Anda di halaman 1dari 16

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


(AMBILAN JUN 2018 SEMESTER 4)

SEMANTIK BAHASA MELAYU


(BMMB3123)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR IDAYU NATASHA BINTI MAHADZIR

ANGKA GILIRAN 2018192340070

NOMBOR KAD PENGENALAN 991025-01-6368

KUMPULAN PISMP D4

SEMANTIK BAHASA MELAYU


KOD / NAMA KURSUS
(BMMB3123)

TUGASAN ANALISIS PERIBAHASA

NAMA PENSYARAH PUAN ROZEHA BINTI HARUN

TARIKH HANTAR 8 OKTOBER 2020

TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS


DARIPADA PENSYARAH
PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Ilahi di atas izin kurnia-Nya, dapat saya menyempurnakan tugasan yang
diberikan dengan jayanya dan tepat pada waktu yang telah ditetapkan.

Sekalung apresiasi dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya tujukan buat
pensyarah saya, Pn. Rozeha, yang telah banyak membimbing, mendidik dan memberi
kekuatan semangat dari segi fizikal mahupun mental dalam proses penyempurnaan tugasan
ini. Terima kasih juga dilafazkan kepada ibu bapa yang tidak putus-putus memberi galakan
sepanjang proses pelaksanaan kerja kursus ini.

Tidak dilupakan juga buat rakan rakan seperjuangan, semua individu yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu saya sebelum, semasa, dan
selepas tugasan ini dijalankan. Sesungguhnya segala kerjasama dan keprihatinan tidak
akan saya lupakan sama sekali. Segala usaha yang diberikan saya dahului dengan ucapan
terima kasih yang tidak terhingga. Semoga semua yang terlibat mendapat ilmu yang
bermanfaat dan mampu mengembangkan potensi diri demi agama, bangsa, dan negara
tercinta, Malaysia.

Sekian, terima kasih.

2
ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 4

2.0 KONSEP PERIBAHASA 4-5

3.0 ANALISIS PERIBAHASA 5-14

4.0 RUMUSAN 14-15

RUJUKAN 16-17

3
1.0 PENGENALAN

Setiap ujaran yang dilafazkan penutur memberikan makna yang berbeza menurut
tanggapan seseorang. Hal ini demikian kerana kefahaman setiap penerima adalah
berbeza mengikut tahap pemikiran masing-masing. Perbezaan ini berlaku akibat
perubahan makna yang terhasil daripada penggantian makna secara penuh dalam
struktur ayat individu (Nathesan, S., 2008). Justeru, kefahaman terhadap konsep
semantik serta asas kosa kata yang dimiliki penerima mencerminkan pemikiran
mereka terhadap ujaran yang dilafazkan.

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), semantik ditakrifkan sebagai satu kajian
yang teorikal tentang makna dalam sistem tanda. Pandangan ini dipersetujui oleh
Noresah Baharom et. al., (2010), yang menyatakan bahawa semantik dapat
diperhalusi sebagai kajian tentang sistem dan makna dalam sesuatu bahasa.
Semantik turut merujuk kepada makna pada peringkat permukaan, seperti yang
diungkapkan dalam sesuatu bahasa (Abdullah Hassan, 2006).

Tuntasnya, dapatlah dirumuskan bahawa semantik merupakan bidang yang


mengkaji makna sesuatu kata atau penambahan kata pada peringkat permukaan
ujaran. Individu yang mempunyai pengetahuan asas berkenaan perubahan makna
dalam semantik pastinya mampu mengungkapkan makna tersurat mahupun tersirat
yang terkandung di dalam peribahasa Melayu.

2.0 KONSEP PERIBAHASA

Menurut Zainal Abidin Ahmad (1965), peribahasa ialah susunan kata-kata pendek
dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak
perkataannya. Pandangan ini disokong oleh Sapinah Haji Said (2004), yang
mentakrifkan peribahasa sebagai ayat yang tersusun pendek, menepati makna dan
pengertian yang ingin disampaikan sejak turun-temurun. Peribahasa juga merujuk
kepada ayat atau susunan kata yang mempunyai maksud tertentu yang biasa
merujuk kepada maksud berkias, berlapik dan tersirat (Noor Aina Dani, 2005).

Oleh yang demikian, dapatlah diperhalusi bahawa peribahasa merupakan


susunan kata-kata pendek yang indah, sedap didengari serta membawa makna
tersurat mahupun tersirat secara turun temurun. Peribahasa dapat dibahagikan
kepada beberapa jenis, iaitu simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan,
kata-kata hikmat dan perbandingan (Samsiah Mohd Salim, 2011). Menurut Zaitul
Azma Zainon Hamzah dan Ahmad Fuad Mat Hassan (2011), peribahasa Melayu

4
turut menyerlahkan gambaran nilai sosial, moral, fungsi adat dalam kehidupan
bermasyarakat di samping mempamerkan falsafah bangsa Melayu.

Penganalisisan peribahasa ini akan dilaksanakan menggunakan teori logik


simbolik. Teori ini menghuraikan makna bukan sahaja di peringkat perkataan, malah
turut menganalisis makna ayat berkenaan. Makna ayat pula dikaitkan dengan
perilaku manusia untuk menjelaskan perubahan tingkah laku yang berlaku apabila
seseorang memahami makna yang disampaikan (Faridah Nazir & Faiziah
Shamsudin, 2014). Tuntasnya, teori logik simbolik ini menganalisis perkataan
daripada tiga aspek utama, iaitu semantik, sintaksis dan juga pragmatik. Analisis
pemikiran secara kritis akan dilaksanakan terhadap peribahasa yang disenaraikan:

1. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

2. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.

3. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

4. Ikut resmi padi, semakin berisi semakin menunduk.

5. Ringan tulang.

6. Ulat buku.

7. Anak emas.

8. Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak.

9. Bagai kacang lupakan kulit.

10. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

3.0 ANALISIS PERIBAHASA

Analisis peribahasa ini dilaksanakan berdasarkan makna tersurat dan makna tersirat
yang dapat diperhatikan melalui perkataan di dalam peribahasa. Menurut Samsiah
Mohd Salim (2011), pepatah merupakan peribahasa yang berangkap serta terdapat
pengulangan di dalamnya. Pepatah juga mempamerkan nasihat atau pengajaran
daripada orang tua-tua.

5
Jadual 1

Analisis pepatah “harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan


nama”.
Pepatah Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama.

Bentuk pepatah Bentuk pepatah ini tidak memasukkan kata tugas seperti,
laksana, bagai ataupun umpama (Nurul Hanis Ibrahim,
2014). Pepatah ini memperlihatkan keadaan antara haiwan
dan juga manusia apabila tiada kelak. Kedua-duanya akan
meninggalkan tulang apabila mati. Namun begitu, bangkai
harimau dapat dikenal pasti melalui kulitnya yang mempunyai
belang. Manusia pula dapat dikenal pasti dengan meletakkan
nama (batu nisan) pada kubur mayat tersebut. Oleh yang
demikian, dalam kehidupan masyarakat Melayu, orang yang
berbakti atau berbuat baik pasti akan diingati oleh orang lain
apabila tiada nanti (Zaitul Azma Zainon Ahmad & Ahmad
Fuad Mat Hassan, 2011).

Makna pepatah Pepatah ini membawa makna manusia akan dikenang


berdasarkan bakti semasa hidupnya.

Perubahan makna Perubahan makna yang terhasil di dalam pepatah ini


merupakan perkara yang terjadi di dalam kehidupan
masyarakat Melayu itu sendiri. Masyarakat Melayu dahulu
sangat menghargai jasa dan juga bakti seseorang
terhadapnya. Perkataan ‘nama’ bukan sekadar membawa
makna panggilan untuk seseorang. Malah ‘nama’ juga
membawa makna kehormatan, kemasyhuran dan kebaikan
(Noresah Baharom et.al., 2010). Justeru, pepatah ini
menekankan peri pentingnya setiap individu meninggalkan
kebaikan sebelum pergi ke alam berikutnya seperti yang
dituntut dalam agama pegangan masyarakat Melayu.

Jadual 2

6
Analisis pepatah “Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah”.

Pepatah Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.

Bentuk pepatah Bentuk pepatah ini juga tidak menggunakan kata tugas
seperti, laksana dan sebagainya. Pepatah ini menunjukkan
perbezaan ciri antara dua haiwan, iaitu “gajah” dan juga
“pelanduk”. Gajah mempunyai ciri-ciri sebagai haiwan hebat
dan dahsyat. Gajah merupakan haiwan yang besar saiznya,
tinggi, serta mempunyai tulang dan otot yang kuat. Ciri-ciri ini
amat berbeza dengan ciri-ciri fizikal pelanduk. Pelanduk
bersaiz kecil, rendah serta mempunyai otot dan tulang yang
kecil. Perbezaan antara haiwan ini menunjukkan taraf
individu seperti pemimpin dan juga rakyat. Gajah yang
kelihatan hebat dan dahsyat digambarkan sebagai pemimpin
yang berkuasa, manakala pelanduk digambarkan sebagai
manusia yang tidak mempunyai kuasa besar. Justeru,
apabila pemimpin, iaitu penguasa bergaduh, rakyat akan
menjadi mangsa keadaan.

Makna pepatah Pepatah ini merujuk kepada keadaan apabila pemimpin


bergaduh, rakyat juga yang akan mendapat susah.

Perubahan makna Perubahan makna dalam pepatah ini berlaku pada makna
leksikal berbentuk perlambangan. Perkataan “gajah”
membawa leksikal perlambangan kepada pemimpin
sesebuah negara. Masyarakat Melayu terdahulu
menganggap pemimpin sebagai orang besar dan ketua
masyarakat (Salinah Jaafar et. al., 2018). Masyarakat akan
taat pada setiap arahan pemimpin tersebut. Perkataan
“pelanduk” pula membawa leksikal perlambangan rakyat.
Rakyat merupakan individu yang tidak mempunyai kuasa.
Justeru, rakyat akan terjejas sekiranya pemimpin besar
bergaduh.

Jadual 3

Analisis pepatah “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

7
Pepatah Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Bentuk pepatah Berdasarkan analisis yang dilaksanakan, tidak terdapat


penggunaan kata tugas pada bentuk pepatah ini. Selain itu,
terdapat dua perkataan yang difokuskan di dalam pepatah
ini, iaitu “buluh” dan juga “rebung”. Buluh merupakan sejenis
tumbuhan yang mempunyai batang yang keras. Manakala,
rebung pula dapat ditakrifkan sebagai anak buluh yang
belum mempunyai batang yang keras. Pepatah ini juga turut
memasukkan kata kerja “melentur”, iaitu perbuatan
membengkokkan atau melengkungkan (Noresah Baharom
et. al., 2010). Perbuatan melengkungkan ini hanya boleh
dilakukan pada objek yang tidak keras seperti rebung.
Apabila sudah menjadi buluh, batangnya sudah tidak dapat
dibengkokkan lagi kerana sudah keras.

Makna pepatah Pepatah ini diperhalusi sebagai mendidik anak mestilah


bermula semasa mereka masih kecil.

Perubahan makna Perubahan makna yang berlaku dalam pepatah ini juga
merupakan leksikal perlambangan. Masyarakat Melayu
dahulu amat sinonim dengan alam (Mohd Zaihidee Arshad,
2009). Justeru, masyarakat mengambil perkataan “buluh”
dan juga “rebung” sebagai perlambangan kepada
kemenjadian seseorang. “Rebung” dilambangkan sebagai
kanak-kanak yang masih boleh dididik akhlak dan
peribadinya. Namun begitu, apabila sudah besar, sikap yang
ditonjolkan kanak-kanak agak sukar diubah. Kesukaran
mendidik anak yang sudah besar ini diibaratkan seperti
perbuatan “melentur buluh”. Mendidik seorang dewasa agak
sukar jika dibandingkan dengan kanak-kanak. Oleh itu,
melentur buluh biarlah dari rebungnya, iaitu semasa mereka
masih kecil.

Jadual 4

Analisis pepatah “Ikut resmi padi, semakin berisi semakin menunduk”.

Pepatah Ikut resmi padi, semakin berisi semakin menunduk.


8
Bentuk pepatah Pepatah ini juga tidak menggunakan kata tugas pada
permulaan ayatnya. Pepatah ini memberi fokus kepada sifat
perkataan “resmi padi” itu sendiri. Sifat “resmi padi” akan
menunduk apabila berisi, iaitu masak. Sifat ini amat berbeza
dengan resmi jagung dan juga lalang. Kedua-dua tumbuhan
ini akan semakin meninggi apabila masak (Noraini Abdul
Shukor dan Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Adli, 2016).
Sifat “resmi padi” ini dilihat masyarakat Melayu sebagai sifat
yang mulia, iaitu sentiasa merendah diri apabila berilmu.

Makna pepatah Pepatah ini merujuk kepada individu yang semakin berilmu,
semakin merendah diri.

Perubahan makna Perubahan makna dalam pepatah ini merupakan makna


leksikal yang merujuk kepada makna kiasan pada sifat
sesuatu perkataan. Perkataan “resmi padi” menjadi makna
kiasan yang menunjukkan sikap seseorang individu yang
akan merendah diri dan tidak sombong apabila berilmu. Hal
ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu amat
mementingkan ilmu di samping nilai adab dan tatasusila
dalam kehidupan sehari-hari (Zaitul Azma Zainon Ahmad &
Ahmad Fuad Mat Hassan, 2011). Ilmu tanpa adab tidak akan
dipandang mulia oleh masyarakat. Justeru, nasihat di dalam
bentuk kiasan, “ikut resmi padi, semakin berisi semakin
menunduk” sering dilaksanakan agar dapat menegur mana-
mana individu secara sopan dan juga berhemah.

Selain itu, simpulan bahasa juga tergolong di dalam peribahasa Melayu.


Simpulan bahasa dikatakan sebagai peribahasa yang paling mudah dan juga
ringkas. Kebiasaannya, simpulan bahasa terdiri daripada dua perkataan atau lebih
yang mempunyai makna berlainan daripada perkataan yang membentuknya.
Susunan kata di dalam simpulan bahasa ini adalah tetap dan tidak boleh diubah
sewenangnya.

Jadual 5

Analisis simpulan bahasa “ringan tulang”.

9
Simpulan bahasa Ringan tulang.

Bentuk simpulan Simpulan bahasa ini terbentuk daripada kata adjektif, iaitu
bahasa “ringan” dan juga kata nama am, iaitu “tulang” (Nik Safiah
Karim et. al., 2011). Kata adjektif “ringan” dapat didefinisikan
sebagai tidak berat, iaitu mudah untuk diangkat. Manakala,
perkataan “tulang” pula merujuk kepada bahagian dalam
rangka badan manusia.

Makna simpulan Simpulan bahasa ringan tulang merujuk kepada individu


bahasa yang rajin melaksanakan kerja.

Perubahan makna Berdasarkan simpulan bahasa ini, perubahan makna leksikal


“tulang” ini adalah merujuk kepada seorang manusia (Nor
Hashimah Jalaluddin, 1992). Hal ini demikian kerana “tulang”
tersebut merupakan sebahagian daripada anggota badan
manusia. Manakala, kata adjektif “ringan” ini mentakrifkan
sifat manusia yang tidak berat dalam melaksanakan sesuatu.
Justeru, apabila diperhalusi, simpulan bahasa “ringan tulang”
ini adalah merujuk kepada manusia yang tidak berat dalam
melaksanakan tugas, iaitu rajin bekerja dalam kehidupannya.

Jadual 6

Analisis simpulan bahasa “ulat buku”

Simpulan bahasa Ulat Buku.

Bentuk simpulan Simpulan bahasa ini terbentuk daripada dua kata nama am,
bahasa iaitu “ulat” dan juga “buku”. Menurut Noresah Baharom et. al.
(2010), perkataan “ulat” di dalam Kamus Dewan turut
merujuk kepada “ulet”. Perkataan “ulet” ini didefinisikan
sebagai berusaha dengan giat dan tabah untuk mencapai
sesuatu. Manakala, perkataan “buku” pula merujuk kepada
helaian kertas berjilid yang berisi tulisan untuk dibaca.

Makna simpulan Simpulan bahasa ini merujuk kepada individu yang rajin
bahasa membaca buku untuk mencapai kejayaan.

Perubahan makna Perubahan makna dalam struktur ayat ini dapat dilihat
daripada aspek semantik makna perkataan, iaitu perkataan

10
“ulat”. Perkataan ulat dalam konteks makna simpulan bahasa
ini merujuk kepada kata adjektif, iaitu sifat berusaha dengan
giat dan tabah untuk mencapai sesuatu. Buku pula menjadi
simbolik untuk seseorang mencapai sesebuah kejayaan.
Justeru, apabila digabungkan, peribahasa ini membawa
makna seseorang yang rajin membaca untuk mencapai
kejayaan dalam kehidupannya.

Jadual 7

Analisis simpulan bahasa “anak emas”.

Simpulan bahasa Anak emas.

Bentuk simpulan Bentuk simpulan bahasa ini menggabungkan dua kata nama
bahasa am, iaitu perkataan “anak” dan juga perkataan “emas”.
Perkataan “anak” membawa makna kanak-kanak. Manakala,
perkataan “emas” pula dapat ditakrifkan sebagai logam
berwarna kuning yang sangat mahal harganya.

Makna simpulan Simpulan bahasa ini membawa erti orang yang amat dikasihi
bahasa ibu bapa atau majikannya (Bahasa Othman, 2008).

Perubahan makna Perubahan makna daripada aspek semantik perkataan dapat


dilihat di dalam simpulan bahasa ini melalui perkataan
“anak”. Perkataan “anak” ini bukan sahaja merujuk kanak-
kanak di rumah, malah turut merujuk kepada anggota atau
kakitangan sesebuah pertubuhan. Selain itu, perubahan
makna kiasan pada perkataan “emas” yang membawa
maksud seseorang yang amat berharga dan tiada ganti.
Perkara ini melihat kepada ciri-ciri fizikal emas yang cantik
dan dianggap sangat berharga. Justeru, apabila
digabungkan, simpulan bahasa ini membawa makna individu
yang amat dikasihi oleh ibu bapa atau majikannya.

Perumpamaan juga merupakan salah satu daripada jenis peribahasa.


Perumpamaan merupakan peribahasa yang mempunyai makna tersirat di sebalik
susunan kata yang membentuknya. Terdapat juga unsur pengajaran di dalam

11
perumpamaan Melayu ini. Perumpamaan ini biasanya memasukkan unsur kata
tugas seperti, bak, laksana, ibarat dan juga umpama.

Jadual 8

Analisis perumpamaan “Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak”.

Perumpamaan Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak.

Bentuk Perumpamaan ini dimulakan dengan kata tugas, iaitu


perumpamaan “laksana”. Perumpamaan ini memberi fokus terhadap ciri-ciri
yang terdapat pada bunga dedap. Bunga dedap ini memiliki
warna kuat dan terang. Warna tersebut mampu menarik
perhatian haiwan dan manusia. Akan tetapi, bunga dedap ini
tidak berbau. Tambahan pula, kajian turut mendapati bahawa
bahagian-bahagian pada bunga dedap mengandungi racun
yang bergelar Asid Hidrosianide (M Anem, 2015).

Makna Perumpamaan ini merujuk kepada individu yang rupawan


perumpamaan namun tidak mempunyai adab yang baik.

Perubahan makna Perubahan leksikal makna “bunga dedap” adalah saling


berkait dengan ciri-ciri bunga berkenaan. Leksikal makna
“bunga dedap” sebagai bunga yang cantik dan mampu
menarik haiwan serta manusia telah diubah kepada manusia
yang rupawan. Manakala leksikal makna frasa “sungguh
merah, berbau tidak” merujuk kepada sifat-sifat manusia
yang negatif, iaitu tidak mempunyai adab walaupun rupawan.
Justeru, apabila digabungkan, perumpamaan “laksana bunga
dedap, sungguh merah berbau tidak” ini membawa makna
seseorang yang rupawan namun rendah akhlak serta
adabnya.

Jadual 9

Analisis perumpamaan “Bagai kacang lupakan kulit.”

Perumpamaan Bagai kacang lupakan kulit.

Bentuk Perumpamaan ini terdiri kata tugas pada permulaannya, iaitu


perumpamaan “bagai”. Perumpamaan ini mengfokuskan kepada dua kata

12
nama, iaitu perkataan “kacang” dan juga “kulit”. Perkataan
“kacang” membawa makna sejenis tumbuhan yang
mempunyai buah. Manakala, perkataan “kulit” pula dapat
ditakrifkan sebagai lapisan luar yang membaluti isi buah
berkenan.

Makna Perumpamaan ini membawa definisi orang yang tidak tahu


perumpamaan mengenang budi.

Perubahan makna Perubahan makna di dalam perumpamaan ini berfokus


kepada perkataan “kacang” dan juga perkataan “kulit”.
Leksikal makna “kacang” yang difahami sebagai sejenis
tumbuhan telah ditukarkan kepada orang yang telah
mendapat kejayaan. Manakala, leksikal makna “kulit” pula
berubah daripada lapisan luar yang membaluti buah kepada
individu yang membantu seseorang untuk meraih kejayaan
namun diabaikan (Salinah Jaafar, 2018). Justeru,
perumpamaan “bagai kacang lupakan kulit” merupakan
individu yang mengabaikan orang yang membantunya ketika
memperoleh kejayaan dalam hidup.

Seterusnya, terdapat juga bidalan di dalam jenis peribahasa Bahasa Melayu.


Bidalan merupakan peribahasa yang mempunyai maksud tersirat di sebalik susunan
kata-kata yang membentuknya. Lazimnya, bidalan ini turut memaparkan unsur
pengajaran di dalamnya.

Jadual 10

Analisis bidalan “Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali”.

Bidalan Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Bentuk bidalan Bidalan ini tidak terdiri daripada kata tugas pada bahagian
hadapan bidalan tersebut. Bentuk bidalan ini terdiri daripada
dua frasa, iaiu “buat baik berpada-pada” dan “buat jahat
jangan sekali”. Frasa “berbuat baik berpada-pada”
menasihati masyarakat agar tidak berlebihan dalam
melakukan kebaikan sehingga dipergunakan. Manakala,
frasa “buat jahat jangan sekali” membawa makna larangan

13
kepada masyarakat agar tidak melaksanakan perbuatan
jahat dan keji seperti yang dituntut dalam agama
kepercayaan masyarakat Melayu (Nik Safiah Karim et. al.,
2011).

Makna bidalan Bidalan ini membawa tafsiran bahawa melakukan kebaikan


biarlah sekadarnya tetapi perlu menghindar perbuatan jahat.

Perubahan makna Perubahan makna dalam bidalan yang dianalisis adalah


secara terus ataupun secara langsung. Perkataan “berpada-
pada” dapat difahami sebagai tidak berlebih-lebihan.
Manakala, penggunaan kata nafi dalam frasa “buat jahat
jangan sekali” melarang sekeras-kerasnya masyarakat
daripada melakukan kejahatan (Johari Yahaya, 2015).
Justeru, hasil gabungan bidalan ini menuntut masyarakat
melakukan kebaikan pada kadar yang tidak berlebihan dan
meninggalkan kejahatan.

4.0 RUMUSAN

Tuntasnya, peribahasa Melayu berfungsi sebagai medan menasihati dan memberi


teguran secara halus kepada masyarakat Melayu. Penggunaan peribahasa ini
membuktikan bahawa masyarakat Melayu mempunyai keunikan bahasa yang tinggi.
Terdapat perubahan makna yang berlaku di dalam struktur makna frasa asalnya.
Perkara ini melibatkan unsur-unsur leksikal serta makna kiasan di dalam Bahasa
Melayu itu sendiri. Oleh yang demikian, keunikan ini memberi lambang kadaulatan
Bahasa Melayu sebagai bahasa kelima terbesar yang digunakan ddalam kalangan
masyarakat dunia.

14
RUJUKAN

Abdullah Hassan. (2006). Linguistik Am: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
PTS Profesional.
Bahasa Othman. (2008). Peribahasa dan Simpulan Bahasa. Penerbitan Prestasi Cemerlang
Sdn.Bhd.
Faridah Nazir & Faiziah Shamsudin. (2014). Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu.
Penerbitan Multimedia.
Johari Yahaya. (2015). Pantun Peribahasa Melayu: Analisis Daripada Perspektif Teori
Pengkaedahan Melayu. Tesis. Universiti Sains Malaysia.
M. Anem Hosnan. (2015, November). Laksana Bunga Dedap. Dimuat turun daripada
http://animhosnan.blogspot.com/2015/11/laksana-bunga-dedap_20.html
Mohd Zaihidee Arshad. (2009). Kraf Buluh Kampung Jal Kechil: Simbolisme Minda Dan
Watak Dalam Sosiobudaya Melayu. Tesis. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Nathesan, S. (2008). Makna Dalam Bahasa Melayu: Edisi Kedua. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

15
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2011).
Tatabahasa Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noor Aina Dani. (2005). “Peribahasa Bahasa Melayu-Peribahasa Bahasa Cina: Merungkai
Persamaan Makna dan Pertentangan Dedua”. Jurnal Bahasa, 3(3), 133-166.
Nor Hashimah Jalaluddin. (1992). Semantik dan Pragmatik: Satu Pengenalan. Dewan
Bahasa dan Pustaka. Noraini Abdul Shukor. (2016). Padi Sebagai Tanda Dalam
Peribahasa Melayu. Jurnal Melayu, 15(1), 26-49.
Noresah Baharom, Rusli Abdul Ghani & Ibrahim Ahmad. (2010). Kamus Dewan. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nurul Hanis Ibrahim. (2014). Analisis Strategi Penterjemahan Peribahasa Melayu Ke Bahasa
Arab. Latihan Ilmiah. Universiti Malaya.
Salinah Jaafar, Huraizah Abd Sani & Rohaidah Haron. (2018). Perubahan Fungsi dan
Makna Peribahasa dalam Laman Facebook. Jurnal Komunikasi Malaysia, 34(2), 354-
373.
Samsiah Mohd. Salim. (2011). Tatabahasa. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Sapinah Haji Said (2004). Kamus Peribahasa Melayu. Pelangi Sdn. Bhd.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Zainal Abidin Ahmad. (1965). Ilmu Mengarang Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zaitul Azma Zainon Ahmad & Ahmad Fuad Mat Hassan. (2011). Bahasa dan Pemikiran
Dalam Peribahasa Melayu. Jurnal Pengajian Melayu, 11(3), 31-50.
Zaitul Azma Zainon Ahmad & Ahmad Fuad Mat Hassan. (2011). Bahasa dan Pemikiran
Dalam Peribahasa Melayu. Jurnal Pengajian Melayu, 11(3), 31-50.

16

Anda mungkin juga menyukai