murid-murid akan dapat manghadapi peperiksaan itu nanti dengan tenang dan seterusnya memperoleh kejayaan yang cemerlang. Sekian, terima kasih. 1 Siapakah yang telah menyampaikan ucapan itu? A B C D 2 Guru besar Wakil murid Pengerusi majlis Guru Tahun Enam

Ucapan tersebut telah dibuat dalam majlis A B C D perhimpunan mingguan sekolah perpisahan murid-murid tahun enam meraikan kejayaan murid-murid dalam peperiksaan perjumpaan bersama murid-murid tahun enam sahaja

Apakah nasihat yang telah diberi oleh penyampai ucapan kepada murid-murid? A B C D Bersedia dari segi ilmu pelajaran, psikologi dan rohani Mengisi masa lapang dengan bermain dan menonton televisyen Menggunakan yang ada dengan mengulang kaji dan membuat latihan Dapat menduduki peperiksaan dengan tenang dan memperoleh kejayaan Pernyataan yang manakah tidak benar mengenai petikan di atas? A B C D Murid-murid belajar di sekolah itu hampir enam tahun Guru-guru telah berusaha dengan gigih dan bersungguh-sungguh Murid-murid akan menempuh peperiksaan UPSR dalam masa tujuh hari lagi Murid-murid tersebut telah menamatkan pengajian, mereka di sekolah rendah

Anda mungkin juga menyukai