Anda di halaman 1dari 3

YANG kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang cantik itu budi, yang indah itu

bahasa. Begitulah indahnya tajuk syarahan yang akan saya sampaikan Pelajarilah dengan teliti sering sesuaikan juga sejajar. Seuntai kasih sekalung budi pengacara majlis, kombinasi hakim yang arif lagi berkarisma, dif-dif kehormat dan warga dewan yang saya muliakan, salam mesra dan salam perpaduan. Pelajarilah dengan teliti sering sesuaikan juga sejajar secara keseluruhannya membawa maksud Segala pengetahuan yang diperoleh haruslah diaplikasikan dalam kehidupan harian kita. Sidang hadirin yang saya muliakan, Dalam era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang amatlah penting. Tuntutan zaman juga telah membuktikan ilmu atau pengetahuan akan menjamin kejayaan seseorang itu jika digunakan dengan bijaksana. Seseorang insan hendaklah berusaha untuk mencari ilmu bagi kesejahteraan hidup pada masa hadapan seperti pepatah yang berbunyi Ilmu pelita hidup. Oleh itu, semua insan hendaklah menggunakan masa dengan bijak untuk mencari ilmu dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka.

Hadirin-hadirat sekalian, Ilmu yang dimiliki bukan sahaja membolehkan seseorang memajukan diri mereka malahan mereka juga menyumbangkan tenaga mereka untuk membangunkan bangsa dan negara. Sejarah telah membuktikan bahawa masyarakat yang berjaya akan dapat membangunkan bangsa dan negara mereka. Contohnya, Zaman kesultanan melayu melaka menunjukkan bagaimana negeri melaka telah mencapai zaman kegemilangannya. Kombinasi ekonomi, politik dan sosial yang kukuh telah menonjolkan Melaka sebagai sebuah negeri yang amat kuat pada masa itu. Hal ini dapat membuktikan bahawa ilmu pengetahuan yang digunakan dengan bijaksana dapat mewujudkan zaman kegemilangan kepada sesebuah bangsa dan negara.

Hadirin yang saya hormati,

Sekiranya rakyat sesebuah negara dapat menguasai ilmu, sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang proaktif. Masyarakat yang berilmu sentiasa berfikir secara optimis dalam menangani sebarang masalah. Mereka juga tidak mudah berputus asa. Contohnya, seseorang yang berfikir secara positif sudah tentu berusaha untuk menjadikan segala titik peluh mereka sebagai kenyataan. Hal ini dapat dilihat dalam bidang senibina. Sejak bermulanya tamadun manusia sehinggalah kini terbina beberapa binaan yang amat menakjubkan. Lahirnya 7 keajaiban dunia seperti Taj Mahal, Tembok Besar China, Taman Bergantung Babylon di dunia. Selain itu, lahirnya Bangunan Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur dan Jambatan Pulau Pinang di Malaysia. Apakah puncanya? Tentu tidak dapat dinafikan. idak lain dan tidak bukan kerana ilmu pengetahuan yang diperoleh dan diamalkan oleh manusia secara bijak.

Hadirin dan hadirat sekalian, Dengan memiliki ilmu pengetahuan, kita boleh menjadi insan yang memiliki sahsiah terpuji. Kita akan mendapat panduan yang baik melalui ilmu pengetahuan yang dimiliki. Seseorang yang berilmu akan dapat memanfaatkan nilai-nilai yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Tidak dapat dinafikan bahawa kita akan menjadi modal insan yang berakhlak mulia jika kita berilmu pengetahuan dan mengamalkannya dengan bijaksana. Contohnya seseorang pelajar india yang mempelajari buku Thirukural yang ditulis oleh ThiruValluvar akan sentiasa mengamalkan nilai-nilail yang termaktub didalamnya. Oleh itu, jelaslah ilmu pengetahuan yang diamalkan oleh seseorang pelajar membolehkan mereka tidak terpesong daripada matlamat sebenar hidup di dunia ini. Ianya juga dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial .

Sidang Hadirin yang saya hormati, Kesimpulannya ternyata dan terbuktilah bahawa ilmu sangat penting dalam kehidupan kita. Ilmu yang ingin kita cari perlulah mencakupi ilmu dunia dan ilmu akhirat. Setiap anggota masyarakat perlu menuntut ilmu pengetahuan bagi melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Ilmu yang diperolehi pula perlu diamalkan dengan bijaksana bagi merealisasikan hasrat kerajaan agar melahirkan rakyat yang dapat menyumbang ke arah kemajuan negara menjelang tahun 2020. Oleh itu amalan pembelajaran sepanjang hayat haruslah diamalkan dalam kehidupan seseorang insan. Saya akhiri syarahan saya dengan menyeru agar para pelajar masa kini sentiasa mengamalkan nilai yang tersembunyi dalam tajuk syarahan saya iaitu Pelajarilah dengan teliti sering sesuaikan juga sejajar. Sekian, terima kasih.

aKKJKJJYYYT

Anda mungkin juga menyukai