Anda di halaman 1dari 19

Penerangan *Murid perlu memahami jenis laporan sama ada laporan lawatan, aktiviti persatuan, perayaan ataupun perasmian.

*Laporan perlu ada tajuk, tarikh, tempat, butir-butir yang berkaitan, tandatangan, nama pelapor (huruf besar), dan jawatan pelapor. *Tarikh diletakkan di sebelah kanan, iaitu sejajar dengan Laporan disediakan oleh.

*Bagi karangan berformat seperti ini, tajuk dianggap pendahuluan, manakala tandatangan, nama pelapor, dan jawatan dianggap penutup. Memadai jika murid menulis empat perenggan untuk empat idea. *Bagi laporan aktiviti persatuan, sertakan senarai nama ahli jawatankuasa, sejarah penubuhan, jumlah ahli, aktiviti sepanjang tahun dan harapan setiausaha.

*Bagi laporan lawatan, tulis apa-apa yang dilihat, dirasa, dialami, dan kesan lawatan tersebut terhadap pembelajaran.

*Karangan ini tiada bezanya dengan karangan jenis cerita, diari ataupun berita. Cuma format yang membezakannya. Format permakahan. *Tanpa tajuk *Tanpa tandatangan/salah letak *Tanpa nama *Tanpa jawatan *Tanpa tarikh/salah letak

(tolak markah). (tolak markah). (tolak markah). (tolak markah). (tolak markah).

Laporan Minggu Bahasa Malaysia SJK (T) RAMAKRISHNA Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ramakrishna telah menganjurkan Minggu Bahasa Malaysia. Program tersebut diadakan pada 10 Mac hingga 14 Mac 2014 di kawasan sekolah. Tujuan program ini adalah untuk menggalakkan murid-murid menggunakan Bahasa Malaysia dengan betul. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat murid dalam aktiviti berbahasa. Guru Besar telah merasmikan Minggu Bahasa Malaysia ini . Beliau berharap agar program ini dapat mencungkil bakat murid-murid dalam aktiviti berbahasa. Banyak aktiviti yang telah dijalankan sempena program tersebut. Antaranya adalah kuiz, pameran dan ceramah. Disamping itu, pertandingan-pertandingan lain yang turut diadakan adalah seperti pertandingan syarahan, pertandingan bercerita dan berbalas pantun. Majlis Penutup Minggu Bahasa Malaysia diadakan pada 14 Mac 2014. Guru besar mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan program ini. Pada majlis itu para pemenang pertandingan menerima hadiah masing-masing. Program-program Minggu Bahasa Malaysia ini amat berfaedah dan dapat mencungkil bakat murid-murid. Saya berharap agar program seperti ini akan terus diadakan pada setiap tahun. Laporan disediakan oleh, _____________________________ ( GOKULRAJ A/L SRIRAJ ) Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia SJK (T) Ramakrishna 17 MAC 2014

Sekolah kamu telah mengadakan Minggu Bahasa Malaysia. Tulis laporan tentang minggu tersebut.

Rangka Karangan Pendahuluan

-Sekolah telah mengadakan Minggu Bahasa Malaysia 10 hingga 14 Mac 2014. -Majlis diadakan di kawasan sekolah

Isi-Isi Penting

1) -Tujuan menggalakkan muridmurid menggunakan Bahasa Malaysia dengan betul. -Mencungkil bakat murid dalam aktiviti berbahasa.

3) Banyak aktiviti diadakan kuiz, pameran dan ceramah. -Pertandingan lain pertandingan syarahan, pertandingan bercerita dan berbalas pantun.

2) -Majlis dimulakan - Puan Guru Besar dengan ucapan . -Beliau berharap melibatkan diri, - menyemai perasaan cinta akan Bahasa Malaysia.

4) -Majlis penutup 14 Mac 2014. -Penyampaian hadiah kepada para pemenang. -Guru Besar mengucapkan tahniah kejayaan program.

Penutup -amat berfaedah. -semoga program seumpama ini akan terus diadakan.

Laporan Minggu Bahasa Malaysia SJK (T) RAMAKRISHNA

Siapa & Apa Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ramakrishna telah menganjurkan Minggu Bahasa Malaysia. Program tersebut diadakan pada 10 Mac hingga 14 Mac 2014 di kawasan sekolah.
Bila & Dimana

Mengapa ?

Tujuan program ini adalah untuk menggalakkan murid-murid menggunakan Bahasa Malaysia dengan betul. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat murid dalam aktiviti berbahasa.

Guru Besar telah merasmikan Minggu Bahasa Malaysia ini . Dalam ucapannya, beliau berharap agar semua murid melibatkan diri secara aktif. Beliau juga berharap agar program ini dapat mencungkil bakat murid-murid dalam aktiviti berbahasa.

Siapa ?

Apa ? Banyak aktiviti yang telah dijalankan sempena program tersebut. Antaranya adalah kuiz, pameran dan ceramah. Disamping itu, pertandingan-pertandingan lain yang telah diadakan adalah seperti pertandingan syarahan, pertandingan bercerita dan berbalas pantun.

Majlis Penutup Minggu Bahasa Malaysia diadakan pada 14 Mac 2014. Guru besar mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan program ini. Pada majlis itu para pemenang pertandingan menerima hadiah masing-masing.

Harapan Program-program Minggu Bahasa Malaysia ini amat berfaedah dan dapat mencungkil bakat muridmurid. Saya berharap agar program seperti ini akan terus diadakn pada setiap tahun.

Laporan disediakan oleh,


____________________________ ( GOKULRAJ A/L SRIRAJ ) Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia SJK (T) Ramakrishna

17 MAC 2014

Laporan Minggu Bahasa Malaysia SJK (T) RAMAKRISHNA Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ramakrishna telah menganjurkan Minggu Bahasa Malaysia. Program tersebut diadakan pada 10 Mac hingga 14 Mac 2014 di kawasan sekolah. Tujuan program ini adalah untuk menggalakkan murid-murid menggunakan Bahasa Malaysia dengan betul. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat murid dalam aktiviti berbahasa. Guru Besar telah merasmikan Minggu Bahasa Malaysia ini . Beliau berharap agar program ini dapat mencungkil bakat murid-murid dalam aktiviti berbahasa. Banyak aktiviti yang telah dijalankan sempena program tersebut. Antaranya adalah kuiz, pameran dan ceramah. Disamping itu, pertandingan-pertandingan lain yang turut diadakan adalah seperti pertandingan syarahan, pertandingan bercerita dan berbalas pantun. Majlis Penutup Minggu Bahasa Malaysia diadakan pada 14 Mac 2014. Guru besar mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan program ini. Pada majlis itu para pemenang pertandingan menerima hadiah masing-masing. Program-program Minggu Bahasa Malaysia ini amat berfaedah dan dapat mencungkil bakat murid-murid. Saya berharap agar program seperti ini akan terus diadakan pada setiap tahun. Laporan disediakan oleh, _____________________________ ( GOKULRAJ A/L SRIRAJ ) Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia SJK (T) Ramakrishna 17 MAC 2014

Anda mungkin juga menyukai