Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN.

1. Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu telah menganjurkan


minggu bahasa peringkat sekolah. Kamu selaku setiausaha
persatuan diminta menulis laporan tentang program tersebut.Tulis
laporan tersebut selengkapnya.

Contoh Rangka Karangan Laporan dan Berita.

Pendahuluan :

* Apakah peristiwa yang berlaku?


* Bilakah peristiwa itu berlaku?

Isi :

* Siapakah penganjur program ini?


* Apakah tujuan program tersebut?
* Apakah acara-acara yang dijalankan sepanjang program
dijalankan?
* Siapakah yang mengambil bahagian ?
* Siapakah perasmi program ?
* Bagaimanakah sambutan?

Penutup :

* Kesudahan program.

Contoh Laporan.

Laporan Minggu Bahasa Peringkat Sekolah


Sekolah Kebangsaan Seri Kemajuan telah mengadakan minggu bahasa
peringkat sekolah dari 17 Jun 2015 hingga 21 Jun 2015.
Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu Sekolah
Kebangsaan Seri Kemajuan. Tujuan program ini adalah untuk memantapkan
penggunaan bahasa Melayu dan memberi peluang kepada semua murid
menyertai pertandingan berbahasa.
Sempena minggu bahasa ini,pihak penganjur telah mengadakan
pelbagai pertandingan seperti pertandingan bercerita, mengarang cerpen,
pidato, mendeklamasikan sajak dan kuiz.
Semua murid tahap satu dan tahap dua telah mengambil bahagian
dalam pertandingan itu.Sebelum pertandingan dijalankan,Pn.Hajah Mariyati
binti Haji Sapuan ,Guru Besar sekolah Kebangsaan Seri Kemajuan telah
merasmikan program ini.
Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan.Hampir
setiap acara yang dipertandingan disertai lebih 30 orang peserta.
Pada hari yang terakhir, telah diadakan majlis penyampaian
hadiah.Hadiah- hadiah telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar.Murid-murid
yang berjaya akan mewakili sekolah jika ada pertandingan di peringkat zon
nanti.

Dilaporkan oleh, 27 JUN


2015

Amirulrasyhid
(AMIRUL RASYHID BIN JASLAN )
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Seri Kemajuan.
2. Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu telah menganjurkan
minggu bahasa peringkat sekolah. Kam selaku pemberita diminta
menulis berita tentang program tersebut.Tulis berita tersebut
selengkapnya.

Anda mungkin juga menyukai