Anda di halaman 1dari 18

GARIS PANDUAN MEMERIKSA KERTAS 012 (SECARA UMUM)

Panduan dan Cara Memeriksa Kertas Penulisan

Pemeriksaan kertas Bahasa Malaysia Penulisan dilakukan secara holistik iaitu melihat secara keseluruhan. Pemarkahan atau penskoran dibuat mengikut kriteria yang ditentukan. Idea-idea yang diberi bagi setiap soalan merupakan panduan kepada guru mata pelajaran untuk menilai atau memberi markah.

23/01/2013

PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH

Langkah-langkah Memeriksa

Pemeriksa hendaklah membaca setiap ayat dalam sesebuah karangan dengan teliti untuk mendapatkan kesan (impression) daripada karangan tersebut. Selepas itu, nilai dan anggarkan tahap karangan tersebut. Tahap pencapaian karangan itu akan disesuaikan dengan kriteria yang telah ditentukan.

23/01/2013

PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH

Langkah-langkah Memeriksa

Pemeriksa hendaklah membaca karangan itu sekali lagi. Bacaan kali kedua diikuti dengan menurunkan tanda-tanda pemeriksaan dan menetapkan skor berdasarkan jadual kriteria pemarkahan atau penskoran.

23/01/2013

PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH

Tanda-tanda semakan Penulisan Bil. 1. 2. 3. 4. Kesalahan


Kesalahan Penggunaan kata/ kosa kata/imbuhan Kesalahan Penggunaan kata/ kosa kata/imbuhan yang berulang Kesalahan Struktur Ayat Kesalahan Tanda Baca

Simbol _____

5.

Kesalahan Tanda Baca berulang


PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH 5

23/01/2013

Tanda-tanda semakan Penulisan


Bil. 6. Ejaan 7. 8. 9. Kesalahan Simbol

Ejaan berulang Kesalahan idea/isi Tanda Betul (Idea betul) ( )

23/01/2013

PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH

Langkah-langkah Memeriksa

Karangan yang tersasar dan terpesong ialah ayat dan karangan yang tiada kaitan langsung dengan tajuk, tema, dan tugasan yang disoal. Bagi karangan yang tersasar atau terpesong ini, lima (5) markah maksimum sahaja yang layak diberi.

23/01/2013

PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH

Langkah-langkah Memeriksa

Bagi karangan yang berformat khusus, jika karangan yang dihasilkan tidak mematuhi format, tolak dua (2) markah daripada markah keseluruhan.

23/01/2013

PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH

Langkah-langkah Memeriksa

Bagi karangan berformat umum tetapi ditulis dalam bentuk format khusus, ditolak markah. Format khusus tidak lengkap atau salah format khusus tersebut, tolak dua (2) markah daripada markah keseluruhan.

23/01/2013

PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH

Langkah-langkah Memeriksa

Penilaian keseluruhan (impression) bagi karangan yang kurang jumlah perkataan yang telah ditetapkan akan diturunkan pemarkahan atau penskorannya. Bagi karangan yang melebihi jumlah perkataan pula akan terus dinilai tanpa menurunkan markahnya.

23/01/2013

PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH

10

Bahagian A

Markah akan diberi berdasarkan kemampuan murid-murid memahami arahan dan menjawab soalan berpandukan gambar. Terdapat 3 kata kunci dalam membina ayat-ayat yang gramatis berpandukan gambar, sama ada situasi, aktiviti atau ayat lengkap.
PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH 11

23/01/2013

Bahagian A

Jika soalan bertanyakan tentang aktiviti, muridmurid mesti membina ayat yang mengandungi kata kerja, contoh kata kerja seperti, memotong, menyiram, menyapu, mengecat dan sebagainya. Bina ayat berdasarkan tema gambar. Ayat yang tidak berdasarkan tema tidak diberi markah walaupun ayat tersebut ayat gramatis. Jangan membina lebih daripada lima (5) ayat. Ayat-ayat yang lebih tidak diberi markah.

23/01/2013

PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH

12

Bahagian A

Pemberatan jumlah ayat jika bukan gambar tunggal. Cth: Jika 2 Gambar- 3:2 atau 2:3. Jika murid membina 4:1/1:4, skor akan menurun. Gambar bertema Jadikan tema sebagai ayat pertama atau yang terakhir.. Contoh.

23/01/2013

PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH

13

Bahagian A

Jangan sesekali buat pernyataan umum. Cth: Gambar di atas menunjukkan Setiap ayat MESTI dinomborkan. Jangan tonjol nilai negatif. Namakan watakBoleh??? Hanya yang tersurat

23/01/2013

PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH

14

Bahagian B

Markah akan diberi berdasarkan kemampuan murid-murid mempersembahkan idea minimum sebanyak tiga (3) idea penting. Idea karangan yang diikuti dengan keterangan, huraian dan contoh juga akan diberi markah. Karangan/karya yang dihasilkan juga mesti mempunyai pendahuluan dan penutup, jika tidak markah maksimum tidak akan diperoleh. Jumlah perkataan juga mesti tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH 15

23/01/2013

Bahagian C

Markah akan diberi berdasarkan kemampuan murid-murid membuat rumusan atau ulasan tentang dua (2) perkara sama ada berbentuk pengajaran atau berbentuk nilai-nilai murni. Rumusan yang dinyatakan (pengajaran atau nilai-nilai murni) mesti mengandungi lima (5) isi layak memperoleh markah yang cemerlang.
PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH 16

23/01/2013

Bahagian C

Pengajaran atau nilai-nilai murni yang dinyatakan atau diulas mesti bertepatan dengan bahan atau teks yang diberi. Jumlah perkataan juga mesti tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Mesti jelmakan nilai. Jangan mengambil/menyalin semula nilai yang diberi/terdapat dalam petikan.
PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH 17

23/01/2013

Bahagian C

Penggunaan kata bilangan dalam ulasan tidak digalakkan. Contoh : nilai murni yang pertama Ayat permulaan - boleh guna ayat terus. Contoh : Sebagai murid sekolah, kita wajar mengamalkan nilai kerajinan agar..

23/01/2013

PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH

18

Anda mungkin juga menyukai